The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 52

2.3K 86 6
By lemonellow

Rumah Agam Tengku Zaid

"WOW! Dunia dah terbalik ke ni?" tegur Zuhail yang baru bangun. Terkejut dia melihat abangnya sedang elok berborak dengan Idham di ruang tamu rumah itu. Mikayla turut ada disisi Tengku Zarif.

Zuhail teruja. Abangnya boleh duduk satu ruang dengan Idham pun dah cukup membanggakan. Boleh dimasukkan dalam Malaysian Book of Record! Hebat!

"Kau jangan nak start Zuhail!" ugut Zarif. Adik dia itu pantang kalau ada peluang mengusik.

Zuhail tergelak. Dia melangkah ke arah Idham. Tak jadi mahu pergi makan di dapur. Situasi di situ lebih menarik.

"Yo! Id! Lama tak nampak." sapa Zuhail seraya melabuhkan duduknya di sebelah Idham.

Idham hanya membuat isyarat tangan bagi membalas sapaan Zuhail.

"Borak apa korang?" soal Zuhail.

"Zuhail, kau zip mulut kau kejap. Orang tengah serius ni. Diam kejap!" arah Zarif geram.

Zuhail lantas menekup mulut lalu membuat gaya mulutnya di zip.

Mikayla menjuih bibir pada Zuhail. Matanya digulingkan.

Zuhail pula membalas dengan menolak puncak hidungnya menggunakan jari telunjuk. Bahasa halus untuk mencarut perkataan 'babi'.

Mikayla kemam bibir tahan gelak. Bongok Zuhail ni.

"Aku setuju dengan cadangan kau Idham. Aku pun risau Dian tu sebenarnya dah dipaksa oleh Liyana untuk buat something bad dekat Mika."

Zuhail yang tadinya tak terlalu fokus pada perbualan abangnya dengan Idham mula memberi respons apabila mendengar nama sepupu mereka disebut.

"Liyana? Dia buat hal apa lagi?" soal Zuhail.

"Cepat betul zip kau tercabut Zuhail! Guna zip murah ke?" perli Mikayla.

Zuhail mencebir bibir.

"Liyana culik Dian, pembantu Ailin tu. Dian call Kayla petang semalam minta tolong. Tapi aku suspect tu sebenarnya sebab Tengku Liyana yang suruh. Kalau Dian betul betul dalam bahaya patutnya dia dah minta tolong untuk selamatkan dia terus tapi ni dia minta Kayla tunggu dulu. Macam pelik sikit." terang Idham.

"Gila sepupu kita ni Zaf!" ujar Zuhail seraya menggeleng-gelengkan kepala. 

"Liyana ni waktu kecil dulu orang minum susu ibu, dia pulak pergi makan tahik ke apa?" sambung Zuhail lagi. Tak faham dia dengan Tengku Liyana.

"Dian mungkin akan call balik Mika nanti untuk nak ajak jumpa." ujar Zarif.

Idham mengangguk bersetuju.

"Kalau boleh jumpa dekat sini lagi selamat, tapi aku tak rasa boleh pujuk Dian tu untuk jumpa dekat rumah. Mesti Tengku Liyana akan suruh Dian ajak Kayla jumpa dekat luar juga." tebak Idham.

"So plannya?" soal Zuhail.

"Plannya adalah nanti bila Dian dah call dan dah set tempat untuk jumpa, Kayla kena buat Dian fikir yang Kayla betul betul pergi seorang diri. Atleast Dian tak nampak kekok kalau dia tak tahu. Kayla kena rahsiakan hal ni dari Dian supaya Tengku Liyana tu tak rasa curiga apa-apa." terang Idham.

"Kita pun kena fokus pada Liyana. Aku rasa better aku libatkan orang orang aku untuk pantau gerak geri Liyana tu start dari harini. Mungkin dengan memantau ni, kita dapat sense dari awal apa yang perempuan tu rancangkan. Kena make sure Liyana tak dapat bertindak lebih-lebih. Tapi sebenarnya kalau boleh kita kena tunggu sampai Liyana caught in action. Barulah senang nak buat tindakan apa apa."

