The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

202K 6.2K 286

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 40

2.8K 88 4
By lemonellow

IPD Cheras

"So dorang berdua dah kahwin rupanya. Patutlah bercuti bersama di Bali..." ujar Inspektor Haris sendirian. Dia sudah selesai menonton live yang disiarkan di akaun instagram milik Tengku Zarif. Jarang dia mahu menyibuk tentang hal orang lain. 

"Tuan." panggil Inspektor Nuha dari muka pintu bilik pejabatnya.

Inspektor Haris jongket kening. 

"Setiausaha Tengku Zarif call, Tengku Zarif minta untuk jumpa dengan Tuan hari ni juga."

Inspektor Haris tuding jari pada diri sendiri. "Saya?"

"Ya tuan."

"Suruh dia datang jumpa sekarang. Lepas lunch saya ada hal." 

"Baik Tuan."

Inspektor Haris mengerut kening, entah kenapa pewaris Astana itu mahu berjumpa dengannya. Baru sahaja lelaki itu menamatkan live di instagram tadi. 

............................................

"Tengku Zarif." panggil Inspektor Haris seraya menghulur tangannya untuk berjabat dengan lelaki bersuit hitam itu.

Tengku Zarif memicing mata memandang ke arah Inspektor polis itu. Tangan turut dihulur untuk membalas. 

Kemas dan penuh aura kedinginan. Tengku Zarif ingat lagi lelaki ini. Dia yang mencempung tubuh Mikayla ke ambulans sewaktu hari Mikayla diserang sawan. 

Inspektor Haris berdehem perlahan untuk mengurangkan ketegangan.

"Saya Inspektor Haris, ketua team siasatan jenayah untuk kes bunuh Ailin. Saya dapat tahu dari anak buah saya yang Tengku nak berjumpa dengan saya. Boleh saya tahu untuk apa tu yer?" soal Inspektor haris.

"Aku nak pihak polis buat press conference untuk sebarkan pasal kes ni dekat umum." dingin sahaja suara Tengku Zarif.

Inspektor Haris terkejut mendengar usul dari Tengku Zarif.

"What? NO! Saya minta maaf Tengku tapi saya tak setuju dengan cadangan Tengku. Perkara itu akan membuatkan kesukaran di pihak kami untuk menyiasat." kata Inspektor Haris. Dia sudah mula geram dengan lelaki di hadapannya itu. Sesuka hati mahu mengarah dia.

"Aku ni bukan datang nak bagi cadangan, Inspektor! Kalau ikutkan gila aku, aku dah amuk satu balai ni! Disebabkan pihak polis lembap sangat, kau tengok apa jadi dekat isteri aku! Sampai bila isteri aku nak hadap kena kecam kena caci sebab pihak polis tak umumkan yang isteri aku sebenarnya dah digugurkan dari senarai suspek?!" pekik Zarif geram.

Inspektor Haris menghela nafas.

"Tengku, bukan kami taknak umumkan lagi, kami masih lagi tunggu kalau ada bukti baru--"

"Lambat! Isteri aku tu ada sejarah depresi, kau nak suruh aku saman pihak polis dulu ke baru kau orang nak buat kerja?!!! Aku belum persoalkan lagi tentang apa yang jadi dalam bilik soal siasat sampai Mikayla boleh kena serangan sawan. Kau jangan bagi aku start!" garang suara Zarif menerpa gegendang telinga Inspektor Haris. 

Nasib baik ketika itu mereka di dalam bilik pejabat Inspektor Haris. Tak adalah percakapan mereka itu didengari orang di luar walaupun dia dapat mengagak anak anak buahnya pasti sudah terdengar pekikan Tengku Zarif dari luar bilik.

"I'm not suggesting Inspektor, I'm commanding you!" ujar Zarif keras sambil menuding tajam ke arah Inspektor Haris.

"If not, kau orang takkan dapat jumpa Mikayla. Aku tak akan benarkan isteri aku untuk bagi apa apa keterangan mahupun berkerjasama dengan pihak polis. Kalau kau nak maklumat dari wife aku, kau orang kena protect dia! I will not accept other choices. Take it or leave it!" 

Inspektor Haris kelu terdiam. Dia rasa kerdil apabila berhadapan dengan lelaki itu. Tengku Zarif memang punya aura dingin yang membuatkan orang lain terpaksa menyerah kalah tanpa bertanding. Dia juga garang dan cerdik kalau berhadapan dengan manusia. Datanglah mana mana yang berpangkat besar atau kaya raya sekalipun dia tidak gentar. Tapi kalau dengan lelaki di depannya ini, dia rasa kalah, tak tahu kenapa.

"Saya tak boleh janji, tapi saya akan usulkan pada pihak atasan. Saya sebenarnya turut simpati dengan apa yang jadi ke atas isteri Tengku. Saya akan cuba perbetulkan keadaan secepat mungkin." kata Inspektor Haris.

"Good, brief me directly for any news." ujar Zarif seraya meletakkan kad korporat miliknya ke meja. 

Inspektor Haris mengambil kad dimeja sambil matanya memerhatikan langkah Tengku Zarif keluar dari bilik pejabatnya.

Satu lagi keluhan terlepas.

"Tuan? Tengku Zarif nak apa?" tanya Inspektor Nuha dengan nada risau. Dia dengar tadi pekikan dari Tengku Zarif.

"Dia nak kita umumkan pada orang ramai yang wife dia dah digugurkan dari senarai suspek. Kalau tak dia tak akan benarkan Mikayla berkerjasama dengan kita." ujar Inspektor Haris dengan nada serius.

"Jadi macam mana tuan? Perlu ke kita umumkan? Kena buat press con? Kalau perkara tu akan kacau siasatan kita nanti macam mana?"

"Saya akan jumpa pihak atasan dulu. Kita tengok macam mana. Saya rasa kita tak perlu dedahkan semua hasil siasatan. Mungkin kita boleh kaburkan mata media. Kita umumkan sahaja tentang pengguguran nama Mikayla dari senarai suspek dan kita kena juga umumkan pasal kandungan Ailin. Lagipun bapa janin tu dah dijumpai." ujar Inspektor Haris panjang lebar. Otaknya masih ligat berfikir.

..........................................

Tengku Zarif terus pulang ke rumah selepas kembali dari balai polis. Isterinya masih tidur sewaktu dia pulang. Usai mandi, dia turut merebahkan pada di sebelah Mikayla. Tubuh membahang Mikayla dipeluk longgar. Mamanya memberitahu Mikayla sudah makan ubat dan makan tengahari tadi. Tapi sedikit sahaja isterinya itu makan.

Zarif tidur sekejap sahaja sebelum terjaga. Dia bangun untuk menggantikan kain basahan di yang diletakkan di dahi Mikayla. Kering kain itu dek kerana haba tubuh isterinya. Selepas solat Asar, Zarif keluar dari bilik. Dia ada benda yang perlu dibincangkan dengan babahnya.

Kembalinya dia dari berbual dengan Tengku Zaid dilihatnya Mikayla masih tidur. Lama Mikayla tidur. 

Zarif solat Maghrib sendirian. Dia tak mengejutkan Mikayla. Mikayla nampak terlalu lemah. Dia biarkan isterinya itu tidur. Usai solat dia bangun melangkah ke sisi katil. Dilabuhkan duduk di tepi isterinya.

"Kenapa sayang abang demam lagi ni..." ujar Zarif perlahan sambil mengucup mesra dahi Mikayla yang masih belum surut bahangnya.

"Urmm..." 

"Esok pagi kita pergi klinik yer sayang?"

Mikayla menggeleng laju walau tubuhnya masih lemah. Dia tak suka pergi hospital, klinik atau seangkatan dengannya. 

"Sayang, abang risau ni. Suhu tubuh sayang tak turun turun. Kita pergi sekejap jer." pujuk Zarif. Dielus lembut pipi Mikayla yang kemerahan effect dari demam panas.

"Mika dah makan ubat dah abang... Esok okay lah ni..." matanya berkelip kelip basah. Dia kalau demam memang begitu. Matanya mudah berair. 

"Mika tak sakit tekak?" 

"Tak abang. Sebabtu Mika cakap demam ni tak teruk pun." Mikayla kalau demam yang teruk, dia akan dapat pakej sakit tekak dan selsema. Tapi kalini dia hanya demam dan pening kepala. Cumanya perutnya sedikit kembung tapi dia diamkan untuk tak membuatkan suaminya risau.

"Tak teruk apa sampai lemah macam ni sayang... Abang risau lah. Mika dah makan ke sayang?" 

"Dah, tadi petang waktu abang tak ada dekat bilik, mama dengan Fafa kejutkan Mika untuk makan bubur yang mama buatkan. Abang... Mika teringin nak tembikai abang..." pinta Mikayla. Tekaknya terasa mahukan tembikai yang sejuk saat ini. 

"Sayang nak tembikai?" 

Mikayla mengangguk.

Zarif bangun dari duduknya. "Kejap abang pergi tengok dekat bawah ada ke tak..." 

Zarif turun ke dapur untuk bertanya pembantu rumahnya. 

"Zaf nak apa?" tanya Puan Sri Sharifah yang baru naik dari bawah.

"Ma, rumah kita ada tembikai ke?" tanya Zarif.

Puan Sri Sharifah mengerut dahi. 

"Mana ada orang makan tembikai dekat rumah kita ni Zaf." ujar Puan Sri Sharifah. Dia dan keluarganya memang jarang makan buah itu. Anak-anaknya lebih suka buah buahan import sepeti anggur, epal dan oren. Suaminya pula jarang makan buah.

Zarif mengeluh.

"Kenapa Zaf, siapa yang nak makan?"

"Mika nak tembikai..." ujar Zarif.

"Laaa, Zaf pergilah beli. Dekat supermarket banyak. Cepat sebelum kedai tutup." gesa Puan Sri Sharifah.

"Iyelah, Zaf pergi beli jer lah kan." kata Zarif sebelum menukar langkah untuk kembali ke bilik.

"Ada ke abang?" tanya Mikayla yang masih berbaring.

"Tak ada sayang, abang pergi beli kejap. Sayang tunggu tau." kata Zarif sambil mencapai dompet dan kunci kereta.

.................................................

Zarif kembali ke bilik dengan membawa sepinggan tembikai yang sudah dipotong berbentuk segitiga. Dia minta tolong mamanya potongkan.

Langkah kaki dibawa ke katil. Pinggan dia letak di meja sisi. Wajah Mikayla yang sedang tidur dipandang. Tubir mata isterinya itu basah.

"Sayang..." seru Zarif lembut. Jari dibawa untuk mengesat air mata di mata isterinya. Suam.

Mikayla mencelikkan matanya apabila terasa ada tangan sejuk mengusap kelopak mata dan pipinya

"Abang dah balik?"

"Sayang, tubuh sayang panas sangat ni. Sampai mengalir air mata ni sebab badan sayang panas sangat..." ujar Zarif perlahan sambil setia mengesat air mata yang tak berhenti keluar. Dia tahu isterinya tak menangis. Air mata itu keluar untuk menyeimbangkan suhu haba badan.

"Tembikai ada tak abang?" tanya Mikayla.

"Ada, ni sayang, abang dah minta mama potongkan. Sayang nak makan sekarang?" tanya Zarif sambil menyuakan satu potong tembikai ke mulut Mikayla.

Mikayla menggigit sedikit tembikai yang disuakan namun kemudian kepalanya digeleng.

"Kenapa sayang?" soal Zarif pelik. Tadi isterinya nak sangat tembikai.

"Tak sejuk..." omel Mikayla.

"Lah... abang tak tahu sayang nak yang sejuk. Abang baru beli ni, tak sempat masuk peti sejuk lagi. Makan dulu yang ni boleh? Nanti esok kita makan yang sejuk. Tadi bibik dah simpan baki dalam peti sejuk." pujuk Zarif.

Mikayla menggeleng lagi. "Taknak, Mika nak yang sejuk..."

Zarif mengeluh perlahan.

"Okay sayang tidur dulu kejap, abang pergi letak dalam freezer. Nanti abang bawakan yang sejuk. Boleh sayang?" 

Mikayla mengangguk seraya kembali memejamkan mata.

.......................................

