MANUSKRIP

By Meriossah_

19.1K 1.2K 327

[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan... More

Blurb
02| Si Cantik
03| Untuk Adik
04| Misteri Sebuah Novel
05| Mistik Nusantara
06| Mistik Nusantara 2
07| Alanna
08| Kacau
09| Penjelasan Airen
10| Hancur
11| D'Umai Cafe
12| Manuskrip
13| Lewat
14| Jiwa
15| Tentangan
16| Dua syarat
17| Novel
18| Serpihan Memori
19| Manis Pahit
20| ๐˜‰๐˜ณ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ
21| Rusuh
22| Haru
23| Teguran Naail
24| Kecewa
25| Risau?
26| Berdamai

01| Permulaan

1.2K 51 4
By Meriossah_

Krek...

      Niyaz menolak daun pintu bilik tidur utama. Engsel yang sudah berkarat berbunyi mengisi keheningan ruang atas banglo usang yang telah lama ditinggalkan. Cahaya semula jadi menerangi, bintik-bintik debu menari dalam sinaran matahari yang menyelinap melalui jendela yang tidak ditutupi dengan sebarang tirai.

Niyaz terbatuk-batuk tika habuk tipis berlomba-lomba memasuki salur pernafasan. Hidungnya juga kembang kempis menahan bau hapak dan bangkai tikus yang menyengat.

Niyaz masih pegun di bingkai pintu, ragu-ragu untuk melangkah ke dalam. Tak sanggup rasanya. Ingatkan dah cukup seksa menahan sengsara dengan persekitaran ruang terbuka yang kotor dan berhabuk, rupanya dalam bilik ni lagi ekstrem. Menyesal pula dia tawarkan diri untuk naik ke tingkat atas, sepatutnya dia kekal di bawah sahaja.

Niyaz bergedik ngeri saat merasakan hawa yang meruap dari bilik itu menghadirkan sensasi kurang enak. Seakan mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh si kepala bilik.

Di dalam sana seolah diseliputi asap hitam tipis yang tak dapat dilihat oleh manusia biasa sepertinya tetapi dapat dirasai pada kulit tipis hingga menaikkan bulu roma.

Dingin dan seram. Atau erti kata lain berhantu. Ya bilik kosong itu berhantu.

"Oit, menung apa lagi? Jom ah."

Niyaz terlonjak ke hadapan dan tanpa sebarang persediaan dia termasuk ke dalam bilik yang cuba dia elak.

Niyaz mengimbangi badan dan kembali berdiri tegak, hampir saja tersungkur kerana perbuatan Zayid.

Seorang lelaki tanpa memperdulikan riak wajah bengang Niyaz melangkah santai ke dalam bilik tersebut. Malah ia takjub mengamati ruang bilik yang dua kali lipat besar dari bilik tidur miliknya.

Bilik tidur utama itu lengkap dengan perabot kayu. Di tengahnya ada katil bersaiz king. Sudut kiri ada sebuah rak yang tersusun buku-buku yang tidak Zayid ketahui jenis dan kandungannya. Di sisi rak ada meja kerja yang masih kukuh dan tersusun bingkai-bingkai gambar pemilik rumah yang kusam serta habuk tebal manakala di sudut kanan terdapat almari pakaian besar setinggi lelangit bilik dan juga bilik mandi yang tertutup rapat.

Dari pengamatan Zayid, ia dapat simpulkan pemilik bilik tidur ini pengemar perabot kayu asli, tengoklah walaupun bilik ini tidak dihuni separuh dekad, perabotnya masih utuh dan berguna cuma sayangnya ruangan ini tidak lagi berseri dan perabot yang sedikit kusam memberi kesan menyeramkan.

Puas menilik, Zayid keluarkan talefon dan mula mengambil gambar setiap sudut bilik.

Niyaz juga turut mencatat beberapa detail yang dia berjaya dapatkan dari permerhatian ke sehelai kertas yang terselit di papan keratan. Bermula dari jenis lantai, lapisan terakhir dinding, jenis barang elektrik yang ada dan beberapa input yang lain. Semua informasi ini akan digunakan semasa sesi pengiklanan.

"Hemm. Emmmm... Ni...Yaz."

Gerakan mata pen pada kertas terhenti.

Niyaz angkat kepala dan mencari susuk Zayid yang membelakangi. "Kau cakap apa tadi?"

Zayid membidik gambar yang terakhir. "Bila pula aku cakap?" Dia menoleh ke arah Niyaz.

"Tak lawak Zayid," marah Niyaz. Sudah lah dia seram sejuk dari tadi, Zayid pula tak nak mengaku.

"Aku tak tipu Niyaz." Zayid turunkan talefonnya dan menampakkan roman mukanya.

Mereka bertatapan.

Dari air muka Zayid jelas menunjukkan lelaki itu tidak menipu.

