The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 51

2.3K 93 3
By lemonellow

Rumah Agam Tengku Zaid

Pagi itu Mikayla turun menemani Tengku Zarif bersarapan. Mahu paksa suaminya makan. Sejak kena alahan, Zarif makan sedikit sahaja pada waktu pagi padahal sebelum ni, sarapan pagilah suaminya paling tak akan skip. Selesai bersarapan, Mikayla berjalan beriringan ke pintu utama sambil memaut lengan suaminya erat. 

Zarif memakai kasut dan setelah selesai dia kembali merapati si isteri. Dahi Mikayla dikucup kasih.

"Bye sayang, see you kejap lagi. Sayang pergilah naik sambung tidur. Kesian isteri abang ni mengantuk yer." ujar Zarif lembut. Dia tak ada pun suruh Mikayla temankan dia sarapan. Mikayla yang mahu menemani. 

"Urm..."

"Go, tidur baby. Abang dah nak pergi office dah ni." arahnya lembut. Tubuh Mikayla ditolak perlahan untuk masuk ke dalam rumah.

"Love you so much sayang and our baby bikai!"

"Baby Bikai?"

Tengku Zarif tergelak.

"Nicknama anak kita, sebab suka sangat makan tembikai sejuk malam malam."

Mikayla juga turut tergelak. "Baby Bikai..." Dia kemudian mengusap bahagian bawah perutnya perlahan lahan. Anak yang sangat baik dan tak macam ragam setakat 8 minggu ini.

Mikayla kemudiannya naik ke bilik lalu dia menyambung tidur. Memang dia mengantuk. Lebih kurang pukul 11 pagi barulah dia terjaga. Dia termenung seketika di atas katil lalu kemudiannya apabila merasa celik sepenuhnya, dia melangkah masuk ke bilik air untuk mandi.

Selesai mandi, Mikayla ke bilik Zulfa, mahu mengajak Zulfa turun ke bawah. Mereka nak belajar masak masak dengan mama dan pembantu rumah hari itu. Menu kampung!

Selesai makan tengahari, Mikayla naik ke bilik untuk solat Zohor. Belum sempat dia masuk ke bilik air dia terdengar bunyi nada dering menunjukkan ada panggilan masuk. Dia bergerak ke arah telefon yang dia tinggalkan di atas katil tadi.

Nombor yang tak dikenali.

Dahi Mikayla berkerut melihat nombor telefon yang tak dikenali tertera di skrin itu. Perlu ke dia jawab?

"Hello Assalamualaikum."

"Hello, Puan Mikayla..." ada satu suara halus dengan esakan kedengaran dari hujung panggilan.

Mikayla kerut kening.

"Siapa ni yer?"

"Puan tolong saya puan... saya Dian, pembantu arwah Cik Ailin dulu." pilu bunyi suara itu.

"Dian?" terkejut dia apabila mengetahui gerangan yang menelefon.

"Awak kenapa Dian?" soal Mikayla pelik.

"Tengku Liyana... Tengku Liyana pukul saya puan..." makin kuat esakan dari gadis itu.

Tergamam Mikayla mendengarnya. Tengku Liyana? Apa lagi perempuan itu dah buat.

"Ya Allah! Dian awak okay tak? Awak dekat mana sekarang ni?"

"Saya lari dari kurungan dia. Puan tolong, dia nak suruh saya buat benda tak elok dekat puan, saya tak nak puan..."

"Dian! Dian awak dekat mana?!" makin risau Mikayla apabila mendengar suara gadis itu sudah tersedu sedu. Dia kenal sangat Tengku Liyana. Mesti teruk perempuan itu buat sesuatu pada Dian.

"Puan, puan jangan bagitahu suami puan yang saya call. Jangan bagitahu polis jugak pasal saya. Saya takut nanti saya kena bunuh dengan Tengku Liyana!" makin kuat ngongoian Dian ketika itu.

Mikayla merengus perlahan. Boleh ke dia sembunyikan hal ni dari Zarif? Dia terdiam seketika.

"Puan... tolonglah puan. Jangan bagitahu sesiapa."

"Ya ya saya cuba. Tapi awak dekat mana ni?"

