CDTM 2

נכתב על ידי Qaynyy

40.6K 3.7K 1K

Seronok hidup dikelilingi dengan orang-orang yang sayangkan dia. Bermula dari pekerja kini Zahra menjadi Puan... עוד

INTRODUCE
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 35
BAB 36

BAB 34

302 39 4
נכתב על ידי Qaynyy

Azka menyelak perlahan rambutnya. Jam tangan dipakai. Rantai Bulan Sabit masih lagi tergantung elok dibatang lehernya. Jarinya disarung dengan cincin. Kolar bajunya dibetulkan.

" Weh! Berapa lagi kau nak tinggalkan dungu kat Malaysia ? " Leo melangkah masuk dan mula mengambil tempat diatas katil Azka.

Azka diam dan membiarkan persoalan Leo. Dia masih merapikan pakaiannya dan menyelak telefon pintarnya.

Gambar Zahra yang muram ditatap sayu. Anaknya yang masih dipangkuan Zahra menangis seakan-akan ingin sesuatu diusap perlahan.

" Sampai bila Azka kau nak tinggalkan Zahra macam tu, dia perlukan kau. Dan kau perlukan dia juga. Kau tahukan Zahra macam mana ? Dia dah memang kelam kabut, bila kau buat macam ni tak ke gelap dunia dia. "

" Aku rasa malu dengan Zahra. " Leo terdiam. Hampir 2 minggu Azka mendiamkan diri.

" Aku tak layak dengan dia. Aku pembunuh Leo. Keluarga kita dari dulu jadi pembunuh. Kau sendiri tahu, papa aku macam mana. Datuk! " Azka merenung anak matanya kedalam cermin.

" Kau tahu Leo ? Zahra adalah perempuan pertama yang bukan dari keluarga macam kita ni masuk dalam 'dunia' kita. Kau tahukan dunia Zahra dengan dunia kita jauh beza! "

" Azka... darjat bukan penghalang untuk kau bercinta, kasih, dan sayang. " Leo memandang Azka lembut.

" Kasih dan cinta bukannya bergantung pada apa yang kau dah lakukan. Cinta juga tak akan pernah salah. Kasih yang Zahra berikan pada kau dan cinta dia pada kau membutakan siapa kau. Kau patut bersyukur dan hargai perempuan tulus dengan kau walaupun dia tahu siapa kau. "

" Kau sebagai suami dia. Kau perlu buat apa ? Terus bangga dengan apa yang kau dah buat ? Kau sayang dia kan ? Kau berubah untuk bimbing Zahra. Bukannya kau lari macam ni dan biarkan Zahra terkontang kanting. "

" Aku cakap bukannya aku ni baik Azka, siapa je nak orang-orang yang aku sayang rasa sakit. Aku ni Azka hilang banyak orang yang penting dalam hidup aku. Keluarga aku, adik aku, semuanya tak ada Azka. "

" Kau kata kau malu dengan Zahra. Dan Zahra bukan asal dari keluarga yang macam kita. Itu takdir, Allah nak seseorang ubahkan hidup kita. Cumanya kita masih tak nampak benda tu, kau lari dari Zahra seakan-akan kau sedang menolak takdir yang tertulis. Seakan-akan kau tak boleh terima yang Zahra akan ubah hidup kau. "

" Kau fikirlah balik masak-masak sebelum kau buat keputusan. Ini antara hidup kau, Zahra dan anak kau, Lutfi. Keluarga yang kau impikan sejak zaman kau kecil lagi Azka. " Leo menepuk bahu Azka.

Azka menghempaskan dirinya diatas katil. Muncul lagi sekali bayangan Zahra. Cintanya pada Zahra tidak sedikit pun berkurang, malahan hari demi hari dia makin cinta pada isterinya.

****
Fahim menyelak fail dan merenung laptop dihadapannya. Jojo pun turut serta sama-sama fokus pada Laptop.

" Last coordinat Mation dekat Teratak Mation. " Ujar Jojo.

Fahim mengerutkan kening. Dia meneliti tempat terakhir coordinat Mation.

" Mereka naik jet peribadi menuju ke luar negara Im. " Jari Jojo mengetik pada tetikus.

" Luar negara kat mana eh ? "

" Itu aku tak dapat kesan. "

" Haish! Susah gak budak-budak Mation ni, kalau salah sorang bukak Location. Senang nak detect. " Fahim mengeluh.

****

" Weh Shah! Bukalah kaunya location. Gila betul jalan kat sini. Kecik-kecik. " Ad mengaruk keningnya. Bukan main lagi matahari. Terik!

" Weh bodoh! Kalau aku bukak location, dah sah-sahlah si Ain durjana tu dapat detect kita kat mana. " Shah menjeling tajam.

" Alah! Tak apa! Bukak je, biarlah Ain masam tu nak serang kita. Aku dah lama tak tunjuk skill aku ni. Wacahhh!! " Ayyan menghayun-hayun tumbukkannya.

" Alahai! Pasal apalah si Azka ada sepupu gila macam kau ni Yan! Otak gila macam apa je.." Shah menggelengkan kepala.

" Terik bhai kat sini. Apasal lah si beku tu nak lari kat sini eh ? Memang nak suruh kita tergoda ke dengan orang dekat sini. " Ad menyeringai apabila melihat gadis-gadis disitu melirik manja memandang mereka.

" Ha Waze ni tunjuk ikut jalan sini! " Dua kepala serentak memandang Ayyan.

" Jangan kata kau..."

" Location! Kui kui kui " Ayyan menyengih.

" Astagaaaa! " Shah menepuk dahinya. Ad pula bersorak gembira! Best lah dengan Ayyan ni.

