The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 39

2.6K 76 2
By lemonellow

"Mika macam mana Zaf?" Tanya Puan Sri Sharifah apabila Zarif keluar dari bilik.

"Mika tengah tidur ma. Harapnya lepas bangun nanti dia okaylah." keluh Zarif perlahan.

Sebaik sahaja mereka tiba di rumah dari KLIA tadi, dia terus membawa isterinya ke bilik. Mikayla nampak lesu dan keletihan jadi dia biarkan isterinya tidur dulu untuk seketika. Sekejap lagi masuk maghrib dia akan kejutkan isterinya itu. 

"Siapa agaknya yang hebohkan pasal kamu akan landing di KLIA tadi tu..." ujar Tengku Zaid pula dengan nada serius. Dia pelik kerana tiba tiba sahaja ada wartawan yang menunggu di KLIA sedangkan tiada siapa tahu anak anak menantunya bercuti di Bali.

"Ada orang tengah cari pasal dengan keluarga kita ni bah. Zaf rasa kita tak boleh biarkan benda ni. Ada orang dendam dengan Mika."

"Pihak polis pun dah lepaskan Mika sebab tak ada bukti nak kaitkan Mika dengan kes bunuh Ailin tu tapi ada orang sengaja nak buat orang ramai tuduh Mika dengan sebarkan video video tu." sampuk Zuhail yang turut ada di situ.

"Pihak polis belum umumkan tentang pengguguran Mika dari senarai suspek utama. Itu yang menyebabkan orang ramai masih fikir Mika kemungkinan dalang kepada pembunuhan..." keluh Zarif juga.

"Kamu tak rasa ke ni kerja orang dalam? Orang yang ada disekeliling Mika?" tanya Puan Sri Sharifah pula. Video di backstage Anugerah Bintang Popular dan video di rumah Ailin pada malam kejadian tu nampak pelik. Macam ada orang yang dah plan semua tu.

"Babah pun rasa orang yang sebarkan video video tu semua ada kaitan dengan pembunuhan Ailin..." ujar Tengku Zaid.

"Zaf akan start siasat pasal hal ni. Mika dah cerita dekat kami semua pasal kejadian malam tu. Kalau tengok dari video yang tersebar tu, ada orang lain dalam rumah Ailin. Siapapun orang tu, dia tahu semua yang jadi dari awal sampai akhir. Tukang sebar tu kunci kes ni. Zaf akan cari dia sampai lubang cacing!" dingin suara Tengku Zarif. Kemarahan di dalam diri belum padam. 

"Kamu pun hati hati Zaf, jangan tergopoh gopoh. Ingat yang priority utama keluarga kita adalah keselamatan, bukan balas dendam." ujar Puan Sri Sharifah.

Tengku Zaid mengangguk bersetuju dengan kata kata isterinya. Ditepuk lembut bahu anaknya itu.

.........................................

Mikayla terjaga apabila terasa tidak sedap badan. Tubuhnya sedikit kesejukan. Dia bangun melihat sekeliling. Suasana sedikit gelap gara gara langsir yang ditarik menutupi keseluruhan balkoni. Dia mencari telefon bimbitnya. Sekejap sangat dia terlelap tadi. Dia tiba tiba tak dapat nyenyak dengan situasi begini.

Kalau dulu, pantang ada masalah, dia akan mencari kebebasan dengan tidur. Tapi kini tak lagi, dia ada suami dia sebagai penguat semangat.

Mata meliar memerhatikan keberadaan Zarif. Sedikit lega kerana suaminya itu tiada di bilik.

Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada tepi bantal lalu dia membuka social media untuk memeriksa keadaan sekarang. Banyak berita keluar dengan muka Zarif diletakkan sebagai gambar berita.

Banyak headline berita online dan tabloid yang bercerita perihal dia yang dikatakan bercuti berdua di Bali dengan Zarif. Banyak yang mencerca gara-gara itu. Ramai yang mengatakan dia tak menghormati si mati dan macam macam lagi.

Mikayla mengeluh perlahan. 

