The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 36

3.2K 98 10
By lemonellow

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1

Zarif menarik tangan Mikayla yang dilihatnya dari tadi sedikit gelisah. Satu lagi tangannya sedang menolak troli luggage milik mereka berdua. 

"Sayang cari apa?" tanya Zarif.

Mikayla kemam bibir. Dia sebenarnya mencari Zulfa. Semalam mereka terpisah apabila Zarif mengajak dia bermalam di Hotel Sama Sama. Zulfa pula tidur di rumah dan akan bertolak awal pagi dihantar oleh Pak Karim ke KLIA.

"Flight lagi 3 jam kan abang?"

"Haah, jomlah kita drop luggage dulu." ujar Zarif sambil menolak troli ke kaunter drop luggage MAS Airlines. Mikayla membuntuti langkah Zarif sambil matanya meliar mencari Zulfa.

Selesai urusan mereka, Zarif mengajak Mikayla mengisi perut di Old Town White Coffee. Sedang mereka berjalan beringin sambil berpegangan tangan tiba tiba Mikayla terkaku. Zarif juga turut menghentikan langkah. 

Terbuntang mata Mikayla melihat susuk tubuh yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka itu. Dikerling Zarif disisi. Dia sudah takut. Takut kena marah dengan Zarif.

Zulfa di hujung arah sedang  mengemam bibir. Dia sudah membuat muka kesian. Takut dimarah Mikayla. Zuhail di sebelah pula hanya tersengih siap mengangkat dua jari 'peace'. Bangga dapat mengacau rancangan Zulfa dan Mikayla.

Membulat mata Mikayla melihatkan muka Zuhail yang sungguh menyakitkan hati ketika itu. Mikayla tak faham kenapa Zuhail boleh ada sama. Dia hanya plan dengan Zulfa. Tiada langsung niat untuk mengajak Zuhail. 

"Sayang? Explain." serius suara Zarif. 

Mikayla telan liur. 

Mereka berempat kini sedang duduk menghadap di Old Town White Coffee dengan Mikayla di sebelah Zarif dan Zulfa serta Zuhail di depan mereka berdua. Zuhail duduk bersandar tenang sambil meneguk minuman di tangan. Zulfa pula nampak takut takut di sebelahnya.

"Jadi, Mika memang plan dengan Zulfa tanpa bagitahu abang and now si Zuhail ni pula datang tanpa diundang." Soal Zarif tanpa senyum setelah mendengar cerita isterinya.

Mikayla mengangguk. Dia takut nak memandang Zarif sekarang.

"So kau dah beli tiket ke?" tanya Zarif ke arah Zuhail pula.

"Dah, aku dah check in dengan Fafa tadi." 

Zarif mendengus geram. 

Zulfa sebenarnya terkantoi dengan Zuhail apabila abangnya itu nampak dia sedang mengemas barang petang sehari sebelum dia akan ke Bali. Terus sahaja dia disoal siasat. Selepas terkantoi Zuhail turut menempah tiket kapal terbang. Mahu ikut serta. Alasan yang diberi adalah dia taknak Zulfa mengacau Zarif dengan Mikayla. Nanti Zulfa boleh tidur sebilik dengan dia.

"Kau jangan risaulah bro, aku takkan kacaulah honeymoon kau dengan Mika. Aku datang just nak jaga princess ni haaa. Aku pun teringin nak jalan jalan Bali jugak." ujar Zuhail sambil menuding ke arah Zulfa.

Mikayla menjeling tajam ke arah Zuhail. Cepat cepat dipaut tangan suaminya.

"Abang, Mika mintak maaf. Mika nak ajak Fafa sebab Mika dah janji dengan Fafa. Cuti abang pulak sekejap jer jadi nanti dah tak ada masa." ujar Mikayla sambil memegang erat tangan Zarif. Zarif hanya diam. Dia biarkan sahaja tangannya kirinya digenggam isterinya. 

Zuhail sudah tergelak dalam hati memandang wajah Mikayla saat itu. Tahu juga Mika takut dengan Zarif tapi berani buat plan nak ajak Zulfa senyap senyap.