Shah sudah mula menggaruk pelipisnya. Apalah nasib dia bawa budak dua orang ni. Dia diibaratkan sedang menjaga kanak-kanak autism.

****

" Im! Aku dah jumpa diorang! " Fahim terkocoh-kocoh mendekatkan diri ke Jojo.

" Kat mana ni ? " Fahim dan Jojo mula terbuntang apabila tahu titik coordinat Mation.

" Brazil ?!! " Jerit mereka serentak. Fahim meneguk air liur. Brazil boh !

" Kau biar betul nak bawa Zahra ke tempat ni ? Brazil bukan negara yang boleh dibawa main. Negara tak ada undang-undang ni. " Jojo melirik mata kearah Fahim.

Faham benar dengan budaya orang Brazil. Pistol keliling pinggang. Vandelisme lagi teruk dari negara lain. Lu langsi lu matilah kata orang.

" Kalau nak bawa Zahra kat sini, tak tahu apa yang si Ain tu nak buat kat dia. Mahunya minah senget tu ikut senyap-senyap. "

****

Puan Has memuntahkan segala isi perutnya. Tidak terdaya badannya menahan bisa. Mahu sahaja dia ingin menyuruh ustaz Hadi berhenti dari Ruqyah dia.

Perutnya mula memulas. Seakan-akan ingin terkeluar benda tajam. Dia memerhati sekelilingnya. Wajah Syaf dan Firash tertunduk kerana sedang membaca ayat suci Al-Quran.

" Panas!!! " Jerit Puan Has.

Ustaz Hadi meneruskan bacaan ayat-ayat suci Al-quran. Syaf termenung melihat maknya yang memuntahkan segala isi perut sampai berdarah-darah.

Kata ustaz Hadi, keluarga mereka sudah terkena sihir pemisah. Pelik tapi benar. Manusia yang penuh dengan hasad dengki akan buat apa sahaja asalkan dendam terlunas.

" Sebelum ini mak kamu ada makan apa-apa dari tetamu yang tidak diundang ? " Soal Ustaz Hadi kepada Syaf.

" Tetamu yang tidak diundang ? Maksud ustaz ? "

" Ada orang telah membaca sihir pada makanan yang diberikan oleh dia kepada mak kamu. " Syaf terdiam. Suaminya disebelah ditatap.

" Ain.."

" Betullah nama yang kamu sebutkan tu. Dialah tetamu yang tidak diundang. "

Syaf terdiam. Tiba-tiba bulu romanya meremang. Patutlah selama ini maknya menghabiskan masa bersama dengan Ain.

Puan Has pula selalu mencari masalah dengan Zahra. Jadinya Ain ingin Puan Has membenci Zahra dan memisahkan Zahra dan Puan Has.

Allahuakhbar. Begitu sekali jahatnya Ain terhadap Zahra. Mujurlah dia sempat selamatkan Puan Has dari terus-terusan disihir.

Puan Has yang mulai melemah dipangku lembut. Sakit melihat mak sendiri sebegini rupa. Apa salah Zahra sehingga Ain sanggup lakukan sedemikian kepada keluarga mereka.

****

Ain menikam berkali-kali kepada bomoh yang tidak berjaya melawan semula perubatan dari pihak keluarga Puan Has.

" Bodoh! Kau menyusahkan hidup aku!!! " Tikaman demi tikaman.

Syaitan menguasai dirinya sampai dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan hidup Zahra merana. Dia menjilat darah bomoh itu lalu melihat dirinya dicermin besar.

" Aku tak dapat Azka, dan aku akan pastikan siapa-siapa pun tak akan dapat Azka! "

Hafiz hanya menggelengkan kepala melihat Ain yang sudah separuh gila. Acap kali dia melihat Ain bercakap seorang diri. Hafiz tertunduk lemah apabila mengenangkan keadaan Ain yang sudah pun mula menjadi kucar-kacir.

Silap dimana sehinggakan Ain tidak seperti dulu. Ain dulu sangat lembut orangnya, cantik, bijak dan baik. Dikelilingi oleh orang-orang yang selalu sokong apa yang dia lakukan.

Semenjak berlakunya pengkhianatan, Ain adalah antara orang yang paling kejam sekali. Lihatlah sekarang dirinya yang tidak menyukai apa yang ada pada orang lain.

Allah kurniakan kehidupan Zahra yang sangat luar biasa sehinggakan Ain tidak dapat menerima takdir. Kehilangan Farid menjadikan Ain lagi tertekan. Rancangan Ain semakin lama semakin gagal namun wanita itu cuba memaksa diri untuk lakukan apa sahaja asalkan dendam dapat dilunaskan.

Hafiz mengangkat mukanya, alangkah terkejutnya melihat muka Ain yang merenung dirinya sedekat itu. Dengan darah yang memenuhi muka Ain.

" Kau fikir apa Hafiz? Hahahhaha ! Menyesal sebab duduk dengan aku ? " Ain menyeringai dihadapan Hafiz.

" Tak, aku terfikir apa akan jadi dengan kita. "

" Terjadi apa ? Kau mengharapkan kehidupan kau yang dulu ? "

" Ain...."

" Shuh! Shuh! Kau akan jadi abu-abu tak lama lagi Hafiz. HAHAAHAHAH ! " Ain berlalu pergi meninggalkan Hafiz yang terkedu.





TO BE CONTINUE

Hehehehe hi guys 🤭 hmmmm comment tauu !! muahcikedddd !!!!

המשך קריאה

You'll Also Like

55.6K 5.6K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
62.8K 3.7K 60
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
145K 12.9K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1M 53.5K 73
TAD series 1 [Completed] 📌Amaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang...