The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 47

2.5K 100 3
By lemonellow

"Line clear ke?" tanya Liyana dari dalam bilik.

"Clear babe. Inara tengah tunggu dekat depan." ujar Harisa. Dia tadi mengah mengah berlari untuk mendapatkan passcard bilik Tengku Zarif buat Liyana. 

Liyana keluar dari bilik dan menghalakan kaki ke bilik sepupunya. Harisa sudah tersengih. 

"Mana passcard tu."

Harisa menghulurkan passcard pada Liyana. Harisa berbisik, "Pakai minyak tu tau! Ingat senang ke nak dapat! Kau kena kental sikit jangan lemah godaan Zarif kejap lagi. Takkan nak on terus kan nanti tak sempat. Bagi Zarif jer yang panas. Biar dia kejar atau tindih you babe. Lakonan bagi mantap!"

"Kalau I nak go terus pun apa salahnya. Tak perlu nak berlakon. Elok elok tengah sedap baru best dorang datang serbu. I boleh terus kahwin dengan dia malam ni jugak!" ujar Liyana gedik.

"Oi tak boleh! Siapa nak buka pintu. Plan asal kau buka pintu dan lari. Rambut kau tu sepahkan sikit. Acah macam dah kena rogol."

"Kau ni pandai kan Risa!"

"Of course! Tengoklah kawan siapa."

"Best friend I!" 

"Dah, dah cepat masuk. Pepandai lah I dengan Inara berlakon cemas kejap lagi. You ingat tau, buka pintu dan meluru keluar sambil nangis! Lagi elok kalau Zarif tu keluar tarik you jugak. Bagi mama dia nampak. Make sure sapu minyak tu dekat Zarif bukan dekat you babe!"

Passcard diimbas pada pintu. Dia kemudiaannya masuk ke dalam. Suasana gelap dan sejuk.

"Good luck!" bisik Harisa sebelum menutup pintu.

Tengku Liyana tersenyum memerhatikan tubuh Zarif yang sedang tidur. Matanya meliar memerhatikan keadaan bilik yang gelap itu. Passcard yang diterima daripada lelaki penyambut tetamu itu disimpan ke dalam beg tangan. Tak sia sia Harisa melayan lelaki gatal itu. Senang senang dia dapat passcard bilik Tengku Zarif dan Mikayla menginap.

Dia berjalan melangkah mendekati katil mahu memeriksa keadaan Zarif. Lelaki itu sedang nyenyak tidur. Dia pandang botol kecil di tangan. Terfikir perlu ke dia gunakan minyak perangsang itu. Melihatkan keadaan Zarif yang memang tak bergerak langsung, dia menyimpan kembali minyak itu. 

Tak menunggu, dia bergerak ke penyidai tuala yang tersedia. Ada dua helai tuala tersidai di situ. Dia ambil sehelai dan dihidu. Bau mandian floral yang melekat di tuala itu menyebabkan dia mencampakkan tuala itu ke lantai. Pasti itu tuala Mikayla. Dipijak tuala itu dengan kaki. Diambil sehelai lagi tuala dan dibawa ke hidung untuk menghidu haruman maskulin milik Zarif. Namun hampa kerana bau di tuala itu sama dengan bau di tuala tadi. 

Bullshit! Getus hatinya. 

Dia tetap juga melilitkan tuala itu ke tubuhnya. Pakaiannya dibuka satu persatu. Senyuman tersungging. Pakaiannya tadi dia sepahkan ke lantai. Lalu dia bergerak ke sisi sebelah katil yang kosong. Dilabuhkan duduknya memerhatikan Zarif yang tidak berbaju. 

Kacak sungguh sepupunya itu. Dah lama dia tak dapat lihat dada bidang dengan six pack yang kental padat itu. Terlintas wajah Mikayla di kepala. Mencarut dia seketika. Sakit hati kerana tahu Mikayla sudah merasa segalanya dari lelaki yang sedang tidur itu. 

Dia bersandar pada katil dan dikusutkan rambutnya. Dia duduk diam menunggu cue. Dijeling sekilas pada Zarif. Tubuhnya didekatkan mahu menghidu dan mencium tubuh lelaki sasa itu. Kacak sungguh dan dia rasa tak tahan untuk tak sentuh. Baru sahaja dia mahu tunduk mencium tiba-tiba dia terdengar bunyi riuh dari luar koridor.

Aish cepatnya dorang naik! Dia ingatkan lambat lagi. Baru nak bermesra dengan si sepupu yang masih lena itu. Nafas di hela sebelum dia bangun. Mahu mengambil mood perempuan yang dirogol.