"Abang nak bawa Mika pergi honeymoon and you decide to bring Fafa also. How am I not angry. You didn't even discuss this with me first. Buat keputusan sesuka hati jer!"

"Abang, abang janganlah marah Mika, Mika cuma tersepit sebab Mika janji dengan Fafa." rayu Fafa perlahan. Kesian melihat muka kakak iparnya.

"And you Zulfa, macam mana boleh terfikir setuju nak join Mika. Fafa tahu kan abang cuti ni demi nak bawa isteri abang pergi honeymoon? Mama tak larang ke Fafa ikut sekali?" bebel Zarif.

"Mama ingatkan abang tahu..." ujar Zulfa perlahan.

Zarif mengeluh. Dikerling seketika ke arah Mikayla disisinya. Pautan tangan mereka itu tidak dilepaskan. 

"Kalau abang tak nak maafkan Mika?"

"Mika janji Mika akan buat apa sahaja asalkan abang dapat maafkan Mika. Please... Mika tak nak abang marah Mika. Mika sedih kalau abang marah marah macam ni." ujarnya sedikit sebak. Tangan dicium berkali kali. Mahu melembutkan hati suaminya.

"Anything?"

"Yes, anything abang!" ujar Mikayla yakin.

...............................................

Bali, Indonesia

Sampai sahaja di Ngurah Rai International Airport, driver yang sudah ditempah untuk membawa mereka sepanjang berada di Bali terus menghantar mereka berempat ke hotel. Untuk 3 hari pertama Zarif menempah di Padma Resort Ubud. Terpaksa dia menempah bilik baru juga untuk Zuhail dan Zulfa. Nasib baik masih ada kekosongan bilik untuk Twin Deluxe Executive Room yang dimahukan Zuhail.

Mereka tiada plan untuk kemana mana hari itu walaupun hari masih kesiangan. Jadi masing masing melepak di bilik. Hanya Zuhail yang keluar meronda ronda sekitar Padma Resort. Resort di lereng bukit itu memang cantik. Selepas asar Zulfa menelefon Zarif untuk mengajak Mikayla turun bermandi manda di kolam tapi ketika itu Mikayla sedang tidur. Jadi dia menolak ajakan adiknya untuk Mikayla yang sedang nyenyak tidur. Dia pun turut tidur selepas itu.

Malam itu Zuhail mengajak semua makan di restoran mewah di resort itu. Selepas dinner Zuhail menyuruh semua untuk recharge tenaga dan tidur awal kerana kata adiknya, jadual perjalanan mereka agak packed esok.

Zarif duduk di sofa selepas mandi. Tuala masih tersidai di kepala. Rambutnya masih basah. Dia bangun untuk menghampar sejadah. Mikayla pula masuk ke bilik air untuk berwuduk. Mereka belum solat Isyak.

Dia duduk kembali di sofa. Wajah Mikayla yang baru keluar dari bilik air dipandang. Dia perhatikan sahaja tingkah Mikayla sedang mengeringkan muka dan rambutnya yang basah. Setelah itu Mikayla menyarung telekung. Mikayla angkat muka memandang Zarif.

"Jom solat!" ajak Mikayla. Zarif hanya tersenyum seraya bangun dari duduk untuk mengimamkan solat mereka berdua.

Selesai solat Isyak dan bersalaman, Mikayla naik memanjat katil. Sejadah dibiarkan. Telekung juga tidak dicabut. Zarif mendekati Mikayla setelah mengantungkan sejadah di sofa.

"Mika dah mengantuk ke sayang?" tanya Zarif sambil membuka telekung yang masih dipakai isterinya.

"Hmmm"

Zarif bangun meletakkan telekung solat itu berdekatan dengan sejadah. Dia kembali ke katil dan berbaring disebelah Mikayla. Pinggang Mikayla yang sedang membelakangi dia itu dipeluk erat. Zarif tunduk menghidu haruman losyen di leher isterinya.

"Sayang..."

"Hmmm..."

"Sayang...."

"Hmm kenapa?"

"Boleh tak abang nak Mika malam ni? Hmm?" bibirnya mencium leher Mikayla berulang kali. Terbawa bawa nafsu sendiri.