Teringat tentang kata-kata Zarif ketika di Bali. Ada orang yang berdendam dengan dia. Tapi siapa? Kenapa berdendam sampai membunuh orang lain. Orang tu nak apa dengan dia? Dia rasa dia langsung tak ada kacau sesiapa. Yang lagi pelik, kenapa sekarang? Kenapa bukan dari awal?

"Sayang!"

Kaget Mikayla mendengar suara itu. Dia berpusing melihat Zarif sudah menerpa ke arahnya. 

"Kenapa tak tidur? Kenapa main telefon ni sayang?" ujar Zarif risau lalu ditarik telefon yang sedang dipegang isterinya. Terpapar di skrin berita gossip dari sebuah tabloid tentang percutian mereka berdua di Bali.

"Mika...kenapa Mika baca?" ujar Zarif seraya melepaskan keluhan. Dipandang wajah Mikayla.

"Mika okay jer lah abang. Abang jangan lah risau sangat. Setakat komen komen negatif macam tu, Mika dah selalu sangat dapat abang...tak jadi kudis pun untuk Mika."

"No, Mika okay ke atau tak okay ke, abang tak izinkan Mika baca berita berita sampah tu." ujar Zarif tegas.

"Stop trying to be okay when you are not, sayang. Sayang tak sedar tapi abang ni yang nampak betapa hati dan jiwa sayang tu dah berkudis kudis dengan luka luka lama."

"Dulu abang tak tahu apa yang jadi dekat Mika, tapi sekarang I admit that I really hate seeing other people doing this to you. They act like you owe them something sayang, and I'm really pissed off right now!" ujar Zarif dingin. Bukan ditujukan kepada Mikayla tapi untuk manusia manusia yang sudah menyakitkan hati isterinya.

Mikayla pandang wajah Zarif. Dia taknak Zarif marah marah. Wajah Zarif ditatap, dan Zarif turut memandang ke arahnya. Redup sahaja renungan suaminya itu untuknya.

"Abang tahu isteri abang ni nak cuba jadi kuat, but please, sayang dah ada abang sekarang. Let me be your strong backup. Biar abang yang jadi kuat untuk sayang. You have had enough my love. Stop hadap semua sorang sorang."

"If you are not okay then tell me that you are not okay. Don't need to pretend to be okay with me, sayang. I will always be here with you whenever you strong or you are weak. I will always love you in whatever condition you are." ujar Zarif lembut. Ditatap wajah isterinya itu penuh kasih.

Badan isterinya yang terkelu kata itu ditarik merapat ke dalam pelukan. Sekejap sahaja sebelum terdengar esakan perlahan memenuhi ruang bilik yang sunyi dan gelap itu.

"Thank you sebab ada dengan Mika sekarang ni abang..." ujar Mikayla perlahan dalam esakan yang tak tertahan.

........................................

"BITCHHHHH!!!!!!" Tengku Liyana menjerit kuat sambil menyelerakkan barangan di meja soleknya. Dia baru sahaja melihat headline headline gossip yang di share oleh netizen di twitter dan facebook. Berapi hatinya ketika itu gara gara membaca berita mengenai keriuhan yang berlaku di KLIA petang tadi.

"MIKAYLA!!!" jeritnya geram. Tengku Liyana langsung tidak sedar, perempuan yang dibencinya sejak sekolah menengah itu rupanya masih menjadi saingannya. Dia sangkakan dia telah berjaya menyingkirkan Mikayla dari kehidupan Tengku Zarif. Dia sangkakan Tengku Zarif sudah membenci perempuan itu.

"Sejak bila dorang berbaik balik ni? Sampai boleh pergi bercuti di Bali bersama?" dia berdiri mundar mandir di bilik dengan rambut yang berserabut. Kepala dia tak berhenti memikirkan sebarang petunjuk tentang hubungan Zarif dan Mikayla. Seingatnya kali terakhir dia nampak Mikayla dan Zarif bersua muka adalah waktu dinner Astana tahun lepas dan ketika itu dia memang sudah memastikan hubungan dua manusia itu masih lagi retak.

