The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu

pelanggan tetap

1.5K 168 22
By akuorgbiasa

"Abang baju hitam, dua oblong daging, satu burger ayam special cheese. Hat akak tudung meghohnya-mak-ngah, benjo satu, burger daging satu. Betoi ka, kak?" soal Ayoi, si pembantu kedai.

Gadis bertudung merah itu tertawa kecil dan mengangguk. Segan diusik si penjual. 

"Okey, siap..." ujar Nuh sambil tangan lincah memasak kepingan-kepingan daging dan roti burger pada masa yang sama. 

"Hud mana?"

"Tatau. Dia ada balik ka? Bukan kat kampus?"

"Bertuah budak ni. Dia balik dah sat tadi. AKu nampak dia kat rumah."

Ayoi tertawa. "Hang macam tatau adik hang tu, Nuh. Kalau dia balik tu, samada bantai tidoq seperti dia soghang penat belajaq, tak pun pi detim."

"Tu yang buat aku panaih tu."

"Biaq pi kat dia la. Bakal duktur. Memang penat la belajaq."

"Hang belajaq jugak."

"Aku lain. Tak hebat macam Hud. Aku beshe-beshe..."

Nuh tersengih. Ayoi, adik sepupu yang sebaya dengan adiknya Hud, memang rajin budaknya. Ayoi yang menjadi pembantunya di gerai burger saban hari, kecuali sepupunya itu ada urusan penting. Rajin mencari wang saku. Siang hari belajar di UiTM, manakala malam hari mengambil upah menjadi pembantu Nuh. 

Mungkin dek kerana sepupu yang dah dianggap seperti adiknya sendiri ini hidup dengan ibu tunggal dan dia merupakan anak sulung. Maka dia terlatih bertanggungjawab dan rajin bekerja. 

"Burger ayam dua, kak punya, kan?" Ayoi hulurkan plastik berisi dua biji burger yang dah siap dibungkus pada seorang lagi gadis yang dah datang lebih awal.

Duit bertukar tangan. 

"Terima kasih, na. Makan jangan lupa baca bismillah!"

Nuh tersengih. Ayoi ni memang jenis begitu. Peramah terlebih. Mungkin juga sikap Ayoi yang mesra pelanggan itu buat gerainya agak ramai pengunjung. Dia lebih pendiam dan serius orangnya. 

"Err, excuse me. Tumpang tanya, ini kedai burger Abang Nuuhh Tuudiaa, ke?" Tiba-tiba ada suara perempuan bertanya pada Ayoi. 

Nuh ambil tak endah dan terus dengan kerjanya memasak burger.

"Hah, tak lain dan tak bukan, memang benarlah jangkaan saudari. Inilah gerai yang dicari-cari. Ada apa yang boleh dibantu? Nak burger apa malam ni? Burger ayam special cheese kami bestseller. Burger ayam crispy pun bestseller. Tidak dilupakan, benjo untuk adik-adik manis yang acah-acah nak diet. Nak yang mana?"

Pelanggan-pelanggan lain dah tertawa kecil. 

"Saya nak Abang Nuh."

"Hah?" 

Hampir terlepas sudip leper besi yang digunakan Nuh untuk memasak burger daripada tangan.

"Tudiaa betoi ni. Lagu mana aku nak bungkuih hang, Nuh? Cik kak ni nak order hang!"

Nuh berdecit sebal. Malu sebenarnya. Mangkuk ayun ni pun boleh buat main pulak!

Nuh lantas berpaling memandang si 'cik kak' yang baru sahaja membuat permintaan aneh-aneh.

"Eh hi, Abang Nuh! Remember me?"

Terkebil-kebil mata Nuh memandang gadis bertocang satu yang sedang senyum sambil melambai-lambai padanya.

"Aih kompang dipaluu.... pengantin baru..." Tiba-tiba Ayoi memekak menyanyi.

"Oi, pungkoq! Ada yang merasa kuali panas aku ni kang.." marah Nuh.