"Nak apa?" tanya Mika gugup. Dia pura pura tidak faham. Jantungnya berdegup laju dengan sentuhan sensual Zarif ketika itu.

"Abang nak Mika..." ujar Zarif dengan suara sedikit mendesah.

"Abang..." ujar Mikayla perlahan. Terasa geli apabila lehernya digomol Zarif begitu.

"Mika takutlah abang..."

"Mika rasa macam belum ready..."

Zarif melepaskan pelukan di pinggang Mikayla. Dia tarik tubuh Mikayla yang sedang mengiring untuk berbaring menghadapnya. Mika sudah mengemam bibir. Takut untuk menatap anak mata Zarif yang nampak berbeza malam itu. Dibiarkan tangan Zarif mengelus rambut dan wajahnya.

"Mika cakap tadi Mika sanggup buat apa jer asal abang maafkan Mika sebab Mika ajak Fafa sekali join honeymoon kita... Abang boleh maafkan kalau Mika izinkan abang tuntut hak abang malam ni. Boleh tak sayang?" ujar Zarif perlahan. 

Mikayla gigit bibir. Zarif sudah menuntut hak. Apa lagi yang boleh dibuat. Zarif suaminya. Memang berhak ke atasnya. 

Zarif merenung menunggu keizinan Mikayla.

Mikayla membalas tatapan itu sebelum mengangguk perlahan.

Zarif terus tersenyum melihat persetujuan itu. 

"A-abang jangan kasar kasar..." ujar Mikayla takut takut.

"Takkan abang nak kasar kasar dengan isteri abang." seksi kedengaran suara Zarif ketika itu.

Malam itu Zarif membawa Mikayla masuk ke dalam kenikmatan yang halal. Bahagia dia kerana akhirnya berjaya memiliki Mikayla sebagai isteri dalam erti kata yang sebenar. Makin bangga apabila dia sudah mendapat bukti kukuh bahawa mulut mulut orang yang mengata Mikayla mempunyai scandal dan mengandung luar nikah sebelum ini semuanya fitnah semata-mata. 

.............................................

Zarif berkerut dahi apabila bunyi alarm subuh menganggu lenanya. Dia meraba raba tempat tidur di sebelah. Rasanya semalam dia tidur peluk Mika. Matanya dicelik sebelah. Terjongket sedikit keningnya melihat Mikayla yang sudah terjaga dan isterinya itu sedang duduk merenung skrin telefon.

Ditenung wajah Mikayla yang nampak riak kegusaran.

"Sayang kenapa ni?" Zarif melingkarkan tangannya ke pinggang Mikayla. Mata masih mengantuk.

"Abang! Mika baru teringat nak check tracker. Mika tengah minggu subur ni abang..."

"Semalam tu--"

Zarif yang mendengar terus mencelikkan mata.

"Minggu subur?" Zarif pandang riak risau Mikayla.

"Mika kan baru habis period sebelum kita datang sini... kalau semalam jadi macam mana?"

Zarif bangun dari berbaring.

"Sayang takut mengandung ke?" tanya Zarif sambil matanya memerhatikan reaksi wajah isterinya itu.

"Takutlah! Macam mana kalau tiba tiba terus lekat?!" bentak Mikayla seraya memukul bahu Zarif.

"Sayang..." Muka Zarif sudah berubah riak.

"Sayang taknak anak dengan abang ke?" Terlukis riak kecewa di wajah Zarif.

Mikayla buru buru pandang wajah Zarif. Nampak muka lelaki itu jelas kecewa.

"Abang--" terhenti ayat Mikayla. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia sudah terlepas kata. Bukan itu maksudnya.

Zarif sudah menyelak comforter. Seluar pendeknya yang berada di bawak katil ditarik lalu dia bangun menyarung seluarnya itu. Dia bangun dari katil. Ditepis tangan Mikayla yang mahu menahannya.

"Abang!" Mika sudah gelabah. Zarif sudah merajuk dengannya.

Mikayla cepat cepat membalut tubuhnya dengan comforter sebelum cuba melangkah mengejar Zarif. Tidak sempat kerana suaminya itu sudah menutup pintu bilik air.