Dengan kemunculan Ailin di sisi Zarif, dia sangkakan Zarif sudah benar benar melupakan Mikayla! Jadi dia fikir dia akan ada peluang besar untuk bersama dengan sepupunya itu. Ailin bukan siapa siapa baginya. Kalau Mikayla pun dia berjaya singkirkan, Ailin itu hanya perlu petik jari sahaja. Dan kerana itulah dia tak mengganggu langsung hubungan Zarif dengan Ailin kerana dia pasti benar hubungan itu tak akan kekal. 

Tengku Liyana bercekak pinggang dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya dibawa memicit dahi. Fikir Yana fikir!

"FUCK! Jangan cakap the one yang abang Zaf kahwin haritu adalah dengan si stupid Mikayla tu?!!!" otaknya yang tadi ligat berpusing sekarang bagaikan tershut down sendiri. Dia terduduk di lantai bilik yang beralaskan karpet gebu putih itu dengan mata dan mulut yang ternganga luas.

"FUCK! FUCK! FUCK!!!"

Berterabur carutan keluar dari mulutnya. Dia bagaikan sudah dapat mengagak apa sebenarnya yang terjadi. Perkhahwinan Zarif dan Mikayla kemungkinannya dirahsiakan kerana pengantin perempuan itu adalah Mikayla! Dia terlupa tentang keakraban perempuan itu dengan keluarga Tengku Zaid!

"BULSHITTTTTT!!!!!!" bergema kembali jeritannya apabila memikirkan hakikat itu.

Tengku Liyana memberontak hebat dengan kakinya menghentak karpet dengan kuat. Habis berselerak karpet itu dengan tindakan kurang waras Liyana ketika itu. 

Sakit jiwanya memikirkan macam mana cara lagi untuk dia singkirkan Mikayla dari menjadi saingannya.

"Mikayla patut mati!"

......................................

Zarif terjaga apabila terdengar bunyi alarm. Sudah masuk Subuh. Dia mengerling ke arah Mikayla. Isterinya itu masih lena disisi. Dia tak dapat tidur lena semalam gara gara Mikayla yang kerap kali meracau dalam tidur.

"Sayang, bangun Subuh dulu sayang..." bisik Zarif lembut. Tangannya dibawa untuk mengusap pipi si isteri.

Terpempan dia seketika. Laju laju dia menjamah dahi Mikayla.

Tubuh isterinya itu membahang.

"Mika!" panggilnya kuat seraya menyelak comforter yang menyelimuti tubuh isterinya itu.

"Abang, Mika sejuk..." ujar Mikayla perlahan sambil menarik semula comforter yang ditarik Zarif tadi.

"Sayang, awak demam ni..." ujar Zarif sambil kedua dua belah tangannya dibawa menjamah dahi dan leher Mikayla sekali lagi.

"Hmmm, patutlah Mika rasa pening ni...dah subuh ke abang?" soal Mikayla lemah.

"Larat ke sayang nak solat ni?" 

"Larat abang. Abang tolong Mika bangun kejap."

Zarif bangun dari katil dan melangkah ke sisi Mikayla. Dicempung tubuh lemah isterinya sebelum di bawa ke bilik air. 

Apabila mereka berdua di dalam bilik air barulah dia dapat lihat dengan jelas wajah pucat isterinya itu. Mikayla menolak Zarif menjauh sedikit setelah dia berjaya menstabilkan diri di depan pili air. 

Zarif berundur dan memerhatikan sahaja Mikayla yang sedang mengambil wuduk. Lemah sungguh isterinya ketika itu. Kalau dia boleh tolong ambilkan wuduk untuk isterinya, memang dia akan buat.

Selesai Mikayla mengambil wuduk dia berpusing mahu melangkah, terhuyung hayang dia berjalan melawan rasa pening di kepala. 

"Abang jangan sentuh Mika, Mika dah ada wuduk ni abang..." ujar Mika perlahan apabila dilihatnya Zarif seperti berjaga jaga untuk menyambutnya.

