DYLAN : RICH OF LOVE [C]

By tyrastory_

1M 49.2K 2.8K

Kehilangan. Semua pasti pernah merasai kehilangan dalam setiap keadaan yang berbeza. Begitu juga dengan seora... More

BAB 1๐Ÿ‘ 
BAB 3๐Ÿ‘ 
BAB 4๐Ÿ‘ 
BAB 5๐Ÿ‘ 
BAB 6๐Ÿ‘ 
BAB 7๐Ÿ‘ 
BAB 8๐Ÿ‘ 
BAB 9๐Ÿ‘ 
BAB 10๐Ÿ‘ 
BAB 11๐Ÿ‘ 
BAB 12๐Ÿ‘ 
BAB 13๐Ÿ‘ 
BAB 14๐Ÿ‘ 
BAB 15๐Ÿ‘ 
BAB 16๐Ÿ‘ 
BAB 17๐Ÿ‘ 
BAB 18๐Ÿ‘ 
BAB 19๐Ÿ‘ 
BAB 20๐Ÿ‘ 
BAB 21๐Ÿ‘ 
BAB 22๐Ÿ‘ 
BAB 23๐Ÿ‘ 
BAB 24๐Ÿ‘ 
BAB 25๐Ÿ‘ 
BAB 26๐Ÿ‘ 
BAB 27๐Ÿ‘ 
BAB 28๐Ÿ‘ 
BAB 29๐Ÿ‘ 
BAB 30๐Ÿ‘ 
BAB 31๐Ÿ‘ 
BAB 32๐Ÿ‘ 
BAB 33๐Ÿ‘ 
BAB 34๐Ÿ‘ 
BAB 35๐Ÿ‘ 
BAB 36๐Ÿ‘ 
BAB 37๐Ÿ‘ 
BAB 38๐Ÿ‘ 
BAB 39๐Ÿ‘ 
BAB 40๐Ÿ‘ 
BAB 41๐Ÿ‘ 
BAB 42๐Ÿ‘ 
BAB 43๐Ÿ‘ 
BAB 44๐Ÿ‘ 
BAB 45๐Ÿ‘ 
BAB 46๐Ÿ‘ 
BAB 47๐Ÿ‘ 
BAB 48๐Ÿ‘ 
BAB 49๐Ÿ‘ 
BAB 50๐Ÿ‘ 
BAB 51 ๐Ÿ‘ 
BAB 52๐Ÿ‘ 
BAB 53๐Ÿ‘ 
BAB 54๐Ÿ‘ 
BAB 55๐Ÿ‘ 
BAB 56๐Ÿ‘ 
BAB 57๐Ÿ‘ 
BAB 58๐Ÿ‘ 
BAB 59๐Ÿ‘ 
BAB 60๐Ÿ‘ 
EPILOG๐Ÿ‘ 

BAB 2๐Ÿ‘ 

18.1K 974 62
By tyrastory_



ERYNA melangkah longlai ke hospital setelah mengebumikan anaknya tadi. Dia tiada sesiapa. Ibubapanya sudah membuangnya dari keluarga.

Ibubapanya tidak menerima Eryna berkahwin dengan Ariel iaitu bekas suami Eryna. Mereka menolak perkahwinan itu kerana mereka tidak mahu Ariel menjadi sebahagian dari keluarga mereka. Lagi pula Eryna baru sahaja berumur 21 tahun ketika itu. Masih mentah lagi.

Ariel itu sejenis yang tikam belakang. Dia hanya berkahwin dengan Eryna untuk mendapatkan harta sahaja kerana ibubapa Eryna dari keturunan kaya. Dan Eryna ni pula seorang yang polos..

Dia sejenis lurus bendul sehingga dia mempercayai semua kata-kata Ariel. Dan dia sanggup bergaduh dengan ibubapa sendiri semata-mata demi Ariel.

Namun sekarang dia menyesal kerana tidak mengikuti kata-kata ibubapanya dulu. Kalau la dia tahu ini berlaku, sudah semestinya dia tidak akan berkahwin dengan lelaki penipu itu.

Eryna duduk di bangku hospital selari menyentuh buah dadanya yang agak sakit. Berdesis Eryna ketika ini apabila merasakan dadanya begitu membengkak. Serasa hampir pecah pula dadanya ketika ini.

"Awww.. sakit.." gumam Eryna perlahan dengan dahi berkerut. Dia mencelik mata. Terbeliak matanya melihat ada kebocoran disebalik baju tshirt yang dipakainya. Berdesis Eryna ketika ini.

"Puan? Puan okay ke?" Tanya seorang nurse yang kebetulan lalu disitu. Eryna menggeleng. "Buah dada i.. rasa macam nak pecah.. sakit sangat.. tolong i.. please." Rayu Eryna dengan dahi berkerut.

Nurse itu mengerdip mata. "Puan.. baru lepas beranak ya?" Eryna mengangguk laju. "Mana anak puan?"

