Cinta Dua Dunia

De sarahdianamarcella

74.5K 6.3K 683

Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pega... Mai multe

Words
Prolog (Edit)
1
2
3
4
5
6 ( Edit)
7 (Edit)
8 (Edit)
9 ( Edit)
10 (Edit)
11 ( Edit)
12 ( Edit)
13 (Edit)
14 (Edit)
15 ( Edit )
16 ( Edit)
18 Edit
19 (Edit)
20 ( Edit)
21 (Edit)
22 (Edit)
23 ( Edit)
24 ( edit)
25 ( edit)
26 ( edit)
27 ( edit)
28 ( edit)
29 edit
30 ( edit)
31 ( edit)
32 ( edit)
33 ( edit)
34 ( edit)
35 ( edit)
36 ( edit)
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51

17 (Edit)

1.6K 141 15
De sarahdianamarcella


Hazel hanya menjuntai kaki di pangkin, otaknya masih lagi tidak mampu menghadam apa yang berlaku sebentar tadi.

Rasa sepanjang dia di sini, ini lah perselisihan pertama dia dengan Tun Utama.

Mana taknya.....

Tun Utama berkeras sungguh untuk tidak melibatkan Hazel akan calon pemilihan ini malahan dia bercadang untuk menghantar Hazel ke rumah saudaranya di Pehan sementara sesi sedang berlangsung. Apa ni?

Dia ingat dia bapak aku ke? Pentingnya untuk aku masuk ke istana itu, sebab itu lah jalan untuk aku tahu apa sebenarnya yang berlaku. Loket itu ada kena mengena dengan apa yang berlaku dengan aku sekarang.

Tapi Hazel tahu dia tak boleh berkeras dengan Tun Utama sekarang. Angin orang tua tu berubah ubah. Cuma apa yang pasti, dia nampak Tun Utama seakan akan tidak suka dia mempunyai kaitan dengan istana, apantah lagi dengan si Putera Andhika.

Haih, buntu dia kejap. Jangan sampai dia terpaksa guna cara lain. Mungkin menyusup masuk curi curi ke pemilihan. Atau nak ekstrim, pecah masuk ke istana dan curi loket tu. Tapi itu dah kira berani mati sebab dia sendiri tak tahu loket itu palsu atau asli.

Buat ke loket tu palsu, sia sia je kalau kena tangkap.

"Hazel," panggilan itu menarik Hazel ke realiti semula. Susuk tubuh Mak Kemboja memenuhi kornea mata. Hazel lantas memperkemaskan duduknya. Tadi terkangkang macam jantan. Mak Kemboja ni tak boleh bab bab tu. Dia kata masuk angin lah, peranakan jatuh lah, susah nak dapat anak lah.

Kalau mengikut teori ilmu sebagai doktor, itu semua hanya mitos. Tapi memandangkan dia berada di zaman ini, nak tak nak Hazel kena ikut aje.

Mak Kemboja melabuhkan punggungnya disebelah Hazel.

" Hazel janganlah ambil hati akan kata kata ayahanda Tun Utama tadi. Dia cuma tidak mahu Hazel terbeban di sini. Keluarga Hazel entah di mana mana, jadi kami rasa bertanggungjawab untuk menjaga Hazel," pujuk wanita berusia itu, sambil mengusap rambut beralun gadis itu.

Hazel hanya mendiamkan diri, tidak tahu untuk membalas kata kata. Baginya Tun Utama terlalu mengongkong dirinya yang baru sahaja hadir ke dalam keluarga itu. Sifatnya mengingatkan dia pada papanya, Dato Imran. Cukup mengongkong semua pergerakan. Dia menjadi doktor, itu pun setelah bergaduh besar dengan Dato Imran tentang menyambung pengajian.

Kalau boleh Dato Imran mahu ikat kaki Hazel tambat di rumah seperti lembu.

" Mungkin ada sebab ayahanda lakukannya. Hazel jangan fikirkan sangat. Mungkin Hazel boleh belajar cara mengait sulaman. Ibu lihat Hazel masih belum mahir akannya. Ibu akan ajar Hazel nanti ya," sambung Mak Kemboja sambil tangannya mengenggam tangan gadis itu.

Ada sesuatu yang bermain difikiran Mak Kemboja, yang tak mampu diluahkan olehnya. Akhirnya dia menghembus nafas panjang.

" Ibu harap Hazel akan temui apa yang Hazel cari,"ujar Mak Kemboja separa berbisik.

Hazel berpusing melihat Mak Kemboja, terkebil kebil dirinya tidak faham akan ayat ayat aneh Mak Kemboja.

" Hazel tak faham ibu. Temui apa?," soal Hazel, hairan.

Tetapi Mak Kemboja menggeleng sambil tersenyum nipis.

" Tak perlu faham, kerana satu hari nanti Hazel akan tahu sendiri."

—————————————-

Putera Andhika baru selesai menelaah kitab ketika pintu dibuka dan susuk seorang gadis masuk melangkah sopan. Dia mengeluh kecil. Entah mengapa dia tidak sukakan pertemuan ini.

Puteri Liza menghampiri Putera Andhika yang sedang duduk. Wajahnya dimaniskan walau hatinya benar benar walang.

" Ampun Tuanku. Maaf patik menganggu. Boleh kita berbicara sebentar?" Pohon Puteri Liza, gerak tubuhnya begitu lembut dan menawan. Sesuai dengan wajahnya yang jelita. Tetapi itu pun tidak mampu memikat hati si Putera Mahkota itu.

Dia memang kenal Puteri Liza sejak kecil. Pernah menjadi rakan sepermainan dahulu. Tapi entahlah, dia langsung tak ada hati pada gadis itu. Sedangkan dia tahu Puteri Liza sudah lama sukakannya.

