Eternity Love [C]

By DaisyIntrovert

911K 39.4K 3.2K

WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58 - Akhir
Special Chapter ✨
Special Chapter 2 ✨
Special Chapter 3 ✨- Last 🤍
EL RAMADAN VERSION ✨
EL Raya Version✨

BAB 46

14.3K 665 122
By DaisyIntrovert

Fokus Tengku Arifin terganggu saat deringan telefon menyapa sistem pendengarannya.

Dia mengangkat panggilan itu saat melihat nama isterinya tertera di skrin.

" Yes sayang. Kenapa? " tanya Tengku Arifin. Sesekali dia meregangkan lehernya yang terasa tegang sedikit.

" Awak busy ke tu? Saya ganggu awak ke? " Tengku Arifik tidak terus menjawab. Dia diam cuba menghadam suara isterinya yang kelihatan cemas.

" Kau okay tak tu? Ada apa? " soalan berbalas soalan. Risau ada terjadi apa-apa. Setakat maklumat yang dia dapat tadi, isterinya itu hanya berjalan-jalan di mall bersama Syiema.

" Awak boleh tak tolong datang sini sekejap? Kitaorang accident ni. Terlanggar pokok besar dekat tepi jalan. Lepas tu kereta Syiema tiba-tiba tak boleh hidup. Puas dah cuba hidupkan tapi tetap tak boleh " adu Balqis di dalam talian.

" Send me your location. Kejap lagi aku datang. Stay sana je "

Panggilan terus dimatikan. Dia mematikan komputer ribanya. Meja kerjanya terus dikemas. Laci mejanya dibuka, kunci kereta diambil. Dia terus keluar dari ofisnya dan menuju ke lokasi yang dihantar oleh Balqis melalui mesej.

Hampir 1 jam 30 minit, akhirnya Tengku Arifin tiba di lokasi yang diberikan. Dari jauh dia sudah melihat isterinya yang berdiri menyandar di sisi kereta Syiema. Dia menghentikan keretanya di belakang kereta Syiema. Tengku Arifin melangkah keluar dari kereta dengan lengan yang sudah disingsingkan.

" Tengku, nasib baik Tengku datang. Kalau tak, tak tahu nak jadi apa " Syiema yang duduk itu terus bangun meluru mendekati Tengku Arifin apabila melihat bosnya itu sudah sampai namun Tengku Arifin hanya berjalan melintasinya tanpa menyapanya.

" Kau okay tak? Ada luka dekat mana-mana? " Dia memegang bahu isterinya. Tubuh isterinya itu dipandang atas bawah. Risau ada terluka di mana-mana.

" Saya okay je " jawab Balqis perlahan. Sempat matanya mengerling ke belakang Tengku Arifin melihat Syiema yang sedang berdiri dengan wajah yang masam mencuka. Entah kenapa ada rasa lain di dalam hatinya saat melihat wajah Syiema begitu ditambah pula dengan Syiema yang tiba-tiba saja mendekati suaminya tadi.

" Korang buat apa dekat sini ? Setahu aku, kau pergi mall kan tadi? Kenapa lalu jalan ni? Jalan ni jauh sangat dari mall " suara Tengku Arifin kedengaran tegas menyoal mereka. Dia sudah pelik apabila keretanya masuk ke lorong yang sunyi sepi tadi saat mencari lokasi mereka.

" Syiema tersasar tadi. Entah macam mana boleh tersasar. Ralit sangat berborak tadi " beritahu Balqis.

Tengku Arifin melihat keadaan kereta Syiema dengan mata kasar sahaja. Agak teruk juga, memang patutlah tidak boleh hidup.

Dia menelefon pihak bengkel yang dia tahu untuk menarik kereta wanita itu untuk dibawa ke bengkel.

" Sayang, kau pergi lah masuk kereta dulu, Aku tunggu dekat luar. Lagipun dah nak gelap ni " Tengku Arifin memberi kunci keretanya pada Balqis.

" Okay " Balqis mengambil kunci yang dihulurkan suaminya itu kemudian bergerak mendekati kereta Tengku Arifin.

" Syiema " panggil Balqis. Dahinya berkerut melihat Syiema yang tidak berganjak dari posisinya sedangkan dia sudah bergerak mahu menunggu di dalam kereta.

" Syiema! " panggilnya seoktaf. Syiema terus menoleh ke belakang.

" Sinilah. Kau buat apa dekat situ? Tunggu dekat dalam " kata Balqis.