Ayoi tertawa. "Switch place, brader. Biar aku masak.. Hang layan customer," ujar Ayoi sambil mencuit bahu Nuh.

Nuh serba-salah. Terpisat-pisat di situ.

"Nuh, pi lah! Tegak cam patung cendana dah kenapa?"

Nuh akhirnya lekas-lekas beralih tempat dengan sepupunya itu.

"Hi!" Sekali lagi gadis itu menyapanya.

"Err, hi!" Nuh turut melambai. 

"Ingat I?"

"Ingat. Maryam ke apa tah nama?"

Gadis itu mencebik. "Mana pulak datang Maryam. Sarah lah!"

Nuh gelak kecil. "Oh ya. Lupa. Sarah. Apa habaq?"

"Baik."

Nuh mengangguk dan tersengih. Diam.

"Err, I nak bayar hutang hari tu."

"Hmm?"

"I nak beli burger."

"Ooo, boleh, boleh. Nak burger apa?"

"Apa yang paling sedap?"

Nuh garu dagu. "Err... yang dia dah sebut tadi."

Gadis itu angguk. "Bagi I semua jenis dalam menu. Tiap jenis dua."

Buntang mata Nuh. 

"I'd climbed every mountainnn...." Sang sepupu menyanyi lagi. Mamat ni memang kaki karaoke. 

"Banyak jenis ni. Serius nak semua?"

"Yes. Nak semua."

"Habis ke?"

"I bagi kawan-kawan..."

Nuh terangguk. 

"Ayoi, tiap satu jenis, dua bungkuih," beritahunya pada Ayoi.

"Roger that, boss!" ujar Ayoi.

"Err, tunggu sat na? Duduk dulu dekat bangku tu," ujar Nuh pada Sarah pula.

"Hang pi bungkuih. Aku masak." Nuh meminta semula tugasnya yang diambil alih Ayoi tadi.

"Tak pa. Hang pi lah sembang dengan Sarah." Perlahan suara Ayoi.

"Sembang-sembang ni bukan kerja aku. Tu kerja hang. Dah, tepi!" balas Nuh.

Ayoi berdecit. Dia lantas kembali ke ruangan membungkus.

"Sarah, eh?" tanyanya sambil tangan menyediakan burger.

Gadis itu mengangguk. "Kenal Nuh dari mana?"

"Oh, hari tu Abang Nuh..."

"Customer, customer!" potong Nuh apabila ada pelanggan baru datang.

Sarah terdiam. Gigit bibir.

"Okey, bang. Sat na... Oblong daging biasa, tiga, Nuh."

"Siap..."

"Apa dia tadi? Kenal Abbaaanggg Nuh dari mana?"

"Abang Nuh..."

"Kak tudung meghah tu punya siap dak lagi?" Sekali lagi Nuh memotong.

"Eh, Abang Nuh ni.. Geram titew!! Sabaq sat! Aku tengah buat ni."

Pelanggan-pelanggan tertawa lagi.

"Sarah memang duduk sini, ke?"

Gadis itu menggeleng kali ini. "I asal Johor. Study dekat UiTM."

"Hah? Lah, UiTM di hatiku. I pun UiTM!" 

Nuh tersengih sambil memasak mendengar si sepupu berI-I pula. memang loqlaq budak ni tau! Dan poyo sangat nak terkejut budak UiTM beli burger sini.

"Sumpahlah?" Soal Sarah.

"Wallah! Course apa?"

"Creative arts. You?"

"IT."

"Aaa... I see... Year berapa?" balas Sarah.

"4."

"I see. Senior. I baru first year."

Ayoi terangguk-angguk. "Muda lagi..." ujarnya sambil menyenggol Nuh.

"Tu, adik baru sampai tu dah tanya nak apa?" ujar Nuh sebagai balasan.

Ayoi berdecit lagi.

Memang dasar terulusia (teruna lanjut usia) yang tak ada perasaan!

*********

"Boleh ke nak bawa semua ni?" soal Ayoi sambil menyerahkan plastik-plastik yang berisi pesanan Sarah.

"Err, tak apa. I angkat dua trip boleh kut."

