QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘40∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘45∘∘°

4.9K 565 19
By nabilllss

"Tuan nak bawa saya pergi mana pula ni?" Satu-persatu pintu bilik sudah dilepasi. Namun perjalanan mereka masih belum selesai. Nak kata Fareez bawa dia jalan-jalan memang tak lah! Sebab keliling mereka hanya pintu bilik sahaja.

"Bilik kau." Serta-merta perjalanan terhenti. Fareez terus buka pintu bilik yang berada di depan mereka. Kemudian, dia kembali menolak kerusi roda Hayfa masuk ke dalam bilik itu.

"Bi..bilik?" Terpinga-pinga Hayfa melihat ruangan dalam bilik tersebut. Macam tak percaya yang dia layak ditumpangkan dalam bilik tidur semewah ini.

"Saya akan tumpang duduk rumah bos tuan ni ke? Tuan nak pergi mana? Keluar tinggalkan saya?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Tolonglah... dia tak sanggup duduk sini tanpa ada teman untuk bercakap.

Fareez merapatkan kerusi roda Hayfa di birai katil. Tanpa bersuara, dia bertindak melipat tempat letak kaki kerusi roda tersebut. Tujuan untuk memudahkan Hayfa bangun. 

Seperti biasa, tangan kanannya dihulur. Menurut gadis itu untuk bangun dengan bantuannya.

Hayfa akur. Dia ikut saja apa yang diarah Fareez. Perlahan dia cuba untuk duduk walaupun agak sukar dek kerana ketinggian katil itu.

"Terima kasih," Ucapnya masuk ke seratus kali.

"Sama-sama." Selesai memastikan Hayfa duduk dalam keadaan selesa, Fareez terus menyusun langkahnya hendak beredar.

"Tuan!" Keras nada yang digunakan oleh Hayfa memanggil.

Fareez memainkan lidahnya pada dinding mulut. Dia pejam mata beberapa saat ketika membelakangi Hayfa.

"Tuan tak jawab soalan saya lagi," Kali ini Hayfa akan pastikan soalannya dijawab dahulu. Tajam renungannya memerhatikan belakang tubuh tegap Fareez.

"Ya, kau akan duduk sini. Aku banyak kerja." Fareez kembali menghadap Hayfa. Dari cara gadis itu pandang, jelas terpancar dengan harapan agar dia tidak keluar meninggalkannya.

"Saya ada satu permintaan.." Bibir bawah digigit beberapa saat. Hayfa sedar Fareez sudah penat melayannya.

"Hm?" Sengaja Fareez mengangkat sebelah kening.

"Boleh tak saya nak tuan selalu melawat saya di sini? Sebab.. saya tak selesa dengan orang lain, selain tuan." Jujur, jejakkan kaki ke rumah ini ibarat orang asing sahaja bagi Hayfa. Dia tak kenal seorang pun kecuali Fareez dan Qayyum. Itupun dia lebih selesa dengan Fareez.

Permintaan Hayfa tersebut membuatkan Fareez terdiam seketika. Lama anak mereka bertembung. Dia blur kejap. Rasanya, layanan dia pada Hayfa sebelumni ini biasa-biasa saja. Apa yang membuatkan gadis itu selesa dengannya?

"Aku tak boleh janji.." Selangkah demi selangkah Fareez mendekati Hayfa.

"Tapi, walaupun aku takda depan mata kau.. tak semestinya aku jauh dari kau," Sambungnya seraya mengambil satu bantal untuk disandarkan pada kepala katil. Ditepuk lembut beberapa kali bantal itu.

Hayfa hanya perhatikan pergerakan Fareez. Sambil itu, otaknya cuba menghadam ayat tadi.

"Baring." Arah Fareez usai tempat baringan tersebut dikemaskan.

Tanpa bantahan, Hayfa menaikkan kedua-dua kakinya ke atas katil. Dia mengengsot sedikit kebelakang sebelum kepala dijatuhkan pada bantal.

"Kau penat kan? Tidur. Nanti pembantu rumah akan sediakan makanan. Makan, tak perlu bantah. Jangan menyusahkan diri sendiri.." Walapun arahan seterusnya ini agak tegas dari tadi, tapi Fareez masih menggunakan nada yang lembut.

"Faham, Alara Hayfa?" Dalam lembut-lembutnya pun terselit jua dingin Fareez.

Terbuka mulut Hayfa saat nama penuhnya disebut oleh lelaki itu. Dia benar-benar tercengang sehingga dahi turut berkerut.

