The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

197K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)

Special Chapter

3.6K 144 16
By lemonellow

4 tahun kemudian...

"Mommy..."

Mikayla yang sedang berbaring di katil sambil membaca skrip drama terbarunya mula mengangkat kepala apabila terdengar suara halus memanggil. Dia memicing mata melihat pintu biliknya terbuka sedikit.

Tersembul wajah si anak yang berusia 4 tahun itu sedang melangkah ke arahnya dengan wajah berkerut.

"Ayyan, Hayla mana?" tanya Mikayla apabila melihat anaknya itu hanya berseorangan. Biasanya ada lagi seorang yang mengekor di belakang.

"Mommy, Hayla hilang..."

"Hah?!" tersentak Mikayla mendengar aduan dari mulut comel anaknya itu.

Dia bangun dari katil lalu bergerak ke arah si anak.

"Hayla pergi mana?" soalnya sambil mencangkung untuk menyamai tinggi si anak.

"Mommy, tadi Ayyan main hide and seek, then Hayla hide."

"Lepastu?"

"Ayyan tak umpa Hayla dah..." adu Zayyan dengan riak sedih.

"Ya Allah..." Mikayla sudah mengeluh perlahan. Jangan kata anak kecil itu buat hal seperti dulu lagi.

"Jom, jom kita pergi cari Hayla. Ayyan dah cari elok elok ke?"

"Ayyan dah cayi dah mommy... tapi Ayyan tak umpa..." Nada suara anaknya itu sudah mula mendayu. Bibir munggil itu sudah mencebik sedih.

"Ayyan count ampai ten, then Ayyan cayi pushing pushing tapi Hayla tak ada..."

"It's okay baby, mommy tolong Ayyan cari juga." pujuk Mikayla.

Berpusinglah satu rumah mereka berdua mencari namun kelibat si anak kecil itu tetap juga tidak kelihatan. CCTV pula memang tidak terpasang di dalam rumah. Hanya kawasan luar rumah agam itu sahaja yang dipasang CCTV. Memang terpaksa cari secara manual.

Pembantu rumah juga dikerah untuk mencari Hayla.

Sekali sekala nama Zuhayla dipanggil. Tapi tiada langsung sahutan.

"Mika dengan Ayyan cari apa?" tanya Puan Sri Sharifah yang terserempak dengan Mikayla di tingkat 2. Pelik melihat cucu dan menantunya itu seperti tercari-cari sesuatu.

"Mama, Hayla hilang lagi... budak berdua ni main sorok-sorok lepastu Zayyan datang mengadu dekat Mika yang dia tak jumpa Hayla dah."

"Allahu cucu bertuah! Dia buat hal lagi lah tu!" omel Puan Sri Sharifah yang sudah mula kalut melilaukan matanya mencari kelibat si cucu perempuan.

"Haritu last menyorok masuk dalam dryer machine, Mika dah cari dekat situ ke?"

"Tu tempat first Mika pergi check Ma..." ujar Mikayla seraya tergelak perlahan.

"Puan Sri, Puan!" panggil seorang pekerja yang ditugaskan memantau keselamatan rumah agam itu. Terkocoh kocoh lelaki itu datang menghampiri mereka berdua dari bilik kawalan di luar rumah agam.

"Kenapa Fikri?" soal Mikayla pelik.

"Saya baru perasan rakaman CCTV, Tengku Zuhayla keluar ke laman belakang tadi..."

"Hah?"

"Mari saya tunjukkan." ujar lelaki bernama Fikri itu sebelum dia mengorak langkah ke halaman belakang dari arah ruang tamu kedua yang mempunyai access pintu gelangsar.

Mikayla mendukung tubuh Zayyan sebelum langkah kaki diatur membuntuti langkah Fikri dan Puan Sri Sharifah.

Berkerut dahi mereka apabila melihat Fikri bergerak mendekati sebatang pokok yang ditanam merimbun berdekatan pagar.

Masing masing menunduk untuk mengelakkan dari terkena dahan dahan.

Pandangan menyapa sosok kecil yang dicari tadi.

"Zuhayla!" terjerit kecil Mikayla apabila ternampak sosok tubuh Zuhayla di tempat yang tidak disangka-sangka itu.

"Ya tuhan!!!" beristighfar Puan Sri Sharifah melihat cucu perempuannya itu.

"Hayla!" jerit Tengku Zayyan dari dukungan mommynya.

Menganga mereka berdua melihat Zuhayla sedang tertidur pulas di dahan salah satu pokok yang berada di laman belakang rumah. Elok sahaja anak kecil itu memeluk dahan pokok yang merimbun. Nasib baiklah badan kecil molek. Muat muat sahaja tubuh Zuhayla di atas dahan tersebut.

Mujur juga Fikri perasan. Bahaya sungguh anak kecil itu tidur di atas dahan pokok begitu, tanpa pengetahuan sesiapa. Kalau tersilap pusing, memang boleh jatuh ke bawah!

Fikri terus laju memaut tubuh kecil Zuhayla dengan berhati hati. Zuhayla yang sedang terpisat pisat baru tersedar dari tidur itu diserahkan kepada Puan Sri Sharifah.

"Haih Hayla, dia panjat pokok pulak harini..." keluh Mikayla sambil tangan naik mengusap perlahan kepala anak kecil yang sedang terlentok di bahu neneknya.

"Macam mana dia boleh panjat pokok ni Ma... hebat betul." getus Mikayla.

"Perangai bapak dia lah ni!" bebel Puan Sri Sharifah sambil menepuk perlahan tubuh Zuhayla. Mahu membiarkan cucunya itu terus tidur.

Mikayla bersetuju dengan kata-kata mama mertuanya itu. Perangai Zuhayla memang menurun sebijik sebijik dengan perangai si bapa! Genetik hyperaktif tak reti duduk diam.

Tengku Zuhayla, umur baru tiga tahun tapi langkahnya panjang sungguh. Memanjat kabinet, melompat dari satu sofa ke satu sofa dan suka menyorok di tempat tempat yang tidak dijangka. Bahaya sungguh aksi si kecil itu. Tidak boleh terleka langsung orang yang menjaganya. Barang di rumah itu kalau pecah memang seisi rumah sudah tahu ulah siapa.

Mikayla ada terfikir juga, rasanya Zuhayla lagi lasak dari Zayyan yang lelaki. Anaknya Zayyan lebih banyak menghabiskan masa dengan mewarna. Zayyan tak suka melukis, tapi anak lelakinya itu gemar bermain dengan warna. Macam dah terbalik pula mereka berdua.

Tapi mereka berdua memang rapat, gara-gara umur yang tak berjarak jauh. Walaupun lahir di tahun yang berbeza, kelahiran mereka berdua hanya berjarak 10 bulan sahaja. Zayyan lahir pada bulan Julai manakala Zuhayla lahir April tahun seterusnya. Memang tak banyak beza sangatlah mereka berdua. Sejak keduanya pandai melasak, rumah agam itu sudah tidak sunyi lagi.

Ada sahaja aktiviti yang mereka buat berdua. Kadang kala Zuhayla boleh duduk diam kalau Zayyan mengajak si kecil itu mewarna. Ada juga masanya Zayyan hanya mengikut permintaan Zuhayla bermain lasak. Mereka berdua tak boleh berenggang.

Nak tidur pun sama sama padahal masing masing ada bilik sendiri. Dah macam adik beradik pula. Sampaikan ada yang menyangka mereka berdua kembar kerana ketinggian Zuhayla yang hampir menyamai ketinggian Zayyan. Zuhayla berkaki panjang sama seperti si bapa yang memang ala-ala galah.

"Mika, Mama bawa Hayla naik dulu yer."

Mata dikalih ke arah cucu sulung yang selesa didakap menantunya itu.

"Ayyan, nanti turun makan tau. Tokma dah masak mac and cheese yang Ayyan suka tu." ujar Puan Sri Sharifah.

"Ocey tokma, nanti Ayyan tuyun makan dengan mommy. Tentiu Tokma!"

Puan Sri Sharifah tersenyum seraya mencuit sekilas pipi comel Zayyan sebelum melangkah untuk masuk ke rumah bersama Zuhayla yang kembali lena.

"Ayyan, lain kali jangan main hide and seek dah okay. Main benda lain. Ajak Hayla colouring atau baca story book lama lama sikit." ujar Mikayla kepada anak yang berada di dalam dukungan. Permainan sorok-sorok itu sudah perlu di banned mulai hari ini. Zuhayla kalau dah dapat peluang, memang membuas sungguh!

"Ocey mommy. Nanti Ayyan colouying jer dengan Hayla. Coyi mommy." ujar Zayyan dengan mulut sedikit memuncung. Takut mommynya marah.

Mikayla mencuit perlahan hidung si anak.

"No, bukan salah Ayyan. Mommy tak marah Ayyan pun. Kita cuma taknak Hayla hilang macam harini jer okay? Bahaya tadi tu kalau Hayla jatuh. Ayyan sayang Hayla kan?"

Zayyan mengangguk laju.

"Cayang!" ujarnya kuat.

"Good boy lah anak mommy ni." puji Mikayla.

"Alright baby, jom pergi mandi. Kejap lagi daddy balik, daddy janji nak belikan sour gummy dekat Ayyan kan?" ujarnya seraya mengucup pipi gebu Tengku Zayyan, permata hatinya bersama Tengku Zarif.

"Yeay cour gummy!!!" jerit Zayyan ceria. Tangan kecilnya terus merangkul leher Mikayla. Kaki kecilnya berayun-ayun gembira.

.............................................

Universiti Malaya

"Abang Id!"

Tersentak Idham apabila namanya dilaung keras oleh si gadis yang berdiri berjarak 3-meter darinya itu. Dia menunduk sedikit.

"Fa tau Abang Id ada dekat dekat sini kan?" laung Zulfa lagi sambil mata melilau mencari sosok tubuh jejaka itu.

Sengaja dia masuk ke bangunan makmal yang sunyi itu supaya si jejaka mengekorinya ke situ.

"Abang Id, keluarlah..." panggil Zulfa lagi.

"Kalau Abang Id tak nak keluar, Fa terjun dari tingkat dua ni!" ugut Zulfa.

Idham yang sedang menyorok sudah berdecit sendiri. Geram sungguh dia dengan tingkah Zulfa. Dia masih statik di situ tanpa ada niat mahu menunjukkan diri seperti yang disuruh. Mata kekal setia memerhati dari tempat persembunyian.

"Fa kira sampai tiga jer, kalau Abang Id tak nak keluar, Fa betul betul buat!"

"Satu!"

Zulfa sudah mula mengira.

"Dua...."

Kakinya mula naik memanjat tembok dinding koridor bangunan makmal itu.

Mencerlung mata Idham melihat aksi bahaya Zulfa. Dia ketap gigi.

"Ti-"

Baru sahaja tubuhnya mahu ditolak naik ke tembok, ada tangan kekar yang memaut pinggangnya keras sebelum diturunkan.

"Jangan buat benda bodoh boleh tak!!!" pekik Idham.

Zulfa tersenyum kemenangan. Puas hati dapat melihat wajah Idham. Lagi lagi apabila dia dapat tangkap riak gusar yang cuba disembunyikan jejaka di hadapannya itu.

"Abang Id lah punca, Fa panggil elok elok bukan nak keluar." cebik Zulfa.

"Kalau aku tak ada tadi macam mana? Apahal yang kau yakin sangat aku ada dekat dengan kau ni?" soal Idham geram.

"Fa tahulah. Semalam, orang yang belasah lelaki yang kacau Fa tu pun abang kan?" tebak Zulfa.

Gulp!

Tersentak Idham.

"Sesuka hati jer tuduh aku..." ujar Idham perlahan, riak wajah cuba dikawal sebaiknya.

Padahal memang dia yang membelasah lelaki itu petang semalam. Naik angin dia bila lelaki yang merupakan rakan sekelas Zulfa itu mula menyentuh tubuh gadis itu semalam. Bukan dia tak tahu, Zulfa trauma apabila disentuh atau dirapati oleh lelaki sejak kes culik beberapa tahun lepas!

