The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
End Notes (?)
Special Chapter

Epilog

3.8K 123 14
By lemonellow

"Mak buyung, tengok cara kau jalan ni, aku hampir hampir tertukar kau ni kakak ipar aku ke penguin. Species terancam ni!" ejek Zuhail.

Mikayla hanya merengus kasar. Dia tengah tengah sarat ni, nak jalan pun mengah. Nak bergaduh bertekak dengan Zuhail pun dia dah tak larat.

Sejak makin sarat, dia dan Zarif berpindah duduk di bilik tetamu di tingkat bawah sebab dia memang dah tak larat nak naik tangga. Sampai Zarif dah cadangkan kepada Tengku Zaid untuk diletakkan lif di rumah agam itu. Zarif baru nak merungut bila terfikirkan, rumah besar tapi lif tak ada.

Kandungan dia itu pula memang menunggu hari sahaja mahu meletup. 

Takut, berdebar semua ada.

"Mana abang kau ni Zuhail, pergi beli laksa ke atau tolong acik tu masak laksa?" omel Mikayla.

"Eh kau ni, malam malam gini tetiba nak makan laksa memang kau ingat senang ke nak cari? Kalau kau minta sup tulang boleh juga dapat cepat. Ini laksa penang mestilah kena cari dulu." bebel Zuhail.

"Nak buat macam mana, terliur..." cebik Mikayla.

"Erghh, tak payah nak buat muka toya gitu. Aku sekeh kau kejap lagi kang! Tunggu jer lah. Zaf balik lah tu kejap lagi dengan laksa kau tu..." ujar Zuhail.

Dia memantau langkah Mikayla yang dari tadi tak duduk diam.

"Mika, kau boleh duduk tak? Kehulu kehilir ni kang ada yang terberanak kejap lagi kang! Duduk!" arah Zuhail geram.

"Aku risau lah... Zaf lambat ni" tiba-tiba rasa bersalah terdetik di hati gara-gara meminta laksa malam malam begitu. Jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Dia tersebut jer tadi, tapi terus Zarif bangun capai kunci kereta untuk keluar pergi cari laksa.

"Jangan risaulah, Zaf balik lah tu kejap lagi..."

Mikayla kemudiannya mengambil tempat di set sofa. Kaki dilunjurkan. Bengkak kakinya itu makin sakit. Tak sabar nak tunggu Zarif urut dia malam ni.

"Fafa balik esok kan?"

"Iye, esok Idham pick up dia dekat hostel." ujar Zuhail sambil kepalanya tunduk fokus kepada telefon bimbit di tangan.

Zulfa beria mahu balik ke rumah kerana tarikh untuk Mikayla bersalin sudah makin hampir. Adik iparnya itu sudah berpesan kepadanya dan anak di dalam perut supaya menunggu dia pulang terlebih dulu barulah boleh keluar.

"Baby, tunggu Ucu balik tau! Jangan keluar awal sangat! Ucu kena hadap exam dulu."

"Aku nak masuk bilik lah." ujar Mikayla sebelum kembali bangun dari duduk.

Sedang dia melangkah perlahan mahu ke bilik tetamu, tiba-tiba dia terasa sakit yang mencucuk. Terhenti seketika langkahnya.

"Ark!" dia mengaduh kuat apabila sakit itu muncul lebih tajam.

"Wei kau kenapa?" soal Zuhail yang sudah bingkas bangun. Gabra dia melihat Mikayla sedang menunduk menahan sakit.

"MAMA!!!" Zuhail sudah melaung kuat.

Puan Sri Sharifah yang kebetulan mahu turun terus laju melangkah mendekati Mikayla.

"Mika sayang, kamu dah rasa nak bersalin dah ke?" soal Puan Sri Sharifah cemas.

"T-tak tahu, tapi rasa sakit sangat ni tiba-tiba." ujar Mikayla berkerut.

"Zuhail, Zaf mana?"

"Zaf pergi beli laksa tadi."

"Ark!" sekali lagi Mikayla terjerit kuat. Sakit tadi makin mencucuk.

"Ya Allah!" ujar Puan Sri Sharifah dengan nada penuh kerisauan.

"Assa-"

"Sayang!" 

Baru sahaja dia menjejak kaki ke dalam rumah, matanya sudah dihidangkan dengan kekalutan Mama dan Zuhail di depan ruang tamu. Panik dia melihat Mikayla yang sedang tunduk memegang bawah perut dengan wajah berkerut.

Mereka semua berpaling melihat Zarif yang sudah meluru ke arah Mikayla. Sempat tangan menghulurkan plastik berisi mangkuk laksa kepada Zuhail.

"Sayang dah rasa sakit nak bersalin dah ke?" soal Zarif risau.

"T-tak tahu..." ujar Mikayla yang sudah mula pucat.

Tanpa kata, terus Zarif mencempung tubuh Mikayla lalu dibawa keluar. 

"Ma, Zaf bawa Mika pergi hospital dulu yer. Apa-apa nanti Zaf call." tanpa berpaling Zarif melaung.

"Zaf, tak apa ke pergi sorang?" soal Puan Sri Sharifah kuat.

