The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

207K 6.3K 288

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 56

2.6K 101 10
By lemonellow

Hampir hampir pukul 10 pagi Mikayla tiba di lobi Bangunan Astana pagi itu dihantar oleh Arizal. Arizal setia menunggu di depan lobi bagi memastikan dia selamat masuk ke dalam bangunan. 

Beberapa orang yang lalu lalang di situ sudah menoleh ke arahnya. Mungkin ada yang mengecam wajahnya kerana dia tidak memakai mask di mukanya seperti kebiasaan. 

Ada beberapa orang para pekerja di syarikat milik keluarga mertuanya yang tunduk hormat padanya ketika berselisih. Masing masing tersenyum memandang ke arahnya. Dia naik segan. Walaupun perhatian sebegitu sudah terbiasa dia terima kerana kerjayanya sebagai pelakon. Namun sudah beberapa bulan dia hanya duduk di rumah sahaja, jadi rasa tak biasa diberikan perhatian sebegitu.

"Selamat pagi Puan Kayla!"

"Cantiknya puan!"

"Puan Kayla saya fans puan!" 

Itu antara puji-pujian yang dia dapat sejak melangkah kaki ke dalam bangunan Astana yang megah itu. Dia hanya membalas sapaan mereka dengan senyuman. Segan!

*Ding

Baru sahaja dia baru mengorak langkah untuk ke kaunter penyambut tetamu di hadapan lobi, dia terdengar bunyi derap kaki melangkah laju ke arahnya. 

Dia angkat muka dan dia dapat lihat suaminya sedang berlari lari menuju ke arahnya dari arah lif. Dia tersenyum lebar menunggu suaminya mendekati.

"Gosh I miss you sayang!" ujar Tengku Zarif seraya memeluk erat tubuhnya. Beberapa pekerja yang berada di lobi sudah tersenyum senyum melihat tingkah COO mereka.

"Abang, orang tengoklah..." bisik Mikayla perlahan.

"Let them be..."

"Abang kata abang ada meeting sampai pukul 11?" soal Mikayla. Rasanya tadi dia diberitahu yang suaminya itu ada meeting. Boleh pula Tengku Zarif berada di situ bersamanya saat ini. 

"Abang keluar kejap nak pick up isteri abang ni lah!" ujar Zarif. Tubuh Mikayla yang berada di dalam pelukan ditolak perlahan. Pouch kecil di tangan Mikayla diambil sebelum dia menggenggam erat tangan isterinya. Beg tangan Mikayla yang berwarna putih itu turut diambil lalu disangkut ke bahu.

Pekerja pekerja yang ada di lobi itu tidak melepaskan peluang untuk merakam permandangan rare tersebut. Bila lagi mereka akan dapat lihat Tengku Zarif yang sentiasa menjaga tingkah dan imej itu membawa beg tangan perempuan di bahu. 

"Jom pergi office abang!" ajak Tengku Zarif. Tangan Mikayla ditarik menuju ke lif eksekutif. 

Di dalam lif, Tengku Zarif bersandar di dinding lif sambil menilik sosok Mikayla. Isterinya itu sungguh cantik hari itu dengan memakai maxi dress berwarna biru lembut dan mengenakan sandal putih. Nampak feminine sungguh. Hatinya meleweh melihat isteri sendiri.

"Kenapa sayang abang ni cantik sangat ni..." pujinya lembut. Tak jemu matanya memandang isteri sendiri.

Mikayla tergelak perlahan. Sudah terbiasa dengan penyakit mulut manis suaminya sejak mereka berkhahwin. 

"Sorrylah encik, saya ni dah bersuami. Jangan puji lebih lebih nanti suami saya marah." usik Mikayla.

"Oh iyeke, aduh melepas lah saya. Untung sungguh suami Puan tu. Boleh saya tahu nama suami puan?" ujar Tengku Zarif turut melayan sketsa si isteri di dalam lif.

*Ding

Pintu lif terbuka.

"Nama suami saya Tengku Zarif. Encik kenal?" ujar Mikayla sebelum melangkah keluar meninggalkan suaminya yang sudah tersipu sipu di dalam lif. Lembik leher. Gedik! Ini kalau nampak dekat staf staf Astana yang lain, makin jatuh saham Tengku Zarif yang terkenal dengan perangai dinginnnya itu.

