QAYYUM'S WEAKNESS | OG

By nabilllss

739K 61.8K 5.4K

KF SERIES VOL 2 ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar di... More

𝐐𝐀𝐘𝐘𝐔𝐌' 𝐒 𝐖𝐄𝐀𝐊𝐍𝐄𝐒𝐒
°∘∘1∘∘°
°∘∘2∘∘°
°∘∘3∘∘°
°∘∘4∘∘°
°∘∘5∘∘°
°∘∘6∘∘°
°∘∘7∘∘°
°∘∘8∘∘°
°∘∘9∘∘°
°∘∘10∘∘°
°∘∘11∘∘°
°∘∘12∘∘°
°∘∘13∘∘°
°∘∘14∘∘°
°∘∘15∘∘°
°∘∘16∘∘°
°∘∘17∘∘°
°∘∘18∘∘°
°∘∘19∘∘°
°∘∘20∘∘°
°∘∘21∘∘°
°∘∘22∘∘°
°∘∘23∘∘°
°∘∘24∘∘°
°∘∘25∘∘°
°∘∘26∘∘°
°∘∘27∘∘°
°∘∘28∘∘°
°∘∘29∘∘°
°∘∘30∘∘°
°∘∘31∘∘°
°∘∘32∘∘°
°∘∘33∘∘°
°∘∘34∘∘°
°∘∘35∘∘°
°∘∘36∘∘°
°∘∘37∘∘°
°∘∘38∘∘°
°∘∘39∘∘°
°∘∘41∘∘°
°∘∘42∘∘°
°∘∘43∘∘°
°∘∘44∘∘°
°∘∘45∘∘°
°∘∘46∘∘°
°∘∘47∘∘°
°∘∘48∘∘°
°∘∘49∘∘°
°∘∘50∘∘°

°∘∘40∘∘°

7.3K 718 25
By nabilllss

Husbaby
Harini Della balik rumah sendiri boleh? I wanna go shopping with Warda. Sorry sebab bagi tahu sayang lambat. Please drive safely, husband. Love you always.

Tap! Ibu jari Fredella menekan butang 'send'. Fokus wanita itu menaip satu-persatu mesej buat Qayyum. Dia perlu beritahu lelaki itu awal sebelum tamat waktu bekerja. Kalau tidak, belum apa-apa lagi Qayyum dah terpacak di hadapan meja kerjanya. Menyuruh dia untuk segera kemas dan pulang.

Jam menunjukkan pukul 3 petang, mata Fredella masih setia menatap skrin laptop. Dia hampir lupa akan rancangannya untuk keluar bersama Warda. Pembantu peribadinya.

Ting!

Lantas Fredella mencapai kembali IPhone. Awalnya suami kita reply? Fredella tersenyum nipis, teruja mendapat notification.

Ternyata notification tersebut bukan daripada Qayyum. Dia mendapat email dari seseorang. Email itu dibuka bersama senyumannya yang hampir memudar.

"Li... Li' Moscow?" Nama restauran yang tertera di email itu dibaca dengan jelas. Terbuka sedikit mulut Fredella. Terkejut dengan mesej yang disampaikan melalui email tersebut.

Terang lagi bersuluh nama penghantarnya bermula dengan huruf 'T'. Namun disingkatkan kepada 'T.U'. Fredella sukar hendak berfikiran positif. Masih terngiang-ngiang panggilan yang lelaki itu berikan buatnya dulu. Dear?

Automatik otak Fredella memikir motif disebalik email itu.

Tok tok!

"Come in," Wajah diangkat memandang pintu bilik peribadinya. Sangkaan Fredella tepat. Sudah pasti tuan badannya ialah Warda. Mungkin gadis itu menunggunya dari tadi di ruangan lobby RSE.

"Did I bother you, Cik Della?" Soal Warda seraya kembali menutup pintu dengan rapat. Kemudian, dia berdiri menghadap Fredella. Risau pula kehadirannya menganggu Cik mudanya. Wajah wanita itu nampak kusut.

