The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

197K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 53

2.2K 87 14
By lemonellow

Idham berlari pantas menuju ke dalam kafe apabila terdengar bunyi berdesing dari earpiece yang dipakainya.

"SIAL!" carutnya apabila kelibat Mikayla dan Dian tiada di mana mana dalam kafe tersebut. Hanya ada beg tangan milik Mikayla di kerusi tempat mereka berdua duduk tadi.

Idham mengutip earpiece milik Mikayla yang sudah hancur dipijak di lantai.

Zarif dan Zuhail muncul beberapa saat selepas itu.

"MANA MIKA?!" pekik Zarif. Bahu Idham dicengkam kuat.

Idham menunjukkan earpiece yang telah hancur itu kepada Tengku Zarif.

"BODOH!"

"Kau cakap kau boleh protect Mika!!!!" amuk Tengku Zarif.

Beberapa orang pelanggan yang berada di kafe itu memandang ke arah mereka.

"Bro sabar!" halang Tengku Zuhail.

Tengku Zarif mendengus sebal, dia kemudiaannya bergerak laju ke arah seorang pekerja.

"Kau ada nampak tak dua perempuan yang duduk dekat sana?" soal Tengku Zarif sambil menuding ke arah meja yang diduduki Mikayla dan Dian tadi.

Pekerja itu mengangguk.

"Tadi ada akak yang pakai mask tu pengsan. Adik dia bagitahu kakak dia tu memang ada darah rendah sejak sejak pregnant jadi adik dia nak cepat cepat bawa kakak dia pergi hospital. Dia minta nak guna pintu keluar masuk pekerja dekat kafe ni. Mereka ikut jalan belakang kafe. Sebab belakang ni dah terus ada jalan pintas nak keluar dari shopping mall ni." jawab pekerja itu tanpa rasa sangsi. 

"BANGSAT!" bentak Zarif kuat hingga menyebabkan pekerja tadi tersentak.

Zuhail dan Idham yang mendengar sudah meraup muka. Mereka terleka! Tak tahu ada pintu belakang di kafe itu.

Idham kemudiannya meminta untuk melihat CCTV. Pada mulanya pekerja di situ keberatan untuk memberi keizinan tetapi apabila diterangkan yang kejadian itu adalah kejadian culik barulah mereka bersetuju.

Dari rakaman CCTV mereka nampak Dian yang tiba-tiba cemas bangun berdiri lalu bergerak mendekati Mikayla. Dian mengeluarkan picagari lalu menyuntik leher Mikayla. Idham nampak Dian menyelak rambut Mikayla lalu earpiece ditelinga wanita itu di tarik dan dicampak ke lantai. Dian dilihat memapah Mikayla sambil bercakap seketika dengan pekerja kafe itu sebelum menghilang di sebalik kawasan pekerja kafe.

Idham mencapai telefon lalu menekan satu nombor.

"Hello, macam mana intipan korang?"

"Hah? Tengku Liyana baru keluar rumah?"

"Korang dekat mana sekarang?"

"What???!!"

Tengku Zarif dan Tengku Zuhail berpaling melihat Idham apabila mendengar lelaki itu menjerit kuat.

"Korang balik markas dulu sekarang. Biar aku settle. Kau inform Black, minta selidik everything pasal Dian, pembantu pelakon Putri Ailin yang mati kena bunuh tu. Aku nak ASAP!" arah Idham sebelum panggilan dimatikan.

"Kenapa Id?" soal Tengku Zuhail

"Fuck! Aku rasa Dian tipu Kayla! Anak buah aku dari dua hari lepas perhatikan gerak geri Tengku Liyana. Baru tadi Tengku Liyana keluar rumah. Semalam perempuan tu balik lewat pergi clubbing. Aku rasa Tengku Liyana macam tak ada kaitan langsung! Dian hanya gunakan Tengku Liyana. Anak anak buah aku cakap Tengku Liyana keluar pergi Bukit Bintang harini untuk shopping!"

"Sial! Dian ke yang nak culik Mika?" soal Tengku Zarif. Mukanya usah dikata. Risau yang teramat.

"Kau cakap memang ada orang orang Liyana yang berjaga-jaga dekat flat Dian? Kenapa tiba-tiba kau cakap Liyana tak ada kaitan pulak ni!" soal Zuhail.

"Sebabtu aku ada cakap semalam aku pelik tu." kata Idham perlahan.

