The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 46

2.4K 77 5
By lemonellow

Subuh itu Mikayla terbangun gara gara bunyi alarm kuat. Dikerling Zarif yang sedang memeluk pingganya kemas. Suaminya itu belum ada tanda tanda mahu bangun walaupun alarm di sisi sudah memekak kuat.

"Abang... subuh." Mikayla mengusap perlahan pipi sang suami yang masih nyenyak.

"Abang..."

Masih tiada tanda tanda Zarif mahu bangun. Bukan main! Biasanya lelaki itulah yang selalu bangun awal.

"Abang sayang..." bisiknya perlahan. Sengaja buat suara manja untuk bangunkan suaminya itu.

"Abang!" Mikayla sudah menepuk bahu Zarif apabila tiada reaksi dari lelaki itu.

Bahu Zarif kemudian digoncang kuat. Sekilas dia terpandang mata lelaki itu bergerak gerak. Sedarlah dia rupanya suaminya itu buat buat tidur. Biasa dia ni. Mengada-ngada!

Perlahan lahan tangannya dibawa untuk mengusap pipi Zarif, membiarkan lelaki itu terbuai seketika. Lalu tanpa amaran dia mencubit kuat kedua dua belah pipi si suami.

"AW! Sayang!" terjerit kecil Zarif apabila pipinya dicubit kuat.

"Haa mengada lagi!" ujar Mikayla dengan muka puas hati melihat wajah Zarif yang menyeringai kesakitan. 

"Sayang ni tak bestlah!" omel Zarif dengan muka tidak puas hati. Sangkanya Mikayla akan mengejutkan dia dengan gaya romantik. Tiba-tiba kena cubit!

"Bangunlah! Biasanya suka bebel Mika bangun lambat! Harini dia pulak yang mengada-ngada." 

"Mengada-ngada dengan isteri tak salah pun sayang..." 

"Bangun bangun!" 

"Iye nak bangunlah ni sayang oiii..."

"Orang lain pagi pagi dapat kiss, abang pula pagi pagi dapat sepit ketam." omelnya.

"Siapa suruh kahwin dengan Mika." ujar Mikayla sambil matanya dijulingkan ke atas.

...............................................

Selepas bersarapan mereka ke pantai berdua sebelum disertai Zulfa yang bangun lewat. Dia hanya memakai tshirt micro-fibre hitam besar bersama seluar renang panjang ke buku lali. Rambut disanggul tinggi dan dibiarkan beberapa helai anak rambut terjuntai di dahi dan sisi pipi. Zarif pula kacak dengan swimming trunk ketat berwarna hitam separa lutut dengan baju renang fit mengikut bentuk tubuh.

Dia yang pilih pakaian renang itu untuk dibawa. Zarif gatal tidak mahu memakai baju renang dan hanya mahu pakai trunk renang separas paha untuk aktiviti air tapi memang tak lah dia nak bagi suaminya itu menayang tubuh! Dia pun ada rasa cemburu juga kalau mata mata orang lain dapat melihat apa yang menjadi miliknya. Tubuh dan cinta Zarif hanya milik dia seorang!

Pagi itu mereka berkumpul di tepi pantai sebelum ke snorkelling port. Semua sedang berkumpul beramai ramai sambil menunggu boatman tiba. Mikayla sedang dipeluk oleh Zarif manakala Zulfa pula sedang rancak berbual dengan Mikayla sambil memeluk lengan kakak iparnya. Kepala turut disendeng ke lengan kakak iparnya itu.

"Oi berpeluk pagi pagi ni! Makin gatal kan kau sekarang ni Mika?" tegur Tengku Zuhail sambil tersengih. Dia yang baru kembali untuk bersama mereka di tepi pantai setelah ada perbincangan kecil sebentar tadi bersama PIC aktiviti snorkelling. Aina Yusra pula semestinya sibuk mengekor dia ke situ sini.

Mikayla mencerlung garang ke arah Zuhail. Bila masa dia gatal? Suaminya itu yang tak mahu lepaskan pelukan walaupun sudah berkali kali dia mencubit cubit lengan Zarif yang melingkar di pinggangnya. 

Tengku Zarif buat tidak tahu sahaja. Tangannya tak lepas dari memeluk Mikayla. Dia mahu menghidu bau isteri dia secara terus menerus. Pagi pagi itu dia rasa loya yang teramat. Bau sang isteri sahaja mampu menenangkan gelodak isi perutnya.

