TI Roman | (HIATUS)

Door ryahaena_

1K 437 49

Reya Janella Γ— Tengku Ian Roman (karya 2) 13/11/2023 - ?/?/2024 ------ Pertemuan pertama mereka telah mengik... Meer

Prologue | I screwed up!
01 | Grumpy beginnings.
02 | Her name is Reya Janella.
03 | I am not ready.
05 | Rejections.
06 | It's okay to be brave.
07 | Take it or leave it.
08 | I promise.
09 | I'll protect you.
10 | My icy heart! It's melting!
11 | Better is coming.
12 | Effort reflects interest.
13 | I broke my rules for you.
14 | The stalker.
15 | Hidden joys, open heart.
16 | Oops, my heartbeat!
17 | Lowkey and loving it.
18 | Mouth can lie, eyes cannot.
19 | Keeping it low and lovely.
20 | Finding joy in simplicity.
21 | Magic in the mundane.
22 | A glimpse of serenity.
23 | Your heart knows the truth.
24 | Always better together.
25 | Smile big, laugh often.
26 | The memories.
27 | You're my love.
28 | How bad is it?
29 | I really wanna know.
30 | Grief : anger and acceptance.
31 | I can't pretend anymore.

04 | We were meant to be.

34 19 2
Door ryahaena_

PERJALANAN kami yang lebih kurang 7 jam ke Kuala Kedah terasa singkat, tahu-tahu pakngah sudah membelok kereta Toyota Alphard putihnya memasuki perkarangan luas yang menempatkan sebuah banglo dua tingkat sederhana besar.

Aku mengeliat malas sebelum bangkit dari pembaringan santai. Aku menguasai dua kusyen paling belakang. Selesa bukan main. Aku tolak comforter ke tepi lalu melangkah keluar dari perut kereta. Membantu paksu punggah keluar semua beg-beg yang kami bawa.

"Assalamualaikum Mun!" laung atok agak nyaring. Dia berdiri di kaki tangga kayu, menghadap wajah ke arah pintu yang tertutup rapat.

Sepi.

"Assalamualaikum orang rumah!" sekali lagi salam dilaung tidak bersahut.

"Assa..." tak sempat laung kali ketiga, pintu dikuak perlahan dari dalam. Kelihatan seorang wanita tua menjenguk kepala ke luar. Mengecilkan mata memerhati wajah si pemberi salam.

"Waalaikumussalam... Simi?"

"Ya, ini Simi kak. Simi dah balik." atok hadiahkan senyuman bahagia bersama mata yang berkaca. Mungkin atok terlalu rindukan ahli keluarganya yang satu ini.

"Ya Allah, adik aku Simi!" Nek Mun orak langkah perlahan menuruni tangga satu persatu lalu menarik tubuh atok ke dalam pelukan.

"Rindunya aku pada kau..."

Kami yang lain berpandangan sesama sendiri. Membiarkan mereka jejak kasih di situ.

"Lama tak balik, makin tua dah Maklong Mun." seloroh paksu lalu tergelak kecil tatkala pakngah menyiku pinggangnya. Dua beg bagasi besar paksu gagah heret menggunakan kedua belah tangan lalu diletakkan betul-betul bersebelahan dua insan tua itu. Paksu selamba lepas keluhan lelah setelahnya.

Nek Mun melemparkan senyuman kepada kami yang lain sebelum beri pandang tajam kepada paksu. "Ni mesti anak bongsu kau nama Anip tu kan? Perangai dari kecik lagi..." Nek Mun menggelengkan kepala.

"Ini Elif dan Dee." atok gamit agar keduanya mendekati. Pakngah dengan maklang pantas menyalami hormat tangan kedut milik Nek Mun. Paksu yang dari awal berada di situ menyalami selepas mereka padahal dia memang ada di situ.

"Man? Ini Man kan?" Nek Mun pandang aku pula.

Man? Agak ganjil pada pendengaran namun aku iyakan saja. Aku salam dia. "Assalamualaikum nek..."

"Ya nak... Kacaknya cucu aku ini bila dah besar." kembang kempis aku rasa bila dipuji. Sempat aku jongket kening kepada paksu yang mencebik bibir. Kau ada?

