The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 44

2.6K 79 2
By lemonellow

Dua hari kemudian berlangsungnya acara Malam Gala 30 Tahun Astana. Dia datang bersama Tengku Zarif dipandu oleh Rizal. Babah, Mama, dan Zulfa menaiki satu kereta yang dipandu Pak Karim manakala Zuhail pula ada tugas lain. Tugasan yang dipinta oleh Tengku Zarif.

Mereka berjalan beriringan di karpet merah. Tengku Zarif tak lepas dari memegang kejap tangan isterinya itu. Dia lihat sudah ramai yang hadir ke acara Malam Gala itu. Dia hanya tersenyum ringkas sahaja setiap kali ada yang datang menyapa dia dan suami.

Zuhail malam itu berpasangan dengan Yusra. Dia tadi perlu mengambil anak gadis Tan Sri Aziz itu untuk dibawa ke majlis tersebut atas permintaan abangnya. Dia tahu Tengku Zarif turut rasa serba salah untuk meminta bantuannya bagi memenuhi permintaan Tan Sri Aziz.

"You hensem sangat malam ni Zuhail." puji Yusra sambil tersenyum lebar.

"I memang hari hari hensem Yusra." balas Zuhail sambil turut tersenyum. Dia melangkah untuk masuk ke hotel setelah menyerahkan kunci kereta kepada vallet boy yang berada di lobi.

"I tak sangka you sudi terima permintaan daddy untuk jadi plus one I malam ni."

Zuhail pandang sekilas ke arah Yusra yang sedang tersenyum manis padanya.

"Oh, Zarif yang minta tolong dengan I. I kalau dengan abang I tu I sanggup jer tolong apa apa pun."

"Iyeke? Kalau macam tu I kena minta tolong abang Zarif untuk tackle you for me. Kalau abang Zarif suruh you kahwin dengan I, you sanggup tak?" tanya Yusra dengan mata penuh berharap.

"Haha, sorry tapi permintaan kahwin kahwin ni off limit. I tak suka kena paksa bab kahwin. Kalau I nak kahwin I akan cari pasangan I sendiri." ujar Zuhail pura pura ketawa.

"You janganlah cari jauh jauh Zuhail. Cari di sekeliling you jer." seloroh Yusra.

"Ya, I memang plan nak cari yang di sekeliling I sahaja. Orang yang I dah kenal hati budinya." yakin sekali suara itu berkata-kata.

"Untungnya, siapalah orang yang bertuah akan memiliki hati you tu yer." ujar Yusra bermanis mulut. Dia mengharapkan Zuhail akan memilih dia. Dia sanggup menunggu lelaki itu sehingga lelaki itu bersedia.

Zuhail hanya tersenyum tipis. Tidak membalas pujian wanita di sebelahnya itu.

"Oh, btw you join ke pergi Redang nanti? Zaf cakap you pergi ikut family you."

"Yes, I mestilah pergi. I dengar you yang organize trip ke Redang tu. I excited nak join event yang you lead. Mesti interesting kan, sebab you kalau buat apa apa mesti perfectionist!"

Zuhail hanya mengangguk perlahan.

............................................

Majlis dimulakan dengan menjemput Tengku Zaid untuk membuka ucapan alu-aluan buat semua para tetamu dan staf staf Astana serta anak anak syarikat Astana. Seterusnya acara perasmian sekaligus acara penutupan untuk Sambutan 30 Tahun Astana. Tengku Zarif turut naik ke pentas untuk memberikan ucapan penghargaan kepada semua yang sudah terlibat dalam menjayakan sambutan ulangtahun Astana. 

Setelah selesai semua acara formal, para tetamu dijemput untuk menjamu hidangan yang disediakan di meja masing masing dan turut disertakan dengan pelbagai hidangan buffet di bahagian kiri dan kanan dewan. Aktiviti makan makan itu diiringi dengan persembahan instrumental dari para pemain muzik yang dijemput khas.

"Sayang, abang pergi ambilkan dessert untuk sayang kejap yer, sayang tunggu sini." ujar Zarif seraya melangkah meninggalkan Mikayla. Dia nampak laju sahaja cupcakes yang diambil tadi licin dari pinggan. 