"Abang kalau jealous cepat cepatlah kahwin. Boleh peluk peluk macam ni."

"Yang Fafa ni pun dah kenapa duk peluk peluk menempel dekat bini orang jugak. Dia pun duk menyibuk berpeluk ada hati nak kutuk abang." bebel Tengku Zuhail sambil mencubit pipi adiknya.

Tengku Zulfa sudah menjerit jerit kesakitan dan Mikayla apa lagi, laju sahaja tangannya memukul kuat tangan Tengku Zuhail. Bukan sekali, tetapi banyak kali pukulan kuat itu mengena tangan Tengku Zuhail.

"SAKITLAH MONYET!" terjerit Tengku Zuhail sambil mengaduh. Merah kekura tangannya dipukul Mikayla.

*Puk!

Makin mengaduh Zuhail apabila Tengku Zarif juga turut memukul kuat belakang kepalanya. 

"Aku dah cakap jangan panggil kesayangan aku dengan panggilan tu!" marah Zarif.

"Bro, selama ni Mika yang start panggil aku macam tu tau! Dari zaman sekolah dia monyetkan aku! Tak ada pulak kau bebel dia." adu Zuhail.

"Kenapa pulak aku nak bebel Mika, kau tu memang perangai hampir sama macam haiwan tu sejak dari dulu lagi." ujar Tengku Zarif selamba.

Mikayla sudah tergelak sambil menjelirkan lidah pada Zuhail. Puas hati melihat muka cemberut lelaki itu. 

Zulfa juga turut mengekeh ketawa. Ketawanya yang kuat itu menyebabkan Zuhail mula menyerang untuk menggeletek pinggangnya. Cepat cepat dia masuk ke dalam pelukan Mikayla yang masih dipeluk Zarif. Mikayla pula turut memeluk erat Zulfa lalu dipusingkan badan Zulfa ke kiri dan kanan untuk mengelakkan Zulfa dari digeletek Zuhail. Berpusing pusing setempat mereka bertiga. Zuhail pula makin rancak mengacah. Tengku Zarif turut tersenyum dan mengikut sahaja pusingan kaki isterinya tanpa melepaskan lingkaran tangan di pinggang itu. 

Aina Yusra mencuka di sisi memandang mereka berempat yang sedang bergurau senda. Zuhail tak pernah pun nak bergurau begitu dengan dia. Sangkanya selama ini kalau Zuhail melayan dia baik baik maknanya lelaki itu mungkin ada secuit rasa yang sama seperti dia. Tapi jika melihat dari gaya lepas laku Zuhail sekarang, dia jadi cemburu. Dia tersedar tentang satu perkara, Zuhail kalau selesa dan rapat dengan seseorang, perangai sopan santun yang sentiasa ditunjukkan akan hilang menjadi perangai gila-gila dan suka mengusik.

Beberapa pekerja dan staf perempuan sibuk berbisik sesama sendiri melihat adegan gaduh gaduh manja anak anak menantu CEO mereka. Tersengih sengih masing masing.

"Memang rapat betul kan empat orang tu."

"Untungnya Kayla. Kau tengoklah anak Tengku Zaid yang perempuan tu, asyik berkepit jer dengan dia."

"Kau tak tengok lagi semalam yang Tengku Zuhail halang bola tu. Pergh macam movie!"

"Bukan setakat Tengku Zuhail, kau tengoklah Tengku Zulfa berlari pergi dekat kakak ipar dia macam mana. Tengku Zarif pun wow terus peluk pusingkan wife dia. Sweet nak mampos lah satu family! Sumpah untung gila Kayla!"

"Weh rugi gila aku bantai tidur petang semalam tak join sukaneka! Tak sangka pulak Tengku Zarif dengan Tengku Zuhail join sekali! Rugi tak cuci mata semalam so harini aku nak cuci mata puas puas!"

"Itulah kalau Tengku Zarif dah off market aku boleh try Tengku Zuhail!"

"Berangan jer lah kau. Kau tak tengok ke betapa rapatnya Tengku Zuhail dengan Kayla. Mesti lah dia cari stok stok glamour macam tu jugak! Tu yang macam anak Tan Sri Aziz tu." memuncung mulut dia menunjukkan ke arah Aina Yusra yang sedang cuba bergurau senda dengan Tengku Zuhail.

"Dorang memang rapat dari kecil kan?"

