The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 55

2.5K 102 8
By lemonellow

Kediaman Tengku Latif

"Arghhh!!! Sial! Perempuan tu adik si Daus bodoh tu rupanya!"

Berguling guling Liyana di atas katil malam itu setelah mengetahui apa yang terjadi. Dia yang tadinya seronok seronok keluar shopping kerana menyangka Dian akan melakukan seperti yang diarahkan namun tanpa sedar, dia rupanya yang telah dipergunakan oleh Dian. Sudahlah seorang dari orang upahannya menghilang.

"Bodoh! Aku dah kena tipu!"

"Berani perempuan tu guna nama aku! Memang nak mampos perempuan tu!"

"Dia rupanya yang bunuh Ailin! Aku ni macam orang bodoh bagi dia pisau palsu tu. Sial punya perempuan! Elok kau mampus jer lah dalam penjara tu. Kalau tak memang aku tunggu kau dekat luar ni!!!" bentak Liyana geram.

"Shit! kalau perempuan bodoh tu sebut nama aku waktu kena soal siasat nanti macam mana!" getus Liyana yang tiba-tiba beriak risau. 

Sejak tadi lagi Tengku Liyana sudah tak senang duduk di biliknya selepas mendapat tahu yang Dian merupakan adik kepada Daus, rakan sekolahnya yang meninggal bunuh diri 10 tahun lepas. Tengku Liyana sendiri pun tak sukakan Daus. Lelaki miskin yang suka acah acah nak jadi hero untuk tegakkan keadilan. 

Paling menyakitkan hati bila dia dapat tahu Mikayla terselamat walaupun telah berjaya diculik oleh Dian dan Husin.

"Bangang betul dua manusia tu, benda dah culik tu bunuh jer lah terus! Tengok sekarang dah sia sia masuk penjara. Mikayla tu cedera parah pun tak!" bentaknya keras.

"Sekarang ni macam mana aku nak singkirkan si Mikayla ni! Liat betul nyawa kau ni betina!" carut Tengku Liyana sebal. Sudahlah sakit hati ditipu, peluang nak perangkap Mikayla sebagai pembunuh terhapus begitu sahaja, Mikayla pulak elok elok sahaja terselamat!

Sudahlah dia sekarang tiada teman. Harisa dan Inara sudah dilarang keras oleh Tengku Latif untuk bertemu dengannya. Makanya sejak kes di Redang itu Harisa dan Inara mula menjarakkan diri darinya. Mommynya pula meminta dia mengikut sahaja arahan daddynya itu. Benci sungguh dia dengan daddynya!

.......................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Mika okay je bonda. Bonda jangan risau..."

"Baby pun sihat sihat sahaja alhamdulillah."

"Bonda tu pun hati-hati jugak dekat sana. Mika harap bonda ada nanti waktu Mika nak bersalin. Bonda kena balik Malaysia tau!"

Tengku Zarif hanya diam memerhatikan isterinya yang sedang berbual di telefon bersama Dato' Marina. Dato' Marina sekarang banyak menjelajah tempat orang. Wanita besi itu sekarang berada di Jepun. Entah apa dibuatnya di sana pun Zarif tak tahu.

"Bonda Mika tu memang tak reti reti nak balik Malaysia ke?" soal Zarif setelah isterinya menamatkan panggilan.

Mikayla tergelak. Zarif belum kenal bondanya lagi agaknya. Bondanya itu memang begitu. Seperti layang layang putus tali. Membiarkan angin membawa pergi ke mana mana destinasi. Dulu dia terngadah juga kerana bonda sering kali tiada di sisi. Tapi kini dia faham, bonda mungkin kesunyian. Menjelajah dunia luar mungkin salah satu cara bondanya mengendalikan rasa sunyi di jiwa.

Bonda bukan asal hidup senang. Semua yang wanita itu ada sekarang memang dari usaha titik peluh sendiri. Mikayla tak pasti apa yang terbuku di hati bonda tapi dia tahu, ada sesuatu yang perit yang tersimpan di lubuk hati wanita yang cuba berlagak kuat itu. 

