The Forced Fame [COMPLETE]

Od lemonellow

198K 6.1K 286

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... Více

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 58

2.9K 97 4
Od lemonellow

Dazzlo Medical Centre

Zarif melangkah pantas untuk masuk ke wad. Mahu memeriksa keadaan isterinya. 2 jam dia tinggalkan isterinya tadi untuk ke markas HELL-O.

Berkerut dia pandang Mikayla yang sedang tidur mengiring sambil memeluk selimut bercorak tembikai yang mereka beli semalam.

"Mika bangun tadi..." Zulfa jeda seketika sebelum mata melirik Zuhail, meminta abangnya itu menyambung kata.

"Dia meracau-racau sekejap lepastu dia cari kau..." ujar Zuhail apabila Zarif mendekati ke katil isterinya.

Wajah Zarif terpancar riak kerisauan. 

"Kenapa Mika pegang selimut ni?" soal Zarif.

"Mika yang mintak tadi." jawab Puan Sri Sharifah.

"Lepas dapat peluk selimut tu barulah dia boleh lelapkan mata balik..." sambung Puan Sri Sharifah.

Zarif mengeluh perlahan. Dia mengusap perlahan kepala isterinya.

"Mika menangis ke tadi ma?"

Puan Sri Sharifah mengangguk perlahan. 

"Tadi doktor ada datang check Mika. Dia cakap juga yang esok petang Mika dah boleh discharge" ujar Puan Sri Sharifah.

"Bleeding Mika dah okay ke ma?" soal Zarif risau. Cepat sangat dah boleh discharge?

"Bleeding dah tak teruk. Bleeding sekarang sebab darah nifas sahaja. Kandungan Mika dah lebih 40 hari jadi nifas untuk wanita keguguran mungkin akan kekal ada dalam satu hingga tiga minggu." terang Puan Sri Sharifah.

"Kaki Mika tu pun terseliuh jer Zaf. Alhamdulillah tak teruk. Doktor suruh pakai cast tu dulu. Minggu depan datang untuk appointment kalau dah elok doktor cakap dah boleh buang cast tu."

Zarif menghela nafa lega. 

"Mama dah uruskan pakej berpantang Mika. Walaupun keguguran, Mika kena berpantang penuh jugak. Mama nak Mika betul betul sihat balik. Mama dah carikan confinement lady untuk datang bantu. Yang lain mama sendiri akan uruskan. Boleh Zaf?"

"Zaf okay sahaja kalau semua tu terbaik untuk isteri Zaf. Terima kasih ma." terharu dengan kesiap-siagaan Puan Sri Sharifah menguruskan Mikayla berpantang. 

"Tak ada masalah, Mika tu anak mama jugak." ujar Puan Sri Sharifah sambil menepuk nepuk perlahan bahu anak sulungnya itu. 

...............................................

Sudah seminggu Mikayla di rumah, dan dalam masa seminggu itulah Rumah Agam Tengku Zaid bagaikan tiada seri. Saban hari akan terdengar tangisan dan esakan halus dari dalam bilik yang dihuni Mikayla dan Tengku Zarif. 

Makan tidak mahu, bangun pun tidak mahu. Mikayla bagai kehilangan semangat hidup. 

Sepanjang seminggu itu bonda turut tinggal di rumah agam itu. Mahu menemani dan memberi kata-kata semangat buat Mikayla tapi memang tiada yang jalan. Hanya pelukan dari Zarif sahaja yang boleh menghentikan esak tangisnya. Itupun hanya kerana mata Mikayla dipagut kantuk apabila selesa dalam kehangatan dakapan suaminya.

Tengku Zarif pula cuba untuk kuat demi si isteri. Walaupun hatinya turut terpukul dengan apa yang menimpa, namun setitis air mata pun dia tak tunjukkan pada Mikayla. Dibungkus segala rawan di hati demi terlihat kuat oleh Mikayla.

Seminggu juga dia tak tinggalkan bilik. Menemani Mikayla sepanjang hari. Kerja kerja ditinggalkan seketika. Biarlah. Kondisi isterinya lebih penting tika ini. Mikayla tak boleh berseorangan. Mikayla amat perlukan kehadiran dia di sisi. Tengku Zaid juga tidak menghalang. Zuhail banyak ambil alih buat sementara waktu.

.........................................................

Markas HELL-O

Setelah memastikan Mikayla lena tadi, dia terus bangun bersiap. Ada kerja yang belum terlunas. Lama dia bersabar menunggu berita dari Idham dan Dark. Lewat malam itu Zarif ke markas Dark. 

"Nama dia Fahmi, kekasih Dian. Driver Ailin dulu. Jantan tu kerja dengan Dato' Borhan sama-sama dengan Dian. Dia buat semua tu sebab Dian. Dia tak ada motif besar pun untuk kacau isteri kau. Dia just nak selesaikan dendam Dian yang tak kesampaian. Anak buah aku dah selidik."

"Fahmi? Idham yang selidik ke?" soal Zarif mahu tahu.

"Ya, Shade ada cakap yang sepatutnya ada seorang lagi lelaki yang terlibat dalam kes sebelum isteri kau kena culik haritu Tengku. Tapi lelaki tu tak ada pada malam kejadian culik tu."

"So, Shade start selidik dari kes serangan di parking lot DMC tu lagi." sambung Dark.

"Dia ke yang tolong bapak si Dian tu selama ni?" soal Zarif.

"Ya, Shade inform aku both kejadian di DMC dan kejadian culik where Shade kena langgar before masuk kafe tu adalah disebabkan Fahmi. Memang dari awal mereka buat kerja bertiga. Termasuklah sebarkan rakaman rakaman video dan sebarkan gossip liar pasal isteri kau tu selama ni." terang Dark.