"Boleh, Zaf boleh handle, barang barang pun dah ready dalam kereta." laung Zarif sambil melangkah laju dengan Mikayla di dalam cempungannya.

Memang sejak usia kandungan Mikayla sudah masuk 36 minggu lagi dia sudah persiapkan segala barangan keperluan isteri dan anaknya yang bakal lahir. Semuanya disusun elok elok di dalam bonet kereta. Dia taknak kalut bila tiba harinya nanti.

Mikayla diletakkan di kerusi penumpang sebelah pemandu. Kerusi itu direndahkan. Seatbelt dipakaikan sebelum dia mahu menutup pintu kereta.

"A-bang l-laksa. Mana lak-sa Mika?" pinta Mikayla perlahan. Dalam sakit sakit pun dia masih mahukan laksa penangnya itu.

"Oh, kejap abang panggil Zuhail."

"ZUHAIL!!!" pekik Zarif setelah pintu kereta ditutup.

"Ya kenapa? Kau nak suruh aku drive ke?" tanya Zuhail yang sudah terkocoh kocoh mahu keluar.

"Tak payah, aku nak laksa, mana laksa tadi?"

"Hah laksa? Oh! Laksa tadi. Jap!" ujar Zuhail sebelum kembali masuk ke rumah.

Zarif terus masuk ke dalam perut kereta. Dikerling sekilas ke arah Mikayla yang masih berkerut menahan sakit. 

Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta diundur keluar dari kawasan parkir.

Tengku Zuhail sudah terkocoh kocoh berlari lalu dia menghulurkan plastik laksa tadi ke arah tingkap sebelah Mikayla yang sudah dibuka Zarif siap siap.

"Good luck Mika!" sempat Zuhail menutur kata semangat kepada kakak iparnya itu. 

Zarif mengerling seketika ke arah pintu rumah, ada babah dan mamanya di situ. Mereka berdua tersenyum nipis seakan-akan memberi semangat ke arahnya. 

"Zaf, kau hati hati bawa kereta." pesan Zuhail sebelum Zarif menaikkan cermin tingkap. Kereta dipandu tenang untuk keluar dari perkarangan rumah agam itu.

.................................................

Dazzlo Medical Centre

Selepas Mikayla ditolak ke wad, ada jururawat yang datang untuk memeriksa bukaan.

"Bukaan serviks puan baru 4cm. Kita tunggu dulu ya. Puan belum boleh bersalin lagi ni."

Mikayla mengangguk faham.

"Sayang ni okay ke tak ni?" soal Zarif risau. Isterinya berkerut sekali sekala tetapi kemudiannya boleh tayang riak tenang.

"Okay lagi ni, tadi jer sakit. Terkejut kut sebab tiba-tiba sakit macam tuu..."

"Kalau sakit terus bagitahu abang tau!"

"Abang, Mika nak makan laksa tu...sempat lagi ni..."

Zarif yang mendengar permintaan Mikayla pantas bangun untuk menyediakan laksa yang dibeli tadi. Penutup mangkuk kertas itu dibuka lalu kuah laksa dituang ke dalam mangkuk tersebut.

Mikayla sudah telan air liur bila bau laksa menjamah rongga hidung.

Meja katil ditarik Zarif sebelum diletakkan mangkuk berisi laksa penang yang masih suam suam itu di hadapan Mikayla.

"Bismillah dulu sayang..."

Zarif hanya diam merenung Mikayla yang khusyuk menghadap laksa yang dibeli tadi. Puas hati melihat isterinya dapat makan laksa tersebut.

Selepas makan, Mikayla bersandar puas pada kepala katil. Zarif pula sibuk mengemas plastik dan mangkuk laksa yang dimakan tadi.

Zarif kemudiannya tenang membetulkan selimut dibadan isterinya. Dia mengambil tempat di sebelah katil Mikayla.

Suasana tenang seketika namun sekali sekala Mikayla mengeluh sakit. Isterinya itu cuba melupakan rasa sakit dengan membaca webtoon di telefon bimbit.

Setelah bosan membaca, mereka berborak berdua. Bercerita macam macam topik.

Sambil itu dia turut memerhati skrin yang sedang memantau kadar kontraksi dan denyut jantung anak. Nampak normal.

"Sayang betul betul tak sakit ke? Abang tengok makin kerap kontraksi tu." Soal Zarif risau.

"S-sakit jugak... tapi Mika try tahan." Ujar Mikayla sambil mendesis perlahan

"Sayang, kalau sakit jangan tahan. Bagitahulah kalau sakit."

"Kalau Mika tak tahan nanti baru Mika cakap. Abang jangan lah risau. Mika kuat ni."

Zarif ketap gigi. Pipi Mikayla diusap lembut.

Dah pukul 3 pagi. Keadaan di sekitar kawasan wad bersalin itu sunyi sepi.

"Abang, Mika rasa nak pergi toilet..." bisik Mikayla perlahan.

"Jom abang teman." balas Zarif laju sambil terus bangun berdiri dari kerusi. Tangan terus menggapai lengan si isteri.

Perlahan lahan mereka berdua melangkah untuk ke tandas yang berada di sebelah pintu wad VIP tersebut.