Zayid dari tadi licah bergerak dari satu posisi ke satu posisi memotretkan keadaan bilik tanpa mengeluarkan sebarang suara. Hanya saja kasutnya yang berbunyi dek memijak permukaan keras lantai kayu.

"Hemm. Emmmm... Ni...Yaz."

Sekali lagi suara rapuh dan dingin sayup-sayup membelai halwa. Pastinya bukan dari Zayid yang terkatup rapat bibirnya, Bukan juga dari manusia.

Niyaz meneguk liur.

Perasaan cemas mencuba meragut ketenangan Niyaz. Sarung plastik yang melindungi dakwat hitam hampir retak kerana tidak dapat menahan daya tekanan kuat daripada Niyaz.

Niyaz pasti yang menegurnya ialah entiti ghaib yang berada bersama-sama dengan mereka di sini.

"Emmmm... Ni...Yaz. HAHAHHAHAHHA."

Pen terlepas ke lantai.

Niyaz menutup lubang telinganya, gegendang berdengung kerana menerima jeritan maha kuat sebentar tadi.

Zayid mengetap bibir. Aksi Niyaz mengundang gemuruh di dada. Dia menyimpan gadgetnya ke dalam kocek seluar dan terkocoh-kocoh mendapatkan Niyaz.

"Ni..." Kata-kata itu tersendat di tenggorokan Zayid.

"Keluar!"

Zayid berpaling ke belakang. Jeritan nyaring jelas di belakangnya.

Tak semena-mena suasana dalam bilik berubah kepada tidak kondusif.

Cahaya mentari yang menjadi sumber pencahayaan bagaikan disekat oleh penghalang besar, menjadikan ruangan itu malap dan hanya bergantung pada pengcahayaan tipis dari luar pintu.

Perabot yang pegun tiba-tiba bergoncang bagaikan bumi yang dipijak mereka mengalami gempa.

Krek... Bum!

Nafas Zayid tersekat.

Pintu terhempas. Menyekat sumber cahaya mereka.

Kegelapan menyelimuti dua rakan itu dan menggetarkan tulang-temulang Niyaz hinggakan papan keratan turut meluruh dari pegangannya.

"Niyaz." Zayid memanggil. Dia mengagau-gagau, mencari Niyaz. Dia tak nampak, matanya seakan ditutup oleh kain.

"Niyaz," seru Zayid lagi. Kakinya mula lenguh dan sedikit berat, dari tadi dia berjalan ingin mendapatkan Niyaz yang berada di tengah ruangan, namun entah mengapa jarak antaranya dan Niyaz terasa begitu jauh.

Ruang terasa sempit dan padat, mereka dikepung oleh benda yang tak terlihat dari indera kasar, pelbagai bentuk dan rupa.

Pastinya Niyaz dan Ziyad tidak melihat kewujudan mereka tetapi cukup membuatkan dua manusia itu sedikit kewalahan dek udara yang terasa makin berat dan sumber oksigen mereka semakin berkurangan.

Bayangan putih merentang dan memutar di sekitar. Bisikan dan cakaran merayap di sudut-sudut, dan angin dingin menyapu leher membuatkan Niyaz semakin hanyut dalam cengkaman makhluk yang cuba mengantikan posisinya, merebut raga miliknya secara paksa.

"Niyaz kau dekat mana? Jangan senyap Niyaz. Jangan mengelamun, fokus." Zayid semakin khawatir.
Zayid tahu yang Niyaz tidak dalam keadaan yang baik dan kemungkinan lelaki itu sedang bergelut dengan makhluk ghaib. Situasi seperti ini bukan pengalaman pertama buat Zayid, dia sudah menghadap berkali-kali selama 2 tahun ia menjadi rakan sekerja Niyaz.

Niyaz membongkok, menumpukan tubuhnya pada lutut. Tercungap-cungap ia mengambil nafas, butiran sebesar biji jagung juga menempel di dahinya. Tenaganya terkuras kerana berlawan dengan makhluk jahil. Dia dengar Zayid memanggilnya tetapi dia terlalu sibuk merebut nyawa dari dihisap mereka.

Dum! Dum! Dum!

Zayid mengalih kepala ke sumber bunyi. "Satu-satu la kalau nak kacau pun. Ingat kita orang participant Ghost Buster ke! ini kalau aku nampak aku tarik rambut sekor-sekor," rungut Zayid. Geram dia. Dengan Niyaz yang tidak diketahui keadaannya lagi. Tambah pula kerenah hantu-hantu dalam ni yang tak menyabar betul! Ahhh Zayid makin serabut. Dari takut dia bertukar marah.

Pintu makin digegarkan dari luar kini berserta sahutan lantang. "Niyaz! Zayid korang dekat dalam ke?"

