UNKNOWN

By effxlee

22.3K 1.4K 230

Tidak wujud dalam data. Tidak tahu datangnya dari mana. Dia siapa? More

UNKNOWN
PROLOG

BAB 1

2K 260 42
By effxlee

Tahun 2052.

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawasanya saya, Amirul Faiz ibn Ahmad Hairul dengan sesungguhnya dan suci hati bersumpah bahawa segala apa yang saya utarakan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka." Sumpah diangkat. Dan sumpah diikat. Tapak tangan yang tadinya diletak di sisi kanan telinga, diturunkan setelah beberapa ketika. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Tangan diletakkan di sisi.

Satu susuk tubuh bangun dari tempat duduk dan berjalan menghampiri saksinya yang sedang duduk. "Saya difahamkan bahawa saksi, Encik Amirul berada di tempat kejadian sewaktu jenayah berlaku. Encik Amirul sedang melelapkan mata di dalam keretanya sementara menunggu isterinya, Khairin Zulaikha membeli belah di pasar malam yang terletak tidak jauh daripada tempat yang diparkir." Dia menghadap hakim untuk memberitahu keterangan itu. Kemudian badan dipusingkan untuk menghadap saksi. "Betul? Boleh encik ceritakan apa yang berlaku?" Lancar pendakwa raya itu berkata-kata.

Amirul selaku saksi mengangguk. "Ya, betul. Sementara menunggu isteri saya membeli belah, saya melelapkan mata buat seketika. Apabila terdengar bunyi jeritan yang agak kuat, saya terjaga. Saya membuat keputusan untuk keluar dari kereta dan mengikut arah bunyi itu. Apabila saya sampai di tempat kejadian, saya dapat menyaksikan pembunuh sedang menikam mangsa berkali-kali."

"Boleh encik terangkan cara-cara pembunuhan itu dilakukan atau ciri-ciri yang ada pada pembunuh itu?" Fahrin, pendakwa raya bagi kes ini mengutarakan lagi soalan.

"Tapi dia menikam menggunakan tangan kirinya, dan saya juga dapat lihat darah mengalir daripada bahunya, mengalir hingga ke tapak tangan."

Fahrin mengangguk-angguk. "Jadi, saksi merupakan seorang yang kidal, dan sekarang sepatutnya dia mempunyai parut di bahu kirinya," katanya sambil memandang ke arah saksi. Kemudian dia berpaling ke arah hakim yang sedang duduk di atas sana. "Itu sahaja dari saya, yang Arif." Langkah diatur ke tempat duduk semula.

Setelah itu, Amra maju ke hadapan. Langkahnya tampak yakin. Dari tempat duduknya, dia berjalan menuju ke saksi yang baru sahaja disoal siasat oleh pendakwa raya. "Encik, adakah encik dapat saksikan wajah penjenayah dengan jelas?"

Amirul menggelengkan kepalanya sedikit. "Saya tak dapat mengenalpasti wajahnya memandangkan tempat itu agak gelap dan dia memakai topi."

"Adakah encik dapat mendengar suara penjenayah?"

Amirul menggeleng lagi. "Tidak."

"Boleh encik lihat yang tertuduh?" Menggunakan tapak tangan, Amra menunjuk ke arah kliennya, iaitu yang tertuduh. Haikal Anuar ibn Khalis. Dia merupakan penjenayah yang didakwa oleh pendakwa raya, dan Amra merupakan peguamnya. "Adakah figura yang tertuduh ini sama dengan penjenayah di hari kejadian?" soal Amra.

Saksi itu berfikir buat seketika sebelum menjawab. "Saya tidak pasti kerana saya tidak dapat memerhatikan dengan tepat kerana saya terkejut dengan apa yang berlaku."

Amra mengangguk-angguk. "Bermaksud, saksi tidak dapat menyatakan bukti yang jelas tentang penjenayah tersebut. Untuk pengetahuan yang Arif, Encik Haikal bukanlah seorang yang kidal dan dia tidak ada parut sama sekali di kedua-dua bahagian bahunya. Sangatlah tidak wajar untuk pendakwa raya mendakwa encik Haikal sebagai penjenayah hanya kerana dia berada di tempat kejadian—"

"Yang Arif, hanya dia yang berada di tempat itu—"

Amra mengangkat tapak tangannya, menghentikan kata-kata pendakwa raya tadi. "Yang Arif, saya belum selesai mengemukakan bahagian saya." Mata melirik sedikit ke arah pendakwa raya yang sudah pun bangun untuk membangkangnya. Amra paling pantang orang mencelah sewaktu dia belum menyelesaikan sesinya.