Terkocoh kocoh Zarif mengejar langkah Mikayla. Pinggang isterinya itu disauk untuk mendekat ke tubuhnya lalu dibawa ke ruang pejabatnya.

"Sayang, meet my secretary, Lilian." ujar Zarif seraya memperkenalkan Mikayla kepada setiausahanya.

"Good morning puan Mikayla, saya Lilian." sapa Lilian yang tadinya khusyuk membuat kerja di meja. Dia sudah banyak kali melihat Mikayla namun ini kali pertama mereka bertemu secara empat mata begitu dengan isteri majikannya.

"Morning Lilian." sapa Mikayla.

"Saya tak tahu macam mana awak tahan kerja dengan suami saya ni, tapi saya nak puji awak. Semangat awak memang kuat Lilian!" seloroh Mikayla. Sengaja nak usik Tengku Zarif.

"Sayang! Awak ingat abang teruk sangat ke?" omel Tengku Zarif.

Lilian kemam bibir. Lain sungguh nada suara Tengku Zarif kalau bercakap dengan isterinya. Naik meremang bulu roma Lilian. 

"Puan nak saya sediakan minuman ke?" soal Lilian.

"Eh tak apa, Tu, saya ada bawa bekal snack saya." ujar Mikayla seraya menunjukkan pouch kecil di tangan suaminya yang berisi bekas tupperware. Cubalah teka dia bawak apa dalam bekas tu. Yes betul, buah tembikai yang sudah dipotong potong kecil oleh Sakinah di rumah tadi. 

Tengku Zarif menarik tangan Mikayla untuk masuk ke dalam pejabatnya. 

"Wah besar jugak office abang!" Puji Mikayla apabila menjejak kaki ke pejabat suaminya. Nampak megah sesuai dengan status COO yang dipegang oleh Tengku Zarif.

"Inilah rumah kedua abang." seloroh Zarif.

Mikayla tergelak. Memang betul pun. Sudah pastilah ruangan ini yang menjadi tempat suaminya menyelesaikan kerja kadang kadang sehingga larut malam. Mikayla sendiri tak pernah merungut kerana dia juga pernah merasa. Kerjayanya sebagai seorang pelakon juga memerlukan dia berkorban banyak masa. Entah bila dia akan kembali bekerja. Tengku Zarif juga tidak pernah mengatakan yang dia perlu bersara dari dunia seni.

Walaupun kerjaya itu bermula dengan paksaan dari bonda, tapi makin lama dia makin sayang dengan kerjanya. Kerana kerja dia yang amat menuntut komitmen masa lah menyebabkan dia boleh melupakan seketika masalah yang dia ada. Saat masuk set, Mikayla akan menjadi seorang Kayla yang mempunyai aura berbeza layaknya sebagai pelakon yang professional.

Dunia lakonan memudahkan dia untuk lari dari realiti. Kalau bondanya suka menjelajah dunia, dia pula menjadikan watak dan naskhah yang dia lakonkan sebagai dunia sementaranya.

"Sayang duduk sini sekejap, abang masuk meeting dulu nanti babah bebel abang. Abang minta excuse keluar sekejap jer sebenarnya ni. Nanti sharp at 11 abang datang balik."

"You can choose, nak duduk di sofa ke atau duduk di kerusi abang tu. My chair is quite comfy you know."

"Mika nak duduk dekat kerusi abang lah. Nak berlagak jadi bigboss sekejap." seloroh Mikayla.

"Okay sayang, make yourself comfy. Kalau perlukan apa-apa bagitahu jer dekat Lilian dekat luar tu. Lilian tak ikut meeting harini." ujar Tengku Zarif. Dahi Mikayla dikucup sekilas sebelum dia buru-buru keluar dari ruangan officenya itu. Sedar dia memang sudah mengambil terlalu lama masa sedangkan meeting masih berlangsung.

............................................

"Sorry I'm late..." ujar Zarif memohon maaf.

Tengku Zaid memicing mata ke arah anaknya yang jelas jelas terukir riak bahagia. Tengku Zaid tahu Mikayla akan datang ke Astana hari itu. Sewaktu anaknya itu meminta izin untuk keluar seketika tadi, dia dapat mengagak menantunya itu pasti sudah sampai. Kerana itu lah dia izinkan Zarif untuk keluar seketika. Tahu sangat apa yang ada di fikiran anak lelakinya itu. Nanar semacam kalau hal melibatkan Mikayla. Tapi nampaknya bukan sekejap Zarif keluar tadi. Hampir 20 minit juga.

