NJ. Ini Kisah Kita.

Tulip_Haura0629

2.1K 188 25

NJ. Ini Kisah Kita. Macam mana kita bermula? Bermula dari dua kehidupan yang berbeza, tapi dipertemukan dal... Еще

Prolog 1
Prolog 2
Bab 1 : NJ
Bab 2 : NJ
Bab 3 : NJ
Bab 4 : NJ
Bab 5 : NJ
Bab 7 : NJ
Bab 8 : NJ
Bab 9 : NJ
Bab 10 : NJ
Bab 11 : NJ
Bab 12 : NJ
Bab 13 : NJ
Bab 14 : NJ
Bab 15 : NJ
Bab 16 : NJ
Bab 17 : NJ
Bab 18 : NJ
Bab 19
Bab 20 : NJ
Bab 21 : NJ
Bab 22 : NJ
Bab 23 : NJ
Bab 24 : NJ
Bab 25 : NJ

Bab 6 : NJ

58 7 0
Tulip_Haura0629

~She's different.~

Luqman Firdaus memerhati Nuh Jazmin dari jauh. Rancak benar nampaknya Nuh bersembang dengan gadis yang bernama Tasha itu. Rasanya Tasha tu senior Nia Jasmine di sekolah, tentu gadis itu juga mengenali Nia.

Nia, bukannya susah orang nak cam. Nia itu lain dari yang lain. Teringat masa mula-mula Tuan Ahmad Zakri memperkenalkan Nia, dia ingatkan Nia tu anak angkat Tuan Ahmad Zakri rupanya telahannya silap. Nia anak kandung abah angkatnya. Sebab utamanya tak lain tak bukan, sebab rupa paras Nia langsung tidak sama dengan kakaknya yang jelita, Mia Jasmine.

Mia Jasmine menampakkan ciri-ciri perempuan melayu asli. Raut wajah, suara lunak, bahasa dan lenggokkan badannya juga penuh sopan. Cara pakaiannya juga sama, tertutup segala aurat yang digariskan dalam islam.

Berbeza pula dengan Nia Jasmine. Bukan setakat muka yang berbeza, perangai dan kelakuan juga berbeza. Nia sedikit kasar dan garang. Dia juga tidak bertudung, jadi dia boleh lihat setiap helaian rambut brown anak dara itu. Nia juga bermata sepet dan anak matanya berwarna hazel tapi keunikkan itu disembunyikan disebalik cermin mata bulat besarnya. Kulit muka Nia juga berjerawat dan berparut, mungkin kerana alahan kulit seperti yang pernah Mia katakan tempoh hari.

Luqman pernah terpandangkan potret keluarga Tuan Ahmad Zakri yang tergantung elok di ruang tamu rumah itu. Dalam potret itu, Tuan Ahmad Zakri bersama empat orang anak perempuannya. Mia Jasmine dan Nia Jasmine serta dua lagi gadis muka seiras, kembar barangkali. Hanya Nia yang berbeza di antara mereka berlima. Luqman dapat merasakan keluarga abah angkatnya juga ada rahsia yang tersimpan seperti keluarga Nuh. Nuh, seorang lelaki yang penuh dengan rahsia.

Luqman dan Nuh merupakan pelajar tahun 3, bachelor Pengurusan Alam Sekitar di UPM. Program anak angkat yang dianjurkan oleh universiti mereka mendapat sambutan oleh beberapa buah sekolah menengah dan sekolah rendah yang ada di sekitar kampung Nia. Jadi secara tidak langsung, ramai pelajar-pelajar sekolah turut menyertaikan diri dalam program mereka. Dua minggu siswa dan siswi berkampung di sini, bermacam-macam aktiviti yang telah direncanakan oleh pihak pengurusan program dengan ahli jawatan kuasa kampung.

Luqman meluruskan pandangan. Masih pandang sahabatnya bersama gadis bernama Tasha itu. Macam mana mereka boleh kenal? Semuanya gara-gara aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid tempoh hari sebelum Nuh menghilangkan diri balik ke rumah abah tanpa memberitahunya. Nuh, lelaki licik!

Sesekali Luqman periksa telefonnya kalau-kalau ada pesanan ringkas dari bigbossnya. Namun kosong. Luqman lega lalu dia simpan kembali telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Selama ini Luqman cukup patuh kepada setiap arahan bigbossnya cuma kali ini saja dia memilih untuk jadi pembelot.

