The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 34

3.1K 87 1
By lemonellow

Pejabat Tengku Zaid.

"Babah, nanti lepas dah settle kerja dan selesai pelancaran celebration Astana tu Zaf ingat Zaf nak bawa Mika bercuti." ujar Zarif. Ketika itu mereka berdua baru selesai berbincang tentang beberapa tender untuk Astana Construction. Tender itu telah dipilih Zarif ketika meeting bersama ketua projek dari Astana Construction. Dia hanya perlu tunjukkan sahaja pada Tengku Zaid untuk diluluskan.

"Baguslah tu. Babah nampak Mika pun dah bosan duduk rumah. Bolehlah bulan depan Zaf nak cuti. Sementara babah dengan Zuhail tengok tengokkan semua event yang berjalan bulan depan. Ambiklah cuti sebelum pelancaran exhibition. Berapa lama kamu nak cuti?"

"Dalam seminggu. Zaf ingat nak pergi Paris atau Switzerland." 

Tengku Zaid mengangguk.

"Ambil cuti awal bulan 3 tu, lepas opening ceremony untuk celebration kita. Tapi Zaf kena balik before pelancaran exhibition."

"Okay babah."

..........................................

IPD Cheras

"Ni tuan, laporan DNA. Dorang baru hantar selepas 5 hari. Delay sebab banyak masuk sample lain." keluh Inspektor Nuha. 

Inspektor Haris cepat cepat bangun seraya mengambil dokumen di tangan Inspektor Nuha. 

Dokumen sulit itu dibuka cermat sebelum isi dokumen itu ditarik. 

"Oh god! Betul apa yang saya suspect, Nuha!" ujar Inspektor Haris dengan nada sedikit kuat.

Keputusan ujian DNA Dato' Borhan dengan janin itu adalah sepadan! Jadi, memang benar seperti jangkaannya, Dato' Borhan mempunyai hubungan sulit dengan Ailin. 

"Kita dah boleh letakkan Dato' Borhan dalam senarai suspek!" ujar Inspektor Nuha yang teruja. Ada sinar untuk kes itu.

Inspektor Haris mengangguk laju. Di dalam otaknya sudah berfikir ligat untuk rancangan dia yang seterusnya.

"Pastikan Dato' Borhan tak keluar negara. Kita kena check balik alibi lelaki itu. Kalau perlu 

...................................

Pejabat Tengku Zarif

Dia baru sahaja melihat satu video yang ditunjukkan oleh Lilian. Video berdurasi 1 minit itu menunjukkan Mikayla sedang bertekak dengan Ailin pada malam Anugerah Bintang Popular di backstage melihatkan kepada pakaian yang dipakai oleh Mikayla dan Ailin di dalam rakaman. Mikayla kelihatan seperti sedang memberi amaran kepada Ailin dengan muka garang sebelum meninggalkan Ailin.

Zarif memicit dahi setelah melihat video yang telah tersebar di internet itu. Dia tak tahu pasal itu. Entah apa yang digaduhkan Mikayla dengan Ailin atau Zalika itu. Orang ramai masih belum tahu mengenai identiti sebenar Ailin kecuali beberapa orang yang berkait rapat dengan kes sahaja. Sudah pasti mereka akan menuduh isterinya itu kalau dilihat hanya melalui video pendek itu. 

Dia sudah menilik beberapa komen dari netizen tadi. Penuh caci maki kepada isterinya. Bengang dia apabila membaca segala komen di ruangan itu. Netizen seperti mereka yang suka berkata buruk tentang orang, memang menunggu sahaja apa apa gossip murahan para artis yang muncul di laman itu. Orang orang kepam yang tak ada kehidupan sendiri! Sudahlah mereka melucahkan isterinya. Terasa mahu membunuh orang sahaja. Disabarkan hati walaupun sudah berbakul sumpah seranah keluar dari mulut tadi.