Puan Sri Sharifah berjalan bersama sama yang lain untuk ke bilik. Sampai di koridor aras mereka, dia ternampak Harisa dan Inara yang sedang meluru ke arah mereka.

"Aunty! Zarif! Zarif tarik Liyana masuk bilik!"

Tergamam Puan Sri Sharifah apabila mendengar kata-kata dua gadis itu. Nazifa turut membulatkan mata apabila mendengar nama anaknya disebut. Bagai nak gila mereka berlari ke arah bilik yang dihuni Zarif bersama Mikayla. 

"Betul ke ni Inara? Jadi mana Liyana sekarang? Zarif paksa dia? Apa you all buat!?" tempik Nazifa. 

"Dalam bilik Zarif aunty. Cepat aunty!"

Sampai di pintu tiba-tiba pintu terbuka luas dan Liyana yang dalam keadaan berkemban dan tidak terurus, meluru masuk ke dalam pelukan Puan Sri Sharifah.

"Maklong....." tangisnya kuat.

Mata mata manusia yang berada di aras itu sudah melopong terkejut. 

Puan Sri Sharifah menolak tubuh Liyana ke tepi. Dahinya berkerut seribu. Dia masuk ke dalam bilik yang gelap itu. Suis lampu ditekan.

"ZARIF!" jerit Puan Sri Sharifah apabila melihat tubuh anaknya tak berbaju sedang berselimut setelah lampu dinyalakan. Bersepah pakaian di lantai bilik itu.

Tengku Zarif bangun terpisat pisat. Kepalanya pening akibat disergah kuat. Dia kerut dahi memandang ke arah mamanya yang sudah memerah muka. Dia berpusing melihat ramai manusia berada di pintu biliknya. Makin rasa sakit kepala apabila melihat Liyana yang sedang berkemban sibuk menangis di pelukan Nazifa, makngahnya. Tergamam dia seketika.

"Zaf, you buat apa dekat anak makngah! You ajak anak makngah buat benda tak senonoh ke?" jerit Nazifa.

"Yana mintak maaf mommy, Abang Zaf paksa Yana... Yaya dah terlanjur dengan abang Zaf..." ujar Liyana dalam esakan.

Melotot mata Tengku Zarif mendengar ayat yang keluar dari mulut sepupunya itu.

"KAU CAKAP APA NI LIYANA!!!!" Tengking Zarif keras. Dia cepat cepat bangun menarik comforter. Dia tadi hanya tidur dengan boxer sahaja. Mahu sahaja dia meluru untuk menumbuk muka perempuan gila itu.

Harisa dan Inara sudah sembunyi senyum. Seronok melihat lakonan rakan mereka. 

"Abang! Abang paksa Yana tadi! Yana dah tak suci sebab abang!" 

Berdiri bulu roma Zarif mendengar kata kata Liyana.

"HEY CELAKA! KAU MENGARUT APA NI?!" kuat dia menengking sepupunya itu. Pening kepalanya makin teruk gara-gara amarah yang memberung.

"Zarif! Kamu kena tanggungjawab dengan apa yang kamu dah buat! Kamu kena kahwin dengan Yana!" amuk Nazifa yang bengang apabila anak saudaranya itu mengaku salah.

"ZAF TAK ADA BUAT APA APA PUN DENGAN ANAK MAKNGAH TU!"

Matanya dipalingkan ke arah Puan Sri Sharifah yang sudah terkelu. 

"Mama, percayalah dengan Zaf! Zaf tak ada buat apa apa pun!"

Puan Sri Sharifah telan liur. Matanya sayu memandang riak wajah anak sulungnya itu. Dia yakin Zarif tak bersalah. Tapi keadaan sekarang sangatlah mencurigakan mata mata lain yang memerhati.

"Kenapa riuh riuh ni?" muncul Tengku Zaid pula. Dia bersama para lelaki yang lain baru sahaja naik dari makan malam tadi. Mujurlah para staf dan pekerja diletakkan di bangunan lain. Hanya tetamu VIP sahaja yang menginap di bangunan itu. Mudah untuk tutup mulut.

"Ya Allah apa ni! Liyana! Kamu kenapa? Zarif? Kamu buat apa dekat anak pakngah ni?!" memetir suara Tengku Latif apabila dia turut masuk ke ruangan itu.

"Astagfirullahalazim!" Mengucap Tengku Zaid melihatkan keadaan tidak terurus anak saudaranya serta tubuh Zarif tanpa baju yang dibalut dengan comforter putih.