Tiada jawapan darinya, namun kepala laju mengangguk.

Lantas Fareez menjauhi gadis itu. Keluar sahaja dari bilik tidur tersebut, pintu ditutup rapat.

Tidak berkelip mata Hayfa sehinggalah Fareez keluar.

"Sampai bila lah aku nak kena main teka-teki ya? Mereka semua ni kerja apa sebenarnya?" Pada awalnya, Hayfa tidak keliru dengan pekerjaan Fareez. Sebab dia fikir lelaki itu sama-sama bekerja dengan Qayyum.

Apa yang dia tahu, sewaktu dia pertama kali berjumpa dengan Qayyum di Li' Moscow, lelaki itu sedang jalankan misi menyamar bersama seorang polis.

Namun Hayfa rasa sangkaannya salah. Mereka semua bekerja di bawah seseorang dan pangkatnya bukan calang-calang iaitu Khalaf Farrel.

"Puan Aisy? Nak buat apa dengan barang-barang ni semua?" Sewaktu Qayyum mahu mencari kelibat si isteri, matanya tertumpu ke arah Aisy di kitchen island.

Risau juga tengok. Dah lah tengah sarat mengandung, tapi tetap taknak duduk diam. Ada saja kerja wanita itu di dapur.

"Lah... Qayyum? Berapa lama dah awak jadi adik ipar Farrel? Takkan nak panggil saya puan lagi.." Tangan yang baru saja dibasahkan Aisy lap pada kain apron. Terlakar senyum nipis di bibir apabila disapa oleh Qayyum.

Qayyum tak tahu nak jawab apa. Belakang tengkuknya diusap sambil tersengih. Sedangkan nak panggil Khalaf 'abang' pun dia fikir 100 kali. Apatah lagi nak panggil wanita itu dengan panggilan lain.

"Qay tak tahu? Mama ajak kita semua ke rumah dia malam esok. Nak buat barbeque,"

"Oh, ada!" Qayyum hampir lupa akan pesanan ibu mertuanya. Mujur Aisy ingatkan. Kalau tidak, tak pasal-pasal dia dan Fredella kena soal jawab dengan boss queen.

"Saya nak buat kek coklat. Nanti awak bagitahu Evren dan Aaren sekali untuk datang esok malam ya? Baru lah meriah," Mentega disapu pada permukaan loyang kek. Kemudian, Aisy tuang adunan kek coklat yang sudah siap ke dalam loyang tersebut. Penuh teliti wanita itu mahu menyempurnakan hasil tangannya.

"Boleh, puan.." Masih tidak bertukar panggilan 'puan' itu. Qayyum merapatkan jaraknya dengan kitchen island. Seronok pula dia tengok Aisy buat semua itu.

Tiba-tiba muncul satu soalan di fikiran Aisy. Dia baru tahu yang ada tetamu tumpang bermalam di sini. Cuma belum bersua dengan tuan badannya lagi.

"Siapa nama tetamu kita tu, Qay?" Kabinet dibuka, lalu Aisy ambil sebuah gelas kaca. Gelas itu dibawa ke arah peti sejuk.

"Hayfa,"

"Ohh.."

Aisy menuang jus oren ke dalam gelas tersebut. Kemudian, dia kembali ke kitchen island. Gelas itu dibawa ke hadapan Qayyum. Terkial-kial lelaki itu melihat Aisy menyediakan air buatnya.

"Minum.." Arah Aisy lembut. Dia tahu selagi tak dipaksa, selagi itu Qayyum tolak.

"Terima kasih Puan Aisy," Memang kena sangat Aisy bagi dia air sejuk sekarang. Tekaknya benar-benar kering. Dengan sekali teguk saja, hampir separuh jus diminum oleh Qayyum.

"Saya nak minta tolong Puan Aisy boleh?" Bila Aisy tanya nama Hayfa, terus Qayyum teringat sesuatu.

"Kenapa Qay?" Tangan Aisy yang sibuk bekerja dari tadi serta-merta terhenti. Macam serius aje bunyinya...

"Boleh tak Puan Aisy tolong bagi Hayfa selesa dengan persekitaran yang baru bagi dia ni? Maksud saya, ajak dia berbual sambil bawa bersiar kat tempat lain ke.."

"Maksud awak?" Terangkat sebelah kening Aisy. Arahan itu mudah baginya, cuma dia nak kepastian lain.