"So macam mana sekarang ni? Kita report polis jer lah Id!" gesa Zuhail. Dia turut risaukan keselamatan Mikayla.

"Kejap!" ujar Idham seraya mengangkat lima jari. Kakinya melangkah keluar dari kafe tersebut.

"Id! kau nak pergi mana?!" jerit Zuhail.

Idham tidak menoleh. 

"Zaf jom ikut dia dulu. Aku yakin kita boleh jumpa Mika balik. Bangun lah dulu. Jom! Kita kena fokus! Kita kena cari Mika sampai jumpa!" ujar Zuhail ke arah abangnya yang terduduk di lantai sambil memeluk bag tangan milik Mikayla yang ditinggalkan di kerusi. Muka abangnya sudah kusut benar. 

Tengku Zarif yang tadi bagai hilang arah terus bangun dari duduknya. Kaki dihala laju mengikut langkah Idham yang sudah semakin menghilang.

"Sayang! You need to be safe! You must be safe!" Ujar Zarif keras dengan mata memerah.

.......................................................

Bilik Pengurusan Litar Tertutup Shopping Complex 

"Jap rewind!"

"Pause!"

"Ni! Korang nampak tak?" soal Idham kuat. Jarinya dituding pada seorang lelaki yang berjalan di belakang Idham.

"Siapa?" soal Zuhail.

"Orang ni langgar aku tadi! Aku tengah lari nak masuk kafe lepas dengar bunyi berdesing dari earpiece. Tiba-tiba orang ni langgar aku."

"Encik, play balik!" arah Idham kepada pegawai yang menguruskan sistem litar tertutup di bilik itu.

Kesemua mereka fokus ke arah skrin. Jelas kelihatan lelaki yang memakai jaket kulit hitam bersama mask dan topi itu sengaja melanggar Idham yang sedang berlari. 

"Zoomkan!" arah Tengku Zarif pula. Matanya dipicingkan untuk menilik tubuh lelaki misteri itu.

"Siapa dia tu? Kau kenal ke Tengku?" soal Idham.

Zarif mengeluh. Dia tak kenal. Sosok tubuh lelaki itu nampak familiar tapi dia betul betul tak dapat cam.

"Macam mana kita nak cari Mika ni Id?" soal Zuhail. 

Idham helas nafas kasar. Terasa tak berguna saat ini. Padahal dia ada berdekatan sahaja dengan Mikayla.

"Lelaki dalam CCTV tu nampak macam orang muda..." ujar Idham perlahan.

"Dan aku lupa nak bagitahu sesuatu sebab sibuk uruskan plan kita harini. Yang pasal ayah Daus tu, aku check maklumat lama dia, dia pernah kerja sebagai kerani pendaftar di hospital tempat Zalika gugurkan kandungan."  

Bertaut kening Tengku Zarif mendengar kenyataan itu. Jadi dia perlu buat apa dengan maklumat tu? Boleh membantu cari Mikayla ke?

Idham yang dapat membaca reaksi Tengku Zarif itu hanya mengeluh perlahan. Suami Mikayla itu belum dapat menangkap apa yang cuba disampaikannya.

"Aku tengah tunggu partner aku hantar maklumat dulu. Aku harap apa yang aku fikir ni betul. Kalau betul kita boleh terus jejak Mikayla." sambungnya.

Cepat cepat Tengku Zarif angkat muka.

...........................................................

Rooftop Sekolah 

Mata Mikayla terpisat pisat cuba dibuka. Rasa pedih di lehernya masih terasa. Dia mahu mengangkat tangan namun tak berjaya apabila dia menyedari tangannya terikat pada kerusi yang dia sedang duduki. Dahinya berkerut apabila pening datang mencucuk. 

"Dah bangun?"

Luas matanya terbuka setelah mendengar ada satu suara menyapa. 

"Dian?"

"Awak buat apa ni?" soal Mikayla sambil matanya meliar melihat sekeliling. Dia rasa tempat itu familiar. Keadaan sekeliling pula sudah semakin gelap. Kemungkinannya hampir waktu maghrib. Entah berapa lama dia tak sedarkan diri. 

Itu rooftop sekolah lama dia dulu. Tempat dia dengan Daus selalu berborak. Tempat di mana Daus terjun 10 tahun yang lepas. Mikayla kerut dahi. Kenapa Dian bawa dia kesini?