"Yang pecahkan cermin kereta aku tu si sial tu lah?"

Dark mengangguk.

"Yang dalam CCTV yang langgar Idham sebelum masuk kafe tu pun dia?" soal Zarif lagi.

Dark mengangguk lagi, mengiyakan segalanya. 

Zarif mengetap bibir kuat. Patutlah dia rasa familiar dengan sosok lelaki itu dulu. Driver Ailin rupanya! Kalaulah dia cam lebih awal, agaknya kejadian yang menimpa isterinya itu pasti boleh dielakkan.

"So sekarang mana jantan keparat tu?!" soal Zarif keras. Aura bekunya kembali.

"Ikut aku."

Langkah dihala turun ke basement yang hanya diterangi lampu malap jingga. Pintu besi lama itu ditolak menghasilkan bunyi berkeriuk.

"Kau dah tak ada duit sangat ke sampai pintu bagai nak roboh menyembah bumi macam ni pun kau still boleh guna lagi?"

Dark berdecit mendengar kata perlian dari Zarif. Dia tidak membalas sebaliknya tangan menuding ke satu arah.

"Tu, pergilah kau bermesra dengan orang yang kau nak sangat jumpa tu."

Dark kembali menutup pintu besi itu lalu membiarkan Zarif berdua sahaja dengan lelaki yang sudah terpasung kemas pada dinding dengan rantai besi.

Zarif berjalan perlahan ke arah lelaki yang masih belum sedarkan diri itu. Lelaki di hadapannya itu masih belum terluka dan tercela di mana-mana. Dark mengotakan janjinya untuk membiarkan dia sendiri yang menghukum. 

Melihat lelaki tersebut mengingatkan kembali dia kepada rakaman CCTV yang dihantar Idham tempoh hari. Urat leher terasa menegang. Dia tenung lelaki itu dengan pandangan tajam. Benci melihat lelaki itu boleh lena begitu sedangkan isterinya Mikayla hari hari berteman air mata sebelum dapat melelapkan mata.

Kaki dihayun. Celah kelangkang milik Fahmi menjadi sasaran. 

"ARGH!" terjerit Fahmi apabila terasa senak mencengkam anggota sulitnya. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka. Apabila berjaya mencelikkan mata, dia bungkam melihat wajah Tengku Zarif di depan mata. Bukan dia tidak kenal. Itu suami perempuan yang dia cederakan beberapa hari lepas.

Zarif tersenyum sinis melihat riak kaget Fahmi.

"Kau kenal tak siapa aku?"

Fahmi teguk liur. Dia langsung tak menyangka akan bertemu empat mata dengan lelaki itu dalam keadaan begini. Gigi diketap kuat menahan rasa perit di bawah pusat.

*Buk *Buk *Buk

Penumbuk dihayun bertubi tubi ke muka lelaki yang terikat itu. Geram dia melihat Fahmi yang diam seribu bahasa.

"Pandai pulak kau diam sekarang kan sial?!"

"Perempuan tu yang buat Dian dulu!" ujar Fahmi keras. Rahangnya digerakkan perlahan. Darah yang mula membasahi mulut di ludah ke simen. Dia pernah berkerja dengan Dato' Borhan. Tumbukan seperti itu sudah biasa dia rasa.

Mencerlung garang mata Zarif mendengar ayat itu. Tak menunggu, dia melibas tinggi kakinya mengena pada sisi kepala Fahmi. Terteleng Fahmi dibuatnya. 

"EH BANGSAT! BETINA KAU TU YANG CULIK BINI AKU DULU LAH SIAL! BINI AKU TAK ADA SALAH APA DENGAN BETINA KAU TU!" tempik Zarif garang. Rahang Fahmi dicengkam kuat dengan tujuan menyakitkan.

"Kau jangan jadi bodoh! Bini kau tu penyebab hidup Dian derita tak bahagia sejak kecil! Sebab bini kau tu, Dian sampai taknak jumpa aku bila aku pergi melawat dia!!!" pekik Fahmi.

Fahmi sakit hati. Beberapa kali dia cuba melawat Dian yang berada dalam tahanan penjara sementara menunggu tarikh perbicaraan tapi setiap masa, Dian akan menolak untuk berjumpanya! Padahal Dian ada wanita yang dia sayang. Dia sanggup berbuat segalanya demi Dian. Dian mahu membalas dendam? Dia rela membantu. 

Jadi, dia fikir mungkin dengan cara melunaskan dendam kepada Mikayla mampu membuatkan Dian mahu menemuinya kembali. 

Zarif jongket kening. Gigi diketap geram. Jadi itu lah sebabnya ya? 

"Perempuan tu taknak jumpa kau, jadi kau cari bini aku?! Kau sakitkan bini aku?! Kau bunuh anak aku?!!!!" Makin memuncak kemarahan Tengku Zarif. Alasan hanya itu?

Hanya kerana itukah sebabnya yang akhirnya menjadi punca dia dan Mikayla kehilangan anak mereka? Hanya itu???

Padahal jelas dan terbukti Mikayla tak salah, tapi kerana dendam yang tersalah alamat, Mikayla menerima sakit dan mereka berdua kehilangan anak dalam keadaan yang menyayat hati!

Mata Zarif mencerlung garang ke arah Fahmi. Halkumnya usah dikata, bergerak gerak menahan rasa yang membara. Pandang muka lelaki itu sahaja sudah memuncakkan amarahnya tika itu.

"Dian tak nak jumpa aku sebab bini kau tu tetap juga hidup bebas tapi Dian? Dian aku tu terpaksa meringkuk dalam penja-"

"EH SIAL!" tempik Zarif tanpa sempat Fahmi menyudahkan kata. Abdomen lelaki itu ditendang kuat. Berkali-kali. Namun walau berulang kali dia menyakiti lelaki di terikat hadapannya itu, dia tetap tidak puas. Kesumat dendamnya pada lelaki itu!