Putera Andhika lantas bangkit menyimpan kitab di almari yang menempatkan puluhan buku di belakangnya dan duduk kembali. Wajahnya kekal dingin.

" Silakan Puteri Liza, duduk lah."

Puteri Liza mengambil tempat di hadapan Andhika. Hanya meja panjang yang memisahkan mereka. Keduanya senyap seketika.

" Bolehkah patik tahu mengapa Tuanku mahukan gundik?" Puteri Liza menyusun soalan permulaan, apa yang dipendam sejak berhari hari lalu cuba ditahan sebaik mungkin.

Dia sedih, kecewa, dia seolah dipermainkan. Ketika kedatangannya tempoh hari, Putera Andhika mesra menyambutnya dan bersetuju mengahwininya. Kini, apa sudah jadi? Tergamak mencari gundik sedangkan dirinya masih belum sah dijadikan isteri rasmi.

Dia tahu Andhika tidak mencintainya. Tetapi cinta itu boleh dipupuk bukan? Salahkah dia meminta itu sahaja? Dia rela menghambakan diri, dia rela tidak dilantik Permaisuri, asalkan lelaki itu mencintainya.

Sukar betul mendapatkan hati si jejaka itu.

Terlalu sukar.

Putera Andhika hanya menayang wajah tidak beriak. Sama seperti tadi. Senyap tidak berbunyi. Hanya dinding menjadi saksi.

Dan itu menambahkan jeruk rasa di hati Puteri Liza. Apa susah sangatkah mahu menjawab soalan itu?

" Apakah diri patik tidak cukup fungsi untuk dicintai? Apakah patik tidak seperti yang Tuanku inginkan? Beritahulah patik Tuanku, apa yang kurang tentang patik? Patik akan cuba perbaikinya biar cukup di hadapan Tuanku kelak, apantah lagi setelah kita bernikah. Beritakan sahaja Tuanku," pilu suara Puteri Liza menutur kata seolah mengemis kasih dan simpati dari Putera Andhika.

Belum pernah Liza merasakan hingga tahap begini dia perlu merayu demi secebis cinta tidak terbalas. Sebelum ini dia sangkakan perasaan dirinya akan tidak terluka apabila Andhika bersetuju mengahwininya. Tetapi apabila Andhika sendiri menganjurkan untuk mencari gundik, ianya seolah mencalar maruahnya sebagai bakal isteri Putera Mahkota itu.

" Tidak sama sekali Puteri Liza. Tuan hamba sudah cukup sempurna sebagai seorang dara," ringkas balasan Andhika, menambah robek hati Puteri Liza.

Jadi apa kah sebabnya kandaku Andhika?

" Jika begitu, terangkanlah mengapa? Apakah keperluan mencari gundik itu terlalu mencengkam hati Tuanku? Atau...adakah sebenarnya Tuanku sukakan gadis lain?" Payah sekali kata kata akhir itu meluncur keluar dari mulut Puteri Liza. Dia takut, takut sungguh akan kebenaran jika benar Andhika mencintai gadis lain.

Hatinya akan sungguh terluka.

Reaksi diam dari si jejaka itu membuatkan Puteri Liza bungkam. Bimbang ketakutan itu menjadi kenyataan.

"Tuanku..jadi..."

" Usah bimbang akan perasaan beta, Puteri Liza. Beta akan sedaya upaya untuk mencintai bakal isteri beta,"pintas Puteri Andhika seraya memandang tepat ke dalam mata Puteri Liza.

Tiada perasaan, detik hati Puteri Liza. Perasaan jejaka itu seolah olah sudah mati. Separuh hatinya lega mendengar kata kata balasan Putera Mahkota itu, tetapi ianya tidak cukup untuk menjelaskan mengapa dia mahukan gundik.

"Jadi apa sebenarnya dengan pencarian gundik itu Tuanku? Apa yang Tuanku mahukan sebenarnya?" Liza masih belum berpuas hati. Dia rasa masih tidak selamat biarpun dengan jaminan Andhika akan tetap mengahwininya.

Andhika tarik nafas sesaat.

" Beta rasa, tuan hamba masih belun ada hak untuk ketahui apa yang beta mahu. Jangan lebih batas Puteri Liza. Kita bukan suami isteri. Sekiranya tuan hamba sudah tiada apa apa yang mahu dibicarakan, kita tamat disini sahaja. Beta ada sesuatu yang perlu diurus," Andhika lantas bangun dan berjalan kembali ke arah kabinet yang mengandungi buku buku coklat tebal dan beberapa gulungan lembaran putih.

Seolah olah perbincangan sebelum itu tidak berlaku.

Fahamlah Liza akan isyarat Andhika. Lelaki itu tidak mahu lagi meneruskan perbincangan. Rasa terhina dengannya, Liza bangkit berdiri dan menunduk hormat. Matanya sudah bertakung tetapi dia cuba menahan dari keluar membasahi pipi.

"Patik mohon maaf jika patik melebihi batas. Patik juga punya sesuatu untuk diurus. Junjung perintah Tuanku."

——————————————

Edit- 29/1/2024

Disaran membaca dari Prolog semula kerana author telah menukar hampir semua jalan cerita..

Hi korang❤️

Continuă lectura

O să-ți placă și

3.9K 424 32
Kerana benci, dia yang tidak berdosa menjadi mangsa. kerana dendam, harga dirinya diragut paksa, Kerana cinta, dia rela mengalah. TIARA SAZEEHA, g...
69.5K 3.5K 26
Atisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempu...
34.3K 2.9K 41
SINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi t...
788K 63K 63
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara ked...