Mereka berdua sudah dua hari berada berehat di rumah setelah dibenarkan pulang. Ingatkan Zarif sahaja yang dihalang untuk keluar dari bilik, dengan dia dia sekali Puan Sri Sharifah kurung dalam bilik. Makan dan minum pun dihantar ke bilik mereka. Sungguh kuat Puan Sharifah membebel. Mujur tak bernanah telinga Tengku Zarif dan Tengku Zuhail. 

Tengku Zarif yang tak betah berlama lama di katil bangun untuk ke balkoni. Tangan Mikayla turut ditarik.

"Abang, nanti mama marah..." ujar Mikayla. Kepalanya digeleng-geleng perlahan.

"Abang rasa mereput dah ni kena baring jer dekat katil. Kita pergi depan tu kejap jer sayang. Jom, mama dekat bawah sekarang ni." tangan Mikayla ditarik lembut sekali lagi.

"Abang tu luka belum sembuh lagi lah, baring jer lah!" ujar Mikayla geram. Sudahlah suaminya itu kena 7 jahitan!

"Mama!!! Abang bangun dari katil!!!" jerit Zulfa kuat di muka pintu.

Terkedu Zarif mendengar jeritan adiknya. Cepat cepat dia berpaling ke muka pintu. Mata dijengil ke arah Zulfa yang sedang bercekak pinggang.

"Mama tengok abang ni!!!" makin kuat Zulfa menjerit.

Zarif ketap gigi geram. Sejak mereka discharge dari hospital, adiknya itu sudah bertindak menjadi polis bantuan kepada mamanya. Setiap 5 minit datang menjenguk untuk memastikan dia mengikut arahan Puan Sri Sharifah supaya berehat sahaja.

Semalam, dia nak cium isteri dia sendiri pun adiknya itu report pada mama mereka. Dasar tukang report!

"Bisinglah Fafa ni!" bentak Zarif sebelum kembali ke tempat tidur. Rasa macam jadi budak budak balik.

Mikayla tergelak kuat. Dia menunjukkan tanda 'thumbs up' kepada Zulfa. Zulfa turut tersengih.

Dia mendengus sebal melihat situasi itu. Rasa macam dia kena buli!

......................................

IPD Cheras

Seminggu selepas kejadian culik, Mikayla datang ke balai untuk menemui Inspektor Haris sambil sambil memberikan keterangan tentang malam tersebut. Dia datang bersama Zarif dan Zuhail.

"Saya mohon maaf atas segala yang berlaku sebelum ini puan." ujar Inspektor Haris apabila Mikayla selesai memberi keterangan sebagai mangsa dan saksi.

Mikayla hanya tersenyum memahami. Dia tak marah. Tak juga dia rasa berdendam.

"Saya janji akan percepatkan urusan kes. Pihak polis juga akan membersihkan nama puan dari sebarang spekulasi liar yang selama ini puan terima. We owe you that, sejak 10 tahun yang lalu."

Inspektor Haris sedikit lega apabila dapat berbicara berdua begini dengan Mikayla. Memang dia yang meminta untuk suami wanita itu menunggu di luar dan mujurlah Mikayla bersetuju. Mikayla sendiri yang menyuruh Tengku Zarif menunggu di luar walaupun lelaki itu memang agak keberatan. Kalau ada Tengku Zarif bersama mereka tadi pastilah sukar untuk dia menutur sebarang kata kalau diukur dari sifat posesif lelaki itu.

"Tapi kita memang tak akan dapat tahu ke apa sebenarnya yang terjadi dekat arwah kawan saya tu?"

"I'm afraid yes, puan..."

"Besar kemungkinan juga kes Daus Hakimi tu memang tak akan dibuka semula."

Mikayla mengeluh perlahan.

"Tak apalah, apa lagi yang saya boleh katakan... saya cuma sedikit sedih, kawan saya tu tak dapat pembelaan yang sepatutnya. Kebahagian keluarga dia musnah kerana kematian dia. Ayah dan adik dia menjadi pembunuh kerana dendam."

"Bercakap tentang keluarga Daus, Dian dan Husin ada meminta untuk berjumpa dengan puan sebenarnya. Mereka meminta secara berasingan. Cumanya saya acap kali menolak permohonan mereka kerana saya tahu puan pasti tak selesa."

"Mereka nak jumpa saya? Kenapa?"

"Katanya mereka mahu tahu sesuatu dari puan. Katanya tentang duit rawatan."