Baru sahaja beberapa langkah tiba-tiba Mikayla terasa sesuatu mengalir deras membasahi baju mengandung yang sedang dipakai. Cecair itu mula membasahi kakinya yang berstokin

"A-bang..." ujarnya perlahan dengan wajah pucat.

Zarif turut menunduk melihat lantai yang sudah mula basah.

"Air ketuban ni sayang!" ujar Zarif.

"Abang rasa awak dah nak bersalin dah ni sayang. Awak tak boleh pergi toilet sayang!"

Mikayla sempat merasa kagum walau dalam sakit yang cuba ditahan. Tidak menyangka Zarif tahu. Suaminya yang dulu garis dua di pregnancy test pun lelaki itu tidak tahu, kini berubah menjadi lelaki yang pakar dengan proses bersalin.

Pasti Zarif belajar sendiri.

"Nurse! Nurse!" Zarif sudah melaung deras.

Laju Zarif mencempung tubuh isterinya sebelum dibawa kembali ke katil.

"Ark!" Mikayla tiba-tiba menjerit. Rasa mencucuk tadi makin menyakitkan.

"Sayang, sakit ke?" soal Zarif dengan riak wajah panik.

"Nurse!!!!" pekik Zarif.

Terkocoh kocoh jururawat datang bersama doktor. Dr. Helina muncul dengan riak tenang.

"Kita check bukaan sekali lagi yer puan. Air ketuban dah pecah dah ni." ujar doktor wanita itu sambil tersenyum.

"Nurse, dah boleh prepare labor room, bukaan Puan Mikayla dah 8cm."

Dang!

Dia mula berdebar rancak. Lagi 2cm sebelum jalan bukaannya terbuka sepenuhnya.

"Puan dah rasa contraction kan?" soal Dr Helina sambil menilik skrin kadar kontraksi yang bersambung pada tubuhnya.

Mikayla mengangguk perlahan. Memang dari tadi lagi dia sudah mula merasa sakit itu. Tapi rasanya biasa kerana dia sudah terbiasa sakit senggugut setiap kali datang bulan.

"Sepatutnya sekarang ni contraction dah makin kerap. Puan tak perlukan epidural ke?" soal Dr. Helina sambil menilik riak wajah Mikayla.

Mikayla berkerut sedikit bila sakit kontraksi muncul.

Dia menggeleng perlahan. Rasanya macam dia masih boleh tahan.

"Sayang betul taknak ke? Sayang nampak pucat sangat dah ni..." soal Zarif risau.

"Contraction untuk fasa sekarang akan muncul setiap 2-3 minit puan. Kalau puan nak, masih sempat lagi untuk kami suntik epidural sekarang." ulang Dr. Helina lagi.

Sekali lagi Mikayla menggeleng. Dia terasa mahu mencuba proses ini tanpa apa apa ubat, walaupun sebenarnya badannya sudah mula menggigil menahan sakit.

"Saya nak cuba dulu Dr. Saya rasa saya boleh." ujar Mikayla perlahan. Nafas dihembus dan ditarik berulang kali cuba mengawal sakit kontraksi yang makin kerap muncul.

"Okay puan, kami akan prepare labor room dulu. Kejap lagi saya nurse saya akan datang balik.

"Tengku pun get ready untuk masuk nanti. Nurse saya akan incharge untuk itu sekejap lagi." ujar Dr. Helina pula ke arah Tengku Zarif. Tak perlu tanya pun dia tahu lelaki itu pasti mahu menemani isterinya di dalam dewan bersalin.

Zarif mengangguk faham walaupun matanya masih kekal menatap wajah pucat Mikayla. Tak berkalih matanya memerhati dengan tangan yang masih kekal memegang kuat tangan Mikayla untuk cuba menyalurkan kekuatan.

Pukul 5 pagi, Mikayla akhirnya disorong ke dewan bersalin. Sebelum itu sempat dia menghubungi ahli keluarga terlebih dahulu dengan bantuan Zarif. Dia dapat bercakap dengan bonda dan ayah, serta ahli keluarga Tengku Zaid. Meminta doa mereka semua supaya dilancarkan dan dipermudahkan urusannya sekejap lagi.

Dia juga dapat tahu bondanya sudah berada di kediaman Tengku Zaid, mereka semua akan datang terus selepas subuh sekejap lagi untuk menemuinya. Ayahnya Abdul Rahim pula rupanya sudah menanti di lobi hospital. Hanya itu tempat yang dibenarkan oleh orang luar untuk menunggu.

Mikayla masuk ke dewan bersalin ditemani Tengku Zarif yang setia memegang erat tangannya. Sepanjang proses meneran, suaminya itu tak putus putus memberi kata-kata semangat. Sempat lagi dia teringat perbualan mereka sebelum dia masuk ke dewan bersalin tadi.

"Abang, Mika takut kejap lagi Mika mengamuk kalau abang suruh Mika push."

"Kenapa sayang cakap macamtu?" soal Zarif pelik.

"Mika selalu dengar isteri-isteri akan jadi emosi kalau dengar suami dorang suruh push waktu dorang tengah sakit."

"Oh, macamtu ke? Jadi sayang nak suruh abang cakap apa? Abang janji abang tak sebut perkataan push tu dekat sayang." serius muka Zarif memikirkan tentang itu.