" Tak apa lah. Aku tunggu dekat sini. Lagipun ini kereta aku. Tak sedap pula biarkan Tengku seorang dekat sini " kata Syiema sambil memandang ke arah Tengku Arifin yang sedang bercakap dengan seseorang di talian.

Balqis memandang ke arah Syiema, ada sesuatu yang pelik pada sepupunya itu.

" Dalam hidup ini, jangan letakkan kepercayaan kepada seseorang sepenuhnya "

Balqis teringat pesanan Tengku Arifin pada malam Syiema datang melawatnya di rumah Puan Zulaikha masa berpantang.

Hatinya mula rasa tidak enak melihat Syiema seakan tidak lepas memandang suaminya yang sedang membelakangi mereka.

" Syiema ke yang selama ini hantar mesej ugutan bunuh bagai tu? " bisiknya perlahan.

Pintu kereta Tengku Arifin ditutup. Tidak jadi mahu menunggu di dalam. Dia terus bergerak semula ke kereta Syiema yang tersadai itu.

" Eh, bukan ke kau kata nak tunggu dalam kereta? " tanya Syiema, hairan melihat Balqis semula ke situ.

" Tak jadi. Aku ni macam kangaroo. Kalau boleh nak duduk dalam poket suami aku 24 jam " kata Balqis. Dia perasan riak wajah Syiema yang berubah sedikit. Dia semakin yakin dengan apa yang dia rasakan itu benar.

Dia terus melintasi Syiema dan mendekati Tengku Arifin. Lengan suaminya yang sedang memegang telefon dipaut lalu dipeluk erat. Tengku Arifin menoleh sedikit ke sampingnya lalu membawa tangan kiri mengelus rambut Balqis.

Setelah panggilan dimatikan, Tengku Arifin memandang Balqis.

" Kenapa tak nak duduk dalam kereta? Aku kan suruh tunggu dalam kereta tadi " tanya Tengku Arifin dengan nada yang lembut.

" Tak nak lah. Lagipun Syiema pun tak nak masuk dalam kereta awak juga sebab dia kata kasihan awak tunggu seorang diri dekat sini. So, saya pun tunggulah sekali dekat sini. Lagipun tak elok kalau orang lalu lalang nampak awak berdua dengan perempuan lain selain saya, kan Syiema? " Kata Balqis seraya menoleh ke belakang memandang Syiema yang memakukan matanya pada pasangan suami isteri itu.

" Er haah betul lah tu " Syiema membalas sambil ketawa tetapi kedengaran kekok di telinga Balqis.

Tengku Arifin menjungkitkan kening ke atas saat mendengar Balqis melontarkan ayat sebegitu. Dia melihat riak wajah Balqis yang selamba itu. Tengku Arifin tersenyum sinis. Dia yakin isterinya itu pasti ada sesuatu yang tersimpan dalam hati.

30 minit berlalu, akhirnya towing car dari bengkel yang Tengku Arifin hubungi tadi telah tiba.

Selesai menguruskan semuanya, akhirnya mereka beredar dari situ. Mereka bergerak ke rumah Hajjah Halimah kerana keluarga Syiema ada di sana singgah sebentar.

Hampir pukul 8 malam juga mereka tiba di rumah Hajjah Halimah. Nasib baik mereka sempat singgah di pam minyak untuk menunaikan solat maghrib sekejap.

" Tak nak masuk dulu ke? Nanti nenek cakap apa pula kalau tak turun " Balqis berpandangan dengan Tengku Arifin. Benar juga kata Syiema. Nanti kecil pula hati mereka jika dia tidak turun sebentar.

" Bolehlah, jom awak. Kita singgah sekejap je lepas tu balik. Lagipun kasihan awak mesti penat "

Tengku Arifin hanya menurut saja kata isterinya. Mereka berdua melangkah keluar dari kereta tersebut diikuti dengan Syiema yang membawa barang yang dibeli tadi.

Balqis terus berjalan mendekati Tengku Arifin seraya memegang tangan suaminya itu dengan erat. Kebetulan pintu utama rumah Hajjah Halimah terbuka. Terpacul wajah Hajjah Halimah bersama Mak Long Nisa dan Mak Ngah Zahra.

" Assalamualaikum bakal jenazah! " jerit Balqis lalu berlari ke arah mereka. Tangan yang menggengam tangan Tengku Arifin itu dilepaskan.

" Amboi mulut! Waalaikumsalam juga bakal jenazah " jawab Mak Ngah Zahra.

