Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]

By inspectoside

655 10 0

Kehidupan Hannah berubah 180 darjah apabila hari yang tidak pernah dia nantikan telah tiba. Pertemuan dengan... More

DEDIKASI
PROLOG
1- PAGI
2- SYAH
3- AIDAN
4- HILANG
6 - DANI
7- PERTEMUAN
8 - JANJI
9 - SISI
10 - SERUPA
11 - PUNCA
12 - DOSA
13 - INDAH
14 - JUMPA
15 - KEBENARAN
16 - MASIH
17 - DALANG
18 - BOSS
19 - RAHSIA
20 - MIMPI
21 - INARA
22 - ASAL
23 - LOKET
24 - SELESAI
25 - MR. BOO
EPILOG

5 - KEMBALI

21 1 0
By inspectoside

SIAPA pula yang menghalang dia menyalin nota di papan putih. Kacau sungguh. Sudahlah serabut dengan kehilangan Syah, ada pula mahkluk cuba ajak berentap dengan Hannah pagi-pagi begini. Ah, serabut!

"Tepi lah sikit."

"Kau cakap dengan aku ke?" soal Aidan di sebelah. Rasanya Aidan tiada sedikit pun niat cuba untuk menyakat Hannah hari ini. Mana tidaknya, sampai sahaja ke sekolah muka Hannah sudah rupa seperti singa tak dapat makan sebulan. Bila-bila masa saja dia boleh diterkam dan dijadikan mangsa.

Hannah pelik. Kalau bukan Aidan yang kacau dia, siapa pula? Tubuh berbaju putih dan seluar putih dipandang. Perlahan kepala didongak untuk melihat siapa yang berada di hadapannya.

Syah!

Berubah terus muka Hannah yang dari tadi seperti singa tak dapat makan sebulan tapi mukanya sekarang seperti singa yang mengantuk disarungkan bantal. Wajah Syah ditatap lama. Bibir bawah digigit menahan air mata.

Syah menunduk memandang Hannah, kemudian melutut untuk memastikan mata mereka bertemu di paksi-X yang sama. Jelas kelihatan mata Hannah yang mula berkaca. Sedih sangat kenapa dia ni?

KRINGG!

Tepat pada masanya, waktu rehat. Inilah masanya Syah bakal diranapkan dengan soalan bertubi-tubi. Siapa suruh menghilang hampir seminggu tanpa sebarang tanda.


"MANA kau pergi?" Soalan pertama diajukan

"Kau tahu kita orang cari kau bagai nak gila sepanjang lima hari kau hilang. Kau pun satu boleh tak jangan hilang tiba-tiba. Kau minta tolong aku untuk cari siapa kau sebenarnya tapi kau hilang lesap. Tak membantu kau tahu."

"Aku risau Syah." Perlahan kata terakhir itu diucap. Hannah tak mampu menahan perasaan yang dia seimpan sepanjang lima hari itu.

"Lima hari?" Syah pelik rasanya dia baru jumpa mereka semalam kenapa lima hari. Budak-budak ini dah tak pandai mengira ke? Risau juga dia SPM tahun depan kalau tak pandai mengira payah lah nanti.

"Ya, Syah. Lima hari kau hilang lepas kau sakit kepala itu," balas Aidan tenang tak mahu menyumbang apa-apa emosi takut keadaan menjadi lebih teruk.

"Aku tak tahu dan...aku tak rasa aku menghilang selama itu..."

Syah teringat sesuatu. Ada suara yang asyik bermain di dalam kepalanya selepas dia rasa kepala bagai dihentak dengan batu sebesar mukanya tempoh hari.

"Kau orang kenal Farhani?" soal Syah. Farhani mana pula dia jumpa ni.

"Fateen kakak kau nama apa?" soal Aidan. Kalau memorinya tak silap Farhani nama kakak Fateen.

"Farhani. Kenapa Syah kenal kakak aku ke? Cuba tanya dia full name Farhani yang dia tahu itu apa?" soal Fateen memerlukan kepastian

Syah menggeleng mendengar persoalan Fateen. Dia hanya tahu Farhani sahaja sebab nama itulah yang dari tadi dapat fikir.

"Apa kata kau tanya dia, boleh tak dia bawa kita semua jumpa kakak dia. Manalah tahu bila aku tengok kakak dia aku boleh dapat klu. Tak gitu?" soal Syah memberi cadangan.

"Fateen boleh kita jumpa kakak kau? Syah kata mana tahu bila dia tengok kakak kau dia dapat maklumat fasal diri dia," soal Hannah sebagai pengantara antara Syah dan Fateen yang tidak dapat berkomunikasi secara terus itu.