"Abang cakap jer lah Hwaiting sayang! You can do it!" seloroh Mikayla.

"Okay sayang." tak terfikir langsung Mikayla sekadar mahu mengusiknya.

Betul betul Zarif di sebelah menyebut perkataan yang dia sebut tadi ketika dia sedang meneran. Muka Zarif terlalu serius ketika menyebut perkataan itu sehingga membuatkan Mikayla gigit bibir sendiri menahan tawa. Hilang seketika sakit melihat wajah Zarif yang berkerut seribu. Macam dia yang tengah beranak. Berpeluh peluh suaminya itu.

Kencang jantung Mikayla menahan sakit. Nafas cuba diatur seperti yang dipelajari. Sakit usah dikata, kalau boleh dia rasa nak meraung. Tapi dia tak nak Zarif terlalu risau. Ditahan sebaik mungkin. Bibirnya pasti sudah banyak bekas gigi kerana banyak kali dia menggigit bibir sendiri.

Air mata lesu juga makin deras mengalir.

"Sayang..." sebut Zarif risau. Takut melihat wajah Mikayla yang nampak tersiksa.

"Puan, sikit lagi, kepala baby dah keluar. Last push puan!" ujar Dr. Helina.

Mata Zarif merenung wajah pucat Mikayla. Timbul rasa sebak melihat kepayahan Mikayla untuk melahirkan zuriat mereka berdua. Dahi Mikayla yang basah dengan peluh itu dilap perlahan. 

"I love you sayang. I love you so much!" ujar Zarif sebelum Mikayla meneran kuat.

"MMMMPHHHHHH!!!!" 

"Uwaa!"

Masing masing mengangkat kepala mendengar tangisan bayi.

"Alhamdulillah puan, Tengku, baby boy." ujar Dr. Helina sambil mengangkat sedikit bayi yang masih penuh dengan darah dan cecair lain.

Kepala Mikayla sudah terlentok di atas tangan Zarif. Nafas dilepas kasar. Dadanya berombak kepenatan. Matanya terbuka tertutup berulang kali. 

"Sayang, thank you so much! Abang sayang sangat dekat isteri abang ni." bisik Zarif sambil tangan Mikayla yang berada di dalam genggaman dicium berulang kali

"Abang nangis?" soal Mikayla apabila dia nampak jelas air jernih di bening mata suaminya.

Laju laju Tengku Zarif mengesat air mata yang mengalir.

Tengku Zarif mengoyak senyum pada wajah kelelahan si isteri.

"Abang janji abang akan jaga sayang dan anak kita baik-baik. Terima kasih kerana menjadi mommy untuk anak abang." ujar Zarif syahdu. Dahi Mikayla dikucup penuh kasih.

"Uwa! Uwa! Uwa!" tangisan kuat bayi mereka mula kedengaran.

"Tengku boleh datang potong tali pusat." panggil Dr Helina.

"Abang pergi kejap tengok anak kita ya sayang." pinta Zarif.

Mikayla mengangguk lemah.

Menggigil Zarif melihat tubuh merah kecil si anak. Anak yang mereka berdua tunggu tunggu. Sekali lagi air mata lelakinya tumpah tanpa dapat dibendung lagi. Seorang pembantu di dewan bersalin datang menyerahkan gunting untuk dia potong tali pusat, memisahkan anaknya dengan rahim si isteri.

Bayi itu kemudiannya diserahkan kepada jururawat yang bertugas untuk pemeriksaan anggota badan.

"Bayi lelaki, berat 2.8kg, jari tangan cukup sepuluh, jari kaki cukup sepuluh. Semua anggota badan lengkap." Tengku Zarif hanya diam memerhatikan jururawat itu menunjukkan anggota badan anaknya yang sempurna dan cukup sifat.

"Masa kelahiran 4.48 minit pagi, 27 Julai."

Anak itu dibalut dengan kain hijau sebelum diserahkan kepada Tengku Zarif. Sedikit terketar ketar Zarif menyambut tubuh kecil si anak. Kali pertama menyentuh zuriatnya. Tak berkelip dia merenung wajah si anak yang sedang terkatup matanya. Anaknya itu hanya merengek perlahan.

Langkah kaki dihala ke arah Mikayla yang separa sedar.

"Sayang, anak kita..." ujar Zarif sambil meletakkan anak mereka itu ke dada si isteri.

Tumpah jua air mata Mikayla apabila melihat anak yang dikandungkan selama 9 bulan itu kini sudah berada di depan mata. Hilang sakitnya melihat wajah merah itu. Tangan kecil itu seperti duduk memanggung kepala.

"Assalamualaikum anak mommy."

"Assalamulaikum anak lelaki dadyy, Tengku Zayyan bin Tengku Zarif." ujar Zarif perlahan setelah Mikayla menyapa anak mereka. Nama Zayyan yang bermaksud cemerlang itu pilihan mereka berdua. 

"Selamat datang dalam kehidupan daddy dan mommy." ujar Tengku Zarif sambil merenung wajah Mikayla.

Kelahiran anak itu bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka. 

Syukur kerana mereka berdua masih diberi rezeki untuk menimang anak setelah keguguran kali pertama. 

................................