Mendengar ayat terakhir itu, faham sudah Mikayla kenapa mereka mahu menemuinya.

"Inspektor, sampaikan pada mereka, saya halalkan duit tu. Bagitahu pada Dian juga, melihat pesakit yang bernama Aira kembali sihat sudah cukup buat saya rasa lega kerana janji saya kepada Daus dah tertunai. Salah satu impian Daus dah tercapai walaupun dia sudah tiada di sini lagi untuk melihatnya. Tak perlulah saya berjumpa dengan mereka sekarang. Kami akan berjumpa juga nanti sewaktu prosiding mahkamah."

"Baiklah puan. Saya akan sampaikan kepada mereka nanti."

"Tapi sebelum tu, saya ada sesuatu yang saya mahu tanya pada puan." ujar Inspektor Haris bernada serius.

"Apa tu Inspektor?"

............................................

Setelah penangkapan Dian dan Husin, pihak polis makin rancak menguruskan kes tersebut. Pelbagai bahan bukti dikumpul bagi mempercepatkan proses untuk menyerahkan kes itu kepada pihak pendakwaan. Mikayla, Idham, Tengku Zarif dan Tengku Zuhail juga turut dipanggil beberapa kali bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan. Mereka berempat sebenarnya sudah bersepakat untuk tidak menyebut langsung tentang penglibatan organisasi HELL-O di dalam keterangan mereka.

Dian dan Husin kesudahannya mengaku bersalah. Dian yang pada mulanya berkeras mengaku tidak bersalah akhirnya membuat pengakuan tentang malam kejadian. Pengakuan itu dibandingkan dengan keterangan daripada Mikayla yang sudah mendengar cerita penuh dari mulut Dian sendiri pada malam dia diculik.

Tengku Liyana pula bernasib baik kerana Dian langsung tidak menyebut tentang dirinya yang pernah diculik dan dipukul oleh orang orang upahan Tengku Liyana. Mungkin kerana terlalu sibuk memikirkan kesalahan sendiri sehingga terlupa tentang perempuan itu.

Dian berjaya didakwa atas empat kesalahan iaitu pembunuhan Putri Ailin dan ibu angkatnya Rohani, menculik Mikayla dengan niat membunuh serta mencederakan Tengku Zarif. Semua itu akan dibawa ke organisasi pendakwaan dan sidang mahkhamah akan dibuka. 

Perihal Rohani yang merupakan ibu angkat Dian, Dian sebenarnya diletakkan dibawah jagaan Rohani yang merupakan jururawat yang menjaganya sejak dia kecil oleh Husin sendiri. Rohani yang sukarela mahu menjaga Dian setelah Dian pulih dari penyakitnya selepas pembedahan pemindahan organ. Apabila meningkat dewasa, Dian sendiri yang nekad mahu membalas dendam. 

Hidupnya yang tak bahagia sejak kecil menyebabkan dia bagaikan hilang kewarasan. Lagi lagi apabila dia melihat wajah Mikayla acap kali keluar di kaca tv. Dia sakit hati melihat Mikayla nampak gah dan bahagia. Makin lama dia melihat kemunculan Kayla di tv, makin meluap-luap api dendamnya.

Dian turut mengakui dia membunuh Rohani kerana tertekan diasak soalan bertubi tubi dari mak angkatnya itu. Rohani mengesyakki Dian ada melakukan kesalahan kerana Dian makin banyak berubah. Dian membunuh Rohani yang sedang terlantar sakit di hospital kerana kanser usus tahap 3 itu dengan menekup bantal di muka ibu angkatnya  sebelum melarikan diri tanpa dilihat sesiapa.

Husin pula hanya didakwa atas kesalahan bersubahat dan mengancam nyawa. Husin sebelum itu beria-ria mengaku semua jenayah itu dilakukan oleh dirinya sendiri dan Dian hanya dipaksa mengikut. Namun pengakuan itu ditolak pihak polis kerana mereka sudah mendapat bukti kukuh dari senjata pembunuhan yang mempunyai DNA Dian serta telefon bimbit milik Putri Ailin yang berada dalam simpanan Dian.