"Saya dah lari. Saya kena menyorok. Tapi nanti boleh tak saya nak jumpa puan? Boleh tak puan datang sendiri. Saya takut puan..."

"Dian... bahaya kalau awak sorang sorang. Apa kata kalau saya minta kawan saya tolong." ujar Mikayla. Dia terfikir mahu meminta bantuan Idham kalau Dian taknak melibatkan polis. 

"Puan ada orang yang boleh tolong saya ke? Yang tak ada kena mengena dengan Tengku Liyana? Saya takut dengan dia puan..." ujarnya Dian perlahan.

"Ada. Saya janji akan tolong awak tapi awak kena bagitahu saya dulu dekat mana nak cari awak."

"Tunggu saya dah selamat dulu puan. Saya akan contact puan balik. Puan terima kasih puan. Saya betul betul tak tahu saya nak minta tolong siapa. Saya banyak buat dosa dengan puan waktu saya kerja dengan arwah Cik Ailin dulu. Saya minta maaf Puan. Saya tahu puan orang baik tapi saya terpaksa kerja jugak sebab saya tak ada duit..."

"Dian... takpe... saya faham. Bukan kehendak awak. Lupakan dulu pasal kisah lama. Keselamatan awak penting lagi. Sekarang ni awak cari dulu tempat selamat. Nanti awak rasa dah okay awak call saya balik. Kalau awak nak suruh kawan saya pergi cari awak sekarang pun saya boleh tolong uruskan. Macam mana Dian?" ujar Mikayla lembut.

"Saya call puan balik nanti. Terima kasih puan. Doakan saya selamat puan. Terima kasih sangat-sangat!"

Panggilan ditamatkan oleh Dian sendiri. Mikayla menghenyak punggung ke katil. Dia panggung kepala ke lutut. Risau tiba-tiba. Dia tak nak sebab dia ada orang lain yang tak berdosa menerima akibat lagi. Cukuplah yang lepas lepas. 

Dia tak faham. Tengku Liyana ni bersungguh sungguh betul dendamkan dia. Hanya sebab Tengku Zarif jer ke?

Sekarang kepalanya tak henti berfikir. Patutkah dia diamkan hal ni dari suami dia?

..........................................

Pejabat Tengku Zarif

Tengku Zarif hanya diam memerhati ke arah Idham yang sedang menyisip teh yang baru dhidang Lilian sebentar tadi. Dia menunggu Idham memulakan bicara. Dia dari tadi menunggu Idham datang menemuinya. Dibatalkan segala kerja dia hari itu demi untuk mengetahui apa yang berlaku. 

"Aku tak suka kau sebenarnya Tengku Zarif." ujar Idham selamba setelah lama dia diam berdiam diri.

Tengku Zarif jongket kening. Dah kenapa mamat ni. Ada dia minta love confession ke?

"No worries, kau tak keseorangan. Aku pun tak suka kau." balas Tengku Zarif tanpa nada. 

"Kau buat Mikayla sakit."

"Stop reminiscing old time, kau sedar ke tak kau bercakap dengan siapa sekarang ni?" bentak Tengku Zarif geram.

Idham tersenyum sinis. Itu sekadar mukadimah sahaja. 

"Kau sama macam yang aku fikir sebelum ni. Tak menyabar, pemarah." kutuk Idham selamba.

Halkum Tengku Zarif bergerak gerak menahan amarah.

"Straight to the point Idham. Kalau kau tahu aku tak penyabar maksudnya kau tahu apa aku akan buat kalau aku mengamuk. Stop dilly dally, stop fooling around!"

Idham hanya tersenyum. "Patutlah Dark suka kau."

"BULLSHIT!" carut Tengku Zarif. Meja dihentak kasar.

"K-KAU!" Tengku Zarif sudah bangun dari kerusi. Jarinya telunjuknya sudah dihala tajam ke arah muka Idham.

"Okay relaks, aku nak start dah ni. Sit down Tengku. Aku buat opening jer tadi. Dah lama pendam nak cakap macam tu dekat kau."

Tengku Zarif menghela nafas kasar sebelum dia kembali menghenyakkan punggungnya ke kerusi. Mata dicerlung tajam ke arah Idham.

