The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 38

2.9K 82 4
By lemonellow

Mikayla yang sedari tadi mendengar perbualan suami dan adik adik iparnya mula melanglah masuk ke bilik itu. Dipandang ke arah mereka yang masih belum menyedari akan kehadirannya.

Tadi dia tidak tidur. Dia sengaja memejamkan mata supaya Zarif tidak risau. 

"Mika sebenarnya dah tahu pasal video yang tersebar tu..." ujarnya perlahan.

Tersentak Zarif, Zulfa dan Zuhail mendengar suara itu. Serentak mereka semua berpaling ke arah Mikayla yang berdiri di pintu.

Zarif sangkakan isterinya itu sudah tidur. 

"Mika?"

"Korang nampak macam risau sangat sampai nak sorok phone aku dengan Fafa so aku buat tak tahu jer lah. Lagipun, aku pun tak nak sebab video tu semua jadi stress dekat sini." luah Mikayla.

"Bila sayang tengok?" tanya Zarif sambil melangkah mendekati Mikayla.

"Malam video tu tersebar lagi. Abang tengah tidur. Zulfa pula baru sahaja nak lelap lepas kitorang berdua habis tengok movie. Idham ada hantar video tu pada Mika."

"Idham?!!!" memetir suara Zarif. 

"Ya Idham memang selalu update dekat Mika. So, Mika dah tengok awal awal lagi..."

"Idham tu kenapa asyik nak contact Mika? Abang tak faham kenapa dia nak menyibuk!"

"Abang, Idham dah terbiasa macam tu. Dulu dulu pun kalau ada gossip atau cerita pasal Mika, memang dia yang akan share dulu. Lagipun dia kan PA Mika. Abang jangan lah marah marah. Itu memang kerja dia, abang..."

"Habistu kenapa kau senyap tak cakap apa apa dekat kitorang?" soal Zuhail pula.

Mikayla mengeluh.

"Macam aku cakap tadi, aku taknak vibe kita dekat sini bertukar jadi tak best. Aku tak nak sebab aku korang asyik terfikir fikir pasal benda tu."

"Sayang..."

"Mika okay jer abang..."

"Aku tengok korang macam risau sangat so aku rasa aku patut bagitahu dekat korang malam ni. Korang mesti risau sebab kita dah nak balik KL esok kan. Tapi terus terang aku cakap aku okay. Cumanya, aku tak nak korang bersangka buruk dengan aku." ujar Mikayla sambil mata memerhatikan Zuhail.

"Mika, kitorang tak pernah sangka buruk pada kau? Video tu bukan penyebab kitorang berkumpul sekarang ni..." sangkal Zuhail laju.

"Ya sayang, abang ajak adik adik abang berbincang cuma kerana satu hal. Abang risaukan keselamatan Mika. Mika tak terfikir ke orang yang sebar ni ada niat tak baik dekat Mika dan Mika perasan tak kalau ada tukang record ni, maksudnya malam tu Mika tak berdua jer dengan Ailin. Ada orang lain yang tahu dan nampak semuanya." terang Zarif.

Mika kaget. Dia diam seketika memikirkan kata kata Zarif. Dia lupa tentang itu. Dia hanya fikir cara untuk membela diri dan bagaimana untuk dia nak terangkan kepada mereka semua yang dia tak bersalah. Dia dah terbiasa di fitnah jadi secara automatik di fikirannya hanya untuk bela diri. Dia taknak orang yang dia sayang berprasangka buruk pasal dia. Dia takut dituduh sebagai pembunuh. Dah dua kali!

Zulfa cepat cepat mengangguk.

"Abang mesti nak tahu kenapa Mika kasar dan marah sangat dalam rakaman tu kan?" ujar Mikayla perlahan. Tangan Zarif ditarik dan dia melangkah ke set sofa di bilik Zuhail itu. 

Dia duduk sambil turun menarik Zarif duduk di sebelahnya.

"Aku akan cerita apa yang jadi malam tu. Aku harap korang boleh percayakan aku." katanya sambil memandang wajah Zuhail dan Zulfa.

Flashback malam kejadian. POV Mikayla.

Dia memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah milik Ailin. Tanpa menunggu dia keluar dari kereta ke pintu rumah. Diketuk kuat dan bertalu talu. 

"Zalika! Kau bukak pintu ni sekarang!!!" tempik Mikayla kuat.

"Zalika!!!!"

"Hey Zalika!!!!" makin kuat tempikan Mikayla apabila tiada sahutan dari dalam.