"Dengarnya macam tu lah. Ramai cakap Kayla memang ada dengan keluarga Tengku Zaid dari kecil."

"Sebelum ni kita tak tahu pun kan. Padahal dia pelakon popular! Tapi sikit pun kita tak tahu pasal kehidupan peribadi dia. Kalau orang lain mahunya dicanang-canang dekat social media yang dia rapat dengan dua lelaki kacak serta kaya raya macam Tengku Zarif dan Tengku Zuhail!"

"Itulah, lepas Kayla kahwin baru kita tahu yang dia rapat dengan pewaris pewaris Astana tu. Kita tahu pun sebab Tengku Zarif yang bagitahu. Sebelum ni mana pernah kita tengok Kayla join mana mana event Astana yang public. Join project venture pun tak pernah, jadi model untuk mana mana produk Astana pun tak pernah."

"Kan, aku pula ingat Tengku Liyana yang rapat dengan dorang sebab Tengku Liyana kan sepupu. Selalu datang buat kecoh dekat pejabat tu lagi. Rupanya bila tengok dekat sini dorang tak rapat pun. Tengku tiga beradik tu langsung tak hiraukan dia." bisik salah seorang di situ. Suara diperlahankan risau didengar oleh konco-konco Tengku Liyana.

Tengku Liyana yang berada tidak jauh dari pekerja pekerja perempuan yang sedang rancak berborak itu sudah mengetap bibir geram. Menyakitkan hati! Sudahlah dihidangkan dengan aksi berpelukan sepupunya dan Mikayla di depan mata.

"Babe! Relax, fokus rancangan kita." ujar Harisa.

"Susahlah, dua tu asyik berkepit jer. Macam mana nak buat seperti yang kita rancang..." getus Inara.

"No, I nak make sure plan kita kena jalan. I terlalu sakit hati dah tengok si Mikayla tu gelak gelak. I nak dia menangis sebelum trip ni berakhir!!" ujar Tengku Liyana dengan muka penuh aura kebencian. Dia perlu buat sesuatu, kalau tak, pulang dari Redang peluangnya akan makin tipis.

............................................

Pukul 8 pagi mereka semua menaiki bot bot yang tersedia untuk ke checkpoint snorkelling. Pagi tu mereka akan dibawa ke 5 checkpoint utama yang menjadi tarikan pelancong jika ke Pulau Redang. Checkpoint pertama adalah di Taman Laut. Memang cantik kawasan taman laut yang terjaga terumbu karangnya. Bermacam macam jenis hidupan laut dengan pelbagai warna muncul disitu.

Mikayla yang sememangnya sukakan aktiviti air memang tak duduk diam di dalam air. Penat Zarif mengejar si isteri yang begitu aktif. Kaki isterinya itu tak henti henti bergerak menongkah arus air.

"Sayang, jangan swimming laju laju sangat. Awak tu tengah pregnant, mommy." bisik Zarif perlahan. Tangannya memaut lengan Mikayla erat.

Mikayla menjeling Zarif tajam. Sedar pulak Zarif yang bini dia ini tengah pregnant. Petang semalam bukan main ajak dia main dodgeball tu, malam pula sibuk terkam dia.  

Tak menghiraukan Zarif dia kembali merendam kepalanya ke dalam air mahu melihat binatang binatang laut yang comel. Dia sibuk berbual dengan bahasa isyarat di dalam air bersama Zulfa. 

Zarif tak terkata apa melihat jelingan itu. Tak apalah, snorkelling selamat untuk ibu mengandung. Mikayla pula nampak seperti tak ada komplikasi apa-apa. Isterinya itu sihat sihat sahaja sejak hamil. Dia pula yang terbalik.

Selepas itu mereka dibawa lagi ke checkpoint seterusnya iaitu di Long Beach, Turtle Bay, Pulau Lima dan Pasir Akar. Kesemua checkpoint itu isterinya turun. Ingatkan dia mahu ajak Mikayla skip satu checkpoint kerana dia pula sekarang yang rasa tak sedap badan. Tapi kerana Mikayla tetap mahu turun, dia turun juga untuk menyertai. Mana boleh dibiarkan isterinya turun sendiri tanpa dia walaupun Mikayla sentiasa ditemani Zulfa dan Zuhail.

"Buas sungguh bini kau bro. Tak duduk diam dalam air. Macam habitat dia jer." seloroh Zuhail.

Zarif turut tergelak. Mikayla kalau jumpa air, kalah puteri duyung! 

