Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

נכתב על ידי inspectoside

655 10 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... עוד

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
2- SYAH
3- AIDAN
4- HILANG
5 - KEMBALI
6 - DANI
8 - JANJI
9 - SISI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
17 - DALANG
18 - BOSS
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
21 - INARA
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
25 - MR. BOO
EPILOG

7- PERTEMUAN

20 0 0
נכתב על ידי inspectoside

HANNAH berbaring di atas sofa memandang kosong siling ruang tamu. Televisyen dibiarkan terpasang untuk mengisi sepi. Puan Syazwin dan Tuan Fazlee tiada di rumah untuk seminggu manakala Mak Ila ambil cuti kecemasan hari ini. Kucing peliharaannya sakit. Itu yang dikatakan oleh Mak Ila pagi tadi. Hannah tidak kisah, dia suka bersendirian di rumah kadang-kadang.

Sejak pulang dari rumah Fateen dua hari lepas, mereka masih tidak bertemu dengan sebarang petunjuk tentang Dani, Yusuf dan Irfan. Semuanya bagai disimpan rapi supaya tidak terdedah kepada dunia.

Aneh dan misteri.

Hari ini Sabtu, jadi Hannah tidak ke sekolah. Syah ada di luar mengira burung yang bertenggek di pagar rumah Hannah. Bosan katanya kerana Hannah tidak banyak bercakap hari ini. Mak Ila yang tiada dirumah menambah kebosanan Syah. Kalau tidak pasti dia sudah sibuk di dapur, menyanyi bersama Mak Ila yang sedang memasak dan menghafal segala resepi masakan Mak Ila.

"Ahh! Aku bosan!" jerit Syah sekuat hati. Hannah yang terbaring di sofa terus terduduk. Terkejut dengan jeritan Syah. Sudahlah suara dia agak dalam, pula itu pergi menjerit tak tentu fasal. Gila ke apa?

Syah terbang masuk menembusi pintu kayu besar rumah Hannah. Hannah di ruang tamu dipandang bengis. Hannah membalas pandangannya dengan muka menyampah. Sudah kenapa roh seekor ini. Datang bulan ke? Tapi roh datang bulan ke?

"Kau dah kenapa menjerit? Datang bulan? Burung dekat luar itu cari gaduh ke sampai nak menjerit tak tentu fasal?" soal Hannah sambil cawan berisi air teh dicapai. Dia lupa langsung dia ada buat teh ais lima belas minit lepas. Lama sungguh dia termenung!

"Aku bosan Han Han..."

"Bantu isi kebosanan aku..." rengek Syah sambil terbang dalam bulatan laju-laju di hadapan televisyen. Bosan sangat itu tapi tak pening ke dia?

"Apa aku boleh buat, aku pun bosan juga. Nak main sorok-sorok tak aci. Kau boleh sorok dalam dinding. Memang aku kalahlah cerita dia." Hannah menggaru kepala yang tidak gatal. Dia pun mati kutu mahu buat apa. Drama sudah habis ditonton, novel sudah habis dibaca. Belajar? Baru sahaja dia buat lepas subuh tadi.

"Kacau Aidan jom," ajak Syah semangat. Sejak sudah menjadi kawan baik dengan Aidan, Aidan sahaja yang dia fikirkan.

"Dia kerjalah hari ini. Dekat cafe kakak dia." Hannah teringat yang Aidan memang akan sentiasa bantu kakanya di cafe bila-bila ada masa cuti.

"Iya kan... Lupa pula aku. Sudah itu, kita nak buat apa ini?" Syah campak muka bosan dan ambil tempat di sebelah Hannah. Hannah dipandang kosong sambil mencari idea untuk mengisi kebosanan mereka.

Buat beberapa ketika suasana sangat sepi. Hanya bunyi daripada televisyen sahaja yang memecah bisu antara mereka.

Syah dapat rasakan satu mentol menyala di atas kepalanya. Idea sudah datang!

"Apa kata kita bersoal jawab?" Matanya bersinar-sinar menanti jawapan Hannah.

Hannah angguk.

"Soalan pertama, kau rasa kenapa kita encounter? Apa sebabnya kita bertemu? Kenapa engkau bukan Aidan? Dia pun boleh nampak aku, malah ada juga selain kau orang berdua. Tapi kenapa engkau? Hannah Syazlee," soal Syah panjang lebar dengan nada teruja. Senyuman melebar menampakkan sebaris giginya.