Tengku Zarif mendengus sebal. Betul seperti yang dikatakan Idham. Mereka tak boleh bertindak melulu menghukum Liyana. Perempuan itu sekarang cuba menjadikan Dian sebagai kambing hitam untuk melindungi rancangan jahat sendiri. Perlu tunggu sehingga Liyana bertindak barulah mereka boleh mula buat percaturan. 

"Lepastu korang nak buat apa dekat dia?" soal Mikayla. Risau juga suaminya nak buat benda bukan-bukan.

"Kau akan report polis ke Tengku Zarif kalau kita dapat tangkap Liyana nanti?" soal Idham pula.

"Belum ada decision. Kita tengok dulu apa dia nak buat. Mika, aku sendiri yang akan tengokkan." ujar Zarif seraya menarik tangan si isteri lalu digenggam erat.

"Aku pun akan tengokkan Mika jugak dekat tempat perjumpaaan tu nanti. Kita berdua kena stay dengan Mika tapi tak boleh terlalu dekat. Risau dorang tahu dan cancel plan. Kalau plan ni batal, susah untuk kita agak apa next move Liyana."

"Aku? Aku pun nak join mission impossible korang ni!" ujar Zuhail.

"Kau nak join buat apa? Menyemak jer nanti!" bidas Zarif.

"Hey bro kau dah lupa ke aku ni orang penting penyelamat rumah tangga kau. Dasar tak kenang budi. Kau kena include kan aku sekali. Aku pun nak acah acah jadi Tom Cruise jugak!"

Mikayla membuat muka annoying pada Zuhail. Tergeleng geleng kepala melihat Zuhail yang masih main main sewaktu orang sedang serius. Nak mampos dengan Zarif dan Idham si Zuhail ni. Sudahlah perangai Idham dengan Zarif ni hampir sama.

"Kalau kau nak sangat join, kau jadi driver Kayla on that day. Lagi bagus kalau bukan Tengku Zarif yang hantar. Aku rasa better Tengku Zarif pura-pura masuk office haritu. Supaya Tengku Liyana tu tak curiga. Dia sepupu kau orang. Mesti dia lebih tahu jadual hidup kau orang." ujar Idham.

"Driver jer kau bagi job dekat aku? Muka aku ni ada macam rupa driver ke?" ujar Zuhail bengang.

"Zuhail! Banyak songeh lah kau ni. Ikut jerlah orang suruh tu. Tadi nak sangat ikut mission imposibble bagai." omel Mikayla.

"Erghh yelah." ujar Zuhail pasrah.

"Assalamualaikum." sapa Puan Sri Sharifah apabila melihat anak anak menantunya berkumpul di ruang tamu. Mengikut dari belakang adalah Sakinah, dan Pak Karim yang sedang membawa barangan yang dibeli dari pasar pagi. 

Keempat empat kepala di ruang tamu itu menoleh ke arah Puan Sri Sharifah yang baru masuk ke dalam rumah.

Zulfa yang sedang memaut lengan mamanya turut memandang ke arah ruang tamu. Dia mengikut mamanya ke pasar pagi hari itu kerana bosan. Lepas subuh lagi dia diajak selepas mamanya memberitahu mahu membeli sedikit barang basah di pasar bersama pembantu rumah malam tadi.

Zulfa terkejut melihat sosok Idham di sebelah Zuhail. Abangnya Zarif sudah boleh berbaik dengan Idham ke? Wow! Zulfa pandang abang Zarifnya seketika sebelum mata kembali memandang Idham. Bertembung mata mereka berdua sebelum Idham mengalih pandangan ke arah lain. Riak muka lelaki itu kosong sahaja. 

Zulfa mencebik.

"Mama, Fafa, baru balik? Pergi pasar rupanya." ujar Mikayla sambil melangkah ke arah mereka berdua.

"Haah, ni beli barang basah. Mama belikan jugak tempoyak. Mika haritu cakap nak makan tempoyak." ujar Puan Sri Sharifah sambil tersenyum.

"Hah! Serious lah ada tempoyak?!" ujar Mikayla seronok. Dia jarang makan tempoyak tapi haritu dia nampak ada orang buat mukbang makan nasi panas panas dengan sambal tempoyak dan ulam-ulaman di live tiktok menyebabkan dia tiba-tiba terliur. Disuarakan pada mama dan tak sangka mama ingat tentang itu.