"Kau berani sentuh bini aku maksudnya kau memang tempah maut sial!!!!" 

Terbatuk batuk Fahmi menahan senak. Dia akui tendangan kali ini lebih menyakitkan. Terasa tulang rusuknya bagaikan patah riuk. Amarahnya tiba-tiba memuncak. Dia juga mahu sakitkan lelaki yang sedang mengamuk itu.

"Kau k-kurung aku ni s-sebab anak kau dah m-mati kan? Bini kau m-macam mana, mati j-jugak ke?" ujar Fahmi tanpa gentar. Mulut terketar ketar menahan sakit yang makin kuat menyerang.

"Kau memang nak mati kan?!" Penumbunya dikepal kuat. Mata hitamnya makin menggelap merenung wajah lelaki yang sudah hampir terkulai dibelasahnya.

"KAU. MEMANG. NAK. MAMPOS!" setiap patah yang keluar disertakan dengan tumbukan di muka Fahmi berulang kali.

Separuh lunyai Fahmi dikerjakan namun lelaki itu tetap menyeringan dengan mulut dan gigi yang sudah terpalit darah.

"A-aku p-puas h-hati anak-k perempuan tu m-mati dekat tapak kaki aku! Kau tau tak aku pijak perut bi-" 

*BANG! *BANG!

Belum sahaja Fahmi menyudahkan kata, dengan tangkas sepucuk pistol hitam legap jenis Glock 42 dikeluarkan oleh Tengku Zarif dari belakang seluar lalu dua das tembakan dia lepaskan di kedua kedua betis lelaki itu. Urat dahi mula timbul. Matanya usah dikata. Penuh dendam. Kali pertama dia menembak. 

Bergema raungan Fahmi memecah kesunyian bilik bawah tanah itu.

Ayat yang keluar dari mulut Fahmi tadi membuatkan telinganya berdesing kuat. Fahmi pihak perut Mikayla?

"KAU PIJAK ANAK AKU SIAL??!!!!"

"KAU PIJAK PERUT BINI AKU?!" 

*BUK *BUK!

Celah kelangkang Fahmi disepak berulang kali untuk melepaskan amarah yang bergelora. Dia mahu pastikan lelaki ini tak akan punya keturunan!

Nafas turun naik. Bingit telingan dengan jeritan dan carutan yang keluar dari mulut Fahmi. Puas hati Zarif melihat Fahmi sudah menggelupur.

Dark yang sebenarnya masih berada di sebalik pintu besi itu sudah mengeluh perlahan apabila dia mendengar bunyi tembakan bergema dari ruang tempat dia tinggalkan Zarif tadi. Tak sangka juga Tengku Zarif akan menggunakan senjata api itu. Baru tadi dia berpesan kepada lelaki itu.

"Ni yang kau minta, tapi aku tak recommend kau guna."

Zarif merengus kasar. Dia merentap pistol itu dari tangan Dark.

"Kau nak bagi tapi tak recommend guna pula?"

"Aku bukan nak suruh kau kotorkan tangan kau Tengku Zarif."

"Dah terlambat! Lelaki jahanam tu akan terima balasan dia. Dia sentuh Mikayla bermakna dia memang cari nahas dengan aku!" ujar Zarif bernada dendam.

"Kau nak jadi pembunuh ke?" soal Dark.

"Tengok keadaan."

Raungan kuat kedengaran dari dalam diselang seli dengan carutan sedikit melegakan hati Dark. Sekurang-kurangnya Tengku Zarif tak bunuh lelaki itu. 

Zarif menggosok gosok kasar telinganya mendengar carutan demi carutan keluar dari mulut Fahmi. Dia perlahan lahan melangkah ke sudut dinding. Kayu besbol yang tersedia di situ dia capai. Kakinya kembali dihala pada Fahmi. Tanpa amaran, dia menghayun kuat kayu besbol itu ke kepala Fahmi. 

*KELEKANG!

Kuat bunyi berdeting dari tulang tengkorak dan besi yang bertemu secara paksa.

Senyap sunyi suasana.

Tiada lagi bunyi bunyi bingit dari mulut Fahmi.

Tengku Zarif senyum sinis.

Mukanya tiada sinar belas ihsan langsung.

Dia puas hati.

Kayu besbol itu dicampak ke tepi.

Berdeting kuat bunyi hingga gema terhasil.

Sarung tangan hitam yang dipakai awal tadi dicabut lalu dicampak pada kerusi besi yang ada di situ.

Dark menunggu di luar pintu besi apabila terasa suasana tiba-tiba sunyi.

Pintu berkeriuk kuat. Tengku Zarif keluar dari sebalik pintu. Wajahnya menayang riak kosong. Kepala diteleng ke kiri dan ke kanan, membetulkan urat leher yang menegang.

Pistol yang digunakan tadi dicampak selamba ke arah Dark. Mujur Dark punya tindakan relfeks yang solid. Tangkas sahaja dia sambut senjata api itu walaupun dilempar tanpa dia jangka.

"Mati ke?" Dark buat buat tanya. Pelik kerana sunyi tiba-tiba menyinggah dari ruangan bawah tanah itu.

"Kau tak dengar ke si sial tu meraung lepas kena tembak tadi ? Kalau mati, tak ada nya bising macamtu. Aku senyapkan sekejap si sial tu dengan kayu besbol." Ujar Zarif tanpa nada. Riak wajahnya kosong sahaja.