"Dian? Kenapa awak bawa saya dekat sini? Kenapa awak ikat saya ni? Seingat saya tadi kita dekat kafe dan awak cucuk saya dengan something!" 

Dian tersenyum sinis.

"Ingat lagi tak dekat rooftop ni?"

Mikayla diam tak menjawab.

Ditarik keluar pisau yang berbungkus dengan plastik itu lalu ditayang pada Mikayla.

Mikayla memandang Dian dengan wajah pelik. Tadi gadis itu bagitahu pisau tu tak ada dengan dia.

"Dian, saya dah cakap kan tadi, awak tak perlu ikut arahan Tengku Liyana! Saya boleh tolong awak!" bentak Mikayla sambil cuba meronta ronta untuk melepaskan ikatan tangannya.

"Tolong? Kau nak tolong aku?"

Terpempan Mikayla mendengar suara Dian yang sudah hilang kelembutannya. Hilang sudah panggilan puan berganti dengan panggilan aku kau.

"Awak kenapa ni Dian?"

Dian tergelak perlahan. 

"Korang semua dah kena tipu. Dengan si Liyana tu sekali aku tipu." ujarnya seraya ketawa kuat. Puas hati sungguh.

Mikayla terdiam. Kena tipu apa ni?

"Kau nak tau tak, aku punyalah fikir macam mana cara untuk aku nak jumpa kau. Macam macam cara aku fikir tapi susah gila sebab kau asyik mereput jer dekat rumah mertua kau yang kaya raya tu!"

"Tapi tiba-tiba si Liyana tu datang culik aku! HAHHAHAHHA!" 

"Jadi aku pura-pura takut dan tunduk dengan ugutan dia. Dia nak suruh aku tolong dia frame kan kau sebagai pembunuh Ailin! Kelakar bodoh! Hampir aku nak tergelak waktu tu." ujar Dian seraya tergelak perlahan.

Tengku Liyana memang betul betul memudahkan kerjanya. Kerana Tengku Liyana dia berjaya mencuri peluang untuk menemui Mikayla. Kerana Tengku Liyana juga dia berjaya menculik Mikayla hari itu. 

Kerana lebam lebam di badan dia akibat dibelasah oleh orang orang upahan Tengku Liyana, dia dapat berlakon lemah di hadapan Mikayla tadi. Beria-ria dia berlakon sedih tadi demi untuk meyakinkan Mikayla. Senang sangat kerjanya. Selesai menyuntik Mikayla, terus dia lap air mata penuh kepalsuan yang bergenang di tubir mata. 

Keluar sahaja dari pintu belakang kafe itu tadi, ada orang sudah menunggu mereka di situ. Sebelum beredar sempat dia menutur kata maaf pura pura untuk meyakinkan perbuatannya itu adalah kerana arahan dari Tengku Liyana. Dia tahu ada yang sedang mendengar perbualan mereka melalui earpiece yang dipakai oleh Mikayla. Dia taklah bodoh. Dia perlu menjayakan wataknya sehingga selesai.

"Kau tau tak, Tengku bodoh tu sampai bagi aku pisau palsu!" ujar Dian sambil terkekeh kekeh ketawa.

"Dia tak tahu, aku ada pisau yang sebenar!" kata Dian seraya tersenyum sinis.

Mikayla kaget!

"Dian?"

Dian berjalan mendekati Mikayla yang sudah pucat gara-gara mendengar kata-katanya tadi. Kerusi berdekatan ditarik lalu dia bawa ke depan Mikayla. Punggung dilabuhkan di kerusi dan dia duduk betul betul di hadapan Mikayla.

Pipi Mikayla dia usap perlahan.

"Yes... aku yang bunuh Ailin tu. Aku sebenarnya ada pada malam kau datang jumpa dia buat kali terakhir tu, Puan Mikayla." bisik Dian seraya mengukir satu senyuman yang cukup menyeramkan. Berdiri bula roma Mikayla melihat senyuman itu.

"K-kau...kau yang bunuh Ailin?" soal Mikayla. Tergagap dia menutur kata. Matanya menentang dengan mata galak milik Dian.

Dian tergelak perlahan.

"Kau nak tahu tak apa jadi sebenarnya malam tu? Jom aku jadi penglipur lara untuk kau malam ni. Aku tahu, kau orang yang paling curious nak tahu apa jadi sebab kau ada dekat tempat kejadian malam tu kan?" ujar Dian dengan wajah yang kelihatan sungguh menyeramkan.