"Ya, nampak tempoyak tadi terus mama teringatkan Mika. Ni kenapa Idham datang?" soal Puan Sri Sharifah.

"Abang Zaf dengan Id tengah bincang bincang pasal kes dan tengah borak borak sikit tentang apa yg jadi dekat DMC haritu Ma." Selindung Mikayla. Belum dapat menceritakan hal sebenar tentang Tengku Liyana kepada Puan Sri Sharifah. 

Lagipun mereka belum tahu apa yang Tengku Liyana tengah rancangkan. Tidak mahu juga membuatkan Puan Sri Sharifah risau.

"Abang, Mika pergi dapur dengan mama dulu yer. Abang borak lah dulu nanti cerita dekat Mika." ujar Mikayla sebelum menarik tangan Puan Sri Sharifah ke dapur. Tak sabar nak tengok apa yang dibeli mertuanya itu di pasar.

"Fa?" panggil Mikayla pelik. Adik iparnya itu hanya diam terpasak di situ tanpa mengikut. Mata adiknya itu sibuk memerhati ke ruang tamu di mana para lelaki sedang berbual.

Zulfa yang tersedar cepat cepat mengawal riak wajah dan terus melangkah mengikut mama dan kakak iparnya ke dapur.

"Mama beli jambu air jugak. Yang macam Mika makan minggu lepas. Mama nampak Mika suka."

"Awww mama!" terharu Mikayla dengan Puan Sri Sharifah. 

"Babah pergi mana?"

"Babah kamu tu cuti cuti ni pergi main golf lah. Nak main sukan lain tak larat dah." balas Puan Sri Sharifah sambil tangannya mengeluarkan barang barang yang dibeli.

"Harini nak buat patin masak tempoyak. Bik, ni kamu rendam dulu ikan ni dalam perahan asam limau. Kita biar dulu sejam." arah Puan Sri Sharifah. 

"Patutnya Mika ikut jugak pergi pasar dengan mama dan Fafa tadi."

"Ehh tak payah, penat Mika nak pergi pasar bersesak sesak macamtu. Duduk jer rumah, kalau nak apa apa bagitahu mama. Nanti mama pergi lagi. Lepas dah bersalin nanti Mika bolehlah nak join pergi. Waktu tu mesti anak bongsu mama ni dah masuk belajar dah!"

"Eleh mama ni, padahal suka kan kalau Fafa takde? nanti Mika sorang jer teman! Mika tahu tak, mama ni dekat pasar tadi entah berapa kali sebut nama Mika. Nampak makanan jer cakap eh ni Mika suka ni, eh tu pun Mika suka tu, kena beli lah ni, Mika pun suka makan yang ni." kutuk Zulfa sambil mengajuk gaya Puan Sri Sharifah bercakap.

Mikayla tergelak. Puan Sri Sharifah pula tangkas mencubit bahu anaknya. Geram diajuk anak sendiri.

"Thank you, Mama. Mika sayang sayang dekat mama!" ujar Mikayla sambil cuba tahan diri dari berair mata. Cengeng sangat dia.

Kak Nab datang mencelah untuk menyerahkan sepinggan buah jambu air kepada mereka bertiga. Puan Sri Sharifah menyambut pinggan tersebut lalu diambil sepotong dan disuakan kepada menantunya.

"Tengok!"

Tersentak kedua-duanya mendengar suara kuat Zulfa.

"Buah pun bagi Mika dulu!" omel Zulfa dengan nada merajuk yang dibuat buat.

"Mengadanya kamu ni! Nah! Ke nak mama suapkan ke mulut?" usik Puan Sri Sharifah sambil turut menyuakan sepotong lagi buah jambu air itu menghampiri dua ulas bibir Zulfa yang sedang mencebik.

"Ahhhh" Zulfa menganga sambil membuat bunyi. Seronok dimanja. Mikayla mencubit pipi Zulfa. Comel!

Puan Sri Sharifah bergerak ke rak pinggan mangkuk lalu dibawa pinggan kecil itu ke meja dapur. Kuih kuih yang dibeli di pasar tadi dihidang ke atas pinggan. 

