The Forced Fame [COMPLETE]

Da lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... Altro

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 61

2.4K 85 5
Da lemonellow

Ruang Pelawat Penjara Wanita Kajang

"Kau buat apa dekat sini?" ujar Dian dengan wajah sebal. Dia menyangkakan Fahmi yang datang melawat. Tapi lain pula yang muncul. Entah apa lagi yang perempuan ni mahu. 

"Sengaja nak datang tengok kau..."

Dian berdesis menyampah. Kerusi besi ditarik lalu dia labuhkan duduk sambil ditenung wajah pelawat diva di hadapannya itu.

"Berani-beraninya kau datang jumpa aku kan? Kau bernasib baik aku tak bagitahu polis kau culik, pukul dan ugut aku dulu Tengku!" ujar Dian dengan wajah menyampah.

"Kau ingat aku takut?" soal Liyana dengan wajah mengejek.

"Jadi kau nak apa ni? Nak gelakkan aku?" soal Dian beremosi. Sakit mata tengok muka mengejek Tengku Liyana.

"Aku just nak bagi tepukan gemuruh dekat kau. Hebat lakonan kau haritu!" ujar Liyana sambil menepuk tangan perlahan. 

Dian tersenyum sinis. 

"Kenapa? Saki hati kena tipu dengan aku? Sakit hati ke tak dapat jadikan orang yang kau benci tu sebagai pembunuh?"

Tengku Liyana tergelak.

"Berani kau gunakan aku kan? Tak pernah lagi orang miskin macam kau ni berani nak kenakan aku. Kau mesti rasa hebat sangat dah kan dapat tipu aku?" soal Liyana.

Dian mencebik. Matanya digulingkan tanda malas mahu mendengar kata-kata Liyana itu. Buang masa.

"Pasal Mikayla tu kau jangan risaulah. Satu cara tak jalan, ada berpuluh lagi cara aku boleh aturkan. Kau duduk jer diam diam dalam penjara ni sampai kau mampos yer." sambung Liyana.

Dian mendesis. 

"Oh, by the way..." Liyana tiba-tiba merapat lalu berbisik perlahan. Mata ditala tajam ke arah Dian.

Dian memicingkan mata.

Tengku Liyana tayang senyum sinis.

"Pasal kematian abang kau tuu..." 

Tubuh Dian mengeras. Terkejut bila Tengku Liyana menyebut perihal arwah abangnya.

"Kalau kau nak tahu..."

Dian sudah merenung tajam ke arah Liyana. Menunggu-nunggu ayat disambungkan.

Liyana tuding jari pada diri sendiri.

"Aku saksi macam mana abang kau mati..." sambungnya perlahan. 

Dian mendekatkan wajahnya ke depan cermin kaca itu. Dia tak salah dengarkan?

"Kau cakap apa ni?" soal Dian. Tubuhnya sudah bangkit berdiri dari kerusi. Kedua belah tangan mencengkam meja.

"Kau mesti nak tahu apa jadi sebenarnya dekat abang kau kan? Sampai dendam dendam bagai." bisik Liyana sambil tersenyum mengejek.

"Kau tahu ke apa jadi? Bagitahu aku sekarang! Siapa bunuh abang aku?!!" pekik Dian kuat sehingga mengejutkan warden penjara yang sedang berjaga di belakang.

Liyana menjeling sekilas ke arah warden wanita yang sudah mula bangun untuk menarik Dian yang sudah nampak naik angin.

"Eh siapa kata abang kau kena bunuh? Polis pun cakap abang kau bunuh diri lah." ujar Tengku Liyana dengan wajah pura-pura takut setelah melihat warden penjara mula mendekati. 

Dia kemudiannya bangun berdiri lalu mulutnya bergerak gerak tanpa suara.

"Stay curious."

"Bye." lambai Tengku Liyana sebelum dia bangun berdiri.

Dian sudah membulatkan mata. Panas hati melihat Liyana seperti sedang memainkan perasaannya sekarang.