Kami lelaki bertiga kerah tenaga angkat beg-beg besar dari luar masuk ke ruang tamu. Gelas air sirap yang masih di dalam dulang kami capai lalu teguk rakus.

"Ini Muhadith, cucu aku. Anak Maisarah." Nek Mun perkenalkan si pembawa dulang air. Lelaki muda awal 20-an itu cuma tersengih kepada kami bertiga yang masih berdiri disamping beg bagasi.

Muhadith turunkan dulang ke meja lalu hidangkan baki dua gelas ke atas meja sebelum berlalu ke dapur semula.

"Maaf lah sempat hidang air sirap aje Man. Nek Mun dah mintak Natasha masakkan makan tengah hari. Mesti lapar kan?" Nek Mun pandang aku. Aku balas dengan senyuman.

"Eh, tak payahlah susah-susah. Kami ada singgah kedai makan tadi sebab alang-alang turun untuk solat." jujur atok.

"Tak apa lah Simi, adab tetamu kita kena bagi makan."

Akhirnya kami angguk sahaja. Kemudian kami berenam di kejutkan dengan bunyi kaca pecah. Masing-masing menoleh ke arah tingkap yang terbentang luas, bunyi yang agak jauh mungkin dari rumah sebelah.

"Bunyi apa tu?" soal pakngah.

"Agaknya si Ella dah balik tu... Haih! Budak-budak ni..." gumam Nek Mun.

"Tasha! Kau jenguk tengok-tengokkan kalau ada apa-apa."

"Tengok apa nek?" seorang gadis muda bertudung bawal jenguk kepala dari dapur.

"Ella ada balik ke?"

"Haah, dah tiga hari." sahut si cucu.

Kami yang baru sampai tadi jadi pemerhati saja. Bingung pun iya. Ella ni siapa pulak? Rumah sebelah tu rumah cucu Nek Mun juga ke?

"Ha... Patutlah. Kau pergi sana kot-kot makcik kau tu perlu apa-apa." arah Nek Mun. Si Natasha pantas bersetuju lalu membawa langkah menuju ke pintu sebelum menghilang masuk ke dalam rumah sebelah. Semuanya jelas ditonton melalui tingkap rumah Nek Mun.

"Bunga masih tinggal situ ke Mun?" suara atok memecah kesunyian. Kami masing-masing pandang Nek Mun yang beriak susah hati.

"Ya. Risau aku dengan dua beranak tu."

"Kenapa dengan Bunga?" kali ni suara pakngah pula, sepertinya dia juga kenal yang bernama Bunga itu.

"Bekas tunang anak Bunga tu lah, tak habis-habis ganggu dia orang berdua dalam rumah tu. Dah berbuih rasanya mulut Jamila halang anak dia jangan ganggu Bunga dengan Ella, tak serik langsung budak tu. Patutnya Ella tu sekarang duduk bandar, tak tahu kenapa dia tiba-tiba balik sini." cerita Nek Mun.

Bekas tunang psiko lah ni? Tiba-tiba aku teringat akan seseorang itu.

"Tak report polis ke?" soal maklang.

"Banyak kali dah buat. Anak Jamila tu anak kesayangan, mana maunya Jamila bagi anak dia tidur lokap. Lagipun anak dia memang sakit otak siap dapat kad OKU, tak tahu celah mana cacatnya itu. Cacat otak agaknya. Polis pun dah malas nak layan perangai gila dia."

"Cucu Nek Mun yang nama Natasha cantik jugak. Nampak sopan dan ayu. Kau tak nak try?" paksu soal aku rawak. Cukup pada pendengaran aku seorang.

"Kita ni saudara lah!" aku marah paksu.

Tenggelam sudah cerita pasal jiran sebelah.

Aku buka telefon lalu layan facebook. Tidak ambil 'port' lagi dalam sesi berborak antara mereka yang lain.

...

AKTIVITI di kampung ini aku rasakan terhad bagiku. Tiba sekitar jam 2 petang, lalu jamah makan tengah hari, kemudian berborak seketika dengan Nek Mun di ruang tamu, lepas tu aku minta diri untuk lelapkan mata di dalam bilik dan berakhirlah di sini sekarang, pada jam 5 petang aku duduk sorang diri di atas pangkin kayu depan rumah Nek Mun. Apa yang dapat aku simpul... Bosan. Sangat bosan!