Dia kesian dengan Nuh. Nuh perlukan kebebasan. Walau hakikatnya Nuh jauh dari pandang mata bigbossnya, kebebasan Nuh seakan-akan sentiasa 'digari' kemas.

Luqman tahu Nuh tidak suka dengan kehidupannya yang tidak normal seperti yang lain. Boleh dikatakan, kehidupan Nuh sekarang ini diibaratkan seperti burung camar yang baru terlepas dari kurungan. Luqman cuma berharap hanya dengan cara dia menjadi pembelot kali ini, dia mampu melihat Nuh tersenyum lebar seperti sekarang. Biar Nuh rasa macam mana 'kebebasan' yang diidam-idamkan itu. Luqman mahu Nuh menikmati kebebasan yang sementara ini agar Nuh tahu betapa nikmatnya bila kaki tidak digari.

Kedinginan layanan Nuh terhadapnya, kekasaran yang Nuh tunjukkan pada dia, Luqman faham kenapa Nuh jadi begitu. Nuh sedang memberontak dengannya. Tapi Nuh tak tahu seorang Luqman Firdaus juga tersepit. Tersepit di antara keselamatan ahli keluarganya di kampung dengan persahabatan yang terjalin sejak dari dulu lagi.

Luqman terpaksa memilih untuk mengadaikan kesetiaan tali persahabatan mereka dengan menjadi 'mata-mata' kepada bigbossnya. Hanya dengan itu sahaja, keselamatan keluarganya dikampung akan terjamin.

''Kau termenug apa? Jom, budak kecik tu dah whatsApp aku. Dia dah siap.'' Tiba-tiba Nuh muncul depan Luqman, mematikan lamunan Luqman.

Luqman pandang Nuh. Pandang ke tempat Nuh bersembang dengan Tasha tadi, sudah kosong. Mungkin Tasha sudah balik tanpa dia sedar. Luqman lepas nafas berat, dia tepuk bangku disebelahnya mahu Nuh duduk sekejap. Dia perlu berterus terang kepada Nuh tentang sesuatu.

Nuh labuhkan duduk tanpa banyak soal sambil membelek-belek Iphonenya.

''Kita datang sini, tak siapa yang tahu.''

''Maksud kau?'' Jari jemari Nuh yang rancak bermain-main di skrin telefonnya, terhenti. Dia menanti penjelasan Luqman seterusnya.

''Diorang tak tahu kita datang sini. Aku tak bawa semua cips tu. Dan aku juga tak aktifkan semuanya." Luqman menjelaskan sambil menekur rumput melata di tanah. Dia sedang memikirkan kesan dan akibatnya bila dia memilih untuk jadi pembelot biarpun ini kali pertama dia berani buat keputusan setekad ini.

Nuh terngadah, terus dia pandang Luqman. Tidak percaya, tapi telinganya belum lagi pekak. Benarkah apa yang dia dengar?

''Aku cuma nak kau rasa bebas dekat sini Nuh. 2 minggu kita kat sini, kau nikmatilah masa kau dekat sini. Aku janji aku tak akan sekat kebebasan kau untuk 2 minggu ni.''

Nuh terbungkam. Tidak percaya sebenarnya dengan apa yang dia baru dengar dari mulut Luqman. Hampir 3 tahun dia terikat, dan hari ini impiannya jadi kenyataan.

''Aku bermimpi ke ni?'' Perlahan Nuh menyoal, minta kepastian. Matanya dipicingkan kepada Luqman.

''Tak Nuh. Kau tak mimpi. Apa yang aku cakap itu betul, bukan mimpi. Aku tahu kau terseksa selama ni tapi aku tak ada pilihan. Cuma kali ni saja aku memilih untuk bagi kau bebas.'' Luqman menyentuh bahu Nuhbdan menepuknya perlahan.

Nuh pejam mata, terasa matanya sedikit panas. Ada rasa sesuatu pada dadanya. Sebak! Inilah. Inilah perkataan yang dia tunggu selama bertahun ini. Dia bebas! Dia bebas! Bebas walaupun sekejap itu sudah memandai. Dia boleh buat apa yang dia suka tanpa ada orang mengawasi gerak gerinya. Dia bukan banduan tapi hidupnya tak ubah seperti banduan yang dipenjarakan di pentas dunia yang penuh dengan berwarna-warni ini.

''Aku minta maaf Nuh.''

Nuh buka mata dan kembali toleh kepada Luqman. Hatinya

''Aku akan maafkan kau Luq, tapi dengan satu syarat. Syaratnya,K kau perlu berterus terang dengan aku kenapa kau sanggup terima 'tugas' ni?'' Nuh cuba mendesak Luqman untuk yang kesekian kalinya.