Sebelum pagi itu berakhir, boatman membawa kesemua mereka ke hidden spot di Redang iaitu The Little Maldives dimana munculnya beting pasir putih di tengah tengah laut. Cantik sungguh! Memang tak dilepaskan peluang untuk bergambar di situ.

Setelah beberapa jam di situ mereka akhirnya pulang ke tempat penginapan sebelum makan tengahari.

.................................

"Zuhail! Kau nak pergi mana?" jerit Mikayla apabila dilihatnya Zuhail sedang berlari lari anak untuk menghala ke luar resort. Tersangkut beg galas pada tubuh adik iparnya itu.

Dia baru sahaja keluar dari bilik mama dan Zulfa. Zarif pula sedang tidur selepas mandi tadi. Suaminya itu tiba-tiba mengadu tak sedap badan.

Zuhail berpaling dan mengeluh seketika sebelum dia melangkah mendekati Mikayla.

"Aku nak pergi darat kejap. Ada hal dekat bandar." kata Zuhail pendek.

"Hah? Hal apa? Kau ada kenal sesiapa dekat Terengganu ni ke?"

"Mika, nanti aku cerita dekat kau. Aku tak pergi lama pun, nanti aku balik. Aku settlekan hal aku dulu and then aku promise aku balik nanti aku cerita dekat kau. Boleh?"

Mikayla mengeluh.

"Hati-hati brother!" pesan Mikayla.

"Okay thank you my sil (sister-in-law)! Nanti kau tolong coverkan untuk aku kalau Mama, Babah dengan Zulfa tanya tau." ujar Zuhail sebelum melambai dan berlari berpusing ke arah jeti untuk menaiki bot yang sudah menunggu.

"Apalah yang kau tengah buat sekarang ni Zuhail..." getus Mikayla sambil memerhatikan langkah Zuhail yang makin menjauh.

...........................................

Tengahari itu Mikayla menemani Zarif di bilik. Dia tidak turun menyertai yang lain untuk aktiviti Island Hopping.

"Abang makan sikit jer ni. Makan lah sikit lagi. Nanti perut abang makin masuk angin."

Zarif menggeleng lemah. Perut dia tak boleh dipaksa makan sekarang ini. Kalau makan pasti akan keluar balik. Tak larat sudah dia mahu berulang alik ke toilet untuk muntah. Tadi pun setelah makan tengahari yang ditempah isterinya, kerap kali dia muntah selepas itu.

Mikayla mengelap peluh yang merenik di dahi Tengku Zarif. Risau sungguh dia melihat keadaan suaminya itu.

"Abang nak makan apa apa tak? Nanti Mika orderkan room service."

"Taknak, abang nak peluk sayang jer sekarang ni..." ujar Zarif lemah.

"Please..." Rayu Zarif sambil membuat gaya puppy eyes. Tangan didepakan.

Mikayla menurut dan berbaring mengiring disisi suaminya. Dada Zarif yang tak berbaju diusap perlahan. Dia menunggu suaminya lena dahulu barulah dia turut memejamkan mata.

"Cepat sihat abang..." bisiknya perlahan.

..............................................

Tengku Liyana dari tadi hanya tayang wajah mencuka di atas bot. Tengku Zarif tidak ikut serta aktiviti untuk aktiviti Island Hopping. Inara dan Harisa pula bukan main seronok lagi menjerit dan merakam diri masing masing. Mahu sahaja dia mengarah botman untuk patah balik ke resort. Tak kuasa dia nak berseronok apabila di dalam kepalanya asyik memikirkan tentang Tengku Zarif dan Mikayla.

"Fafa, abang Zuhail you tak cakap ke dia pergi mana?" soal Yusra apabila melihat anak bongsu Tengku Zaid itu hanya diam memandang ke luar bot. Zulfa kalau dengan Mikayla banyak pula bahan bualannya. Kalau dengan dia remaja itu hanya diam melayani perasaan.

Zulfa hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tadi sebelum dia naik bot, dia pergi menjenguk ke bilik abang dan kakak iparnya. Ditanya tentang Zuhail namun Mikayla memberitahu yang Zuhail ada hal. Dia yang sukakan aktiviti Island Hopping tetap mahu menyertai aktiviti tersebut walaupun berseorangan.