"It's okay, tapi lain kali jangan lama-lama." ujar Tengku Zaid lalu menarik wajah serius. Sengaja mempamerkan wajah tegas di ruangan meeting supaya menampakkan kewibawaannya sebagai seorang CEO selayaknya.

"Proceed." ujar Tengku Zaid pendek namun serius.

Zarif mengerling ke arah babahnya.  Mata mereka bertembung dan dapat dilihat Zarif, Tengku Zaid mengukir senyuman seakan memerlinya.

Aish babah ni!

.............................................

Mikayla duduk dengan selesa di kerusi yang telah dicondongkan sedikit ke belakang. Betullah seperti yang dikatakan suaminya, kerusi tu boleh buat tidur! Sampai 180 darjah kerusi itu boleh diubah. 

Mulutnya sibuk mengunyah tembikai manakala matanya ralit menonton Running Man episod minggu itu. Tergelak gelak dia berseorangan ketika menonton rancangan realiti berbahasa korea itu.

"Zaf kau- erk!" Terperanjat Syed Adli melihat sosok isteri sepupunya sedang elok bersandar pada kerusi sambil khusyuk merenung telefonnya di tangan.

Mikayla turut terkejut lalu cepat cepat dia memperbetulkan duduknya. Dia tersengih melihat Syed Adli, sepupu suaminya sudah tergamam di muka pintu.

"Hai Kayla!" sapa Syed Adli di muka pintu.

"Hai Adli, Zarif tak ada, dia masuk meeting."

Jam tangan dikerling seketika sebelum dia menyambung ayat.

"Lagi beberapa minit lagi meeting dia habis." ujar Mikayla.

"Ohhh patutlah. Hahaha sorry kacau you Kayla. I thought Zarif ada." silap dia juga tadi menonong membuka pintu tanpa mengetuk. Lilian pula tiada di tempatnya sekarang.

"Eh tak apa! Masuklah. Tunggu Zarif dekat dalam."

"Boleh ke?"

"Boleh jer." Mikayla tayang senyuman nipis.

"You guys ada plan ke harini?" soal Syed Adli sambil menarik kerusi di hadapan meja Tengku Zarif.

"Haah, nak pergi checkup baby lepas lunch." 

"Oh, patutlah you ada dekat sini." ujar Syed Adli. Memang dia tak pernah nampak Kayla muncul di Astana.

Mereka berborak borak santai bertanyakan kehidupan masing masing sementara menunggu Zarif. 

"Haa! Ni apa kes berdua-duaan dengan bini aku ni?!" sapa Tengku Zarif dari muka pintu. Bercekak pinggang dia disitu. Patutlah pintu bilik pejabatnya terbuka luas. Ada makhluk ni rupanya.

"Borak dengan bini kau kejap. Selama ni tak sempat."

"Apahal kau nak borak dengan bini aku. Berambus sana!" ujar Zarif keras.

"Ergh, Kayla macam mana lah you boleh tahan perangai laki you macam ni?" soal Syed Adli.

"Suami kan, terpaksa lah tahan..." seloroh Mikayla seraya mengangkat wajah melihat reaksi Tengku Zarif.

Mencuka wajah Tengku Zarif.

"Keluar keluar keluar!" halaunya sambil menarik bahu Syed Adli untuk bangun dari kerusi.

"Eh kejap lah, aku datang nak bagi file ni dekat kau. Semalam kau mintak!"

"Aku mintak semalam bukan harini. Kau tu tak efisien. Patut aku potong gaji!"

"Siot kau ni Zaf. Kau ni dah kenapa emosi naw?! Aku dah kahwin lah! Nak cemburu apa lagi dekat aku!" rungut Syed Adli.

"Abang ni! Jangan lah kasar kasar dengan sepupu abang tu." ujar Mikayla sambil mengerut dahi. Suaminya ini dah kenapa?

"Bukan sebab cemburu, aku cuma tak percaya dengan kau ni, nanti entah apa kau nak cerita pasal aku dekat Mika. Bukan boleh kau ni. Mulut tempayan!" kutuk Zarif.