Mikayla meneguk air liurnya sendiri. Gerun!

......................................

Malam kejadian (POV Dian)

"You tengoklah trophy I ni Dian. Dah lama I berangan nak pegang trophy ni. Finally!" ujar Ailin dengan nada ceria.

Dian tersenyum. Dia mengangguk. Mengerti betapa Ailin mahukan trofi tersebut.

"Cik, esok cik banyak kena attend interview." ujar Dian sambil menunjukkan telefon bimbitnya yang bergetar getar akibat menerima banyak pesanan whatsapp dari pelbagai production yang mahukan Ailin hadir ke rancangan mereka gara-gara kemenangan besar malam itu.

"Yes! Hahahaha seronoknya I! I dah lama tunggu nak berada di atas macam sekarang. Tak sangka semanis ini. Lagi lagi dapat kalahkan perempuan tu."

Sedang Ailin bergelak ketawa tiba-tiba dia terdengar bunyi enjin kereta berhenti di hadapan rumahnya. Berkerut dahinya memikirkan siapa yang datang malam malam ni.

"Borhan ada cakap nak jumpa I malam ni ke Dian?" soal Ailin. Langkahnya dibawa untuk mengintai dari tingkap di tingkat dua.

"Tak ada pulak Dato' cakap apa apa cik." jawab Dian.

Ailin menjenguk melihat ke bawah.

Dia kemudiannya mencarut perlahan apabila pemilik kereta itu keluar dan melangkah laju masuk ke perkarangan rumahnya.

"Shit, mana perempuan tu tahu rumah aku! Sial betul!" 

"Siapa Cik Ailin?" soal Dian.

"Kayla!"

Dian turut terkejut. Tak menyangka juga Kayla akan datang ke rumah itu.

"ZALIKA!"

Pekikan dari luar rumah mula kedengaran. 

"Sial perempuan tu! Dia buat kecoh depan rumah aku panggil aku dengan nama tu!" Ailin sudah mula naik angin. Kakinya dihala laju menuruni tangga untuk berjumpa dengan Mikayla.

Sampai di anak tangga terakhir, makin jelas telinga disapa dengan jerit pekik Mikayla dari depan pintu utama rumah. Ailin menghentikan langkah. Dia berpusing ke arah Dian yang sedang mengekorinya turun.

"Wait, Dian, I nak you record I dengan Kayla. Lagi bagus kalau Kayla mengamuk serang I. I boleh sebarkan video ni nanti." ujar Ailin dengan senyuman sinis. Iphone miliknya diserahkan kepada Dian. Tiba-tiba sahaja idea  untuk mengenakan Mikayla masuk ke otak. Mikayla memang sengaja gali kubur sendiri.

Dian hanya setuju sahaja. Dia menyorok di satu sudut di bawah tangga. Telefon milik Ailin dia gunakan untuk merakam segala apa yang bakal terjadi sekejap lagi.

Sepanjang Ailin dan Mikayla bergaduh, ada Dian yang sedang bersembunyi sambil merakam pergaduhan itu senyap senyap. Macam macam persoalan mula timbul di kepala Dian ketika dia mendengar pertelingkahan kedua dua pelakon itu.

Dian keluar dari bawah tangga apabila Dian yakin Mikayla sudah memandu kereta untuk pergi dari situ. 

"Dian, pergi tutup pintu." arah Ailin dengan sisa gelak ketawa yang masih belum surut. Puas hati sungguh wajah Ailin ketika itu.

"Cik Ailin okay ke? Teruk ni rumah cik Ailin." ujar Dian sambil menunjukkan kaca kaca pasu yang berselerakan.

"Tak penting. Yang penting sekarang you sempat rakam kan?" soal Ailin.

Dian mengangguk. Iphone milik Ailin diserahkan kembali.

Ailin menekan punat play lalu rakaman pergaduhan itu ditonton kembali. Ailin ketawa terbahak bahak bagai sedang menonton filem komedi.

"Dian, I nak you tolong cut siap siap part perempuan tu serang I. Lepastu you mute kan suara." arah Ailin.

"Cik Ailin, siapa Zalika?" Dian pura pura bertanya. Mahu mengesahkan sesuatu.

"Tak payah nak menyibuk pasal tu. Buat apa yang I suruh buat!"