Hakim yang sedang mendengar dari tadi mengangguk kepada Amra sebelum memandang ke arah pendakwa raya. "Pendakwa, sila duduk."

Amra senyum sedikit. "Pendakwa telah mendakwa yang tertuduh hanya kerana dia berada di tempat kejadian. Saya sudah mendapatkan dashcam daripada kereta yang berada di situ untuk mendapatkan bukti bahawa Encik Haikal tidak berada di situ berseorangan, malah dia bersama adiknya, Haira. Dia berada di tempat kejadian kerana mencari rantai Haira yang hilang. Sewaktu itulah dia terjumpa dengan mangsa yang sudah tidak bernyawa. Dan pada waktu itu, polis yang dipanggil oleh encik Amirul telah datang dan menangkap yang tertuduh di tempat kejadian."

"Rakaman dashcam ini adalah bukti bagi semua kejadian yang berlaku kecuali sewaktu pembunuhan berlaku kerana kereta diparkir setelah berlakunya kejadian tersebut," sambung Amra sambil berjalan menghampiri hakim. Tablet yang mengandungi rakaman video yang didapati daripada blackbox diserahkan kepada hakim, kemudian satu lagi tablet diserahkan kepada pendakwa raya.

"Hanya kerana dashcamini merakamkan tertuduh berada di tempat kejadian satu jam setelah kejadian, tidak bermaksud tertuduh bukanlah penjenayah." Pendakwa raya masih belum berputus asa.

Hakim berbincang dengan pihak-pihak yang duduk di sebelahnya buat beberapa minit.

"Memandangkan pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa yang tertuduh merupakan penjenayah yang dicari, perbincangan akan ditangguhkan kepada perbincangan seterusnya."

Tok! Tok! Tok!

༻❁༺

LANGKAH diatur dengan yakin untuk masuk ke dalam. Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam ofis jabatan penyiasatan, beberapa mata tertancap pada Amra. Kot hitam di tubuh wanita dibetulkan dengan tangan kanannya.

"Ya, cik? Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" soal salah seorang lelaki yang sedang duduk di kubikel miliknya. Aqif menjongketkan sebelah kening, menanti wanita yang baru masuk itu menjawab persoalannya.

"Saya nak jumpa dengan detektif yang sedang menguruskan kes jenayah pembunuhan yang berlaku di daerah Sa'eedah dua minggu lepas."

Aqif mengangguk-angguk. "Adam, detektif pergi mana?" soalnya kepada seorang lelaki yang sedang duduk di kubikel sebelah. Dia lebih muda dan badannya lebih kecil berbanding Aqif.

"Tak silap saya, detektif pergi kejar anjing yang curi makanan dia tadi." Adam garu kepala sambil tersengih.

Aqif menggulingkan bebola mata ke atas sebelum menggelengkan kepala. "Cik boleh duduk sana dulu, ya. Kejap lagi baliklah dia."

Amra mengangguk kemudian mengambil tempat duduk di beberapa buah kerusi yang berada di tepi dinding.

"I will kill the dog when I see him again." Suara garau yang tiba-tiba muncul itu mengalih perhatian Amra. Dia berpaling memandang lelaki yang baru masuk. Seketika, dia terpegun.

"Anjing rumah sebelah sana curi makanan kau lagi ke?" soal Aqif selamba. Senario itu biasa di pejabat ini.

Lelaki yang baru masuk itu mengangguk kecil bersama muka yang bengis.

"Aku dah cakap, jangan makan kat luar. Makan dalam ni bukannya tak boleh."

"Aku benci bau makanan dalam tempat kerja." Bahu diangkat.

"Oh ya, ni ada orang nak jumpa kau. Katanya lawyer penjenayah yang kau tangkap hari tu." Aqif memandang ke arah Amra yang dari tadi hanya memerhatikan dua lelaki di hadapannya berbual.

Amra bangun dari duduk. Saat matanya bertembung dengan lelaki yang baru masuk tadi, keningnya berkerut. Dia tak salah pandang. "Damien?"

Damien yang turut berpaling memandang Amra, tersentak. "Amra?" Sebelah keningnya terjongket ke atas.

"Kau kenal ke perempuan ni, D?" Aqif bangun dan menyiku lengan Damien. Ini pertama kali dalam hidupnya melihat Damien, selaku ketuanya ini kenal mana-mana perempuan.