"Aww!" Mika tersadung comforter sendiri dan terjatuh. Dia rasa lemah lutut. Terasa sedikit senak. Ini pasti gara gara aktiviti mereka berdua semalam. Serentak itu dia terdengar pintu bilik air terbuka. Nampak riak wajah risau Zarif keluar dari bilik air.

"Sayang okay tak?" buru buru Zarif merapati Mikayla yang sedang terduduk di lantai bilik.

"Sakit...sikit..." ujar Mikayla perlahan sambil mengemam bibir. Bercampur aduk perasaan malu dan bersalah dalam diri.

Zarif cepat cepat mencempung tubuh Mikayla dan diletakkan di atas katil. Dia juga turut rasa bersalah menyebabkan isterinya sakit kerananya.

"Abang..." panggil Mika perlahan. Tangannya memegang rahang Zarif lembut. Zarif masih merajuk dengannya tapi suaminya itu tetap mengutamakan dia. Terharu dengan reaksi Zarif tadi.

"Mika minta maaf sebab buat abang terasa hati dengan Mika." ujar Mikayla lembut. Matanya sudah berair kerana rasa bersalah yang kuat.

Zarif panik melihat air mata Mikayla. Laju dia mengesat air tubir mata isterinya.

"Abang terasa dengan ayat Mika tadi kan?" tanya Mikayla apabila Zarif masih belum bersuara.

Zarif hanya diam memandang wajah Mikayla. Tipulah kalau dia cakap dia tak terasa. Sungguh kecewa melihat reaksi Mikayla tadi. Nampak risau sungguh isterinya itu kalau termengandung disebabkan oleh dia. Dia tak faham kenapa isterinya perlu risau. Mereka sudah sah bernikah dan hubungan itu halal.

"Mika bukan tak nak anak dengan abang..." ujar Mika lirih. Dipandang anak mata suaminya itu.

"Mika cuma takut. Takut Mika belum sedia nak jadi seorang ibu. Dengan keadaan sekarang ni... Mika tak tahu Mika mampu atau tak. Rasa macam belum layak..." Air matanya makin laju turun. Jujur dia bukan tidak mahu mengandungkan zuriat untuk Zarif. Dia cuma takut dengan diri sendiri. Mampukah dia? Layakkah dia? Dengan keadaan dirinya sekarang yang belum selesai dengan pelbagai masalah.

"Sayang..." Zarif sudah diterpa rasa bersalah. Dia sekali lagi telah meragui isterinya itu. Patutnya dia tanya dulu tadi kenapa isterinya itu takut untuk mengandung. Dia patut bertanya bukannya terus menganggap Mikayla tidak mahu mengandungkan zuriatnya.

Air mata Mikayla yang membasahi wajah dikesat Zarif dengan jari jemarinya.

"Abang minta maaf sayang..." ujar Zarif yang turut sedih.

"No, Mika yang patut minta maaf dengan abang. Mika buat abang rasa kecewa. Mika tak patut nak rasa risau. Kalau jadi pun disebabkan semalam, Mika patut syukur sebab Mika dapat mengandungkan anak abang. Kita ni dah halal dan patutnya Mika dah bagi hak abang tu lama dah. Tapi Mika buat abang tunggu. Mika ni isteri yang tahu diuntung kan abang... Suka derhaka dengan suami..."

"Sayang no. No sayang!" Zarif sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia turut sebak mendengar kata kata Mikayla. Tak pernah langsung dia rasa begitu terhadap Mikayla.

"Mika isteri terbaik untuk abang. Abang tak nak orang lain kalau orang tu bukan Mika. Mika, sebagai suami walaupun abang ada hak tapi seorang suami juga patut bagi peluang dekat isterinya untuk bersedia. Itu hak seorang isteri tuan empunya badan. Abang tahu bukan mudah nak serahkan mahkota paling berharga dalam diri seorang perempuan. Sebab tu abang tunggu Mika, abang bagi peluang untuk Mika"

"Walaupun abang akui abang memang mahukan Mika. Abang lelaki, dan Mika orang yang abang sayang. Orang yang halal untuk abang. Jadi iman abang tak cukup kental kalau berdua dengan sayang. Tapi abang tetap taknak paksa Mika. Semalam tu pun abang still tunggu izin dari sayang. Kalau semalam sayang tak izinkan. I will not touch you."