Dia mengemas dokumen dokumen di meja. Dia rasa tak ada mood nak buat kerja. Dia perlu balik untuk melihat keadaan isterinya sekarang. Risau tiada yang dapat menemani dan menghiburkan isterinya sekarang. Sudahlah isterinya itu tengah datang bulan. Risau emosi Mikayla tidak stabil. Zulfa pula sudah mula menduduki SPM bermula semalam. Jadi dia tidak mahu kosentrasi adiknya itu terganggu dengan masalah lain. 

..................................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Mika dekat mana Ma?" soal Zarif apabila dia masuk ke rumah.

"Mika dekat atas. Tak keluar keluar dari bilik lepas makan tengahari dengan mama tadi. Mama risau jugak." jawab Puan Sri Sharifah.

"Tadi bonda Mika call mama tanya pasal Mika. Mama pulak tak tahu lagi tentang video tu waktu makan dengan Mika. Terkejut mama. Siapalah yang sebar. Macam ada niat tak baik. Video lama baru nak sebar." bebel Puan Sri Sharifah.

"Zaf cepatlah naik pergi tengok dia." gesa Puan Sri Sharifah.

Zarif melangkah perlahan ke biliknya. Pintu ditolak perlahan tanpa diketuk. Pintu itu tidak berkunci.

"Eh? Abang dah balik? Awalnya abang balik." kata Mikayla dengan nada sedikit terkejut.

Dia dari tadi duk tersenyum senyum membaca Webtoon bertajuk Marry My Husband. Webtoon itu baru sahaja tamat dengan beberapa episod Spin-off. Dengar kata bakal diterbitkan jadi kdrama. Ahh dia pasti akan menonton drama itu nanti. Harapnya pelakon yang best best dapat watak hero dan heroin.

"Hmm, abang balik awal sikit harini. Mika buat apa?" 

"Mika tengah baca Webtoon ni. Sweet gila!" ujar Mikayla ceria. Tak nampak riak takut atau stress. Dia tak pasti sama ada isterinya itu sudah melihat video yang tersebar itu ataupun tidak. Ingin ditanya terus tapi dia fikir dia tak boleh terburu-buru. 

Dicium sekilas dahi Mikayla yang sedang bergolek malas di katil.

"Abang mandi dulu kejap okay sayang."

Zarif keluar dari bilik air dan dilihatnya Mikayla masih seperti tadi. Masih tersenyum senyum sambil melihat skrin telefonnya. Dia hanya diam memerhati sambil mengesat rambutnya dengan tuala. Sejadah dihampar untuk menunaikan solat.

"Mika okay ke sayang?" tanya Zarif apabila dia selesai solat Asar. Dilihatnya Mikayla masih berbaring sambil membaca webtoon di telefon. 

"Hah kenapa?" tanya Mikayla pelik.

Zarif bangun menyimpan sejadah. Dia kemudian melangkah ke katil dan duduk di sisi isterinya yang sedang berbaring. Tangan Mika dipaut.

"Mika ada tengok video tadi tak?" tanya Zarif dengan berhati hati.

"Video Mika gaduh dengan arwah Ailin tu ke?" tanya Mikayla pula. 

Zarif berkerut kening. Riak Mikayla nampak biasa walaupun Mikayla sudah tahu mengenai video itu.

Mikayla tiba tiba tergelak.

Zarif cepat cepat meletakkan tangannya di dahi Mikayla. Bini dia itu demam ke?

"Abang ni lah..." Mikayla menyambung gelak sambil memegang tangan Zarif yang sedang menjamah dahinya.

"Abang ni mesti balik awal sebab abang risau Mika stress lepas tengok video tu kan?" soal Mikayla. Dia bangun dari pembaringan.

"Mika okay ke?" tanya Zarif lagi.