Restaurant Viva Valencio

"I tak sangka Mikayla tu yang jadi isteri Zarif." ujar Inara perlahan. Diperhatikan riak wajah kawan baiknya yang sedang menyisip jus oren menggunakan straw.

Mereka ketika itu berada di ruangan VIP dia sebuah restoran mewah. 

"Ya babe, I pun tak sangka that bitch yang rampas Zarif you. I thought dorang gaduh kan?" kata Harisa pula.

Liyana mendengus geram kerana dia turut berfikir hal yang sama. 

"That's why lah your Zarif buat wedding senyap senyap. Bini kena label pembunuh takut lah tu bini kena kecam." bebel Inara.

"Abang Zarif tu tak ada taste ke babe? Perempuan macam si Mikayla tu juga yang dia pilih." sampuk Harisa. Sengaja mengapikan keadaan. Dah lama dia tak rasa vibe itu. Terasa rindu dengan zaman sekolah. Zaman di mana mereka bebas berkuasa. Sekarang sejak menjadi flight attendant dia terpaksa menunduk kepada orang ramai. Dia benci.

"I pun memang tak pernah nampak dia dengan Zarif selama ni. Kan you guys jugak nampak how cold the tension between them waktu dinner tahun lepas." ujar Liyana sebal.

"Yes, we all memang nampak haritu. Tapi how come tiba tiba kahwin?" soal Inara.

"Takkan you nak biarkan jer babe? Where's our old bad bitch Tengku Liyana? Come on! I ni pun dah lama tak kenakan orang. Sangap sis." seloroh Harisa gedik.

"Nonsense lah aku akan biarkan jer perempuan tu. Tengku Liyana tak akan pernah kalah. Setakat pelakon cabuk gitu, mudah jer aku nak musnahkan. Lagi bagus sekarang orang tengah kecam dia. Walaupun aku tak rasa perempuan noob tu boleh jadi pembunuh but I can make her framed as a killer." ujar Tengku Liyana sinis.

"Ingat, kitorang nak join sekali. Lama dah tak I tak jumpa our sweet stupid girl tu." tambah Inara. Dia turut teruja.

Tengku Liyana sudah tersenyum sinis. Dalam kepala ligat menyusun rancangan. 

............................................

Bilik Seminar IPD Cheras

Inspektor Haris berdiri di hadapan podium kecil yang dikhaskan bagi tujuan press conference ini. Di depannya kini penuh dengan wartawan serta jurugambar dari pelbagai agensi. Dia sudah memaklumkan tentang usulan dari Tengku Zarif kepada pihak atasan dan mereka juga sudah membenarkan. Mungkin pihak atasan juga takut dengan pihak Astana.

"Saya akan mulakan sesi perbentangan kes sekarang." ujarnya pada mic di hadapan.

"Setakat sekarang, kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Pihak polis juga sudah melalukan beberapa siasatan dan menahan beberapa suspek bagi membantu siasatan. Seperti yang semua tahu, kami pernah memanggil cik Kayla untuk membantu siasatan kerana cik Kayla adalah orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa sebelum mangsa dibunuh. Namun, hasil dari keterangan yang diberikan dan beberapa bukti yang kami kutip, jelas menunjukkan cik Kayla tidak terlibat dalam pembunuhan itu.

Riuh rendah suara wartawan bertanyakan soalan selepas mendengar kata-kata Inspektor Haris itu.

"Boleh kami tahu bukti apa yang ada yang menyebabkan cik Kayla terlepas dari menjadi suspek?"

"Pihak polis betul betul yakin ke yang Kayla memang tak terlibat?"

"Ada unsur sogok duit ke? Memandangkan Kayla adalah isteri dan menantu dari keluarga berpengaruh?"

"Pihak polis sudah menggeledah rumah dan kereta milik Kayla dan tidak menemui apa apa kesan mencurigakan. Bukti paling jelas adalah rakaman dashboard cam yang terpasang pada kereta milik cik Kayla. Dalam rakaman itu jelas menunjukkan cik Kayla keluar lebih awal dari rumah mangsa sebelum mangsa dibunuh sekitar jam 3-4 pagi."

Inspektor Haris menarik nafas sedikit sebelum menyambung.