Baru sahaja dia ingin menjerit lagi, pintu rumah dibuka kasar. Tersembul wajah bengang Ailin dari dalam rumah.

"Eh perempuan kau nak buat aku malu ke??!!!" tempik Ailin.

Mikayla meluru dan mencengkam bahu Ailin.

"Kau tipu aku kan? Kau cakap kau nak tunggu aku dekat hotel! Kau nak lari dari aku ke?!" marah Mikayla.

Ailin menyeringai kesakitan sambil tangannya mencengkam jemari Kayla kuat dengan kukunya. Tubuh Mikayla ditolak menjauhi dia.

"Kau ni gila ke?! Mana kau tahu rumah aku hah? Kau stalk aku ke?"

"Aku bukan datang nak bergaduh dengan kau Zalika. Aku cuma nak tahu apa jadi dengan Daus..." sura Mikayla mula kendur.

"Kau berhenti panggil aku macam tu! Zalika dah mati!!!" tempik Ailin geram.

"Okay! Aku tak panggil dah kau macam tu, tapi please, bagitahu aku. Cerita dekat aku apa yang jadi sampai Daus boleh buat keputusan macam tu. Aku tak faham... Please Ailin. Tolonglah aku." rayu Mikayla. Dia melutut ke kaki Ailin.

Ailin gelak kuat. Seronok melihat Mikayla yang sedang melutut di kakinya.

"Kau bodoh ke? Cerita lama kau nak tahu apa lagi? Move on!" ejek Ailin.

"Kau rasa bersalah ke? Tak boleh nak tidur malam sebab kes lama? HAHAHAHAHA bodoh lah kau Mikayla!"

"Cakaplah apa kau nak cakap dekat aku tapi aku cuma nak tahu kenapa Daus boleh taip macam tu dalam nota di telefon dia. Kau pun tahu kan aku dengan Daus mana ada hubungan apa apa. Kenapa pula Daus nak bunuh diri sebab aku?" soal Mikayla yang masih setia melutut.

Ailin tersenyum sinis.

"Mana lah aku tau apa hubungan korang dua. Korang kan pernah kantoi pergi hotel malam malam buta..." sindir Ailin.

"Ailin!!! Yang pergi hotel tu kau! Kau pun tahu kitorang pergi untuk tolong kau!" terkesima dia dengan perangai Ailin. Dia tak faham kenapa Ailin menidakkan fakta itu padahal mereka berdua tahu kenapa dia dan Daus ke hotel itu.

Ailin membongkokkan badannya mendekati wajah Mikayla yang sedang mendongak sambil melutut. Dia paut rahang Mikayla kasar. Dengan senyuman sinis dia berkata,

"Kau cakap aku yang pergi hotel... tapi kau rasa budak budak sekolah kita haritu ingat aku ke yang pergi? Dorang fikir kau yang tidur dengan Daus dekat hotel tu Mikayla... Siap ada bukti lagi yang kau masuk ke hotel tu berduaan dengan Daus..." perli Ailin. Mukanya waktu itu kelihatan sungguh sinis.

"Kau perangkap aku kan? Kau perangkap aku dengan Daus?! Malam yang gambar tu diambil kau tak ada pun dekat hotel tu! Daus ada contact aku malam sebelum kejadian bunuh diri tu, dia cakap dia dah tahu siapa yang sebarkan gambar tu. Yang pasal report miscarriage tu, tu kan report kesihatan kau!!!"  Mikayla berang. Dia sudah bangun berdiri dan menempik ke muka Ailin.

Ailin gelak kuat lagi.

"Sekali lagi aku tanya kau Mikayla, kau ada bukti ke? Kau boleh tunjukkan bukti tu dekat semua orang tak? Tak cukup kalau setakat aku dengan kau jer tahu..." sinis suara Ailin.

"Sebabtu aku cakap kau bodoh... Kau dengan Daus dua dua bodoh!" selar Ailin.

"Yang pasal Daus bunuh diri tu, mana aku tahu... Pihak polis dah cakap kan, mak ayah Daus jumpa notes dalam telefon Daus. Daus memang bunuh diri sebab kau. Kau tu pembunuh. Kau pembunuh kekasih gelap kau sendiri." ejek Ailin.

"Daus dengan aku tak ada apa apa hubungan selain berkawan rapat! Kau pun tahu Ailin yang Daus tu sukakan kau! Kenapa pulak Daus nak bunuh diri sebab aku?!" 