"Nuh, pi tolong antaq sat. Tak dak apa nak masak dah, kan?"

"Hang pi. Aku bungkuih."

"Nuh! Hang ni sat gi, aku tabuh, berterabur gigi. Pi!" marah Ayoi.

Nuh tersentak sejenak dimarahi Ayoi. Amboi! Siapa tokey ni? 

Namun dia akhirnya mengangkat semua plastik-plastik itu dan berjalan tanpa tahu ke mana nak dituju. 

Tak lama, dia dengar derap tapak kaki laju mendekatinya.

"Kereta kat mana?" tanya Nuh.

"Tu." Sarah tunjuk pada sebuah kereta Myvi model terbaru, dengan nombor pendaftaran baru juga. Kereta baru!

Masuk universiti, dapat kereta sebijik. Budak zaman la.. untungla...

Nuh mengangguk. Tak lama, semua plastik dah selamat dimasukkan ke dalam kereta. 

"Abang Nuh tak suka I datang?" soal Sarah.

"Eh! Mana ada! Mana ada peniaga tak suka customer datang kedai."

"Tapi, muka Abang Nuh macam tak suka nak layan I."

Nuh sengih dan menggaru kepala beralas topi. "Sorry. Muka saya memang macam ni. Tak berapa mesra alam."

"Ya ke? Ke pada I je?"

"Dak aih.. Sebab tu kena ada Ayoi yang mesra alam tu. Kalau tak pelanggan semua lari lepas berurus niaga dengan saya."

Gadis itu terkekek ketawa. "Kalau macam tu, lain kali I datang lagi, boleh?"

"Datanglah. Saya lagi suka. Tapi... err order banyak-banyak ni, memang ada orang nak makan ke?"

Sarah memandang burger-burger yang dah terletak dalam keretanya.

"Ada. Malam ni saya kena pergi studio. Ada kerja. So, ramai je coursemates join. Buat kerja malam-malam sampai awal pagi, memang laku je apa makanan pun."

"Oooo..." Nuh mengangguk. "Hati-hatilah." 

"Mmm?" soal Sarah sambil mengangkat kening. 

"Sat gi, buat kerja lewat malam tu. Hati-hati. Balik ni pun hati-hati. Malam dah ni," sambung Nuh.

Gadis itu diam. Hanya memandang wajah Nuh lama dan tersenyum-senyum.

"Abang Nuh ni sweet la..."

Buntang mata Nuh. "Astaghfirullah hal azim..." ujarnya perlahan sambil menunduk.

"Err... saya.. saya balik gerai dulu."

"Okey. Hati-hati, Abang Nuh!"

Nuh garu kepala yang beralas topi. Dia sengih dan menapak pergi.

Haih, budak-budak perempuan zaman la.. Random sungguh. Dah aku ni jantan pulak yang blushing!

**********

3 minggu kemudian,

Nuh labuhkan punggung pada sofa usang yang diletakkan di hadapan televisyen rumah sewa yang didiami dia dan adiknya Nuh, juga Ayoi. Hari sabtu, hari berehat. Air kopi O yang baru dibancuh diletakkan di atas meja.

Hud dah sedia terbongkang di atas karpet menonton tv.

"Buat kopi sorang-sorang! Tak ingat aku. Macam ni la, Nuh..." Ayoi pula hadir memenuhi ruang berehat mereka itu.

"Bang, malam ni aku nak ikut pi gerai eh?" beritahu Hud tanpa memandang Nuh.

Nuh kerut kening. "Tebiat ka?"

Ayoi ketawa. "Mesti hang nak sebenaqnya nak usha bakal kak ipaq hang kan, Hud?"

"Tulah. Penasaran daku dibuatnya. Gigih betoi dak tu nak mengorat Nuh, nah? Regular customer. Tak jemu pulak dia makan burger," jawab Hud.

"Mengorat tang mana. Hang ni, Yoi, tang buat cerita fiksyen memang bagi kat hang. Dah budak tu suka makan burger, dia mai la beli. Eloklah dia beli burger buatan Malaysia, daripada dok peghabih duit dekat McD, KFC nuu.."