"Tengku! Bagitahu aku!" jerit Dian bengang.

Liyana tersenyum sebelum dia melangkah keluar dari ruangan tersebut. Sampai mati Dian tak akan dapat tahu. Tiada sesiapa yang tahu. Bibir yang sudah mula mengoyak senyum sinis tanpa sedar mula dikemam. Riak wajah perlu dikawal. 

"TENGKU!!!

"TENGKU!!!!!!"

Dian bertempik kuat.

Warden itu terus datang memegang bahu Dian sambil menjerit memanggil rakannya yang berada di luar ruangan itu.

Dian meronta-ronta kuat sambil dipegang dan ditarik kasar oleh warden yang berjaga.

Tengku Liyana tersenyum puas mendengar jerit pekik Dian dari luar. Puas hati dia. Memang itu niat dia datang melawat Dian hari itu. Mahu mengacau jiwa raga Dian. Tapi, dia tak tipu tentang kata-katanya tadi. 

Sambil melangkah keluar dari kawasan pelawat, kepalanya menerawang ke masa lalu. 

..........................................................

Hari kejadian 10 tahun yang lepas

*Krekkk...

Bunyi pintu ditolak membuatkan Daus berpaling. Menyangka Mikayla yang muncul tapi alih alih pandangannya bertemu dengan wajah itu. Daus bangun dengan kening yang bertaut.

"Kenapa kau datang sini awal awal pagi macam ni Za?" suaranya keras mendatar. Hairan kerana Zalika memang tidak akan pernah datang seawal itu. Jam baru menunjukkan 6.30 pagi. Dia berjanji mahu berjumpa dengan Mikayla di sini dan bukan mahu berjumpa Zalika.

"Kau nak buat apa naik sini awal pagi Daus? Kau nak jumpa Mikayla?" tebak Zalika dengan muka tidak puas hati.

Daus menghela nafas kasar.

"Kau intip aku ke Za?"

"Aku cuma nak pastikan kau tak cakap apa apa dekat perempuan tu!"

"Za, aku dah nak stop buat semua ni..." lirih suara Daus menutur kata.

"Aku tak sanggup... Mika tu kawan aku. Aku tak sanggup dah nak ikut arahan perempuan tu!" sambung Daus dengan riak penuh penyesalan.

"Daus! Kau jangan buat hal!" marah Zalika.

"Kau taknak sembuhkan Aira ke? Yana dah cakap yang dia akan bagi duit untuk rawatan Aira kalau kau tolong kitorang kan?!"

Daus menunduk seraya meraup rambutnya kasar.

"Mika tu orang baik. Aku dah tak sanggup nak tipu dia..."

"Daus!!!"

"Za!!! Aku tak boleh nak teruskan rancangan jahat kau dengan Liyana tu. Perempuan tu iblis Za! Aku menyesal buat semua ni!"

"Daus, kita dah nak capai target dah! Kau hanya perlu bawak Mikayla masuk bilik hotel malam ni. Ambil gambar bogel dia dan hantar pada Yana then kau akan dapat duit seperti yang dijanjikan! Takkan kau nak lepaskan duit tu?!"

Daus menggeleng-gelengkan kepala. Dia tak mahu! Hatinya sudah terjentik perasaan bersalah yang menyesakkan dada. Kusut kepalanya beberapa hari memikirkan dosa sendiri.

"Mika ikhlas kawan dengan aku Za! Aku tak sanggup dah nak buat semua ni pada dia. Walaupun kau benci dia, dia sanggup temankan aku malam malam untuk cari kau Za! Padahal semua tu sebab kau orang nak perangkap dia jer. Aku tak boleh dah nak ikut rancangan yang bakal hancurkan masa depan dia. Za, kita stop semua ni please..." rayu Daus.

"Jadi ni lah sebabnya kau datang awal sini kan?! Aku dah agak dah! Kau nak bocorkan rahsia kita pada perempuan tu????!!"