"Bitch! Kau jangan nak sebut sebut pasal Daus suka aku tu yer! Jijik!" Berang dengan kata kata Mikayla tadi Aiin terus menolak Mikayla ke lantai dan dia bangun melangkah untuk naik ke atas.

"Dah kau boleh berambus sekarang!" arah Ailin.

Mikayla cepat cepat bangun walaupun sedikit sakit ditolak Ailin tadi.

"Zalika! Kau dah janji! Kau nak aku sebar pasal kau ke? Kau nak semua fans kau tahu kau buat pembedahan plastik ke?!"

"Apa?! Kau nak suruh aku cakap apa? Dah terang terang Daus bunuh diri sebab kau! Kau tu jer tak boleh terima hakikat! Dia siap terjun depan kau lagi~ Perempuan bodoh! Berapa kali dah kau tidur dengan Daus sampai Daus jadi gila kerana kau?"

*PANG!!

Mikayla membaling pasu yang ada di rak ke arah Ailin. Amarahnya memuncak.

"Kau jaga mulut kau Zalika. Kau jangan nak fitnah aku! Kau jangan nak fitnah Daus!" 

"Betina gila! Berani kau baling aku! Hey, kalau aku sebarkan aib zaman sekolah kau, teruk kau kena caci dengan semua orang kau tahu tak?! Zarif pun akan jijik dengan kau!" 

Apabila sahaja Ailin menyebut nama Zarif, Mikayla meluru dan mencekik leher Ailin kuat. Hilang segala kewarasannya ketika itu berganti dengan kemarahan yang makin marak.

"Kau jangan sebut nama Zarif dengan mulut jahat kau!" tempik Mikayla.

"Kenapa? Hey Mikayla, Zarif pun percaya lah yang kau tu perempuan murahan. Aku cakap dekat dia yang kau tu kaki menjalang tidur merata pun dia percaya dekat aku." sinis sekali suara Ailin walaupun lehernya perit ditekan Mikayla.

"Kau diam!!!!"

"Oh, by the way kan, kau mesti rindu Daus kan? Kau tahu tak mana kubur dia? Mestilah kau tak tahu sebab mak ayah Daus dah haramkan kau jejak kubur Daus. Mak ayah Daus siap pesan dekat semua kawan kawan kita dulu untuk tak bagitahu kau. Dorang marah sangat sebab kau terlepas tak dihukum." ujarnya sambil tergelak. Ailin biarkan sahaja tangan Mikayla yang masih mencekiknya. Tak kuat mana pun tenaga Mikayla ketika itu.

"Kau nak tahu tak dekat mana kubur Daus? Apa kata kau pergi dekat kubur Daus tu, minta maaf sebab kau menyebabkan dia bunuh diri. Kesian Daus tu mati tak diterima bumi." ejek Ailin.

Lemah lutut Mikayla. Fikirannya berkecamuk. Memang dia ke yang menyebabkan kematian Daus? Dia teringat ayat terakhir Daus malam itu. Daus meminta maaf pada dia. Kenapa? 

"Kubur Daus tak jauh dari sini, Kalau kau waze Surau Kampung Indah kau akan jumpa. Kubur Daus betul betul tepi pagar yang sebelah kirinya ada pondok kecil. Pandai pandailah kau cari nanti. Aku bagi chance kau reunion dengan kekasih gelap kau tu. Kalau kau nak ikut mati bersama pun dipersilakan. Harap aku dapat tengok berita kau bunuh diri esok." ejek Ailin. 

Berkaca kaca mata Mikayla ketika itu. 

"Kau langsung tak ada rasa bersalah ke dekat Daus?" perlahan sahaja kata kata itu keluar.

Ailin yang mendengar terus gelak berdekah.

"Aku? Aku nak rasa bersalah buat apa dekat dia? "

"Daus sanggup korbankan tidur dia sebab risaukan keselamatan kau dekat luar. Tapi kau fitnah dia. Kau tak ingat ke malam kau keguguran sampai kau ada parut dekat paha kau tu? Kau tak ingat ke siapa yang ada dengan kau?"  Mikayla mendongak ke arah Ailin. Dia harap masih wujud sifat perikemanusiaan dalam diri Ailin.

Mata Ailin mencerlung garang. Sakit hati bila kisah lama dia diungkit.

"KAU JANGAN SEBUT PASAL TU LAGI! YANG KEGUGURAN MALAM TU KAU BUKAN AKU!!!!"