Riuh rendah wad privasi yang dihuni Mikayla pagi itu dengan suara suara bahagia yang saling bertingkah.

"Comelnya cucu tokma ni!"

"Cucu nekbonda ni menurun rupa siapa agaknya ya?"

"Nampak jelas muka Zarif ni!" ujar Puan Sri Sharifah.

"Eh, kak Mar nampak macam rupa Kayla waktu kecil kecil dulu ni!"

"Eh, tokbah pun nak tengok jugak! Tengoklah tu Rahim, dorang berdua dah conquer cucu kita." omel Tengku Zaid.

Rahim hanya tersenyum perlahan. Dia membiarkan sahaja besan dan bekas isterinya itu menjenguk cucunya. Dikerling si anak yang sedang bersandar di bahu menantunya. Lega melihat Mikayla nampak sihat selepas melahirkan.

"Mama ni, Fa dengan abang pun nak tengok jugak!" bentak Zulfa yang dari tadi berusaha menjengukkan kepala mahu melihat raut wajah anak saudara sulung yang sedang dihurung kedua neneknya.

"Tah, Zuhail pun nak tengok juga!" ujar Zuhail sambil kaki dijengketkan di samping Puan Sri Sharifah.

Zarif hanya tergelak perlahan melihat telatah keluarganya. Biarlah mereka fokus pada Zayyan, dia pula mahu fokus pada isterinya dulu.

"Sayang dahaga tak?" soal Zarif apabila melihat bibir kering Mikayla.

Mikayla mengangguk perlahan. 

Belum sempat Zarif mahu bangun, Rahim sudah datang bersama botol minuman dan gelas. Disuakan botol dan gelas itu pada menantunya.

"Terima kasih ayah." ujar Zarif sambil tersenyum lebar.

"Zaf, aku nampak muka anak kau tu ada rupa aku sikit!" usik Zuhail sambil mengorak langkah menghampiri katil. Dia dah dapat tengok muka anak saudaranya.

Zarif yang mendengar terus menjeling tajam ke arah Zuhail.

"Apehal anak aku ada rupa kau?"

"Eh mestilah, aku kan bapa saudara dia satu-satunya kan." gelak Zuhail.

Zarif mendesis. Memanglah satu-satunya. Dia mana ada adik beradik lelaki lain.

"Taknak aku muka anak aku ada rupa kau. Muka kau tu sikit lagi nak rupa tenuk!" kutuk Zarif.

"Tolong eh Zuhail, aku pun taknak anak aku dengan Zaf ada muka kau." ujar Mikayla juga sambil membuat muka jijik.

"Siot kau orang dua. Betapa tak bersyukurnya korang sekarang kan! Kau kena ingat Zaf, adanya Zayyan tu dalam hidup kau adalah disebabkan kau ada adik macam aku. Aku ni supporter kuat kau dengan Mika. Jangan lupa jasa aku." ungkit Zuhail.

Zarif dan Mikayla dua-dua menjuihkan bibir serentak.

"Kau buat lah anak sendiri Zuhail, confirm nanti anak kau tu rupa kau." ujar Zarif.

"Kau tunggu lah nanti, aku akan bagi anak kau tu sepupu cepat-cepat."

"Huh! Kahwin pun belum lagi, dah berangan nak ada anak." perli Zarif.

"Abang Zuhail, apa abang nak suruh Zayyan panggil abang?" tanya Zulfa sambil mendekati sisi Mikayla.

"Papa boleh?" duga Zuhail dengan senyuman senget.

"OIII!" serentak Mikayla dan Zuhail bersuara. Muka mereka berdua jelas tak puas hati.

Terkekeh-kekeh Zuhail ketawa smabil menekan perut sendiri. Lawak muka mencuka Zarif dan Mikayla ketika itu.

"Penat penat aku buat anak, kau yang dapat title papa kenapa?" omel Zarif geram.

"Penat ke? Kau aku rasa macam jenis tak reti penat jer kalau bab tu..." kutuk Zuhail.

Mikayla sudah menjeling tajam ke arah mereka, menyebabkan mereka berdua menghentikan isu buat anak itu.

"Habistu aku nak suruh Zayyan panggil aku apa? Pakngah tak best..." desis Zuhail.

"Okay apa Pakngah?" soal Mikayla pelik.

"Tak best lah gila, cuba kau fikir nanti kalau aku ada anak, kau nak ke anak aku panggil kau maklong? Hah maklong, paklong?" duga Zuhail.

Mikayla mula terfikir. Haahlah nanti si Zuhail gatal ni ada anak, anak saudaranya itu akan panggil dia apa yer?

"Lagipun family kita kan tak guna panggilan along, angah, acik semua tu, tak vouge untuk Astana family." ujar Zuhail.

"Itulah kau, dengan aku pun kau tak reti nak panggil abang." desis Zarif.

"Ergh, setahun jer beza gila... Tak mahu aku panggil kau abang." 

"Fa okay jer Zayyan panggil Fa, Ucu..."

"Eleh, Fa takpelah, Ucu tu comel bunyinya..." omel Zuhail lagi.

