Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

By inspectoside

1K 62 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... More

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
2- SYAH
3- AIDAN
4- HILANG
5 - KEMBALI
6 - DANI
7- PERTEMUAN
8 - JANJI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
17 - DALANG
18 - BOSS
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
21 - INARA
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
25 - MR. BOO
EPILOG

9 - SISI

23 2 0
By inspectoside

KOPI O Ais ikat tepi disedut rakus. Matahari bagai menusuk terus ke kulit yang tidak dilindungi sebarang kain pakaiannya. Hannah di tepi dipandang. Ini semua salah dia, minggu lepas di sekolah Hannah memaksa dia joging di taman rumahnya pada hari Sabtu ini. Katanya ada misi penting tetapi sampai sekarang tiada hasil. Terbakar kulit dek matahari ada lah. Dasar!

"Sudah sepuluh minit ini, Hannah. Apa misi penting yang kau kecohkan itu?" Aidan sudah tidak senang duduk. Kalau tolong jaga kafe kakaknya lebih bagus. Penat tapi redup dan paling penting duit masyuk. Ini duit tak dapat tapi dapat dosa memaki saja.

"Sabarlah sikit. Aku pun tak nampak lagi dia. Aku sudah upah kau kopi o ais pun tak cukup ke?" Hannah dan Syah masing-masing daripada tadi tekun memandang setiap orang di taman itu. Namun orang yang mereka cari masih tidak memunculkan dirinya. Malah bayang pun tidak nampak.

Aidan juga turut mengikut gerak-geri mereka. Sekejap pandang orang di hadapan sekejap di kiri sekejap di kanan. Apa yang mereka cari ini? Lagi satu roh ke? Semua orang elok memijak tanah sahaja dia tengok. Tiada pula yang terapung-apung macam Syah di sebelahnya. Aidan sudah tidak tahan. Geram berteka-teki.

"Baik kau beritahu apa yang kita nak buat di sini sebenarnya? Aku punya peluh ini kalau takung dah boleh buat mandi aku dengan kucing aku kau tahu." Naik sedikit nada suara Aidan sambil dia tiba-tiba berdiri.

"Sana!" Syah terjerit sedikit sambil jari menunding ke arah seorang lelaki tinggi lampai yang berpakaian serba kelabu sedang berlari. Dua kepala lagi menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Syah.

Tepat. Itulah orang yang mereka tunggu.

Dani!


HAMPIR setengah jam mereka mengikuti Dani berlari mengelilingi taman itu. Gila, tidak penat ke mamat ini? Aidan sepanjang larian memujuk Hannah untuk berhenti. Hannah pula tidak bersetuju, takut-takut mereka terlepas kelibat Dani. Syah usah cerita, dia terbang sahaja nak penat apa.

Dani berhenti di hadapan bangku semasa dia memulangkan Airpod Hannah. Berhenti juga akhirnya. Ingat mahu lari sampai esok.

Dani mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Lama dia merenung telefonnya, kemudian mata menatap langit seolah ingin menceritakan segalanya pada langit. Hembusan kasar dilepaskan. Telefon disimpan kembali ke dalam poket seluar, topi dibuka dan rambut diselak kasar. Dia mengambil tempat dibangku dan menatap tasik.

Hannah, Aidan dan Syah hanya memerhatikan gerak-geri Dani disebalik pokok berdekatan tempat duduk Dani.

"Alahai, healing pula dia. Hannah aku nak kau upah aku lagi dua kopi o ais ikat tepi. Berlari hampir setengah jam dan menghendap lelaki yang aku tak kenal tidak termasuk dalam kontrak perjanjian kita." Tangan disilang ke dada, kepala menunduk sedikit memandang Hannah yang rendah sedikit daripada dia. Tidak ubah seperti bos zalim memberi arahan kepada pekerja bawahannya.

"Apa-apalah! Mamat yang kita hendap ini ialah Dani. Aku lupa pula beritahu. Maaflah." Mata Hannah masih tekun memerhati gerak-geri Dani. Dani lebih penting daripada bebelan mak nenek atuk moyang Aidan. Bebelan Aidan setiap hari dia dengar manakala kebarangkalian pertemuan dia dan Dani satu per tujuh sahaja.

Syah angguk.

"Hari itu, kami eh... Hannah joging di sini. Kemudian si Dani itu datang pulangkan Hannah punya Airpod. Kami tahu itu Dani pun sebab ada kawan dia panggil. Lagi satu sebab yang menguatkan Dani itu ialah Dani yang kita cari..."

Syah berjeda seketika. Mata Hannah dan Aidan tertumpu pada Syah. Ini berita baru juga bagi Hannah. Selepas kejadian lepas, Syah banyak berdiam diri tidak tahu apa sebabnya. Syah tidak pula cerita apa-apa tentang Dani pada dia.