Tak sampai hati mahu mengajak kakak iparnya apabila dilihat keadaan teruk abangnya Zarif. Jadi dia pergi berseorangan sahaja untuk menyertai yang lain. Ketika mahu menaiki bot tiba-tiba Aina Yusra kawan abang Zuhailnya menyapa dia dari belakang dan meminta untuk join dia bersama. 

Sepanjang aktiviti Island Hopping itu dia duduk berdampingan dengan Aina Yusra. Macam macam yang ditanya gadis itu tentang abangnya Zuhail. Penat mulut dia nak menjawab. Sudahlah dia datang untuk menikmati bayu laut. Hilang konsentrasi mahu melayan perasaan.

.....................................

Mikayla tersedar apabila terdengar pintu bilik mereka diketuk. Dengan terpisat pisat dia bangun sambil mengintai lubang di pintu untuk melihat siapa di luar.

Ada Puan Sri Sharifah dan Tengku Zaid.

Cepat cepat dia membuka pintu.

"Mika tak nak pergi makan ke? Zarif dah sihat?" tanya Puan Sri Sharifah sambil menjenguk ke dalam bilik.

"Abang Zaf belum sihat lagi mama. Dia tidur jer dari tadi." keluh Mikayla.

"Haih teruk Zarif tu. Alahan ibu mengandung kena dekat dia ke?" soal Tengku Zaid. Dia melangkah masuk ke bilik mengikut langkah isterinya untuk melihat keadaan anak mereka.

Puan Sri Sharifah tergelak perlahan.

"Macam abang dulu lah waktu saya pregnantkan Zarif..." usik Puan Sri Sharifah.

"Sayang isteri kan~" ujar Tengku Zaid seraya tersenyum.

"Dah lewat petang ni, kamu belum makan apa apa lagi kan Mikayla?" soal Tengku Zaid kepada menantunya.

Mikayla mengangguk perlahan.

"Jomlah pergi makan dulu. Tinggalkan sekejap Zarif. Kamu tu mengandung sayang. Kena makan cukup." ujar Puan Sri Sharifah.

"Eh takpelah ma, Mika tungu abang Zaf bangun dululah." tolak Mikayla.

"Ikutlah kami pergi makan dulu. Zarif tengah tidur lagi ni. Biar dia tidur dulu." ajak Tengku Zaid.

"Jom, tak payah tukar baju. Dah elok dah tu. Makan jangan skip. Ibu mengandung kena makan banyak banyak. Nanti kejap lagi kamu naiklah tengokkan Zarif. Sekarang ni kamu tu kena makan dulu." ujar Puan Sri Sharifah ke arah Mikayla. Ditarik tangan menantunya itu untuk mengikut dia dan suaminya keluar dari bilik. 

Kalau dibiar Mikayla makan di bilik, mungkin menantunya itu bakal tidak punya selera juga jika memandang sang suami yang nampak lemah. 

"Kejap Ma." ujar Mikayla sebelum dia kembali masuk ke bilik. Puan Sri Sharifah dan Tengku Zaid membiarkan Mikayla masuk dan mereka menunggu sahaja di luar bilik.

Dia cium sekilas dahi suaminya yang masih lena tidur.

"Mika keluar kejap tau abang. Mika pergi makan dengan mama dan babah. Nanti Mika naik cepat cepat..." bisiknya perlahan walaupun tahu Tengku Zarif tidak mendengar.

"Hmmm..."

Mikayla tersentak apabila tiba-tiba Tengku Zarif membuka sedikit matanya.

"Abang dah bangun?" cepat cepat dia duduk di katil.

"Sayang pergilah makan dengan mama dulu. Abang dah okay sikit ni. Jangan sebab abang Mika pun taknak makan..." ujar Zarif dengan suara serak basah.

"Abang boleh duduk sorang? Kalau tak Mika order service room jer kita makan sama-sama."

Zarif menggeleng.

"Abang taknak makan. Abang nak tidur balik kejap. Sayang pergilah makan dulu dengan Babah dan Mama. Nanti Maghrib sayang kejutkan abang yer." Dia masih tak larat, tadi digagahkan diri untuk membuka mata apabila terasa dahinya dikucup Mikayla. Tak mahu Mikayla terlalu risau untuk meninggalkannya sekejap.

"Hmmm... Mika sedihlah tengok abang sakit macam ni..." ujar Mikayla dengan suara lirih.

"Abang promise abang akan okay balik. Malam ni abang temankan Mika jalan jalan tepi pantai tau."

"Ish, abang tak larat ni takpayah lah nak jalan jalan. Kita rehat jer malam ni. Petang esok dah nak balik!" bebel Mikayla.