Mikayla memandang Zalika dengan riak wajah yang sukar ditafsir. Dia tak faham kenapa Zalika menidakkan perkara itu. Jelas jelas malam itu Zalika tercedera tercucuk besi sewaktu bergaduh dengan Daus dan kemudiannya dia tumpah darah dan disahkan keguguran di hospital. Dia dan Daus yang membawa Zalika ke hospital lewat malam itu.

"Stop untuk try ambil tahu pasal perkara yang dah lepas. Kau sendiri yang akan merana nanti. Terimalah hakikat yang kau memang penyebab Daus bunuh diri. Kau boleh berambus sekarang! Pergi cari kubur kesayangan kau tu. Pergi mati sekali dengan dia!"

Ailin menepuk nepuk pipi Mikayla kuat sambil menuturkan ayat itu. 

"Kau dah jatuh sekarang Mikayla. Aku yang ada dekat atas sekarang. Aku dari dulu memang menyampah dengan kau! Kau rasa kau baik sangat ke? Kau rasa kau sempurna dah? Berangan nak tolong aku macam kau tu ada segalanya. Kau ingat kau tu superhero ke? Kau tu cuma perempuan bodoh yang mudah untuk diperbodohkan. Kau dengan Daus tu memang sesuai. Dua dua bodoh!"

Ailin mencemik seraya menyambung.

"Kau hanya bertuah dilahirkan punya mak yang berduit, dan pakej muka kau yang tak cantik mana ni. Lepas tu kau bertuah sebab kau kenal keluarga Zarif dan Zuhail. Kau setakat ada itu jer lepastu kau rasa macam kau dah cukup segalanya. Aku benci orang macam kau. Better lagi Liyana. Perempuan tu walaupun kaya raya, anak keturunan tengku tengku tapi perempuan tu tak pernah rasa cukup. Barulah tenang sikit hidup aku tengok orang kaya pun tak happy." ujarnya sambil tergelak mengingatkan tentang Tengku Liyana.

"Kau nak tahu tak, aku benci kau dekat sekolah dulu sebab kau selalu nampak happy padahal kau tak ada apa apa pun. Nak kata kau kaya? Kau tak kaya mana pun. Kau menumpang kasih keluarga orang. Nak kata kau bijak pandai, tak jugak. Tapi kau berlagak macam kau dah cukup segalanya. Aku benci senyuman kau tu. Sekarang, aku dah jatuhkan kau dan kau akan jatuh lagi teruk nanti. Aku akan rampas Zarif dari kau. Aku akan buatkan keluarga Zarif bencikan kau. Kau tunggu jer lah Mikayla." panjang lebar Ailin menutur kata kata sinisnya. 

"Aku akan pastikan kau tak bahagia! Aku akan pastikan kau jatuh terduduk!" tempiknya kuat seraya melepaskan ketawa yang kuat.

Mikayla bangun mengesat air mata. Dia rasa macam dah tak berguna dia bercakap dengan orang yang kelihatan seperti punya masalah mental seperti Ailin ketika itu. 

Luka dijari dia abaikan. Tak pedih seperti pedihnya hati dia saat itu. 

Dia tenung wajah Ailin tanpa riak.

"Kau akan kena balasannya nanti Zalika. Jangan berlagak macam kau tuhan nak judge kehidupan aku." ujarnya dengan wajah kosong sebelum dia melangkah ke pintu.

Kuat suara ketawa Ailin memecah kesunyian malam. 

Mikayla melangkah laju sambil mengelap air mata yang tumpah untuk keluar dari rumah itu. Dia mahu mencari kubur Daus.

...................................................

Mikayla menghela nafas panjang setelah menghabiskan ceritanya itu. Zarif sudah awal awal lagi menarik dia ke dalam pelukan. Zulfa sudah datang melutut dan memeluk kakinya dari bawah. Zuhail pula kelu diam tanpa sebarang kata. 

"Ya Allah sayang..."

"Mika tahu mesti susah abang nak percayakan Mika kan. Mika bercakap ni tanpa bukti."

"No, I trust you sayang! I trust you now and I know I should trust you too back then!" tinggi nada suara Zarif menidakkan kata katanya tadi.

"Ya Mika, percayalah yang Fafa, abang Zaf dengan abang Zuhail memang tak pernah terfikir langsung yang Mika bunuh Ailin malam tu. Nonsense!"

Kenapa pulak orang tuduh Mikayla membunuh Ailin gara gara dengki dan sakit hati sebab Ailin memang anugerah? Kakak iparnya itu tak pernah tamak dengan trofi trofi tu semua. Kalau orang cakap Mikayla berebutkan makanan barulah dia percaya.

"Mika, orang yang membunuh tak akan boleh tenang. Kau tak ada tunjukkan langsung gaya macam orang buat salah. Dari dulu lagi kau hanya jadi diri kau sendiri, sebabtu aku tak pernah buruk sangka dengan kau walaupun apa sahaja orang cakap pasal kau waktu sekolah dulu. Aku lagi kenal siapa kau, Mika..." tutur Zuhail perlahan.

Zarif sedikit terasa dengan kata kata Zuhail. Dia dulu pun lebih dengar kata orang berbanding untuk lebi percaya pada Mikayla. Sesal yang tiada kesudahan.

"Sayang... abang minta maaf dulu abang tak percayakan sayang." ujar Zarif sebak. Dia rasa menyesal dengan kebodohannya dulu. Kalaulah dia ada di sisi Mika dari awal sampai akhir, isterinya itu pasti tak akan sedih begitu.

Mikayla menangis tersedu sedan mendengar kata kata orang orang yang sangat disayanginya itu. Dia jadi teringat kembali kisah lama. 

Dia masuk campur urusan Zalika dulu cuma sekadar mahu membantu Daus. Daus pula mahu membantu dan menyelamatkan Zalika dari terjerumus ke kancah gelap. Tak terfikir langsung untuk tunjuk baik atau rasa diri dia lagi baik dari orang lain. Dia tak faham kenapa sampai begitu sekali Zalika menilai dirinya. 

Dia tak menyangka langsung niatnya mahu membantu itu disalah tafsir. Malah dia juga turut diperangkap.

Dia ingat lagi, tak lama selepas kes Zalika keguguran, Daus dapat panggilan dari Zalika. Zalika menelefon Daus dalam ketakutan dan memberitahu Daus, ada orang memaksa dia ke hotel. Daus yang kerisauan cepat cepat menghubungi dia. Dia di rumah kerana tak ada shooting malam tu. Bonda pula semestinya tiada di rumah. Daus datang dengan teksi ke rumah dia dan mereka berdua bergerak ke hotel. Sampai di hotel seperti yang dikatakan Zalika, mereka masuk berdua tapi mereka langsung tak jumpa Zalika di mana mana.

Esok paginya tersebar gambar mereka berdua masuk ke hotel bajet. Teruk kes itu sampai dia dipanggil oleh guru disiplin dan guru kaunseling. Bonda turut tahu dan mengamuk besar. Beberapa minggu lepas itu tersebar gambar dia dan Daus keluar dari hospital pada lewat malam. Turut dikepilkan bersama laporan hospital mengatakan dia mengandung 5 minggu. Padahal gambar itu adalah ketika mereka mahu pulang ke rumah selepas menghantar Zalika ke hospital. Zalika ditahan di wad kerana keguguran. 

Zarif ketika itu sudah tamat sekolah dan sedang belajar di kolej swasta. Zuhail pula langsung tak percayakan berita itu. Zuhail yang banyak memberikan dia kekuatan untuk menempuh ujian itu. Nasib baiklah ada Zuhail yang sentiasa membela dia. Sebulan selepas itu, tiba tiba sahaja dia kena hadap kejadian Daus bunuh diri padahal Daus yang mengajak mereka berjumpa awal pagi itu di sekolah. Makin tak logik apabila ibubapa Daus tunjukkan nota dari telefon Daus tentang niat lelaki itu membunuh diri gara-gara dia. Dia pula selepas kejadian itu banyak kali dipanggil pihak polis. 

Nasib baiklah juga dia belum famous sangat lagi waktu itu dan kes itu tak terlalu tersebar meluas. Identitinya kekal dirahsiakan oleh pihak polis. Yang tahu hanyalah warga sekolah sahaja.

Gara gara tekanan dan trauma yang melampau, dia tak mengambil SPM bersama rakan rakan sekelasnya. Dia mengambil SPM secara privasi pada tahun itu juga sebelum dihantar ke Indonesia oleh bondanya untuk beberapa bulan bagi memulihkan semangatnya. Sebelum dia ke Indonesia, Zarif ada datang ke rumahnya untuk bertanyakan tentang kes itu. Zarif persoalkan macam macam tentang isu yang menimpa dia dan waktu itu pula emosinya memang berada di tahap paling teruk. Dia marah marah dan halau Zarif pergi. 

Dia kemudiannya dapat tahu Zarif ke luar negara dari Zuhail. Tak sempat dia nak berbuat apa apa. Jadi dia relakan diri mengikut arahan dari Dato' Marina untuk ke Indonesia dan tinggal di sana beberapa bulan sebelum result SPM keluar.

..................................

IPD Cheras

"Saya dah hubungi Mikayla tadi tapi Tengku Zarif yang menjawab panggilan tuan." lapor Inspektor Nuha apabila sahaja dia nampak Inspektor Haris masuk ke balai. Lelaki itu sibuk dengan urusan kes lain di headquarter sepanjang hari itu. Baru sekarang dapat menjengah ke balai.

"Tengku Zarif?" soal Inspektor Haris pelik. Barang barang diletakkan di meja sambil dia duduk di kerusi. Mata terarah kepada Inspektor Nuha yang masih berdiri di hadapan mejanya.

"Ya, Tengku Zarif bagitahu yang mereka di Bali sekarang dan akan pulang esok petang. Tengku Zarif cakap dia akan arrangekan pertemuan kita dengan Mikayla dekat rumah dia."

"Kenapa dekat rumah dia? and dia dan Mikayla ada di Bali sekarang? Buat apa? Bercuti berdua?" berkerut dahi Inspektor Haris.

"Tengku Zarif maklumkan yang dia sedang bercuti di Bali bersama dua lagi adiknya. Kata Tengku Zarif, Mikayla memang tinggal di rumah mereka sekarang." terang Inspektor Nuha.

Inspektor Haris mengangguk perlahan. Teringat kata kata adik Tengku Zarif ketika di hospital, mereka memang rapat dari kecil. 

"Okay, update saya kalau dah dapat tarikh. Make sure waktu tu saya juga free. Kita pergi sama sama." arah Inspektor Haris.

.............................................

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA Terminal 1

"Ahhh mengantuk gila. Aku tak sabar nak balik tidur dekat rumah." keluh Zuhail.

"Kau tu lah, tak reti duduk diam dalam flight. Orang dalam flight tu tidur jer lah." bebel Mikayla.

"Tu lah Mika, abang asyik kacau Fafa jer. Fafa pun tak boleh tidur tau dalam flight tadi sebab abang!" adu Zulfa geram. Dia dengki melihat Zarif dan Mikayla yang tidur tenang di belakang seat mereka berdua.

Zuhail pula hyper dan sibuk mengacau dia di sepanjang penerbangan. 

"Eleh, kau sedaplah tidur peluk suami tadi. Tak sedar diri duduk atas flight. Kau tahu tak stewardess tadi pandang pelik jer dekat kau. Kau pakai mask pun aku rasa dorang cam kau."

"Serius lah?"

"Haah and kau nak tengok tak video kau berdengkur. Aku record kau tidur tadi. Aku nak sebarkan jugaklah video kau yang tu."

"Eeee monyet gila ni. Serabut betul! Kau kalau dengki, pergi cari bini cepat cepat lepastu kahwin. Jangan naksibuk  usha aku dengan suami aku! Dasar single!" sela Mikayla geram.

Zuhail sudah berura ura mahu memukul Mikayla tapi cepat cepat Mikayla melangkah ke arah Zarif. Lidah dijelir pada Zuhail.

Mereka ketika itu baru selesai mengambil luggage masing masing di kawasan claim luggage. Mereka tiba di KL lebih kurang pukul 4 petang. Pagi tadi mereka tak buat apa apa aktiviti di pantai gara gara sesi bercerita dari Mikayla yang berlarutan hingga awal pagi. Semua bangun lewat dan mereka terus bersiap dan berkemas untuk ke airport selepas selesai urusan check out.

Zarif hanya tersenyum mendengar sambil menarik Mikayla berjalan beringingan dengannya. Dia pun turut lena tidur dalam flight tadi dengan Mikayla yang memeluk lengannya. Kepala menyendeng ke bahu masing masing. Mereka bangun sekejap sahaja tadi, itu pun untuk mengisi perut dengan makanan yang disediakan flight attendant. Mereka berempat berada di ruangan Business Class. 

Zarif melirik ke arah isterinya. Dia lihat Mikayla sudah semakin relaks dan tenang selepas bercerita semalam. Dia turut rasa lega.

"Sayang, do you know how much I love you?" bisik Zarif sambil berjalan beriringan di hadapan.

"I love you more husband." tutur Mikayla sambil tersenyum manis. Dihadiahkan ciuman sekilas ke pipi kiri suaminya. Lupa seketika tentang Zuhail dan Zulfa yang masih bertekak di belakang mereka. 

"No, I love you more. Trust me you would never win over me." ujar Zarif yakin.

Mikayla hanya tergelak perlahan. Begini rupanya rasa disayangi suami. Terasa dunia itu hanya ada mereka berdua sahaja.

Mereka berempat berjalan tenang ke pintu ketibaan. Baru sahaja menjejak keluar dari pintu kaca automatik itu, tiba tiba cahaya lampu flash dari kamera menganggu penglihatan. Suasana yang tenang tadi tiba tiba menjadi huru hara apabila ramai manusia menyerbu dia. Dia yang terkejut cepat cepat bertindak menyorokkan diri ke dalam pelukan Zarif.

Zarif yang turut tergamam terus menarik tubuh Mikayla merapat ke dadanya. Dipandang ke arah segerombolan manusia yang membawa kamera serta mic di tangan masing masing. Wartawan wartawan hiburan yang entah datang dari mana rupa rupanya sedang menunggu mereka di pintu ketibaan. Timbul urat urat ungu di dahi Zarif melihatkan keadaan huru hara itu dengan Mikayla yang sudah mula menggigil di pelukannya.

"Cik Kayla, apa hubungan Cik Kayla dengan Tengku Zarif?"

"Tengku bukan kah Tengku tunang kepada pelakon Putri Ailin yang mati ditikam baru baru ini?"

"Boleh Tengku explain kenapa Tengku dan Cik Kayla ke Bali bersama sama?"

"Cik Kayla, boleh bagi kami sedikit penjelasan mengenai video rakaman cik Kayla dengan mangsa yang tersebar 2 hari lepas?"

"Apa yang cik Kayla dan cik Ailin gaduhkan? Adakah sebab berebutkan Tengku Zarif atau gara gara cik Kayla tak puas hati dengan kekalahan cik pada malam anugerah tersebut?"

Pandangan Mikayla mula berbalam balam. Pening apabila diasak dengan pelbagai soalan lagi wartawan. 

Zarif yang melihatkan keadaan Mikayla itu mula risau. Langkah mereka terhenti seketika. Zarif memeriksa keadaan Mikayla. Ditepis setiap langkah wartawan yang cuba mendekati isterinya dengan muka garang. Tubuh Mikayla dipeluk erat.

"ZAF! ZAF!" Zuhail memanggil dari belakang.

Zarif berpaling ke arah Zuhail yang sedang memanggil.

"Zaf, kau bawa Mika masuk dulu. Luggage biar aku dengan Fafa tolong bawakkan." Ujar Zuhail keras apabila dilihatnya wartawan makin ramai menyerbu Mikayla.

Mikayla tak boleh berada dalam situasi begitu.

Zarif tidak membalas sebaliknya menarik Mikayla masuk ke dalam pelukan sambil sweater yang dipakainya ditutup ke wajah isterinya itu. Tubuh Mikayla dipegang erat sebelum berlari keluar ke pintu 2 dengan lebih laju sambil mencari kereta yang dipandu Pak Karim yang akan membawa mereka pulang.

Mikayla yang sudah mula pening kepala hanya membiarkan sahaja kakinya melangkah mengikut langkah Zarif yang sedang melangkah laju. Di dada Zarif dia berlindung dari kamera kamera yang cuba menangkap wajahnya.

Di kereta, Pak Karim yang ternampak anak majikannya yang sedang berlari sambil diekori wartawan cepat cepat keluar untuk membukakan pintu kereta. Laju laju Zarif menolak tubuh Mika masuk ke dalam kereta dan dengan tangkas dia menutup pintu setelah dirinya turut masuk ke dalam.

Nafas dihela pantas. Dia kepenatan. Dipusing mencari tubuh Mikayla yang sedang menunduk.

"Sayang okay?" disentuh bahu Mikayla lembut dengan suara sedikit risau.

"Fafa! Fafa mana?!" ujar Mika sambil mencari tubuh Zulfa.

"Kejap sayang, Fafa datang dengan Zuhail kejap lagi."

Wartawan wartawan masih mengelilingi kereta itu. Cermin gelap pada kenderaan jenis MVP Lexus LM itu menghalang pandangan orang yang berada di luar.

Mikayla mengurut perlahan dadanya yang terasa sesak.

Zarif mencari cari air minuman di dalam kereta. Air mineral berjenama Cactus itu dibuka lalu disuakan ke mulut Mikayla. Pak Karim masih belum masuk ke kereta mungkin mahu membantu Zuhail dan Zulfa menolak troli luggage.

Mikayla minum seteguk air yang disuakan sebelum menolak kembali air mineral itu.

"Minum sikit lagi sayang." ujar Zarif apabila melihat Mikayla hanya minum sedikit sahaja.

Mikayla menggelengkan kepala. Matanya meliar mencari kelibat Zulfa dan Zuhail di celah celah keramaian orang di luar kereta mereka. Dia risaukan Zulfa!

Bunyi wisel kuat menyebabkan wartawan wartawan mula berundur. Beberapa polis bantuan di lapangan terbang KLIA datang menghalang wartawan wartawan dari mendekati kereta. Nampak di belakang polis bantuan itu susuk tubuh Zuhail dan Pak Karim yang termengah mengah. Zulfa pula dibawa oleh seorang polis bantuan wanita mendekati pintu kereta. Pintu diketuk dan Zarif cepat cepat menutup muka Mikayla dengan sweater yang telah dibuka.

Pintu dibuka untuk membenarkan adiknya masuk.

"Mika!" jerit Zulfa apabila pintu kereta ditutup kembali.

"Fa!!!" Mika menarik sweater dari menutupi wajah dan memeluk Zulfa. Menangis dia melihat wajah ketakutan Zulfa.

"Mika sorry sangat baby." ujar Mikayla dalam tangisan.

Rasa bersalah yang teramat sangat kerana menjadi penyebab Zulfa melalui detik detik begitu.

"No, kenapa Mika minta maaf? Mika okay tak?" tanya Zulfa sambil ditilik wajah kakak iparnya.

"Mika muka Mika nampak pucat!" kata Zulfa. Tangannya menyapu air mata dari wajah Mikayla.

"Mika janganlah nangis. Bukan salah Mika..." pujuk Zulfa.

Zarif yang diam memerhati merasa sakit hati melihat kesayangan kesayangannya yang sedang berpelukan itu. Tangan dikepal kuat. Dipandang ke luar kereta dengan wajah beku. Tangannya memegang handle pintu kereta.

"Sayang, Fafa, you guys stay diam diam dan jangan keluar." ujar Zarif dengan nada suara yang sangat serius sebelum dia membuka pintu dan keluar dari kereta.

Zulfa dan Mikayla terkejut melihat Zarif yang sudah mendekati sekumpulan wartawan wartawan tersebut. Cahaya flash bersimpang siur mengena tubuh Zarif. Wartawan wartawan itu seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk mengorek berita.

"HOI!!! Kau orang semua dengar sini!!!!!!" tinggi nada Zarif bertempik. 

"Aku Tengku Zarif bin Tengku Zaid nak bagi amaran dekat semua yang ada dekat sini. Kalau keluar walau satu gambar keluarga aku, termasuk gambar Kayla yang kau orang ambil tadi aku tak akan teragak agak untuk saman kau orang semua!!!!" sela Zarif dengan amarah yang menggunung. Mata mencerlung setiap wartawan dan jurugambar yang ada dihadapannya.

"Kau orang tak kenal lagi aku siapa kan?! Cubalah kalau kau semua tak sayang masa depan kau!" Matanya tajam memerhatikan muka muka di situ sambil jarinya menuding satu satu ke arah mereka.

Suasana jadi hening seketika apabila melihat wajah beku itu seperti mahu mengamuk. Berurat dahi Zarif menahan amarah. Halkum lelaki itu turun naik.

Zuhail yang melihat keadaan sedikit tenang cepat cepat membuka pintu bonet belakang untuk meletakkan semua luggage yang dibawa. Pak Karim turut membantu.

Zarif menarik nafas seketika sebelum menyambung kata-katanya.

"And now kau orang boleh sebarkan gambar aku seorang sahaja. Ayat aku yang ini aku nak kau sebarkan dekat semua. Aku nak bagi amaran dekat manusia manusia langau yang cuba dan menabur fitnah pasal keluarga aku! Kau jangan ingat aku diam selama ni sebab aku takut! Kau tunggu! Kau kacau Kayla bermaksud kau lancarkan perang dengan Astana! Aku akan buat pengumuman rasmi di akaun instagram milik aku esok pagi! Stay tune! Sekarang ni kau orang semua boleh pergi berambus!!!!!!!" tempik Zarif garang sebelum kembali melangkah ke kereta.

....................................

TBC


Continue Reading

You'll Also Like

21.3K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❡ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ π‘¬π’π’—π’Šπ’π’‚ π‘΄π’‚π’“π’Šπ’”π’”π’‚, dia protagonist dan...
86.8K 2.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...