"Babah, No! Zaf tak buat semua ni. Babah pun tahu Zaf tak sihat tadi kan..." rayu Zarif. Dia jadi kerisauan. Tercari cari dia kelibat Mikayla di sebalik keramaian di biliknya ketika itu. Janganlah isterinya itu masuk sekarang.

"Abang..."

Zarif terpana apabila melihat isterinya masuk ke dalam ruangan bilik mereka. Di tangan isterinya itu ada sepinggan buah strawberry. Dia tahu itu untuknya. Dia ada menyebut tentang buah itu semalam. Isterinya pasti salah sangka dan fikir dia mengidam mahu makan strawberry padahal dia sebenarnya hanya mengusik isterinya gara gara pelembap bibir berperisa strawberry milik wanita itu sahaja.

Mata Mikayla memerhati keadaan bilik. Berkerut dia seketika. Semua yang lain beranjak memberi laluan kepadanya untuk masuk. Mikayla tenung kosong muka Liyana yang sedang menangis teresak esak di bahu Nazifa. Matanya beralih ke arah suaminya yang masih cuba menutup tubuh dengan comforter. Berkelip kelip matanya cuba mencerna apa yang sedang berlaku. Dia kemudiannya meletakkan pinggan strawberry itu di meja kopi. Langkahnya dibawa menuju ke sofa.

"Sayang!" seru Zarif dengan riak wajah kerisauan. Dilihatnya Mikayla mengambil baju yang disidai pada sofa dan isterinya itu menapak perlahan ke arahnya dengan riak wajah kosong.

Semua mata tertumpu pada tingkah Mikayla yang hanya diam tanpa sebarang kata sedari tadi. Hanya tubuh wanita itu yang bergerak ke sana sini.

"Pakai baju dulu abang..." ujar Mikayla perlahan.

"Sayang, please percayakan abang... abang tak buat apa apa pun dengan dia." rayu Zarif apabila Mikayla datang mendekati. Dia mahu menyentuh tangan isterinya.

Tengku Liyana yang menyembamkan wajahnya ke bahu Nazifa sudah sembunyi senyum. Seronok melihat wajah kosong Mikayla. "Kau kena menangis perempuan! Cepat menangis! Aku nak tengok muka kau sedih!" getus hatinya.

"Mika..." Mata Zarif sudah berair. Dilihat Mikayla melangkah menjauh darinya. Mikayla kelihatan mencari sesuatu. Meliar mata isterinya itu mencari cari.

"Zuhail?!" Seru Mikayla tiba-tiba.

Semua mata memandang ke arahnya pelik.

Tiba-tiba pintu balkoni bilik resort itu ditolak dari luar. Terjengul muka Zuhail yang sudah tersenyum sinis.

Tergamam Liyana apabila melihat susuk tubuh Zuhail yang keluar dari ruangan balkoni. Dia sangkakan lelaki itu tiada. Dari tengahari Zuhail menghilang. Macam mana Zuhail boleh ada dalam bilik itu???

Harisa dan Inara lagilah terkejut. 

"Sis, lamanya kau nak datang. Sejuk aku dekat luar tu tau!" omel Zuhail.

Zarif sudah berkerut dahi melihat Zuhail yang turut ada di situ. Dia baru sahaja selesai memakai baju seperti yang disuruh isterinya tadi. Tuala dililit di pinggang.

Mikayla tersenyum tipis.

"Yang kau pergi menyorok tu siapa suruh..." ujar Mikayla membalas omelan Zuhail.

"Sengajalah nak layan drama pukul 7. Eh! Memang pukul 7 pun weh sekarang ni. Perghh episod berapa ni agaknya!" seloroh Zuhail sambil menunjukkan jam di pergelangan tangannya.

"Mika? Zuhail?" Puan Sri Sharifah sudah pelik melihat reaksi Mikayla yang nampak tenang.

"Liyana, kenapa kau masuk bilik kami? Ada hal apa sampai berkemban bagai ni?" soal Mikayla sambil mata menentang mata Tengku Liyana. Sempat juga kaki menyepak kuat bra merah yang ada dilantai ke arah Tengku Liyana yang sedang ditenangkan oleh ibubapanya. Tersadar bra itu di depan kaki tuannya. 

"Aku dah cakap kan, suami kau paksa aku tidur dengan dia! Kau tak nampak ke?"

Mikayla tergelak. Berkerut dahi semua yang ada di situ.

"Kau mengarut apa ni Liyana? Suami aku tu tak sihat. Tak ada nya dia nak buat apa apa dekat kau. Lagipun suami aku tu tak ada taste dekat kau."