"Ya, aku akan mengaku bersalah. Aku dah tak mampu nak teruskan lagi. Aku taknak rosakkan masa depan perempuan baik macam dia, Za!"

"Kau nak tau tak, tanpa Liyana pun adik aku akan selamat. Mika dah dahulukan duit dia untuk bantu adik aku jalani pemindahan jantung tu! Adik aku sekarang cuma perlu tunggu penderma sesuai, duit dah settle! Mika dah tolong!"

"Kau ingat aku kisah dengan perempuan acah bagus tu? Aku dah cakap banyak kali yang aku memang bencikan perempuan tu. Dia sengaja berlagak baik nak bagi duit untuk rawatan Aira tu. Kau tak payah tertipu dengan dia. Perempuan tu hipokrit. Dia hanya nak perhatian orang. Dia nak tunjuk baik depan Tengku Zuhail dengan Tengku Zarif!"

"Kau orang yang busuk hati bencikan dia Za, dia tak ada buat apa apa pun dekat korang. Aku sendiri pun dari awal cuma nak kawan betul betul sahaja dengan dia. Tapi sebab kebodohan aku, aku terjebak dengan Tengku Liyana dan aku rosakkan kepercayaan Mika dekat aku. Aku yang jahat!"

Dia sangat menyesal sekarang. Memang pada mulanya niatnya untuk berkawan dengan Mikayla tanpa sebarang motif lain. Sejak mereka bergaduh kerana dia menyangka Mikayla membuli Zalika dan setelah mengetahui hal sebenar, dia dan Mikayla mula rapat. Keakraban mereka telah diketahui Tengku Liyana jadi perempuan itu menggunakan rawatan adiknya sebagai umpan supaya dia mengikut rancangan mereka.

Untuk mengenakan dan memfitnah Mikayla.

Dia yang pada waktu itu memang terdesak kerana kesihatan adiknya makin merosot menyebabkan dia mengambil jalan mudah dan bersetuju untuk mengikut rancangan Tengku Liyana. 

Pada awalnya dia memang betul betul mahu berkawan sahaja dengan Mikayla. Lagipula mereka selalu berbual bersama. Kejadian pertama kali dia menelefon Mikayla untuk menemaninya mencari Zalika di hotel pada lewat malam itu adalah titik pertama di mana dia menolak Mikayla dalam jerat yang dipasang Tengku Liyana dan Zalika.

Kejadian gugur yang terjadi pula memang seratus peratus kemalangan. Dia sendiri tidak menyangka Zalika mengandung. Dia berpura-pura mengejar Zalika mengikut skrip lakonan yang sudah diatur Zalika dan Tengku Liyana tapi mungkin karma kecil untuk mereka, Zalika tersilap langkah lalu tercucuk besi dan jatuh menyebabkan gadis itu keguguran.

Tapi kerana hati iblis Tengku Liyana, perempuan itu menggunakan peluang yang ada untuk menambah fitnah kepada Mikayla. Tengku Liyana mahukan rekod laporan hospital itu untuk dipalsukan supaya nampak seperti Mikayla yang keguguran. Gambar di hadapan hospital itu juga diambil oleh Liyana pada malam itu.

Dia ditugaskan untuk meminta laporan hospital itu dari ayahnya sementelah ayahnya, Husin merupakan penolong pendaftar di hospital dan juga mempunyai access untuk rekod rekod hospital, jadi dengan mudahnya dia berjaya memperoleh laporan tersebut.

Gambar gambar dan fitnah segera disebarkan menyebabkan rakan rakan di sekolah mula memandang serong pada Mikayla. 

Mikayla pula masih rapat dengannya. Gadis itu walaupun dicemuh dan dikutuk sebagai perempuan jalang, Mikayla tetap datang ke sekolah dengan mata dan telinga yang cuba dibutakan dan dipekakkan. Setiap kali masa lapang, Mikayla akan datang berbual dengannya tanpa menghiraukan mata-mata yang mencemuh. 