Tapi dia tahu seorang Luqman sangat setia orangnya. Sebagai mana Luqman setia kepadanya, begitu jugalah Luqman akan setia kepada tugasnya. Walaupun kecewa dengan keputusan Luqman Firdaus yang sanggup menikam dibelakangnya dengan cara begini. Cuma satu yang dia yakin, Luqman pastu ada sebab musabah yang tersendiri sehingga sanggup memutuskan untuk membelot kepada sumpah taat setianya.

''Aku minta maaf Nuh, aku tak boleh berterus terang dengan kau. Ini janji aku dan aku akan laksanakan tugas ni sehingga perjanjian aku tamat.'' Luqman bertegas. Dia bangun dari tempatnya dan menuju ke kereta.

Nuh mendengus dengar jawapan Luqmanbyang sudah dia agak. Nampaknya Luqman sangat tekad dengan janjinya.

'Apa yang mereka ugut kau, Luq? Tak apa, suatu hari nanti aku pasti akan cari jawapannya. Tunggu Luq!'

*                 *                 *

Pulang dari jumpa Tasha siang tadi, Nuh kembali ke biliknya. Makan malam tidak disentuh. Seleranya mati bila teringatkan apa yang diberitahu oleh Luqman siang tadi.

"Nuh, aku nak sangat kita kembali rapat macam dulu tapi keadaan tak mengizinkan. Buat masa sekarang, izinkan aku selesaikan segala tugas aku sehingga kita tamat belajar. Sehingga aku mampu sara adik-adik aku dengan keringat yang aku ada tanpa perlu tagih simpati dan bantuan dari diorang lagi. Dan aku akan kembali pada kau, sebagai kawan kau yang dulu. Buat masa sekarang biarlah aku terus macam ni. Aku akan terus berkhidmat kepada dia asalkan aku mampu habiskan pengajian aku."

Dengar kata-kata Luqman itu, terus Nuh membuntangkan matanya. Hatinya twrdetik sesuatu. Langsung matanya dihalakan kepada Luqman.

"Itu yang diorang ugut kau, Luq? Gunakan adik-adik kau untuk kau terus intip aku?" duga Nuh.

Luqman Firdaus tergamam. Baru tersedar yang dia sudah terlanjur sesuatu. Sedangkan janjinya dengan bigboss, jangan biarkan Nuh tahu rahsia di antara mereka berdua.

Melihat reaksi kaku luqman, Nuh tahu sahabatnya itu cuba untuk menyembunyikan satu kenyataan. Hujung bibirnya ditarik sedikit.

"It's okay Luq. Kalau itu yang kau rahsiakan dari aku, aku tak kan paksa kau buka mulut. Aku anggap apa yang kau buat pada aku selama ni sebagai satu pengorbanan untuk kau lindungi adik-adik kau."

Luqman menekur lantai. Dia serba salah dengan Nuh. Nuh sangat baik dengannya malah Nuh juga yang sudi jadi kawan dia disaat tiada sesiapa yang sudi berkawan dengannya suatu masa dahulu.

"Maafkan aku Nuh."

Nuh tepuk bahu Luqman.

"It's okay Luq. Walau apa pun yang berlaku, kau tetap kawan aku. Kawan baik aku sampai bila-bila. Aku hormati pendirian kau."

Ya, itulah seorang Nuh. Dia tak akan desak seseorang jika itu pilihan yang dibuat melainkan bila keadaan terlalu mendesak, baru dia bertindak.

Nuh tersedar dari menungnya, tekaknya terasa kering. Pandang botol mineral di sisi kepala katil, sudah pun kosong. Nak tak nak, dia terpaksa turun ke bawah, mencari seteguk air minuman untuk membasahkan tekak. Dia tak boleh tidur kalau tekak kering. Pandang tempat alas tidur Luqman di bawah, Nuh menggeleng kepala. Luqman betul-betul mencipta jarak antara mereka.

Teringat tekaknya yang kering, Nuh Jazmin  menapak keluar dari bilik, mahu ke dapur di tingkat. Tiba-tiba telinganya cekap menangkap satu bunyi alunan melodi yang sangat merdu. Nuh picingkan mata, mencari dari mana datangnya bunyi yang sangat mendayu itu.