Damien tak mengendahkan soalan Aqif tadi. "Kau buat apa dekat sini?" soalnya bersama sebelah kening yang terangkat.

Wanita yang manis bertudung itu menjongketkan bahu. "Macam yang kau nampak. I am working. Kau?"

"Macam yang kau Nampak. I am working." Senyum senget ditayang setelah mengulang kata-kata wanita di hadapannya.

Amra hanya menayang wajah biasa setelah itu. Dunia ini sangat kecil. Bukan satu perkara aneh untuk bertemu dengan rakan yang pernah menjadi rakan sekelasnya di universiti dulu. Yang menjadi masalah, dia dan Damien tidak pernah mempunyai satu pun memori baik. Kedua-duanya merupakan pelajar yang sering bersaing untuk menjadi top student untuk menjadi contoh pelajar.

"Well, pressure to meet you." Amra menayang tapak tangan dengan sarkastik.

"Pressure to meet you too. Come in." Damien terus berjalan menuju ke sebuah pintu kaca. Pintu itu ditolak dan dia berlalu masuk ke dalam, diikuti Amra. Sempat Amra memerhati bilik kerja ini. Papan kaca yang terletak cantik di atas meja Damien ditenung seketika.

Ketua Jabatan Penyelidikan.

Damien Qaid.

"How are y..."

"Let's drop the hello how are you doing. Ya, aku Amra yang selalu kalahkan kau untuk subjek Law and Licsencing. I've successfully became a lawyer now. And I can see you've successfully became a detective. Jadi aku tak rasa kita patut berassalamualaikum-waalaikumussalam, apa khabar-khabar baik."

Sebelah kening dijongketkan, kemudian tawa kecil tercetus di mulut Damien. Bunyinya sangat sinis. Kerusi yang terletak berhadapan dengannya, ditarik menghampiri Amra yang sedang berdiri tegak. "Have a seat, Amra Athirah."

"Excuse me? It's Amra Athena." Amra bersuara tak puas hati.

"Oh really? Sorry. You weren't that important to me. I forgot your name." Sengaja Damien mahu mengapi-apikan lagi wanita itu.

Sempat Amra menjeling Damien yang berlalu mengambil duduk di tempatnya, betul-betul berhadapan dengan Amra. Kedudukan mereka dipisahkan oleh meja besar yang di atasnya terletak timbunan kertas dan fail yang sedikit berterabur.

"First of all, the question was "How are your client doing". Not "How are you doing."" Senyuman puas terbit di bibir Damien melihat wajah Amra bertukar sedikit merah. "Aqif beritahu kau peguam bagi penjenayah yang aku tangkap. Dalam erti kata lain, dia klien kau, kan?"

Angguk.

"Jadi, aku tanya. Klien kau apa khabar? Dah masuk penjara ke belum? Bukannya nak tanya khabar kau. Aku pun boleh nampaklah Ra, kau masih berjalan dengan sepasang kaki, kau masih ada sepasang tangan, dan kau masih boleh berpot-pet macam dulu."

"Diamlah." Dia menjeling tajam lelaki yang masih lagi tersenyum sinis itu. Dia lupa tak sepatutnya dia pandang rendah dengan lelaki ini. Lelaki ini merupakan satu-satunya manusia yang paling pandai membantah setiap apa yang keluar dari mulutnya. Dalam hati, Amra bersyukur Damien bukan seorang peguam. Dia tak boleh bayangkan situasi di mana dia berdebat dengan Damien dalam mahkamah. Sudah pasti dia kalah!

"Sebab tu lain kali, dengar dulu. Mulut tu kalau boleh masa tidur pun tak boleh nak tutup kan?"

"Sikit-sikit dahlah. Ada aku cakap ke yang kau nak tanya khabar aku? Tak ada kan? Aku cakap tu supaya kau tak terasa nak tanya soalan-soalan untuk bertaaruf dulu dengan aku. Aku tak suka kerja aku ada kaitan dengan hal peribadi."

"Since when did I became your personal matter?"

Amra rasa nak lempang wajah lelaki di hadapannya. "Dahlah. Aku datang nak minta kau terangkan sedikit sebanyak tentang kes klien aku. Aku dah pernah go through fail kes dia dulu. Tapi aku rasa masih ada lompong-lompong yang tak jelas. Sebab tu aku datang sini."

Damien mengangguk-angguk. "Go on."