Tak sampai sehari pun lagi. Bagaimana lah aku nak hadap hari-hari yang mendatang. Minggu-minggu terakhir ni aku rasa sangat berharga kerana aku hendak fokus sepenuhnya kepada hobiku sebelum aku 'menduakannya' lagi dua bulan akan datang. Sudahlah atok melarang aku bawa 'hobi' aku itu datang ke sini. Anti sungguh dia dengan macbook aku. Itu pun hampir saja aku derhaka mahu seludup masuk ke dalam bagasi aku pagi tadi.

Aku bawa langkah ke luar pagar lalu duduk mencangkung menghadap sungai yang bertentangan dengan rumah Nek Mun. Batuan kecil atas tanah aku ambil lalu campak masuk ke dalam sungai. Terpercik sedikit air sungai, tetapi tidak mengenaku. Air sungai sedang di fasa surut.

Beberapa saat kemudian, aku berdiri lalu bawa langkah masuk ke perkarangan rumah sebelum menghenyakkan punggung ke atas pangkin semula. Aku panggung badan mengunakan kedua tanganku ke belakang lalu mendongak kepala ke langit.

Terik mentari petang ini amat menyakitkan mata namun aku enggan alihkan pandangan dari cantiknya langit. Kelihatan juga beberapa ekor burung berkicauan terbang bebas di udara. Berbanding hiruk-pikuk kehidupan bandar, aku dapat rasai satu kelainan di kampung. Iaitu kenyamanan.

"Assalamualaikum abang..." aku pandang seseorang berbaju kurung mendekati kedudukanku. Salamnya aku jawab perlahan.

Natasha.

Dia melorek senyuman manis. Benar kata-kata paksu tadi. Gadis ini sungguh sopan dan ayu.

Dia duduk di sebelah aku. Tetap ulam senyuman walaupun aku sekadar balas dengan wajah kosong. Bukan bersikap sombong, aku cuma rasa perasaan neutral kepadanya. Kami kan sepupu.

"Abang kenapa tak ikut paksu dengan pakngah keluar tadi?" soalnya bila perasan aku berdiam.

"Dia orang pergi mana?"

"Imam ajak mereka minum petang di kedai kopi. Maklang pulak ada di rumah Makcik Bunga. Tok Simi rasanya tadi ikut Adith pusing kampung naik motor. Sha ingatkan tinggal Nek Mun dengan Sha saja dalam rumah sekarang. Rupanya abang juga ada."

Lepak kedai kopi eh? Dah lah tak ajak!

Patut lah keluar saja dari bilik tadi aku rasa pelik. Rumah sunyi sepi.

"Abang memang tak banyak cakap eh?"

"Kenapa?"

"Yalah, Sha perasan abang tak banyak mulut. Menjawab soalan pun macam tak suka saja."

Aku sengih kepadanya. "Abang memang macam ni." abang? Ewww tak pernah aku bahasakan diri macam tu sebelum ni. Geli pula rasa.

"Paksu kata abang dah nak kawin. Betul ke?" soal Sha sambil memerhati segenap wajahku.

Paksu...

Geram aje aku nak sekeh si celupar itu! Tua tak tua, nanti dia balik aku tetap nak buat juga!

"Betul la tu." aku sengih lagi.

"Katanya abang belum ada calon isteri. Betul ke bang?"

"Kenapa? Sha nak ke?" selorohku walaupun aku rasa soalan itu agak kekok. Semoga dia anggap aku bergurau saja.

Ramah aku ni kadang random juga, ya? Macam tak pandai bina ayat. Tulis dalam novel bukan main lagi...

Natasha gelak bersahaja. "Apa abang ni? Kita sepupu tak elok lah kawin."

Kan? Paksu tu aje yang tak tahu. Bukan dilarang kawin dengan ahli keluarga jauh namun kalau boleh elak, elak kan. Takut tak berkembang keluarga nanti. Kena juga cari pasangan orang luar. Macam... Reya? Haih, apa khabar lah dia sekarang ya? Sampai sekarang dia belum unblock aku, apalah yang dia marah sangat pada aku. Aku ni nampak gatal sangat ke sebab aku lamar dia ketika perjumpaan pertama kami?