Langsir putih yang tergantung di pintu slidding itu sesekali beralun bila angin malam datang menerpa. Sekali lagi Nuh picing mata, kaki melangkah mengikut kepada bunyi yang semakin dekat dan semakin jelas di telinganya.

Dari situ dia nampak seorang gadis sedang membelakanginya sedang asyik menggesek violin kecil yang berwarna coklat keemasan. Rambut yang berwarna keperangan dan dibiarkan lepas itu sesekali terbuai-buai apabila dikuak angin malam. Dari pandangan belakang pun dia dapat mengagak siapa empunya diri yang sedang asyik menggesek biola itu.

'Nia pandai main violin? Wowww... so impressive!' Dia berbisik kagum dalam hati dengan bakat yang ada pada gadis berumur 15 tahun itu.

Nuh berpeluk tubuh, bersandar pada pintu kaca slidding dan cuba menyelesakan diri. Rasa macam rugi pula kalau tidak menikmati suasana yang cukup indah itu. Matanya terpejam mengamati bait-bait melodi yang dihasilkan oleh Nia. Perasaannya terbuai-buai oleh satu rasa yang tak mampu dia gambarkan dengan kata-kata.

Suasana yang dirasakan begitu indah dan mendamaikan tambahan pula dalam kepekatan malam yang hanya ditemani oleh samar-samar cahaya yang dibiaskan dari lampu neon luar rumah. Hilang rasa resahnya memikirkan isu Luqman. Hilang rasa galaunya tatkala memikirkan kehidupan suramnya. Dia rasa selesa. Dia rasa bahagia menyelinap masuk.

Lama Nuh mengamati melodi itu, barulah dia dapat menangkap dengan jelas melodi yang dimainkan oleh Nia itu. Sebuah melodi yang popular dalam filen Titanic, 'My heart will go on' nyanyian dari penyanyi tersohor iaitu Celine Dion.

Melalui lagu yang dimainkan oleh Nia, Nuh dapat merasakan Nia itu dalam 'kesunyian' dan 'kerinduan'. Mungkin Nia tengah merindukan seseorang yang begitu jauh dimata tapi sangat dekat dihatinya. Mungkin Nia itu nampak kuat dimata kasarnya, tapi tidak pada hati gadis itu. Itu yang Nuh boleh gambarkan tentang gadis yang bernama Nia Jasmine itu.

Keasyikan menggesek violin terhenti dengan tiba-tiba bila Nia dapat merasakan kehadiran seseorang di situ. Nia pantas toleh ke belakang, bulat matanya bila ternampak Nuh sedang berpeluk tubuh, bersandar pada pintu sliding dengan mata lurus dihalakan kepadanya.

''Apa awak buat kat sini?'' Sedikit kuat Nia menyoal, terkejut dengan kemunculan Nuh yang tiba-tiba. Dia sangkakan semua orang sudah pun lena diulit mimpi memandangkan waktu sekarang sudah lewat malam. Cuma mata dia sahaja yang degil tak mahu lelap. Dia merindukan 'keluarga' yang jauh di kota London. Sudah lama mereka tidak bersua, hanya telefon yang menjadi penghubung antara mereka.

"Kau rasa, apa yang aku buat kat sini? Aku tengah makan nasi ke?" sarkastik Nuh membalas. Tangan yang berpeluk tubuh itu dijatuhkan ke sisi, perlahan-lahan dia menapak mendekati Nia.

Nia gigit bibir, menghadiahkan jelingan mata. Tak boleh ke jawab elok-elok? Habis terabur segala emosinya sebentar tadi.

"Kenapa pilih 'My heart will go on?"

Nia terngadah. 'Apa jenis soalan Nuh tu?'

"Is there a problem with you?" Nia malas mahu cari gaduh dengan Nuh. Rosak sudah moodnya untuk terus menggesek violin kesayangannya. Dia beralih ke meja bulat yang sedia ada di situ lalu meletakkan viloin di situ. Beg berwarna biru gelap yang tertera nama An-jell itu dicapai lalu membukanya. 

'An-jell? An-Jell for what?' Hujung kening Nuh ternaik, dia pandang Nua yang sedang meletakkan violinnya.

''I'm just asking. I think that song is about someone distant away. Am I right?" Nuh meneka, mahu korem rahsia hati Nia.

Nia pandang Nuh seketika. Lalu dia jatuhkan pandangan pada violinnya semula. Satu keluhan kecil terlepas dari bibir Nia.

"It's not your concern."

Nuh angkat bahu. Tanda malas mencampuri urusan Nia kalau sudah itu yang Nia pilih sebagai jawapan.