"Nanti anak Mika keluar, makin jatuh ke bawah lah takhta Fafa sebagai anak kesayangan keluarga Tengku Zaid!" ujar Zulfa. 

"Eleh, Fafa jugak yang beria nak anak saudara. Tiba-tiba nak sembang pasal takhta pulak!" ujar Mikayla.

"Hehe, saje jer nak mengada-ngada selagi masih ada peluang!" ujar Zulfa sambil melihat mamanya mengambil teko teh yang dibancuh Kak Nab lalu diletakkan di atas dulang.

"Sakinah, ni kamu hantar ke depan." arah Puan Sri Sharifah.

"Eh kejap! Biar Fafa tolong hantarkan." halang Zulfa seraya menarik dulang tersebut.

Terkejut Puan Sri Sharifah dan Mikayla. Masing masing memerhati Zulfa dengan wajah pelik.

Zulfa tersengih. "Hehe, Fafa nak pergi kacau abang Zuhail kejap." ujarnya sambil mengangkat dulang itu dan berjalan melenggang ke ruang tamu.

Zuhail yang terlebih dahulu nampak kehadiran adiknya yang sedang menatang dulang berisi teh dan kuih muih laju sahaja menegur.

"Weh ni lagi satu keajaiban dunia! Apehal Fafa tiba tiba rajin tatang dulang ni?" Tak pernah dalam hayatnya hampir nak masuk 27 tahun hidup atas dunia ni nampak adiknya itu rajin nak membawa makanan kepada tetamu. Biasanya kalau ada tetamu datang, adiknya langsung tak keluar bilik!

Terjuih mulut Zulfa mendengar kata-kata Zuhail. Annoying sungguh abangnya itu.

"Eee, Fafa rajin salah, Fafa malas pun salah. Bising lah abang ni. Makan jer lah!" 

"Abang Id, silalah jugak." lain suaranya menyapa Idham, berbanding ketika membentak abang Zuhailnya tadi.

Zuhail memicing mata ke arah adiknya yang tiba-tiba berubah nada.

"Mika buat apa dekat dapur?" tanya Zarif. Kuih di dalam pinggan dicapai.

"Mika tengah makan buah." balas Zulfa. Abangnya yang sulung ini pulak pantang isteri tak ada depan mata. Otak tu agak-agaknya 70% penuh dengan Mikayla sahaja.

"Fafa pergi dulu, kejap lagi abang bawak masuk ehh semua ni balik dekat dapur!" ujar Zulfa sambil jarinya dibawa menuding ke arah muka Zuhail.

Zuhail hanya menjelir lidah. 

Zulfa sudah menjeling geram. Kalau tak ada Idham tadi memang selamat kaki abangnya itu kena sepak dengan dia. 

...................................................

Panggilan telefon dari Dian yang ditunggu tunggu akhirnya muncul 3 hari kemudian. Dian memberitahu dia selamat menyorok di rumah saudaranya tapi belum dapat keluar dari rumah kerana takut. Luka dan cedera di badan juga masih belum sembuh. Dian meminta sehari masa untuk dia berehat dan menyembunyikan diri terlebih dahulu.

Mereka turut membuat temu janji untuk berjumpa di sebuah kafe di sebuah shopping complex.

Dari panggilan telefon tersebut, Mikayla masih belum dapat memastikan sama ada Dian betul betul terlepas dari Tengku Liyana ataupun sebenarnya Dian telah dipaksa oleh Tengku Liyana untuk berlakon supaya Mikayla tak mengesyakki apa-apa. 

Tengku Zarif jadi risau kerana mereka masih belum dapat menghidu rancangan Tengku Liyana. Kepada Idham mereka khabarkan tentang itu. Idham memberitahu yang rakan-rakannya masih mengintip Liyana. Rakan-rakan Idham memaklumkan mereka sudah mengecam dan sedang memantau gerak geri orang orang upahan Tengku Liyana.