Walaupun Zulfa sudah tiada lagi masalah untuk bercampur atau berkawan dengan lelaki, gadis itu tetap jua takut andai seseorang berjantina lelaki menyentuh mana-mana anggota tubuh.

"Dia tak datang kelas tadi, lepastu kawan Fa tunjukkan gambar dia dekat hospital. Teruk muka dia kena pukul. Terus Fa boleh agak abang yang belasah. Kan?" ujar Zulfa lagi. Mata terus-terusan menatap wajah kacak Idham yang disembunyikan dengan topi hitam.

"Entah, aku tak tahu, aku tak terlibat pun." dalih Idham. Mata dialihkan ke arah lain.

"Abang Id tahu tak Abang Id tak reti menipu..." perli Zulfa selamba.

Idham jeling tajam ke arah Zulfa. Berani sungguh gadis itu dengannya sekarang. Dah tak takut takut mahu berbalas kata.

"Thank you jagakan Fa dari jauh..." tutur Zulfa ikhlas.

Idham angkat muka.

"Siapa cakap aku jaga kau?"

Zulfa mencebik. Idham masih taknak mengaku.

Dulu sewaktu dia baru baru sahaja lepas kena culik, Mikayla meminta Idham untuk menjadi bodyguard sementara Zulfa ketika di asasi. Sementelah Zulfa masih trauma sendirian dan Mikayla juga hanya duduk di rumah selepas tahu dia mengandung.

Idham hanya akur menjadi bodyguard untuk memantaunya atas permintaan Mikayla dan Tengku Zaid. Tapi selepas emosi Zulfa makin membaik, Idham sendiri memberitahu Mikayla yang dia mahu berhenti menjadi bodyguard sementara Zulfa.

Namun begitu, banyak yang terjadi di antara mereka yang menyebabkan dia dan lelaki itu agak rapat. Alih-alih setelah semua selesai, Idham jarakkan diri secara tiba-tiba!

Kecewa juga Zulfa ketika mendapat tahu. Dia sangkakan Idham tak peduli padanya. Sampailah baru baru ini dia tersedar, Idham rupanya sentiasa menjadi bayang-bayangnya dalam diam. Patutlah selama ini dia sentiasa selamat sahaja dari gangguan sesiapa.

Kalau ada yang mengganggu atau menyakitkan hatinya, esoknya pasti ada sesuatu yang akan terjadi pada orang itu. Tidak kira lelaki atau perempuan.

"Abang Id ni annoying lah! Suka tak nak mengaku!" bentak Zulfa geram.

"Dah tak payah nak cakap banyak, pergi balik sekarang! Kau ni suka betul masuk tempat tempat sunyi macam ni! Dah lewat petang ni!" bebel Idham.

Dia memang selalu geram dengan tingkah berani Zulfa yang boleh membahayakan diri.

"Fa berani sebab Fa tahu Abang Id ada..." ujar Zulfa.

"Aku tak akan selalu ada, kau dah kena pandai jaga diri sendiri! Jangan nak buat sesuatu perkara tanpa berfikir! Dah besar panjang dah kan?!" marah Idham.

"Abang Id-"

"Panggil aku pakcik! Aku bukan abang kau! Tak cukup ke kau ada dua abang?" arah Idham memotong ayat Zulfa.

Melongo Zulfa mendengar arahan itu.

Pakcik?

Bukan jauh mana pun beza umur mereka. 7 tahun sahaja. Dia 22 tahun, Idham 29. Apakes sampai kena panggil pakcik? Idham bukan usia 40 pun!

Tiba-tiba sahaja Idham mengarah begitu. Pdahal sebelum ini elok sahaja dia memanggil lelaki itu dengan panggilan abang. Panggilan lain juga acap kali disebutnya.

"Taknak!!" bangkang Zulfa.

"No, kau kena panggil aku pakcik!"

"TAK! NAK!" keras Zulfa melawan.

Idham berdecit geram.