" Rindunya kesayangan Qis ni " Balqis memeluk wanita -wanita yang penting dalam hidupnya itu.

" Cucu nenek ni sihat ke, kenapa Ipin boleh ada sekali dengan Qis dengan Syiema? Bukan kata keluar berdua je ke? Kereta kamu mana Syiema? " tanya Hajjah Halimah.

" Eh haah Syiema, mana kereta Syiema? " Mak Long Nisa menjengah kepalanya mencari kereta anaknya itu.

" Accident nek. Tak tahu Syiema fikir apa lah tu masa bawa kereta " niat Balqis hanya seloroh tapi jawapan yang diberikan Syiema itu agak menyentak hatinya.

" Tak ada fikir apa. Aku cuma fikir cinta hati aku je lepas tu tengah fikir jugak macam mana nak bawa kau ke kubur sama-sama. Itu yang terlanggar pokok tu. Hahaahaha tak ada lah aku gurau je " Syiema tergelak gelak usai habis berkata.

Balqis memandang wajah Syiema yang ketawa itu tetapi mata sepupunya itu melirik ke arah Tengku Arifin. Dia sudah tidak boleh bersangka baik apa lagi setelah mendengar kata-kata Syiema yang mungkin dianggap gurauan tapi tidak baginya.

Dia perasan sepupunya itu sudah lain. Apabila bertemu dengan Tengku Arifin, sepupunya itu banyak mencuba untuk berborak dengan suaminya.

" Hei kamu ni. Apa bergurau macam tu. Jaga sikit mulut tu " marah Hajjah Halimah. Dia tidak gemar mendengar gurauan yang melibatkan kematian.

" Ala, Syiema gurau je. Tak boleh usik langsung cucu kesayangan nenek itu " balas Syiema yang berdiri di sebelah Tengku Arifin itu.

" Kamu tak nak masuk dulu ke? " tanya Mak Ngah Zahra.

" Tak apa lah, Qis nak balik cepat. Kesian suami Qis penat " balas Balqis cepat-cepat. Dia mula rasa tidak selesa di situ.

" Oh ye lah. Hati-hati balik. Terima kasih hantarkan Syiema ke sini " ucap Mak Long Nisa seraya mencium dahi Balqis.

" Maaf tau nek, mak long, mak ngah. Tak boleh nak singgah lama. Nanti ada masa Qis stay lama sikit dekat sini okay "

Mereka hanya mengangguk faham. Mereka juga tidak memaksa sangat. Faham yang Balqis bukan keseorangan seperti dulu lagi. Ada suami yang harus dijaga.

" Terima kasih Tengku tolong uruskan kereta saya " ucap Syiema lembut. Tengku Arifin hanya mengangguk saja sebagai respon.

" Thank you beb sudi teman aku hari ini. Meh nak hug sikit "
Syiema mendepakan tangannya. Dia yang melintasi Tengku Arifin itu tiba-tiba mahu jatuh tersadung. Badannya jatuh menyenget ke arah Tengku Arifin.

Tengku Arifin yang melihat Syiema hendak terjatuh ke arahnya itu terus mengundurkan diri ke belakang, tiada niat mahu membantu.

Buk!

Semua terperanjant melihat Syiema terjatuh kecuali Tengku Arifin yang hanya tengok tanpa perasaan.

" Ya Allah, Syiema kenapa lah kamu ni? Bangun! Jalan tu elok sikit boleh tak? " bebel Mak Ngah Zahra yang dekat dengan wanita itu seraya membantu Syiema untuk bangun. Tangan Syiema naik memegang pinggangnya yang sakit kerana jatuh.

" Sorry, saya tak boleh tolong. Haram untuk saya sentuh selain isteri sendiri " jawab Tengku Arifin dengan riak wajah yang tenang saat yang lain melihat ke arahnya.

Balqis menyimpan senyum melihat reaksi suaminya itu. Ini sayang lebih ni. Bukan dia tidak nampak sepupunya itu berpura-pura jatuh. Ini Balqis Surfinalah.

" Kau okay tak tu? Lain kali hati-hatilah sedikit " Balqis mendekati Syiema yang dipegang Mak Ngah Zahra. Dia memeluk sepupunya itu.

" Take care tau. Aku balik dulu. Qis balik dulu tau. Assalamualaikum semua " Balqis memegang lengan Tengku Arifin lalu meminta diri untuk pulang.