Tanpa segan silu Fateen mengangguk setuju. Dia sangat seronok dapat membantu kawannya kerana Aidan dan Hannah sahajalah kawan yang dia ada. Dia tak pandai nak bergaul dengan orang lain. Dia rasa dirinya tidak layak berkawan dengan orang lain. Kalau tidak kerana Aidan mungkin sehingga kini dia hanya ada diri dia untuk berteman.

"Petang ni. Kakak aku still ada dekat rumah. Jumaat nanti baru dia balik kolej balik," jelas Fateen memberi cadangan. Masa-masa sebegini perlu dimanfaatkan sebaikknya.

Mereka hanya mengangguk setuju dengan cadangan Fateen.


"ASSALAMUALAIKUM Fateen!" laung Hannah dari luar rumah teres dua tingkat milik keluarga Fateen.

Wajah Fateen ceria muncul di depan pintu.

"Waalaikumsalam. Masuklah pagar depan tu tak kunci pun." Tangan ligat membuka pintu masuk rumahnya.

"Kakak kau tak marah ke kalau kita nak tanya fasal Syah ni?" soal Hannah sebaik sahaja menapak di sebelah Fateen. Aidan dan Syah hanya menadah telinga menunggu jawapan Fateen.

"Kakak aku kata tengok dulu, mana dia nak jawab dia jawab. Tapi kalau dia emosi tiba-tiba jangan marah lah. Itu apa dia cakap kat aku," jelas Fateen. Risau kakaknya melepaskan segala emosi di hadapan sahabatnya yang dua ini.

Mereka yang lain hanya mengangguk faham. Banyak juga soalan yang mahu ditanya kepada kakak Fateen. Mungkin dia kunci kepada misteri kewujudan Syah.

Langkah mereka terus menuju ke sofa di ruang tamu di tengah rumah. Kelihatan kelibat Farhani sedang menghidang minuman dan sedikit kuih-muih di atas meja. Mereka terus menghamburkan senyuman kepada Farhani. Ahh, gemuruhnya.

"Far...Farhani, aku pernah nampak dia ni." Syah yang dari tadi berdiam diri bersuara. Dahi sudah dikerutkan sekerut-kerutnya. Mata digosok beberapa kali membetulkan penglihatan dia. Farhani Sophia empunya suara yang sering bermain dia kepalanya. Tapi apa kaitannya dia dengan Farhani.

Aidan dan Hannah memandang Syah yang masih asyik memandang Farhani dengan penuh kerutan. Ehh dia memang nak berdiri saja dekat situ ke? Aneh-aneh sahaja lah si Syah ini.

"So apa yang kau orang nak tahu?" soal Farhani terus ke tujuan utama pertemuan mereka.

Fateen sudah ceritakan kelebihan Hannah dan Aidan kepada kakaknya. Entah mengapa ada satu aura yang membuatkan dia percaya kepada adiknya walau apa yang didengarnya itu boleh dikatakan sangatlah merepek. Mana mungkin manusia berkomunikasi dengan roh atau itu memang kelebihan mereka.

"Akak kenal Syah?" soal Hannah.

"Kalau Syah yang kau orang maksudkan ialah Said Yusuf Ahmad Hazim. Ya, akak kenal dia. Kenal sangat," balas Farhani.

Ahh sudah siapa pula Said Yusuf anak pakcik Ahmad Hazim ini. Penglihatan Hannah dan Aidan kini tertumpu kepada Syah. Kerutan melihat Farhani tadi ditambah dengan kerutan memikirkan siapakah Said Yusuf yang Farhani sebut tadi. Muka Syah sekarang tak ubah seperti buah pulasan yang sudah digelek tayar kereta Myvi pakcik Jemal sebelah rumah Hannah. Buruk keadaannya.

"Aku tahu lah muka kau tu aku dengan Hannah aje yang boleh tengok sekarang, tapi control lah sikit. Buruk sangat tu. Kain buruk pun comel lagi." Sedas tembakan kata dilepaskan oleh Aidan. Tak tahan tengok segala kerutan di muka Syah.

"Buruk sangat ke?" Syah terus memegang mukanya dengan penuh kerisauan. Imej aku tercemar. Tidak! Laungnya di dalam hati.

"Tapi aku tak dapat nak ingat lah siapa si Said Yusuf tu. Cuba tanya Farhani dia dekat mana sekarang? Mana tahu bila jumpa dia pulak aku boleh dapat balik memori fasal dia." Hannah menangguk mendengar kata Syah.