"Sebenarnya aku pun tertanya-tanya. Kenapa akulah orang yang malang itu? Kenapa bukan orang lain?" Hannah buat muka menyampah kepada Syah.

Biadap. Dia kata pertemuan dia dan Syah ialahsatu malang. Punyalah kacak roh itu, dia kata malang. Kalau bertanding dalam pertandingan roh terkacak dengan roh-roh lain, pasti dia menang tempat kedua. Rendah diri.

"Pelik bukan." Syah tayang muka keliru. Nampak gaya Hannah pun tidak dapat menjawab persoalan yang sering kali berulang dalam kepalanya.

"Tapi aku rasa kita berdua bertemu mesti bersebab..." sambung Syah dengan nada rendah sambil jari telunjuk mengosok bawah dagu. Gaya sedang berfikir.

"Sebab?"

"Kalau aku tahu mestilah aku tak tanya dari mula lagi, Han Han. Tapi kau tak rasa ke kita ada perkaitan? Kau yakin kau tak pernah nampak aku masa aku masih lagi manusia?"

Hannah dipandang redup. Perasaan ini, perasaan setiap kali dia memandang tepat ke sepasang mata Hannah. Ada sesuatu yang dirasai dalam lubuk hatinya. Tapi perasaan apakah itu, dia tidak pasti. Langsung tiada tekaan.

"Yakin. Seratus peratus. Kalau aku pernah nampak kau mestilah aku sudah cam kau dari awal. Perkaitan kau kata? Entah aku tak pasti. Tapi macam ada. Tapi... ahh tak pastilah. Aku tak dapat bagi nak jawapan." Muka diraup kasar. Keliru.

Mata bertentang lagi. Sepi kembali menemani. Masing-masing tiada jawapan bagi persoalan tadi. Keliru dan pening dibuatnya. Lagi susah daripada Matematik Tambahan! Subjek paling dibenci oleh Hannah.

"Tukar soalan. Kau ingat ke macam mana kau boleh ada dalam bilik aku malam itu?" Syah yang merenung dinding di belakang Hannah dikejutkan daripada lamunannya.Otak ralit berfikir untuk mengingati malam pertemuan mereka buat kali pertama.

Kosong.

Kepala digelengkan. Tiada jawapan seperti soalan tadi.

"Satu pun aku tak ingat. Aku memang tiba-tiba sahaja ada di bilik kau. Masa itu, aku memang tak tahu siapa aku dan apa aku. Tak tahu kenapa dan bagaimana." Syah juga keliru dengan diri sendiri.

"Kau tak rasa ke kita macan ditakdirkan bersama?" Syah menyoal.

Air teh ais yang sudah mencapai keseimbangan terma dengan suhu ruang tamu diteguk Hannah. Merepek!

"Hah?"

"Aku takdir kau dan kau takdir aku. Kita memang ditakdirkan bersama. Selamanya mungkin?" Kening dijongket dua kali. Muka gatal terpampang.

Mahu tersembur air di dalam mulutnya. Tak masuk akal punya alasan. Ini kalau diberi pelempang kepada si Syah sampai dia keluar dari bumi sedap juga.

"Kau gila ke? Mana mungkin. Kau roh, aku manusia. Mustahil kita bersama selamanya.Lagipun aku tak nak kau ada selamanya dengan aku. Rimas" Muka menyampah diberi lagi.

Mana mungkin dua makhluk berbeza itu bersama selamanya. Mustahil bagi Hannah.

"Hahaha. Takdir yang aku maksudkan bukan yang kau fikir itu. Maksud aku, takdir yang macam kita ini sebenarnya ada pertalian darah atau aku ada buat apa-apa dekat mana-mana ahli keluarga kau dulu. Faham?" Kelakar tengok Hannah berang. Perasan sungguh! Syah pun rasa mustahil untuk mereka ditakdirkan bersama selamanya. Tapi tiada siapa tahu. Tapi ini cerita fiksyen, selamanya mungkin boleh terjadi.

Hannah mengangguk. Terasa bahang pada mukanya. Lain rupanya takdir yang dimaksudkan Syah. Tapi salah dia buat muka gatal! Dasar roh gatal!