Zayid yang hampir mengamuk, menghela nafas tika mendengar sumber suara yang dia kenali dari luar. Kemunculan sang rakan membawa harapan buat dia dan Niyaz yang semakin tenggelam dalam usikan jahat para jembelang. "Hairil tolong! Kita orang kena kacau ni," laung Zayid, memohon bantuan. Mereka perlu keluar dari sini segera.

Hairil di luar memulas tombol tapi tersekat. "Shit- pintu terkunci." Hamun dia.

"Niyaz fokus Niyaz! Kau dekat mana woi!" Jeritan Zayid menembus daun pintu dan jelas pada pendengaran Hairil dan mereka yang di luar.

Kak Siti yang melekapkan telinga ke pintu terundur ke belakang. Kaget dengan jeritan Zayid.

"Macam mana ni Hairil?" Kak Siti selaku ketua resah dengan keadaan dua anak buahnya yang terperangkap di dalam sana. Sepatutnya dia melarang Niyaz dan Zayid ke atas. Berdua di tempat asing dan sudah lama ditinggalkan bahaya biarpun Niyaz dan Zayid itu lelaki.

Hairil melepaskan tombol, dia mengundur beberapa tapak dari pintu dan memberi isyarat buat Kak Siti dan Airen beredar ke tepi. "Jangan berdiri belakang pintu Zayid aku nak pecahkan pintu ni."

"Bodoh nanti client marah!" Persetankan omongan Zayid.

Hairil nekad menyelamatkan Zayid dan Niyaz.

"Bullshit! Nyawa korang lagi penting la dari pintu ni!" umpat Hairil. Dia bersedia untuk merempuh pintu.

Mendapat anggukan dari Kak Siti, Hairil berlari kencang, sedikit melompat sebelum menendang pintu kuat.

Brak!

Sekali percubaan, Hairil berjaya memecahkan pintu .
Kak Siti dan Airen segera ke dalam.

Niyaz tak pedulikan mereka yang sedang maju ke arahnya, dia mundur dan berpaut pada perabot tak jauh dari tempat dia berdiri tadi.

"Jangan lah buat hal sekarang ni," rungut Niyaz. Bukannya senang kerana dia dan Zayid selamat dari cekalan makhluk di sini malah Niyaz terasa didera oleh mereka yang seakan marah kerana diganggu dengan kedatangan tiga rakan kerjanya yang lain.

Niyaz memejam pelupuk, cuba bertenang dan membaca beberapa kerat ayat yang diajarkan oleh abah, mengusap bahagian tubuh yang dapat digapai, berharap sekujur tubuh yang makin memberat dan dalam perutnya yang sakit itu berunsur lega.

Sepatutnya dia baca ayat pendinding diri dulu sebelum masuk ke dalam bilik puaka ini. Semuanya gara-gara Zayid. Kalau Zayid tidak dorong dia secara paksa, mereka mungkin tak akan diganggu dan dia tak perlu berhadapan situasi begini.

Buk!

Bacaan Niyaz semakin berterabur. Lututnya semakin bergetar dan tungkai tidak kuat lagi menampung berat. Niyaz longlai ke lantai yang berdebu.

"Ya Allah Niyaz" Kak siti menjerit. Terkejut dia melihat anak buahnya dah terjelupuk.

Airen menekup mulut. "Encik Niyaz."

Berat. Niyaz rasa ditindan oleh pemberat berganda-ganda dari jisimnya. Dia semakin melemah dan tak kuat menahan asakkan energi kelam di sekitarnya.
Bahkan untuk menyahut panggilan mereka pun Niyaz tidak mampu. Dia di ambang kesedaran yang makin tipis.

Dalam penglihatan yang buram, samar-samar Niyaz nampak seseorang berdiri di hadapannya lalu ia merasakan tubuhnya ditarik secara paksa mendekati si figura tegap itu.

"Arkh." Niyaz meringis. Tangan kekar itu melilit perutnya dan secara tak langsung menekan abdomen yang semakin nyeri.

"Niyaz jangan pengsan." Si pemilik lengan bersuara.  Berusaha menahan Niyaz dari teroleng.

Niyaz tak pasti dia dipapah oleh siapa. Dia tak dapat membezakan sama ada Hairil atau Zayid yang sedang berusaha membawanya keluar dari bilik dan turun ke bawah, yang pasti salah seorang dari mereka.

Niyaz semakin khayal. Dia seperti diawang-awangan. Tubuh semakin hilang rasa. Kelopak mata ditarik-tarik ke bawah dan perlahan-lahan Niyaz membiarkan dirinya disedut ke dalam lohong hitam.

Niyaz menyerah, membiarkan gelap mengambil alih dunianya.

Hairil mempercepatkan langkah ke pintu masuk bila Niyaz semakin berat dan tidak lagi bergerak. Dia membaringkan Niyaz yang sudah tidak sedarkan diri sebaik sahaja mereka tiba di garaj kereta.