Pihak polis juga menjumpai glove latex pink yang digunakan Dian pada malam pembunuhan. Penangkapan Dian memudahkan urusan kes apabila semua bukti pembunuhan berjaya dikumpulkan dengan hanya menggeledah rumah flat miliknya. 

Akhbar akhbar dan berita online turut mendedahkan berita penangkapan Dian yang merupakan pembantu Putri Ailin sebagai pembunuh sebenar. Pihak polis juga turut mendedahkan motif pembunuhan tersebut adalah gara-gara dendam lama dari kes bunuh diri Daus Hakimi. Kes lama itu terbongkar kembali disebabkan kes itu ada hubung kait dengan kes bunuh Putri Ailin. Identiti Putri Ailin yang sebenar turut terdedah gara-gara kes itu muncul kembali.

Akhbar juga turut melaporkan tentang Mikayla yang diculik akibat disalah sangka menjadi punca kematian Daus Hakimi. Bukti laporan rawatan hospital mengenai kejadian gugur yang terjadi kepada Zalika atau Putri Ailin turut didedahkan kepada umum oleh pihak polis bagi membersihkan nama Mikayla dari tuduhan tersebut. Nota bunuh diri itu akhirnya disahkan sebagai bukti palsu. 

Namun begitu, kes Daus tidak dapat dibuka semula gara-gara kekurangan bukti. Kejadian malang yang menimpa Daus tidak dapat dibuktikan sama ada benar benar kes bunuh diri ataupun kes bunuh. Mungkin, hanya Putri Ailin dan mangsa sendiri sahaja yang tau apa berlaku pada pagi 10 tahun yang lalu.

Mikayla berasa lega apabila segala spekulasi mengenai kes bunuh dan kes arwah Daus mengenainya terhapus serta merta dengan pendedahan pihak polis. Ramai peminat peminat dan penggemar industri seni tanah air yang bersimpati padanya setelah mengetahui yang dia hanyalah mangsa keadaan untuk kedua-dua kes. Idham memberitahu yang dia mendapat pesanan mesej dan panggilan luar biasa dari produksi rancangan tv serta wartawan bagi menemubual dia. Semuanya ditolak Mikayla.

Akibat daripada pendedahan kes tersebut, turut tersebar berita kehamilan Mikayla dan dia dihujani dengan ucapan tahniah oleh ramai orang, termasuk peminat, netizen dan rakan-rakan artis. Ada juga beberapa akaun milik staf Astana yang mendedahkan yang Kayla baik baik sahaja dengan memuat naik gambar gambar mereka ketika di Pulau Redang. 

Mereka kini menunggu untuk perbicaraan bermula. Kes prima facie juga sudah berjaya dibuktikan tinggal sahaja prosiding mahkamah untuk membicarakan tentang hukuman yang bakal diterima. Saksi dan orang orang yang terlibat juga akan dipanggil sewaktu hari perbicaraan nanti. Perlu tunggu beberapa bulan lagi sehingga Dian dan Husin berjaya disabitkan kesalahan.

........................................

Dua bulan kemudian

"Baby Bikai macam mana harini sayang? Behave tak?" tanya Tengku Zarif sambil mengusap perut isterinya yang sudah mula nampak bentuk. Kandungan isterinya itu sudah masuk 18 minggu. Sudah menempuhi fasa terimester kedua. 

Mikayla tergelak. Terasa geli apabila perutnya diusap usap begitu. Setiap kali sebelum tidur Zarif akan bertanya tentang kondisi dia dan baby. Mereka akan rancak berbual tentang hari masing masing sebelum melelapkan mata. Memang itu rutin yang diterapkan Tengku Zarif. Suaminya itu mahu mereka membiasakan diri untuk sentiasa bercerita berdua.

"Baby Bikai sentiasa behave, tapi dia cakap tadi dia nak makan burger daging unta malam ni."

"Hah??!!" terbuntang mata Zarif mendengar permintaan isterinya itu.

"Betul ke? Sayang nak makan benda tu ke?" Soal Tengku Zarif meminta kepastian. Kalau dah isteri dia minta, dia perlulah usahakan. Sudah terfikir sama ada mahu terbang ke Dubai atau Mesir bagi mencari daging unta yang dimahukan isterinya. Mungkin dia perlu order sahaja supaya dia tak perlu tinggalkan Mikayla.