"Kat kampung ni banyak perempuan cantik, ayu, baik... Contohnya..." Suara Natasha matikan ingatan aku tentang Reya.

"Contohnya siapa?"

"Anak Makcik Bunga."

Hari ini saja sudah beberapa kali aku dengar nama itu. Aku jadi tertanya-tanya akan gerangan si Bunga.

"Mesti ada sebab kan kenapa Sha recommend dia?" soalku santai sambil memandang ke arah kereta dan beberapa motor yang lalu-lintas di jalan besar berhadapan rumah.

"Dia bagus aje sebenarnya, cuma tak bernasib baik dapat ex tunang gila. Dah putuskan tunang pun tetap tak aman rumah Makcik Bunga tu. Kesian..." Natasha menghela keluhan berat.

"Maksudnya apa ni?" aku mahu tahu kenapa dia tawarkan aku anak Makcik Bunga tu bukannya nak dengar kisah hidup anak Makcik Bunga.

"Abang kahwin lah dengan dia. Mesti tak menyesal nanti. Lagipun benda macam ni akan dikira jihad kan kalau kita berkorban diri tolong orang? Mana tahu bila dah kahwin nanti, bekas tunang anak Makcik Bunga tu berhenti ganggu mereka?"

Jihad hotak dia!

Ini cari bala namanya. Tak sakit jangan cari penyakit. Buatnya bekas tunang dia tumbuk aku sebab aku masuk campur? Tak ke haru nanti?

"Tak selesai masalah pun kalau kahwin... Tak mustahil juga lagi mengamuk bekas tunang dia tu nanti."

Bukan main... Dulu siap senang hati offer diri jadi suami kepada Reya tu apa?

Natasha diam. Mungkin setuju dengan kataku. "Tapi abang cuba lah juga kenal-kenal dengan dia, mana tahu berkenan." tak mengalah lagi rupanya budak Natasha ni.

"Sha kawan dia ke? Kenapa beria sangat ni?" sangsiku. Agaknya kalau Natasha ni lelaki memang dia sendiri pergi kahwin dengan anak Makcik Bunga tu.

"Hehe, bukan lah. Sha muda 3 tahun dari dia. Dia kawan sebaya Adith. Lepas tu bila berjiran, automatik kami jadi rapat."

"Kenapa tak bagi Muhadith tu aje kahwin dengan dia?"

Tak semena-mena ketawa Natasha meledak. Hilang ayunya tadi.

"Kalau Adith tu nak. Dah lama dah dia buat. Kalau abang nak tahu Adith tu pondan! Bertentang mata dengan si gila tu pun dia dah kecut perut, jangan kata nak saing." selamba dia kutuk abang dia.

"Makcik Bunga ada sorang anak tu saja..." suara Natasha bertukar hiba. Begitu pantas dia berubah riak. Terkejut juga aku melihatnya.

"Tipu lah kalau dia tak susah hati kalau anak dia duduk sorang kat bandar besar tu."

"Dia duduk bandar sorang?" berani juga perempuan itu.

"Haah, semata nak lari dari bekas dia itu lah. Kalau dia dah kahwin mesti Makcik Bunga dah tak payah risau."

Duduk bandar? Dari kampung? Punya bekas tunang psiko?

Macam relate pula dengan seseorang aku kenal.

Adakah... Reya?

Seingatku dia pernah kata bahawa dia orang kampung yang lari ke bandar. Lari bawa diri ke sana.

"Kalau anak Makcik Bunga si..."

"Sha!"

Kami pandang ke arah perkarangan rumah Makcik Bunga yang dibatasi oleh pagar dawai. Seorang gadis bertudung bawal melambai girang ke arah kami bagi menggamit Natasha.

Aku kerut dahi lalu alih pandangan ke arah Natasha pula. Dia sudah berura-ura bangkit dari duduk sambil membetulkan baju kurungnya yang sedikit renyuk.

"Sha pergi dulu ya, bang? Kami ada temu janji. Malam nanti lepas habis solat di masjid kita sambung borak lagi okay?" Natasha pamit pergi.