Dian terdiam. 

"Daus tu siapa pulak cik?" soal Dian sambil cuba membaca reaksi wajah Ailin.

Ailin menjeling ke arah Dian dengan wajah sebal.

"Busybody jugak you ni kan! Daus tu cuma lelaki bodoh yang berangan nak tolong ubah hidup I."

"Macam-"

"Dah stop, tak payah menyibuk kan I cakap? Lagipun jantan bodoh tu dah mati. Mati katak terjun bangunan sekolah!" kutuk Ailin.

Berubah air muka Dian saat itu. Dia berpusing memandang ke arah lain. Reaksi wajahnya cuba ditenangkan.

"Kayla tu lah yang menyebabkan Daus tu mati katak. Mati sia-sia. Sebab Kayla tu Daus sanggup buat macam macam." ujar Ailin sinis. Memori lama menggamit kembali.

"Mak Daus tu pun bunuh diri kalau you nak tahu. Kelakar gila. Anak mati, mak pun nak ikut anak mati jugak. Dua dua bebal." sambung Ailin.

Dian ketap gigi. Makin tak tertahan rasa sakit hati mendengar hinaan Ailin.

Dian masuk ke dapur mengekori langkah Ailin yang mahu minum air. Kering tekak mungkin selepas bertelagah mulut dengan Mikayla tadi.

Dian merenung ke arah susunan pisau dapur yang ada pada rak pisau. Dikeling sekilas ke arah glove latex berwarna pink yang dia selalu guna sewaktu disuruh membasuh pinggan di rumah itu.

Dia berpusing ke arah Ailin semula. Mahu bertanya buat kali terakhir.

"Cik Ailin memang langsung tak rasa kesian ke dekat keluarga Daus tu? Dorang hilang anak tapi cik Ailin hina pulak mak dia..."

"Eh you ni Dian! Banyak tanya pulak malam ni! You tak payah berangan nak kesiankan orang lain. You tu pun sebatang kara. Mak bapak tak ada. Entah entah anak luar nikah. Kalau nak kerja lagi dengan I jangan nak menyibuk hal orang. Kang mati cepat pulak mak angkat you yang dekat hospital tu!" bebel Ailin geram. Dia tak faham kenapa dengan Dian malam itu. Biasanya Dian tak banyak soal.

Makin terbakar marak hati Dian mendengar kata kata nista dari mulut Ailin. Dia mencerlung garang ke arah Ailin yang sedang membelakanginya.

Dian kemudiannya perlahan-lahan menarik pisau dapur. Dia tak dapat menahan gelodak amarah yang sudah mula memberung. 

Tanpa kata dia bergerak perlahan ke arah Dian. Dian berpusing dengan wajah pelik apabila Dian hanya diam merenung ke arahnya. Pisau dapur itu ditusuk kasar ke arah perut Ailin. Mata Ailin terbeliak. Dia tertunduk kesakitan.

"ARGHHHHH!!!! SIAL!" carut Ailin kuat. Matanya memerah gara gara pedih kerana terkena tikaman. Dia mengangkat muka memandang Dian.

"D-Dian! Kau ti-tikam aku???" soalnya sambil tertunduk. Tersekat sekat nafasnya.

Dian tersenyum puas hati. Tak rasa menyesal menikam Ailin. Gilanya mula datang. Kakinya dibawa melangkah mendekati Ailin yang sedang berkerut menahan kesakitan.

Ailin mula takut melihat muka Dian yang sedang tersenyum sinis.

"Aku ni dah lama dah tahan kerja dengan kau. Aku kerja dengan kau sebab aku nak dekat dengan Mikayla tu jer. Tapi tak sangka kau pun kenal abang aku! Berani kau hina keluarga aku?!" Pekik Dian garang.

Ailin tergamam mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Dian. Kakinya berundur beberapa tapak. Tangan masih menekan luka tikaman tadi. Sakit dan pedih.

"A-abang???"

Dian tergelak perlahan melihat reaksi Ailin ketika itu.

"Lupa nak perkenalkan diri. Aku Humaira. Adik Daus Hakimi. Orang yang hina-hina tadi tu. Aku adik kandung Daus. Adik yang semua orang ingat dah mati tu. Nama Dian tu aku guna sebab sepatutnya nama sebenar aku adalah Dian Humaira. Tapi orang JPN tu tertinggal nama Dian masa daftarkan nama aku. Bodoh kan?" ujarnya sambil tergelak. Sinis bunyinya.