Tengku Liyana dari tadi sakit hati memerhatikan pasangan itu mula melangkah mendekati meja di mana Mikayla sedang duduk bersendirian sambil mengunyah potongan epal hijau. 

"Hi whore, lama kita tak jumpa kan?" sapa Liyana sinis sambil tangannya bertongkat pada kepala kerusi di sebelah kerusi Mikayla.

Mikayla angkat muka seketika sebelum kembali fokus mengunyah epal di tangan. Ekspresi wajah kosong ditayangkan kepada figura tinggi lampai itu. 

"Sejak jadi isteri sepupu I ni makin berlagak you kan?" sindir Liyana apabila Mikayla tidak membalas sapaannya.

Mikayla tiba tiba membuat gaya seperti sedang menghidu hidu sesuatu.

"Kenapa macam bau bangkai ehh?" getus Mikayla pura pura tidak menyedari kehadiran Liyana.

"KAU!" Laju tangan Liyana turun untuk mengenggam rambut Mikayla. Sakit hati dengan reaksi Mikayla.

"Tengku Liyana!" garang suara Zarif menjerkah dari belakang menyebabkan beberapa tetamu berdekatan berpaling ke arah mereka.

Mikayla turut berpaling memandang suaminya yang sudah mencerlung garang. 

"Abang Zaf..." Liyana yang tersentak tadi cepat cepat berjalan menghampiri Tengku Zarif. Lengan lelaki itu cuba dipaut.

"Hands off Liyana!" tanpa riak dia menepis tangan sepupunya itu lalu diletakkan pinggan yang penuh berisi pelbagai jenis makanan manis yang memang disukai isterinya itu.

"Makan ni sayang..." ujar Tengku Zarif lembut. Kerusi ditarik mendekati Mikayla lalu dia duduk tanpa menghiraukan Liyana yang sudah terkulat kulat sendiri. Kalau tak diikutkan malam ini malam besar untuk Astana memang dia bambu sepupunya itu cukup cukup.

Liyana mengetap gigi apabila melihat pasangan itu langsung tidak menghiraukannya. Terasa dia dipandang oleh tetamu tetamu yang ada berdekatan jadi dia terpaksa melangkah pergi dari situ. Hatinya membara penuh dendam. 

"Kau tunggulah Mikayla!"

"Mika, abang Zuhail mana?" tanya Zulfa yang tiba tiba muncul lalu mengambil tempat duduk di sebelah kanan Mikayla. 

Mikayla memuncungkan mulut menunjukkan ke arah di mana Zuhail berada. Zuhail sedang duduk bersama Yusra dan keluarga gadis itu. Tadi Yusra datang menarik Zuhail untuk dibawa berbual dengan ibubapa gadis itu. 

"Wow, macam tak lama jer lagi Fafa akan dapat kakak ipar baru." ujar Zulfa yang sudah tersenyum senget melihat Zuhail yang sedang berborak dengan Tan Sri Aziz dari kejauhan.

Mikayla dan Zarif turut memerhatikan Zuhail. Mikayla tersenyum nipis. Dia dapat rasa Zuhail canggung di sana. Bukan dia tak kenal Zuhail. 

........................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Weh! Terkejut aku! Ingat hantu raya mana tengah melantak malam malam buta ni!"

Dia baru sahaja masuk ke ruang dapur untuk menghilangkan dahaga setelah sampai ke rumah tadi. Hampir gugur jantung melihat Mikayla yang sedang duduk dalam keadaan gelap sedang menghadap separuh bahagian buah tembikai yang tidak dipotong kecil kecil. Isi tembikai itu dikorek korek dengan sudu.

Mikayla menjeling Zuhail yang sedang mengisi air ke dalam cawan.

"Banyak lah kau punya hantu raya, yang kau tu, kutu rayau? Lewat malam baru balik?" perli Mikayla.

"Zarif mana? Asal dia tak teman kau makan?"

"Pandai nak tukar topik, kau tu aku tanya apahal yang balik lambat?"

Zuhail tersengih. Kepala digaru garu perlahan.

"Kau ada buat hal dekat luar ke? Mama ada tanya aku haritu pasal kau kenapa lately ni selalu balik lambat. Kau pergi mana?" soal Mikayla sambil menilik pakaian yang dipakai Zuhail.

"Aku pergi main badminton lah."