"Mika pergi dulu yer, kesian Mama dengan Babah tunggu dekat luar."

"Bye, love you sayang." ujar Zarif sambil menghantar susuk tubuh Mikayla dengan mata.

"Love you too husband!"

........................................................

Keluar dari bangunan resort untuk menuju ke restoran mereka melalui jalan tepi pantai. Dilihatnya banyak bot tersadai di tepi pantai dan para peserta retreat yang baru sahaja selesai aktiviti petang sudah kembali. Diperhatikan setiap tubuh manusia manusia di situ untuk mencari kelibat Zulfa. Kesian Zulfa pergi berseorangan tengahari tadi.

"Fafa!" panggil Mikayla apabila dilihatnya adiknya itu baru naik dari gigi air. Adik iparnya itu kelihatan sedikit basah. Sakan sungguh main air. Mengekori dari belakang Zulfa adalah Aina Yusra yang turut basah.

Aina Yusra tersenyum manis ke arah Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah.

"Nak pergi makan ke Mika?" tanya Zulfa yang terus memaut lengan Mikayla.

"Fafa, basah baju kakak kamu tu!" bebel Puan Sri Sharifah.

"Eh sorry Mika!"

"Tak apalah. Fafa main apa tadi?" ujar Mika seraya memaut kembali lengan Zulfa.

"Fafa main banana boat dengan diorang semua tadi. Best!"

"Sorry sebab Mika tak temankan Fafa main air."

"Eh, Mika kan pregnant mana boleh lasak lasak sangat. Nanti abang Zarif bebel Fafa." bisik Zulfa perlahan di telinga kakak Iparnya kerana tidak mahu Aina Yusra mendengarnya.

"Pergilah naik tukar baju dulu. Ni passcard." hulur Tengku Zaid.

"Taknaklah tukar baju. Tak basah sangat pun ni. Fafa nak join korang semua pergi makan jugak. Lapar ni." cebik Zulfa.

"Jomlah, Fafa. Yusra pun jom ikut sekali." ajak Mikayla. Dia tidak mahu gadis itu terasa dipinggirkan.

Zulfa berjalan beriringan dengan Mikayla di belakang Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah. Aina Yusra turut berjalan di depan sambil cuba berbual dengan Puan Sri Sharifah.

"Mika, abang Zarif sakit lagi ke?"

"Haah, Abang Zarif muntah muntah dari tengahari tadi. Abang Fafa tu suruh Mika pergi makan dulu. Dia nak sambung tidur lagi. Tak bermaya betul abang Fafa tu tapi tak adalah pulak demam." ujar Mikayla.

Tengku Liyana yang sedari tadi memerhatikan langkah Mikayla sudah beriak teruja. Nasib baik dia memasang telinga mendengar perbualan dua perempuan itu. Nasib baik juga dia tidak terus mengikut Harisa dan Inara ke bilik. Baru dia tahu kenapa Zarif tidak menyertai aktiviti mereka selepas lunch tadi. Lelaki itu tidak sihat rupanya.

Tersungging senyuman di bibir gadis itu. Diperhatikan sahaja langkah Mikayla dan Zulfa yang sudah semakin menghilang. Tengku Zarif di bilik berseorangan sekarang dan dia ada peluang keemasan!

Dia laju laju menapak masuk ke dalam bangunan resort. Biliknya dituju. 

"Girls! Zarif tengah sorang sorang dalam bilik!"

Serentak Inara dan Harisa berpaling ke arahnya.

"Seriously? OMG! So, plan kita?" soal Harisa sambil menunjukkan botol kecil di tangan. Mukanya sudah tersengih sengih nakal.

Mata Liyana juga turut bersinar melihat botol itu. Teruja sungguh!

"PROCEED!" 

................................................

TBC

Authors's note: Boleh tak nak cuti update kejap? Ops! Okay gurau gurau! HAHAHA!

BTW, yang part Zuhail tu akan ada cerita asing full tentang dia. So apa yang dia tengah buat tu akan dirahsiakan dulu dalam cerita ni. Tunggu cerita dia sendiri nanti tau! 

Continue Reading

You'll Also Like

16.2K 664 18
Pernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia. "Aunty nak...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
21.1K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❡ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ π‘¬π’π’—π’Šπ’π’‚ π‘΄π’‚π’“π’Šπ’”π’”π’‚, dia protagonist dan...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...