"Sudahlah aku malas nak berfikir. Jom tolong aku masak." Hannah bangun dari duduknya dan terus ke dapur. Lapar pula rasa, pagi tadi dia tidak menjamu apa-apa. Air teh itu merupakan benda pertama masuk ke perutnya untuk hari ini. Syah terus mengekorinya dari belakang sambil menyanyikan lagu Enchanted oleh Taylor Swift. Lagu kegemaran Hannah.

Hannah menoleh kebelakang, Syah yang seronok menyanyi dipandang sekilas sebelum kembali mebuang pandangan ke hadapan. Sedap juga rupanya suara Syah. Tapi memang tidaklah Hannah mahu puji roh gatal itu depan-depan. Bangga sampai tahun depan nanti si roh itu.


PINTU peti ais dibuka memerhatikan segala isi di dalamnya. Mata ralit memerhatikan setiap bahan masakan yang ada. Banyaknya benda. Nak masak apa ini?

"Cili api, telur, belacan, ikan bilis. Cukup itu kalau kau nak buat nasi goreng untuk kau seorang makan." Bahan-bahan ditunjuk satu per satu oleh Syah yang memberi cadangan.

Syah dipandang tidak berkedip. Sejak bila dia mahir tentang dapur malah lebih mahir daripada Hannah. Tak boleh jadi ini. Hannah rasa tercabar tak tentu fasal.

"Marilah aku ajar caranya. Aku hari-hari tengok Mak Ila dan umi kau masak. Semua dah disimpan rapi dalam ini." Jari telunjuk di bawa ke kepala. Muka berlagak. Ini ikhlas ke nak tunjuk handal?

"Nasi goreng, aku pun boleh buat tanpa bantuan sesiapa," balas Hannah sambil tangan mengambil segala bahan yang ditunjukkan Syah tadi.

"Cik Hannah, awak masak mi segera pun tak jadi. Inikan pula nasi goreng. Macam mustahil sahaja." Syah tersengih mengusik. Dia sudah tahu memasak bukan satu kepakaran Hannah.

"Cis! Yalah, cepat ajar." Hannah mendengus kasar. Nasi sudah ditanak pagi tadi semasa dia membuat air teh. Syah senyum melebar dan bangga.

"Potonglah dulu bahan-bahannya kut iya pun, Cik Hannah. Awak kelam-kabut nasi goreng itu tak lari pun." Seronok mengusik Hannah. Comel melihat gadis itu bengang dengan dirinya.

"Nak buatlah ini. Hish!" Dengusan lebih kasar ketika ini. Menyampah betul dengan Syah. Tapi kalau tidak mendengar katanya dia juga yang lapar nanti. Mahu memesan makanan, nasi sudah masak. Lagipun bila lagi dia boleh masuk dapur.


SYAH mengajar Hannah satu per satu. Lembut sahaja caranya tetapi ini Syah. Usikan itu pasti, mana boleh lihat Hannah hidup tenang.

"Siap! Kalau tak sedap aku tak nak cakap dengan kau seminggu," ugut Hannah, sedangkan kalau nasi goreng itu tak sedap salah dia sepenuhnya. Dia yang masak, Syah hanya mengarah.

Sesudu penuh nasi goreng diambil kemudian duduk bersila di lantai. Sudu penuh itu dibawa ke dalam mulut. Syah dipandang dengan mata yang dibesarkan. Sedap! Macam Mak Ila punya nasi goreng. Sebiji!

"Sedaplah itu." Syah meneka sambil melihat reaksi Hannah. Senyum terukir dibibirnya. Bangga betul! Dia pun tak yakin yang nasi goreng arahannya akan sedap.

"Sedap yang amat! Sama macam Mak Ila punya. Terima kasih." Pinggan dicapai, nasi goreng dicedok penuh ke atas pinggan.Perut tidak sabar mahu diisi. Lapat sangat sudah ini.

"Tapi rugi kau tak dapat makan sekali. Sedap sangat!" Hannah menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Umi balik nanti dia mahu beritahu yang dia sudah tahu masak nasi goreng pasti uminya bangga.

"Tak rugilah. Tengok kau gembira pun sudah buat aku kenyang." Syah dari tadi asyik memerhati senyuman Hannah. Aneh. Kenapa rasa hangat hati ini setiap kali melihat senyuman gadis di hadapannya. Hannah, kau siapa dalam hidup aku?