Zarif diam terpegun di sudut dinding. Dia tak faham sebenarnya apa yang sedang berlaku.

Mikayla yang perasan wajah tertanya-tanya Zarif. Dia melangkah kembali mendekati suaminya itu. Dia lantas menarik tangan Zarif lalu tangan mereka disatukan. Zarif yang tadinya berdebar risau andainya Mikayla salah faham dengan situasi yang terjadi sudah mula beriak tenang.

"Kayla! Suami kamu tu dah rosakkan anak makngah! Kamu masih nak sebelahkan suami kamu?!" jerit Nazifa geram apabila melihat reaksi selamba Mikayla.

"You guys jangan risau lah, abang aku ni tak ada buat apa apa pun dekat si Liyana tu. Zaf tak berdua pun dalam bilik ni dengan perempuan tu. Aku pun ada dari awal dengan Fafa. Fa keluarlah!" panggil Zuhail dan serentak itu pintu almari terbuka. Zulfa keluar dari almari bersama telefonnya dengan muka tersengih sengih.

Melopong semua mata yang ada. Paling tergamam pastinya Tengku Liyana. Terkejut dia melihat Zulfa yang keluar dari almari. Tidak menyangka langsung ada orang di sebalik almari.

"Nah makngah, pakngah, tengoklah apa anak makngah dengan pakngah dah buat." ujar Zulfa lantas telefon miliknya dihulurkan kepada bapa dan ibu saudaranya.

Video rakaman yang dirakam dari celahan lubang pengudaraan almari itu menunjukkan Liyana yang sedang terhendap hendap masuk ke bilik. Nampak jelas dalam video yang perempuan itu menjenguk keadaan Zarif yang sedang lena tidur sebelum dia menarik tuala dan mula melucutkan pakaian sendiri.

"TENGKU LIYANA! APA KAMU DAH BUAT NI!" jerkah Tengku Latif setelah video itu ditonton. Marah dan malu dengan perbuatan anak perempuannya itu.

"Daddy..." seru Liyana.

*PANG

Terteleng muka Liyana ditampar oleh Tengku Latif. Berdesing telinga perempuan itu.

Tak cakap banyak, Tengku Latif keluar dari ruangan itu. Malu dia dengan semua yang ada.

Tengku Zaid pula sudah mengeluh.

"Abang!" jerit Nazifa ke arah suaminya yang sudah keluar.

Tunku Zawiyah turut menggeleng gelengkan kepalanya perlahan. Penat melihat perangai cucu  perempuannya itu.

Harisa dan Inara sudah kecut perut. Mereka terdiam seribu bahasa.

"Apa yang jadi sebenarnya tadi Zuhail?" tanya Tengku Zaid.

"Zuhail dengan Fafa memang datang jenguk Zaf tadi Bah. Kami memang ada dalam bilik ni dari awal. Tiba-tiba terdengar bunyi bunyi dari luar. Fafa pelik sebab ingatkan Mika cepat sangat balik, tengok tengok si Liyana tu ada depan pintu dengan Harisa. Berbisik bisik dorang dekat luar. Itu yang kitorang cepat cepat menyorok."

"Kamu berdua masuk bilik ni macam mana?"

"Mika bagi passcard tadi sebelum Mika pergi cari buah strawberry untuk abang Zaf dekat restaurant. Ada orang tu mengidam nak makan strawberry semalam." ujar Mikayla sambil mengusik suaminya.

Tengku Zarif tergelak perlahan. Hanya dia yang tahu kenapa strawberry. 

Zuhail juga turut tersenyum. Tadi ketika dia baru sampai dari jeti, dia ternampak Mikayla yang berpusing dari bangunan resort untuk ke restoran. Laju laju dia memanggil kakak iparnya.

"Eh aku ingat kau balik esok?" sapa Mikayla apabila dilihatnya Zuhail yang sedang berjalan ke arahnya. Lelaki itu dari arah jeti. Mungkin baru tiba dari jeti.

"Tak aku memang plan balik terus. Aku ambik bot last tadi. Aku bayar lebih sikit."

"Zaf mana?" soalnya lagi bila nampak Mikayla hanya berseorangan. Biasanya abangnya itu akan sentiasa berkepit dengan isteri.

"Zaf tak sihat, harini lagi teruk dia. Aku suruh dia tidur jer dekat bilik lepas lunch tadi. Pagi tadi pun dia muntah muntah tapi nak jugak join aktiviti air dengan semua."

"Aii, alahan mengandung ke? Kau elok jer tak morning sickness tiba-tiba kena dekat dia." perli Zuhail seraya tergelak.

