OG | His Orkid

By milliehniaa

7.2K 503 73

[ UPCOMING NOVEL] "I love her." Tengku Fawwaz Rafieq โ€ข Salah satu pembekal senjata di Malaysia paling terken... More

๐“ก๐“ช๐“ฏ๐“ฒ๐“ฎ๐“บ๐”๐“ก๐”‚๐“ฑ๐“ช๐“ท๐“ช
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š
Bab 1

BAB 2

905 95 21
By milliehniaa

Gadis kecil yang sedang asyik termenung di padang sekolah itu dipandang lama. Sepasang mata hazelnya melihat gadis itu dengan asyik. Entah mengapa dia rasa tertarik akan gadis itu. Dia mengikuti gadis ini setelah dirinya melihat gadis ini dibuli oleh rakan sekelasnya. Gadis itu dibuli hanya kerana dia adalah seorang pendiam.

"Berhenti ganggu saya. Saya tak kacau hidup awak semua kan?"

Lelaki itu senyum senget. Diam-diam gadis itu, dia masih berani mempertahankan dirinya daripada diganggu. Dia leka mengingat akan kejadian sebentar tadi sehingga dirinya tidak sedar bahawa gadis tadi sudah berada di hadapannya.

"Kenapa awak ikut saya?" tanya gadis itu tanpa aba-aba. Lelaki itu menjongketkan keningnya sedikit. Matanya melihat wajah garang itu.

"Aku nampak kau kena ejek tadi. Lepastu, aku risau kau buat benda pelik. Jadi aku ikut kau." Gadis kecil itu mengerutkan keningnya. Benda pelik apanya? Dia masih mempunyai fikiran yang waras. Paling tidak pun, dia hanya akan ponteng sekolah tapi dia tidak berani. Dia pergi ke sekolah dengan niat untuk menuntut ilmu. Jadi, dia hanya biarkan orang-orang itu. Jika mereka melampaui batas, dia akan melawan juga. Seperti tadi, mereka mengejek sehingga melibatkan ibu bapanya. Jika diam, mereka akan semakin menjadi-jadi.

"Kau okay?" Gadis itu hanya angguk. Dia memandang wajah lelaki itu. Tampan sekali. Sepasang anak mata hazel itu tampak bersinar apabila terkena biasan cahaya matahari.

"Mata awak cantik," puji gadis itu ikhlas  tanpa  menjawab  persoalannya. Lelaki itu hanya menayangkan riak wajah bersahaja. Namun di dalam perutnya terasa seperti rama-rama sedang berkepak. Gadis ini satu-satunya yang memuji matanya cantik. Kawan-kawannya yang lain mengatakan bahawa matanya pelik.

"Apa nama kau?"

"Ryhana. Orkid Ryhana." Mata bulat gadis itu memandang ke arahnya dengan senyuman di bibir. Dia berdehem perlahan sebelum kakinya melangkah meninggalkan gadis yang bernama Orkid itu bersendirian.

'Mainan perasaan aje ini. Tak mungkin aku suka dia. Kalau suka pun, tak apa kut. Cinta monyet.' Desis hati lelaki itu. Dia berjalan menuju ke kelasnya tanpa menoleh ke belakang.

Hana memandang belakangnya dengan terpinga-pinga. Pelik. Tanya nama kita, selepas itu pergi macam tu saja? Sekurang-kurangnya bagi lah tahu namanya. Hana menggelengkan kepalanya perlahan dan kaki mula menapak menuju ke kelas apabila loceng yang berbunyi menandakkan waktu rehat sudah pun berakhir.

TANGAN yang menggigil dikepal kuat. Matanya berpinar. Dunianya berpusing. Wajahnya resah. Seperti orang sedang ketakutan. Tangannya naik menekup telinganya.

"Kau memang tak guna!" Satu suara tempikan menyentakkan satu wad itu. Lutut Hana lemah. Namun, dia cuba menguatkan diri. Dia mengepal buku lima.

"Tolong jangan bergaduh. Ini hospital." Lemah suara itu menghalang dua orang wanita yang sedang rancak bergaduh.

Matanya berpinar, dunia seakan-akan berputar apabila suara wanita itu semakin jelas kedengaran.

"Bodoh! Suami aku masuk hospital sebab kau." Tangan Hana naik menutup kedua belah telinganya. Dia jatuh terduduk. Dirapatkan kepala lututnya ke dada.

"Budak bodoh! Sia-sia aku kutip kau."

"Semua salah kau. Kalau kau tak ada dalam rumah ni, hidup aku akan aman!"

"Budak sial!"

Badan Hana menggigil. Dia menggelengkan kepala beberapa kali. Air mata laju mengalir menyembah lantai hospital. Telinganya menangkap kata-kata cacian dari mamanya. Badannya juga terasa sakit. Rasa seperti dipukul.

"Cukup... Mama."

"Hana sakit..." Dia merintih. Kini, dia yang menjadi perhatian di dalam wad tersebut. Kedua-dua wanita tadi juga sudah berhenti dari menengking satu sama lain.

Felicia yang baru sahaja datang akibat kekecohan tadi kalut tatkala melihat Hana yang jatuh. Dia berlari anak menuju ke arah gadis itu.

"Hana..."

"Berhenti."

"Berhenti sakitkan Hana."

Belum sempat Felicia ingin menenangkan gadis itu, datang seorang lelaki yang duduk mencangkung di sebelehnya.

"Let me handle her." Felicia angguk. Dia bangun dan menapak sedikit ke belakang.

"Orkid..." Lembut suara itu berkata. Badan Hana mengeras. Suara itu!  Wajah kacak itu dipandang. Lelaki itu...

