The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

196K 6K 284

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 50

2.7K 91 6
By lemonellow

Rumah Agam Tengku Zaid

"Sayang!!" jerit Tengku Zarif apabila pintu bilik di buka. Dia lihat Mikayla sedang duduk di katil sambil ditemani Puan Sri Sharifah dan Zulfa.

"Apa jadi tadi?" soal Zarif sambil menilik tubuh si isteri. Mahu memastikan kesayangannya itu tiada apa apa kecederaan. Mahu gugur jantungnya apabila mendapat panggilan dari Arizal tadi. Dia juga menerima pesanan whatsapp dari Mikayla mengatakan yang isterinya itu sudah tiba di rumah dalam keadaan selamat.

"Abang..." panggil Mikayla lembut. Tangannya didepakan mahu suaminya itu memeluknya.

Zarif angkat muka lalu matanya dibawa memandang ke wajah Mikayla. Dia kemudiannya merangkul Mikayla ke dalam pelukan. Kepada dan belakang badan si isteri dia usap lembut. Lega hatinya melihatkan Mikayla selamat di depan mata. Hilang segala rasa amarah dan kegusaran yang muncul sewaktu dia dalam perjalanan pulang tadi. Dahi licin Mikayla dikucup penuh kasih.

"Mika okay ni. Abang jangan risau sangat. Tadi nasib baik Rizal dengan Idham ada." ujarnya perlahan sambil cuba menenangkan kegusaran di wajah Tengku Zarif.

Tengku Zarif mengetap gigi apabila mendengar nama Idham.

"Sebabtu abang tak nak sayang jumpa Idham... Entah entah kejadian ni sebab dia yang rancang?"

Dia rasa curiga dengan Idham. Hatinya tak pernah beriak tenang melihatkan figura Idham di sisi isterinya. Sama seperti yang dia rasa pada arwah Daus dulu. 

"Dia macam sengaja nak ajak sayang keluar tapi tengok, baru jer kejap sayang jumpa dia, dah jadi macam macam!" ujar Zarif sambil menala matanya untuk memandang wajah Mikayla. Tangan Mikayla digenggam erat. Takut sungguh dia. 

"Abang, bukan Idham yang buat. Idham yang hantar kami semua balik tadi."

Zulfa angguk mengiyakan. 

"Betul abang, Idham tolong tadi. Nasib baik dia ikut kitorang semua sampai parking. Idham siap pukul lelaki yang nak ragut beg Mika." terang Zulfa. 

"Macam mana abang boleh nak percaya yang dia tak plan semua ni? I told you I don't trust him, sayang..."

Mikayla mengeluh perlahan. Salah dia juga. Banyak yang dia tak ceritakan pada suaminya itu. Hidupnya penuh dengan masalah. Wajarlah Tengku Zarif jadi buruk sangka pada Idham. 

Pada suaminya, semua orang selain ahli keluarga terdekat adalah orang orang yang berkemungkinan boleh menjadi ancaman pada dia. Dia tahu dan faham suaminya itu hanya risaukan dia.

"Abang...boleh tak abang dengar dulu apa Mika nak cakap ni?" ujar Mikayla lembut.

Tengku Zarif mengangkat muka untuk melihat wajah isterinya yang mula nampak serius.

"Abang nak tahu tak, kenapa Mika percayakan Idham?" Rahang Tengku Zarif dipaut. Tak dipedulikan kehadiran mama dan Zulfa yang masih ada di ruangan itu.

Tengku Zarif mengangguk lembut. Dia cuba mengawal segala rasa tak senangnya itu. Matanya bertentang dengan mata Mikayla. Dia cuba fokus untuk mendengar penjelasan sang isteri.

"Idham tu kawan Mika. Sebenarnya Mika dah lama kenal dia. Sejak umur Mika 17 tahun. Mika kenal dia waktu Mika stay sekejap di Indonesia dulu. Abang ingatkan? Yang bonda Mika pernah hantar Mika untuk stay tenangkan diri dekat Indonesia dulu? Mika stay dekat area Padang Selatan for few months sebelum SPM."