Zarif pandang wajah Mikayla. Dikucup dahi itu.

"Terima kasih sebab Mika sudi bagi diri Mika pada abang. Terima kasih sebab sayang serahkan mahkota paling berharga sayang untuk abang seorang. Abang patut ucap benda tu tadi lagi. Abang tak patut ikut perasaan sendiri tadi. Patutnya abang fahami perasaan Mika." 

"Sayang, terima kasih jagakan diri sayang sebaik-baiknya untuk abang." Rahang Mikayla dipegang lembut sebelum dia melabuhkan ciuman ke bibir isterinya itu. Syahdu pagi itu terasa.

"Abang..." Mikayla masuk kedalam pelukan Zarif. Tangisan masih lagi belum reda. Bukan tangisan bersedih tapi tangisan penuh rasa sebak dan terharu.

Mereka berpelukan seketika sebelum Mikayla tersedar.

"Abang!!! Kita kena mandi. Subuh dah nak habis!" ujar Mika kalut. Buru buru dia menolak tubuh Zarif menjauhi.

Zarif melepaskan pelukannya. Dia turut bangun berdiri.

"Jom mandi sama samalah. Abang mandikan Mika. Mika tu bukan boleh jalan elok sangat pun." ujar Zarif dengan lirikan nakal sebelum mencempung tubuh Mikayla ke kamar mandi. Cepat sungguh mereka menukar mood. Tadi kemain sedih sedih.

"Ahhh!" terjerit Zarif apabil terasa lengannya dicubit.

"Abang jangan nak cakap benda tak senonoh ehh!" ujar Mikayla geram.

"Apa? Betullah abang cakap. Siapa tadi jalan selangkah jer terus jatuh terjelepuk." usik Zarif.

"Siapa yang buat? Hah? Siapa?! Abang punya pasal lah ni! Dasar Beast!!" bentak Mikayla geram.

"Beast beast pun Mika enjoy jugak kan semalam? Jerit jerit nama abang semalam. Walaupun sebenarnya abang rasa semalam tu abang slow slow jer untuk first kita. Beast yang sebenar belum muncul lagi ni sayang. Just you wait for the real beast..." ujar Zarif sambil tersenyum nakal dengan kaki melangkah ke bilik air bersama Mikayla di cempungannya.

"Pervert!!!"

............................................

"Lambatnya!" bebel Zuhail apabila pasangan romantis itu melangkah mendekati meja. Nampak sweet berpegangan tangan begitu.

"Kau buat apa hah sampai lambat datang breakfast?" usik Zuhail ke arah Mikayla.

Mikayla menayangkan penumbuknya. Dia menarik kerusi untuk duduk di sebelah Fafa.

"Orang single duduk diam diamlah." bentak Mikayla sambil menjeling tajam ke arah Zuhail.

"Morning babygirl." berubah nada Mikayla apabila dia menyapa Zulfa. Pipi Zulfa dicium sekilas. Sempat dia menjelir lidah ke arah Zuhail yang sudah membuat muka tidak puas hati.

"Mika nak apa? Biar abang pergi ambik?" tanya Zarif yang masih berdiri.

"Eh Mika nak pergi tengok jugak." ujar Mika lalu cuba untuk bangun dari kerusi.

"Eh takpe, sayang duduk jer. Biar abang pergi ambik dengan Zuhail." Belakang tengkuk Zuhail dicengkam untuk memaksa adiknya itu bangun.

"Jom!" arah Zarif.

"Eh bro, bini kau tu ada kaki lagilah." bebel Zuhail tapi tetap diekori langkah Zarif ke arah makanan yang pelbagai di area restaurant.

Zuhail memang lebih tahu apa yang Mikayla suka makan jadi sebab itu dia suruh Zuhail yang memilih makanan makanan itu. Dia memang kena belajar lebih lagi pasal Mika. Rasa tergugat juga kerana adiknya itu lebih tahu darinya. Tapi dia tidak boleh putus asa. Dia tak boleh kalah dengan Zuhail. Mungkin dia perlu berguru dengan Zuhail.