"Said Yusuf tu dekat mana sekarang kak? Mana tahu kami boleh jumpa dia and solve mystery si Syah ni," soal Hannah penuh harapan. Harapnya Said Yusuf berada berdekatan sahaja, mudah sikit kalau begitu.

"Syah dah tak ada, dia meninggal kemalangan empat tahun lepas."

"Inna lillahi wainna ilayhi rojiuun."

"Maaf kak, kami tak tahu. Maaf tapi nak tanya lagi macam mana dia kemalangan tu?" soal Aidan. Berat kehendaknya nak menanyakan soalan itu tapi demi menyelesaikan masalah Syah mungkin dengan jawapan Farhani dapat membantu mereka.

"Dia kena langgar lari dengan kereta. Sampai sekarang tak dapat si pelakunya, Syah baik sangat dengan kita orang. Tapi sanggup orang perlakukan dia macam tu. Kejam..." Tubir mata Farhani kini dipenuhi cecair jernih yang bakal mencurah turun ke wajahnya. Kecewa kerana kes itu dibiarkan begitu sahaja.

Kematian Syah langsung tak dibela sesiapa. Malah tiada siapa yang cuba untuk membantu menyelesaikan kes kematian Syah. Dia pasti kemalangan itu disengajakan tapi tiada bukti bagi membenarkan kata-katanya.

"Sampai sekarang akak tak dapat nak maafkan pelakunya. Lepas kematian Syah, Irfan larikan diri dari akak. Irfan tak macam dulu lagi. Syah satu-satunya tempat Irfan luahkan segalanya. Irfan dah macam hilang punca bila Syah pergi tinggalkan kami. Akak cuba nak tolong Irfan tapi dia... Irfan yang tak nak terima pertolongan sesiapa. Dia langsung tak nak sambut bantuan orang."

"Irfan..." Syah menyebut nama tersebut. Entah mengapa nama tersebut terasa dekat dengan dirinya. Tapi siapa Irfan pula sebenarnya. Tadi Said Yusuf sekarang Irfan. Apa kaitannya mereka dengan Syah?

"Akak tahu Irfan dekat mana sekarang?" soal Aidan.

Farhani menggeleng. Air mata masih mengalir keluar dari tubir mata. Kehilangan dua sahabatnya, rakan seperjuangan di bangku sekolah terasa seperti hilang separuh dirinya. Sudahlah mereka berdua sahaja yang Farhani ada, dengan Irfan yang hilang secara tiba-tiba tanpa khabar.

"Lepas habis SPM, semua orang tak dapat contact Irfan lagi. Dia hilang. Ghaib terus. Tak ada siapa tahu dia dekat mana dan apa jadi pada dia sekarang. Sejak daripada dia hilang tiba-tiba, semua orang dah mula lupakan kewujudan dia. Macam dia tak pernah wujud pun lah."

"Irfan, Said Yusuf dan Farhani. Apa kaitan mereka dengan aku? Adakah mereka penyebab aku di sini," keluh Syah sendiri. Kusut kepalanya memikirkan hal ini. Rasa mahu lari sahaja sampai Pluto mahu lupakan hal ini.



Yang menulis,

Side

Continue Reading

You'll Also Like

36.9K 2K 15
๐“๐“ป๐“ช๐“ต๐”‚๐“ท ๐“ค๐“ถ๐“ช๐“ฒ๐“ป๐“ช ~ ๐“ก๐“ฒ๐”ƒ๐“บ๐“ฒ ๐“•๐“ฒ๐“ป๐“ช๐“ผ๐“ฑ A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
1K 92 29
Kisah hidup Mawar Zulaikha sebagai SA (secret admirer) terhadap seorang jejaka yang pernah muncul dalam zaman persekolahan nya, kini Mawar berubah un...
9.9K 285 3
SEASON 2 SECRET MISSION : BLACK MARIA "Hello everybody!! Ouwww hello Megat Harash, woups- Kapten Megat Harash" Dylan Keith, lelaki kacukan Itali musu...
10.3K 677 43
๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ด๐’†๐’Ž๐’‘๐’–๐’๐’š๐’‚๐’Š ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’š๐’‚๐’Œ ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰๐’‚๐’~ [ส€แด‡แด แด€แดแด˜][sสŸแดแดก แดœแด˜แด…แด€แด›แด‡] ๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“œ๐“ธ๐“ฑ๐“ญ ๐“•๐“ช๐“ฑ๐“ฒ๐“ถ...