"Okay sayang, abang takut Mika jatuh jer sayang. Jalan perlahan lahan sayang..." kata Zarif lembut sambil mengikut langkah Mikayla.

"Sayang duduk dulu dekat katil, abang pergi ambil telekung sayang." 

Mikayla duduk di katil seperti yang diarah Zarif.

Zarif menyerahkan telekung solat untuk isterinya. "Sayang tunggu abang kejap." katanya sebelum melangkah ke bilik air untuk berwuduk. Usai itu mereka berjemaah bersama sama dengan muka Mikayla yang masih menahan perit pening di kepala.

Selesai memberi salam, Mikayla merangkak mendekati Zarif yang berada di hadapannya. Zarif cepat cepat berpusing dan menyambut tubuh Mikayla yang sudah naik ke ribanya. Dipeluk kemas tubuh lemah Mikayla yang sudah merangkul lehernya erat. Mikayla menyembamkan mukanya  ke dada Zarif.

"Abang pergi office ke harini?" soal Mikayla dengan suara serak.

Dahi Mikayla dicium sekilas. Masi berbahang tubuh Mikayla. "Ya sayang, abang masuk office kejap, mungkin lepas lunch abang terus balik rumah. Sayang rehat jer tau dekat rumah. Tunggu abang balik. Abang akan cuba balik awal harini untuk temankan sayang."

Mikayla tersenyum nipis mendengar kata-kata Zarif.

"Janji dengan abang, jangan baca apa apa berita dan komen tentang sayang tu. Let me handle everything for you. Sayang rehat jer harini tau." 

"Hmmm..." hanya itu balasan yang keluar dari mulut Mikayla. Matanya sudah terpejam. Terasa selesa dalam ribaan suaminya. 

...................................

Zarif terus ke HQ Astana Group selepas memastikan Mikayla bersarapan dan makan ubat. Dia perlu bersiap untuk melakukan live streaming di akaun instagram miliknya. Sudah dikhabarkan kepada Lilian semalam supaya bersedia dengan team social media interaction untuk live hari itu. Dia perlu hentikan semua gossip gossip buruk tentang Mikayla.

Sampai di pejabatnya, Lilian sudah siap sedia menyambutnya dan memberitahu yang team mereka sudah selesai membuat persiapan di ruangan press conference. Zarif mengangguk sahaja sambil kakinya dibawa melangkah ke bilik tersebut. Dilihat staf staf yang berkaitan sudah mengambil tempat masing masing.

Tengku Zarif melangkah mengambil tempat di hadapan kamera bersama beberapa lagi peralatan rakaman yang sudah di set up elok oleh team yang bertanggungjawab. Dia menarik nafas panjang seketika lalu memberi isyarat yang dia sudah bersedia kepada PD yang bertugas pagi itu.

"Assalamualaikum and good morning, everyone. Live ini tak panjang kerana saya hanya mahu mencuri masa anda semua seketika untuk memberi pencerahan tentang isu isu yang liar diperkatakan sejak semalam. First of all, let me introduce myself, Saya Tengku Zarif bin Tengku Zaid, COO of Astana Group."

Zarif merenung skrin di hadapannya dengan wajah serius sebelum menyambung.

"Before that, I would like to inform that I will not receive any question or reply so the commenting option already been off." 

"Tujuan saya membuat live di akaun saya ini adalah kerana isu semalam di mana wartawan wartawan media telah membuat kecoh dengan menyerbu keluarga saya di lapangan terbang walaupun sebenarnya aktiviti kami semalam adalah merupakan jadual peribadi yang tak ada kaitan dengan kerja."

"I would like to clarify all the things about me bersama pelakon serta selebriti Malaysia, Kayla. Untuk pengetahuan semua, saya dan Kayla adalah suami isteri. Kami sudah pun selamat bernikah pada Januari baru baru ini. Kayla adalah isteri saya yang sah! Alasan untuk kenapa kami merahsiakan pernikahan itu adalah sesuatu yang tak perlu pun saya hebohkan kepada semua. Kami ke Bali adalah untuk bercuti dan kami tak berdua. Percutian kami ke sana turut disertai dua adik saya."