"Biarlah orang nak cakap apa, asalkan aku dan kau tahu, kita tak ada buat salah apa-apa."

Itu kata-kata pertama dari Mikayla yang menjentik hati gelapnya. Gadis itu terlalu baik dan terlalu percayakan dia. Padahal Daus lah salah seorang yang menyebabkan semua itu berlaku.

"Aku tak peduli pandangan orang lain. Aku cuma harap kawan-kawan yang aku sayang percayakan aku. Tapi aku risau Abang Zaf tak percayakan aku Daus..."

Daus tahu Mikayla pasti pelik macam mana Zarif tahu padahal Zarif sudah tamat sekolah. Tengku Liyana lah yang bercerita kepada sepupunya itu. Dia juga tahu Tengku Zarif cemburukan dia. Dia lelaki dan dia dapat membaca rasa yang ada di hati Tengku Zarif sejak dia mula rapat dengan Mikayla. Jadi, peluang itu digunakan Tengku Liyana sebaiknya untuk memfitnah Mikayla.

"Adik kau Aira tu macam mana?" soal Mikayla tiba-tiba, menutup ceritanya. Mikayla selalu begitu. Tak akan pernah lupa bertanya tentang hidupnya. Hubungan persahabatan dia dan Mikayla tidak pernah menjadi one sided. Mereka saling bertukar cerita dan saling menjadi pendengar antara satu sama lain.

"Macam itulah. Makin teruk..." ujar Daus perlahan.

"Daus, aku baru dapat bayaran dari drama aku yang habis shooting bulan lepas. Tak banyak mana pun tapi cukup untuk bayar duit pendahuluan bil hospital adik kau. Nanti aku akan usahakan lagi. Aku akan bagi semua duit tu pada kau."

Mata Daus sudah membulat gara-gara terkejut. 

Tak menyangka Mikayla mahu membantu. Malah, gadis itu langsung tidak meminta balasan. Bukan seperti Tengku Liyana yang sanggup menggunakan Aira demi untuk kepuasan diri.

"Mika...kau tak perlu susahkan diri. Duit tu hasil titik peluh kau kerja..." ujar Daus. Hatinya berdebar dengan rasa tak enak yang menikam tajam ke ulu hati.

"Aku tak kisah pasal duit tu Daus, itu sahaja cara aku nak hargai kawan yang sanggup jadi pendengar aku. Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau Daus, sebab sudi jadi kawan aku."

Dang!

Sebu dadanya mendengar tutur ikhlas dari mulut Mikayla. 

Mikayla terlalu baik!

"Mika, kau-"

"Aku minta maaf sebab nama kau pun terpalit sama Daus." ujar Mikayla tulus. Dia betul betul rasa bersalah gara-gara dia, nama baik Daus tercemar. Orang sibuk mengata dia dan Daus punya hubungan lebih dari kawan. Cikgu cikgu memandang buruk pada mereka berdua gara-gara gambar dia dan Daus yang masuk ke dalam sebuah hotel tersebar.

"Mika, bukan salah kau..." 

"Aku yang minta kau temankan aku cari Zalika..."

"Tak apalah benda dah jadi, aku cuma kena fikir macam mana nak buat abang Zaf percayakan aku. Aku syukur Zuhail tak percayakan gossip murahan tu semua. Tapi abang Zaf tak tahu apa yang berlaku dekat sekolah. Aku kena terangkan dekat dia nanti. Nanti kau tolong aku ya."

"Aku tak kisah mulut orang lain. Kau pun tahu kan abang Zaf dengan Zuhail penting dalam hidup aku. Macam kau. Kawan kawan yang aku sayang!" senyuman manis terukir di wajah Mikayla menyebabkan Daus terpana seketika. 

"Oi!" sergah Mikayla apabila dirasakan Daus seperti berkhayal.

"Oh, sorry sorry! Kau cakap apa tadi?" soal Daus sambil cuba menyembunyikan riak.