..................................

"Abang, harini kita nak pergi mana?" tanya Zulfa kepada Zarif yang sedang menyuap makanan ke mulut Mikayla.

Zarif mengangkat muka. Dia menjuihkan bibirnya menunjuk ke arah Zuhail. Mastermind untuk jalan jalan sudah bertukar. Zuhail sudah ambil alih tugasnya. Dia kalau boleh taknak pergi mana mana. Dia nak berkepit sahaja dengan Mika dekat hotel. Memang dia langsung tak ada plan nak jalan jalan. Tengok sahajalah tempat tinggal yang dia tempah. Memang sesuai untuk duduk lepak lepak sahaja dalam bilik. Memang cozy habis.

Tapi plannya ternganggu dengan kehadiran adik adiknya yang menyibuk datang bersama. Frust dia bila dapat tahu yang dia tak berdua sahaja dengan Mika di Bali.

Membebel Zuhail bila dapat tahu yang dia langsung tiada plan. Jadi disuruhnya Zuhail yang buatkan itinerary untuk mereka berempat pusing pusing Bali. Terpaksalah juga keluar berjalan jalan.

"Harini kita pergi Pura Lempuyang Luhur. Kumpulkan tenaga anda!" ujar Zuhail seronok. Dia memang dah lama ingin mendaki kuil itu.

Mikayla yang sedang khusyuk makan mengangkat muka.

"Pehal kena kumpul tenaga?" tanya dia.

"Haha kau tengok jer lah kejap lagi." ujar Zuhail yang sudah tersengih. Dia tak sabar mahu mendera Mikayla. Dia tahu sangat Mikayla jenis yang tak aktif. Dah kalau hobinya tidur dan melukis sahaja bila masa kakak iparnya itu aktif.

"Lepastu pergi mana lagi? Bagitahulah semua terus abang!" bebel Zulfa.

"Heh sabarlah. Okay lepas kita dah settle dekat Lempuyang tu kita akan pergi waterfall. Tukad Cepung Waterfall. Air terjun tu jatuh masuk dalam gua. Sangatlah cantik abang tengok dalam gambar."

"Wow waterfall. Best best! Lagi abang, next what?"

"Tapi kita tak mandi dekat Tukad Cepung tu. Kita akan mandi dekat waterfall lagi satu. Tukad Cepung tu dalam gua so macam tak best sangat untuk mandi. Risau crowded. So abang dah suruh driver kita bawa kita pergi mandi dekat Air Terjun Gitgit. Situ lebih best nak mandi manda."

"Habistu nak tukar baju dekat mana?" tanya Mikayla yang sedari tadi khusyuk mendengar. Sebab itu best kalau bawak Zuhail pergi travel. Orang lain boleh berlenggang bawa diri sahaja. Zuhail akan sukarela aturkan itinerary.

"Situ ada area boleh tukar baju. Ni nanti naik bilik terus pakai baju untuk nak mandi. Bawak satu lagi baju untuk tukar and pakai for whole day. No dress and skirt please."

"Okay lepas kita selesai mandi manda kita akan pergi Tirta Gangga Water Palace, then Besakih Temple, Taman Ujung, then last sekali kita pergi Sidemen Valley. Semua tempat tu aktivitinya hanyalah jalan jalan dan bergambar. Makanya boleh bawa baju ootd yang cantik cantik untuk dipakai selepas mandi manda."

"Otw balik kita boleh singgah night market. Untuk makan makan pulak aku dah minta driver kita Om Gasti untuk bawa jer kita ke mana mana tempat yang dia nak recommend. Yang pasti halal dan sedap. Duit, kita paw abang sulung kita ni." seloroh Zuhail sambil menepuk nepuk bahu abangnya.

Zarif hanya menjeling sebal.

"Okay anak anak. Stop makan. Jom balik bilik tukar pakaian, bawa barang barang dan jumpa dekat lobi pukul 9 pagi sharp! Aku dah deal dengan Om Gasti pukul 9."

"Korang berdua jangan duk menggatal dalam bilik. Cepat cepat keluar." Laju sahaja Zuhail memberi amaran kepada Mikayla dan Zarif. Especially kepada Zariflah sebab Zuhail tahu abangnya itu sejak sejak kahwin memang miang keladi.