"Eleh... Cover line. Kalau bukan sebab Abang Nuh, hang ingat dia nak mai? Aku tengok cam gaya have-have budaknya. Dia syok ngan hang la, Nuh!" balas Ayoi.

Nuh geleng kepala dan menghirup air kopinya.

"Firasat aku pun rasa dia syok kat hang la, bang," sampuk Hud.

Nuh mencebik. "Firasat hang yang paling aku tak percaya sekali. Cepat sangat perasan orang syok kat hang."

"Aku bukan cakap pasal aku. Aku cakap pasal hang, bang oi. Dah-dahlah mengenang perkara yang sudah. Bagi peluang orang lain isi hati hang tu. Hang pun umoq dah banyak. Nak tunggu sampai bila?"

"Hang tak payah nak ceramah aku, Hud. Aku ni yang patut bimbangkan hang ni dok sibuk bercinta. Belajaq tu bagi habih cepat. Boleh kerja. Kurangkan beban mak abah tanggung hang." Selamba balas Nuh.

Hud berdecit. "Hang tengok, Yoi! Aku nasihat dia, dia pi cari salah aku pulak!"

Ayoi sengih dan menggaru kepala. "Masalahnya apa abang hang cakap betoi. Dok meronggeng sana-sini. Hang tu belajaq bukan benda senang. Fokus sikit!"

"Amboi, hang!"

Nuh dan Ayoi tertawa.

"Tapi, Nuh, aku rasa apa yang Hud cakap pun betoi. Hang kena cuba buka hati untuk orang lain. Benda lepas toksah dok ingat la. Nak lagu mana lagi. Tak dak jodoh. Move on, brader. Move on."

Nuh hanya diam. Pura-pura memberi fokus pada siaran di tv.

"Lagipun budak Sarah tu comey, Nuh. Ceria je budaknya. Sesuai dengan hang yang boring ni," sambung Ayoi.

"Oi! Nak merasa mandi kopi ka?"

Gamat ruang kecil rumah sewa mereka itu dengan ilai tawa Hud dan Ayoi.

"Tak mengagak cadangan pun, Yoi. Budak sangat. Dia bukan habaq kat ang umoq dia baru 20? Aku ni dah 31 tahun tau. Macam bapak dengan anak!"

Hud tepuk dahi. "Sat gi aku cakap bodoh, hang marah. Mana ada jantan jadi abah orang umoq 11 tahun, bongok! Alat kelamin pun belum matang lagi. Tu pun untung-untung dah sunat."

Ayoi dah ketawa berdekah. 

Nuh sengih.

Eh, ya tak ya. Maknanya masa Sarah lahir, umur aku 11 tahun. Mana mungkin aku jadi bapak masa umur 11 tahun. Dok sibuk main lawan raba (maksud: pemadam) lagi. 

"Hud, bak mai remote tu. Cita apa hang dok tengok. Sarengho, sarengho.." ujar Nuh menukar haluan perbualan. Enggan berbicara lebih tentang hal itu.

"Entah! Tukaq lain la.." Ayoi turut bersetuju. Selepas itu, Hud dan Ayoi bergaduh tentang siaran yang sedang ditonton Hud.

Nuh tarik nafas panjang.

Lupakan kisah silam. Cakap memang senang, nak buat tu yang susah...

************

Disclaimer: saya bukan orang utara. Kalau macam janggal penggunaannya, maaf dipinta 😅😅😅

Kita cuti hari ni... (berlagak...)

So, tulislah sikit. Hahaha..
















Continue Reading

You'll Also Like

400K 23.4K 62
[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pandang sebagai adik sampai bila-bila. Tap...
22K 1.6K 21
SAMBUNGAN BUNGA AZALEA 1 Start : Friday, 19 March 2021 Ini perjuangan Hadif. Perjuangan dia untuk berubah. Perjuangan dia untuk menerima diri. Perjua...
8.6K 389 41
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
657K 30K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...