"No. Not at all." Jawab Fredella tanpa memandang Warda. Matanya masih lunak menatap skrin iPhone.

"Err... Warda," Tidak lama kemudian, baru lah iris hazelnya mencari wajah Warda.

"Yes? Cik Della nak saya sediakan kereta ke?" Warda dapat rasakan Fredella memerlukan sesuatu.

"Bukan. Tapi saya nak cancel shopping. Are you okay with that? I have urgent matters to settle," Fredella tekad untuk membatalkan rancangannya dan Warda. Bukan sengaja, tetapi ada sesuatu yang menggerakkan hatinya.

"It's okay. Cik Della kenapa ni? Nampak macam tengah risau. What matters is that?" Suara Warda jelas seperti ingin tahu. Dia semakin rapat dengan meja kerja wanita itu. Dia tak tipu! Muka Fredella benar-benar gelisah sekarang.

Hilang terus pasal shopping dalam kepala otak. Dia seorang yang peka dengan mimik muka Fredella. Warda boleh tahu sama ada wanita itu berada dalam keadaan marah atau tak.

Fredella senyap. Takkan dia perlu bawa Warda ke Li' Moscow kut? Dia tak mahu mengundang risiko. Disebabkan gadis muda itu bertugas sebagai pembunuh bersiri The Locos, Warda tidak sepatutnya dibawa ke tempat begitu.

"Saya ada meeting. Client luar," Setelah seminit mengunci mulut, baru lah Fredella kembali bersuara. Wanita itu bangun dari duduknya sebelum mencapai shoulder bag Saint Laurent miliknya yang berada di hujung meja.

"Dia dah tunggu saya lama, sebab tu saya risau. I gotta go now. Take care of RSE okay. I trust you, as always!" Ayat terakhirnya sebelum menapak jauh dari meja kerja. Sengaja arahan itu diberi untuk menutup tindakannya yang terkejar-kejar itu.

"Oooo..." Lega sikit dengar perkataan 'trust'. Tubuh Warda turut berpusing apabila Cik Mudanya menerpa ke arah pintu. Mulutnya terbuka sedikit hendak menghabiskan ayat.

Pum!

"Oo...kayy," Tepat sahaja pintu bilik peribadi itu ditutup oleh Fredella, baru lah kalimatnya habis disebut. Warda menggaru kepalanya yang tak gatal sambil merenung pintu mewah tersebut. Confusing all the time!

"Sian pula aku tengok ikan ni, kebulur agaknya bila aku balik Berlin," Penutup balang makanan ikan dibuka, lalu Khaleef memasukkan tangannya ke dalam. Segenggam makanan ikan dicampak ke dalam kolam ikan.

Khaleef memang tak upah mana-mana pekerja untuk dijadikan bibik. Dia tak suka ada perempuan dalam Villa miliknya. Selagi penghuninya masih dia seorang, dia tak perlukan orang untuk mengurus itu dan ini. Jadi kalau Khaleef terbang ke Berlin, memang Villa nya akan kosong.

Lima minit kemudian, ringtone Iphone nya berbunyi. Tangan kanan Khaleef menyeluk poket sweatpants. Sebaik sahaja iPhone dikeluarkan, terus dia angkat panggilan itu.

"Speak Aaren," Telinga dipasang sementara matanya masih setia memandang ikan-ikan koi yang berada di permukaan air kolam.

Aaren: "Tuan Muda Khalaf, he wants to meet you,"

Terangkat alis kening Khaleef beberapa saat. Jarang Khalaf menyuruh dia untuk berjumpa melainkan ada hal penting sahaja. Lagipun Villa dia terletak jauh dari bandar.

"Farrel? Dia nak apa?" Soalnya walaupun dia tahu adik kembarnya itu memang memerlukan sesuatu.

Aaren: "Uqael dah mulakan something, Tuan Muda."

Nama yang disebut Aaren itu membuatkan Khaleef bertukar serius. Patutlah... memang patut sangat jumpa kalau hal-hal yang berkaitan dengan Uqael biul itu.