Malam sebelum pertemuan itu akan berlangsung, mereka menyusun rancangan dengan Idham melalui panggilan telefon. Mengikut rancangan asal, Tengku Zarif akan pura-pura ke pejabat. Dua rakan Idham akan memerhatikan gera-geri Tengku Liyana. Mikayla pula akan ke shopping mall sesuai temu janji dan akan dihantar oleh Tengku Zuhail.

"Tapi kan, aku pelik lah, sepupu Tengku ni sebenarnya ada kaitan ke dengan pembunuhan Ailin tu?" soal Idham di hujung talian.

Mikayla dan Tengku Zarif sama sama terdiam. Mereka juga tiada jawapan dari soalan itu. Tengku Liyana memang unexpected. Mereka pun tak dapat mengagak apa yang ada di dalam fikiran.

"Entah apa yang Liyana tu nak buat sampai libatkan Dian." ujar Mikayla perlahan.

"Kita kena tolong Dian Id, aku tak nak dah orang sakit sebab aku. Aku penat dah nak tanggung rasa bersalah ni." sambung Mikayla.

"Kau jangan risau Kayla. Kau tak perlu pun nak fikir semua tu. Bukan salah kau. Aku dah cakap banyak kali dah kan. Semua yang jadi tu bukan salah kau." ujar Idham juga.

"Betul tu sayang. Sayang tak ada buat salah pun so tak perlu rasa bersalah. Orang yang betul betul salah tu yang patut kena hukum." ujar Zarif.

Zuhail turut mengangguk bersetuju.

.......................................

Pagi itu Dian muncul di tempat yang dijanjikan. Idham memerhati dari kejauhan dan dia nampak Dian datang berseorangan. Gaya Dian seperti takutkan sesuatu. Mata Idham meliar memerhati sekeliling. Cuba memerhati takut-takut ada yang sedang mengawasi Dian.

"Dian dah muncul. She looks pretty bad!" bisik Idham pada earpiece di telinga. Dia nampak lebam di wajah Dian yang nampak seperti kesan ditumbuk. Cara jalan Dian juga nampak sedikit perlahan. 

Dian kemam bibir. Dia nampak takut takut. Dia menghala ke sebuah kafe yang menjadi tempat perjumpaannya dengan Mikayla. Perlahan sahaja langkahnya untuk masuk ke dalam kafe tersebut sambil mata meliar ke kiri dan ke kanan.

Dia mengambil tempat di satu sudut yang terlindung. 

"Okay Kayla, Dian dah duduk. Kau dah boleh masuk. Cuba pujuk untuk dapatkan maklumat, apa sebenarnya yang Tengku Liyana tu nak." ujar Idham dari earpiece.

Mikayla dan Tengku Zuhail saling berpandangan sebelum Mikayla mula menarik nafas perlahan. Dia dah sedia.

"Sayang hati hati!" terdengar suara gusar Tengku Zarif dari earpiece. Tengku Zarif sebenarnya kalau boleh tak mahu melibatkan Mikayla dalam hal ni. Dia kalau boleh nak heret sahaja Tengku Liyana ke balai polis. 

Mikayla berjalan masuk ke kafe sambil memakai mask ke muka. Risau ada yang mengecam. 

"Dian..." bisik Mikayla perlahan apabila dia nampak sosok wajah pucat Dian di penjuru kafe. Dian memilih tempat berdekatan dengan cashier. Dia sedari tadi sibuk mengutis ngutis kuku jari sendiri sambil menunggu kehadiran Mikayla.

Dian bangun berdiri.

"Puan..." bisiknya juga.

"Awak keluar ni, datang dengan siapa?" soal Mikayla apabila dia sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Dian. 

"Saya datang sendiri puan."

"Awak okay ke Dian? Teruk saya nampak muka awak ni." ujar Mikayla setelah menilik wajah gadis itu. Itu baru wajah, entah entah tubuh Dian juga punya lebam lebam seperti itu.

Dian gigit bibir. Dia nampak seperti ingin menangis.

"Puan, saya minta maaf menyusahkan puan." Dian menunduk.

"Dian, awak tak salah pun. Saya yang rasa bersalah sekarang ni. Sebab Tengku Liyana nak balas dendam dekat saya, awak yang jadi mangsa." ujar Mikayla perlahan.