"Kau okay?" Diam. Budak tingkatan tiga itu hanya merenung padang sekolah itu. Wajahnya juga pucat. Dan agak cengkung.

"Orkid..." Lembut suara lelaki itu memanggilnya. Kepala ditoleh ke arah wajah kacak itu.  

"Kenapa panggil Orkid? Yang lain semua panggil Hana." Tanya Hana tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Sebab aku nak."

"Orkid..." Suara itu menyentakkannya sekali lagi. Dengan perlahan, dia mengangkat wajahnya. Terkejut melihat wajah lelaki itu lagi.

Lelaki yang dahulunya menjadi perhatian ramai. Lelaki yang dahulunya sentiasa mengintipnya di padang sekolah. Lelaki itu! Entah mengapa, nafasnya terasa sesak. Dia sukar untuk bernafas dengan elok menyebabkan sesisi wad itu kalut.

"Sakit..."

Badannya ditarik ke dalam pelukan seseorang. Dia hanya diam dan cuba mengatur nafasnya dengan baik.

"Shh, it's okay. I got you." Mata Hana mula terpejam. Tidak lama kemudian, semuanya berubah menjadi gelap.

Lelaki itu mendengus kasar tatkala badan lemah itu sudah lembik. Dia menundukkan wajahnya dan melihat mata gadis yang terpejam rapat itu. Manakala, Felicia kalut mengarahkan beberapa jururawat untuk menyediakan bilik untuk gadis itu

Mata tajam lelaki itu kemudian memandang dua wanita yang bertengkar tadi. Menikus keduanya. Gerun melihat wajah garang itu.

"Di sini hospital. Kalau nak bergaduh, baik cari gelanggang MMA." Tegas suara itu berkata. Kemudian, dia mencempung lembut tubuh kecil itu. Dia bangun dan mula menapak ke arah Felicia.

"Kalau ada orang mengadu pasal hal ni, makcik boleh kena saman kerana menganggu ketenteraman. Di sini tempat orang yang tengah sakit. Bukan tempat untuk bergaduh sebab benda yang tak berfaedah." Lantas dia menapak pergi.  Wajahnya  bengis.  Rahangnya  diketap.  

Dia melihat dengan matanya sendiri bagaimana menggigilnya gadis ini apabila kedua wanita itu saling bertengkar. Dia melihat bagaimana keadaan gadis itu.

Takut. Sakit. Trauma.

Dan dia bencikannya. Kerana dia juga turut berasa sakit melihat keadaan gadisnya.

Jika tiada undang-undang, sudah lama dia mengerjakan wanita-wanita itu. Lihat, Orkidnya sekarang.

Lemah!  

Dia tunduk seketika sambil kaki melangkah laju mengekori adik kembarnya.

"Orkid..."

"I finally met you."

Bibirnya mengukir senyuman senget.

"Mine..."

FAWWAZ meletakkan badan Hana dengan lembut di atas katil. Felicia pula sedang memeriksa keadaan Hana. Dia mengeluh.

"She's fine because she's strong."

Fawwaz mengeluarkan telefon jenama Iphone 14 itu dan mula menghubungi seseorang.

"Cari maklumat tentang Orkid Ryhana binti Raihan." Latar suara itu memberi arahan sebaik sahaja panggilannya disambung.

"Petang ni." Kemudian, dia mematikan panggilan.

Felicia pandang wajah kembarnya.

"Selama ni, aku diam dan tahan diri aku untuk stalk Orkid. After what happened just now, I can't hold myself to know everything about her. Her past." Felicia diam. Tidak boleh membantah atau membangkang.

Jika A yang dikatakan oleh Fawwaz, maka A yang akan dilakukannya.

Dan sekarang, Fawwaz kelihatan seperti seorang pyscho.

Dia kembali merenung sekujur tubuh lemah itu. Felicia ketap bibir menahan rasa.

"Jaga mata. Dia perempuan. Bertutup. Ini dah jadi seksual. Tenung dia macam nak telan," tegur Felicia. Fawwaz diam dan mengalihkan pandangan.

Sebelas tahun tidak melihat wajah cantik itu. Hari ini, hilang kawalan pula.

"Bagitahu ibu, anak jantan dia gatal!"

Fawwaz menghadiahkan jelingan tajam kepada Felicia.

"Balik office lah. Aku jaga dia. Apa-apa aku update lah," kata Felicia. Tadi, Fawwaz ada mengatakan bahawa dia perlu masuk ke office untuk menyambung kerjanya.

Fawwaz geleng. "Aku stay, sampai dia sedar."

Felicia diam. Tahu bahawa kembarnya benar-benar maksudkan kata-katanya. Kemudian, dia menarik kerusi merapati katil gadis itu. Dia duduk dan menggenggam tangan itu.

"May Allah heal you," gumamnya.

Orkid Ryhana, gadis yang terlihat kuat diluar namun hancur sehancurnya di dalam.

[6 November 2023] 

To be continue...

+ Maaf lambat. Saya sibuk untuk beberapa bulan ni.

Continue Reading

You'll Also Like

78.5K 11.6K 15
Nadiah | Faisel Saat Nadiah dikhianati kekasih dan teman baiknya sendiri, ada lelaki yang menemaninya. Nadiah tidak tahu lelaki itu siapa dan bagaima...
40.6K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
158K 9.8K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
159K 5.4K 66
Ivy Adelia. Anak tunggal kepada Dato Aqhar Qayyed dan Datin Inara Alisa, hidupnya bagaikan tuan puteri semua apa yang dia mahu pasti ditunaikan. Ibu...