"Ah tak kira, aku nak Zayyan panggil aku papa jugak. Anak korang kan anak aku jugak." sambung Zuhail sedikit membentak. Memang sungguh dia taknak dirinya dipanggil Pakngah! Entah kenapa rasa geli. Bunyinya tua sungguh.

"Takboleh!!!" Mikayla dan Zarif kedua-duanya membangkang keras.

...................................................

Private Mental Assylum

"Kenapa kau tengok aku macam tu Daus?"

Dipintal-pintal rambutnya sambil tersengih memandang kawan sekelasnya yang hanya diam memerhati di sudut dinding.

Lama dia merenung ke arah sosok itu sebelum dia bingkas bangun dari pembaringan.

"KENAPA?!!!" 

"KAU NAK MARAH AKU?" tiba-tiba dia memekik kuat.

"Kau tak puas hati dengan aku ke?!!!"

"HAH?!"

Berapa kali ditanya pun, sosok itu hanya diam tak menjawab. Tersenyum pun tidak. Sosok itu hanya memandangnya dengan riak kosong.

Liyana bencikan riak wajah kosong begitu!

Tangan kuat menghentak tilam katil.

"BODOH! BODOH! BODOH!"

Dia bangun meluru dan berdiri tegak di hadapan sosok Daus.

"Kalau kau taknak mati patutnya kau jangan buat benda bodoh! Kau sendiri yang cari pasal tahu tak!!!"

"Aku tak suka orang gagalkan rancangan aku!"

"Aku kena bunuh kau sebab aku taknak kau bagitahu betina tu!!!"

"Kau tau aku benci perempuan tu!!!"

Jaring dituding pada sudut bilik bercat putih itu. 

"ARGH! MIKAYLA!!!"

"AKU BENCI MIKAYLA!"

"Kau tahu tak aku benci betina sial tu?!!"

"KENAPA KAU DIAM?!!!"

Tangan naik mahu memukul sosok Daus tapi hanya angin yang bisa digapai. Sosok itu hilang sekelip mata.

"ARGH!!!!!"

Dia terduduk di lantai memeluk lutut. Kedua belah tangan ditekap ke telinga.

"Kau dah bunuh orang Yana!"

Terdengar suara keras Zalika menerpa pendengaran.

"Kau dah bunuh orang Yana!"

"Kau dah bunuh orang Yana!"

"TAK!!! AKU TAK BUNUH ORANG!!!"

"AKU TAK BUNUH SESIAPA!!!"

Badan digoncang goncang sendiri. Terhingguk hingguk ke depan dan belakang.

"Kau dah bunuh orang Yana!"

"Kau diam Zalika!"

"Kau dah bunuh orang Yana!"

"Bukan aku, kau yang bunuh Daus!!!"

Kepala diangkat dan dia lihat sosok Daus kembali muncul.

"Kau nak apa lagi Daus? Kau pergi mati sekarang!!!!" pekiknya kuat sebelum kembali terdiam.

Senyum sinisnya terukir di bibir.

"Lupa, kau mana boleh mati lagi, kau dah mati..."

"Aku yang tolak kau dulu!!!"

Tawa tiba-tiba terletus memecah keheningan ruangan.

Berdekah dekah Liyana ketawa. Sampai berguling-guling dia di lantai bilik.

Zarif dan Tengku Latif hanya diam memerhati dari luar cermin kaca. Mereka sedari tadi sudah tegak di situ menyaksikan tingkah Liyana. 

Bukan sekali dua Liyana begitu. Ayat yang dituturkan itu acap kali disebut berulang kali setiap kali dia terbangun tidur. Entah apa yang dia nampak. Mungkin wajah Daus yang muncul dalam halusinasinya. Mata Liyana bukan elok sangat sekarang. Separa buta.

Liyana baru sahaja dipindahkan ke hospital itu setelah Zarif memberitahu Tengku Latif selepas melihatkan kondisi mentalnya semakin memburuk.

Sepanjang setahun lebih berada dalam kurungan di markas, sejak Liyana punya masalah penglihatan akibat siksaan yang bertalu talu diterima, perempuan itu mula kerap berhalusinasi. Orang orang bawahan Nemesis selalu melaporkan tentang Liyana yang seringkali menyebut nama Daus dan Zalika.

Kadang kadang perempuan itu akan menangis, kadang kala dia akan menjerit memaki hamun. 

Zarif pada mulanya pelik kenapa Tengku Liyana acap kali menyebut nama Daus. Bila diselidik dari butir bicara perempuan itu barulah dia dapat menangkap kisah sebenar di sebalik halusinasi itu. 

Tengku Liyana rupanya menyimpan rahsia besar!

"Makngah tak ada tanya pasal Liyana ke?"soal Zarif.

"Makngah kamu ada tanya, tapi sekarang sebab dia tertekan Pakngah kahwin dua, dia langusng lupa hal tu." Nazifa sekarang sakan cuba menghabiskan duitnya di Singapura. Isterinya itu langsung tidak mahu balik dan dia biarkan sahaja. Dia dah tak bahagia dengan Nazifa. Nazifa sudah lama tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri jadi kerana itu Latif berkhahwin dua.

"Zaf minta maaf Pakngah, tapi Zaf memang tak boleh maafkan anak Pakngah tu."

Tengku Latif mengeluh perlahan.