"Puan, puan boleh tolong saya ke? Boleh ke puan selamatkan saya? Kalau puan tolong saya, saya tak akan buat apa yang Tengku Liyana suruh saya buat."

Mikayla pandang tunak mata Dian yang sudah berkaca.

"Kayla, tanya dia apa yang Tengku Liyana tu nak." arah Idham melaui earpiece. Dia dari tadi fokus mendengar perbualan mereka berdua.

"Dia suruh awak buat apa? Tu lebam lebam tu dia yang pukul ke?" soal Mikayla dengan wajah risau. Arahan Idham dituruti.

"Tak, Tengku Liyana tak pukul saya tapi ada lelaki pukul saya, dua orang. Saya rasa mereka diupah Tengku Liyana. Kalau saya tak ikut rancangan dia, saya akan kena bunuh puan!" selepas menyebut ayat itu matanya kembali meliar memerhati sekeliling.

Mikayla perhatikan reaksi Dian. 

"Dian, boleh tak awak jujur dengan saya, betul ke awak terlepas dari kurungan? Atau awak sebenarnya datang jumpa saya sekarang atas arahan Tengku Liyana?"

Dian telan liur mendengar pertanyaan Mikayla. Matanya meliar. Takut!

"Dian, awak jangan risau. Apa pun jawapan awak, saya tak marah. Saya faham awak tersepit. Saya kenal sepupu suami saya tu macam mana. Jadi awak hanya perlu jujur jer dengan saya supaya saya boleh tolong awak..." bisik Mikayla lagi. Kalini sedikit keras suaranya. Dia mahu memujuk Dian supaya jujur supaya memudahkan untuk Idham bertindak.

"Saya akan betul betul selamat ke puan?"

"Saya janji dengan awak Dian, saya akan pastikan lepas ni Tengku Liyana tu tak akan boleh sentuh awak lagi." ujar Mikayla yakin.

Dian menarik nafas. Sedikit terpujuk dengan nada yakin Mikayla sebentar tadi.

"Waktu saya dikurung haritu, Tengku Liyana tunjukkan pada saya satu pisau yang berbalut dengan plastik. Dia kata dia dapat pisau tu dari orang yang bunuh Ailin." Ujar Dian perlahan. Nadanya seperti berbisik.

Tergamam Mikayla mendengar kata-kata Dian.

"Pisau? Mana dia dapat? Dia ada bagitahu awak tak dia dapat dari mana?"

Dian menggeleng.

"Tengku Liyana nak saya berbaik dengan puan. Dia nak saya berlakon supaya puan boleh percayakan saya. Tengku Liyana tak suruh saya buat apa apa pun dekat puan, dia cuma nak..."

Dian jeda seketika. Sesak dada mahu menyudahkan kata.

Mikayla hanya diam menunggu sambungan ayat Dian.

"Tengku Liyana nak perangkap puan supaya puan ditangkap sebagai pembunuh sebenar Cik Ailin." 

Mikayla terpempam. Apatah lagi Tengku Zarif dan Idham yang sedang mendengar melalui earpiece yang dipakai mereka.

Tengku Zarif yang ketika itu sedang berada di dalam kereta Zuhail sudah mencarut kuat. Tengku Liyana memang mahu mati!

"Sabar dulu kejap bro, diam kejap, aku nak dengar sampai habis dulu ni." Ujar Zuhail. Tadi, setelah berpura-pura ke pejabat, Tengku Zarif menaiki Grab lalu abangnya itu kembali ke tempat pertemuan Mikayla dan Dian. Mereka sedang berjaga-jaga di luar kafe yang berada di tingkat bawah shopping complex.

"Pisau tu dia minta untuk saya letakkan di kawasan berhampiran dengan puan. Tengku Liyana tengah rancangkan plan untuk pastikan DNA puan ada pada pisau tu. Saya perlu ikut arahan dia kalau tak nak dibelasah lagi" terang Dian. 

"Jadi, sebab tu dia suruh awak datang jumpa saya?"

Dian mengangguk lambat lambat. Tidak pasti apakah keputusannya untuk jujur kepada Mikayla sekarang adalah keputusan yang bagus. Masih terbayang bayang kesakitan yang dirasai akibat dibelasah.