"Mesti kau pun dah tahu almost eveyrthing pasal aku dari Kayla kan? Tapi Kayla tak tahu yang aku ni kerja dengan Dark, HELL-O."

"Kau pun buat kerja kerja haram macam dia ke?" tempelak Zarif kasar.

"You are wrong buddy. HELL-O memang organisasi haram tapi Dark tengah usaha nak ubah HELL-O pada Nemesis. Kau jangan judge based on kisah lama. Kau belum fulfil deal dengan kami lagi. Sebab tu Dark mahukan kau untuk ikut serta. Kami akan ubah HELL-O pada Nemesis and we are progressing there."

"Nemesis?"

"Yes, Nemesis, pembalasan keadilan. Eye for an eye, tooth for a tooth."

"Dark bagi ke kau cerita semua ni dekat aku?"

"Sebelum aku datang sini, aku dah jumpa Dark dulu. Dark suruh aku proceed untuk tolong wife kau. Selama ni aku kerja tanpa ikut arahan dia. Kayla tu aku yang volunteer nak jaga. Being Kayla's manager is my side job. Tapi bila sekarang Kayla dah jadi wife kau, Dark start mahu masuk campur. Dia akan tunjukkan kau hasil dulu then proceed untuk discuss pasal deal kau berdua."

Tengku Zarif mendengus kasar. Bosan dengan deal deal deal. Ingat kerja dengan Astana sahaja kena main deal deal!

"So, straight to the point pasal Kayla, aku yang bagitahu Kayla, Ailin tu adalah Zalika. Kayla ada cakap dengan aku yang Ailin tu pelik. So aku check and easy macam makan kacang, aku dapat tahu nama sebenar dia Siti Zalika. Maklumat yang pihak polis pun dapat cari, untuk aku lagi mudah nak dapat. 

"So aku kumpulkan maklumat dan bagi pada dia. Sebabtu Kayla tahu mana rumah Ailin. Aku menyesal jugak tinggalkan dia malam tu. Aku tak sangka si Ailin tu tipu. I thought dorang akan bincang dekat hotel jer malam tu."

"Then, apa yang korang bincang waktu dekat DMC dua hari lepas?" soal Tengku Zarif.

"Kayla minta tolong carikan ayah Daus. Dia cakap pihak polis datang rumah kau and end up suspect ayah Daus ada kaitan. Kayla tak percaya ayah Daus ada kaitan jadi dia minta tolong aku cari."

"Jumpa ke?" soal Tengku Zarif tidak menyabar.

"Sabar dulu. Bagi aku cerita satu satu. Masa aku jumpa Kayla dekat DMC tu aku belum dapat maklumat lagi pasal ayah Daus. Aku ajak dia jumpa pun sebab aku nak suruh dia cerita dekat aku semua yang dia cakap dekat pihak polis. Dia tak yakin ayah Daus dalangnya, tapi aku 100% sure ayah Daus ada kaitan walaupun aku tak pasti jugak the full story. Tapi yang aku tahu lelaki tu ada motif kukuh."

"Aku dah dapat record sebenar kes gugur tu. Memang milik Zalika. Nama Kayla ada sekali dalam record tu sebab Kayla yang bayar fees hospital. Dia yang daftarkan Zalika waktu Zalika tengah dalam rawatan. Kalau kau nak tahu, ada orang upah untuk record manual tu dihapuskan. Sebab tu 10 tahun lepas, pihak polis tak dapat cari. Sekarang hospital upgrade balik sistem dan recover semua file lama dari old windows. Rupanya dorang ada simpan soft copy setiap record tapi waktu siasatan polis dulu dorang hanya tahu record manual tu jer."

"Kau dah tunjuk dekat Mika record tu?"

"Yes, masa dekat DMC tu aku dah tunjuk dekat dia. Sekadar bagi dekat dia jer lah sebab kes Daus tu pun dah tutup. Kayla happy sebabnya, walaupun dah terlalu terlambat tapi dia still ada bukti bertulis yang menunjukkan kes bunuh diri tu tak terkait langsung dengan dia."

Tengku Zarif tersenyum tipis. Terbayang wajah Mikayla saat itu.