Hampir terletus tawa Dark melihat wajah selamba Zarif. Gaya seperti tiada apa apa yang berlaku. Setan jenis apa yang merasuk lelaki itu saat ini?

"Kau ni betul betul ke first time tembak orang Tengku?"

Pelik Dark melihat wajah Zarif. Langsung tak terlukis riak menyesal atau takut.

Zarif gulingkan mata ke atas. Malas mahu menjawab soalan Dark. Tahu Dark hanya buat buat tanya.

"Apa kau nak buat next?" soal Dark.

"Cari orang untuk rawat dia. Aku tak nak dia mati lagi. Aku belum habis lagi dengan dia. Tak akan semudah-mudah itu aku biarkan pembunuh anak aku pergi menghadap tuhan! Aku akan selesaikan dia nanti. Sekarang aku nak bincang pasal deal kita. Apa yang aku janjikan aku akan kotakan."

Dark senyum puas hati. Telefon bimbitnya dicapai dari poket seluar.

"Dim, call Florence. Suruh dia datang settle dekat basement. Budak tu tak boleh mati." ujarnya pendek sebelum panggilan terus ditamatkan. Dia berjalan mengekori langkah Zarif yang lagaknya yang menonong ke depan bagaikan dialah pemilik gudang itu.

......................................................

Rumah Agam Tengku Zaid

Dua bulan Mikayla menghabiskan pantang di rumah agam Tengku Zaid sama seperti ibu bersalin normal walaupun dia keguguran. Mikayla dijaga rapi oleh Puan Sri Sharifah dan setiap hujung minggu bonda turut datang melawat. Bonda juga sudah 2 bulan tidak terbang ke mana-mana. Menunggu dia menghabiskan pantang 60 hari yang ditetapkan oleh Puan Sri Sharifah.

60 hari! Lama sungguh! Penat Mikayla mengikut segala pantang yang dibentang oleh Puan Sri Sharifah. Namun dia pasrah sahaja kerana dia tahu betapa sayangnya ibu mertuanya itu padanya. 

Pada awalnya Mikayla tidaklah seceria selalu. Makin menambah walang di hati apabila dia terpaksa melalui proses berpantang tanpa anak disisi. 

Tetapi dia usahakan untuk tidak menunjukkan tangisan kepada mereka semua. Cukuplah seminggu ahli rumah itu menyaksikan titik kelemahannya. Mikayla jadi simpati. Dia tak mahu, kerana dia, semua orang yang berada di dalam rumah itu menerima tempias hiba yang dialaminya. 

Jadi, kerana itu dia sedaya upaya cuba menyembunyikan tangis. Senyum palsu ditampal di wajah setiap kali melalui proses mengurut, bertangas dan segala macam hal lagi yang melibatkan pantang ibu mengandung di siang hari. Dia ikut sahaja segala yang diaturkan oleh Puan Sri Sharifah.

Dia banyak menangis di bilik seorang diri setelah masuk lewat petang. Ketika itu confinement lady dan ibu mertuanya akan meninggalkan dia untuk berehat. Dia juga akan berpura-pura ingin tidur, padahal dia sudah tak kuat menahan rasa. Lalu dipinta Zulfa yang sentiasa menjadi peneman di kamarnya pada siang hari untuk keluar seketika. Memberi ruang kepadanya untuk menyendiri.

Tengku Zarif pula banyak berkerja dari rumah sepanjang tempoh itu. Suaminya itu berusaha untuk sentiasa ada dengannya. Kadang kala terpaksa juga suaminya itu ke pejabat kerana ada meeting dan perbentangan dengan pelabur yang perlu dihadiri. Dia faham jadi dia selalu menyuruh lelaki itu ke pejabat sahaja. Dia tak nak menyusahkan suaminya. Dia bukan sakit teruk. Di hadapan semua orang, Mikayla cuba berlagak kuat. 

Malangnya, Zarif tetap dapat tahu yang dia selalu menangis sorok sorok. Zarif pulang awal dari pejabat pada satu petang yang menyebabkan dia tak sempat menyembunyikan air mata yang sudah berderai di pipi. Sejak itu, dia tak dibenarkan menangis sendirian lagi. 

"Janji dengan abang yang sayang tak akan menangis sorang-sorang lagi." ujar Zarif dengan nada sedikit autoratif. 

"Nangis dengan abang. Abang ada. Let me be your shoulder to cry, sayang."

Maka, kerana janjinya pada sang suami, dia menyimpan dan mengumpul segala rasa, malam hari, dia hamburkan segalanya di dada Tengku Zarif. Tanpa sedar, dia jadi terbiasa. Hatinya yang rabak kembali terubat. Tengku Zarif bagaikan penyembuh. 

"Harini sayang nak luahkan apa dekat abang?" 

Sebaris soalan itu terus menerus menjadi penyebab dia menangis saban malam. Meluahkan rasa yang terbuku di hatinya pada sang suami yang akan sentiasa tenang mendengar.

Kadang-kala, dia jadi tak menyabar menunggu malam tiba. Mahu mendengar soalan itu dari mulut suaminya. Soalan itu menjadi picu luahan perasaannya. Zarif tak akan menyampuk langsung. Dia akan menangis sehingga tangisan reda sendiri dipujuk dengan usapan penuh kasih dari Zarif.

Kini, sudah seminggu dia selesai berpantang. Tubuhnya sudah sihat sepenuhnya, Rawan di hati juga sudah makin membaik. Dia juga sudah bersedia bangkit dari kesedihan dan kehilangan. Tak mahu terlalu lama menolak takdir tuhan yang sudah diatur buatnya. 

Sesuai lah dengan keadaan dirinya yang kini sudah semakin membaik. Luka luka di tubuh akibat jatuh juga sudah lama memudar. Proses berpantang juga telah selesai.