"Mika okay jer lah! Video tu memang apa yang jadi malam anugerah tu. Waktu tu belum start lagi siaran langsung. Dalam video tu Mika tengah warning Zalika jangan tipu Mika. Punyalah banyak lagi scene sebelum part tu, tapi yang tu jer yang disebar." omel Mikayla. Pasti orang yang menyebar itu ada niat mahu menjatuhkan dia.

Mikayla tak tengok langsung pun komen komen yang ada. Dia boleh jangka bagaimana teruknya ruangan komen di mana video rakaman itu di post. Tak ada pula orang marahkan yang merecord tu padahal yang record tu pun salah. Dia pun hanya tengok sekali lalu sahaja video yang dihantar Idham kepadanya tadi. Bosan menghadap perkara begitu. Sudah banyak kali dia difitnah. Terasa kalih. Biarlah.

"Mika warning cakap apa dengan dia tu? Masa tu Mika dah tahu dia Zalika ke atau lepas Mika jumpa dia dekat rumah?" soal Zarif. Sudah lama dia ingin tahu tapi tidak terkeluar soalan itu dari mulutnya setelah berkahwin. Takut memberi tekanan kepada Mikayla.

"Mika dah tahu lama dah dia tu Zalika. Mika ugut dia nak sebarkan identiti dia kalau dia taknak cerita apa yang dia tahu pasal Daus." 

"Pasal Daus?" makin curious Zarif jadinya.

"Adoi Mika sebenarnya sakit perut ni. Tapi nak kena cerita jugak yer sekarang?" soal Mikayla.

"Cerita lah sayang..." rayu Zarif.

"Abang sebenarnya dah lama nak tanya pasal ni. Sayang sakit perut meh abang urut. Sambil sambil tu sayang cerita dekat abang. Everything. Abang nak tahu everything." ujar Zarif sedikit serius.

"Abang pergi ambilkan Kinder Bueno Mika boleh? Dengan Aiskrim Mint Choc Chips Mika sekali." ujar Mikayla dengan muka yang sengaja dicomelkan. Zarif tak suka dia makan dalam bilik. Jadi dia perlulah gunakan peluang itu. Lagipun dia sebenarnya memang mahu bercerita dengan Zarif. Cuma tidak tahu bila dan ingin mula dari mana. Kisahnya itu agak panjang. Suaminya itu pasti sudah lama ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi. 

Dia pun sekarang sudah agak okay. Selepas berkahwin, hampir hilang semua perasaan tertekan. Dia bahagia tinggal di situ bersama keluarga Zarif. Zarif juga selalu ada disisinya jadi dia dah tak sedih sedih seorang diri lagi. Dia jadi kuat kerana Zarif dan keluarga Tengku Zaid. Betapa bersyukurnya dia dapat masuk dalam keluarga itu.

Zarif tersenyum.

"Okay jap abang pergi ambil. Make sure cerita full kejap lagi!" ujar Zarif lalu melangkah laju keluar dari bilik. Hilang segala peraturan yang dibuat untuk diri sendiri. Isterinya nak makan dalam bilik? Haa makan jer lah. Asalkan Mikayla okay.

.....................................

"Apa yang abang nak tahu dulu?" tanya Mikayla sambil menyudukan ais krim mint itu ke mulut Zarif.

Zarif hanya menganga sahaja apabila disuapkan. Mereka sedang duduk menghadap di atas katil dengan Mikayla yang elok bersandar di kepala katil. Satu pad pemanas dilekatkan di perut. Isterinya itu sedang senggugut. Kata Mika, itu senggugut biasa sahaja. Normal untuk dia. Isterinya itu memberitahu yang dia pernah kena senggugut lagi teruk, boleh pitam dan muntah muntah tapi hanya akan terjadi ketika emosi isterinya itu kurang baik atau ketika stress. Semua informasi itu Zarif simpan elok elok dalam kepala. Persediaan masa hadapan.