"Sebab? Cuba hargai masa. Masa itu emas kau tahu." Aidan geram. Ingat ini drama ke nak gantung-gantung cerita. Naik menyampah dibuatnya.

Aidan banyak marah-marah hari ini kerana Kurro. Kucingnya itu kencing di atas buku latihan matematik tambahan yang tercampak di bawah meja. Dia geram tidak dapat menjawab soalan-soalan latihan yang diberikan oleh cikgunya kemudian buku itu tercampak semasa dia mencampakkan diri di atas katil malam tadi.

"Kau period ke marah-marah ini? Sabar sikit. Sabar itu sebahagian daripada iman kau tahu. Aku susun ayat tadi," balas Syah geram asyik mendengar Aidan marah-marah hari ini. Moody serupa orang datang bulan.

"Masa nampak Dani buat pertama kali aku teringat sesuatu. Sebelum dia datang pulangkan Airpod Hannah aku dah perhatikan dia. Sebab aku rasa sesuatu bila nampak dia. Fikir punya fikir aku hanya ingat satu benda sahaja fasal dia. Janji. Itu sahaja. Janji apa, dengan siapa, di mana, bagaimana, bila dan kenapa semua aku tak ingat. Cuma aku rasa macam dia ada satu janji." Panjang lebar penjelasan Syah. Sudah seminggu dia memikirkan hal tentang Dani tetapi itu sahaja dia boleh ingat.

Perbualan mereka terpotong apabila Dani sudah bangkit dari bangku dan menuju ke tempat lain. Tanpa menyoal Syah lebih lagi mereka bertiga terus mengekori Dani. Fokus hanya diberi pada Dani sepenuhnya. Kalau boleh tidak mahu berkedip walau sesaat daripada memerhatikan Dani.


MATA masing-masing bertemu. Apa Dani buat di kafe kakak Aidan? Kafe itu terletak tidaklah jauh mana dengan taman tadi. Hanya beberapa meter sahaja jaraknya tetapi penatlah juga kalau jalan kaki seperti mereka. Penat masing-masing diabaikan, mata melihat Dani yang menghampiri sebuah motosikal. 

Aidan tahu itu motor apa. Kawasaki Ninja H2 SX SE. Boleh tahan juga si Dani ini. Getus hati Aidan sambil melihat Dani meletakkan topinya didalam bakul bahagian belakang motor. Dani meninggalkan motornya dan masuk ke dalam kafe. Mereka bertiga berlari anak mengejar langkah Dani.

Syah pandang lama motor Dani apabila motor itu betul-betul disebelahnya. Macam selalu nampak. Fikir Syah sejenak. Hannah terlihat Syah yang masih tidak bergerak daripada memerhatikan setiap sisi moto Dani. Minat motor ke si Syah ini? Hannah memanggil Syah dengan gerak tangan. Kemudian Syah terbang meninggalkan motor tersebut.

"Macam biasa ke, Dani?" soal salah seorang pekerja di kafe itu. Dani membalas dengan anggukan dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Hannah terteleng memandang Aidan. Macam biasa? Takkan Aidan tak kenal Dani. Lagak seperti pelanggan tetap sahaja di kafe ini. Aidan jongket kening pada Hannah yang pandangnya macam nak terkam.

"Kau tak kenal ke Dani itu? Nampak macam pelanggan tetap sini sahaja. Takkan kau tak kenal." Hannah mempersoal.

"Tak pula. Mungkin dia selalu datang masa aku tak jaga kafe," balas Aidan sambil memandang Syah yang sudah terbang dan berdiri betul-betul di hadapan Dani. Hanya setengah meter sahaja jarak Syah dan Dani.

Syah memang tak tahu malu lihat orang depan-depan begitu. Mentang-mentanglah orang tak nampak kewujudan dia, sifat malu memang sudah ditinggalkan dengan kehidupannya. Sudahlah gatal, tak malu pula itu. Tak patut dicontohi sungguh.

"Adik, Hannah. Habis joging dah ke?" soal Ainan, kakak Aidan.

Ainan Nadeera seorang gadis berkerjaya. Dia berjaya membuka beberapa cawangan cafe di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan ibu bapanya. Duit hasil kerja separuh masa semasa belajar yang disimpan itulah yang menjadi modal perniagaannya. Terlibat dalam bidang perniagaan memang cita-citanya sejak kecil tetapi apabila bapanya memujuknya untuk mengambil alih syarikatnya banyak pula alasan diberi. Tidak kena dengan jiwa katanya.

"Sudah. Penat gila. Adik insaf tak mahu joging dengan Hannah lagi. Perempuan ini gila, lari tiga puluh minit tak berhenti. Pancit wo." Aidan mengadu manja pada kakaknya.