"Hahaha adoi kantoi. Hampir hampir jer aku nak cerita something dekat Kayla tadi tapi nasib baiklah kau muncul cepat!" usik Syed Adli.

"Dah blah sana! Jangan kacau aku harini!" bentak Zarif. Belakang tengkuk Syed Adli dicengkam sebelum ditolak ke pintu.

"Hahahahaha siot kau ni! Mentang mentang bini ada dekat pejabat harini, terus kau buang aku yer! Selama ni siapa teman kau lunch hah?"

"Gi mampos!" ujar Zarif sambil tergelak. Pintu pejabatnya cepat cepat ditutup.

"Abang ni memang mengada kan!" ujar Mikayla dengan tawa yang masih bersisa. 

Tengku Zarif turut tergelak. Dia melangkah mendekati Mikayla yang sedang mencucuk buat tembikai dengan garfu.

"Ada lagi tak? Nak sikit!" pinta Zarif sambil kepalanya menjenguk ke dalam bekas tupperware yang dibawa Mikayla. Sedap pula tengok isterinya itu mengunyah tembikai.

"Alaa, ni yang last." ujar Mikayla lalu cepat cepat menyumbat potongan buah terakhir itu ke dalam mulut.

Tengku Zarif yang melihat reaksi terus berdecit geram. Tangan tangkas turun mencempung rahang isterinya yang sedang elok bersandar di kerusinya.

"Abang tak kira, abang nak jugak sikit!" ujarnya sebelum bibirnya dilabuhkan ke bibir Mikayla. Lidah ditolak untuk membuka mulut si isteri.

Membulat mata Mikayla dengan tindakan Zarif itu. 

"Mmmphhh!!" Bibirnya dikemam kuat lalu dia tolak tubuh Zarif. Kepala digeleng kuat.

Zarif tidak mengendahkan tolakan itu sebaliknya makin memaksa mulut isterinya supaya terbuka. Tak lama kerana apabila sahaja dia gigit bibir bawah isterinya, bibir mungil isterinya terus terbuka sendiri. Maka dengan tangkas dia gigit sedikit buah tembikai yang berada di dalam mulut itu.

"Gotcha!" ujarnya seraya mengangkat muka untuk menatap wajah si isteri yang sudah masam mencuka. Ditunjukkan kepada Mikayla separuh buah tembikai yang berjaya digigit tadi dengan wajah bangga. Tangan ditongkat pada pemegang kerusi untuk mengepung tubuh si isteri. Dia kemudiannya mengunyah tembikai di dalam mulut dengan senyuman nakal terukir di bibir.

"Pengotor! Yang dalam mulut orang pun nak jugak!" bentak Mikayla geram. Bahu Zarif dipukul kuat.

Zarif tergelak.

"Sayang blushing!" usiknya.

"Abang tu pervert!" omel Mikayla. Dia mencerlung garang.

Tangan Zarif naik mengusap ke dua dua belah pipi si isteri yang sudah memerah gara-gara tingkahnya tadi.

"Kuatnya sayang blushing, dah nak jadi mommy pun masih blushing dengan daddy yer." seloroh Zarif.

Mikayla menghentak kekura tangannya pada abdomen Zarif.

"Auch! Sayang!" rungut Zarif.

Abdomennya diusap perlahan. Senak sedikit dipukul tanpa amaran begitu.

"Garang betullah mommy to be ni. Buat daddy rasa nak kiss banyak banyak lagi." usiknya seraya mendekatkan kembali wajah mereka.

Mikayla memaling muka ke sisi. Mahu mengelak.

Mencerun mata Zarif melihat reaksi Mikayla. Dagu runcing Mikayla dia paut geram.

Baru sahaja ciuman mahu dilabuhkan di situ. Mereka terdengar pintu bilik dibuka kasar.

"Weh Zaf-- OMG! SHIT!" jerit Syed Adli di muka pintu. Tangannya naik menekup kedua belah mata.

Membuntang mata Zarif melihat pintu pejabatnya dibuka kasar. Tergendalam projek besarnya!

"SIAL! OUT!!!" pekik Zarif kuat. Tanpa sedar tercarut di depan isteri dan anak yang berada di dalam perut.