Laju sahaja kaki Zarif menyepak kaki Zuhail.

...........................................

"Kita kena daki anak tangga tu ke?" tanya Mikayla yang sudah mula melopong. Mereka sudah tiba di entrance Pura Lempuyang Luhur ketika itu.

Pura Lempuyang Luhur yang turut dikenali sebagai Gateway to Heaven itu mempunyai 1700 anak tangga yang perlu didaki. Pura itu berada di puncak Gunung Lempuyang.

Zuhail sudah tersengih.

"Yes mam. Kalau tak larat boleh mintak laki kau dukung. Fafa pulak jangan nak mengada nak minta abang dukung." Sempat lagi dia mengusik.

Mika mendongak memerhati tangga tangga tinggi itu. Dia melepaskan keluhan. Lupa si Zuhail ni sukakan aktiviti berpeluh begini.

Zarif merapati Mikayla.

"Sayang boleh ke nak daki tangga tu?" bisik Zarif kerisauan. Risau aktiviti malam mereka berdua semalam akan menyebabkan isterinya itu tak larat untuk mendaki anak anak tangga yang banyak itu. Itu lah sebabnya dia taknak pergi jalan jalan. Dia nak duduk bilik jer. Nama lagi honeymoon. Sekarang ni dah bukan honeymoon dah, dah jadi trip lawatan sambil belajar.

Mikayla yang mendengar cepat cepat memerhati sekeliling. Takut Zuhail dan Zulfa terdengar.

"Mika try jerlah. Abang jalan dengan Mika tau. Jangan tinggal Mika." pesan Mikayla.

"Nonsense abang nak tinggalkan kesayangan abang ni."

"Anda berdua! Cepat sikit!" jerit Zuhail yang sudah mula mendaki tangga bersama Zulfa.

"Jom!" ajak Zarif sambil menghulurkan tangannya ke arah Mikayla.

"Tak larat bagitahu. I will piggyback you."

Mika hanya tersenyum. Bahagia!

Setelah beberapa lama masa diambil, akhirnya dia dan Zarif berjaya tiba di puncak. Banyak kali dia stop tadi dan Zarif sudah berura ura ingin mengangkatnya. Zuhail tak perlu cakaplah, awal awal lagi si monyet itu sudah sampai ke puncak. Dasar monyet. Mereka turut bergambar di situ. Memang cantik. Selama ni tengok dalam gambar sahaja.

Setelah selesai mereka semua turun. Sempat Zuhail berpesan kepada driver mereka untuk menyinggah di mana mana. Mereka mahu membeli snack dan kudapan untuk dibawa ketika bermandi manda di air terjun sekejap lagi.

..............................................

"Larat tak nak singgah pasar malam?" tanya Zarif sambil badannya berpusing ke seat belakang. Dilihatnya Zulfa dan Mikayla sedang elok terlentok di bahu Zarif yang duduk di tengah tengah antara mereka berdua.

Mikayla yang tadinya kuyu lalu sahaja segar.

"Nak lah! Nak tengok ada apa!" ujarnya kuat.

Zuhail mencebir. Perempuan, kalau bab makanan dan shopping, yang sakit terus jadi sihat.

Selesai sahaja mereka bersiar siar melawat setiap kedai yang ada di pasar malam itu mereka pulang ke hotel. Masing masing sudah kekenyangan dan kepenatan. Sudah sore bak kata orang Indonesia.

Zulfa sebilik dengan Zuhail di tingkat 4 manakala Zarif dan Mikayla di tingkat lain.

Selesai solat maghrib Mikayla terus terlelap di katil. Zarif hanya membiarkan sahaja isterinya itu tidur. Nantilah dah masuk Isyak dia akan kejutkan.

.............................................

Keesokan paginya mereka bersiap lebih awal. Sudah dipesan Zuhail yang mereka akan terus bergerak dari hotel selepas breakfast.

Hari itu banyak aktiviti mereka. Seperti semalam juga, Zuhail menyusun jadual dengan melawati banyak lagi tempat menarik dan semula jadi di Ubud.