"Kau itu yang lemah. Kurro kalau lumba lari dengan engkau, Kurro pun boleh menang." Teringat kucing hitam gemuk berbulu gebu itu. Sudahlah pemalas tahu makan dan tidur sahaja. Macam dia pula majikan rumah itu.

"Akak cakap baik sikit. Aidan dah pernah lumba dengan Kurro dan Aidan menang. Kucing pemalas berbulu gebu dan lebat itu kalah sebab dia terlalu gemuk dan malas nak bergerak," bidas Aidan. Tak suka dianggap lebih lemah daripada kucingnya.

Terlepas tawa Hannah melihat pergaduhan adik-beradik di hadapannya. Fasal siapa lebih lemah daripada kucing pun boleh jadi satu masalah besar.

"Oh ya, baru teringat. Kak Ainan kenal tak itu siapa? Nampak macam pelanggan tetap." Hannah menghalakan jari telunjuk ke arah Dani yang membelakangi mereka. Syah masih di situ menganalisa setiap inci si Dani. Mata tidak berkedip langsung macam nampak jodoh sahaja lagaknya.

"Kenal. Itu Dani, junior akak dulu masa di sekolah. Kira senior kau oranglah. Kau orang sempat rasanya jumpa dia. Tapi sekolah kita itu terlampau besar dan blok tingkatan lima sangat terasing. Mungkin sebab itu kau orang tak cam dia. Tahun kau orang yang pelajar selain tingkatan lima tidak dibenarkan masuk ke dalam blok tingkatan lima, bukan?"

Hannah dan Aidan angguk serentak.

Itu memang peraturan sekolah mereka sejak mereka masuk ke tingkatan satu. Blok-blok di sekolah itu terasing mengikut tingkatan dan setiap blok mempunyai lima tingkat. Satu tingkat bagi satu kelas dan dilengkapi dengan dua buah lif setiap blok. Satu di setiap hujung blok.

"Akak rapat ke dengan dia?" soal Aidan.

Ainan angguk sebagai jawapan.

"Kenapa kau orang nak tahu fasal Dani?" soal Ainan pula. Perasaan ingin tahu menghinggap pada diri Ainan. Apa kaitan adiknya, Hannah dan Dani?

"Ahh sebab..." Hannah keliru. Kalau beritahu yang mereka ada deria keenam agaknya Ainan akan percaya tak?

"Ada seekor roh ini ada kaitan dengan Dani. Jadi kita orang nak siasat apa kaitannya dia dengan Dani," balas Aidan selamba. Ainan memang tahu yang adiknya mempunyai deria keenam sejak kecil lagi.

"Nama roh itu Syah," sambung Aidan sambil memerhati reaksi Ainan yang tekun mendengar penjelasannya.

Dahi Ainan mula berkerut. Sedikit terkejut mendengar nama tersebut. Dia kenal siapa Syah dan dia tahu perkaitan antara Dani dan Syah. Sangat tahu. Kisah Syah dan Dani sangat membuka matanya ketika di bangku sekolah. Kisah yang membongkarkan sisi gelap sekolah mereka yang kejam, tidak berintegriti, tiada keadilan dan tidak bermaruah.

"Kau orang tak pernah dengar ke kisah mereka? Dari mulut-mulut orang lain? Cikgu ke, senior ke? Tak akan tak pernah langsung?" Ainan sedikit aneh mereka tidak tahu menahu tentang kes Dani dan Syah. 

Kes paling hangat waktu dia masih bergelar pelajar sekolah menengah tidak dijadikan buah mulut langsung ketika dia keluar dari sekolah itu. Gila. Kes itu memang dibiar begitu sahaja tanpa menghukum pihak yang bersalah. Rasa simpati kepada Syah mula menyelubungi Ainan.

Maafkan aku, Syah. Aku tak bela dan menuntut keadilan untuk kau.

Hannah dan Aidan hanya menggeleng. Tidak pernah sekali mereka mendengar nama itu disebut-sebut oleh mana-mana warga di sekolah itu.

"Masa akak tingkatan lima, akak kena jadi mata-mata untuk seorang budak ini. Dani itulah. Akak kena jadi mata-mata dia untuk pastikan dia tak buli Syah dalam sekolah. Walaupun dia tak buli Syah di dalam sekolah, luar sekolah macam punching bag dibuatnya si Syah itu. Banyak kali juga Dani ditangkap atas kesalahan disiplin tapi..." Ainan berjeda. Benci terhadap sistem sekolahnya sendiri. Keadilan bagai minyak dan air pada sekolah itu apabila wang menjadi habuan.

Aidan dan Hannah tekun menunggu kisah yang dikongsi Ainan bertemu noktahnya.