"Err... sebenarnya Fareez yang minta tolong saya beritahu benda ni," Jujur Qayyum tidak mahu wanita itu fikir yang bukan-bukan padanya.

"Oh, dari Fareez rupanya.." Lega sikit lepas dengar.

"Ambil berat betul ya Fareez pada Hayfa? Mereka berdua ada apa-apa ke?" Sengaja Aisy mahu mencungkil rahsia diantara persahabatan mereka dengan lebih dalam. Dia tahu Qayyum seorang yang jujur dalam percakapan.

"Saya pun musykil dengan Fareez. Apa yang saya nampak, dia tak tunjuk sangat layanan baik dia dekat Hayfa depan orang lain.." Balas Qayyum sambil memerhatikan kawasan kanan dan kirinya. Takut jika ada telinga yang mendengar.

"Jadi kalau hanya berdua, layanan Fareez berbeza lah?" Setelah memahami ayat Qayyum, Aisy cuba membuat teorinya.

"I could say... yes, Puan Aisy." Ringkas jawapannya memandangkan perkataan itu sahaja yang sesuai untuk meyakinkan Aisy.

"Baiklah.. saya boleh tolong," Aisy akhirnya bersetuju untuk lakukan apa yang diminta oleh Fareez.

Terukir senyum nipis di bibir Qayyum. Senang hati mendengarnya.

"Della mana? Kamu dengan Fareez berdua jeke datang sini?"

"Della ada—"

"I'm here!" Automatik terhenti Qayyum dan Aisy menoleh ke arah tuan badan suara itu. Fredella tersenyum sambil menggesel hidungnya pada pipi gebu si kecil Airis. Dia mendukung Airis seraya mendekati kitchen island.

"Pinjam baby Nella kejap tau, Kak Aisy. Rindu sangat dekat budak comel ni!" Langkah Fredella berhenti di sebelah Qayyum.

"Boleh.." Aisy mengangguk perlahan sambil tersenyum. Matanya sempat menangkap cara Qayyum memandang Fredella bermanja dengan Airis. Nampak leka, seakan fikiran melayang entah kemana.

Semoga satu hari nanti, Qayyum dan Fredella dikurniakan zuriat. Rezeki yang hanya ditentukan oleh Allah SWT...

Bisik hati Aisy sewaktu memerhatikan pasangan di depannya itu. Dia memang dapat baca fikiran Qayyum, lebih-lebih lagi tangan lelaki itu naik mengusap belakang kepala Airis. Belaian yang penuh dengan kasih sayang.

Sewaktu Aisy berjalan menggunakan laluan yang selalu dia guna untuk ke bilik peribadi Khalaf, dia ternampak Kak Aida tercegat di hadapan pintu bilik tidur tetamu. Lekas-lekas wanita itu menuju ke arah sana.

"Kak Aida? Buat apa dekat sini? Kak Aida nak bagi siapa makanan ni?" Berhenti saja langkahnya, terus soalan itu dilontarkan. Sekilas Aisy memandang dulang yang dipegang oleh Kak Aida.

"Ini makanan malam Hayfa. Saya nak masuk bilik ni, tapi takut mengganggu dia. Tak apa ke Puan Aisy?" Jawabnya dengan nada yang agak risau.

"Untuk Hayfa ya? Kalau macam tu, biar saya yang hulurkan makanan ini pada dia. Kak Aida cuma tolong bawa masuk dalam bilik ni je.." Bila teringatkan pesanan seseorang, Aisy mula berfikir untuk mencari peluang bersemuka dengan Hayfa.

"Baik Puan Aisy." Memandangkan arahan itu memudahkan kerja, Kak Aida turuti sahaja. Dia mengetuk pintu dua kali sebelum membukanya perlahan-lahan.

Kak Aida mendahulukan Aisy untuk masuk ke dalam terlebih dahulu. Apabila wanita itu selesai masuk, barulah dia ekori dari belakang.

Aisy menapak sehingga rapat ke katil. Hayfa berbaring secara mengiring, dan dia tahu gadis itu sedang lena dibuai mimpi. Aisy tidak sepenuhnya menilik keadaan Hayfa, tubuh dipusing menghadap Kak Aida.

"Kak Aida letak situ—" Jari telunjuk dihalakan tepat ke arah almari kecil yang berada di tepi kepala katil.

Kak Aida mengangguk saja. Dulang makanan tadi dia letakkan ke atas almari kecil tersebut.