"Hari dah nak gelap dah ni, pergi balik cepat! Driver kau datang ambil pukul berapa ni?!" soal Idham sambil mengerling jam.

"Fa sengaja suruh Pak Karim ambil Fa lewat sikit harini..." ujar Zulfa selamba.

Bercekak pinggang Idham mendengar balasan selamba Zulfa.

"Kau ni kan! Kalau dah habis kelas tu balik jer lah terus. Tak payah nak melencong pergi mana-mana!" marah Idham.

"Fa nak jumpa Abang Id jer! Dah Fa whatsapp bukan Abang Id nak reply pun!" omel Zulfa geram.

"Benda tak penting aku tak akan reply. Jangan sampai aku block nombor kau!" balas Idham. Dia memang sudah dapat mengagak siapa yang memberi nombor peribadinya kepada Zulfa.

Zulfa sudah tayang wajah mencuka. Tak puas hati dengan layanan kasar Idham padanya.

"Lain kali tolong, tolong fikir sebelum nak buat benda bodoh. Kau bukannya tak ada keluarga. Fikirkan keluarga kau jugak. Semua risaukan kau. Tolonglah jangan masuk tempat sunyi kalau seorang diri!" bebel Idham.

Jeda.

"Kalau ada apa apa jadi dekat kau nanti, kau akan menyusahkan orang pula!" sambung Idham tanpa sedar kata-kata itu bakal menyakitkan hati gadis dihadapannya.

Zulfa tersentak.

"Abang Id rasa Fa susahkan Abang Id ke selama ni?"

Idham teguk liur sebelum dia pantas menjawab.

"Ya! Kau susahkan aku!" ujar Idham keras. Dia tak boleh terlalu berlembut dengan Zulfa. Dia tak mahu Zulfa terlalu selesa dengan dia.

Zulfa tenung Idham. Matanya sudah mula berkaca.

"Kalau rasa susah tak payah lah jaga Fa lagi! Pergi! Jangan muncul dah! Fa akan jaga diri sendiri mulai hari ini!" pekik Zulfa sebelum dia berpusing melangkah pergi. Air mata yang sudah mula bertakung dia seka pantas.

Kecil hati kerana Idham langsung tidak ada usaha untuk menjaga hatinya.

Idham menyoroti langkah Zulfa dengan ekor mata. Dia mengeluh perlahan. Setelah memastikan Zulfa makin menjauh, kakinya dibawa mengekori langkah Zulfa dalam diam seperti biasa. Seperti yang dilakukannya sejak tiga dan empat tahun lepas.

Sekian.

Special chapter tamat setakat ini sahaja.

Tapi jangan risau,

sambungannya akan ada di Spin-off nanti

Bye!

Jumpa anda semua di cerita kedua saya nanti.

Tarikh publish saya akan umumkan di Tiktok saya

lemonellow

atau di ruangan announcement wattpad.

Boleh follow follow dulu supaya tak terlepas update.

***

Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang sudi membaca.

p/s: Boleh komen atau vote kalau anda tak sabar. Kalau boleh sabar takpayah komen pun tak apa 🤣 Kalau saya nampak vote utk special chapter ni mcm banyak, saya akan lagi semangat nak publish cepat cepat 😉

LEMONELLOW MENGUNDURKAN DIRI DAHULU

BYE FOR NOW!

Continue Reading

You'll Also Like

93.1K 3.9K 26
đ“Ŗ𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔đ“ĩđ“ļđ“Ē𝓷 𝓕đ“Ēđ“ģ𝓲đ“ŧđ“ąÃ—đ“ĸ𝓱đ“Ēđ“ģđ“˛đ“¯đ“Ē𝓱 𝓐𝓲đ“ģ𝓲đ“ŧ𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱đ“Ē𝔂đ“ĩđ“Ē Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
6.8K 392 24
𝑠𝑡𝑎𝑛𝑑 𝑎𝑙𝑜𝑛𝑒 𝑠𝑒𝑟𝑖𝑒𝑠 Elena Zahra - gadis kacukan italian-malaysia yang bekerja sebagai seorang doktor Aariz Louis Kim - lelaki penuh d...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...