"Dengan siapa?"

"Isy dengan Dayne lah."

"Ha! Penipu!" ujar Mikayla sambil tersenyum sinis.

"Apa yang tipunya?"

"Aniq buat story tadi aku nampak dia dengan Dayne dan Isyraf dekat Genting. Macam mana pulak dorang nak main badminton dengan kau!" tempelak Mikayla. Matanya dikecilkan, menilik reaksi Zuhail.

Aduh kantoi dengan makcik ni pulak! Zuhail makin tak senang duduk.

"Kau ni gaya menyoal macam mak aku dah pulak!" ujar Zuhail geram apabila Mikayla terus menerus memandang dia dengan riak curiga.

"Kau ada buat hal tak elok dekat luar ke?" ujar Mikayla serkap jarang.

"Oiii!" bentak Zuhail geram.

"Habis tu? Kalau tak buat salah bagitahu jer lah kau pergi mana." kata Mikayla selamba.

Zuhail mengeluh perlahan sambil menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan si kakak ipar yang sedang mengorek isi tembikai itu.

"Aku ada hal sikit... aku kena teman someone. Nak make sure dia balik rumah dengan selamat jer." terang Zuhail.

Mikayla pandang Zuhail. "Perempuan?"

Zuhail angguk perlahan.

"Aku kenal tak?"

Zuhail menggeleng.

"Kau ada buat benda bukan bukan tak?"

Zuhail berkerut kening lantas dia laju laju menggeleng.

"Okaylah kalau kau tak buat benda bukan bukan. Jangan main mainkan anak dara orang." ujar Mikayla memberi amaran.

"Kau tak nak tahu siapa?" soal Zuhail perlahan. Pelik kerana Mikayla tidak bertanya banyak. Biasanya Mikayla pantang kalau dia berahsia apa apa sebab mereka jarang berahsia antara satu sama lain.

"Dah kau macam keberatan nak cerita, aku tak nak lah tanya banyak." ujar Mikayla dengan nada sedikit merajuk. Sengaja nak buat Zuhail rasa bersalah.

"Mika, aku bukan tak nak cerita, aku... aku janji nanti aku cerita. Sekarang aku belum pasti apa apa lagi." ujar Zuhail dengan riak wajah bersalah. Taknak kakak iparnya itu merajuk dengannya.

"Okay aku tunggu kau cerita, jangan sampai aku tahu paling last!" ugut Mikayla.

"Yes sis, aku janji, kau orang first aku cerita nanti pasal dia."

Mikayla tersenyum sinis. Dia? Kemain si Zuhail ni! Ada bau bau orang jatuh cinta!

"Amboi! Buat apa berdua-duaan ni?" sergah Zarif dari ruang masuk dapur. Rambut lelaki itu kusut menunjukkan dia baru bangun tidur.

Tadi Zarif terjaga apabila dirasakan sebelahnya kosong. 

Mikayla sudah tersengih sambil mengangkat buah tembikai yang sedang dijamunya.

"Sayang kenapa tak kejut abang?" soal Zarif sambil melangkah mendekati meja.

"Mika tak nak kacau abang, abang nampak penat jer." ujar Mikayla lembut. Tadipun lelaki itu tidur awal mungkin penat gara gara kesibukan melampau untuk menjayakan sambutan ulangtahun Astana sejak sebulan lalu. Hujung minggu itu barulah suaminya dapat berehat panjang tanpa perlu menghadap ipad atau laptop bagi memantau kerja kerja. 

"Kau baru balik ke Zuhail?" tanya Zarif kepada adiknya setelah pakaian adiknya itu ditilik. Dia duduk mengambil tempat di sebelah Mikayla.

"Eh tak adalah baru balik. Ni lama dekat bawah berborak dengan mak buyung ni haa." ujar Zuhail cuba menyorokkan hal sebenar yang dia sebenarnya baru pulang. Matanya memberi isyarat kepada Mikayla untuk diam.

"Ehh belum mak buyung lagi yer, kau jangan macam macam!" bentak Mikayla.

"Korang borak apa?" mata Zarif sudah memicing memerhatikan isteri dan adiknya silih berganti.

"Borak pasal Zuhail nak kahwin!" dengan selamba Mikayla mengusik Zuhail.