Ailin telan liur mendengar gelak ketawa Dian. Itu kali pertama dia nampak Dian gelak kuat begitu. Selama ini Dian nampak sopan.

"Aku sebenarnya nak gunakan kau untuk balas dendam dekat Mikayla. Aku tahu kau tu Zalika on the day Mikayla confront kau dekat hotel waktu shooting dulu tu lagi. Cumanya masa tu aku ingatkan kau tak kenal abang aku. Aku yang sebarkan video kau bergaduh dengan Kayla dekat hotel tu di internet dengan harapan nak orang kecam Mikayla."

Ailin makin berundur ke belakang. Luka tikaman di perutnya makin menyengat. Kakinya sudah terasa lemah. Darah keluar menitik nitik di atas lantai.

"Malam ni baru aku tahu. Kau pun perempuan jahat yang hina abang dan mak aku!"

"Tolong!" jerit Ailin kuat.

Dian hanya tersengih sambil kakinya dibawa melangkah mengikut pergerakan Ailin. Sekali sekala dia menjengket kaki, mengelak dari terkena darah Ailin. Sambil itu juga dia berjalan sedikit beberapa langkah ke kiri dan ke kanan. Mahu mengelirukan orang orang yang akan datang nanti. Dian nekad. Ailin patut mati malam ni!

Matanya tetap tak beralih dari merenung Ailin yang masih mengengsot untuk lari.

"Kau nak lari mana?" soalnya.

"Dian, please, aku tak ada buat apa apa pun dekat abang kau. Tolong aku, janganlah bunuh aku. Aku janji Dian aku takkan bagitahu polis kalau kau bawa aku ke hospital." 

Ailin merayu sambil cuba melangkah menjauh dari Dian. Dia takut dengan wajah Dian yang sedang seronok mengacah acah pisau di tangan. Dian nampak seperti kurang siuman.

"Kau bunuh jer lah Mikayla! Kenapa kau nak bunuh aku! Mikayla tu penyebab Daus mati. Kau patut bunuh dia Dian, bukan aku!"

"Aku akan bunuh dia jugak nanti tapi malam ni aku test dekat kau dulu yer. Lagipun kau dah tau identiti aku. Mana boleh! Kau kena mati jugak!" ujar Dian galak.

"Dian, aku janji! Aku janji aku tak akan kacau plan kau. Aku akan diam. Tak pun aku boleh bantu kau balas dendam dekat Mikayla. Kau pun tahu aku tak sukakan Mikayla tu, jadi kita boleh jadi partner. Aku tolong kau!"

Dian tergelak perlahan.

"Kau nak tolong aku? Kau pun kecam abang aku. Kau hina keluarga aku! Kau tak layak jadi partner aku! Dasar jahanam!" pisau dihunus sekali lagi pada Ailin yang berada pada hujung anak tangga palinga atas. Darah memancut keluar mengena pakaian yang dipakai Dian.

"ARGHHHHH!!!"

"SAKIT!!!"

"SIAL KAU DIAN!!!"

"Dah nak mati pun mencarut lagi kau Cik Ailin." ejek Dian.

Ailin bersandar pada dinding berdekatan pintu biliknya. Pedih dan sakit yang sudah tak dapat dia tahan. Pandangannya berbalam-malam memerhati langkah Dian yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya.

"Kau dan keluarga kau memang sial..." ujar Ailin lemah. Matanya berkaca-kaca menahan pedih.

"Dulu abang kau menyibuk dalam kehidupan aku..."

"Sekarang kau pulak..."

"B-bodohnya a-aku tak sedar selama ni kau siapa sebenarnya..."

Dian mendekati tubuh Ailin.

"Kau diam jer lah cik Ailin. Jom aku hantarkan kau untuk jumpa abang aku dulu. Pergi minta maaf melutut dekat mak dan abang aku tau! Sampaikan salam aku dekat dorang." ujarnya sambil meletakkan pisau di leher Ailin.

Ailin yang terlalu lemah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

*Zas!

Dengan satu gerakan, pisau itu bergerak menembusi kulit leher Ailin mengenai urat nadi pelakon itu. Menggelupur pelakon itu seketika kemudiannya senyap. Ailin mati dalam keadaan terbeliak. 