"Kenapa kau tak tidur lagi? Esok kau tu sekolah." Nuh mengubah topik. Matanya masih tidak lepas dari memerhati kelakuan Nia yang sedang melakukan pembersihan pada papan violin dan bownya dengan menggunakan kain khas yang dikhususkan untuk membersih vilolin selepas digunakan.

"Saya tak boleh tidur. Itu yang saya keluar main violin ni. Selalu pun memang macam tu, kalau saya tak boleh tidur, mesti saya keluar ke sini. Sambil ambik angin, sambil tenangkan fikiran." Nia tidak sengaja membuka cerita.

"Oooo... pandai kau main violin. Siapa ajar kau?"

Kelakuan Nia tiba-tiba terhenti. Nuh juga perasan dengan kelakuan Nia itu. Entah kenapa hatinya meneka ada satu kisah yang sangat menarik tentang Nia. Dan dia terasa ingin tahu!

"Emm saya ada join kelas dulu. Sekarang je tak sempat. Makin sibuk nak exam."

Hanya itu jawapan Nia tapi susah untuk Nuh percaya. Join kelas violin di kampung macam ni? Join kat mana? Dia bukannya bodoh untuk ambik tahu, di kampung macam ni apa saja yang ada? Lainlah kalau perlu keluar ke bandar yang besar sikit, tak mustahil ada kelas berbayar yang ditubuhkan untuk mengajar anak-anak kecil main instrument muzik seperti piano.

"Kau memang minat main violin ke?"

"Minatlah jugak. Boleh buat hilang rasa sunyi. Dah kenapa awak ni tak tidur lagi?" Lencong topik. Tidak selesa bercerita perihal dia kepada orang luar lebih-lebih lagi pada Nuh Jazmin. Tak penting.

''Aku? Ohh lupa! Aku nak pergi dapur, haus." Nuh tepuk dahi sendiri bila dia sudah terlupa tujuan asal keluar dari biliknya.

Nia senyum segaris sambil menggeleng. Lucu jugak mamat k-pop ni.

''Okay lah, aku ke dapur dulu. Kau tu masuklah tidur, dah pukul berapa ni," pesan Nuh tapi kakinya belum berganjak dari tempatnya. Dia menunggu sehingga Nia selesai membersih instrumentnya.

"Emm ye lah. Saya nak masuklah ni."

Nia baru mahu angkat punggung dari kerusinya tiba-tiba ada bunyi notifikasi WhatsApp masuk ke telefon pintarnya. Nia buka dulu aplikasi itu. Demi melihat nama yang terpampar, Nia tersenyum senang. Tiba-tiba wajahnya berubah, ceria dengan senyuman melebar.

Nuh yang perasankan Nia duduk semula itu kembali toleh pada Nia. Cahaya yang terbias dari skrin telefon terpantul pada segenap inci wajah Nia, Nuh baru perasan malam ini Nia tidak memakai cermin mata besar bulatnya membuatkan cahaya skrin telefon terus memancar kena pada anak mata Nia. Nuh bagaikan tergamam bila melihat rupa sebenar Nia tanpa cermin mata itu. Anak mata Nia, berwarna hazel. Cantik!

Satu pesanan ringkas dari orang jauh, Nia tatap dengan penuh perasaan.

_I don't know why, but tonight... I feel like someone misses me_

Sengihan lebar dibibir Nia itu membuatkan Nuh rasakan sesuatu. Rasa yang tak pernah ada selama ini. Dia berdecit.

"Emm dah la tu, pergi masuk tidur." Tiba-tiba Nuh menegur, tidak senang.

Nia angkat muka, lihat Nuh yang masih membatu ditempatnya sedang melihatnya dengan panahan mata yang agak dingin. Nia tiba-tiba rasa kekok dengan keadaan itu lalu menyimpan kembali telefonnya. Bingkas dia bangkit dari kerusi.

Mereka berpisah arah, Nia ke bilik tidur Mia dan Nuh ke dapur di tingkat bawah.

Продолжить чтение

Вам также понравится

YUVIKA: The Needed Love Riona

Любовные романы

1.5M 112K 42
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
Accidental Marriage A E I N 🌼

Любовные романы

4.1M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
Red Roses Prachi

Любовные романы

268K 20.4K 60
Archana have everything that a girl could wish for, studying in one of the top universities of India, she have everything a human ever need, loving p...
Royally yours Srinidhi Chava

Любовные романы

2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...