Membulat mata Zuhail mendengar kata-kata Mikayla.

"Hah?" ujar Zarif terkejut.

"Ehh tak tak! Mengarut ko ni Mika! Tak adalah bro! Kau percaya lah monyet sewel ni cakap apa!" bebel Zuhail.

Zarif dengan tangkas mengambil sudu dan mengetuk kuat kepala Zuhail di hadapannya.

"Jangan panggil bini aku monyetlah! Bini aku tengah mengandung ni cuba kau cakap benda elok elok sikit!" marah Zarif.

Zuhail tersengih sambil membuat muka bersalah.

"Sorry sorry!" 

"Eh tak apalah, bro kau teman lah si Mika ni, aku nak naik atas. Nak mandi nak tidur." cepat cepat Zuhail meminta diri sebelum ada lagi yang si Mikayla akan katakan untuk mengenakan dia. Sempat dia menayang penumbuk ke arah kakak iparnya itu sebelum melangkah laju untuk keluar dari ruang itu.

Mikayla sudah tergelak perlahan.

"AUW!" Terjerit kecil dia apabila terasa pipinya dicubit Zarif.

"Padan muka, nakal sangat!" omel Zarif yang kemudiaannya mengusap perlahan pipi si isteri yang dia cubit tadi.

"Abang nak?" tanya Mikayla sambil menyudukan tembikai itu untuk disuap pada Zarif.

Zarif hanya mengangakan mulut merelakan suapa Mikayla.

"Sampai habis separuh sayang makan tembikai ni yer." 

"Sedap!" ujar Mikayla sambil mengunyah buah tembikai di dalam mulut.

"Memang abang kena suruh Bik Surti restock setiap hari buah tembikai. Eh, rasanya bettter abang panggil lori tembikai terus lah datang hantar tembikai fresh fresh lagi ladang untuk sayang abang ni. Kalau dah satu hari satu biji tembikai besar tu sayang boleh habiskan nanti kesian Bik Surti kena restock selalu."

Wajah Mikayla bersinar. Dia mengangguk laju.

"Nak! Mika nak yang fresh dari ladang tapi Mika nak yang sejuk sejuk lepastu tak payah dah potong kecil kecil. Mika nak makan macam ni terus. Lagi best korek korek macam ni." ujar Mikayla ceria.

Tengku Zarif tergelak perlahan melihat wajah ceria Mikayla. Isterinya itu sejak mengandung, hanya mahu makan buah tembikai sahaja. Tidak dipedulikan lagi buah buah yang lain. Nasib baiklah isterinya itu masih makan makanan lain. Selera Mikayla juga masih besar. Risau juga kalau Mikayla tak lalu makan. 

"Lain kali kalau nak turun makan tembikai malam malam kejutkan abang sayang..."

"Abang lena tidur tak sanggup lah Mika nak kejutkan. Abang kan suka tidur awal."

"No, demi Mika abang sanggup korbankan tidur. Bagilah abang temankan sayang makan. Abang suka moment kita berdua macam ni. Abang nak selalu ada di setiap langkah sayang."

Mikayla tersenyum lebar mendengar kata-kata Zarif. Dapat dia rasa kasih sayang suaminya yang tidak berbelah bahagi itu. Syukur diucapkan di dalam hati kerana Tengku Zarif adalah suami dan ayah kepada anak mereka yang bakal lahir nanti. Nikmat apa lagi yang mahu dia dustakan. Semua ini sudah cukup. 

..............................................................

Ruangan VIP Burning Days Night Club

"Putri Ailin tu Zalika? That whore Zalika? Are you sure Yana?" tanya Inara dengan muka tak percaya.

"Ya, I baru dapat tahu that Putri Ailin tu Zalika. I suruh my informant korek pasal kes bunuh tu."

"The heck, euwww! Dia buat plastic surgery ke babe?" ujar Harisa dengan muka gedik.

"Yes, my informant bagi tahu polis senyapkan hal tu."

Tengku Liyana sedang merencanakan rancangan untuk menjatuhkan Mikayla jadi diupahnya orang untuk mengutip segala maklumat bagi kes bunuh Ailin. Sungguh tidak sangka dia mendapat plot twist paling gila. Tak menyangka langsung Putri Ailin itu adalah budak bodoh miskin yang dibuli mereka dulu. 