"Abang! Abang pergi mana hah seharian tak ada?! Bising kak Yusra asyik tanya Fafa abang pergi mana." tiba tiba muncul Zulfa dari dalam bangunan resort.

"Adalah, budak budak takleh tahu." ejek Zuhail.

"Ni kau turun sorang ke? Zaf tak ikut?"

"Tak, aku turun makan dengan mama dan babah tadi, tengah on the way nak balik bilik tiba-tiba teringat Zarif nak strawberry. Ni aku nak pergi restoran balik lah ni. Fafa ni kenapa datang balik? Bukan tadi kata nak jalan jalan tengok spa kejap dengan mama ke?"

"Tak jadilah nak ikut wanita wanita vip semua tu. Entah nak borak apa. Fafa ingat nak pergi bilik Mika tapi ni tiba-tiba nampak abang Zuhail dengan Mika dekat sini. Ingatkan Mika dah masuk bilik."

"Eh kalau macamtu korang pergilah tengokkan Zarif dulu, Mika nak pergi tanya restaurant kalau kalau dorang ada strawberry."

"Abang tak okay lagi ke?" tanya Zulfa.

"Tak lagi tu, nah ni passcard."

"Nak kitorang teman ke?"

"Takpe, korang pergi tengok abang korang dulu, kejap lagi Mika datang."

Dan kerana itulah Zuhail dan Zulfa boleh ada di dalam bilik itu lebih awal dari semua. Mungkin ketika itu Liyana, Harisa dan Inara masih di bilik mereka untuk merencanakan rancangan jahat itu.

Tengku Liyana, Harisa dan Inara sudah gigit bibir. Terkutis kutis mereka di dalam bilik itu setelah mendengar cerita yang disampaikan Zuhail. Plan gagal!

"Thank you korang!" ucap Zarif kepada kedua dua adiknya. Rambut Mikayla yang berada rapat disisinya dicium lembut.

Alhamdulillah tuhan lindungi rumah tangga mereka. Risau dia tadi andainya Mikayla salah faham. 

Zulfa sudah tersengih sengih. Nasib baik dia masuk menyorok dalam almari tadi. Senang nak record apa yang jadi. 

Puan Sri Sharifah dan Tengku Zaid juga turut menghela nafas lega.

Zarif kemudiannya melangkah mendekati Tengku Liyana. Riak mukanya kosong. Tengku Liyana berundur beberapa tapak. Takut melihat wajah Zarif ketika itu. Nazifa pula sudah menyorokkan anaknya itu ke belakang badan.

"Zarif nak buat apa ni?" tanya Nazifa.

"Nak bercakap sikit dengan anak makngah ni..." ujar Zarif dengan suara datar. Dia berdiri beberapa tapak dari mereka berdua berada.

"Zuhail!" panggil Zarif apabila dia nampak Harisa dan Inara seperti cuba mahu melarikan diri.

Zuhail yang mengerti terus meluru ke arah Harisa dan Inara yang sudah berpusing untuk keluar dari bilik. Kolar leher baju kedua dua perempuan itu dicekak kuat dengan kedua belah tangan lalu ditarik untuk duduk di tengah tengah ruang.

Menjerit Harisa dan Inara kerana didudukkan secara kasar. Sakit punggung mereka berdua ditolak Zuhail ke lantai.

"Makngah tepi kalau taknak Zaf buat lagi teruk dekat anak Makngah ni!" ujarnya dengan nada keras. Matanya mencerlung garang.

"Zaf..." panggil Puan Sri Sharifah. Dia risau anaknya itu akan menggila.

"Sorry Mama tapi Zaf dah lama tahan sabar ni. Bagi Zaf settle dorang ni dulu. Rumah tangga Zaf hampir retak sebab dorang tadi. Aib keluarga kita Mama kalau rancangan bodoh dorang ni berjaya. Kalau tak kerana ada Zuhail dengan Fafa tadi Zaf tak tahu nak cakap apa dah Mama..."

Puan Sri Sharifah mengeluh perlahan. Tengku Zaid juga turut diam. Membiarkan anaknya itu meneruskan tanpa menegur. Kalau teruk sangat nanti barulah dia akan menghalang.

"Makngah! TEPI!!!" tengking Zarif sebelum menarik rambut Liyana kuat. Menjerit Liyana kesakitan.

"Zarif!" pekik Nazifa apabila anak gadisnya diperlakukan begitu.

"Abang Zaf... sakit..." rengek Liyana cuba untuk meminta simpati.