"Sorry-sorry! Mana aku tahu kau orang nak buat projek siang siang hari buta dekat office!" gelak Syed Adli seraya menutup pintu pejabat Zarif laju.

Zarif mendengus sebal. Syed Adli ni memang mahu makan tapak kasut dia!

"Abang mencarut tadi!" bebel Mikayla.

"Alamak! Aduh! Sorry sayang! Sorry baby Bikai! Daddy terlepas. Your stupid uncle sangat annoying, dia kacau daddy nak bermesra dengan mommy tadi baby!" ujar Zarif sambil mengusap perut Mikayla.

"Jom lah cakap nak pergi lunch! Mika lapar." ujar Mikayla.

"Oh, sorry lupa kejap. Jomlah. Sambil tu abang nak bawa sayang pusing Astana ni kejap."

"Dah kenapa nak bawa Mika lawat kawasan?" soal Mikayla pelik.

"Nak show-off wife abang ni lah." ujar Zarif sambil mencuit manja hidung Mikayla.

Mikayla mencebik.

"Sekejap jer tau pusing pusing ni, sebab Mika lapar, Mika nak makan tomahawk steak harini!" 

"Wow! Harini memang ada misi melicinkan duit abang ke?" seloroh Zarif.

"Yes! Siapa suruh mengandungkan Mika. Tanggunglah!" usik Mikayla sebelum bangun berdiri sambil tersengih sengih.

"Arghh! Comel! Nasib baik sayang comel! Arghhhh!!!" jerit Zarif sambil menekup wajah sendiri. Boleh sewel dia kerana Mikayla.

Mikayla tergelak perlahan lalu menarik tangan Zarif untuk keluar.

"Kejap, sayang ada bawak pelembap bibir atau lipstick tak harini?" soal Zarif.

"Ada, kenapa?" soal Mikayla pelik. Pautan tangan dilepaskan.

"Bibir sayang..." ujar Zarif sambil tergelak.

"Kenapa?" makin pelik Mikayla melihat gelak tawa Zarif itu.

"Sorry abang tersedut habis lipstick sayang tadi..." ujar Zarif takut takut. Tubuh dijarakkan dari jangkauan si isteri. Takut kena pukul.

"Abang!!" pekik Mikayla geram. Dia cepat cepat menyelongkar beg tangan lalu cermin kecil ditarik. Memang pucat sungguh. Tangan cekap menarik liptint dari bag tangan lalu dipakai di bibirnya. Selesai itu dia menjeling tajam ke arah Tengku Zarif yang sudah membuat muka bersalah. Dia lihat suaminya menaikkan kedua-dua tapak tangan dan dirapatkan. Tanda mohon maaf.

"Cepatlah, Mika nak pergi makan pulak ni!" omel Mikayla lalu berpusing laju meninggalkan Zarif. Geram dia.

Zarif tersenyum simpul lalu diambilnya pouch kecil dan bag tangan si isteri yang berada di atas meja. Kaki melangkah mengikut Mikayla.

Sedang mereka bersiar siar di sekeliling bangunan Astana tiba-tiba mereka terserempak dengan Tengku Zaid yang sedang berjalan sambil berbual dengan beberapa tetamu yang mengikuti meeting tadi.

Tengku Zaid yang perasan sosok anak menantunya terus mengorak langkah mendekati mereka berdua. 

Mikayla sudah tersenyum sipu. Malu pula melihat senyuman ayah mertuanya.

"Babah..." sapa Mikayla lalu tunduk menyalami tangan ayah mertuanya itu.

"Ni nak pergi lunch ke?" soal Tengku Zaid.

"Haah, menantu babah nak makan tomahawk steak harini bah..." ujar Zarif sambil tersengih.

Membuntang mata Mikayla mendengar Tengku Zarif bercerita kepada babahnya.

"Bagus-bagus, makan banyak banyak yer Mika. Buli Zarif ni sikit."

"Oh sorry, lupa nak kenalkan. Ni menantu sulung saya, isteri Tengku Zarif." ujar Tengku Zaid seraya berpaling ke arah tetamu tetamu yang berada di belakangnya.

Tetamu tetamu itu mengangguk angguk seraya tersenyum kepada Mikayla. Mikayla turut membalas senyuman itu.

"Cantik menantu Tengku!" puji salah seorang di situ.

"Semestinya!"

Zarif juga turut tersenyum bangga.