JAM menunjukkan pukul lima petang. Hannah sudah bersiap untuk ke taman berdekatan dengan taman perumahannya. Dia ajak Syah sekali menemaninya walaupun tiada fungsi. Kalau dia diganggu pun Syah tidak dapat membantu dan tiada apa yang boleh dia lakukan.

Syah setuju menemani Hannah kerana dia bosan duduk dirumah. Mahu juga dia perhatikan manusia lain selain Hannah hari ini. Sejak menjadi roh, melihat ragam manusia merupakan hobi Syah. Bukan setakat melihat, dia siap mengutuk dan memuji setiap perbuatan yang dilihatnya. Kemudian akan dia ceritakan pada Hannah untuk dijadikan pengajaran hidup.

"Jom!" Hannah sudah berdiri di hadapan pintu setelah mengikat tali kasutnya. Windbreaker bewarna beige dipandankan dengan tudung jersey dan seluar track hitam serta topi bewarna beige. Hannah melompat-lompat sedikit memanaskan badan.

"Jom. Lumba siapa sampai taman dulu." Syah terbang laju meninggalkan Hannah di belakang.

"Mana aci! Kau boleh terbang tak penat. Aku kena lari dan kunci pagar dulu." Hannah tak mahu kalah.

"Aku kasi chance lah. Aku terbang perlahan-lahan lepas kau kunci pagar. Aku terbang ikut kelajuan kau lari. Tapi kalau aku rasa kau lembap aku tinggal aje." Syah menawar.

"Apa-apa sahajalah! Malas aku layan kau ini." Mulut kata begitu tapi laju-laju dia mengunci pagar dan berlari ke taman. Tak mahu kalah dengan Syah.

BANGKU menghadap tasik dipilih untuk merehatkan diri. Sudah lima belas minit dia berjoging itu pun banyak berjalan daripada lari. Hannah bukanlah seorang yang suka bersukan tapi dia tahu ini semua untuk kebaikkan dirinya akan datang. Satu-satu orang di taman diperhatikannya bersama Syah. Kemudian mata dialihkan memandang itik-itik yang berenang di tasik itu. Comel. Kalau pujuk umi dan abi untuk bela itik agaknya mereka izinkan tak? Itik comel apa.

Syah berkerut sejak tadi. Ada seorang lelaki yang dari tadi mencuri perhatiannya. Diperhatikan lelaki itu dengan tekun apabila dia mendekati tempat duduknya dan Hannah. Semakin dekat lelaki itu, semakin tajam renungan Syah. Lelaki itu kini menghampiri Hannah. Semakin lama semakin hampir. Jarak lelaki itu dan Hannah kini hanya tiga tapak.

"Awak punya kan? Jatuh tadi. Saya nak kejar tapi awak makin laju." Lelaki itu menghulurkan tangannya. Airpod Hannah! Patutlah dia rasa janggal pada telinga sebelah kirinya. Rasa kosong. Tercabut sebelah Airpod rupanya.

"Eh, ya. Terima kasih." Hannah memberi senyuman pada lelaki itu. Kacak! Rambutnya yang lembut ditiup angin menambah perasa kepada rupa sedia kacaknya itu.

"Tiada apalah. Alhamdulillah saya perasan. Kalau tidak habis dipijak orang." Lelaki itu memberi satu senyuman manis pada Hannah. Syah yang berkerut masih merenung tajam lelaki dihadapan mereka. Lelaki itu merenung Hannah buat seketika sebelum bersuara lagi.

"Awak ada abang ke?" soal lelaki itu kepada Hannah tiba-tiba. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

"Saya-..." Tidak sempat Hannah menjawab lelaki itu menoleh ke arah satu punca suara.

"Dani!" Lelaki itu menoleh apabila diapanggil oleh rakannya di belakangnya.

"Kawan saya dah panggil. Jaga Airpod awak elok-elok ya. Mahal itu. Minta diri dulu." Dani memberi senyuman manis dan melambai Hannah sambil berlari ke arah kawannya.

Hannah pandang Syah. Syah pandang Hannah. Otak mereka berhubung bersama. Masing-masing mengerutkan muka. Terkejut. Adakah itu Dani yang mereka cari?



Yang mengarang,

Side 👻

המשך קריאה

You'll Also Like

21.7K 1.7K 23
[ 2022 ] : SHEM S2 Kejadian mistik menimpa keluarga Tengku Afiq hingga memaksa Syahirah untuk merungkai segala rahsia dan masa silam untuk mendapatka...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
115K 7.2K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...