Wajahnya langsung tidak mengukir senyuman ketika berkata kata. Zarif di dalam hati sudah mendongkol geram gara-gara terpaksa bercakap dengan bahasa yang elok demi menjaga nama baik Astana. Kalau diikutkan amarahnya ketika itu, mahu dicarut dan dihambur sahaja segala kata kata kesat untuk pendengaran semua netizen yang bermulut puaka itu. Tiada guna langsung untuk bercakap baik baik begini.

"Mengenai isu yang kedua tentang hubungan saya dengan arwah Putri Ailin. Kami sebenarnya tidak pernah bertunang seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Semua yang terjadi antara kami berdua sebelum ini adalah kekhilafan saya. Saya akan mengambil tanggungjawab penuh mengenai isu ini kerana saya mengakui kesilapan saya sendiri dengan membiarkan gossip itu terlalu lama tanpa sebarang pengakuan atau penyangkalan."

"Saya juga ingin memperbetulkan tentang tohmahan yang mengatakan Kayla merampas saya dari Ailin, kerana perkara itu adalah sangat tidak benar! Saya sudah mengenali isteri saya Kayla sejak kami kecil lagi dan dia adalah cinta pertama dan insyaAllah cinta terakhir saya. Ingin saya jelaskan di sini sekali lagi, tiada sesiapa di hati saya kecuali isteri saya. Isteri saya Kayla tidak pernah merampas saya dari sesiapa kerana hati saya dari awal memang milik dia seorang. So, stop with all these nonsense about her being a relationship wrecker when she actually not. She is the only one from the start!"

"Mengenai isu tentang kes pembunuhan Ailin yang melibatkan isteri saya, saya tak akan ulas lebih lanjut kerana kes ini masih lagi dibawah siasatan pihak polis. Isteri saya sudah memberi keterangan dan pihak polis telah bersepakat untuk tidak menahan dia atas beberapa bukti yang saya tak dapat kongsikan disini. Cukuplah sekadar semua tahu yang kes ini masih dalam siasatan dan mengenai segala fitnah yang tersebar, saya akan ambil tindakan undang undang."

"Tentang isu video video isteri saya yang tersebar itu saya tak akan ulas panjang. Saya hanya mahu memberi amaran kepada orang yang bertanggungjawab menyebarkan video itu, yang saya tak akan biarkan perkara ini berlalu tanpa sebarang tindakan. I told you yesterday, kalau kau sentuh Kayla, kau sebenarnya sedang lancarkan perang dengan Astana. Beware you asshole! I will hunt you down!!!" 

"My last word is stop messing with my wife!!! Assalamualaikum, bye!" ujar Zarif keras lagi dingin seraya memberi isyarat kepada staf untuk menghentikan live. Dia dah tak kuasa nak bercakap panjang lebar dengan ayat baik baik. Tengku Zarif bukanlah seorang yang penyabar dan lemah lembut. Lagi lagi apabila terjadinya perkara seperti ini.

Setelah memastikan rakaman live itu sudah terhenti, Zarif menyandar di kerusi seraya melonggarkan tali leher yang dipakai. Jari menggamit setiausahanya untuk mendekati.

"Lilian, please make an appointment with the responsible person yang handle kes bunuh Ailin ni. Tell them that I want to meet them ASAP. By ASAP I mean TODAY!" arah Tengku Zarif kepada Lilian. 

....................................

"Bos, plan Bos dah berjaya. He looks like he really in bad mood." Dia tak pernah lagi melihat Tengku Zarif muncul secara volunteer untuk memberi penjelasan sendiri begitu. Biasanya lelaki itu hanya membiarkan orang lain yang berada di hadapan kamera.

"Ya aku tahu. Sebabtu aku buat semua ni. Aku nak naikkan amarah Tengku Zarif. We need people like him." ujar lelaki yang dipanggil Bos itu dengan senyuman sinis terukir di bibir. Dia akan pastikan pewaris Astana itu tidak akan lagi menolak pelawaannya.

TBC



Continue Reading

You'll Also Like

92.5K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
7K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

718K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...