Waktu di zaman sekolah dulu mereka bertiga suka mengenakan Zalika. Yang paling kelakar apabila mereka dapat tahu Zalika mahu menjadi sebahagian dari mereka. Mereka pura-pura menerima kehadiran Zalika dalam lingkungan mereka hanya untuk mempergunakan gadis itu. Sebut sahaja apa yang Zalika tak buat demi mereka. Menyerahkan tubuh badan sendiri kepada lelaki asing pun perempuan bodoh itu sanggup buat.

"Yucks! Jijik gila perempuan tu. Boleh boleh pulak kita sangka dia bercinta dengan Zarif dulu kan? Bodohlah, kalau I tahu dia tu Zalika memang teruk lah I gelakkan dia. Ruginya dah mati kalau tak kita boleh gelakkan dia depan muka. Ada hati nak try Zarif weh dengan muka plastik dia tu!" ujar Inara sambil gelak terbahak-bahak.

"Habistu you all rasa siapa bunuh dia?" tanya Harisa tiba-tiba. Dia pelik.

"Kan? You rasa siapa Yana? Betul ke macam yang media report pasal dia dengan Dato' Borhan tu? I tengok gossip di Twitter yang cakap Ailin tu sugar baby Dato' Borhan?" soal Inara.

"Tak kisahlah siapa pun yang bunuh dia, I akan pastikan Mikayla yang akan dapat title tu. Pembunuh Putri Ailin." ujar Liyana sambil tersenyum sinis.

"You nak buat apa? Apa plan you babe? Share lah dengan kitorang!" gesa Harisa.

"I kena cari tahu dulu apa yang jadi antara dia dengan Mikayla tu. Kan that bitch orang last yang jumpa minah whore tu before dia mampus. Kalau I nak perangkap Mikayla, I kena tahu full story dulu." balas Tengku Liyana.

"Wow, so macam mana you nak dapatkan full story? Polis pun tak dapat cari lagi suspek sebenar." soal Inara lagi.

"Seingat I dia ada pembantu. I nak suruh orang orang I bawakan pembantu Ailin tu datang melutut di kaki I. I nak dia ceritakan from A-to-Z pasal that whore. Terkejut gila I bila dapat tahu dia tu Zalika tau. Pembantu dia tu mesti tahu banyak benda pasal Zalika tu. I akan paksa dia buka mulut. Berani betul Zalika tu nak berdampingan dengan Zarif. Siap digossipkan bertunang! Shit betul! Patutlah mampos awal!" bentak Liyana geram.

Dia terbayang bayang imej Putri Ailin yang sedang memeluk lengan Tengku Zarif pada malam dinner Astana tahun lepas. Kalau dia tahu itu Zalika memang dia calarkan muka perempuan tu malam itu.

Inara sudah tergelak.

"You nak gunakan pembantu Ailin tu ke?"

"Ya, I nak gunakan dia untuk plan I nak hancurkan Mikayla."

"Macam mana you nak sogok pembantu Ailin tu? Bagi duit?"

"Ofcourse, I dah suruh orang orang I check, perempuan tu ada mak jer yang tengah sakit. I akan bagi dia duit dan I akan cakaplah yang I akan tolong dia supaya mak dia dapat dirawat kalau dia sanggup ikut plan I. Tapi you guys tahu tak, mak dia tu dah kena cancer tahap 4, memang akan mampus tak lama lagi." Tengku Liyana sudah gelak jahat.

"Shoot babe jahatnya youuuu." Harisa juga sudah tergelak kuat. 

"Kalau dia tak nak macam mana?"

"Berani dia nak tolak permintaan I. Memang dia yang I hantar dulu ke dalam tanah sebelum mak dia tu." 

"Untuk corporate retreat dekat Redang nanti you guys kena ikut sekali. I ada plan baik nak kenakan Mikayla dekat sana."

"Eeee bestnya pergi pulau. I boleh pergi cuci mata."

"No Harisa, fokus! Kita pergi sana untuk jalankan plan kita. You nak ke tengok si Mikayla tu hidup bahagia lebih dari kita?"

"Ish tak nak lah I. I ni hidup kena kerja dia pulak sedap sedap mengangkang dekat rumah sejak sejak dah kahwin dengan Zarif. Mana aci!" bentak Harisa.