"Salah Pakngah terlalu memanjakan dia dari dulu. Biarkan dia buat sesuka hati."

"Anak Pakngah tu pembunuh sebenar Daus. Dia yang tolak Daus dari rooftop sekolah kami dulu. Dia juga yang cuba nak letakkan kesalahan tu pada isteri Zaf. Dia penyebab segala masalah timbul pada isteri Zaf!"

"Kamu akan bagitahu orang ke tentang ni?"

"Tak."

Tengku Latif panggung kepala, dikerling seketika anak saudaranya di sebelah.

"Zaf dah taknak buat isteri Zaf ingat balik kejadian tu. Mika, sampai menghidap depresi gara-gara kejadian jatuh bangunan tu terjadi depan mata dia Pakngah. Zaf taknak bangkitkan balik memori hitam tu. Biarlah semua ni berlalu pergi."

"Isteri Zaf sekarang dah belajar terima hakikat yang dia takkan tahu sampai bila-bila apa yang dah jadi dekat Daus. Zaf nak Daus sentiasa kekal jadi kawan yang baik dalam ingatan dia."

"Zaf taknak isteri Zaf tahu Daus pernah khianat dia." ujar Zarif keras.

Dia tak sanggup melihat reaksi Mikayla jika tahu hal yang sebenar. 

Selepas mendapat tahu tentang penglibatan Liyana dengan kes Daus, Tengku Zarif mula menyiasat sendiri dengan bantuan Nemesis. Segala barangan zaman sekolah Tengku Liyana dia selongkar sehingga dia menemukan laporan hospital milik Zalika. 

Dia turut ke penjara bagi melawat Husin, ayah Daus. Dari Husin dia dapat tahu Daus yang pernah meminta bantuannya untuk mencuri laporan itu untuk kawannya.  Tapi Zarif tidak mengatakan apa-apa tentang Tengku Liyana dan Zalika kepada lelaki itu. Dia tidak mahu menambah minyak ke dalam api dendam yang sudah makin memadam.

Dari perbualan dengan pembantu rumah di kediaman Tengku Latif, Tengku Zarif dapat tahu Liyana punya telefon bimbit lama yang dia tak pernah buang. Benar seperti yang dikatakan pembantu rumah itu apabila mereka akhirnya menjumpai harta kesayangan Tengku Liyana itu.

Telefon bimbit berjenama Iphone 4s keluaran tahun 2011 itu masih elok terjaga dan dibalut rapi dengan ziplock plastik bersama charger. Dia kurang pasti tujuan Liyana menyimpan bahan bukti itu. Mungkin terlampau yakin tiada sesiapa akan mengesyakki dia.

Tengku Zarif menemui gambar gambar lama Mikayla dan Daus yang ditangkap Liyana dulu dalam telefon bimbit lama milik sepupunya itu. Setiap perbualan antara Zalika dan Daus sudah dia baca. Tidak menyangka Daus pernah bersubahat untuk memerangkap Mikayla.

Oleh kerana penemuan itu, Zarif berfikir yang biarlah hanya dia dan Tengku Latif sahaja yang tahu. Dia tidak mahu lagi melihat Mikayla bersedih. Pasti perit jika Mikayla dapat tahu Daus pernah mengkhianati persahabatan mereka. 

Cumanya Zarif tekad mahu menyimpan segala bahan bukti. Jika di kemudian hari, barang bukti itu diperlukan, sudah tak perlu risau kerana semua ada padanya.

Liyana juga seperti sudah mendapat balasan. Sosok Daus setiap hari muncul di hadapan mata perempuan itu yang sudah hilang separa fungsi. Orang yang pernah membunuh pasti tak akan hidup tenang. 

..............................................

"Baby tengok daddy tu termenung apa malam malam dekat beranda..."

Tersentak Tengku Zarif apabila terdengar suara manis si isteri menyapa. Melenyapkan segala yang berlegar di fikiran. 

Dia berpaling melihat Mikayla sedang mendukung anak mereka. Sangkanya Mikayla masih lena tidur sambil menyusukan Zayyan. Rupa-rupanya kedua-dua kesayangannya itu sudah terjaga.

Dia bangun dengan senyuman yang tersungging di bibir. 

"Baby dengan mommy baby ni kenapa bangun tiba-tiba ni hmmm..." soalnya lembut seraya mengambil Zayyan dari pangkuan Mikayla. Tubuh Mikayla dipaut sebeluh mereka sama sama duduk di kerusi santai.

Zayyan hanya diam terkebil kebil di dalam dakapan daddynya. Mungkin sudah kenyang jadi anak itu tidak banyak meragam. Dimain-mainkan dagu runcing Tengku Zarif dengan tangan kecilnya. Sesekali Zarif mengemam jari jemari kecil anaknya itu dengan bibir.

Mikayla disisi hanya tergelak. Lengan Zarif dipaut manja sebelum kepalanya dilentokkan di situ.

"Sayang tak mengantuk ke?" soal Zarif. 

"Tiba-tiba tak mengantuk lepas tengok abang duduk termenung dekat sini..." ujar Mikayla sambil mengerling sekilas ke arah suaminya.

"Abang fikir apa?" soal Mikayla.