Zarif langsung tak menghiraukan rayuan Liyana itu. Dia tarik rambut perempuan berkemban itu lalu dia humban ke lantai. Tubuh Liyana mendarat ke lantai dan hampir melanggar Harisa dan Inara yang sudah merah muka gara gara mahu menangis.

"Zuhail, kau tengokkan kejap." arah Zarif sebelum dia membuka pintu almari. Seluar dia capai lalu dia masuk ke bilik air. Sempat dia senyum sekilas ke arahnya Mikayla yang sedang melihat ke arahnya sebelum dia menutup pintu bilik air.

Mikayla mengutip one piece dress milik Liyana lalu dicampak ke muka gadis itu. 

"Pakai! Jangan jadi perempuan tak tahu malu." arahnya.

"Saya rasa yang lain boleh pergi dulu. Bagi kami sekeluarga settle hal ni. Saya harap jangan ada terlepas mulut pasal kes malam ni. Saya mohon maaf bagi pihak keluarga adik saya kerana masalah ni. Nanti kita jumpa esok untuk majlis penutup." ujar Tengku Zaid tegas. Dia memandang ke arah tetamu tetamu yang ada. Nasib baiklah tak terlalu ramai yang dari golongan BOD. Yang menyaksikan kejadian itu tadi majoritinya hanyalah kaum keluarga Astana yang terdekat.

Mendengar kata-kata tegas itu masing masing mula beredar. Takkan mahu berlawan kata dengan Tengku Zaid. Tengku Zaid itu nampak sahaja seperti tenang. Kalau mengamuk memang kecut perut semua. 

Apabila semua keluar, pintu bilik itu ditutup dari dalam. Kini yang tinggal hanyalah keluarganya, Nazifa isteri adiknya, Tunku Zawiyah serta adik bongsunya Tengku Eliza, maksu kepada anak anaknya. Kesemua mereka hanya duduk diam di sofa memerhatikan keadaan. 

Nazifa turut ditarik isterinya untuk duduk walaupun Nazifa cuba melawan. Tak lama kerana Tunku Zawiyah turut mencerlung garang ke arah Nazifa dan memberi isyarat kepada wanita itu untuk duduk dan diam.

Tengku Liyana, Harisa dan Inara sudah terkulat kulat melutut di lantai. Takut memikirkan apa yang akan berlaku sekejap lagi. Nak lari keluar tak dapat kerana Zuhail sedang elok berpeluk tubuh dan bersandar pada pintu.

Pintu bilik air terbuka, Zarif yang sudah lengkap berpakaian melangkah keluar. Dia pergi ke arah isterinya.

"Sayang, nak duduk luar kejap tak? Abang ada hal sikit ni dengan perempuan perempuan tu." tanya Zarif kepada Mikayla. Dia taknak emosi isterinya yang sedang mengandung itu terganggu.

"Tak apa, Mika nak tengok. Mika pun terkait sama. Rumah tangga kita hampir kena ganggu tadi. Mika nak tengok muka muka biadap tu." ujar Mikayla perlahan.

"Okay then kalau sayang rasa tak okay then sayang panggil nama abang yer. I will go directly to you. Okay sayang?"

Mikayla mengangguk. Zarif mencium ubun ubun isterinya seketika sebelum berpusing melangkah ke arah ketiga tiga perempuan yang melutut dia tengah tengah ruang bilik.

Zulfa melangkah mendekati kakak iparnya dan dia tarik kakak iparnya untuk duduk di katil. Dirangkul lengan Mikayla erat. 

"Siapa punya idea?" soal Zarif dengan nada biasa.

Ketiga-tiga perempuan itu hanya menunduk. Tak menjawab. Jari jemari masing masing sibuk mengutis ngutis kuku.

*Pang

Tanpa kata Zarif menampar muka Tengku Liyana kuat. Terteleng perempuan itu sekali lagi. Sudahlah tadi sudah dapat satu das dari bapa sendiri.

"Zarif!" jerit Nazifa.

"Makngah diam! Anak makngah ni kalau ikutkan boleh dibawa ke balai. Saya boleh saman anak makngah ni jadi makngah duduk diam jer!" tengking Zarif.

"Abang Zaf... Yana minta maaf... Yana tahu Yana salah. Please maafkan Yana abang Zaf." ngongoi Tengku Liyana sambil dia bawa diri untuk memeluk kaki Tengku Zarif.

"KAU JANGAN SENTUH AKU PEREMPUAN!"

Zarif menolak kepala Liyana menjauh dirinya.

"Kalau kau nak aku tibai kau dekat sini sampai mampus berani lah sentuh aku!"