Kening Tengku Zarif  bertaut sesama sendiri. Dia terkejut dengan kenyataan itu. Dia tak pernah tahu. Mikayla pernah tinggal di Indonesia?

"Sayang... sorry tapi a-abang tak tahu sayang...kenapa sayang pergi sana?" ujar Zarif dengan riak wajah bersalah. Masih banyak yang dia tak tahu tentang isterinya. Sangkanya dia dah tahu semua.

Mikayla tersenyum memahami. 

"Tak apa, Mika pun tak pernah cerita dekat abang. Mika ingatkan abang tahu. Mika pergi sana tu few days lepas malam abang datang cari Mika dekat rumah tu. Abang ingat tak?" Ingatannya kembali menerawang mengingati malam di mana dia bergaduh dan menghalau Zarif dari rumahnya. Itu kali terakhir mereka berjumpa sebelum Tengku Zarif membawa diri ke London.

"Kayla! Zarif datang cari kamu. Pergi turun jumpa dia kejap." ujar bonda apabila pintu biliknya dibuka. 

Mikayla kerut dahi. Zarif? Zarif datang? Lelaki itu mahu apa lagi? Tak cukup cukup lagi ke mahu menuduh dia. Separuh hatinya suka dengan berita kehadiran Zarif tapi separuh hatinya lagi menolak rasa suka itu jauh jauh. Zarif tak percayakan dia...

"Taknak, Kayla tak nak jumpa dia!" bentak Mikayla. Dia takut untuk berjumpa dengan Tengku Zarif.

"Mikayla! Jangan degil! Pergi sekarang. Pergi bagitahu dia yang kamu akan stay di Padang for few months dan akan balik sini sebelum SPM. Cakap baik-baik. Berhenti bergaduh." arah Dato' Marina.

Dengan dada yang berdebar-debar Mikayla keluar ke halaman rumah. Diperhatikan Tengku Zarif yang sedang duduk memanggung kepala di kerusi taman. Sejujurnya dia rindu pada lelaki itu. Mikayla tenung Zarif. Tengku Zarif nampak pelik. Ada beberapa kesan koyak di pakaian lelaki itu. Mikayla pandang sekeliling. Dia tak nampak motobike yang selalu ditunggang Zarif. Lelaki itu datang ke rumahnya dengan apa?

"Nak apa datang sini?" sapa Mikayla. Matanya ditala ke arah lain. Tidak mahu melihat wajah lelaki itu. Riak wajahnya turut dikawal sebaiknya. 

Tengku Zarif angkat muka. Langkah dibawa mendekati gadis remaja itu. 

"Explain. Yang pasal mengandung luar nikah dan keguguran tu betul ke?" 

Mikayla merenung tajam muka lelaki itu. Tak menyangka itu yang lelaki itu mahu tahu. Soalan yang keluar dari mulut Tengku Zarif saat ini sangatlah menyakitkan hatinya yang sudah kian hancur.

"Itu jer ke sampai sanggup datang malam malam buta ni?" bidas Mikayla kasar.

"Jujur jer tak boleh ke? Susah sangat? Atau Mika masih nak berlagak suci depan abang? Cukuplah Mikayla! Can you please for once, be honest with me?!" 

"Kalau abang Zaf tak ada benda elok nak cakap, baik abang Zaf balik jer lah..." ujar Mikayla tanpa nada. Dia kecewa. Semurah itukah dia di mata Tengku Zarif?

"Kalau tak betul, kenapa orang lain cakap Mika taknak buat checkup? Betul ke tak sebenarnya? 

Mikayla mengetap gigi. Buku limanya digenggam kuat. Matanya dibawa menentang mata Tengku Zarif.

"Sebab itu jer ke abang datang sini malam malam ni?" soal Mikayla. Kecewa benar nadanya saat itu.

Sudahlah dia letih. Mental dan fizikalnya lelah. Terpaksa berulang alik dari balai polis dan hospital gara-gara kes Daus. Dituduh bermacam macam oleh pihak polis. Dibawa berjumpa psychiatrist untuk memeriksa jika dia menipu. 

Dia juga turut dipaksa untuk membuat pemeriksaan bagi membuktikan yang dia tak mengandung. Mujur bonda menghalang keras. Dia pun tak selesa. Macam-macam yang dia kena hadap sepanjang beberapa minggu setelah Daus terjun dari rooftop sekolah mereka. Dipulaukan oleh rakan-rakan, dimaki hamun oleh ibubapa Daus. Macam macam yang dia kena hadap di umur yang masih muda begitu.

Dia penat!

Kehadiran Tengku Zarif malam itu makin menambahkan sesak dalam jiwanya. Hanya itukah yang Tengku Zarif mahu tahu darinya? Besar harapan Mikayla tadi mengangankan Zarif datang untuk memberikan kata-kata semangat padanya. Tersasar sungguh angan-angannya itu. Dia lupa siapa diri dia di mata Tengku Zarif.

Zarif asyik buruk sangka pada dia! 

Wajah Zarif dipandang. Lelaki itu juga nampak seperti tersakiti. Tapi dia juga lagi sakit!

"Aku nak tahu! Jawab sahaja ya atau tidak! Susah sangat ke Mikayla?!" bentak Tengku Zarif. Bahu Mikayla dicengkam kuat.

Mikayla menyeringai kesakitan. Air mata sudah mula bertakung di kolam mata. Kepalanya terasa pening. Dia dengan kuat menolak tubuh Zarif sehinga lelaki itu terdorong ke belakang.

"KAU PERGI! KAU PERGI SEKARANG! Mika dah tak nak tengok dah muka abang! I HATE YOU!!" jerkah Mikayla. Dia bagaikan hilang pedoman. 

"Mikayla!!!" pekik Tengku Zarif.

"PERGI!"

Tengku Zarif pandang wajah yang sedang menangis itu. Bibirnya diketap kuat. Kalau tak diikutkan rasa ego yang bergelora, mahu sahaja dia meluru memeluk tubuh remaja itu. Dia rindu gelak ketawa Mikayla. Dia mahu kembali pada Mikayla tapi dia tak sanggup menerima perbuatan Mikayla di belakangnya. Dia sayang, dan kerana sayang itu hatinya bagai tergores parah. Pedih!

"Kau ingat, selangkah aku pergi, aku tak akan kembali lagi pada kau Mikayla. Aku akan anggap kau dah tak wujud dalam hidup aku..." datar suara Tengku Zarif sebelum kakinya dipusing untuk beredar dari situ. Langkahnya terhincut hincut.

Mikayla jatuh terduduk di lantai mozek. Air mata laju merembes keluar. Matanya digam kukuh pada susuk tubuh yang terhincut hincut berjalan keluar dari perkarangan rumah Dato' Marina. Sebaik sahaja Tengku Zarif menghilang, segala rasa hiba dan pedih dalam hati dia hamburkan sekuat-kuatnya. Hanya apabila bonda menarik dia masuk barulah dia bangun dari situ.

Dan beberapa hari selepas itu, dia berangkat ke Padang Selatan, Sumatera, Indonesia. Dia tinggal bersama pembantu yang ditugaskan untuk menjaga dia di sana. Jujurnya pada mulanya dia bencikan tindakan bonda. Bonda seperti mahu menyembunyikan dia kerana malu punya anak seperti dia. Tapi bila dia di sana barulah dia sedar, bonda hanya mahu dia tenangkan diri. Bonda mahu dia lupakan segala tekanan yang dia hadapi. Cuma bondanya tidak pandai memujuk dengan ayat ayat lembut. 

Bondanya melarikan dia seketika untuk mengelakkan dia dari dipanggil pihak polis. Mereka asyik memaksa dia untuk melakukan pemeriksaan. Terasa jijik padahal dia sudah berkali kali menafikan yang dia tak pernah mengandung. Dia masih dara! Dia tak pernah melakukan hubungan dengan mana mana lelaki. Sakit hati bila orang luar sibuk sibuk mahu meminta dia membuktikan dia masih dara! Bodoh!

"Dekat sana tu lah Mika kenal dengan Idham. Idham jadi kawan Mika. Idham tu muda dua tahun dari Mika. Bapa Idham orang Malaysia tapi mak dia orang Padang. Lepas bercerai, mak dia bawa Idham balik kampung. Tapi Idham tak bahagia juga dengan mak dia. Mak dia depresi. Kami jumpa pun sebab Idham selalu datang jenguk mak dia di tempat Mika selalu pergi untuk sesi kaunseling." ceritanya sambil dipandang wajah keruh Tengku Zarif. Pipi Zarif yang basah dengan air mata lelaki itu diusap lembut. 

Dia tersenyum manis pada suaminya, dia tak mahu suaminya menyalahkan diri sendiri. Itulah antara sebab dia sukar nak memulakan ceritanya tentang Idham. Kalau menyebut tentang Idham, dia terpaksa bercerita juga bagaimana boleh terjadinya perkenalan mereka.

Dia pasti kalau dia bercerita, Tengku Zarif akan rasa bersalah. Sama seperti waktu suaminya itu tahu tentang hal lukisan tempoh hari. Dia tak mahu Zarif terus menerus diselubungi rasa bersalah. Dia hanya mahu Tengku Zarif tahu yang dia kini sudah kuat. Tengku Zarif penguat semangatnya sekarang. Dulu Tengku Zarif jadi begitu kerana dibutakan dengan rasa cemburu dan dia tak salahkan lelaki itu. Dia faham.

Dia juga tak terniat mahu mengembalikan rasa bersalah dalam diri suaminya. Dia tahu Tengku Zarif sekarang dan Tengku Zarif yang dahulu sudah berbeza. Dia cuma bercerita supaya suaminya tak bersangka buruk pada Idham. Idham itu insan yang hadir di saat dia perlukan teman bercerita. 

Idham bagaikan pengganti Daus. 

Pendengarnya yang setia. 

Tapi kedua-dua lelaki itu memang hanya dianggap sebagai teman. Hatinya dari awal hanya ada nama Tengku Zarif. Dia dah terlanjur menyintai lelaki itu sejak awal.

"Bila nak dekat SPM Mika balik Malaysia. Mika tak ambil SPM dengan rakan rakan sekelas. Mika daftar sebagai calon persendirian. Sepanjang Mika di Padang, Zuhail yang tolong share segala notes untuk setiap subjek. Abang mungkin tak tahu sebab abang dah terbang pergi London. Few weeks sebelum SPM Mika stay sini. Study dengan Zuhail." sambung Mikayla.

Zarif turun melutut di lantai. Tak betah dia mahu duduk di samping Mikayla. Dia terasa dirinya kejam. Dia rasa bagai tak layak bersama Mikayla. Setiap kali Mikayla bercerita tentang kisah lampau, dirinya rasa kerdil. Mikayla isterinya, banyak memendam rasa diwaktu usia remaja, dia pula hanya tahu menuduh, menghukum dan mendera perasaan wanita kesayangannya itu.

Wajahnya yang sedari tadi basah dengan air mata disembam pada lutut Mikayla. Hanya itu yang mampu dia buat. Kalau Mikayla mahu, dia turut ingin tunduk ke kaki isterinya. Dia rela rendahkan diri demi isterinya kalau itu yang mampu menebus segala kata-kata tuduhan dan prasangka buruk yang dia lemparkan pada Mikayla sewaktu zaman remaja dan sewaktu mereka bertemu kembali.

Kini, selepas dia tahu semuanya, makin perit rasa yang mencengkam jiwa. Pedih. Rasa ingin dicarik carik sahaja dadanya saat itu. Besar rasa bersalahnya pada insan yang kini sudah bergelar isterinya. Dia tinggalkan Mikayla yang baru berusia 17 tahun ketika itu, untuk menghadapi kerasnya takdir hidup tanpa dia. 

"Sayang... abang tak tahu apa yang abang perlu buat untuk tebus semua kesalahan abang pada sayang. Abang selalu buruk sangka dan tuduh sayang macam macam dulu!" keluhnya sedih. 

Mikayla panggung wajah Zarif yang sedang menunduk. 

"Abang, abang dah ada dengan Mika sekarang ni pun dah cukup untuk Mika. I know now you really love me so much. Semua sangka buruk abang pada Mika dulu Mika dah lupakan sejak abang jadi suami Mika. Sejak Mika jadi isteri abang, abang selalu jaga Mika dengan baik. You changed! You changed for me, and I love you so much for that."

"I'm so happy to be your wife, Tengku Zarif. Thank you bawa Mika masuk dalam hidup abang!" ujarnya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. 

Kisah lama mereka dulu gara-gara ketidakmatangan masing masing. Dia dan Zarif hanya beza setahun. Jika dia rasa dia tak matang dulu, pasti Zarif juga sama. Zarif dikelabui dengan rasa cemburu kerana terlalu sayangkan dia. Dia pula terlalu berahsia dengan lelaki itu kerana dia tak tahu isi hati lelaki itu yang sebenarnya. Retaknya hubungan mereka dulu hanya lah kerana salah faham.

"Betul tu Zaf. Lupakan hal lama. Stop salahkan diri sendiri untuk benda yang dah jadi. Tak ada gunanya menangisi tentang dulu lagi. Yang penting sekarang ni Zaf dah ada dengan Mika. Zaf dah tak sakitkan hati menantu mama ni." ujar Puan Sri Sharifah. 

"Lepas kahwin ni, kepercayaan, kesetiaan dan cinta Zaf hanya perlu ada pada Mika seorang jer. Kalau Zaf buat Mika sakit hati lepas kahwin, memang mama dulu yang marah Zaf. Faham tak, Tengku Zarif?" soal Mama dengan wajah garang yang dibuat buat.

Tengku Zarif mengangguk kepala. Kalau mama dia tak ugut sekalipun memang itu yang akan dia buat. Dia akan sentiasa bahagiakan Mikayla. 

Zulfa di sisi Puan Sri Sharifah sudah tergelak perlahan. Abangnya yang pendiam dan dingin itu bagaikan kucing comel yang tak mahu tuannya pergi tinggalkan dia. Nampak soft sahaja abangnya waktu ini.

"Tapi sayang, sayang betul betul ke tak ada apa apa perasaan ke dekat Idham tu?" soal Zarif dengan riak curiga.

*PAK!

Bukan setakat Mikayla, Puan Sri Sharifah turut memukul bahunya kuat. Mengaduh Zarif gara-gara dipukul dengan dua tangan.

"Baru tadi cakap kena percaya, tengok dah start dah dengan cemburu buta dia tu." bebel Puan Sri Sharifah.

Mikayla juga turut menjeling tajam pada Zarif.

"Mika layanlah cemburu suami kamu tu. Mama dah tak kuasa. Jom Fafa, kita keluar." ajak Puan Sri Sharifah sambil menggelengkan kepala. Penat dia nak tengok perangai anak sulungnya itu. 

Mereka berdua meninggalkan Zarif dan Mikayla di bilik itu. Zarif masih kekal melutut di lantai.

Zarif mengeluh perlahan. Nak buat macam mana, dia memang cemburu kalau ada mana mana lelaki yang rapat dengan Mikayla. Dia tak boleh terima Mikayla rapat dengan orang lain selain dirinya.Dia takut Mika pergi kepada yang lain. Dengan Zuhail pun kadang kadang dia cemburu. Tapi itu dululah. Sekarang dia dah tak cemburu pada Zuhail.

Mikayla membawa jari jemari ke pipi Zarif. Dengan penuh rasa geram dia cubit kedua dua belah pipi suaminya itu.

"AHHH hayang hahit!!! jerit Tengku Zarif. Jari Mikayla yang masih mencubit kedua-dua belah pipinya itu dibiarkan. Mukanya diangkat untuk meminta simpati sang isteri.

"Mika cakap apa dekat abang haritu?"

"Hahap hapa?" soal Zarif.

Mikayla kemam bibir. Hampir nak tergelak tengok keadaan Zarif.

"Siapa orang yang Mika paling sayang? Siapa first love Mika?"

Zarif tersenyum sipu walaupun wajahnya sedang menyeringai gara-gara masih dicubit.

"Habang..." ujarnya perlahan lalu menunduk.

"Dahtu, kenapa lagi nak tanya Mika ada perasaan dekat Idham ke tak? Ni yang dalam perut ni siapa bapak dia?" soal Mikayla, mukanya mengawal riak dan tawa yang hampir terlepas. 

"Habang..."

"Haa tahu pun. Dah tu macam mana Mika nak suka dekat orang lain. Hati, jiwa, kepala, tubuh Mika ni penuh dengan abang jer." 

"Horry..."

"Pffffttt" terlepas jugak tawa Mikayla yang sedari tadi ditahan. Aduh suaminya itu comel sungguh.

Muka Zarif berubah masam apabila Mikayla mengetawakan dia. 

"Nak buruk sangka dekat Mika lagi tak?"

Zarif menggeleng.

"Apa geleng-geleng? Bisu?" soalnya. Selalu Zarif suka cakap begitu dekat dia. Sekarang ni peluang dia.

Zarif menjeling geram pada Mikayla. Mula faham yang Mikayla sekarang mahu balas dendam.

"Kenapa diam? Bisu ke husband Mika ni? Mika tanya tadi, nak buruk sangka dekat Mika lagi tak?"

"Haknak." balas Tengku Zarif pendek. Matanya menatap wajah si isteri yang sudah tersenyum lebar. 

Mikayla melepaskan cubitan pada kedua-dua belah wajah Zarif. Tangan suaminya itu ditarik untuk duduk di birai katil. Tanpa kata dia kucup lembut pipi Zarif. Mula mula belah kiri, setelah itu di sebelah kanan.

"Sorry Mika cubit abang. Sakit tak?" soal Mikayla prihatin sambil mengusap lembut pipi suaminya yang sudah merah akibat dicubit kuat.

Tengku Zarif mengetap bibir. Dia tenung wajah isterinya dalam dalam. Isterinya comel!

Kedua dua belah tangan Mikayla yang berada di wajahnya dia kumpul dan satukan. Satu tangan dia letakkan di belakang kepala isterinya. Zarif hadiahkan senyuman nakal kepada Mikayla lalu tubuh isterinya ditolak lembut ke bantal. 

Membuntang mata Mikayla apabila kini tubuhnya ditindih dari sisi. Punggung Zarif masih menyentuh tilam cuma badan sahaja yang ditundukkan sehingga terlalu dekat dengan wajah Mikayla ketika itu.

"Abang ni, start lah tu nak menggatal." omel Mikayla geram.

"Siapa suruh sayang comel sangat. Can I kiss you my wife?"

Mikayla jeling suaminya. Dan dan nak minta izin. Selama ni main terkam jer.

Timbul rasa nak mengusik. Dia mahu menolak permintaan suaminya. "Tak b-"

Belum sempat dia menghabiskan kata, bibirnya terlebih dahulu dipagut lembut oleh sang suami. Terkejut dia. Sempat mencubit pinggang Zarif tapi Zarif tak mengendahkan. Mengaduh pun tidak. Bibir suaminya itu masih asyik mengulit bibirnya yang mula mula tadi lembut namun kini beransur-ansur kasar. 

Lama-lama Mikayla turut hanyut dengai belaian kasih Zarif. Dia membiarkan sahaja.

"Abang sayang sangat dekat Mika tau tak. I can't imagine my life without you. 8 tahun abang di London dulu, jujurnya abang sikit pun tak bahagia. I miss you so much and I hate to see that you seem to have a happy life without me. Tanpa abang sangka, Mika pun tak bahagia. Mika pun rupanya berkongsi rasa yang sama dengan abang."

"Mika pun ingatkan abang bahagia di London. Walaupun tanpa khabar berita. Mika doakan abang bahagia. Mika tak pernah pujuk hati untuk move on dari abang walaupun selama itu Mika hidup tanpa abang. Mika sunyi. Mika jadikan Zuhail dan Zulfa pengganti rindu Mika pada abang."

"I promise you sayang, you are the only one for me. Abang akan buktikan sampai akhir hayat abang yang Mikayla binti Abdul Rahim adalah cinta pertama dan cinta terakhir abang. Sayang boleh pegang janji abang ni sampai bila-bila."

.................................................

Dazzlo Medical Centre

"Macam mana rakaman CCTV tadi?" soal Idham apabila pintu bilik pengurusan sistem litar tertutup itu dibuka kasar.

"Shade!" sapa seorang lelaki yang sedang bercekak pinggang di depan berpuluh puluh skrin rakaman litar tertutup.

"Macam mana? Ada nampak apa apa?" gesa Idham. Dia yang menelefon rakannya itu tadi sewaktu dia pergi mengambil kereta.

"Black! Emergency! Kau datang DMC sekarang! Tolong aku check CCTV dorang. Kalau boleh kumpulkan every dashboard cam yang ada dekat parking area aras 3."

"Aku tak sempat nak cakap sekarang. Kau datang jer dulu sini. Aku rasa lebih seorang yang buat kerja ni!"

"Inform aku cepat cepat kalau ada apa apa yang mencurigakan. Ada sorang budak ni, PA Tengku Zarif. Aku tinggalkan dia dekat parking area. Cermin kereta pecah. Kau cooperate dengan dia tapi jangan cakap apa apa pasal kita. Aku dah warning budak tu jangan contact polis." 

"Ada, tapi yang waktu bag Kayla kena ragut tu jer. Just dapat yang tu jer tapi tak nampak langsung muka dia. Yang dkat area parking tak ada cctv." 

Kata-kata dari Black menghentikan lamunannya. Mata kembali merenung berpuluh puluh skrin yang berada di dinding ruangan itu.

"Dashcam kereta kereta dekat car park tu macam mana?" soal Idham.

"Aku dah suruh budak budak collect. Dorang ada dekat parking lot."

Idham mengangguk perlahan. Mata ditala pada Arizal yang terdiam di tepi.

"Rizal! Mana kotak tadi?"

Arizal bangun dan bergerak ke tepi pintu. Kotak bereben cantik itu diambil dari kerusi sebelum diserahkan kepada Idham. Dia hanya mengikut sahaja arahan lelaki itu sekarang tanpa membantah kerana dia dapat merasakan Idham yang dipanggil Shade serta lelaki yang menggunakan gelaran Black itu bukan calang-calang orang. Yang paling penting, dia kini yakin, mereka bukan ancaman kepada keluarga majikannya.

Idham membuka kotak itu tanpa gentar. Matanya menilik isi kotak itu tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Black turut menjenguk ke dalam kotak.

"Macam janin." ujar Black selepas beberapa minit merenung isi kotak itu.

Idham hanya diam. Dia juga merasakan yang sama. 

"Apahal dorang tu nak kacau Kayla?" soal Black.

"Aku dah cakap dulukan, ada orang dendam dengan Kayla. Kau tak percaya."

"Tak sangka sampai macam ni...." balas Black.

"Orang tu baru nak mula ni aku rasa, mungkin dia nampak Kayla tengah bahagia sekarang." ujar Idham tanpa nada.

"Aku nak mintak kau check dari mana janin tu datang. Firasat aku kuat mengatakan dia ambil dari hospital ni jugak."

Black mengangguk. 

"Kumpulkan semua CCTV hospital ni. Bagi dekat aku. Aku ada hal kejap dekat markas. Dark nak jumpa." arah Idham.

Lelaki yang dipanggil Black itu hanya mengangguk.

Puas hati dengan reaksi itu, Idham mula melangkah untuk keluar dari ruangan.

"Idham! Kau nak pergi mana? Tengku Zarif nak jumpa kau nanti." ujar Arizal sambil menghalang haluan Idham. Nadanya sedikit rendah.

Idham pandang Arizal sekilas. "Cakap dengan dia aku akan jumpa dia lusa. Dekat office dia. Aku sendiri akan datang. Bagitahu dia, jangan libatkan polis kalau dia nak aku tolong dia." ujarnya dengan wajah kosong sebelum berlalu pergi.

.....................................................

TBC

Author's note: Sebenarnya dah schedulekan chapter ni utk malam esok tapi tak apalah saya publish malam ni jugak. Malam esok saya publish chapter next jer lah.

Siapa yang syak Idham jahat tu, minta maaf sekarang hahahaha! 

Okay good night, thank you baca, vote and komen!

Continue Reading

You'll Also Like

6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...
7.2K 478 76
○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

716K 30.6K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...