Dian tergelak perlahan. Air mata yang merembes keluar diseka dengan lengan baju yang sudah terpalit darah. Itu pembunuhan pertamanya! Pisau itu ditusuk kembali berulang kali pada abdomen Ailin yang sudah kejung.

Puas hati dengan keadaan Ailin, dia bangun berdiri. Di pandang sekeliling kawasan rumah mewah itu yang kini sudah menjadi tempat pembunuhan. Pisau ditangan digenggam erat. Peluh yang merecik diseka. 

Dia perlu membersihkan sedikit kawasan rumah itu supaya dia tak akan dikaitkan sebagai pembunuh. Baju juga perlu ditukar. Kesan yang bakal menjadi bukti dia ada di rumah Ailin pada malam itu perlu dihapuskan.

Dia perlu bertindak cepat sebelum pagi menjelma.

Dian bersiul siul riang. Entah kenapa, dia berasa seronok. Puas!

......................................

Mikayla kelu tanpa kata setelah Dian menghabiskan cerita.

Jadi gadis dihadapannya itu adalah Humaira. Adik Daus Hakimi yang sakit terlantar di hospital dari kecil. Adik yang disangka telah mati. Macam mana? Macam mana pihak polis boleh tersilap maklumat tentang itu? Maklumat sepenting itu! Ligat otak Mikayla berfikir.

Mikayla pandang wajah gadis yang sedang tersenyum puas dia hadapannya.

"A-Aira?" soalnya terketar ketar. 

"Ya aku Aira, aku adik Daus! Adik perempuan yang semua orang ingat dah mati tu. Tak sangka kau kenal aku. Siap panggil aku dengan nama yang abang aku panggil aku!"

"Kenapa Aira buat macam ni?!" soal Mikayla.

" Sebab kau! Aku dendam dengan kau! Kau punca keluarga aku hancur!"

"Ai-" 

"Aku bangun bangun jer dekat hospital, aku dapat tahu abang aku mati, mak aku mati! Kau! Kau penyebabnya!!!!" jerkahnya kuat tanpa sempat Mikayla menghabiskan ayat.

"Ya Allah Aira!  Mengucap Aira! Mengucap! Kenapa sampai sanggup buat macam ni Aira?!"

"Kau pulak? Kau pun bunuh anak kau sendiri!" pekik Dian. 

"Kau bunuh anak abang aku dan sekarang kau happy happy nak mengandung anak suami kau yang kaya raya tu?" sambung Dian.

"Kau nak tahu tak, aku yang hantar hadiah janin tu dekat kau masa dekat DMC tu. Aku suruh orang titipkan hadiah aku tu dalam kereta kau. Macam mana? Teringat kenangan lama tak? Kenangan kau gugurkan anak abang aku sampai abang aku rasa bersalah gila dan sanggup mati sebab rasa bersalah dekat anak tu!" ujar Dian kuat.

"Aira! Akak tak pernah mengandung pun dulu. Aira dah salah faham! Semua orang salah faham! Akak ada record asal hospital yang menunjukkan record yang tersebar waktu akak sekolah dulu tu palsu. Record tu bukan akak punya. Tu record Zalika!" terang Mikayla dengan nada keras.

"TIPU! Kau nak tipu lagi!!!!" amuk Dian.

"Akak tak tipu! Akak dengan abang Dian tu tak ada hubungan apa apa pun. Kami memang kawan rapat tapi tak lebih dari tu. Nota bunuh diri tu palsu. Abang Dian tu tak bunuh diri!"

"Penipu! Penipu!!!!!" jerit 

"Aira, akak tak salah. Akak bukan penyebab abang Aira mati. Tolonglah percayakan akak, Aira."

"Kau jangan nak tipu lagi lah! Memang kau tak bunuh abang aku secara direct tapi kau penyebab abang aku bunuh diri! Kau setan! Kau pemusnah keluarga aku!"

"Dah lama aku nak bertemu empat mata macam ni dengan kau! Aku dah tak sabar tunggu detik ni. Aku mula mula nak hancurkan kebahagian kau, tapi susah betul. Tapi kan lepas aku tahu kau dah mengandung aku ada idea baik. Aku akan hantar kau dengan anak kau ke neraka sama macam cara abang aku mati."

Mikayla mula cemas. Jantungnya mula berdetak laju. Janganlah diapa-apakan kandungannya!