"Sampaikan dekat Farrel, I'm coming adikku sayang." Panggilan terus dimatikan oleh Khaleef. Lelaki itu menyusun langkah menuju ke pintu utama.

━─━─━──༺༻──━─━─━

Berkali-kali Fredella memikir sama ada tindakannya sekarang betul atau tidak. Tetapi, yang berada di hadapannya sekarang ialah restoran Li' Moscow. Langkah kakinya berhenti di depan pintu masuk restoran tersebut.

Seorang bouncer yang mengawal pintu itu agak terkejut dengan kehadiran Fredella. Dia tahu kisah silam bosnya dengan Fredella. Mustahil! Wanita ini sanggup menjejakkan kaki ke sini walaupun dah tahu niat dan tujuan sebenar Uqael menghantar email itu!

Lelaki itu merapatkan jarak bersama Fredella dan mulutnya sudah bersedia hendak menyatakan sesuatu.

"Diam." Belum sempat apa-apa lagi Fredella suruh lelaki itu diam. Telapak tangannya dihala ke hadapan, menunjuk isyarat agar tidak terlalu dekat dengannya.

"Bring me to him," Iris hazel Fredella memandang tajam pintu masuk restoran. Langsung dia tak hiraukan apa yang nak disampaikan oleh lelaki itu.

"Sure," Jawabnya tanpa bantahan. Cekap otak dia dapat tangkap dengan siapa Fredella hendak berjumpa.

Lelaki itu terus buka pintu masuk restoran Li' Moscow dan menyuruh Fredella melangkah dahulu sebelumnya. Fredella ikutkan saja. Dia masuk ke dalam dengan diiringi bouncer tersebut.

Fredella dibawa ke tingkat atas. Tempat yang dikhaskan hanya untuk ahli VVIP. Ruangan atas restoran itu ternyata lebih privasi dari bawah. Seluruh penjuru diperhatikan. Benci sebenarnya jejakkan kaki ke tempat macam ini. Tetapi ada benda yang menggerakkan hatinya apabila membaca email itu.

Sampai sahaja di satu sudut, ada sofa baldu merah memanjang yang membuatkan Fredella menghentikan langkahnya. Seorang gadis yang sangat dia kenali sedang duduk sambil memeluk tubuh. Pelukan tubuhnya seolah-olah ingin melindungi diri dari bahaya.

"Intan!" Apabila Fredella yakin gadis itu adalah Intan, dia terus berlari ke sofa baldu tersebut. Tubuh Intan terus ditarik ke dalam pelukan.

"Intan okay? Kenapa macam tengah takut ni?" Tidak lama kemudian pelukan itu dileraikan. Fredella mencari wajah Intan. Kedua-dua tapak tangannya melekap di tepi wajah gadis itu.

Terkejut Fredella baru sedar yang Intan menangis. Mungkin gadis itu melepaskan air mata saat dia berada di dalam pelukan Fredella tadi.

Intan tidak menjawab soalan Fredella. Tetapi kepalanya digeleng berulang kali. Lama-kelamaan semakin lebat gadis itu menangis. Redup pandangannya ketika anak mata bertembung dengan Fredella.

"It's okay. Speak slowly, Intan. I'll always stan for you.." Tengok muka Intan yang penuh dengan lebam ini pun Fredella boleh tahu apa yang membuatkan gadis itu susah nak buka mulut. Intan dah cukup tersiksa.

"Intan rindu ayah. Intan rindu rumah. Bila ayah nak datang selamatkan Intan?" Bicara Intan dengan nada merayu.

"How interesting it is that someone's wife came to my restaurant to have a special lunch with me,"

Fredella terus memusing tubuhnya mencari tuan badan kepada suara yang menyapa itu. Tengku Uqael berdiri tidak jauh darinya. Lelaki itu tersenyum sinis memandang wanita yang berada di hadapannya sekarang.

"Pergi mati dengan special lunch kau," Perkataan 'mati' sengaja ditekan. Fredella langsung tidak beranjak walaupun Tengku Uqael semakin dekat dengannya.

"Woah! Pergi mati?" Sengaja lelaki itu menghamburkan ketawa.

"Sebab kau memang tak layak hidup! Kau paksa perempuan naif macam Intan kerja dekat tempat yang tak ubah macam neraka ni! Kau buat dia macam binatang! Kau pukul dia!" Panas telinga Fredella dengar Tengku Uqael mengekek ketawa. Dia melangkah tiga tapak ke hadapan dan sekarang jarak diantara mereka benar-benar rapat.

"What the fuck do you want actually, Tengku Uqael!?" Kali ini tengkingan Fredella membuatkan lelaki itu terdiam seketika.

Memudar senyuman Tengku Uqael. Dia terkejut dengan tindakan Fredella melepaskan marah dengan jarak sedekat ini.

"Money." Mudah jawapan lelaki itu.

"Duit haram!" Masih dengan nada yang tinggi Fredella gunakan.

"Pergi mampus lah haram ke halal! What do you expect from me, Dell? Kau ingat aku baik macam suami kau ke?" Boleh tahan pedas juga kata-kata Fredella. Dia tahu di mana kelemahan wanita itu.

"Tak. I don't expect anything from a man who has an animal soul like you." Bidas Fredella dingin. Jantan ni dengan binatang memang tak ada beza.

"Kau datang tempat aku, kau jangan biadap Dell.." Mujur ruangan VVIP ini jauh dari pandangan orang. Kalau tidak, memang jatuh air mukanya sebagai pemegang Li' Moscow disebabkan kata-kata Fredella.

"Kau yang suruh aku datang, dumm," (stupid) Kalau taknak dia memekak macam ini baik tak payah suruh datang. Dia pun tak hingin!

"Tu—" Tengku Uqael beranjak sedikit ke tepi lalu dia menunjuk Intan yang sedang dihalang oleh Fredella.

"Budak ni dah banyak menyusahkan aku. Business aku rugi sebab bapak dia dengan polis sial yang kerja bawah abang kau tu!" Akhirnya Tengku Uqael beritahu niat asalnya mengumpan Fredella untuk datang.

Polis yang kerja dibawah abang? Otak Fredella cuba mencerna ayat itu. Tak lain tak bukan, dah tentu Inspektor Rykarl. Namun bagaimana lelaki itu dapat tahu yang Rykarl berkerjasama dengan The Locos?

Nak pelik, tapi Fredella tahu Tengku Uqael sanggup lakukan apa sahaja demi menjaga keuntungan perniagaannya.

"Kalau dah tahu Intan mendatangkan masalah dekat kau, kenapa kau tak pulangkan je dia dekat bapak dia!"

"Kau ingat semudah tu, Dell? Kalau aku pulangkan dia, aku tak tanggung masalah dah?" Perempuan ni cakap memang tak pakai otak. Sama macam Khalaf!

Intan hanya memasang telinga mendengar dua orang itu bertekak. Sekarang baru dia tahu yang ayahnya dalam proses untuk melingkupkan Tengku Uqael.

"Rekod jenayah aku banyak, bodoh! Lagi senang lah kawan polis kau tu nak heret aku dalam penjara!" Sambung lelaki itu lagi dengan wajah bengisnya. Benda ini takkan terjadi kalau sebelum ni aku tak pernah ada hubungan dengan kau, Dell. Semuanya berpunca dari kau!

Continue Reading

You'll Also Like

744 57 5
SHORT STORY 🍿 Zea Adriana, gadis yang tidak lari dari masalah. Di sekolah mahupun di rumah. Menjadi mangsa buli sudah tidak asing baginya. Di rumah...
63K 2.8K 30
Aisy,Asher dan Axel ialah mafia justeru mereka bertiga membina kumpulan mafia tersendiri yang diberi nama Rose Blood sempena dengan nama ibu mereka,R...
874K 27.8K 20
[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 �...
38.8K 1.7K 26
Author : M. Ryukury Title : Aku Tomboy Chapter : 25 (COMPLETE) Start : 20th of April 2018 End : 27th of March 2020 Imani a.k.a Tom mempunyai kenangan...