"Saya tak faham macam mana dia nak perangkap saya sebagai pembunuh?" soal Mikayla. Dia tak mengerti kenapa Tengku Liyana meminta Dian untuk bertemu dengannya. Entah macam mana Perempuan itu boleh dapat pisau tersebut. Entah entah pisau palsu!

"Tengku Liyana suruh saya berlakon menangis minta maaf dengan puan sebab Cik Ailin dah buat macam macam dekat puan. Dia suruh saya berbaik dengan puan so that saya ada peluang untuk dekat dengan puan. Tengku Liyana suruh saya berlakon tak ada duit dan puan akan tolong bagi kerja dekat saya. Saya perlu ada access untuk masuk ke rumah kondo puan. Saya kena letak pisau tu dekat situ lepas saya berjaya palsukan DNA puan pada pisau."

"Jadi betullah awak sebenarnya bukan terlepas dari kurungan? Tengku Liyana lepaskan awak dengan syarat awak ikut arahan dia? Dia ada dekat sini ke?" soal Mikayla.

Dian mengangguk perlahan.

"Orang upahan dia ada ikut tadi puan, tapi saya tak tahu mereka dekat mana..."

"Diorang ada pasang apa-apa alat dekat awak?" tanya Mikayla tiba-tiba. Baru terfikir tentang itu. Mana tahu Tengku Liyana sebenarnya ada letakkan alat perakam suara di tubuh Dian.

Dian menggeleng. Tengku Liyana yakin benar yang dia akan ikut segala arahan.

"Puan betul betul boleh selamatkan saya ke?" soal Dian gusar.

"Ya saya janji, sekarang ni pun ada orang ikut saya. Dia akan selamatkan kita berdua.

"Betul ke puan?" soal Dian yang mula nampak sedikit bercahaya.

"Ya betul Dian. Jadi, saya rasa lebih baik awak ikut saya balik. Atleast nanti Tengku Liyana dah tak boleh gunakan awak untuk plan jahat dia. Pisau tu ada dalam beg awak tu ke?" soal Mikayla sambil menuding ke arah beg hitam yang dibawa Dian.

Dian menggeleng. Pisau tu belum ada di tangan dia. 

Mikayla menghela nafas lega. 

"Tak apa, lagi bagus kalau pisau tu tak ada dengan kita. Risau pisau tu boleh jadi sebab kita jadi suspek pulak nanti."

Dian mengangguk faham.

"Kayla, rasanya kau dah boleh bawa dia pergi ke kereta. Tak ada yang mencurigakan setakat ni." ujar Idham. Idham sudah mula bangun dari tempat persembunyian untuk menuju ke kafe.

"Awak rasa orang orang Tengku Liyana tu ada berhampiran ke?" soal Mikayla. 

Mata Dian meliar melihat sekeliling. Tiba-tiba raut wajahnya berubah tegang.

"Puan!" matanya membuntang.

Mikayla memandang wajah cemas Dian dengan dahi yang berkerut. Kenapa?

"Puan! Orang orang tu ada dekat sini, dorang dah nak masuk ke kafe!" ujar Dian sebelum bangun menarik Mikayla untuk menyorok. Wajah Dian nampak cuak.

Mikayla turut terkejut dengan tindakan Dian. Tubuhnya tiba-tiba dipeluk Dian yang sedang terketar ketar.

"Dian?" soal Mikayla pelik apabila lehernya terasa sakit. Terkebil kebil matanya memandang Dian. 

"Awak buat apa de-" tubuh Mikayla jatuh terkulai di dalam pelukan Dian tanpa sempat dia menghabiskan kata.

"Saya minta maaf puan..." ujarnya perlahan. Air di tubir mata di seka dengan belakang tapak tangan. Tubuh Mikayla yang sudah lembik di dalam pelukannya dipegang erat sebelum dia cepat cepat bangun memapah tubuh itu.

..............................................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

6.9K 392 24
๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘œ๐‘›๐‘’ ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘’๐‘  Elena Zahra - gadis kacukan italian-malaysia yang bekerja sebagai seorang doktor Aariz Louis Kim - lelaki penuh d...
86.6K 2.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
172K 9K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...