" Hati-hati bawa kereta. Kalau ada masa lapang, datang sini " pesan Hajjah Halimah.

Mereka menunggu di luar sehingga kereta Tengku Arifin bergerak laju meninggalkan rumah Hajjah Halimah.

Sampai saja di rumahnya, dia terus naik ke atas menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup kuat. Dia menghempaskan barangnya ke lantai.

" Shit! Kau memang saja cari pasal kan! " Jerit Syiema. Nasib biliknya agak jauh dari bilik semua orang, jadi agak tidak kedengaran kalau dia menjerit.

Sumpah! Hatinya cukup panas dengan apa yang disajikan depan mata tadi. Bernanah rasa hatinya melihat kemesraan Tengku Arifin dan Balqis. Dia sengaja berpura-pura jatuh tadi. Ingatkan dapatlah dipeluk Tengku Arifin, tetapi free begitu saja pinggangnya sakit.

Sudah cukup lama dia memendam. Lebih pedih bila Tengku Arifin seakan tidak nampak dirinya. Lelaki itu hanya memandang Balqis, Balqis dan Balqis.

Bermacam cara dia lakukan untuk mendapat perhatian Tengku Arifin tetapi semuanya gagal. Dia sengaja singgah melawat Balqis saat Balqis berpantang agar dia dapat menemui Tengku Arifin. Terkadang dia cuba mencari helah agar dapat berduaan dengan Tengku Arifin tetapi semuanya hancur. Dia yakin dia boleh menggoda dan membuat Tengku Arifin tumpas kepadanya jika mereka berduaan.

" Bermesra la kau selagi boleh Qis. Aku akan rampas Arifin. Dari awal dia milik aku!! " pekiknya sendiri dalam biliknya.



Tiba di halaman rumah mereka berdua, Balqis duduk termenung di dalam kereta. Entah perasan ke tidak kalau mereka sudah sampai. Tengku Arifin perasan sepanjang perjalanan balik tadi, Balqis hanya senyap tidak banyak celoteh seperti biasa.

Tengku Arifin mengiringkan tubuhnya menghadap Balqis yang masih memandang ke depan.

Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Balqis.

" Sayang " bisiknya perlahan.

Balqis mengerdipkan matanya beberapa kali bila terasa ada hembusan nafas di telinganya. Dia menoleh ke kanan. Wajah suaminya sangat dekat dengannya. Balqis mengiringkan tubuhnya. Tangannya diletakkan pada bahu Tengku Arifin.

" Kenapa? Fikir apa yang sampai tak sedar dah sampai ni hm " tanya Tengku Arifin lembut sambil mengelus rambut Balqis

Balqis menelan perlahan air liurnya. Dia cuba untuk tidak bersangka buruk tetapi tidak boleh setelah digabungkan semua 'puzzle' yang terpisah berkenaan dengan Syiema.

" Kalau ada yang cuba nak mengurat, menggoda awak, agak-agak awak tergoda tak?" Soalan yang dilontarkan Balqis itu menerbitkan senyuman sinis pada bibir Tengku Arifin.

" Ex lama datang balik pun aku boleh tepis demi kau, inikan orang lain sayang " balas Tengku Arifin membuat kan Balqis menghela nafas lega. Dia percayakan Tengku Arifin tetapi dia tidak percayakan orang lain.

" Syiema.. " Balqis menghentikan percakapannya. Dia memandang Tengku Arifin yang setia menunggu dia untuk menyambung kata.

Tengku Arifin menjungkit keningnya meminta Balqis untuk meneruskan ayatnya.

" Dia macam lain.. lagi-lagi bila dengan awak. Saya tak tahulah saya yang terlalu overthinking ke apa tapi saya tak boleh nak halang otak saya dari berfikiran negatif bila saya nampak depan mata cara dia nak attenttion awak tu " luah Balqis.

" Saya rasa dia macam suka kan awak ke saya silap? Lepas tu saya perasan, awak pun macam tak berkenan sangat dengan dia sedangkan dia staf awak kan? Ke saya ada terlepas sesuatu? Itu ke maksud awak bila awak cakap jangan letak kepercayaan penuh pada seseorang? " Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan pada Tengku Arifin.

" Kalau itu yang kau fikirkan, terus kan percaya dengan apa yang kau fikir " kata Tengku Arifin dengan maksud yang mendalam.

Balqis memandang dalam mata Tengku Arifin yang sedang memandangnya. Dia cuba menghadam maksud disebalik kata-kata Tengku Arifin. Air liur yang ditelan kesat. Kalau mahu dia percaya apa yang dia fikir, sah-sah lah bukan perkara yang baik.