Menangis Tengku Liyana apabila mendengar kata kata kasar dari sepupunya. Sudah hilang habis panggilan manja dari lelaki itu. Sudah tiada lagi kata kata lembut seperti dulu. Semua itu terjadi gara gara kemunculan semula Mikayla dalam hidup Tengku Zarif! Matanya dibawa memandang ke arah Mikayla yang sedang duduk di katil. Mencerlung dia memandang perempuan yang dibencinya itu.

*Pang

Sekali lagi pipi Liyana ditampar. 

"KAU JANGAN TENGOK ISTERI AKU MACAM TU PEREMPUAN! BERANI KAU CERLUNG MATA KAU DEKAT MIKAYLA?!"

"Abang, Yana buat semua ni sebab abang! Yana sayang abang. Yana taknak abang dengan dia! Dia perempuan kotor, dia tak layak dengan abang. Kenapa abang still nak dia padahal abang tahu dulu dia tu pernah mengandung luar nikah! Dia penyebab Daus mati!!!" tengking Liyana.

*Pang!

Makin kuat penampar yang hinggap di pipi Liyana.

"Kau ingat aku bodoh ke Liyana????!!! Kau jangan berani berani fitnah Mikayla lagi! Kau sedar tak aku ni suami dia! Bodoh lagi nak ungkit cerita lama padahal aku dah kahwin dengan dia! Sekarang aku boleh tahulah kau tipu ke tak Liyana! Aku dah tahu semua cerita dulu tu fitnah jer! Kau tak payah tabur fitnah lagi! Dah tak laku lah celaka!"

"Kau dua orang! Kau pun berpakat kan. Kau berdua ni memang terliur nak makan penampar aku! Yang hal petang semalam pun aku tak persoalkan lagi ni. Aku cuba untuk biarkan sebab aku juga yang salah ajak Mikayla main dodgeball walaupun aku patut sedar yang kau orang semua ada niat tak baik dekat isteri aku! Aku lupa kejap yang aku ada sepupu perangai macam setan!" tengking Zarif ke arah Harisa dan Inara.

"Aku nak tanya sekarang ni mana kau orang dapat passcard untuk masuk bilik aku?!"

"CAKAP!!!!!!!!!!!!!!!!!" tengking Zarif menyebabkan bahu keduanya terhinjut gara gara terkejut.

"Kau nak makan penampar aku dulu ke baru nak cakap?!!"

"D-dengan budak cleaner. D-dia bagi mas-master passcard.." terketar ketar Harisa menjawab. Tak mahu ditampar.

"Celaka!" carut Zarif.

Turun naik dada Zarif menahan amarah. Dia berdiam seketika untuk menarik nafas yang terasa sesak tadi. Sudahlah dia makan sikit sahaja harini lepastu habis semua isi perut keluar gara gara muntah. Sekarang manusia manusia ini pula menambah sakit hati dalam jiwanya.

"Aku nak bagi amaran dekat korang bertiga! Sekali lagi kau cuba nak buat apa apa dekat Mikayla, aku tak akan teragak agak lagi untuk tumbuk muka kau orang semua! Stop kacau rumah tangga aku dengan Mikayla! Kalau kau semua nak try makan penumbuk sulung aku ni kau buatlah! Kau buat!"

"Makngah! Sekali lagi anak makngah ni buat onar dekat Zaf dan isteri Zaf. You will see what I will do. Zaf cakap Zaf buat Makngah. Masa tu tak ada sesiapa boleh halang Zaf lagi dah." 

"Dah! Blah kau orang bertiga! Pagi esok aku taknak tengok dah muka kau orang bertiga!! Berambus!!!" jeritnya. 

Terkocoh kocoh Harisa dan Inara berlari keluar meninggalkan bilik. Mahu dibantu Liyana tapi Liyana menepis tangan mereka.

"Toknek, Mama, Babah, Maksu, Zaf keluar kejap dengan Mika. Korang semua balik lah bilik dulu. Zuhail, Fafa, pergi balik bilik rehat dulu, solat." ujar Zarif seraya melangkah ke arah Mikayla yang duduk di katil. Dia tarik lembut tangan Mikayla.

"Jom teman abang kejap sayang..." ujarnya lembut sebelum mereka berdua keluar dari bilik itu.

"Abang Zaf!" jerit Liyana apabila melihat lelaki itu keluar tanpa menghiraukannya.

.............................................

"I want to book one Laguna suite. Please prepare the room immediately!" ujar Zarif keras. Baru sahaja tadi dia mengamuk di bilik pejabat pengurusan kerana ada pekerja yang mudah mudah menyerahkan passcard bilik tetamu lain kepada yang bukan penghuni.