............................................................

Malam itu Mikayla duduk bersandar di kepala katil. Dia memerhatikan suaminya yang baru selesai solat Isyak. Dia pula sedang bercuti. Nifasnya hanya keluar seminggu sahaja selepas keguguran sebelum haidnya kembali semula bulan itu. 

Tengku Zarif hanya tersenyum apabila perasan isterinya sedari tadi khusyuk merenungnya. Dia bangun menyidai sejadah pada penyidai lalu kaki dihala ke katil. 

Dia mengengsot punggung merapat pada isterinya yang sedang bersandar di katil. Selimut diselak lalu dia turut menyelimutkan bawah tubuhnya. Tangan Mikayla ditarik lembut lalu digenggam.

"Harini-"

"My turn, harini abang nak luahkan apa dekat sayang?" soal Mikayla tanpa memberi ruang untuk Zarif menghabiskan kata.

Zarif bungkam. Tertegun apabila mendengar soalan itu diutarakan kepadanya. Soalan yang sentiasa meniti di bibirnya sepanjang 2 bulan sejak Mikayla keguguran. 

Zarif memalingkan kepala menghadap wajah isterinya yang juga sedang merenungnya. Mereka diam saling berbalas pandang.

"Abang dah selalu jadi tempat sayang meluahkan rasa, now let's me be your shoulder to cry." ujar Mikayla meminjam kata-kata Zarif.

Zarif kemam bibir yang sudah terketar ketar. Rapuh juga hatinya bila si isteri mengungkap kata. Dia cuba sedaya upaya menahan rasa yang bergelodak hebat. Mata merenung dalam ke anak mata isterinya.

"Sayang nampak abang selalu terbangun awal pagi. Abang termenung sendiri." ujar Mikayla lembut. Tangan Zarif digenggam erat.

Zarif menghela nafas kasar. Tidak menyangka isterinya tahu. Mereka berdua nampaknya tak boleh menyimpan rahsia sendiri. Pasti akan tertangkap antara satu sama lain.

"Abang boleh menangis. Tak semestinya sebab abang lelaki, abang suami, abang tak boleh tunjukkan detik kelemahan abang pada isteri sendiri."

"Sayang tahu abang pun sedih. Bukan sayang sahaja yang merasa kehilangan. Abang pun merasa yang sama. I just feel sad that you need to cover up your sadness, semata-mata sebab abang terpaksa kuat kerana sayang." Sambung Mikayla apabila Zarif hanya diam.

Mendengar kata kata isterinya itu, bergenang juga air mata yang Zarif tahan selama ini demi tidak ditumpahkan di hadapan isterinya. Sebak yang cuba ditahan jatuh jua berguguran.

"A-abang..." tergagap Zarif memulakan kata. Nafas dihela perlahan.

"Abang pun sebenarnya macam sayang. I can't move on from our baby. Bukan sebab abang tak dapat terima takdir. Cuma abang sedikit ralat kerana anak kita pergi dalam keadaan yang menyakitkan..."

Ungkap kata Zarif terhenti seketika. Mata dipejam kuat cuba menghilangkan memori lama yang terlayar.

Mikayla yang memahami terus sahaja mengusap lembut kekura tangan suaminya untuk menyalurkan kekuatan.

"Abang sebenarnya dah menangis banyak sebelum sayang sedarkan diri dekat hospital dulu. Keluarga kita jadi saksi betapa semangat abang hancur sewaktu dikhabarkan berita tentang sayang dan anak kita. Tapi bila sayang dah sedar, abang rasa abang tak boleh turutkan perasaan sendiri. Sayang perlukan abang..."

"Jadi abang rasa cukuplah sampai di situ abang hamburkan air mata. Abang nak jadi bahu sandaran untuk sayang pula. That's why I hold my tears, sayang."

Mikayla mengemam bibir. Kepalanya didongakkan sambil mata dikerdipkan beberapa kali. Malam ini dia tak mahu menangis tetapi kata-kata dari suaminya itu membawa sebu di dada. 

Kesian Zarif! Kesian suaminya itu!

"Sayang minta maaf, sebab sayang abang terpaksa jadi kuat sendirian."

Zarif menggelengkan kepala. Tangan naik mengusap pipi si isteri.

"Tak perlu minta maaf. Abang yang pilih. Abang yang nak jadi kuat untuk isteri abang ni. Abang nak sayang bergantung harap pada abang. Just let me do what i can do sayang. Sayang masih disisi abang sekarang ni pun dah cukup buat abang lega. Walaupun pahit untuk abang telan hakikat abang telah kehilangan bukti cinta kita tapi..." Zarif jeda sebentar.

Nafas dicari bagi menghilangkan sebak yang menyungkap dada.

"Abang tahu itu takdir ketentuan yang abang dan sayang perlu terima..." sambung Zarif.

"Abang cuba sibukkan diri dengan kerja dan jaga sayang hari-hari. Abang ingatkan abang dah kuat. Tapi rupanya kalau hal yang melibatkan sayang, abang akan jadi lemah jugak. Abang sakit tengok sayang sakit, abang sedih tengok sayang menangis."

"Sebab tu setiap malam lepas sayang lelapkan mata, abang terbangun. Setiap luahan sayang yang abang dengar tu abang putarkan balik dalam kepala abang. Isteri abang sakit tapi abang rasa macam tak mampu nak buat apa apa untuk kurangkan semua tu. Rasa tak berguna." lirih suaranya.

Mikayla menggeleng kepalanya laju. Dia tak bersetuju dengan ungkap kata suaminya.