"Ada apa-apa lagi Puan Aisy?" Sebelum dia keluar dari bilik itu, dia harus pastikan sama ada Aisy ada arahan lagi atau tidak.

"Takda apa dah, Kak Aida. Terima kasih ya.." Senyum nipis diukir. Aisy perhatikan sehingga selesai Kak Aida keluar dari bilik.

Usai itu, dia kembali merapati katil. Wanita itu sengaja berdiri dekat dengan baringan Hayfa. Tangan kanannya turun mengusap bahu gadis itu.

"Hayfa.." Sesekali dia tepuk lembut tempat yang sama. Bertujuan untuk mengejutkan Hayfa. Wajah Hayfa memang tidak terlihat waktu itu kerana dia mengiring membelakangi Aisy.

"Hayfa, awak bangun ya?" Beberapa kali Aisy kuatkan sedikit lontaran suaranya. Seminit kemudian, baru Hayfa memberi respon. Nampak susah pula Aisy tengok gadis itu mahu membetulkan baringannya. Mungkin ada mana-mana bahagian di badan yang masih belum sembuh.

Aisy bantu apa yang patut. Setelah sepenuhnya wajah Hayfa dilihat, sekali lagi dia tersenyum. Pucat, tapi masih manis air mukanya.

"Aa...Akak ni siapa?" Malu Hayfa bila bangun-bangun saja ada orang yang senyum.

"Kawan Fareez dan Qayyum," Mudah sahaja jawapan Aisy. Kalau dia nak beritahu secara terperinci siapa dia sebenarnya... memang ambil masa lah. Tambah pula Hayfa memang tak kenal sesiapa dalam rumah ini selain dua nama yang disebut tadi.

"Ohh..." Hayfa cuba mengawal dirinya dari mengelamun dan nampak keliru. Susah untuk dia percaya sesuatu perkara sekarang. Siapa Fareez 'sebenarnya' pun dia masih belum jumpa jawapan.

"Hayfa makan ya? Ni ada makanan yang memang disediakan untuk Hayfa." Aisy menyuruh gadis itu untuk bangun menyandarkan tubuh di kepala katil.

Hayfa perhatikan gerak-geri Aisy. Wanita itu ambil sebuah mangkuk kaca, kemudian punggungnya dilabuhkan dekat dengan posisi Hayfa.

"Hayfa nak suap sendiri atau saya yang suapkan?" Apabila Aisy mendapat kedudukan yang selesa, dia kembali bertembung mata dengan Hayfa.

Hayfa terdiam beberapa saat. Dia baru sedar yang offer makanan kali ini bukan Fareez. Kalau Fareez yang offer, dia memang akan disuapkan sahaja. Bukan setakat itu, dia tak dibenarkan suap sendiri oleh Fareez.

"Hayfa? Kenapa ni?" Berkerut dahi Aisy melihat gadis itu termenung setelah disoal.

"Eh! Saya... saya suap sendiri. Terima kasih akak," Gelabah Hayfa bila lamunannya diperhatikan. Terpaksalah sengih macam kerang busuk sambil menyambut mangkuk yang dihulurkan Aisy.

Dia pandang makanan yang berada di dalam mangkuk itu. Bihun sup! Ya Allah patutlah dari tadi hidungnya kembang kempis sewaktu mangkuk ini berada di tangan Aisy. Dah lama dia teringin nak makan bihun sup.

"Wah sedapnya!" Makanan itu belum menyentuh lidahnya, tapi disebabkan teruja, awal-awal dah puji.

"Kalau sedap, makan puas-puas tau," Aisy faham sangat bila Hayfa teruja seperti itu. Lumrah seorang perempuan memang begitu. Ada makanan, ada lah senyumannya!

"Terima kasih!" Selepas bismillah dibaca, Hayfa terus makan dengan penuh berselera. Dia kena kawal nafsu makannya, kalau tidak nampak macam orang kebulur tak makan 5 hari...

Sewaktu Hayfa menjamu selera, lama Aisy merenung ke arahnya. Dia tahu Hayfa masih dalam proses untuk berjalan dengan normal. Tengok cara duduk pun Aisy tahu yang gadis itu tak selesa dengan pinggangnya.

Mungkin disebabkan kecederaan yang teruk pada Hayfa ini mengubah Fareez yang keras kepala dan susah untuk prihatin terhadap seseorang. Mungkin tak banyak perubahannya... tapi sedikit itu ada.