Mikayla tergelak perlahan apabila melihat Zarif hanya diam. Dia nampak reaksi suaminya yang seperti sedang sibuk bermonolog sendiri.

"Abang mesti tengah fikir nak fly pergi Dubai sebab nak cari daging unta tu kan?" soal Mikayla dengan tawa yang masih bersisa.

"Haah abang tengah fikir jugak ni daging unta tu halal ke nak makan eh? Abang tak tahu sangat. Sayang nak makan sekarang ke? Macam mana yer? Baby kita ni dah terliur sangat ke sayang?" soal Zarif dengan wajah polos. Dipekup telinga kanannya ke perut Mikayla.

Makin tergelak Mikayla melihat reaksi suaminya.

"Mika melawak aje lah. Saje nak test abang sanggup ke tak..." ujarnya seraya tersenyum lebar. Tahu sangat sejak sejak dia mula mengidam ni semua yang dipinta memang Zarif akan terus tunaikan. Tak pernah mengeluh dan tak pernah membebel. Mana dia makin tak sayang kalau dah begitu.

"Ish sayang ni! Abang ingat serius tadi tu! Betul ke ni tak nak? Kalau nak bagitahu jer sayang, abang akan usahakan asalkan apa yang sayang nak tu halal dan tak memudaratkan both of you."

"Betullah, bila masa pulak Mika mengidam yang pelik pelik macamtu." Dia bersyukur juga kerana tak mengidam benda pelik pelik. Sekadar mengidam makanan makanan biasa sahaja. Jadi mudah untuk Zarif tunaikan. Cuma waktu untuk aktiviti mengidamnya sahaja yang Zarif perlu tolerate sikit.

Mujurlah juga alahan Zarif sudah tiada. Kalau tak, kesian juga suaminya itu terpaksa menahan rasa tidak sedap badan tapi pada masa yang sama, perlu juga menjaga dia.

Aktiviti mengidamnya pula selalunya berlaku pada lewat malam. Zarif lah yang sentiasa bangun menemani. Peti sejuk di dapur rumah itu sentiasa penuh dengan pelbagai makanan. Puan Sri Sharifah juga seringkali memenuhi permintaannya jika dia mahukan apa-apa makanan. Terharu juga dia. Keluarga Tengku Zaid memang memastikan dia selesa sepanjang mengandung.

Zulfa pula sudah mendapat keputusan SPM beberapa hari lepas. Keputusan SPM Zulfa sangat memberangsangkan. Kalau dah dari keturunan bijak pandai seperti abang-abang yang juga merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah dulu, sudah semestinya si adik akan mengikut jejak yang sama. 

Adik iparnya itu tetap juga mahu mengisi UPU online walaupun Tengku Zaid sebenarnya berhasrat mahu menghantar Zulfa ke kolej swasta sahaja. Tapi Zulfa tidak mahu. Zulfa mahu melihat keupayaan dia sendiri untuk masuk ke universiti awam. Adik iparnya itu begitu teringin untuk masuk ke asasi. 

.......................................

"Kejap lagi Arizal datang ambik sayang bawak datang office abang. Abang janji abang meeting kejap jer sampai pukul 11 then nanti kita pergi lunch sama-sama and abang akan temankan sayang pergi checkup pukul 2 tu." ujar Zarif sambil memeluk isterinya.

Mikayla mengangguk dalam tawa yang perlahan. 

"Abang dah cakap dah kan semalam." ujarnya perlahan.

"Sajerlah nak ulang balik. Abang excited sangat ni sayang!" kata Zarif dengan nada teruja. Memang dia yang mengusulkan supaya Mikayla datang ke pejabatnya hari itu. Mikayla belum pernah menjejakkan kaki ke Astana jadi dia tidak sabar mahu menunjukkan tempat kerjanya kepada si isteri. Mahu dating dengan Mikayla.

"Tak sabar nak tengok jantina Baby Bikai kita harini. Tapi abang dapat rasakan yang baby ni baby girl. Awhh! Abang so excited nak tunggu Baby Bikai kita keluar nanti!" ujar Zarif ceria. Dr. Helina sudah memberitahu mereka yang jantina bayi boleh dikesan seawal 18-21 minggu. Itu kerana setiap kali checkup bulanan, Tengku Zarif asyik bertanya bila dia boleh tahu jantina anaknya itu. Kesian Dr Helina terpaksa melayan kerenah Tengku Zarif yang memang diketahui semua sebagai seorang yang tak penyabar.