" Macam mana? " Tanya Tengku Arifin saat melihat Balqis hanya mendiamkan diri.

" Dia suka awak. Syiema, sepupu saya suka awak. Saya dapat rasakan itu. Awak pun tahu kan pasal ni? " tanyanya kembali pada Tengku Arifin. Dia melarikan tangannya dari bahu Tengku Arifin dan memusingkan tubuhnya ke depan apabila Tengku Arifin mengangguk. Tangan disilangkan pada dada. Dadanya berombak laju menahan rasa geram.

Tengku Arifin yang melihat dada Balqis turun naik itu cuba meletakkan tangannya di situ dengan niat hanya untuk menenangkan tapi lain pula bagi Balqis.

" Eh awak ni. Agak-agaklah. Dalam kereta ni. Saya ni pula tengah tahan geram. Wah patutlah rajin semacam datang rumah, nak tengok suami saya rupanya. Wah wah wah " Balqis mengetap bibirnya.

Tengku Arifin kemam bibir, cuba menahan tawa. Geli hati pula dia melihat Balqis membebel. Tak pasal-pasal dia kena tadah telinga.

" Okay sayang. So lepas ni kau nak buat apa? " tanya Tengku Arifin, mahu tahu apa tindakan isterinya itu setelah mengetahui sepupu sendiri ada perasaan dengan suami sendiri. Tidak perlu dia susah payah memberitahu, Syiema sudah mendedahkan sendiri pada Balqis dengan gayanya yang menggedik itu.

Balqis mengepal kedua tangannya.

" Saya tak kiralah, sepupu sendiri ke atau yang paling rapat sekalipun, kalau cuba menggatal dengan suami saya, memang kena dengan saya, Tak adanya saya nak duduk redha saja tengok suami sendiri kena sondol. Wah memang saya takkan tinggal diam. Kalau sampai tahap tarik rambut pun saya sanggup " kata Balqis dengan nada geram. Boleh lah kot reader pun nak join tarik rambut juga kan, eh tiber.

Tengku Arifin ketawa lepas. Suka benar dia melihat wajah cemburu isterinya itu.

" Thats my wife. Aku tahu isteri aku macam mana. Buatlah apa pun, aku akan selalu ada untuk kau. As long as that penyondol takkan sakitkan kau " kata Tengku Arifin.

" Awak jangan layan pula kalau dia menggedik dengan awak. Kita tengok sampai tahap mana dia nak menggeletis dengan awak. Fuh tak tahan betul hati saya ni tengok cara dia tenung awak tadi " Balqis menjeling tajam memandang Tengku Arifin, seolah-olah yang ada di depannya itu sekarang Syiema.

Bila difikir balik, semua kata-kata Syiema yang kononnya sekadar gurauan tadi pasti menyimpan maksud yang hanya Syiema sendiri tahu.

" Aduh sayang, jangan tenung macam tu. Dada ni berdebar lain macam " usik Tengku Arifin. Saja mahu menghidupkan suasana. Risau ada gunung berapi meletus nanti.

Balqis menoleh ke arah suaminya.

" Berdebar macam mana tu? " tanya Balqis, saja berpura-pura tidak faham.

" Berdebar dekat sini ke? " tanya Balqis lagi. Balqis sengaja mengelus lembut jarinya ke dada Tengku Arifin. Dia jelas dapat melihat leher Tengku Arifin yang bergerak-gerak itu.

" Uish sayang. Ni main kasar ni. Aku main-main je " Tengku Arifin memegang tangan Balqis yang berada di dadanya.

Balqis ketawa besar. Eleh ingat berani sangat tadi. Kemudian wajahnya kembali murung. Murung mengenangkan sepupu sendiri yang rapat dari kecil cuba untuk mendekati suaminya.

" Dah, jangan banyak fikir. Kita tengok je game sepupu kau tu macam mana. Jangan risau, hati aku ni dah dipenuhi dengan nama kau. Tak ada ruang untuk orang lain " Tengku Arifin menggapai tangan isterinya lalu dikucup perlahan.

Balqis merenung suaminya itu. Tiba-tiba otaknya terlintas sesuatu saat melihat tangannya dipegang Tengku Arifin.

" Awak, perlakuan awak semua ni dah romantik tau tapi bila nak tukar bahasa dengan saya? Asyik kau aku je dengan saya " rungut Balqis.