"Haa tahu pun you, so please tolak ketepi kerja menyundal you tuu, kita ada mission penting dekat sana nanti. Yang patut bahagia dengan Tengku Zarif hanya I."

"Takpe I usha usha jer. Dalam otak still fokus misi kita. I pun tak sanggup tengok Abang Zarif jatuh dekat perempuan tu. You jer paling layak dengan abang Zarif tu my girl!" seloroh Harisa.

..................................................

"Bagi abang kemaslah, sayang pergi baring." bisik Zarif ke telinga isterinya yang sedang khusyuk mengemas pakaian untuk dimasukkan ke dalam bagasi. Mereka akan bertolak ke Terengganu esok pagi dari KLIA.

"Eh takpe biar Mika buat. Abang pergilah rehat. Abang nampak tak sihat tu." ujar Mikayla dengan riak wajah risau. Seharian tadi suaminya lembik di katil. Risau pula dia. Sudahlah mereka ada banyak aktiviti di Terengganu nanti.

"Abang dah okay ni sayang, abang tidur banyak dah harini." dagunya diletakkan di bahu si isteri. Dia memeluk pinggang Mikayla dari belakang sambil melangkah mengikut langkah Mikayla yang sedang sibuk mengemas pakaian untuknya.

"Mika bawa t-shirt jer lah yer? Ke abang nak pakai kemeja ala-ala hawaiian ni?" soal Mikayla.

"Taknaklah, abang nak pakai tshirt uniqlo tu jer. Selesa sikit dekat pulau pakai macam tu jer." ujar Zarif sambil menunjukkan t-shirt pelbagai warna yang dibeli dari Uniqlo. 

Mikayla terus mencapai t-shirt yang ditunjukkan. DIa mengambil tona warna yang berbeza dan dilipat masuk ke dalam bagasi.

"Pandai pula sayang abang ni lipat baju. Ingatkan sayang abang ni nak main sumbat jer." usik Zarif perlahan.

"Eee, Mika retilah lipat. Yang sumbat sumbat Mika selalu buat tu sebab nak cepat jer!" bentak Mikayla geram. Apa Zarif ingat dia ni jenis yang tak suka mengemas ke.

Zarif tergelak.

"Okay, sorry sayang." ujar Zarif memohon maaf.

"Abang pergilah rehat dulu biar Mika sambung kemas." Mikayla sudah menolak tubuh Zarif menjauh sedikit. Makin lambat siap kerja kerja dia packing baju kalau Zarif asyik menempel dibelakangnya begitu.

"Taknak, abang nak ada dengan sayang..."

"Adoi abang, tak siaplah Mika nak packing baju ni kalau abang macam ni." 

"Kejap jer please, lepas siap ni Mika terus pergi dodoikan abang tidur." 

"Urm... Mika kemas lah abang tunggu sini" ujar Zarif seraya naik ke wardrobe island yang berada di tengan tengah ruang itu. Kakinya yang panjang itu memudahkan untuk dia duduk di situ.

Mikayla menjeling geram. Orang suruh rehat dia nak juga duduk dekat sini. Dia lantas cepat cepat menyambung kerja-kerja mengemas. Tak banyak kerana hanya 4 hari sahaja mereka di Terengganu. 1 malam di bandar Kuala Terengganu, 3 hari selepas itu mereka di Pulau Redang.

.......................................................

Pagi itu mereka berkumpul di Jeti Taman Tamadun Islam (TTDI) setelah tidur semalaman di bandar Kuala Terengganu. Mereka akan bergerak beramai ramai dengan Feri yang sudah ditempah khas oleh pihak Astana. Semua staf, para BOD dan ahli keluarga masing masing yang menyertai company retreat pada hari itu juga sudah berkumpul di jeti. Ada juga para pekerja yang memilih untuk tidak mengikuti retreat company tersebut namun tetap diberikan habuan yang lain. Astana membiarkan para pekerjanya memilih.

Mikayla dan Zulfa turun beriringan dari MPV yang dinaiki mereka sekeluarga dari Primula Beach Hotel. Tengku Zarif dan Tengku Zuhail sedang mengeluarkan bagasi milik mereka sekeluarga dari bonet. Setelah mengambil bagasi milik mereka berdua, Zarif melangkah mendekati Mikayla yang berdiri di hadapan pintu kereta bersama mamanya dan Zulfa.