"Nama akak siapa? Maafkan Hayfa ya, terlebih excited pula dapat makan bihun sup.." Hayfa memaksa diri untuk cuba bermesra. Mungkin dengan cara ini dapat membuatkan dia selesa berada di dalam rumah ini.

"Aisy. Nama saya Aisy," Jawab Aisy lembut.

Comel sangat nama akak ni! Macam tuan badannya. Terlalu sopan cara percakapannya. Tak sangka pula Fareez ada kawan yang lembut macam ni?!

Tapi ada sesuatu yang membuatkan mata Hayfa tak boleh duduk diam. Baru dia perasan yang wanita di depannya ini mengandung. Semakin tertarik dia mahu tahu apa hubungan Aisy dengan Fareez.

"Comelnya baby bump akak!" Selorohnya lalu berhenti dari meneruskan suapan. Hayfa suka tengok ibu mengandung, sebab baginya baby bump membuatkan setiap ibu mengandung nampak comel!

Tergelak kecil Aisy mendengar pujian ikhlas dari Hayfa. Spontan tangannya mengusap baby bump sendiri.

"Err... boleh saya tanya sesuatu tak?"

"Apa dia, Hayfa?" Aisy merapatkan jaraknya dengan gadis itu.

"Akak kata, akak kawan Fareez kan? Jadi... boleh la saya tanya sikit tentang dia," Harap-haraplah kalini semua soalannya terjawab.

"Fareez sebenarnya bekerja dengan siapa? Dia dengan Encik Kai tu.. polis ke?" Mangkuk bihun sup tadi Hayfa letakkan di atas riba buat sementara. Dia benar-benar pasang telinga hendak mendengar jawapan Aisy.

"Polis? Mereka berdua bukan polis.." Perlahan Aisy menggeleng kepala.

"Habis tu, kenapa diaorang bersungguh nak selamatkan saya dengan Intan? Bukan ke itu semua kerja polis?"

Baru Aisy faham kenapa dia mendapat arahan dari Fareez untuk membuat Hayfa berasa selesa di sini. Mungkin disebabkan gadis ini keliru dengan persekitarannya. Fareez kejap muncul, kejap hilang macam biskut.

Apa lah agaknya alasan yang Fareez bagi pada Hayfa setiap kali mahu keluar berjumpa dengan sesiapa?

"Sebab... Fareez dan Qayyum bekerja untuk polis. Tapi, atas arahan seseorang." Sengaja Aisy menekan perkataan 'untuk'. Agar lebih mudah untuk difahami Hayfa.

"Arahan? Arahan siapa?"

"Arahan aku."

Terus Hayfa tercari-cari akan tuan badan suara itu. Suara lelaki yang pernah dia dengar sebelum ini. Takda lah sebelum sangat pun! Baru je siang tadi...

"Abang? Buat apa dekat situ? Sini lah masuk.." Ajak Aisy lembut. Lama dia merenung ke arah Khalaf yang berdiri di hadapan pintu bilik. Mungkin sudah lama suaminya berada di situ. Apa yang dibualkan dari tadi semuanya lelaki itu dengar.

Abang? Ah! Makin mengarut otak Hayfa berfikir. Apa pula hubungan akak ni dengan lelaki itu?

Khalaf akur dengan ajakan Aisy. Dia masuk lalu menerpa ke arah mereka berdua.

"Hayfa," Agak mendatar nada yang digunakan oleh Khalaf pada waktu itu.

"I...Iyaa.." Serba tak kena pula Hayfa, takut jika dia dimarahi kerana terlalu banyak menyoal.

"Tadi kau tanya kan, kenapa bersungguh sangat nak selamatkan kau dengan Intan? Jadi.. kalau kau dah tahu yang niat kami baik, kenapa taknak berterus terang dengan apa yang jadi dengan kau malam tu?" Ya, Khalaf memang dah lama tercegat di pintu bilik itu tadi. Dia mendengar perbualan mereka dan menunggu waktu yang sesuai untuk mencelah.

Hayfa terdiam. Memang itu reaksinya setiap kali dapat soalan tersebut. Tapi sejujurnya, dia rasa selamat berada di sini. Mula-mula rasa kekok sebab dia takut kedatangannya mendatangkan masalah, namun sebaliknya untuk kebaikan juga.

Jadi, patut ke dia berterus terang tanpa perlu mengelak lagi? Tanpa perlu takut! Kerana kejadian malam itu bukan berpunca darinya.