Dia teringin juga nak guna panggilan manja dengan suaminya itu walaupun akhir akhir ini suaminya itu banyak memanggilnya sayang.

" Takkan kau nak panggil aku abang kot, macam tak kena je " bantah Tengku Arifin.

" Ala, Ris dengan Nel tu elok je abang sayang bagai walaupun Nel tu muda. Diaorang tu sama macam kita juga "

Tengku Arifin mengeluh kecil. Tangan naik mengurut pelipis. Dia bukan tidak mahu, tapi dia malu hendak menggunakan panggilan manja dengan Balqis.

" Panggil awak hubby pun okay juga apa. Sweet juga tu hm " Balqis cuba memberi cadangan kepada Tengku Arifin tetapi ditolak mentah.

" No no no. Uish meremang bulu roma aku nak gelar diri ni hubby dekat kau " Tengku Arifin menolak keras. Belum sebut tekaknya sudah meminta untuk digaru.

Balqis merengus. Inilah kalau dapat suami beku. Balqis terus mengambil beg tangannya lalu keluar dari kereta. Dia tidak menoleh sedikitpun ke arah Tengku Arifin.

Ah sudah! Kelam kabut Tengku Arifin matikan enjin kereta. Pintunya dibuka lalu mengunci kereta. Laju saja dia mengejar langkah Balqis yang sudah beberapa langkah ke hadapan.

" Balqis sekejap lah. Jangan lah merajuk dengan aku " Tengku Arifin merentap lembut lengan Balqis. Balqis cuba merentap kembali lengannya tapi gagal kerana pegangan suaminya yang kuat.

" Lepas lah. Saya nak buka pintu ini " Balqis berusaha meleraikan pegangan Tengku Arifin.

" Jangan lah merajuk " kata Tengku Arifin. Balqis berpura-pura tidak mendengar. Dia mencari kunci rumah dalam beg tangannya.

Melihat Balqis yang tidak mengendahkannya itu, Tengku Arifin menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan.

" Sayang jangan lah merajuk. Hubby tak reti nak pujuk sangat ni " kata Tengku Arifin tetapi suaranya perlahan hampir tidak kedengaran. Telinganya sudah terasa panas menahan malu. Demi nak pujuk isteri.

Terhenti tangan Balqis. Dia mendongak memandang Tengku Arifin. Rasanya dia tidak salah dengar tetapi dia ingin menyakat suaminya itu. Telinga suaminya itu sudah merah.

" Apa? Tak dengar lah awak cakap apa? Tak jelas. Cuba cakap sekali lagi "

Tengku Arifin mengetap bibirnya. Dia tahu isterinya itu saja ingin mengusiknya.

Dia berdehem kecil.

" Ehem sayang janganlah merajuk. Hubby tak reti nak pujuk sangat " ulang Tengku Arifin dengan wajah memerah. Rasa nak terjun kolam saat ini. Tidak mampu menanggung rasa malu yang menggunung.

Balqis terlompat kecil.

" Hubby? Alah comelnya suami sayang ni! Sayang tak merajuk pun. Sayang mana boleh merajuk lama-lama dengan hubby sayang ni " kata Balqis tersenyum-senyum. Tangan laju membuka pintu rumah mereka.

" Jom hubbyku! Kita mandi solat isyak lepas tu rest. Mesti hubby saya ini penat " Balqis menarik tangan Tengku Arifin naik ke atas selepas saja pintu rumah mereka ditutup.

Tengku Arifin yang masih merasa malu itu mengikuti saja langkah isterinya di belakang memandangkan tangannya ditarik oleh Balqis.

Sabar je lah. Hubby pun Hubby lah yang penting isterinya bahagia.

Happy Reading reader kesayangan semua 🤍
Oh ya,real penyondol slowly beraksi 💃🏻💃🏻

Do drop comment and vote for next chapter 🥰

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 93.8K 51
Nadiem Zhafran X Aulia Malaikha (sweet romance) Aulia Malaikha seorang yang happy go lucky. Dia tidak merancang untuk mencari jodoh dalam umur awal 2...
156K 10K 54
[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubun...
1M 41.1K 68
[ Book 2 ] • Until the star in the galaxy dies, you have me • Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nam...
139K 3K 89
First story✨ Tengku syed nazmi, berkejaya. Berkedudukan tinggi. Dirinya sangatlah terkenal dikhalayak orang ramai. Nur farah auliana, seorang peremp...