"Tak ada yang penting pun. Abang cuma fikir abang nak kena buat apa lagi untuk bahagiakan isteri abang ni..."

Mikayla angkat kepala. Ditenung wajah suaminya berserta kerutan di dahi.

"Baby, daddy hot kita ni kenapa pelik sangat malam ni?" omel Mikayla sambil berbicara dengan si anak.

Zayyan yang menyangkakan Mikayla mengagah dia mula ketawa kecil. 

"Apa pulak pelik, abang cakap betullah. Abang nak balas balik segala kebahagian yang sayang dah bagi dekat abang. Sayang sudi terima abang, saya dah sudi maafkan abang dan sayang dah lahirkan zuriat untuk abang. Tak terhingga pengorbanan sayang untuk abang. Giliran abang pula yang nak bahagiakan sayang banyak banyak. Biar sayang sentiasa tersenyum disamping abang."

Mikayla tersenyum sebelum sebelah tangan Zarif yang kosong dia tarik lalu dikucup lembut. 

"Mika dah bahagia sekarang. Terlampau lampau bahagia sampai kadang-kadang Mika takut kebahagian yang Mika rasa ni akan pergi tinggalkan Mika..." ujar Mikayla lirih.

"Sayang..."

"Tapi walau apa pun yang akan terjadi di masa depan, Mika akan pastikan Mika akan sentiasa bersyukur dengan kebahagian hari ini." sambung Mikayla.

"Abang pula akan cuba untuk sentiasa bahagiakan Mika, hari ini, esok hari, lusa, tulat dan hari hari mendatang supaya isteri abang tak akan terfikir lagi untuk takut kalau rasa bahagia itu akan hilang." janji Zarif.

"Terima kasih kerana sentiasa jadi suami terbaik untuk Mika abang. Kasih sayang abang melengkapkan hidup Mika."

Tangan Zarif naik mengusap pipi Mikayla. Mata mereka saling berbicara mengungkap kata cinta dalam diam.

"Sayang tahu tak, sayang adalah cinta pertama dan insyaAllah cinta terakhir abang."

"Abang pun. Abang juga cinta pertama dan cinta terakhir Mika." ujar Mikayla sambil menarik tubuh kecil Zayyan yang sedang menggapaikan tangan mahu dipegang mommynya pula.

Makin melebar senyuman Tengku Zarif. Kata-kata sang isteri sungguh membahagiakan hatinya. Terlampau bahagia dapat menjadi pemilik hati Mikayla.

"Tapi, sekarang nampak gaya Zayyan macam bakal merampas cinta sayang pada abang jer..." usik Zarif.

Mikayla tergelak. Pipi gebu si anak dicium bertalu-talu sehingga Zayyan terkekeh-kekeh ketawa.

"Memang pun, jadi abang silalah berusaha keras untuk memastikan abang kekal di carta teratas hati Mika." ujar Mikayla seraya mengangkat sebelah keningnya.

"I will. Abang janji abang akan bahagiakan satu-satunya isteri abang, Mikayla binti Abdul Rahim ni sehingga akhir hayat abang."

Tubuh isteri yang sedang memangku Zayyan dipeluk erat sehingga Zayyan terkepit dicelah celah mereka. Ciuman bertaut penuh romantis bersaksikan cahaya bulan remang remang di dada langit.

"Ekkk!"

Rengekan Tengku Zayyan menyedarkan mereka dari kehangatan ciuman romantis tadi.

Kedua-duanya terus tunduk melihat muka cemberut si anak yang sedang berada di riba Mikayla.

Terletus gelak mereka berdua memecah kesunyian. 

Ya tuhan, semoga bahagia ini terus berkekalan.

TAMAT

***

The Forced Fame akhirnya melabuhkan tirai.

Start: 16 Oktober 2023

End: 15 Disember 2023

Now betul betul dah tamat.

Hampir 2 bulan kan!

Bye for now!

Nak Special Chapter tak?

Jangan risau, memang ada.

Memang dah siap taip dah pun seminggu yang lepas.

Hehe!

Ada yang minta nak kisah Fafa, ada yang nak kisah Zuhail kan?

Tunggu announcement saya sekejap sahaja lagi ya.

Sekalung penghargaan buat semua yang sudi membaca sehingga akhirnya kita menemui epilognya. Anda semua penguat semangat saya untuk terus menulis.

Thank you so much!

Continue Reading

You'll Also Like

Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

717K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
96K 4.2K 43
π‡πšπ«π«πšπ³ 𝐌𝐒𝐀𝐚𝐞π₯ 𝐟𝐭 π™πšπ‘π«πš 𝐄π₯𝐯𝐒𝐲𝐫𝐚 Known as Anugerah Terindah Mereka berkahwin kerana keluarga. Selama satu tahun mereka berkah...
8.1K 615 60
𝐌𝐫.π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐯𝐨π₯ 1 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: Raf's sweetheart Color personality:🟑 π‘¨π’Žπ’“π’Šπ’ π‘Ήπ’‚π’‡π’’π’Š π‘―π’‚π’“π’Šπ’” | 𝑡𝒖𝒓 π‘«π’‚π’“π’Šπ’π’‚ π‘Ίπ’π’‡π’Šπ’‚π’‰...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...