Mata aku meleret pandang bersahaja keduanya bergerak menaiki motor Honda EX5 yang dibonceng oleh anak Makcik Bunga. Makin lama makin hilang dari pandangan.

Oh. Bukan dia rupanya.

Mungkin saja kebetulan alami malang yang sama. Aku keluh kecewa.

Kenapa kecewa?

Sebab aku memang menahan debar mengharapkan orang yang Natasha sebut adalah orang yang sama aku sedang fikir. Aku rasa aku belum lagi berputus asa, kerana itu lah Reya masih tidak lepas dari minda fikiranku.

...

"BUNGA!"

Maklang yang berada di sebelahku melajukan langkah meninggalkan aku dan pakngah di belakang.

"Hai bunga!" tegur pakngah perlahan ketika kami sudah berjaya menyaingi langkah maklang. Kami berhenti betul-betul di hadapan Masjid Putra Pekan, tetapi tidak menghalang pergerakkan orang lain masuk ke dalam masjid.

Aku menilik wajah kedua wanita itu. Mereka hanya tersenyum kepadaku.

Jadi ini lah rupa orang bernama Bunga yang amat mashyur namanya dihujung bibir ahli keluargaku.

Sangkaku bila Natasha memanggilnya makcik, pasti orangnya sudah tua.

Akan tetapi yang kini berada dihadapanku fizikalnya tidak seperti seorang ibu yang berkemungkinan di usia 40-an. Sesuai dengan nama, orangnya kelihatan segar dan cantik. Berbeza dengan anaknya berdiri di sebelah, ikut gen belah ayah kot...

"Bunga Rihanna ni lah ibu Ian dulu tau." tiba-tiba maklang berkata demikian.

Hampir bercantum kedua keningku gara-gara berkerut tidak faham. Ibu mana pula ni? Ibu angkat? Ibu tiri? Rasanya cuma arwah mummy saja ibu yang aku pernah ada.

"Makcik Bunga ni dulu yang orang pertama Ian panggil ibu masa mula-mula pandai bercakap. Lepas tu bila dah di dukung tak nak lepas langsung." sakan Makcik Bunga bercerita. Teruja bila lihat aku.

Sejujurnya aku rasa selesa dengan Makcik Bunga. Auranya seperti orang yang aku pernah kenal dan rapat, cuma aku tidak ingat.

"Betul tu, sekarang ni Bunga dah ada anak sendiri mana nak dengan Ian ni lagi." maklang gelak sambil tepuk mesra lengan Makcik Bunga. Aku yakin maklang memang rapat dengan dia. Siang tadi pun maklang berkunjung lama ke rumahnya.

"Apa pulak macam tu... Ian tetap boleh panggil Ibu macam dulu. Saya izin kan..." Makcik Bunga senyum kepadaku. Sangat manis. Kalau dia bukan mak orang, memang dia dah masuk dalam list satu-satunya calon isteriku. Boleh saja aku pura-pura tak pernah kenal yang bernama Reya di sana.

"Kalau tak selesa sebab Ian bukan anak, maka Ian jadi lah menantu. Tetap kena panggil ibu juga nanti." pakngah mengusik aku.

Pakngah orang kedua yang cuba menjodohkan aku dengan anak Makcik Bunga. Aku pandang gadis muda disebelah Makcik Bunga, ini lah yang nama Ella tu agaknya. Riaknya bersahaja pasang telinga dan tidak menyampuk perbualan. Dia tetap beri senyuman bila perasan aku memandang ke arahnya.

"Ian boleh panggil ibu kan? Lagipun Ian tak pernah sebut perkataan itu." tak jadi isteri jadi ibu pun boleh. Ibu saja ya, bukan ibu mertua.

Aku sensitif dengan perkataan ibu dan ayah. Aku kehilangan dua nikmat itu seawal usia setahun lebih, jangan tanya bagaimana rasanya. Yang mengalaminya pasti akan faham.

"InsyaAllah nak..."

"Sembang apa ni?" paksu datang menyapa bersama atok. Tanpa salam dan penuh tiba-tiba mengejutkan kami semua di situ. Bila sampai pun aku tak tahu.

"Assalamualaikum Bunga..." atok memberi salam. Matanya fokus memandang gerangan yang disebut.