"Walaupun tak berapa kukuh, tapi itu boleh jadi bukti juga untuk reject bukti nota bunuh diri tu kalau masuk mahkamah. Kalau dah palsu kau faham faham jer lah kan? Sama macam yang pihak polis simpulkanlah, Daus kemungkinannya dibunuh, ada orang tolak dia dari rooftop tu. Kalau dah gigih sangat karang ayat untuk pointkan Kayla sebagai penyebab bunuh diri apa lagi motifnya, orang tu memang nak kaburkan mata pihak polis."

"Maksudnya kita memang tak akan tahu sampai bila-bilalah siapa yang tolak Daus dari rooftop tu?" soal Tengku Zarif.

Idham mengeluh.

"Aku pun rasa macamtu, memang kita tak akan dapat tahu siapa bunuh Daus dan atas sebab apa dia bunuh Daus. Kita cuma dapat bersihkan nama Kayla jer.  Sebabnya Daus pun dah lama mati, Kayla pula satu-satunya saksi yang ada, dan suspek yang kita syak bunuh Daus pun dah mati kena bunuh."

Zarif mengangguk perlahan.

Orang yang mereka syak sekarang semestinyalah Ailin! Perempuan itu ada access untuk createkan nota bunuh diri palsu dan Ailin juga mungkin dibunuh oleh orang yang berdendam dengan isterinya. Dan sekarang next target orang itu adalah Mikayla.

"Cumanya kita masih ada peluang untuk tahu kalau kita dapat cari pembunuh sebenar Zalika. Pembunuh tu pasti ada motif besar kenapa dia bunuh Zalika. Pembunuhan tu bukan pembunuhan terancang. Pembunuhan yang tak disengajakan bermaksud, pembunuh tu dapat tahu satu rahsia yang menyebabkan dia bertindak bunuh Zalika malam tu. Mungkin dia dengar waktu Kayla bergaduh dengan Ailin tu."

"Apa lagi yang kau orang berdua bincangkan?"

"Kayla ada borak dengan aku jugak pasal malam kejadian tu. Dia terkejut lepas dapat tahu yang ada orang rakam dia dengan Ailin bergaduh. Dia betul betul tak tahu ada orang lain dalam rumah tu. Video yang tersebar waktu korang dekat Bali tu aku dah siasat. Akaun anonymous. Guna email baru, dan buat akaun twitter baru. Ip address tak dapat detect sebab orang tu guna VPN."

"Pasal ayah Daus tu macam mana? Memang langsung tak jumpa dia ke? Kau rasa dia betul betul ada kaitan ke?"

"This is the interesting part. Main reason kenapa aku datang jumpa kau. Aku memang dah usaha cari ayah Daus tu merata-rata. Tapi ayah Daus tu macam hilang dari radar. Puas aku cari. Kau bayangkan, satu kad debit bank pun ayah Daus tu tak guna."

"And aku suruh juga anak anak buah aku perhatikan kawasan kubur anak bini dia, mana tahu dia akan muncul dekat situ. Tapi, nope, nothing. Dia betul betul hilang. Aku sampai hampir give up. Sampai terfikir mungkin aku salah. Mungkin ayah Daus tu tak ada kaitan pun."

Jeda sebentar...

"Sehinggalah kejadian dekat parking DMC dua hari lepas terjadi." sambungnya.

Tubuh Tengku Zarif mengeras selepas mendengar ayat terakhir Idham.

"Don't tell me..."

"Yes, like what you think, dia orangnya yang serang Kayla. Lepas aku selidik dari klu klu yang aku dapat waktu kejadian tu, aku finally dapat maklumat pasal dia. He works part time as janitor dekat DMC sejak dia dapat tahu Kayla pergi buat checkup kali pertama dekat sana waktu dengan kau dulu."

"Jadi maksud kau? Dia follows my wife every move?" Membuntang mata Tengku Zarif.

"Exactly!"

"Dia apply job as janitor guna identiti palsu. No records about him all this while sebab dia tak guna identiti asal dia, Mohd Husin tu. Nama baru dia sekarang Daud. Aku pun tak tahu kenapa dia guna nama tu, maybe nak memperingati anak dia yang dah tak ada ke apa tapi now dia guna nama Daud. Selama ni kita ingat dia hilang dari radar tapi dia sebenarnya bijak jugak, dia banyak lompat kerja, dia hanya apply kerja kerja yang tak memerlukan dia serahkan full butir peribadi."