"Petang nanti aku temankan kau pergi hospital tengok Aira. Aku ambik duit dulu dekat rumah. Kita jumpa dekat sana. Nanti kau bagi duit tu dekat ayah kau tau. Jangan cakap aku yang bagi. Rahsiakan."

Daus menghela nafas berat. Andai Mikayla tahu dia sudah mengkhianati persahabatan mereka entah bagaimana agaknya penerimaan gadis itu. Takut memikirkan Mikayla bakal kecewa dengan dia. Menyesal tak sudah dia.

"Mika! Jom balik!" laung Zuhail yang sudah berada di depan pagar. Laungan itu menyentakkan lamunannya. Dia tahu Mikayla dan Zuhail memang selalu balik bersama-sama dengan pemandu keluarga Tengku Zaid.

Daus menyoroti langkah Mikayla yang berlari lari ke arah Zuhail. Daus menyedari satu perkara lagi tentang Mikayla. Gadis itu seorang yang simple-minded. Walaupun dicemuh dan dicaci orang luar, Mikayla jenis yang suka buat tidak endah, asalkan orang orang yang dia sayang percayakan dia, itu sudah cukup buat gadis bernama Mikayla.

Melihat senyuman ikhlas Mikayla yang melambai-lambai ke arahnya itu membuatkan dia nekad. Dia perlu hentikan rancangan Tengku Liyana dan Zalika. 

Jadi kerana itu dia menelefon Mikayla lewat malam semalam. Mengajak gadis itu berjumpa lebih awal supaya rancangannya untuk membongkarkan segala rahsia tidak diketahui oleh Zalika dan Tengku Liyana. Tapi ternyata, Zalika dan Tengku Liyana lebih cepat menghidu isi fikirannya. Zalika sampai dulu sebelum Mikayla awal pagi itu.

"Bagi aku balik laporan hospital tu! Kau curi dari beg aku kan haritu?!!!" jerkah Zalika menghentikan lamunan Daus yang sedang mengimbas dosa-dosa dia pada Mikayla.

Daus mencerlung garang ke arah Zalika.

"Siapa kata laporan tu kau punya? Memang nama kau, tapi aku yang tolong kau dapatkan laporan ni. Now, aku akan ambil balik. Aku dah cakap, aku akan bongkarkan semua ni."

"Sampai hati kau kan Daus! Demi perempuan tu kau sanggup khianat aku! Kalau kau sebarkan, aku yang akan dapat malu Daus!" jerit Zalika geram.

"Kau fikir malu kau jer ke Za? Habis tu Mika? Mika tak salah apa apa pun tapi kau dengan Liyana fitnah dia!"

"Daus! Kau cakap kau sayang aku! Kau tak boleh buat macam ni dekat aku! Kita sama sama rasa hidup susah, kau patut faham kenapa aku buat semua ni. Kau patutnya paling faham kenapa aku bencikan perempuan tu!!!"

Daus menggelengkan kepalanya perlahan.

"Za! Kebencian kau pada Mika tu tak ada penyebab. Tak berasas langsung! Sedarlah Za. Kau sekadar bencikan dia sebab dia disenangi orang. Sebab dia rapat dengan Zuhail dan Zarif. Sebab dia pelakon yang makin popular. Kau bencikan dia sebab kau insecure Za! Padahal Mika tak sebahagia yang kita fikir. Hidup dia pun ada perit jerihnya."

"Kau diam Daus! Kau memang! Kau dah sukakan dia pulak kan?! Sebabtu kau sibuk nak tolong dia sekarang?"

"Kau tak payah nak tunjuk baik Daus, kau juga yang tolong kitorang perangkap perempuan tu. Jangan lupa sebab jasa kau juga kami dapat perangkap Mikayla tu." ujar Zalika sinis. Menyampah bila Daus cuba nak berlagak baik nak berubah.