"No abang! No! Abang nak tahu tak? Sebab abang selalu suruh sayang meluah setiap malam, I manage to heal myself because of you. Tengok sayang sekarang! Dah seminggu sayang tak nangis bila bercakap dengan abang malam-malam kan? Abang perasan tak?"

Tengku Zarif tersenyum segaris. Dia perasan dan dia turut suka dengan perubahan itu. 

"Abang harap suatu hari nanti kita berdua dah boleh sebut tentang anak sulung kita tu tanpa tangisan yang mengalir. Baby Bikai, baby girl abang tu akan sentiasa ada dalam hati abang, dalam hati kita berdua. Abang tak akan pernah lupakan dia." ujar Zarif sambil tersenyum nipis. Dia ikhlas menuturkan ayat itu.

"Sebab tu abang tak buang barang-barang yang kita beli dulu tu kan?" tebak Mikayla.

"Sayang nampak?"soal Zarif kaget. Serasanya sudah dia sorokkan betul betul barang-barang itu dari penglihatan isterinya. Dia tak mahu kewujudan barangan tersebut mengundang duka di hati isterinya.

"Sayang nampak dan sayang taknak dah abang sorokkan barang tu lagi. I'm okay now.  Sayang pun taknak memori tentang dia hilang dari hidup kita berdua. She will always in my heart. Sayang dah boleh terima anak kita tu tengah tunggu kita di syurga sana. Sayang dah ikhlaskan dia pergi. Abang pun dah kena ikhlaskan pemergian dia."

"Abang pun dah ikhlaskan anak kita pergi dulu. Kita sama-sama kuat ya sayang..."

Mikayla mengangguk. Senyuman ikhlas dia hadiahkan kepada suaminya. Terasa bersyukur masih diberi peluang untuk bersama dengan suaminya.

"Come." ujar Zarif sambil mengalih badan berpusing menghadap Mikayla, tangan didepakan.

Mikayla tayang senyum. Dia tolak tubuh Zarif untuk bersandar pada katil. Dia naik ke riba suaminya lalu tubuh suaminya itu dipeluk hangat. Sisi kepalanya dirapatkan ke dada Zarif. Rentak jantung suaminya itu dihayati. Mereka duduk berkeadaan begitu hingga larut malam. Selesa dalam kehangatan berdua tanpa sebarang kata.

"I love you so much sayang. Sayang jangan pergi tinggalkan abang ya..." lirih suara Zarif mengungkap kata-kata itu.

Mikayla tergelak perlahan.

"Sayang dah separuh mati cintakan abang. Abang rasa kalau abang tak ada, sayang boleh hidup ke?" seloroh Mikayla.

Zarif turut tergelak. Bibir Mikayla dicari seraya dibawa ulas bibir mereka berdua bertemu. Bahagia. Tenang. Segenap rasa di jiwa bercampur aduk.

Dia sayang. Dia terlalu cintakan wanita di dalam pelukannya itu. Dia mahukan hanya bahagia yang singgah di hati kesayangannya. Semoga hari hari mendatang akan membawa sinar buat kehidupan rumah tangga mereka berdua. Dia berdoa di dalam hati mengharapkan perlindungan tuhan untuk keluarga kecilnya ini.

Sedang masing masing termenung melayan perasaan sendiri, Zarif tiba-tiba terfikirkan sesuatu.

"Sayang mesti dah bosan duduk rumah kan?"

Mikayla dongak kepala untuk memandang si suami. 

"Kenapa tanya macam tu?" soal Mikayla pelik.

"Sayang nak kerja balik tak?"

Mikayla tatap wajah Zarif dengan muka terkejut bercampur teruja.

"Hah? Abang izinkan ke?"

Zarif mengangguk seraya tersenyum. Pipi Mikayla diusap perlahan. Dia mahu isterinya lupakan seketika keperitan yang ada. Biarlah masa yang merawat. Suatu hari nanti mereka akan dapat berbual tentang kehilangan anak mereka tanpa tangisan lagi. Dia yakin hari itu akan tiba.

Keputusan mahu membenarkan isterinya berkerja kembali bukanlah sesuatu yang tiba-tiba difikirkan. Dia tak pernah mahu menghalang Mikayla membina kerjaya sendiri. Lagipun sekarang, segalanya sudah semakin pulih. 

Mereka berdua sudah patut kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
................................................

Zuhail melangkah mendekati Mikayla yang sedang di duduk di kerusi santai, merenung ke arah kolam dari beranda ruang keluarga di tingkat dua.

Zuhail turut lega melihat perkembangan positif Mikayla sekarang. Sudah selalu keluar bilik seperti sebelum ini. Sudah boleh bergurau senda dengan Zulfa. Malah dua hari lepas pun Mikayla keluar menemani mamanya dan Zulfa membeli kelengkapan si adik yang bakal memulakan kehidupan sebagai pelajar asasi sains di Universiti Malaya lagi seminggu.

Zulfa sudah besar! 

"Pagi pagi dah termenung kau ni. Tak cukup ke termenung dalam bilik? 2 bulan dah kau termenung sis. Dapat untung ke termenung lama-lama?" sapa Zuhail.

Mikayla menjeling geram ke arah Zuhail. Ingatkan Zuhail dah ke fakulti. 

Tapi sekejap sahaja jelingannya sebelum bibirnya dikemam kuat menahan tawa melihat mimik muka Zuhail. Zuhail ni memang tak reti nak bagi vibe healing healing. Dia raja lawak. Jadi pentasnya untuk meredakan kesedihan seseorang adalah dengan membuat orang lain tertawa.

"Monyet bangang! Kau tak pergi fakulti pulak harini?"soal Mikayla.

"Amboi sejak dah tak mengandung ni datang balik kan mulut kotor kau!"

"Kau tu yang meminta. Dasar monyet!" kutuk Mikayla selamba.