Eryna mengetap bibir menahan air mata. "Meninggal." Jawabnya ringkas dengan hati yang perit. Nurse itu terkesima kejap. "Mungkin puan mengalami bengkak susu.. mari ikut saya ke wad. Saya bantu puan legakan dada puan."

Eryna mengangguk. Dia bangun perlahan-lahan lalu mengikuti langkah nurse yang sedang memapahnya ketika ini.

*:・゚*:・゚

DYLAN mengeluh melihat anaknya yang masih menangis kelaparan. Dia baru sahaja pulang dari perkuburan isterinya tadi. Namun dia terlupa bahawa anaknya memerlukan susu badan ketika ini.

"Dylan.. buatlah sesuatu. Kesian cucu mama asyik menangis je ni.." ujar Puan Dayana yang sedang mendodoi cucunya didukungannya.

Dylan mengeluh. "Kejap Dylan beli susu formula." Puan Dayana menggeleng. "Tak boleh. Tak sesuai untuk bayi yang baru lahir.. dia kena hisap susu badan juga.."

Dylan mengeluh. Diraup kasar wajahnya. Serabut! Serabut dengan anaknya yang sedang menangis lagi! Serabut dengan pemergian isterinya lagi! Semuanya menyakitkan kepalanya! Nak sahaja dia menjerit ketika ini..

Biasanya perempuan meroyan. Ni kang ada kang lelaki yang meroyan kang haa..

"Macam mana mama?! Macam mana?! Ayu baru je meninggal tadi! Takkan la Dylan nak gali balik kubur Ayu untuk suruh dia menyusu Elsa?!"

"Dylan! Cuba bawak mengucap sikit.. ya Allah dia ni.." keluh Tuan Aldin dengan gelengan apabila anaknya mula merapu. Dylan mendengus. Dia mencekak pinggang sambil mendongak. Serabut sahaja pakaian yang dipakainya sekarang.

"Tumpang lalu.." ujar doktor yang sedang memapah Eryna. Puan Dayana senyum tipis lalu bergerak ke tepi sikit untuk memberi ruang kepada Eryna yang sedang berjalan perlahan-lahan ke wad.

Terkedip-kedip mata Puan Dayana melihat wajah mendung Eryna ketika ini.

Eryna berdesis sambil menyentuh dadanya. "Sakit doktor.. i dah tak tahan.. rasa pedih sangat ni.." ujar Eryna dengan titisan airmata. Berkerut kejap dahi Puan Dayana. Dia masih lagi menenangkan cucunya yang masih menangis.

Puan Dayana menghampiri katil Eryna. "Kejap ya puan. Bengkak susu memang sakit.. sebab sepatutnya puan menyusu selepas melahirkan. Sekarang agak susah sikit sebab anak puan tiada. Jadi, saya akan beri ubat tahan sakit dan juga pengepam susu untuk kurangkan sakit puan." Ujar doktor itu selari mengeluarkan alatannya.

Puan Dayana senyum tipis. Dia mendekati Eryna. Eryna yang mendengar tangisan bayi itu berpaling kearah Puan Dayana.

"Maaf nak kalau aunty mengganggu.. tapi.. anak awak.. meninggal selepas awak melahirkan ya?" Tanya Puan Dayana berhati-hati.

"Mama! Apa ni?!" Marah Dylan dengan dahi berkerut tatkala pertanyaan Puan Dayana agak.. sensitif..

Eryna menggigit bibir lalu mengangguk perlahan. "Ya.. anak saya meninggal pukul 2.31 petang tadi.." ujar Eryna perlahan selari menahan perit didadanya.

Puan Dayana mengangguk. "Maaf kalau permintaan aunty ni melampaui batas, tapi.. boleh ke aunty minta awak menyusu cucu aunty ni?"

"Mama! Jangan merepek la!" Jerit Dylan lagi selari memicit dahinya. Puan Dayana hanya endahkan anaknya. Dia masih senyum kearah Eryna ketika ini.

Eryna pula mengerdip mata lambat. Dipandang bayi yang dikendong Puan Dayana serta Puan Dayana silih berganti.

"Elok juga tu puan.. itu lebih baik berbanding pam susu. Sebab jika puan pam, mungkin dada puan akan makin sakit.." ujar doktor tadi.

Eryna meneguk liur kesat. Dia nak.. tapi dia takut pula apabila melihat wajah tegang Dylan ketika ini.

"Ibu dia.. mana?" Tanya Eryna perlahan. Puan Dayana senyum kelat. "Ibu dia meninggal selepas melahirkan dia.."

Eryna mengangguk. "Salam takziah.." ujar Eryna selari mata memandang kearah Dylan. Dylan hanya mengeluh sahaja. Dia terus memandang kearah lain menahan sebak dihati.