"Aku tau aku salah. Aku tak nafikan semua tu. Tapi sebelum terlambat, aku tak nak rosakkan hidup Mikayla lagi. Plan kita malam ni, aku tak akan buat. Aku tak akan ajak Mika pergi hotel macam yang kau dan Liyana suruh. Harini, Mika akan datang kejap lagi, aku akan ceritakan semua."

"Ni."

Daus seluk beg sekolahnya lalu dikeluarkan laporan hospital milik Zalika.

"Aku akan bagi pada Mika. Terserah pada dia sama ada dia akan sebarkan atau tak. Tapi aku tahu, kalau kau ikhlas minta maaf dengan Mika, dia tak akan sebarkan. Aku kenal Mika Za, dia bukan jenis berdendam."

"Sial kau lah Daus! Memang tak mungkin lah aku nak minta maaf dekat perempuan acah baik tu!" jerit Zalika sebelum cuba merampas kertas laporan hospital itu dari tangan Daus. 

Daus cepat cepat berundur menjarakkan diri dari Zalika. Kertas dilayangkan tinggi ke atas, tidak mahu Zalika berjaya mencapainya.

"Bagi aku laporan tu!" bentak Zalika sambil mengejar langkah Daus yang sedang berundur. 

Sampai di hujung dinding rooftop yang hanya setinggi pinggang itu Daus bersandar di situ. Matanya dihala ke arah Zalika, cinta pertamanya itu. Sayu dirasakan apabila melihat wajah memerah Zalika yang mula mahu mengamuk. 

Sedih kerana Zalika makin berubah. Hambatan kesusahan hidup menyebabkan Zalika terpengaruh mahu hidup senang seperti Liyana.

Gadis itu sudah terlalu jauh terpesong.

"Za, jom lah kita bertaubat. Masih belum terlambat..."

Zalika mencerlung garang ke arah Daus.

"Liyana tu hanya nak gunakan kita. Dia bukan ikhlas pun nak berkawan dengan kau Za. Dia cuma nak gunakan kita sebab perasaan cemburu dia pada Mika..."

"Kau diamlah Daus. Bagi aku laporan tu. Kalau kau taknak tolong untuk plan malam ni, orang lain boleh buat."

"Za!" marah Daus apabila tersedar yang gadis itu masih mahu meneruskan rancangan jahat pada Mikayla malam itu.

"Aku dah cakap Daus, aku akan pastikan Mikayla rasa sedikit kesakitan dalam hidup. Dia pun patut rasa apa yang kita rasa. Rasa hidup susah! Kau percayalah, sekejap sahaja benda ni, lepastu mak dia yang kaya tu akan buat orang lupakan semua ni, tapi aku tak kisah, aku akan pastikan gossip ni akan melekat dekat dia sampai dia mati. Aku tak nak tengok dia bahagia dengan lelaki yang dia suka tu."

"Za kau-"

"Aku tahu dia sukakan abang Zarif senior kita tu. Aku akan pastikan lelaki tu bencikan dia. Lelaki sesempurna Tengku Zarif tu tak akan boleh terima perempuan kotor... Jadi plan malam ni akan tetap aku teruskan dengan Yana tak kiralah kau join atau tak!" bahu Daus ditolak cuba untuk menggapai kertas yang berada di tangan Daus.

"Kalau kau masih nak buat, aku akan sebarkan terus dalang dia. Tengku Liyana pun patut terima akibatnya. Perempuan iblis tu aku akan seret ke juvana! Dia penyebab kau terjebak dengan aktivit melacur diri kan?!! Aku akan pastikan Liyana kena tangkap Za!"

"Daus kau bodoh ke?!!"

"Kau jangan buat gila lah!" ujar Zalika keras.

Tiba-tiba tangannya yang sedang memegang bahu Daus dicengkam seseorang dari belakang. Daus dan Zalika kedua duanya terkejut. Dengan satu tolakan paksa pada tangan Zalika, tubuh Daus yang tidak berpegang pada apa apa itu tertolak ke belakang. Kertas laporan yang dipegang Daus tadi terlepas lalu jatuh ke lantai rooftop.