"Jom!" ajak Zarif dan mereka bersama sama melangkah mendekati jeti yang sudah penuh dengan umat manusia. 

Mikayla lantas cepat cepat memeluk bahu Tengku Zarif apabila terlihat susuk tubuh Liyana, Harisa dan Inara yang dari jauh sudah kelihatan gara gara baju ala ala diva milik mereka bertiga. Itu nak pergi Redang ke nak pergi Paris tu fikirnya.

Tengku Zarif yang terkejut cepat cepat melihat ke arah yang dikerling isterinya. Bila nampak tiga manusia itu fahamlah Zarif kenapa tiba-tiba Mikayla berlagak manja dengannya di tempat awam begini. Lantas dia memaut tubuh isterinya mendekat. Luggage mereka berdua ditarik dengan satu tangan.

Ramai para pekerja yang ada di situ sudah berbisik bisik sambil tersenyum melihat adegan manis COO mereka bersama isterinya. Jarang mereka boleh lihat Tengku Zarif tersenyum lebar begitu. Biasanya COO mereka itu sentiasa menayang wajah beku di syarikat.

Liyana, Inara dan Harisa yang mendengar bisikan para pekerja juga turut memandang ke arah Tengku Zarif dan Mikayla. Naik menyampah mereka apabila melihat Mikayla yang tidak lepas dari memaut bahu Tengku Zarif walaupun perempuan itu sedang rancak berbual dengan Puan Sri Sharifah dan Zulfa.

Tengku Liyana melangkah laju mahu menyapa keluarga bapa saudaranya itu. Harisa dan Inara mengekori dari belakang.

"Hi Maklong!" sapa Tengku Liyana ke arah ibu saudaranya itu. Tangan dibawa untuk memaut lengan wanita itu.

Zuhail dan Zulfa sudah tayang muka meluat.

"Hai Liyana, mana mommy dan daddy kamu?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Mommy dengan daddy datang dengan maksu dan tok nenek. Kejap lagi kut sampai." ujar Liyana dengan suara lembut yang sengaja dibuat dibuat.

"Hi abang Zaf!" tumpuannya diarahkan pada Zarif yang sedang duduk di kerusi sambil meriba Mikayla.

"Hai abang Zarif, lama kitorang tak jumpa abang!" Harisa turut menyapa lelaki itu.

Tengku Zarif hanya memandang sekilas sebelum matanya kembali dibawa merenung wajah si isteri.

"Aii, tegur husband I jer ke? I you taknak tegur ke Liyana?" perli Mikayla. Pautan tangan Zarif di pinggangnya di usap lembut.

Tengku Liyana menjeling sebal melihatkan aksi peluk memeluk di depan matanya itu.

"You guys pun datang rupanya. Lama tak jumpa kan?" sapa Mikayla kepada Harisa dan Inara yang berada di belakang Liyana. Kalau ada ahli keluarga Tengku Zaid bersamanya sekarang memang perempuan perempuan itu tak akan berani mengganggunya.

"Maklong, kami gerak pergi sana dululah, nak tunggu mommy dengan daddy. Nanti kita jumpa lagi dekat dalam feri yer. Paklong, Yana pergi dulu sambut tok nenek dekat depan." ujar Liyana meminta diri. Dia belum boleh berbuat apa apa pada Mikayla sekarang. Tunggulah!

Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah mengangguk manakala yang lain hanya memandang kosong.

Mikayla terasa sedikit risau melihat kehadiran 3 manusia itu. Entah apa yang direncanakan mereka bertiga sehingga sanggup sampai di sini untuk menyertai corporate retreat tersebut. Mikayla hanya diam memerhati susuk tubuh mereka dari belakang. Dia perlu berhati hati dengan mereka bertiga untuk tiga hari yang mendatang. Kemunculan mereka bertiga bukan petanda yang baik.

Itu juga antara sebab dia meminta keluarga Tengku Zaid merahsiakan kehamilannya. Risau jika ada hati busuk yang tahu. Dia perlu sentiasa berwaspada.

.........................................

TBC 



Continue Reading

You'll Also Like

92.5K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...
172K 9K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...