Melalui tatapan mata, Aisy tahu Hayfa sedang rungsing untuk memberi jawapan. Dia mengalihkan pandangan dan mendongak untuk memandang Khalaf. Isyarat mata diberi, Aisy minta Khalaf untuk beri dia ruang seketika memujuk Hayfa.

Khalaf angguk, tanda setuju. Lelaki itu menyeluk tangannya ke dalam poket sweatpants.

"Bila Hayfa dah bersedia, Hayfa cerita dekat kami ya? Jangan takut, semua orang dekat sini nak jaga Hayfa dengan baik," Aisy ambil mangkuk bihun sup yang berada di atas riba Hayfa, kemudian dia letakkan kembali ke dulang asal.

Hayfa agak terkejut apabila Aisy bertindak memegang kedua-dua tangannya. Digenggam dengan begitu erat dan lembut. Lama dia menunduk sambil memandang tangan sendiri. Hayfa tak sangka yang dia akan dapat layanan baik seperti ini.

"My wife is right. We're bringing you here not to be abused, but to get justice." Khalaf suka bila penyebab Hayfa semakin selesa itu ialah isterinya. Dia merapati Aisy seraya memeluk bahu wanita itu menggunakan sebelah tangannya.

Sekali lagi Hayfa terkejut, macam tak percaya tengok wanita di depannya itu dipeluk dengan spontan.

"En..Encik ni suami akak ke?" Dia tahu soalannya bakal mengundang malu. Tapi mulut ni tak boleh duduk diam!

Aisy dan Khalaf pandang sesama sendiri. Mereka berdua menghamburkan ketawa. Bukan apa... muka Hayfa nampak kelakar sangat. Seolah-olah mereka berdua lakukan sesuatu yang tak elok di depan matanya.

Merah padam wajah Hayfa bila pasangan itu tergelak. Bibirnya dikemam. Hujung rambutnya dimain dengan jari. Rasa macam macam nak jadi habuk!

"Iya, ini suami akak.."

"Maafkan saya ya Hayfa? Salah saya sebab tak beritahu awak awal-awal tadi," Bicara Aisy sambil menghabiskan sisa tawanya. Kalau dia letakkan diri dekat tempat Hayfa pun mesti dia akan tanya soalan yang sama.

"Eh takpa! Saya okey je.." Macam biasa, Hayfa masih lagi tersipu-sipu.

"Aku rasa sebab kau innocent lah Fareez suka," Khalaf membuat sangkaannya sendiri. Waktu begini sesuai cakap macam ni, kalau ada Fareez... dah tentu suasana akan menjadi lebih kekok. Shy boy and shy girl bak kata orang.

"Ha...hahhh?" Terlopong mulut Hayfa. Dia tak tahu sama ada pernyataan itu boleh diambil serius atau tak.

Sebab kau innocent lah Fareez suka...

Macam tak masuk akal! Fareez tu dahlah strict. Tegas dan garang tidak bertempat. Selalu mengelak setiap kali dia tanya berlebihan.

"Fareez... suka saya? Mana ada. Dia suka garang dengan saya.." Dia tak sedar luahan itu terkeluar dari mulut sendiri. Bukan ke tadi aku cakap dalam hati je? Ah!

"Fareez garang?" Serentak Khalaf dan Aisy menyoal. Masing-masing terpaku. Ada benda yang tak kena ke? Fareez ada buat Hayfa terasa hati?

Continue Reading

You'll Also Like

63K 2.8K 30
Aisy,Asher dan Axel ialah mafia justeru mereka bertiga membina kumpulan mafia tersendiri yang diberi nama Rose Blood sempena dengan nama ibu mereka,R...
1.3M 2.6K 1
[ ROMANCE SERIES VOL 1 ] • ʏᴏᴜ'ʀᴇ ᴀʟᴡᴀʏꜱ ɪɴ ᴛʜᴇ ᴄᴀʀᴇ ᴏꜰ ᴍʏ ᴅᴀʀᴋ ꜱɪᴅᴇ ꜱᴀʏᴜɴᴋ - Red flag LIQ ZUHYR • Dia seorang jejaka kerek, bengis, kerap senyum sin...
94.5K 1.2K 1
(On Going) MMA: Mixed Martial Arts "I don't care, Ammara sayang. Abang dah janji dengan Asad, abang akan jaga Ammara macam nyawa abang sendiri. Ammar...
8.8K 185 10
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial