The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 49

2K 70 2
By lemonellow

IPD Cheras

Inspektor Haris mengeluh perlahan sambil merenung kosong ke arah fail fail dan dokumen yang berada di atas meja. Dia masih belum menemui petunjuk bagi kes bunuh pelakon itu. Pencarian anak-anak buahnya untuk mencari bapa kepada Daus juga menemui jalan buntu. Lelaki itu bagaikan lenyap dari bumi. Tiada sebarang transaksi bank, pekerjaan atau apa apa yang terkait dengan lelaki itu. 

Pelipisnya diurut perlahan. Terasa lelah ke sana ke mari untuk menyelesaikan kes. Dato' Borhan juga tidak dapat disabitkan kesalahan gara gara alibi cctv dari depan rumah persendirian milik lelaki itu yang menunjukkan dia tidak keluar dari rumah sepanjang malam ketika kejadian bunuh itu berlaku. Paling penting adalah Dato' Borhan sendiri tidak tahu tentang kandungan mangsa jadi dia tiada motif untuk membunuh Putri Ailin. 

Siapa lagi yang mahu dia kaitkan pun dia tak tahu. Dian dan Fahmi pula sudah beberapa kali dipanggil ke balai untuk membantu siasatan tapi memang kedua dua mereka tidak tahu apa-apa. Cumanya dia sedikit curiga kerana Dian seperti menyembunyikan sesuatu. Gadis itu nampak takut takut. Yang terbaru, dia dapat tahu dari Inspektor Nuha yang Dian telah berhenti kerja. 

"Nuha!" dia menyeru rakan sekerjanya itu dari dalam bilik pejabatnya.

"Ada apa tuan?" Nuha muncul di muka pintu seraya bertanya.

"Awak ada hubungi Dian lagi ke selepas dia beritahu awak yang dia dah berhenti kerja tu?"

"Tak ada Tuan. Tuan nak saya hubungi dia ke?" soal Inspektor Nuha.

"Boleh juga. Cuba selidik kalau kalau dia ada sembunyi sesuatu. Haritu awak ada cakap yang Dian ada nak cakap sesuatu tapi dia tak jadi nak cakap kan?" 

Inspektor Nuha berkerut dahi. Dia terlupa seketika tentang hal itu gara-gara kesibukannya. Pihak atasan sudah menekan mereka, pihak media pula asyik meragui kompetensi pihak polis. Bagaimana pihak polis tak tertekan. Mereka bagai anjing tersepit. Ditekan di atas dan bawah.

"Okay Tuan, saya akan call cik Dian sekarang." ujar Inspektor Nuha seraya melangkah masuk ke dalam dan duduk di kerusi di hadapan meja kerja Inspektor Haris.

Nombor telefon Dian didail namun setelah puas menunggu, panggilan itu masuk ke voice mail box. Dia mencuba sekali lagi namun tetap juga sama. Dahinya berkerut lagi. Biasanya kalau dia hubungi Dian, Dian pasti akan cepat mengangkat panggilannya. 

"Tak dapat ni Tuan..."

"Bila last awak hubungi dia?" soal Inspektor Haris.

"Err..dua minggu lepas tuan."

Inspektor Haris terdiam seketika. Otaknya sedang ligat berfikir.

"Nuha! Awak pergi cari dia dekat rumah sekarang! Dia saksi pertama yang jumpa mangsa! Ada kemungkinan pembunuh sebenar tengah aim dia jugak!" ujar Inspektor Haris cemas. Dia lupa! Tak sepatutnya Dian dibiarkan tanpa pengawasan pihak polis. Dia kemungkinan tahu sesuatu dan sesuatu itu mungkin menyebabkan gadis itu turut berada dalam bahaya!

Inspektor Nuha turut tersentak memikirkan kemungkinan itu. Laju laju dia bangun dari kerusi.

"Nuha! Check keberadaan Fahmi juga! Pasal meeting briefing kejap lagi saya yang akan handle. Awak keep on track dengan mereka dan update saya."

"Baik tuan!" ujar Inspektor Nuha sebelum dia keluar dari bilik. Dia mahu mengajak Inspektor Lim yang selalu berkerja undercover dengannya untuk ikut bersama. 

........................................

Dazzlo Medical Centre

"Setakat itu jer dulu maklumat yang aku ada Kayla. Yang lain aku akan usahakan dulu untuk cari. Tapi aku memang tak boleh nak share maklumat ni melalui telefon. Sebabtu aku kena selalu jumpa kau face to face kalau nak cakap pasal ni."

Mikayla mengangguk faham. Idham tak mahu polis tahu tentang penglibatan dia. Disebabkan itulah dia terpaksa berjumpa Idham secara bersemuka. Mereka tak dapat berbincang melalui telefon. Dia juga masih lagi di bawah pengawasan pihak polis. Bila-bila masa sahaja pihak polis boleh minta untuk memeriksa telefon miliknya. Inspektor Haris juga masih meragui dia gara-gara kes Daus dulu yang kemungkinan besar terkait dengan kes bunuh Putri Ailin.

"Kereta dekat car park ke? Jom lah aku hantar kau sampai ke kereta." pinta Idham apabila Mikayla sudah mahu bangun.

"Eh, tak apa Id, tu mama dengan Fafa ada, aku pun datang dengan driver suami aku." ujar Mikayla sambil menuding jari ke arah tiga 'bodyguard' nya hari itu.

"Tak apa, aku ikut sekali. Aku pun bodyguard kau juga dari dulu lagi." ujar Idham tanpa nada. 

Mikayla tak menghalang lalu dia menghala langkah kaki ke meja di mana mama dan Fafa sedang duduk. Mama dan Fafa jugak sudah selesai makan. 

"Dah settle Mika?" tanya Puan Sri Sharifah apabila melihat batang tubuh menantunya itu mendekati.

"Dah mama, kita boleh balik dah. Mama ada nak singgah mana mana ke?"

"Tak ada pulak. Mika?" soal Puan Sri Sharifah kembali.

"Tak ada jugak. Mika rasa nak balik tidur. Mengantuk dah ni." ujar Mikayla seraya tergelak. Rutin dia pagi pagi kalau Zarif pergi kerja sememangnya tidur sampai ke tengahari. Nasib baik dapat mak mertua yang jenis tak membebel.

Puan Sri Sharifah turut tergelak perlahan. Faham sudah rutin menantunya. Dekat waktu lunch baru Mikayla turut ke dapur untuk membantu menyediakan makan tengahari. Dia langsung tak ada masalah dengan rutin Mikayla. 

"Kalau macam tu jom lah balik. Kesian menantu mama ni mengantuk yer!" usiknya sambil merangkul pinggang Mikayla. 

Rizal pula sudah berjalan untuk ke sisi mereka lagak seperti seorang bodyguard yang mengawal keselamatan.

"Fafa?" Mikayla berpusing apabila Zulfa tidak datang memaut lengannya seperti biasa. 

"Abang Idham ikut kita ke?" soal Zulfa yang dari tadi memerhatikan Idham yang hanya diam mengekori dari belakang.

"Biarkan jer dia. Dia dah terbiasa hantar Mika sampai ke kereta kalau Mika ada dengan dia." ujar Mikayla.

"Ohhh..." Zulfa angguk. Dikerling sekilas ke arah Idham sebelum melangkah laju ke arah Mikayla lalu dia menyelit di tengah tengah Mama dan kakak iparnya.

Idham turut melirik ke arah Zulfa sepintas lalu sebelum kembali memandang kosong ke depan.

Idham mengekori mereka dari belakang manakala Arizal di depan untuk mencari kereta yang diparking tadi. Dua lelaki itu hanya diam di sepanjang langkah untuk ke tempat letak kereta. Mikayla, Puan Sri Sharifah dan Zulfa pula asyik berborak perihal bayi yang bakal keluar. Zulfa sedang berfikir nak suruh anak saudaranya panggil dia dengan panggilan apa. Excited masing masing.

Sebaik sahaja mereka keluar dari pintu untuk ke ruang parking, tak semena-mena ada seorang lelaki dengan kuat merempuh Idham yang berada paling belakang. Idham terjatuh ke sisi apabila ditolak secara tiba-tiba begitu. Keadaan itu mengejutkan semua. 

Mereka berpaling ke belakang namun mereka tergamam apabila melihat lelaki tadi dengan tangkas menarik bag tangan yang berada di bahu Mikayla. Mikayla menjerit gara gara terkejut. Tubuhnya terdorong ke depan dan hampir jatuh namun sempat disambut Arizal yang tadinya berjalan di hadapan. 

Idham pula cepat cepat bangun dan cuba menumbuk lelaki itu. Mereka tak dapat melihat wajah lelaki itu kerana lelaki itu memakai baju hujan berwarna hitam legap dekat hud yang menutup kepala. Mukanya memakai full face mask. Mereka berlawan sehingga lelaki itu ditolak Idham ke simen. 

Baru sahaja Idham mahu menarik mask yang dipakai lelaki itu, 

*Prang!

Bunyi kuat seperti bunyi kaca pecah berderai itu mengejutkan semua yang ada. Mereka tergamam sehingga masing masing mencangkung dan menekup telinga. Zulfa dan Puan Sri Sharifah mendekati Mikayla yang ditarik Arizal untuk tunduk tadi. Kesempatan itu diambil oleh lelaki tersebut untuk menendang ke celah kelangkang Idham lalu dia terus melarikan diri di celah celah kereta yang ada di tempat parking itu.

Idham sudah tertunduk senak gara gara ditendang kuat tadi. Dia cuba bangun untuk mengejar lelaki itu tapi senak yang dirasakan menghalang pergerakan.

"Mama, mama tak apa apa? Fafa?" soal Mikayla kepada Puan Sri Sharifah dan Zulfa yang sedang memeluk erat tubuhnya.

"Mama tak apa apa, Mika macam mana, lelaki tu ada cederakan Mika ke tadi?" soal Puan Sri Sharifah risau.

"Tak, tak sempat. Rizal sempat tahan Mika tadi. Nasib baik tak jatuh..." ujarnya perlahan. Bahagian bawah perutnya diusap perlahan. Nampak seperti tiada apa apa. 

"Puan, Puan Sri, saya rasa baik kita ke kereta sekarang. Macam tak selamat. Kita balik dulu puan!" ujar Arizal dengan riak gusar. Risau dimarah Tengku Zarif sekejap lagi.

Mikayla bangun dibantu Zulfa dan dia menghala kaki ke arah Idham yang sedang menstabilkan diri pada satu tiang di parking lot tersebut. 

"Id, sakit ke?"

Idham angkat muka. Berkerut wajah lelaki itu. Mukanya nampak bengang.

"Aku okay jer. Mana kereta kau?"

"Sana!" Arizal menyahut soalan Idham itu walaupun lelaki itu tidak bertanya padanya. Sedikit menyesal kerana membawa mereka ke parking lot. Patutnya dia ambil sahaja mereka di lobi tadi. Benda dah nak jadi...

Sampai di kereta masing masing tergamam gara gara cermin tingkap Toyota Alphard di bahagian pemandu pecah berderai. Penuh kaca berselerakan. Tahulah mereka kini dari mana bunyi kuat tadi muncul. Semua bagaikan terkelu kata, Arizal perlahan lahan melangkah mendekati pintu kereta dan ternampak satu kotak berbalut reben cantik ada di atas kerusi pemandu. 

Kotak itu diangkat dan semua yang ada turut datang mendekati. Bertaut kening Arizal seraya membuka kotak itu. Masing masing menjenguk untuk melihat isi yang ada. 

"ARGHHHH!"

Zulfa menjerit kuat gara gara terkejut melihat isi kotak itu. Ada seperti ketulan daging kecil yang penuh dengan darah di dalam kotak itu. Arizal cepat cepat menutup kembali kotak itu. 

Bibirnya perlahan lahan mengeluarkan kata carutan. Terkejut!

Puan Sri Sharifah laju menutup mata Mikayla dari melihat. Dia turut menarik Zulfa untuk menjauh dari Arizal yang sedang memegang kotak tersebut. Mengucap masing masing untuk menenangkan diri. Zulfa pucat lesi. Dia yang paling nampak jelas apa yang ada dalam kotak tadi. Seriau dia melihat isi kotak. 

Mikayla yang belum sempat melihat isi kotak itu hanya diam melihat reaksi Zulfa. Sedar bahawa dia tak perlu bertanya apa isinya. 

"M-Mika jangan tengok..." ujar Zulfa terketar-ketar.

Mikayla peluk adik iparnya erat. "Okay, Mika tak tengok. Fafa tarik nafas dulu, lepastu hembus perlahan-lahan." 

Arizal pandang wajah beku Idham yang berada di belakang perempuan perempuan itu. Dia tak dapat baca wajah Idham saat itu.

"Kau! Kau tunggu sini kejap, jaga dorang, aku pergi ambil kereta aku!" ujar Idham keras ke arah Arizal sebelum berlari lari ke satu arah.

Tak sampai 5 minit, kedengaran tayar berdecit kuat dan kereta Idham berhenti betul betul di hadapan mereka. Idham turunkan tingkap dan matanya dibawa menghala ke wajah terpinga-pinga Mikayla.

"Masuk, aku hantarkan kau dengan keluarga mertua kau balik dulu Kayla." gesa Idham.

Arizal mengerut dahi. Dia mara ke depan. Bengang. Sesuka hati Idham mahu mengambil alih tugasnya tanpa berbincang. 

"Kau buat apa ni? Tengku Zarif dah arahkan aku untuk bawa keluarga dia balik!" marah Arizal.

Idham tuding ke arah cermin kereta yang pecah.

"Kau nak bawak dorang balik pakai tu ke? Dah tak ada otak?!" soal Idham geram.

Arizal mencerlung ke arah Idham garang. Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk membalas mulut lancang Idham, Idham sudah awal awal memotong.

"Tak payah nak mengamuk waktu waktu sekarang ni. Baik kau settle apa yang patut pasal kereta tu. Kayla, cepatlah naik!" 

"Korang pun!" ujar Idham seraya memandang ke arah Zulfa yang masih berdiam diri.

"Mama, kita naik dengan Id dulu. Jom Fafa, kita balik rumah..." gesa Mikayla seraya membukakan pintu untuk Fafa dan Puan Sri Sharifah. Mereka berdua hanya menurut. Arizal pula cepat cepat mengikut langkah Mikayla yang sedang menghala kaki ke pintu penumpang di hadapan.

"Puan! Saya ikut sekali!" ujar Arizal.

"Tak payah! Baik kau settle pasal kereta ni dulu. Aku akan hantar dorang balik dengan selamat. Kau tak payah risau!" halang Idham keras.

Mikayla pandang wajah Arizal yang nampak tak berpuas hati.

"Rizal, saya balik dengan manager saya dulu. Awak jangan risau pasal kami, saya kenal Idham jadi awak tak perlu risau. Awak settlekan pasal hal tu dulu yer. Cuba tanya kalau boleh check cctv dorang dekat kawasan parking ni. Saya sampai rumah nanti saya akan call awak. Saya akan bagitahu suami saya jugak bila saya dah sampai nanti." ujar Mikayla lembut cuba menghilangkan kerungsingan yang dirasai pembantu peribadi suaminya itu.

Arizal mengeluh perlahan.

"Puan jangan lupa sampai rumah jer nanti puan call saya."

Mikayla mengangguk.

"Kayla cepatlah naik..." gesa Idham.

Arizal berpusing dan melangkah ke arah Idham. 

"Kau jangan nak buat apa apa dekat diorang!" ugutnya memberi amaran.

Idham mencerlung memandang Arizal. Dia mengarahkan lelaki itu mendekat dengan jari telunjuknya. Kepala dijengul dari cermin tingkap kereta. Mulut didekatkan pada telinga Arizal.

"Kalau kau nak suruh aku bawa dorang balik rumah dengan selamat, kau jangan call polis! Selesaikan hal ni sendiri. Kau boleh bagi tahu hal ni dekat Tengku Zarif, tapi jangan libatkan polis!" bisik Idham keras di telinga Arizal, mengugut!

Arizal tergamam. Jangan bagitahu polis?

"HEY!"

Belum sempat Arizal mahu berkata apa-apa, Idham sudah menaikkan cermin tingkap lalu lelaki itu memandu laju untuk keluar dari kawasan parking hospital. 

Arizal meraup mukanya. Masalah!

Keluhan kasar dilepaskan. Tengku Zarif pasti akan mengamuk besar. Arizal keluarkan telefon. Nombor telefon Tengku Zarif ditekan laju. 

......................................................

IPD Cheras

"Hello, Assalamualaikum Tuan. Tuan, saya nak inform yang Dian tak ada dekat rumah. Kami pergi ke rumah dia namun dia tiada di rumah. Saya baru dapat tahu dari jiran jiran satu aras flat dengan dia yang mak Dian dah meninggal dunia. Mungkin Dian tengah sibuk menguruskan urusan kematian mak dia tuan."

Inspektor Haris mengeluh perlahan. 

"Innalillahiwainnailahirojiun... Dia pulang ke kampung ke?"

"Saya rasa ya tuan." ujar Inspektor Nuha.

"Tak apalah, nanti tunggu untuk beberapa hari then, awak cuba hubungi dia lagi."

"Baik tuan." 

"Fahmi?" soal Inspektor Haris.

"Kami dapat tahu Fahmi masih kerja dengan Dato' Borhan. Susah kita nak minta maklumat dari Fahmi tuan sebab Fahmi mengikut arahan Dato' Borhan..." keluh Inspektor Nuha. Terasa kerja mereka sia-sia. Apa apa maklumat pun mereka tak dapat.

Inspektor Haris turut menghela nafas berat. Serabut! 

...........................................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

93.1K 3.9K 26
๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“”๐“ต๐“ถ๐“ช๐“ท ๐“•๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑร—๐“ข๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ฏ๐“ช๐“ฑ ๐“๐“ฒ๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑ ๐“œ๐“ฒ๐“ด๐“ฑ๐“ช๐”‚๐“ต๐“ช Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
7.7K 424 40
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Hidup ini bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. Hidup ni kan sebuah pertaruhan. Sama ada kau...
7.2K 478 76
โ—‹BLURBโ—‹ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...