"Dalam rakaman video itu turut terakam suara mangsa dimana membuktikan mangsa masih hidup sewaktu ditinggalkan oleh cik Kayla. Dari rakaman itu juga kami dapat membuktikan alibi cik Kayla. Dia berada di tempat lain sepanjang pukul 3 pagi hingga 11 pagi pada hari kejadian, 1 Januari lalu."

"Jadi, selepas menilik bukti bukti serta keterangan yang diambil dari cik Kayla, pihak polis bersepakat untuk menggugurkan dia dari senarai suspek. Tiada sebarang faktor luar yang membantu sebaliknya kami hanya fokus kepada bukti yang kami dapat. Setakat ini, cik Kayla terbukti tidak bersalah. Cuma kami akan terus cari bukti dan saksi lain."

Berpusu pusu wartawan mengangkat tangan untuk bertanyakan soalan. Inspektor Haris memilih seorang wartawan dari sudut kirinya.

"Jadi pihak polis tahu ke apa yang dibualkan oleh Ailin dan Kayla pada malam kejadian. Sebab kalau dilihat dari rakaman video yang tersebar, nampak teruk juga mereka bergaduh. Adakah pihak polis benar benar pasti yang Kayla tak terlibat? Mungkin ada rakan subahat?" soal wartawan itu.

"Saya menafikan wujudnya rakan subahat kepada Kayla kerana memang tiada bukti. Tapi memang wujud orang ketiga dalam kes ini. Dan orang itu jelas bukan berpihak kepada cik Kayla." ujar Inspektor Haris pendek.

Semua wartawan berpandangan sesama sendiri.

"Apa maksud Inspektor?"

Inspektor Haris tersenyum.

"Video rakaman pergaduhan itu dirakam di rumah mangsa. Bukankah pelik kalau video itu dirakam oleh rakan subahat cik Kayla? Kalau betul dia rakan subahat cik Kayla, kenapa dia mahu sebarkan rakaman tersebut. Dan tak pelik ke macam mana rakan subahat cik Kayla boleh merakam tanpa kesedaran sesiapa. Cik Kayla dalam video rakaman itu kelihatan seperti tak tahu menahu tentang itu. Kalau tak, takkan dia akan bertindak begitu di depan kamera."

Wartawan wartawan itu seperti sedang berfikir. Ramai sudah mula menaip sesuatu di laptop masing masing.

"Jadi pihak polis ada bukti dan suspek baru ke?" 

"Buat masa ni kami fokus menyiasat dulu. Kami ada suspek baru tapi kami mahu rahsiakan dulu perkaitan suspek dari orang ramai. Ini supaya tidak berlaku campur tangan mana mana pihak dan kami taknak penyiasata kami terganggu."

"Dato' Borhan ke maksud Inspektor? Kenapa Dato' Borhan dipanggil untuk memberi keterangan? Apa kaitan Dato' Borhan dengan mangsa?"

"Saya tak dapat nak ulas lanjut tentang isu itu."

Beberapa lagi persoalan diterima oleh Inspektor Haris sebelum dia mengakhiri press conference pada hari itu. Sebelum menamatkan ucapan, dia sempat menyelitkan amaran keras.

"Pihak polis turut ingin memberikan amaran supaya tiada mana mana pihak cuba mengganggu siasatan polis dengan menyebarkan kenyataan atau bukti palsu. Tindakan keras akan diambil jika pihak itu masih berdegil. Tolong jangan menambahkan masalah. Bagi pihak polis yang buat kerja kami!" ujarnya keras sebelum turun dari podium.

...............................................

TBC




Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejΓ‘ vu. Setiap kali...
132K 6.1K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
222K 7.5K 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zay...
4.6K 272 35
[KARYA KEEMPAT] [COMPLETE] [ ROMANCE] ~~~~~ "π‘Ύπ’‚π’‰π’‚π’Š π’‚π’…π’Šπ’“π’‚π’•π’π’‚, π’”π’Šπ’π’‚π’“ π’“π’π’Žπ’‚π’π’Žπ’– π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’–π’‚π’•π’Œπ’‚π’ π’”π’Šπ’‚π’‘π’‚ 𝒔𝒂𝒋𝒂 π’šπ’‚π’π’ˆ...