"Dah, pergilah bawak Mika makan Zaf." arah Tengku Zaid.

"Okay, bye Bah." ujar Zarif sambil menarik tangan Mikayla. 

"Kami minta diri dulu."

Zarif senyum hormat pada tetamu tetamu di belakang babahnya sebelum melangkah pergi dari situ bersama Mikayla.

............................................................

Selesai makan tengahari, mereka terus ke Dazzlo Medical Centre untuk temu janji dengan dengan Dr Helina untuk checkup minggu ke 20. 

Seperti yang dijanjikan, Dr Helina mahu mengimbas jantina janin hari itu. Namun beberapa kali juga Dr Helina mengingatkan yang estimation gender yang akan dibuat itu mungkin boleh salah. Tengku Zarif yang tak menyabar jadi Dr Helina ikutkan sahaja permintaan bakal ayah itu.

Semua mereka diam fokus melihat skrin sambil tangan Dr Helina bergerak gerak di atas perut Mikayla. Lama Dr Helina merenung skrin sebelum dia berpaling ke arah pasangan bakal ibu dan ayah itu.

"Kalau melihat dari skrin ni, saya rasa macam dah boleh agak jantinanya..." ujar Dr Helina sambil tersenyum lebar.

"Tengku nak cuba teka tak?" soalnya.

Makin mendekat wajah Tengku Zarif. Fokus sungguh dia tenung skrin tersebut. Berkerut dahi.

Mikayla turut mendongak dalam keadaan berbaring. Dia juga mahu melihat.

"Tengku dah nampak?" 

Tengku Zarif menggelengkan kepala. Dia tak nampak apa apa beza yang boleh menunjukkan jantina anaknya itu lelaki atau perempuan.

Mikayla juga berkerut dahi. Dia memanglah tak tahu.

"Anak you guys, baby girl!" ujar Dr Helina mengumumkan jantina anak mereka berdua.

"Yes! Told you sayang!" Ujar Zarif sambil bertepuk tangan. Dia dah rasa anak sulung mereka itu anak perempuan walaupun dia tak reti tengok gambar di skrin.

Mikayla dan Dr Helina kedua-duanya tergelak melihat reaksi Tengku Zarif.

"Biasanya baby girl ni susah nak nampak. Tapi position anak you guys ni memang jelas jelas nak tunjuk dekat daddy dan mommy dia yang dia tu girl. Kalau lelaki kita akan nampak ada benjolan. Tapi kalau bentuk macam ni confirm girl lah." ujar Dr Helina.

"Awhhh baby girl daddy!" ujar Tengku Zarif ceria.

Selesai sesi dengan Dr Helina mereka keluar dari perkarangan DMC dan diambil oleh Arizal di lobi DMC. Memang Zarif dah tak benarkan Mikayla ke parking lot. Bukan setakat Mikayla yang trauma, dia dan Arizal pun trauma.

Sampai di pintu masuk shopping mall, mereka keluar dari kereta.

"Rizal nanti aku call kau kalau kami dah nak balik. Kau boleh lah pergi mana-mana dulu." ujar Tengku Zarif memberi keizinan.

Arizal tersenyum.

"Baik, terima kasih Tengku."

....................................

Mereka berjalan jalan melihat lihat deretan kedai di mall. Waktu itu masih waktu kerja jadi tak ramai yang berada di mall ketika itu.

"Sayang kejap!" ujar Zarif lalu menarik tangan Mikayla di satu kedai kecil yang menjual hiasan rambut. Satu sepit rambut  separa besar berbentuk bintang yang dihias dengan manik silver dicapai.

Kepala Mikayla dipegang lalu dia sepitkan penyepit rambut itu di rambut isterinya.

"Comelnya sayang!" puji Tengku Zarif.

Mikayla berkerut kening. Ni sepit budak budak!

"Berapa ni kak?"

"RM3 dik." ujar jurujual itu.

Zarif menghulurkan duit not RM10 kepada jurujual tersebut.

"Simpan baki kak." Ujarnya sebelum menarik tangan Mikayla untuk beredar. Terteleng kepalanya untuk melihat rambut si isteri yang kini sudah berhias dengan sepit yang dibelinya.

"Comelnyaaa!!" getusnya perlahan.