"Team aku check yang dia apply kerja janitor ni through agensi biasa. Dia bagi kad pengenalan palsu dan agensi tu tak check pun kesahihan identiti. Cukup ada nombor ic dorang terus yakin tu maklumat betul. Siapa gigih nak check details identiti orang yang cuma perlu cuci tandas jer."

"Macam mana kau boleh kesan dia?" soal Tengku Zarif.

"Dia buat mistake. Dia guna janin yang dari hospital untuk letak dalam kotak tu. Hanya kakitangan hospital sahaja yang ada access pada bin medical waste. Dari situ aku check CCTV untuk tengok siapa yang handle waste bin for few days before sebab darah dalam kotak tu still fresh. So aku just tengok CCTV start 2 hari sebelum jer, tak perlu nak tengok banyak banyak rakaman."

Tengku Zarif terpegun dengan penerangan Idham. Sedikit rasa kagum mula terbit.

"Then?" ujar Tengku Zarif meminta Idham menyambung kata.

"Aku kecilkan sasaran aku and check siapa yang kerja dua hari sebelum and gotcha I found him."

"Mana dia sekarang? Kau dah tangkap dia ke?" soal Tengku Zarif tak sabar.

"Tak sempat. Dia dapat rasa orang akan jumpa dia sebab dia dah nampak aku dengan partner aku masuk ruangan sistem cctv haritu. Dia dah lesap dan maklumat yang dia bagi untuk butir peribadi pekerja pun semuanya palsu."

Tengku Zarif mengepal penumbuk. 

"So, macam mana nak cari lelaki tu sekarang? Kalau dibiar lama Mika dalam bahaya!" bentak Zarif.

"Aku pun tahu tu. Tapi ada satu lagi benda penting, Husin atau Daud tu tak buat kerja seorang diri. Ada dua orang masa kejadian tu. Daud yang cuba ragut beg Kayla untuk alihkan pandangan kami, dan seorang lagi pecahkan cermin kereta and letak kotak yang ada darah tu."

"Dia ada rakan subahat? Siapa rakan subahat tu? Kenapa rakan subahat dia sanggup nak berkerjasama dengan dia semata-mata nak ugut Mika?"

"Itu yang menjadi tanda tanya. Tapi tak apa, aku akan teruskan siasat."

"Tapi apa yang aku cerita ni, rahsiakan dulu dari Kayla. Kayla belum tahu ayah Daus yang serang dia."

Tengku Zarif mengeluh perlahan. Dia kemudiannya mengangguk. Dia pun taknak isterinya tahu. Nampaknya memang dia perlu serahkan urusan itu pada HELL-O dan pada Idham. Dia pun dah mula muak dengan pihak polis. 

Patutlah Idham tak mahu dia libatkan pihak polis. Pihak polis terlalu bekerja mengikut undang undang. Kadang-kadang undang undang tak terlalu adil. Lihatlah Mikayla. Sepuluh tahun hidup dengan rasa bersalah kerana dikatakan menjadi penyebab kawannya sendiri bunuh diri.

"Ada apa apa lagi ke yang aku perlu tahu?" soal Tengku Zarif.

"Setakat ini, yang tu jer dulu. Aku juga nak ingatkan, deal offer dari Dark masih valid. Apa kata kau selidik dulu tentang kami sebelum kau judge. Aku tak cakap organisasi kami ni baik dan suci. Kami memang jahat dan tak berperikemanusiaan macam orang cakapkan, tapi tujuan utama kami ialah kami tak nak orang yang bersalah terlepas bebas tanpa hukuman setimpal. Kisah lama tentang HELL-O tu bukan dibawah tanggungjawab kami. Kami generasi baru yang turut bencikan sejarah hitam HELL-O."

"Kau tiga tahun muda dari aku tapi aku tengok kau matang lebih dari usia." puji Tengku Zarif. Dia dapat lihat dari cara percakapan dan cara Idham membawa diri menunjukkan Idham seorang yang matang. Tak disangka hari itu dia memuji lelaki yang selama ini dia cemburui. 

"Umur tak menjamin kematangan Tengku, pengalaman mematangkan."

"Tentang isteri aku, macam mana kau boleh start kerja dengan dia?"

"Aku yang mintak, waktu tu manager dia masih lagi pembantu bonda dia tu. Lepas aku habis belajar aku cari dia. Waktu tu dia dah makin famous jadi senang untuk aku jumpa dia balik. So aku yang cadangkan pada dia untuk ambil aku as manager dia. Aku nak jaga dia. She's a good person."

"I know."

"So faham faham lah Tengku, kalau kau sia-siakan Kayla, aku yang akan rampas dia dari kau." ujar Idham sebelum melangkah keluar dari ruang pejabat Tengku Zarif.

Zarif berdecit mendengar ayat terakhir Idham. Menyempat lagi lelaki itu. Memang tak lah dia nak serahkan Mikayla kepada sesiapa. Mikayla itu cinta matinya! Dia mahu tarik balik semua pujian tadi! 

Menyesal puji Idham!

...............................................

Dia pulang ke rumah sudah agak lewat. Oleh kerana kedatangan Idham tadi, banyak kerja kerjanya tergendala jadi dia terpaksa pulang sedikit lewat untuk menyelesaikan kerja kerjanya terlebih dahulu. Kepada Mikayla sudah dia titipkan pesanan ringkas supaya isterinya itu tidur dulu tanpa menunggu dia.

Pintu bilik dia buka perlahan. Risau mengejutkan isterinya. 

"Abang?" seru Mikayla.

Tengku Zarif terkejut. Sangkanya Mikayla sudah tidur.

"Sayang tak tidur lagi?" ujar Tengku Zarif seraya meletakkan briefcasenya di meja solek dan bergerak melangkah ke sisi katil. 

"Tak boleh tidur. Mika tunggu abang."

"Kenapa tak boleh tidur hmm?" soal Zarif seraya mengusap kepala si isteri.

"Abang pergi lah mandi dulu." ujar Mikayla. Tubuh Zarif ditolak menjauh.

"Amboi tolak abang! Nak cakap abang busuk ke?" seloroh Zarif.

"Ish bukanlah, pergi lah mandi dulu lepastu cepat dodoikan Mika."

Zarif tergelak. "Nak mintak dodoi rupanya. Selalunya jual mahal." usiknya.

"Eee tak payah lah usik macamtu. Pergilah..." 

"Okay okay, sayang tunggu kejap tau. Abang akan mandi kerbau jer harini." ujarnya sambil tergelak sebelum berlalu ke wardrobe.

Selesai mandi dan berpakaian Zarif melangkah mendekati katil. Mikayla sedang mengiring membelakangi sambil menatal skrin telefon. Zarif bergerak ke arah tempat tidurnya lalu tubuh dibaringkan mengiring untuk menghadap si isteri.

"Come..." panggil Zarif sambil mendepakan kedua belah tangan. 

Mikayla tersenyum. Dia meletakkan telefon di meja sisi sebelum bergerak masuk ke dalam pelukan suami. Lengan kanan Zarif dijadikan alas kepalanya. Hidung didekatkan pada dada Tengku Zarif.

"Wangi..." pujinya.

Tengku Zarif tersenyum lalu tangannya melingkar pada pinggang Mikayla. Dia tunduk mencium ubun ubun Mikayla. Matanya dipejam. Dia mengantuk.

"Mika sebenarnya ada benda nak cerita dekat abang."

Terbuka luas mata Tengku Zarif mendengar kata-kata itu.

"Cerita apa?" soalnya.

"Tadi petang ada nombor tak dikenali call Mika..." ujarnya perlahan.

"Hah?! Siapa?" soal Tengku Zarif terkejut. Dia sudah berura-ura mahu bangkit dari pembaringan.

Mikayla cepat cepat memeluk kemas tubuh Tengku Zarif, mahu menghalang suaminya dari bangun. 

"Sabarlah, dengan Mika cerita dulu..." 

"Okay okay. Siapa? Siapa call sayang?"

"Dian..."

Tengku Zarif berkerut. Dia tak ingat. Siapa?