Cepat sahaja masing masing membuat kerja, tak sampai 10 minit suite room yang diminta Tengku Zarif sudah tersedia untuk dihuni.

"One staff please go and pack our things in that room and bring them to our suite. I prefer woman to pack my wife things."

"Abang, takpayah lah. Mika pergi kemas dulu barang kita."

"No sayang it's okay. Abang taknak dah jejak bilik tu. Jom kita pergi bilik baru kita. Sea view tau sayang."

Sengaja Zarif menempah bilik yang jauh dari semua orang. Tidak mahu diganggu lagi pada malam terakhir mereka di situ. Dia mahu tenang tenang sahaja dengan isterinya malam itu. Dia penat!

................................................

Esok paginya majlis penutupan untuk company retreat itu berlangsung. Tiada bunyi bunyi dari hal yang berlaku semalam. Keluarga Tengku Latif sudah awal awal lagi pulang ke jeti. Turut bersama pulang adalah Harisa dan Inara. Para staff dan pekerja yang mengikuti retreat itu nampak tenang dan tidak tahu apa apa tentang kejadian yang berlaku semalam. Tepat jam 1 petang mereka semua kembali ke TTDI dengan menaiki Feri yang disediakan oleh pihak Laguna Resort.

Keluarga Tengku Zaid pula mengambil penerbangan pada waktu malam untuk pulang ke KL. Masing masing yang keletihan hanya tertidur pulas di sepanjang penerbangan. Perjalanan pulang ke rumah dari KLIA pun masing masing tidur kecuali Zuhail yang rancak bersembang dengan Pak Karim. Banyak mulut sungguh si Zuhail.

...............................................

Seminggu kemudian.

"Saya dah dapat detect orang yang contact wartawan wartawan tu semua locationnya dari markas HELL-O Tengku."

Mata Tengku Zarif terbeliak. HELL-O? Mereka dalangnya ke? Tangan laju laju menatal skrin ipad di tangan untuk melihat maklumat yang dikumpul Rizal. Memang betul seperti yang diberitahu Arizal. Tapi semudah itu ke pembantu peribadinya itu mencari maklumat jika dalangnya adalah dari HELL-O?

"BANGSAT!" carutnya geram.

"Bila kau start detect ni Rizal?"

"Beberapa hari yang lepas Tengku. Hasil risikan saya dengan pihak wartawan saya dapat IP address orang yang hantar maklumat tentang jadual penerbangan Tengku. Lokasi panggilan juga turut sama dari markas tu."

"Sial!"

"Tengku tak rasa ke dorang sengaja. HELL-O tu bukan calang calang organisasi. Macam mana boleh dorang dedahkan diri dorang. Semudah-mudah ini saya dapat detect markas dorang Tengku. Markas tu sepatutnya jadi lokasi rahsia dorang. Macam sengaja!" ujar Arizal.

Memang itu pun yang difikirkannya tadi. Sama seperti yang difikirkan Arizal. Tak mungkin! Pasti ada benda yang mereka nak. Mungkin usul yang sama seperti waktu dia di London dulu. 

"Tukar plan! Kau ada lokasi HELL-O tu kan? Harini, kita ke sana!!" arah Zarif keras. Dia tak pernah tahu tentang lokasi sebenar markas kumpulan itu. Mereka hanya pernah bertembung di London sewaktu dia pergi untuk sambung belajar dulu.

"Berani dia nak kacau keluarga aku..." getus Tengku Zarif geram.

...................................

TBC

Disclaimer: Tiada niat untuk memburukkan pihak staff Laguna dalam cerita ini. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Pinjam nama resort jer.

Author's note: Plot utama cerita ni dah nak terungkai! Saya nak ambil beberapa hari untuk sempurnakan draft for upcoming next chapters. Saya akan halt kejap publish new bab untuk beberapa hari. Hujung minggu ni saya janji akan update balik. Stay tuned ya!

Saya juga nak mohon maaf untuk setiap typo yang ada di setiap bab. Saya terlepas pandang.

Terima kasih sudi baca, komen dan vote! Saya rasa usaha menaip saya dihargai readers hahaha. Thankyou so much!


Continue Reading

You'll Also Like

6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...
85.8K 2.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
93.1K 3.9K 26
๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“”๐“ต๐“ถ๐“ช๐“ท ๐“•๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑร—๐“ข๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ฏ๐“ช๐“ฑ ๐“๐“ฒ๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑ ๐“œ๐“ฒ๐“ด๐“ฑ๐“ช๐”‚๐“ต๐“ช Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...