Kejadian itu berlaku cepat tanpa sebarang amaran.

"Pergi matilah Daus Hakimi! Dasar bodoh" cemuh suara itu keras.

Zalika berpaling ke belakang. Dia terkedu. Apatah lagi Daus yang sudah melayang ke belakang. Bulat mata Daus melihatnya sambil mulut lelaki itu ternganga tanpa bunyi. Tubuh Daus terjunam melayang ke bawah.

"Yana!" membuntang mata Zalika apabila tubuh Daus melayang ke bawah. Mulut kemudiaannya ditekup dengan tangan yang terketar-ketar. Bukan niatnya menolak Daus begitu!

"Duduk!" cerlung Liyana garang sambil menarik tubuh Zalika untuk duduk mencangkung. Risau jika ada yang menjadi saksi.

Tengku Liyana sebenarnya sudah lama menunggu di luar pintu rooftop. Awal pagi dia datang ke sekolah hari itu selepas mendapat tahu yang Daus mahu membongkarkan rancangannya pada Mikayla. Naik bosan dia menunggu Zalika bertekak dengan Daus. Bila dia dengar Daus mahu memastikan dia kena tangkap, terus dia naik angin. 

Sesiapa yang cuba nak kacau dia memang patut mati!

*Buk!

Kuat bunyi berdentum dari bawah menyentakkan hati Zalika.

"Yana..." ujarnya takut.

"DAUS!!!"

Mereka terdengar bunyi jeritan dari bawah. Masing masing menikus. Liyana membuat isyarat supaya Zalika terus diam.

Zalika terkelu mendengar jeritan kuat itu sebelum kedengaran bunyi raungan. 

Liyana bangun mengintai sedikit sisi dinding rooftop.

Mata memicing melihat gerangan yang meraung tadi.

Setelah mengecam sosok yang sedang memangku tubuh Daus di bawah, terus bibirnya mengoyak senyuman sinis. Tepat muncul perempuan yang dia benci itu.

Tengku Liyana menjengket jengket kecil ke arah beg sandang Daus yang terbuka di simen rooftop. Beg itu dikemas sebaiknya sebelum diletakkan elok elok di tepi dinding rooftop. 

"Jom turun!" gesa Liyana.

"Yana... ni tingkat 5!" ujar Zalika keras.

"So? Kenapa dengan tingkat 5? Biasanya kalau dah jatuh dari tempat tinggi macam ni, jantan tu dah tak akan selamat dah..." ujar Liyana selamba.

"Yana, kau dah bunuh orang!!"

"Bukan aku tapi kau. Kau lupa ke? Kau yang pegang Daus tadi kan? Tangan kau yang tolak Daus, Zalika..." ujar Liyana selamba. Bibir tersungging senyum. Tiada langsung rasa bersalah di wajahnya.

"Tapi kau yang tolak tangan aku! Aku tak ada niat tolak Daus tadi!" bentak Zalika keras.

"Diam boleh tak? Kau nak orang tahu kita ada dekat sini ke?!" marah Liyana separa berbisik. 

Mata meliar meliar ke sekeliling. Tidak mahu tinggal jejak. Dia kemudiaannya berpaling ke arah Zalika. Kasut yang dipakai Zalika ditenung tajam. 

"Kasut kau ni nanti potong tapak dia dan gunting halus halus. Buang jauh jauh! Beli kasut baru!" arah Liyana.

"Kenapa?" soal Zalika pelik. Apa kena dengan kasut dia. 

"Kalau dah bodoh tu jangan banyak soal boleh tak? Buat jer lah!" 

Dia kemudiannya terdiam memikirkan sesuatu.

"Rumah kau dekat jer kan dengan rumah Daus?" soal Liyana. 

Zalika mengangguk.

"Aku nak kau ambik phone dia waktu mak ayah dia keluar nanti dan kau taip mesej bunuh diri. Pastikan kau tak tinggalkan jejak kau!"