"Waalaikumussalam Tengku..." kekok suaranya menjawab.

"Bunga masuk dulu ya..." dia tarik tangan si anak bawa bersama.

Lepas itu masing-masing mula bergerak ke tempat mengambil wudhuk. Hari ini pakngah pelawa diri untuk melaungkan azan maghrib justeru mengimamkan solat jemaah kami.

Lebih kurang dua jam kami bertapa di dalam masjid. Minuman dan sedikit kuih-muih yang disedekahkan oleh orang kampung kami jamah lagaknya seperti moreh selepas tarawih.

Masjid meriah dengan kehadiran para jemaah. Aku sangat suka suasana ini sebab jarang sekali berlaku. Sempat juga aku berkenalan dengan beberapa orang baru yang pada awalnya aku rasa janggal untuk membalas teguran. Bila dah mula bercakap itu ini aku jadi selesa.

"Kami balik lewat sikit. Ian baliklah dulu." arah paksu. Urusan lelaki katanya. Aku pula tak di ajak. Cis! Mentang-mentang dia orang dah rapat dengan orang kampung.

Aku seru maklang agar menunggu langkahku. Aku pulang ditemani oleh tiga wanita disampingku. Sakan mereka bertiga membuka topik satu demi satu, aku pun kurang tangkap apa yang mereka sedang borakkan. Kadang-kadang nama aku juga terselit sama.

"Ian teman kami sampai depan rumah ya? Ibu nak hulurkan bekas isi karipap. Ibu baru saja call suruh anak ibu sediakan sebab terlupa petang tadi." Makcik Bunga bahasakan diri sebagai ibu.

Anak mana pulak ni? Dia ada anak lain juga ke?

Aku tetap tunggu juga di luar rumahnya. Maklang pula sudah masuk ke dalam rumah Nek Mun. Jarak kedua buah rumah hanya beberapa kaki.

Aku perhati sekeliling yang tidak disediakan lampu jalan, hanya terang bulan yang menyuluh gelap malam tika ini.

Dengan bunyi cengkeriknya lagi, tipu kalau aku kata aku tidak meremang bulu roma.

Lama pula ibu ni...

Aku terhinjut bahu tatkala pintu rumah ibu yang sedia terbuka dikuak dengan lebih luas. Aku lihat seorang gadis sedang menunduk kepala menuju ke arahku. Eh, bukan tadi anak ibu tu bertudung ke?

"Nah. Karipap ibu bagi."

Bekas yang dihulur aku lambat-lambat ambil. Suara itu kedengaran berbeza dengan anak ibu yang tadi. Jadi betul lah ibu ada anak lain?

Dia angkat kepala sebelum mata kami berlaga. Kami sama-sama tergamam.

Satu saat,

Dua saat,

Tiga saat...

Kami masih lagi berdiam. Mata bertentangan namun lidah rasa kelu.

Bunyi cengkerik malam mengatasi bunyi deruan nafas kami. Helaan nafas aku rasa seperti tersekat di kerongkong.

"Saya masuk dulu." dia paling wajah lalu pergi.

"Didn't you think you owe me an explaination miss?" sinisku. Tegak berdiri di tempat yang sama.

Langkahnya kaku di tengah-tengah jalan. Jarak antara kami sudah sedikit jauh.

Dia paling wajah memandangku semula.

"Saya dah jujur dengan awak. Apa lagi yang awak nak?" dia marah aku.

Aku jongket hujung bibir. Sinis kali ini aku tayang bersama riak wajah.

"Indahnya takdir, kan? I thought I would never see you again..."

Dia diam.

"Now i believe we were meant to be..."

Dia masih diam lalu aku sambung lagi,

"Don't you think so?" aku tarik nafas.

"Reya?"

20/11/2023

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

10.8M 250K 60
𝐅𝐫𝐨𝐦 π„π§πžπ¦π’πžπ¬ 𝐭𝐨 π‹π¨π―πžπ«π¬ Enzo Mariano is known for being nothing but ruthless. He is feared by all in the Italian mafia. He kills on...
22.6K 775 73
My thoughts and opinion on Sasuke and Sakura's relationship and analysis of their scenes together.
5.8K 230 32
You attract bees because you're really sweet <33
966K 86.3K 39
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...