Tempat pertama yang mereka tuju adalah Hutan Monyet Suci di mana menjadi tempat perlindungan monyet yang berekor panjang. Hutan itu juga terdapat kuil lama yang diliputi lumut menjadikan kawasan itu menarik dan cantik sekali.

Mikayla mula mula membebel juga kenapa Zuhail membawa mereka melihat monyet. Siap dikutuk Zuhail datang untuk reunion dengan adik beradik berlainan negara. Memang teruk mereka membahan antara satu sama lain di situ.

"Dasar monyet, datang jauh jauh pun nak juga jumpa kaum sendiri." ejek Mikayla.

"Aku nak datang jumpa sedara kau lah ni. Takut dorang rindu. Kau asal sini kan dulu? Jangan nak berlagak jadi kacang lupakan kulit. Sedar diri dari mana kau datang." tak kurang Zuhail membalas ejekan itu.

"Babun!" jerit Mikayla.

Setelah itu mereka ke Istana Ubud (Puri Saren Agung) dan berpeluang melihat tarian tradisional Bali. Semua pakat teruja melihat seni bina istana lama itu. Selepas itu mereka turut diheret Zuhail ke Muzium Agung Rai. Memang betul betul terasa seperti lawatan sekolah.

Semua tempat yang dibawa Zuhail memang sangat cantik dan memukau. Setiap tempat mempunyai kisah tersendiri dan Zuhail pula rajin untuk menyelidik dan bercerita kepada mereka. Mikayla memuji Zuhail di dalam hati. Dia tak boleh nak puji kuat kuat sebab nanti Zuhail akan berlagak.

Hari ketiga mereka habiskan masa di dua tempat sahaja iaitu Bali Safari dan Marine Park serta Menjangan Island. Itu kerana Bali Safari dan Marine Park memang agak luas dan hampir separuh hari mereka di situ melawat setiap binatang yang ada. Selepas itu mereka ke Menjangan Island untuk aktiviti Island hoping. 

Mikayla yang teruja sampai terasa nak terjun masuk air. Zarif sudah awal awal memegang tangan Mikayla. Risau dengan isterinya itu. Takut ada yang jatuh laut nanti.

Zuhail pula sedang melayan perasaan sambil merakam video mereka berempat. Sempat lagi dia bernyanyi nyanyi.

"Yak yud wan wela hai chan lae ter mai tong cha karn ramla..."

"Yu kab chan dai mai phro ter nan keu khongkhwan chak bon fak fah..."

Berkerut dahi Mikayla mendengar lagu yang dinyanyikan Zuhail.

"Kau apahal nyanyi lagu Tangmo tu monyet?!" marah Mikayla apabila dia cam melodi lagu yang dinyanyikan Zuhail itu. Gila apa nyanyi lagu itu ketika mereka di atas bot! 

"Ni aku bawak kau jalan jalan naik bot kan? So, kena sangatlah dengan suasana." ujar Zuhail dengan nada mengusik. 

"Dasar monyet gila!"

"Kenapa dengan lagu tu sayang?" tanya Zarif pelik.

"Tu lagu yang viral dekat tiktok sebab pelakon Thailand yang mati ditolak jatuh dari bot abang." sampuk Zulfa. 

Terus Zarif berpaling ke arah Zuhail. Ditenung Zuhail dengan muka garang.

"Jangan sampai kau yang aku tolak keluar dari bot ni Zuhail!" 

Mikayla jelir lidah pada Zuhail. Seronok tengok Zuhail kena marah.

..............................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

34K 1.4K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI β€’ short love story β€’ WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
16.1K 664 18
Pernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia. "Aunty nak...
1.7K 150 6
Kerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia li...
8.1K 615 60
𝐌𝐫.π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐯𝐨π₯ 1 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: Raf's sweetheart Color personality:🟑 π‘¨π’Žπ’“π’Šπ’ π‘Ήπ’‚π’‡π’’π’Š π‘―π’‚π’“π’Šπ’” | 𝑡𝒖𝒓 π‘«π’‚π’“π’Šπ’π’‚ π‘Ίπ’π’‡π’Šπ’‚π’‰...