"Aku tahu yang klien aku dapat buktikan alibi dia dengan dashcam di sebuah kereta. Tapi aku musykil. Macam mana kereta tu boleh ada tepat-tepat waktu klien aku tu ada. Separuh hati aku kata, itu satu kebetulan. Tapi kebetulan itu terlalu sempurna. Tak pernah ada kereta yang diparkir di Kawasan tu. Kawasan tu biasanya tempat lori-lori sampah parking untuk kutip sampah."

Sedang Amra meneruskan penerangannya, Damien mengeluarkan sebuah fail kertas berwarna coklat dari laci mejanya. Fail itu diletakkan di atas meja. Setelah Amra selesai menyatakan pendapatnya, Damien mengeluarkan semua kertas yang terletak di dalam fail coklat itu.

"Fail kes dia tak banyak sebenarnya. Dan kes dia pun tak panjang dan complicated." Beberapa helai kertas itu ditayang. Ada lebih kurang belasan helai sahaja. Selalunya kes yang melibatkan pembunuhan, ada berpuluh-puluh helai dokumen yang digunakan sepanjang penyiasatan.

"Boleh aku tengok?" Tapak tangan dihulurkan. Huluran disambut dengan beberapa helaian kertas putih. Kertas itu aku belek berkali-kali. Mata Amra tertancap pada sehelai kertas yang menunjukkan profil seorang lelaki. "Ni profil mangsa kan?" soalannya menerima anggukan kecil daripada Damien. Dia hanya memerhatikan gerak geri Amra.

Sepasang mata Amra mengecil ketika dia memerhati helaian kedua yang dilekatkan dengan helaian maklumat peribadi di hadapan. Mangsa tersebut mempunyai rekod jenayah yang jenayahnya membuat Amra menggenggam erat kertas putih itu.

"Dia pernah sexual assault seorang perempuan autistik?" Amra pandang Damien.

Lelaki itu hanya menjongketkan bahunya. Mengiayakan persoalan wanita di hadapannya itu.

"Disgusting. Lelaki semua sama."

"Yang salahnya seorang. Yang disalahkannya semua orang. Perempuan semua sama." Sempat Damien bersuara dengan nada sarkastik.

"Aku nak minta copy fail ni semua boleh tak?" soal Amra tanpa mengendahkan kata-kata Damien tadi tadi.

"Nope. Confidential. Aku beri kau tengok pun sebab kau peguam yang sah untuk kes ni. Tapi maklumat ni semua tak boleh dibawa pulang. Kalau kau nak, datang sini. Aku bagi kau tatap sampai kau jatuh cinta dengan kertas ni semua."

"Cakap ajelah yang kau nak tengok muka aku hari-hari, kan?" Amra bangun dari duduk. Riak wajah menyampah dia tayang. Dia tahu maklumat yang Damien katakana tadi memang betul. Tapi Amra kan perempuan. Mana boleh kalah.

"Aku lebih rela tatap muka anjing hitam yang suka rembat makanan aku daripada muka kau." Kepalanya disandarkan ke kepala kerusi untuk direhatkan. Dia nampak letih. Mungkin kerana jam menunjukkan hampir pukul lima.

Tanpa mengendahkan kata-katanya yang cukup menyebalkan itu, Amra berpaling menghampiri pintu dan membawa diri jauh dari bilik Damien. Otak mula bekerja untuk menyambungkan kes yang berlaku. Amra akui dia cuma peguam, bukan detektif mahupun polis bagi kes ini. Tapi, hanya membela tanpa mengetahui asal usul sesuatu kes bukanlah pendiriannya.

༻❁༺

"AYYASH!" Tangan didepakan untuk menyambut lelaki yang sedang berlari ke arah Amra dari muka pintu. Tak sampai beberapa saat, lelaki itu sudah pun berada di dalam pelukan Amra. Rambutnya yang sedikit kusut Amra usap. Ayyash yang tinggi beberapa inci daripada Amra melentokkan kepala di bahu kakaknya.

"Cik Amra dah balik," Seorang Wanita 50-an turut menghampiri mereka berdua bersama senyuman manis.

"Miss kakak so... much..." Ayyash mengeratkan pelukan. Amra hanya membiarkan buat beberapa saat sebelum menjauh dari adiknya. "Miss you too ayang." Dia menayangkan gigi.

"Mak Nah ni, kan dah beritahu jangan bercik-cik dengan Amra" sambungnya apabila mata tertancap pada Mak Nah. Tangan dihulur untuk bersalam. Tangan tuanya Amra cium penuh hormat. Mak Nah sudah bekerja dengan keluarganya selama bertahun-tahun lamanya, namun terkadang masih memanggilnya dengan panggilan cik. Dia tahu Mak Nah sebenarnya bukan terlupa, namun Mak Nah terasa segan dengannya.