Kak siti menyelit papan keratan di bawah kepala Niyaz, mencuba memberi keselesaan pada anak buahnya. Kemudian, dia mengipas wajah Niyaz dengan helaian kertas.

Zayid pula menepuk-nepuk pipi Niyaz, cuba menyedarkan si jejaka yang sudah tak berona, pucat pasi.

Mereka panik.

"Air. Tolong ambilkan air," pinta Hairil. Dia berlutut di sisi Niyaz, melonggarkan tali leher Niyaz dan membuka dua butang teratas, meningkatkan pengaliran udara dan memudahkan Niyaz bernafas.

Tanpa berlengah Airen berlari ke kereta yang terpakir di luar pagar dan kembali semula dengan plastik jajan yang dibeli mereka sebelum datang ke sini. Dia merongkah plastik tersebut dan mengeluarkan botol air mineral 500ml yang belum dibuka.

Hairil menyambut huluran Airen, ia membuka penutup botol, merapatkan hujung botol pada bibirnya dan membaca surah Al-Fatihan dan 3 Qul sebelum dihembus ke dalam air. Kemudian, Hairil menuang air ke telapaknya sedikit lalu direnjis-renjis dan diratakan air ke seluruh permukan wajah Niyaz, berharap dapat membangunkan si putera tidur.

Air penawar Hairil berkesan.

Titisan air sejuk menyedarkan Niyaz dari lelap.

Kak Siti lega melihat pelupuk Niyaz kembali terbuka.
Risau dia tadi kalau Niyaz tak kunjung sedar, mampus dia kena tanggungjawab. Namun kelegaan Kak Siti tak bertahan lama bila esakan tertahan tercabik dari bibir Niyaz. Bayangan-bayangan mengerikan mula menujah fikiran Kak Siti, firasatnya kembali buruk. Lantas Kak Siti memandang Hairil.

"Mengucap Niyaz. Jangan diikutkan." Hairil memainkan peranan, menenangkan Niyaz yang mula gelisah. Telapak Niyaz dipijat, ingin Niyaz sedar sepenuhnya.

Semakin Niyaz kembali ke permukaan, dia semakin merasai kesakitan. Titik-titik refleksi pada tubuh terasa sengal dan mencucuk terutama pada bahagian dada dan abdomen.

Niyaz mengigit bibirnya, menahan sakit.

"Heyyy Niyaz." Ziyad memetik jarinya di depan Niyaz.

"Cool down Niyaz. Tarik nafas hembus. Tarik... Hembus." Bantu Ziyad sambil mengusap dada Niyaz sambil mengalunkan zikir penenang hati.

Setelah beberapa detik berlalu, Niyaz sedikit tenang berbanding tadi.

"Saya nak balik," pinta Niyaz. Dia tak mahu berada di sini lebih lama. Dia nak pulang, dia nak jumpa Khafi atau Naail. Dia perlukan abang-abangnya.

"Aku bawak kau balik tapi janji jangan terlepas," kata Hairil.

Niyaz tak menjawab, mata kuyunya memberitahu yang mungkin dia tak dapat menunaikan permintaan Hairil. Sekarang pun dia dah rasa di hujung tanduk.

"Niyaz dengar tak," desak Hairil.

"Ya aku dengar." Niyaz menaikkan jempol. Dia berusaha bangkit dengan bantuan Zayid.

Saat mata Niyaz bertemu dengan anak mata Airen yang sedang merenungnya tajam. Sekujur badan Niyaz kembali meremang dan begitu juga Airen.

Pada pandangan Airen, Niyaz nampak semacam. Bukan Encik Niyaz yang dia kenal. Semakin dia mendalami butir mutiara Niyaz semakin dingin badannya.

Dan tak semena-mena pandangan Airen ditutup oleh seseorang.

"Jangan pandang mata Encik Niyaz, bahaya." bisik Kak Siti di cuping Airen.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 60.3K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
87K 5.5K 45
[C O M P L E T E] - Belum Edit - โ€ผ๏ธ Contains sensitive issues โ€ผ๏ธ Syiraz Andra dan Syariz Indra ialah kembar seiras. Tingkah laku mereka berbeza, begi...
569K 25.4K 34
"Nama kamu siapa? Nama kita Fatieha. Housemate Yaya." "Got to go. Nice to meet you." "Nama kamu siapa?" "KG." Pada suatu malam, mereka diperte...
1.6K 390 22
CODE SERIES 1 "Kau... cuma seekor tikus yang terperangkap dalam..." "๐‘ท๐’๐’‚๐’š ๐’•๐’‰๐’† ๐’ˆ๐’‚๐’Ž๐’†," Semuanya bermula kerana dia terpilih sebagai mangsa...