Dia menarik tangan Mikayla untuk berhenti seketika. Kepala Mikayla dipegang lembut.

"Argh! Comelnya sayang ni! Isteri siapa comel sangat ni Ya Allah!" ujar Tengku Zarif dengan wajah yang tak lekang dengan senyuman.

Mikayla menjeling geram. Mengada-ngada betul suaminya itu. Dia mencubit perut suaminya geram. Buat hal di tengah tengah shopping mall itu. Nasib baik tak ramai orang!

Tengku Zarif hanya tertawa sendiri sambil menggosok perlahan perutnya yang dicubit tadi. Mak ketam punya cubitan memang berbisa.

"Abang nak pergi tengok baju baby dekat sana tu sayang!" ujar Tengku Zarif sambil menarik perlahan tangan Mikayla yang sedari tadi tidak dilepaskan. Dia dah tak boleh fokus nak tengok benda lain. Dalam otaknya nak tengok barang baby sahaja.

Langkah kaki dihala ke sebuah kedai barangan bayi.

Tersenyum senyum Zarif melihat deretan pakaian baby di kedai itu. Langsung tak tengok dah dekat baju baju berwarna biru. Matanya melekat terus pada deretan baju berwarna pink. 

Mikayla turut teruja melihat baju baju kecil yang comel itu. Dia melihat stokin baby yang comel berenda.

"Sayang, tengok ni, tak sabar nak tengok baby Bikai kita besar sikit then pakai dress ni." kata Zarif sambil menunjukkan dress berwarna pink berenda putih. Cantik!

"Tak payah lah beli lagi yang tu. Lambat lagi anak kita nak pakai. Ni, Mika tengok stokin ni comel."

"Ya Allah comelnya sayang! Abang tengah bayangkan baby Bikai kita lahir nanti mesti kecil comel jer kan."

"Kita belilah yang ni satu abang." ujar Mikayla yang memang sudah jatuh hati pada stokin itu.

Bukan satu, selepas itu Tengku Zarif tarik banyak lagi barang dan disumbat masuk ke dalam bakul tanpa melihat harga.

Tersenyum sahaja jurujual yang mengikut pasangan itu dari tadi. 

"Sayang! Tembikai!" jerit Zarif sambil menunjukkan baju onesie baby berlatar putih bercorak tembikai kecil ke arah Mikayla.

Mikayla turut menganga mulut kerana teruja melihat baju itu. Comel sungguh. 

"Mika nak yang ni abang!" ujar Mikayla sambil menepuk nepuk bahu suaminya.

Tengku Zarif turut mengangguk laju dan baju itu didakap di dada.

"Dik, ada lagi tak barang barang yang bercorak tembikai?." soal Tengku Zarif kepada jurujual itu.

"Tak banyak sangat encik, tapi kami ada selimut untuk newborn yang bercorak tembikai." balas jurujual itu seraya menarik kotak selimut yang dikatakan tadi. Kotak itu diserahkan kepada Tengku Zarif. 

Bercahaya wajah Tengku Zarif dan Mikayla melihat selimut yang cantik terlipat di dalam kotak itu.

"Sayang!!" ujar Zarif ceria.

Mikayla mengangguk laju. Dia juga mahukan selimut itu untuk baby Bikai mereka. Boleh dipakaikan sewaktu anak mereka pertama kali melihat dunia setelah dia bersalin nanti. Tersenyum membayangkan saat itu. Dia tak sabar walaupun turut rasa berdebar. 

Hampir sejam mereka berdua pusing pusing dalam kedai itu. Sekejap sekejap terdengar jeritan teruja memecah kesunyian, kadang kadang dari mulut Zarif, kadang kadang dari mulut Mikayla. Pekerja pekerja di kedai itu hanya tersenyum melihat telatah pasangan itu. 

Selesai membayar barangan yang dibeli mereka melangkah keluar dari kedai tersebut. Dekat Seribu ringgit juga mereka berhabis di situ. Itupun Mikayla cepat cepat tersedar dan menghalang Zarif membeli barang barang yang besar. Kalau dibiarkan, mungkin Zarif akan beli satu kedai.

"So, kita nak pergi mana lagi sekarang ni tuan puteri?" soal Zarif yang sudah penuh tangan menjinjit barangan baby.

"Mika nak waffle." ujar Mikayla. Dari tadi terhidu hidu bau manis esen vanilla.