"Tapi banyak kali itu juga tiada tindakan diambil ke atas Dani. Maka lagi bermaharajalela si Dani itu. Cuma yang akak peliknya, dia hanya buli Syah seorang sahaja dan dia buat itu semua seorang diri. Mula-mula akak ada rasa pelik sebab kesalahan yang Dani lakukan bukan kesalahan ringan yang boleh diabaikan begitu sahaja. Sampai satu hari, akak sendiri nampak cikgu disiplin waktu itu menerima wang dari seseorang dengan syarat bersihkan nama Dani di sekolah itu. Sangat tak bertanggungjawab dan tiada hati perut. Si Syah itu punyalah teruk dibuli, hampir setiap hari dia datang sekolah dengan lebam di muka. Kejam sungguh cikgu itu sanggup dia biarkan Syah tidak dibela. Demi duit manusia buta dan bodoh. Tidak tahu bezakan yang mana benar dan salah." Panjang lebar penjelasan Ainan.

Sedikit terkedu Aidan dan Hannah mendengar penjelasan Ainan. Dua pasang mata itu terus mencari kelibat Syah yang masih setia menatap Dani bagai nak tembus. Rasa simpati terhadap Syah mula menerpa hati kecil mereka. Jika Syah yang diceritakan oleh Ainan ini ialah Syah yang sama yang mereka cuba bantu, ini merupakan petunjuk besar untuk membongkar kehidupan Syah dan seterusnya membawa kepada asbab Syah masih merayau-rayau disini.

Banyak dugaan yang dilalui Syah ketika dia masih bernafas. Sudahlah dibuli, tidak dibela oleh pihak yang sepatutnya membela dirinya. Adakah sebenarnya Dani ada perkaitan dengan kematian Syah? Hannah berspekulasi di dalam hati.

Dani. Siapa kau sebenarnya?

"Tapi orang kata Dani sudah berubah. Itu akak tidak pasti. Nampak macam betul," tambah Ainan apabila melihat Aidan dan Hannah merenung Dani dengan penuh benci dan amarah.

Fokus mereka berbalik kepada Ainan. Tekun mendengar.

"Berubah dari segi apa?" soal Aidan ingin tahu. Tertawa kecil Aidan dibuatnya. Tak disangka orang yang sebegitu perangainya boleh berubah.

Manusia memang tidak boleh diagak. Boleh jadi dialah terpaling iblis tapi pengakhirannya dialah sebaik malaikat. Mungkin sebab itulah Tuhan melarang kita menghina seseorang, boleh jadi pengakhiran mereka lebih indah daripada kita yang asyik menghina.

"Banyak. Cara dia bercakap dan layan orang sekeliling sangat berbeza dengan Dani di bangku sekolah. Dulu dia bercakap kasar sungguh. Memang mahu beri pelempang sahaja kalau bercakap dengan dia. Menyakitkan hati. Sekarang lemah lembut sahaja tutur katanya, layanan dia pun sangat sopan dan lembut. Memang berubah 180 darjahlah orang kata."

Aidan mengangguk kepalanya mendengar penjelasan Ainan. Hannah pula berkerut mukanya masih memikirkan pelbagai spekulasi. Adakah Dani berubah sebab dia rasa bersalah? Adakah betul Dani terlibat dengan misteri kewujudan Syah versi roh?

Ahhh. Runsing!


pengajaran chapter ini :-

- Janganlah ambil rasuah. Dosa tau makan rasuah.

- Jangan aniaya orang sebab dia lebih lemah daripada kita.

- Jangan terlalu menghukum, judge dan hina orang sebab kita pun tak sempurna. Kita semua pendosa tanpa noktah tapi itu bukan alasan kita untuk terus lakukan dosa. 

Yang mengarang sambil mengantuk,

Side 📦

Continue Reading

You'll Also Like

41.3K 2.8K 39
Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen meran...
3K 236 40
ARYAN ALFIANSYAH WONG, a son to one of the 'World Richest Man', been kidnapped by EMERLINE SEFHIA a.k.a Miss of Crazier, the most wanted criminal ga...
9.4K 463 58
Slow burn romance + Mystery Tulisan pertama yang... EXTREMELY CLICHE AND CRINGE Jasmine. Seorang gadis yang rapuh dan tidak percayakan kewujudan cin...
15.3K 1.1K 34
๐ŸŽ๐Ÿ | ๐ก๐ข๐ฌ ๐›๐ข๐ ๐ ๐ž๐ฌ๐ญ ๐ซ๐ž๐ ๐ซ๐ž๐ญ [ Slow update โš ๏ธ ] โ Love is boundary-less.โž Emiir Al Lutfan - Jejaka tampan yang mencuri hati si gadis. D...