Zalika terkedu. Dia kena buat sampai macam tu sekali ke? Yakin sungguh Liyana yang Daus sudah mati.

"Kau jangan nak buat hal, ikut jer rancangan aku kalau kau taknak ada masalah!" ugut Liyana keras.

Zalika terdiam dan terpaksa akur dengan arahan Liyana. Memang apa sahaja yang disuruh Liyana dia akan buat. Termasuklah datang awal ke sekolah hari itu untuk menghalang Daus daripada menyerahkan bukti kepada Mikayla. 

Liyana kemudiannya mengutip laporan hospital yang terjatuh tadi. Dia kemudiannya berpaling ke arah Zalika yang masih terkelu.

"Eh bodoh, jom turun, tak payah nak jadi patung cendana dekat situ!" sakit hati pula Liyana melihat Zalika yang diam tak berkutik di situ.

"Lepas kita turun ni, kau keluar ikut jalan belakang sekolah dan pergi balik rumah. Tunggu sampai mak ayah Daus keluar rumah baru kau masuk dan taip nota bunuh diri tu. Tapi pastikan kau datang balik sekolah kejap lagi! Jangan ponteng! Buat muka risau dan terkejut bila orang bagitahu kau tentang Daus." pesan Liyana.

"Ingat, apa apa yang jadi harini simpan dalam perut jangan hebohkan kalau kau tak nak masuk penjara. Jangan sekali sekali sebut pasal ni atau cerita pasal aku. Kau kena fikir kau tu miskin, kalau apa apa jadi, aku senang boleh lepaskan diri tapi kau tak."

Zalika mengangguk lemah. Tak mungkin dia akan bagitahu orang. Itu kerja gila!

Dia tak nak masuk penjara...

Dia juga tahu, tak ada guna mahu ingkar arahan Tengku Liyana.

Dan seperti nasib menyebelahi mereka, hujan tiba-tiba turun lebat pagi itu menghapuskan jejak mereka di rooftop tersebut menyebabkan pihak polis tidak dapat membuktikan ada unsur pihak ketiga dalam kes tersebut.

.....................................

Tengku Liyana berjalan tenang keluar dari kawasan penjara wanita itu dengan senyuman kemenangan. 

Entah kenapa, dia rasa seronok gila.

Rahsia hitam dari zaman sekolah yang dia kongsi bersama Zalika itu akan selamanya terkubur bersama kematian Daus dan Zalika sendiri. 

Bahkan Harisa dan Inara sendiri tak tahu apa-apa. 

Kini, tiada siapa lagi yang tahu tentang kejadian 10 tahun lalu kecuali dia seorang. Dia yakin tuah sentiasa berpihak kepadanya.

Sedikit lagi, pasti dia akan miliki segalanya. Dia akan rentap bahagia yang patut jadi miliknya.

Dia akan sentiasa menang.

Langkah diatur kemas untuk masuk ke dalam kereta.

Dia capai telefon bimbit sebelum beg tangannya dicampak ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. 

Satu nombor ditekan dengan jejari runcingnnya.

"Proceed. Culik perempuan tu bila ada peluang." ringkas arahan diutarakan pada seseorang di talian.

Sudah seminggu dia mengupah orang untuk memantau gerak geri bakal mangsa culiknya itu. 

Panggilan dimatikan sebelum dia mula memandu keluar dari kawasan penjara.

Tak sabar mahu memulakan drama arahannya.

Rancangan tertunda 10 tahun lepas akan terlaksana kelak dengan versi yang lebih menarik.

"Kau tunggulah Mikayla..." getusnya perlahan.

.........................................

TBC

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

85.2K 2.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
93.1K 3.9K 26
๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“”๐“ต๐“ถ๐“ช๐“ท ๐“•๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑร—๐“ข๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ฏ๐“ช๐“ฑ ๐“๐“ฒ๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑ ๐“œ๐“ฒ๐“ด๐“ฑ๐“ช๐”‚๐“ต๐“ช Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...