Eryna menggigit bibirnya. Denyutan didada makin terasa. "Boleh ke.. saya menyusu anak ni? Sebab.. dada saya sakit sangat sekarang ni.. ayah dia.. terima ke?" Tanya Eryna kepada Puan Dayana.

Puan Dayana senyum. Diangguk kepalanya. "Nak taknak, dia kena terima juga demi anak dia. Jadi, saya selaku nenek Elsa, izinkan awak menyusu dia.."

Dylan gelak sinis. "Really mama? Entah dari mana perempuan tu datang, lepas tu dia nak menyusu Elsa? No! Dylan tak benarkan! Kalau perempuan tu ada penyakit macam mana?!" Marah Dylan selari mencerlung kearah Eryna.

Eryna membalas cerlungan Dylan. "Kalau you taknak, i pun takkan paksa. I boleh je pam susu i untuk legakan dada i. But anak you? You nak biarkan dia melalak kelaparan macam tu? Macam tu ke sikap seorang ayah? Biar je anak menangis kelaparan demi kesombongan diri?"

Dylan mendengus mendengar itu. Tuan Aldin menepuk bahu anaknya. "Biarlah dia menyusu Elsa.. kesian Elsa dari tadi lapar tu."

Dylan mengeluh lagi. "Kalau perempuan tu berpenyakit macam mana? Kalau dia ada HIV?" Berkerut dahi Eryna.

"Excuse me? HIV? I tak pernah buat seks bebas tau? I ada suami. Tapi suami tak guna i tu dah ceraikan i waktu i mengandung anak dia! Bukannya i beranak anak luar nikah pun!" Marah Eryna.

Jangan main-main.. sudahlah Eryna sedang menahan sakit ketika ini.

Dylan mengetap bibir mendengar itu. Ditoleh kepala kearah anaknya yang masih menangis diriba Puan Dayana. Dylan mengeluh. Dia mengangguk perlahan. "Proceed." Ujarnya lalu menyebak rambutnya ke belakang.

Puan Dayana menghela nafas lega. Dia berpaling kearah Eryna lalu menghulurkan Elsa kepada Eryna. Eryna menggigit bibir kejap. Dia mendukung anak kecil itu dengan senyuman tipis. Agak kekok dirinya sekarang.

Dia masih takut-takut mendukung Elsa kerana badan Elsa sangat lembut seumpama tiada tulang. Bimbang juga jika dia menyakiti anak kecil itu..

Senyuman di bibir Eryna kian lebar apabila dia melihat wajah bersih anak itu. "Apa nama dia?"

Puan Dayana berpaling kearah Dylan. Dylan berdecit kejap. "Elsa. Elsa Damia binti Dylan Aldrich."

Eryna senyum lebar mendengar itu. "Comel nama dia.. macam tuan dia juga.". Bisik Eryna selari mencuit pipi Elsa. Berkerut dahi Dylan.

"Bila you nak menyusu ni? Anak i dah melalak dah tu." Geram juga. Sudahlah bingit telinga dia sekarang ni.. Eryna menjeling. "Maaf kalau i kurang ajar. Tapi you rasa, macam mana i nak menyusu kalau ramai orang dekat sini? You tak reti nak keluar kejap ke?"

Dylan gelak sinis. "Tu anak i. Buatnya you buat apa-apa pada dia macam mana? I takkan tinggalkan you berdua dekat sini. I akan tunggu you menyusu dia."

Eryna mengangguk. "Alright kalau macam tu yang you nak." Ujar Eryna perlahan. Dia terus menyingkap baju tshirtnya dengan selamba.

Doktor, Tuan Aldin, Puan Dayana dan Dylan terus berpaling kearah lain. Mereka meneguk liur dengan tindakan Eryna tadi. Fuhh gila berani Eryna tu..

Eryna hanya menggeleng. Dihulurkan puting dadanya ke bibir kecil Elsa. Tersenyum dia melihat bayi itu menyonyot buah dadanya dengan tangan kanan kecil dikepal erat sambil menyentuh dadanya.

Puan Dayana berdehem. "Err kami keluar dulu." Ujar Puan Dayana selari menarik tangan anak serta suaminya keluar dari wad. Bahaya! Tak sangka pula Eryna jenis aci redah je..

TBC🤍
Gaduh la kome. Esok2 kahwin.

VOTE AND COMMENT❤️

Continue Reading

You'll Also Like

876K 5.5K 10
[ YUSOF AYSAR X KHAIRIN ALANA ] ๐€๐ง๐ ๐ž๐ฅ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ : 1 A melodrama romance story Soon-to-be published in ebook ver. start : 12 Jan 2024 end :...
146K 6.3K 49
[ 16 | COMPLETE sequel for sugardaddy ] *unedited* โ—ผ๏ธ SUGARHUSBAND โ—ผ๏ธ Semuanya bermula daripada menjadi SUGARDADDY dan akhirnya menjadi SUGARHUSBAND...
336K 12.1K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
79.2K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...