"Siapa tu?"

"Pembantu Ailin."

Tengku Zarif terkebil kebil seketika. Pembantu? Ohhh. Dia sudah mula ingat.

"Okay, dia nak apa? Kenapa dia call sayang?"

"Abang dengar jer tau jangan cakap apa apa sampai Mika habis cerita." ujar Mikayla memberi amaran. Tahu sangat Tengku Zarif jenis kurang sabar. Nanti terbantut cerita.

"Hmmm, okay..."

Mikayla kemudiaannya menceritakan perbualan antara dia dan Dian melalui panggilan telefon petang tadi. Memang seperti yang dijangka olehnya, Tengku Zarif hampir hampir hilang sabar apabila nama Tengku Liyana disebut. Nasib baik suaminya itu cepat cepat mengawal diri apabila teringat janji dia pada Mikayla. Dibiarkan Mikayla bercerita sehingga habis barulah dia bertanya.

Tengku Zarif terdiam sejenak setelah Mikayla menghabiskan cerita. Dia kemudiannya memandang wajah si isteri. Tubuh Mikayla yang sedang mengiring itu kembali di tarik masuk ke dalam pelukan.

Kedua kening Mikayla bertaut. Tak faham kenapa suaminya tiba-tiba menarik dia dalam pelukan. Bukankah dia baru sahaja bercerita tentang isu penting sekarang ini?

"Thank you sayang..."ujar Zarif perlahan.

Makin berkerut Mikayla dengan ucapan itu.

"Terima kasih untuk?"

"Terima kasih sebab bagitahu dekat abang. Terima kasih sebab sayang tahu yang sayang ada abang."

Mikayla terkelu. Dia tak terfikir langsung suaminya akan berterima kasih padanya hanya kerana dia bagitahu lelaki itu apa yang terjadi petang tadi.

Dia sebenarnya berbelah bahagi. Dian merayu rayu. Dia risaukan Dian, tapi dia juga tak mahu membelakangi suaminya. Mungkin suaminya boleh menolong. 

"Jadi dia dekat mana sekarang? Si Liyana tu entah entah ada paksa Dian tu buat apa apa dekat sayang! Si Liyana tu nak kena betul! Dulu dia tuduh sayang buli orang dekat sekolah. Padahal dia ketua segala jin rupanya! Sepupu tak sepupu, abang kalau dapat dia abang botakkan rambut dia lepastu jual dekat bapak ayam!" bebel Tengku Zarif kegeraman.

"Mika tak tahu jugak. Tunggu Dian call. Dian tak tahu Mika nak cerita dekat abang. Dian cakap jangan bagitahu. Mungkin sebab dia takut. Abangkan sepupu Liyana jadi dia risaulah abang sebelahkan Liyana."

"Huh, buat apa abang sebelahkan orang yang terang terang salah."

"So kita nak buat abang? Abang ada idea?"

"Esok lah kita fikir... abang sebenarnya mengantuk ni sayang..." ujar Tengku Zarif perlahan.

"Ish abang ni!" omel Mikayla.

"Lagipun Dian tak call sayang lagikan bagitahu dia dekat mana? So kita tunggu dulu. Nanti abang cakap dekat Idham."

Mikayla angkat muka. Idham?

"Abang dah okay dengan Idham ke? WOW!" Mikay terjerit gara-gara teruja.

"Tak payah nak excited sangat. Abang still tak suka dia tapi sebab dia tu kawan sayang dan dia banyak tolong sayang so abang akan cuba untuk terima dan usaha nak berbaik dengan dia."ujar Zarif.

Mikayla tergelak.

"Okay esok Mika call Idham."

Zarif mencelikkan matanya kembali.

"No! Abang yang akan call!" 

"Okay fine, abang call! Eee cemburu buta sungguh! Suami siapalah agaknya ni." usik Mikayla.

"Suami Mikayla..." ujar Zarif sambil meleretkan senyuman.

......................................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

21.2K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❡ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ π‘¬π’π’—π’Šπ’π’‚ π‘΄π’‚π’“π’Šπ’”π’”π’‚, dia protagonist dan...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

718K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
1.8K 150 6
Kerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia li...