Zuhail gulingkan mata. Dia perlahan menarik kerusi lalu duduk di hadapan kakak iparnya itu. Wajah Mikayla dipandang sekilas. Satu perkembangan yang baik. Mikayla dah boleh bergelak ketawa dan membalas kata-katanya.

"Aku cuti harini. Fakulti assign bilik baru dekat aku sejak aku dah dapat offer letter tapi bilik baru tu tak complete. Dengan aircond tak function. Kau rasa aku boleh buat kerja ke dengan keadaan macam tu? Lagipun sekarang student cuti sem." balas Zuhail, menjawab soalan Mikayla tadi.

Zuhail juga bakal menghabiskan journey PhDnya. Belum lagi menghantar thesis dan melalui sesi viva-voce, lelaki itu sudah ditawarkan menjadi pensyarah di fakultinya. Pihak pengurusan risau Zuhail dilamar universiti lain gamaknya. Terus sahaja Zuhail ditawarkan jawatan pensyarah walau masih di tahap kelayakan Ijazah Sarjana dan belum lagi memakai topi cendawan di kepala. 

"Kau dah okay kan Mika?" tiba-tiba nada Zuhail berubah serius.

Mikayla senyum segaris.

"Kau nampak aku sakit ke?"

"Luaran memang lah sihat, kalau dah sampai 2 bulan kau tak sihat lagi memang aku tolong yassinkan kau terus." hilang terus nada serius tadi.

"Bangang!" getus Mikayla.

"Aku tengah tanya pasal mental kau tu. Aku tahulah mental kau tu memang dari lahir dah kureng cumanya aku nak tahu peratusan yang sekarang." sambung Zuhail.

Mikayla tergelak. Si Zuhail ni berani betul kutuk mental dia. Dia ukur mental aku guna peratus? Mentang mentanglah otak nombor!

"Kau rasa? Kau nampak aku okay ke tak?"

"Kau ni, ada aku sekeh karang! Aku tanya kau, kau tanya aku balik? Kau ingat aku ni doktor psikologi ke nak selami mental kau? Taknaklah aku buat job tak berbayar!" tempelak Zuhail.

Mikayla mendengus sebal. Zuhail mana layak nak jadi doktor pakar jiwa. Melayan kerenah lelaki itu sahaja pun boleh buat orang lain yang sakit jiwa dulu!

Tapi kehadiran Zuhail sentiasa membuatkan Mikayla lupa segala masalah yang ada. Zuhail dan Zarif kontra. Zarif lebih sensitif, mengusap lembut luka di jiwanya perlahan lahan biar mereka berdua sama-sama saling menyembuh. Zuhail pula datang kemudian untuk membuatkan dia lupa tentang masalah yang ada. Menormalkan keadaan. Bertuahlah dia punya suami dan kawan baik yang saling melengkapi. Penghilang bebanan di benaknya kala itu.

"Aku dah okay, aku dah boleh terima. Aku pun taknak sedih lama-lama. Kalau aku sedih lama-lama, tu abang kau yang dekat pejabat tu pun akan sedih jugak. Aku nak kuat demi Zaf. Zaf pun akan jadi kuat kalau aku kuat. Biar kami jadi kuat sama-sama."

Zuhail tebar senyuman. Puas hati mendengar kata-kata Mikayla. Lega turut datang menyelit.

"Yeah, nice to hear that sil (sister-in-law). Kau dengan Zaf kan subur sil. Nanti ada lah tu rezeki lagi. Kerja keras akan sentiasa membuahkan hasil." seloroh Zuhail.

Tengok! Baru sahaja dia terfikir tadi, dia jawab serius, Zuhail cantas dengan selorohan. Haih! Boleh terbang warasnya kalau Zuhail muncul. Mikayla kemam bibir menahan tawa dari meletus. Tak sempat nak muncul mood galau. 

"Main subur subur pulak kau ni! Otak memang nak kuning sepanjang masa ke? Ada jugak aku suruh babah kahwinkan kau karang! Dah macam jatuh tahap wajib kahwin jer ni!" bentak Mikayla geram.

"Haa kalau dah tahu aku ni dah tahap wajib kahwin jadi kau tu cepat-cepatlah bagi anak fruit baru dekat aku. Jangan sampai aku caras takhta bakal anak kau untuk jadi cucu sulung keluarga. Lambat-lambat nanti, kau yang dapat anak fruit dari aku dulu!" ugut Zuhail.

"Merenyam! Dasar gatal!" tempelak Mikayla.

"Lelaki memang fitrahnya begini Mikai oi. Jadi kau tu, silalah berusaha keras!"

*Pak! 

Kuat kakinya menghentak ke betis Zuhail.

Menyeringai adik iparnya itu menahan sakit.

"Kahwin belum lagi, mulut dah tak senonoh. Kau kalau belum kahwin dah menggatal macam ni, aku berani jamin lah cik raket kau tu akan lari tinggalkan kau."

Tubuh Zuhail mengeras. Matanya meliar ke sekeliling.

"Uish, kau raket raket tu slow sikit weh!" bisik Zuhail keras. Risau dengar dek Zulfa, rahsia dah tak jadi rahsia!

Tawa Mikayla terletus jua akhirnya. Puas hati melihat riak kaget Zuhail.

"Haa, kacaulah aku lagi, aku akan bongkarkan kegatalan kau dekat satu family." ugut Mikayla dengan senyuman sinis. Mengacah sahaja.

Zuhail mendengus sebal.

"Menyesal aku cerita dekat kau!"