"Okay jom!" ajak Zarif.

"Tapi Mika nak pergi toilet kejap."

Zarif mengangguk. Dia pun terasa mahu ke tandas. Lama sangat mereka di kedai itu tadi. Barangan baby tadi dikumpul pada satu tangan lalu tangan isteri dipimpin. Mereka kemudian membelok ke arah tandas. Mikayla masuk sementara dia menunggu di kerusi yang disediakan di hadapan tandas.

5 minit kemudiaan Mikayla keluar dari tandas dan melangkah mendekati suaminya.

"I'm done! Jom, nak pergi mana pulak?" soal Mikayla buat buat bertanya.

"Pergi cari waffle coklat peanut awak tu lah sayang. Buat buat tanya pulak dia...Tapi kejap, abang pun nak pergi toilet jugak ni. Dah hujung hujung!" seloroh Zarif sambil tersengih.

"Tak senonoh!"

"Apa pulak tak senonoh!" omel Zarif seraya meletakkan barangan yang dibeli tadi di sebelah Mikayla. Beg tangan Mikayla yang dipegangnya tadi turut diletakkan di riba isterinya. Dompet dan telefon bimbitnya sudah awal awal lagi disumbat di dalam beg yang dibawa isterinya itu.

"Sayang pegangkan kejap. Tunggu abang dekat luar. Jangan pergi mana mana." 

"Ye Mika duduk jer sini. Pergi cepat. Mika dah terliur waffle ni!"

Zarif melayangkan flying kiss kepada si isteri sebelum dia buru buru masuk ke tandas lelaki yang bersebelahan dengan tandas perempuan.

Setelah selesai melepaskan hajat, Zarif keluar dari kubikel toilet dengan muka tersenyum senyum. 

Berkerut keningnya setelah keluar dari toilet apabila melihat Mikayla tiada di tempat duduk dimana dia tinggalkan isterinya untuk seketika tadi. Barang-barang dan beg tangan isterinya masih kekal di situ.

"Sayang?"

Berderau darahnya apabila melihat sepit rambut bercorak bintang yang baru dibelinya tadi  berada di lantai berdekatan dengan pintu tangga kecemasan.

Laju dia melangkah ke situ dan mengutip sepit rambut yang terjatuh itu. Pintu tangga kecemasan itu dibuka dan jantungnya bagaikan terhenti. Hampir dia lembik lutut.

"YA ALLAH!"

"SAYANG!!!!!"

.............................................

TBC

Author's note: Brace yourself my dear readers. Uhuk uhuk!

Terasa jahat pula buat semua tersenyum senyum lepastu turunkan bom jangka di hujung bab... 

p/s: Saya baca komen korang dekat bab 55 tu and saya tergelak sorang sorang yer. Ada yang cuba teka plot twist hahaha kita tengoklah nanti betul ke tak hehe!

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 636 65
𝐌𝐫.π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐯𝐨π₯ 1 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: Raf's sweetheart π‘¨π’Žπ’“π’Šπ’ π‘Ήπ’‚π’‡π’’π’Š π‘―π’‚π’“π’Šπ’” | 𝑡𝒖𝒓 π‘«π’‚π’“π’Šπ’π’‚ π‘Ίπ’π’‡π’Šπ’‚π’‰ Colour personality:οΏ½...
398K 20.5K 56
[KARYA KETIGA YUYUAIRA] ~~~ NAURA ZULAIKHA Ibu bapanya meninggal dunia sekali gus menjadikan dia sebagai anak yatim piatu pada usianya 15 tahun. Mula...
344K 13.2K 61
🌸🌸🌸🌸 "Sanggup ke Cik Maya bercinta dengan lelaki biasa macam Faris tu? Dia siapa? Anggota polis biasa, Cik Maya pula? Satu Malaysia kenal Cik Ma...
5.3K 273 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "π‘Ύπ’‚π’‰π’‚π’Š π’‚π’…π’Šπ’“π’‚π’•π’π’‚, π’”π’Šπ’π’‚π’“ π’“π’π’Žπ’‚π’π’Žπ’– π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’–π’‚π’•π’Œπ’‚π’ π’”π’Šπ’‚π’‘π’‚ 𝒔𝒂𝒋𝒂 π’šπ’‚π’π’ˆ...