Sengih ditayang sebelum wanita tua itu menghampiri Ayyash yang sedang khusyuk merenung kakaknya. Dari dulu merenung wajah Amra memang hobinya. Bagi Ayyash, Amra sangat cantik. Meskipun kakaknya itu tegas, wajahnya lembut. Memandang wajah Amra boleh membuatkan rasa tenang hadir dalam hati.

"Yash, jom masuk. Mama Ayyash tunggu kat dalam tu. Kejap lagi nak makan malam pula." Mak Nah bersuara sambil mengelap air liur Ayyash yang mengalir ke bawah.

"Nak masuk dengan kakak..."

"Jom." Amra meletakkan lengan di leher adiknya sebelum membawa Ayyash masuk ke dalam rumah. Kaki terjengket sedikit memandangkan Ayyash lebih tinggi.

"Mak Nah masuklah dulu, rehat. Biar Amra yang bawakan Ayyash ke atas. Mama dah tunggu nak mandikan Ayyash kan?" Amra berpaling untuk melihat Mak Nah yang masih statik berdiri di tempatnya tadi.

"Haah, Puan Azira dah tunggu di bilik Ayyash. Kalau macam tu, Mak Nah pergi hidangkan makan malam dululah ya?"

Amra sekadar mengangguk bersama senyuman kecil sebelum membawa adiknya itu masuk ke dalam rumah. Adiknya... yang istimewa. Ayyash ialah adik bongsu Amra yang autistik. Ayyash tidak boleh berfikir dengan sempurna seperti rakan sebayanya. Dia seolah-olah masih stuck dalam dirinya yang masih berumur lima tahun. Meskipun dia hanya muda dua tahun daripada Amra, dia masih seperti kanak-kanak yang kurang tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

Amra bersyukur kerana ibubapanya sangat menyayangi Ayyash. Bagi mereka, kekurangan Ayyash bukanlah suatu bentuk kekurangan. Namun kelebihan yang Tuhan kurniakan buat keluarga mereka. Ayyash bagaikan mutiara yang suatu hari dapat menarik mereka semua masuk ke syurga.

"Assalamualaikum Ma, Amra dah balik." Amra menghampiri Puan Azira yang sedang duduk di atas katil Ayyash sambil merapikan baju yang akan dipakai Ayyash setelah dia mandi nanti.

"Waalaikumussalam sayang." Puan Azira bangun dan menghampiri kedua-dua anaknya yang saling berpegangan tangan.

Huluran tangan disambut sebelum Amra cium tangannya. "Macam mana hari mama hari ni?" Ada senyuman lembut ditayang kepada Si Ibu.

"Alhamdulillah. Mama ni macam biasalah. Hari ni pergi mall dengan Ayyash. Ayyash main kejar-kejar dengan guard mall tu tadi. Habis huru-hara jadinya." Wanita itu ketawa sedikit menceritakan kejadian tengah hari tadi.

Amra sekadar senyum. "Mama mandikanlah Ayyash dulu. Amra nak bersihkan diri sebelum makan malam sekejap lagi."

Puan Azira mengangguk sambil mencapai tangan Ayyash.

❀⊱━━━━━━━༻❁༺━━━━━━━⊰❀

Today's verse

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَۗ وَمَنْ يَّكْتُمْهَا فَاِنَّهٗٓ اٰثِمٌ قَلْبُهٗ ۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ عَلِيْمٌ ࣖ

Dan janganlah kamu menyembunyikan kesaksian, karena barangsiapa menyembunyikannya, sungguh, hatinya kotor (berdosa). Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al-Baqarah, 283]

side note: Bab awal-awal mungkin membosankan. Tapi saya perlukan semua details sebagai pendahuluan cerita supaya tak keliru di masa hadapan. Apa pun, beritahu saya kat mana boleh diperbaiki ya! 

I miss all of you and I will love you forever. Thank you for being here, still. May Allah bless you. May Allah be pleased with you. May Allah love you.

10122023

Continue Reading

You'll Also Like

8.3K 821 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
71.3K 2.4K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] ‼️WARNING ‼️ (rajinkan diri anda untuk membaca) 📢Sinopsis ada di dalam. 📢...
47.2K 1.3K 13
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl ╰┈➤ Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...
277K 42.8K 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina dia...