Mikayla tergelak dengan panggilan nama 'Baby Bikai' yang masih melekat utuh pada anak mereka itu gara-gara dia yang masih tetap mahu makan tembikai sejuk walaupun sudah memasuki fasa trimester kedua. Dia kalau rasa dahaga, tembikai lah yang dia cari. Nasib baik dia tak ada penyakit kencing manis. Datanglah mengidam untuk makan macam macam sekalipun, hujung hari, buah tembikai juga yang akan dicari.

Pernah pada checkup sebelum ini Tengku Zarif ada bertanya tentang side effect makan buah tembikai dalam kadar yang banyak. Dr Helina memberi jaminan yang buah tembikai memang bagus untuk ibu mengandung. Buah tembikai mempunyai vitamin C yang meningkatkan sistem imunisasi ibu mengandung. Malah buah itu juga dapat mengurangkan masalah dehidrasi dan sembelit yang biasanya dialami ibu ibu mengandung pada fasa kehamilan.

Paling membuatkan Tengku Zarif tersenyum lebar apabila Dr Helina berseloroh memberitahu ada pendapat mengatakan, untuk ibu ibu yang suka makan tembikai ketika mengandung, anak yang bakal dilahirkan insyaAllah akan cantik dan bijak. Dr Helina turut beranggapan Mikayla tidak mengalami morning sickness mungkin kerana pengambilan buah tembikai yang membantu memberi tenaga dan mengelakkan Mikayla lesu.

Maka sejak disahkan sendiri oleh Dr Helina, terus buah tembikai itu menjadi buah wajib yang akan berada di atas meja makan. Pada waktu malam pula Zarif sendiri yang awal awal lagi sediakan buah tembikai sejuk itu kerana di bilik mereka sekarang sudah ada peti sejuk mini yang akan menempatkan buah tembikai yang sudah dipotong separuh. Potongan separuh buah tembikai itu akan sentiasa di top up oleh pembantu rumah setiap hari.

"Sekarang sayang sambung tidur dulu puas puas. Pukul 10 nanti Rizal datang ambil. Lepas checkup kita pergi shopping barang baby." ujar Zarif sambil merebahkan tubuh isterinya ke katil.

"Abang tak apa ke breakfast sorang sorang ni?"

"Tak apa, abang nak sayang tidur cukup cukup dulu, then nanti nak guna tenaga banyak nak pergi dating dengan abang harini kan..." kata Zarif sambil mencuit manja hidung Mikayla.

Mikayla tersenyum seraya memejamkan mata. Dia juga tak sabar mahu ke pejabat suaminya sekejap lagi. 

Zarif tersenyum melihat isterinya. Dahi Mikayla dikucup penuh rasa cinta sebelum bibirnya berlabuh ke bibir Mikayla. Bibir isterinya yang kering itu dibasahkan.

Mikayla tak jadi mahu melelapkan mata apabila bibirnya disentuh begitu. Pantas dia menepuk kuat bahu Tengku Zarif.

"Ambil kesempatan!" omelnya.

"Bekal..." ujar Zarif dengan senyuman nakal tersungging di bibir. 

"Dah abang dah nak turun ni. Now tidur you both. Baby pun tidur! Jangan nak kacau mommy tidur." ujarnya sambil mengusap perut si isteri.

..................................

TBC

Author's note: Beberapa misteri telah terungkai tapi sebenarnya masih ada berbaki sedikit lagi plot yang belum selesai hehehe. 

Anyway, thankyou readers. Saya hargai anda semua yang sudi membaca karya saya yang tak seberapa ini... Komen komen dari kalian menghiburkan hati saya hahaha!





Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 478 76
β—‹BLURBβ—‹ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...
21.1K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❡ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ π‘¬π’π’—π’Šπ’π’‚ π‘΄π’‚π’“π’Šπ’”π’”π’‚, dia protagonist dan...
297K 13.4K 75
Love , love. What is love without you? Mencintai kamu adalah satu mimpi yang indah bagiku , siang dan malam aku semuanya tampak sempurna selagi mana...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...