"Kau takkan bolehlah nak simpan rahsia dari aku Zuhail. Kau nampak jer muka aku ni mesti terlepas punya cerita. Jangan berlagaklah kawan! Aku tak tanya pun, kau akan jadi tak senang duduk, terus terkeluar cerita dekat aku." ujar Mikayla dengan tawa yang masih bersisa. Terbang habis segala gundah gulana di jiwa apabila berbual dengan Zuhail. Seronok dapat kenakan kawan dari kecilnya itu.

Zuhail hanya mampu menjeling geram. Benar seperti yang dikatakan Mikayla, mereka bagaikan kembar terpisah. Dia tak boleh kalau tak bercerita dengan Mikayla walaupun kini Mikayla berstatus isteri kepada abangnya. Kesah pulak dia, Mikayla itu akan tetap jadi kawan baiknya sampai mati. Zarif pun takkan dapat halang persahabatan mereka!

............................................

Sebulan kemudian

"Abang! Sayang dapat offer satu drama dari View Original. Drama tu akan filming dekat Korea!"

Zarif memicing mata ke arah isterinya. Baru sahaja dia melangkah masuk ke bilik, dia terus diterpa si isteri. Belum sempat pun mahu membuka baju atau meletakkan briefcasenya!

"Korea?!" nada Zarif sedikit tinggi. Terkejut!

"Yes! Kalau sayang terima offer tu sayang akan filming dekat South Korea for whole two weeks!" ceria nada si isteri tanpa sedar perubahan air muka Zarif ketika itu.

"What?! TWO WEEKS?!" kuat suara Zarif menerjah gegendang telinga Mikayla.

Tergamam Mikayla mendengar nada tinggi itu. Tangan yang sedang memaut tangan si suami mula dilepaskan. Kaki diundur beberapa tapak ke belakang.

"Abang tengking sayang ke?" soal Mikayla terkejut. Rajuknya mula hadir.

Buru buru Zarif pandang si isteri yang sudah tayang wajah sayu.

"Eh bukan. Abang just terkejut sayang. Abang tak tengking sayang pun. Tadi tu reflex action sebab abang terkejut jer sayang. I'm sorry abang terkuatkan suara dengan sayang!" pujuk Zarif sambil tangan memegang kedua belah bahu Mikayla lembut.

Mikayla memicing mata sekilas. Mahu mencari kebenaran di sebalik pujukan itu.

"Abang cakap abang bagi sayang kerja balik..." ungkit Mikayla perlahan.

"Yes, memang lah abang izinkan sayang kerja tapi tak sangka lah sampai filming ke luar Malaysia sayang..." 

"Sayang nak... sayang nak terima offer tu abang..." rayu Mikayla sambil mengerdipkan mata ke arah suaminya.

Zarif mengeluh perlahan. Sejak sebulan ini Mikayla memang sudah mula sibuk. Isterinya itu sering kali di panggil untuk menjadi tetamu jemputan untuk pelbagai rancangan sejak sejak mengumumkan akan kembali dalam industri. Baru 4 hari lepas, isterinya itu menerima tawaran sebagai pengacara sebuah rancangan tv berkabel, hari ini pula tiba-tiba dia dikejutkan dengan tawaran baru yang diterima isterinya. Paling menyesakkan mindanya apabila pengambaran tersebut bakal dilakukan di Korea Selatan! Jauhnya!

"Sayang kata nak terima yang telemovie Ramadhan yang akan tayang tahun depan tu? Itu shooting dekat Hulu Langat jer kan? Kenapa tiba-tiba terima offer baru pulak ni hmm?" soal Zarif.

"Oh, telemovie tu pun sayang terima. Telemovie tu belum start shooting lagi. Lambat lagi. Yang View Original ni akan start shooting terus 2 minggu lagi. Short drama jer sebabtu sayang nak terima! Macam best. Komitmen tak perlu high sangat. Light romantic comedy, 6 episod!" ujar Mikayla dalam senyuman. Dia teruja!

"So, sayang memang nak terima lah?"

"NAK! Itupun kalau abang izinkan lah...." mendayu sedikit nada ayat yang terakhir itu. Mahu memancing simpati Tengku Zarif.

Zarif mendengus geram mendengar nada Mikayla yang berubah. Ini kalau dia tak izinkan memang ada lah yang bakal merajuk seminggu dengannya!

Hela nafas dilepaskan. Mata Mikayla yang berkerdip cuba membuat aksi comel itu dipandang geram.

"Hmm, okay boleh, abang izinkan sayang..." memaksa sangat bunyi suara Zarif ketika itu.

"YEAY!" melompat Mikayla ke dalam pelukan suaminya setelah izin terpacul dari mulut sang suami. Tangan dibawa merangkul leher Tengku Zarif sebelum bibir lelaki itu dikucup sekilas.

Zarif berdecit geram. Nasib baik sayang!

Mikayla nak tinggalkan dia dua minggu lamanya? Oh no! Tak boleh! Dia perlu berbuat sesuatu. Mana boleh dia berjauhan dari isterinya selama itu. Patah dua jiwanya nanti. Bantal peluk nak lari tinggalkan tuan? Mana mungkin! 

Sengihan nakal yang terukir cuba disembunyikan sambil melirik ke arah Mikayla yang sudah mula mencapai telefon. 

Nak call Idham lah tu!

...................................................

TBC

Author's note: Isnin dan Selasa saya cuti update kejap yer. Senyum senyum lah dulu! Bab bab pain, saya suka cepat cepat habiskan dalam satu-dua bab sahaja sebab saya pun merasai peritnya ketika menaip.

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti líbit

21.3K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
93.3K 3.9K 26
𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔𝓵𝓶𝓪𝓷 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼𝓱×𝓢𝓱𝓪𝓻𝓲𝓯𝓪𝓱 𝓐𝓲𝓻𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱𝓪𝔂𝓵𝓪 Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
7K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...