"Aira! Tolonglah... jangan buat macam ni. Aira betul betul dah salah faham. Akak dengan abang Daus kawan rapat Aira. Akak kenal Aira sebab Daus yang bawa akak pergi jumpa Aira dekat hospital waktu Aira sakit dulu!"

*Krek...

Kedua dua mereka berpaling ke arah bunyi itu.

"Ayah!" panggil Dian dengan nada ceria.

Mikayla tergamam. Lelaki berhud dan memakai baju hujan itu dipandang. Ayah? Maksudnya lelaki tu ayah Daus. Orang yang berkali kali memakinya dulu.

Lelaki itu datang mendekati Mikayla dan Dian. Kepala Dian diusap perlahan sebelum dia menghadap Mikayla. Tangan lelaki itu menarik hud yang dipakai di kepala. Topeng yang dipakai turut dicabut dan dilemparkan ke lantai.

Mikayla terpana.

Wajah lelaki itu makin meggerunkan setelah 10 tahun mereka tak bertemu. Air muka ayah Daus kelihatan berbeza berbanding 10 tahun lalu. Wajah lelaki itu saat ini kelihatan sungguh menakutkan.

"Dah bersedia nak mati?" soal Husin sambil tersenyum lebar. Tak manis, malah menyeramkan.

.........................................................

"Berapa lama aku nak tunggu ni!!!!" bentak Zarif keras. Dari tadi dia lagi dia menunggu di dalam kereta bersama Zuhail di belakang bangunan sekolah. Kawasan itu terlindung dari pandangan sesiapa yang berada di rooftop.

Idham sudah meninggalkan mereka berdua di situ, bersama beberapa orang lelaki yang entah dari mana muncul untuk ke bangunan sekolah yang bertentangan dengan bangunan yang mempunyai rooftop terbuka itu.

Mereka tadi terus berkejar ke sekolah itu setelah mendapat maklumat dari Black.

"En Husin atau nama samarannya sekarang adalah Daud, dulu pernah kerja sebagai kerani pendaftar dekat hospital yang sama dimana Zalika gugurkan kandungan. En Husin tu ada dua anak. Daus Hakimi dan Humaira. Humaira tu adalah nama sebenar Dian. Humaira yang dikatakan telah mati tu sebenarnya masih hidup! En Husin tu dah palsukan maklumat kematian anak dia sendiri." terang Black panjang lebar melalui panggilan telefon. 

Mode loudspeaker ditekan oleh Idham dari awal supaya Zarif dan Zuhail juga dapat mendengar. Mereka ketika itu sudah berada di dalam kereta milik Zuhail.

"Dian tu adik Daus?!" ujar Zarif yang sudah terkejut.

"Ya, Dian tu identiti palsu. Sama macam yang Daud tu guna. Cumanya butir Dian tu lebih lengkap. Daud wujudkan identiti seorang mak untuk Dian. Aku tak tahu mak Dian tu betul betul wujud atau tidak. Aku akan check lagi."

"Jadi Dian sengaja gunakan Liyana untuk culik Mika?" soal Zuhail.

"Yang cerita katanya Liyana culik dan pukul dia tu palsu ke?" soal Zarif juga.

"No Tengku, Tengku Liyana betul betul culik dan pukul dia. Kami dah berjaya tangkap orang yang diupah Liyana dan orang tu dah mengaku memang mereka culik Dian. Dian dah berjanji untuk ikut plan Liyana jadi Liyana lepaskan Dian. Tengku Liyana tu pun sebenarnya kena tipu dengan Dian." jawab Black dari talian.

"Damn! Perempuan tu licik betul. Kita semua kena tipu hidup hidup, Liyana pun kena tipu Zaf!" ujar Zuhail yang masih belum hilang rasa terkejutnya dengan identiti sebenar Dian.

"Jadi kau orang rasa mana kita boleh cari Mikayla?" soal Idham. Mata dihala ke arah Zuhail dan Zarif silih berganti.

Zarif pegun.

"Sekolah! Kalau semua ni jadi kerana dendam mereka berdua dekat isteri aku sebab kes Daus tu maksudnya besar kemungkinan dorang bawak Mika pergi sekolah tu. To be exact, rooftop!" 

........................................

TBC

Author's note: So, korang expect tak Dian pembunuh yang sebenar?

Continue Reading

You'll Also Like

172K 9K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
84.6K 2.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...