"Semua. Tapi abang nak tahu dulu Zalika tu siapa dan apa kaitan Zalika tu dengan Daus. Lepastu macam mana sayang boleh rapat dengan Daus." ada unsur cemburu dalam ayatnya yang terakhir itu.

Mikayla tergelak.

"Okay okay. First of all, Zalika tu Ailin. Putri Ailin adalah identiti baru yang Zalika create kan lepas dia buat pembedahan plastik. Zalika tu rakan sekelas Mika waktu sekolah dulu. Abang pun pernah lah nampak dia..." 

"Bila? Abang tak ingat pun sesiapa yang nama Zalika..." 

"Haih macam mana lah abang ni. Ex- girlfriend abang kan tuuu." usik Mikayla.

Zarif meraup muka bila kisah bodohnya diungkit. Menyesal dia dengan benda bodoh dia buat dulu. Setan apa yang merasuk dia menerima cinta Ailin dulu.

"Mika lah, pergi bercinta dengan buaya darat Firash tu. Abang geram, tak suka Firash tu. Masa Ailin confess dekat abang tu abang nampak Firash. Terus abang teringat dekat Mika. Sebab geram, abang terima jer Ailin, padahal masa tu dalam otak abang ada Mika jer."

"Hahaha, yang Firash tu memang betul pun Mika pernah bercinta dengan dia. Sengajalah nak try ada boyfriend. Firash tu gigih mengayat, abang pulak tak ada masa tu. Abang tinggalkan Mika so tak boleh salahkan Mika lah sebab Mika kan pretty, gorgeous and hot so ramai nak mengurat." seloroh Mikayla. Sempat lagi puji diri sendiri.

Zarif lantas memicit hidung Mikayla setelah mendengar kata kata isterinya itu.

"So kita seri yer sayang." 

"Dah sambung pasal Zalika tu. Tak habis cerita sayang tu kalau macam ni." omel Zarif.

"Zalika tu yang Mika tampar dulu. Lepastu abang marah Mika sebab tu. Yang kes lukisan tu. Mika tak tahu lah abang pernah nampak ke tak dia sebelum atau selepas kes tu tapi Mika cuma ingat masa tu jer lah yang abang nampak Zalika."

Zarif menganga. Dia teringat insiden itu. Insiden permulaan di mana Mikayla dah jarang bercakap dengan dia. Lepas itu Mikayla dilihat mula rapat dengan Daus.

"Dia yang Mika pukul? Dia ke yang tuduh Mika curi lukisan tu?" 

"Dialah orangnya. Bukan setakat tuduh Mika mencuri sahaja, siap kutuk perli perli arwah ayah! Mika tak tahulah tiba tiba dia cakap pasal ayah Mika lepak underground lah apa lah. Mika tak tahulah mana dia dengar cerita, dia duk kutuk yang ayah Mika penagih dadah. Mika ni pun tak tahu langsung pasal arwah ayah sebab ayah dah tak ada sejak Mika kecil lagi. Sakit hati Mika tau! Lepastu abang back up dia pulak! Memang Mika taknak cakap lah dengan abang."

"Ya Allah sayang! Abang tak tahu. Kalau abang tahu tu abang pun akan tumbuk dia sedas." ujar Zarif dengan muka bersalah.

"Eleh, abang nak pukul perempuan? Macam tak caye jer. Abang dulu kan pelajar contoh dekat sekolah. Lelaki beku dan pendiam. Tak macam Mika ni haa, gangster." omel Mikayla.

"Haha, Mika gangster abang yang comel!" ujar Zarif lalu dicuit hidung Mikayla.

"Okay lepastu, Mika dapat tahu yang sebenarnya Zalika tu macam orang suruhan Liyana and the gang. Tak pasti lah dorang berkawan atau Liyana, Harisa dengan Inara tu buli dia. Jadi Mika rasa kesian lah jugak. Oh dan sebab tu jugaklah Mika kenal dengan Daus."

Zarif jongket kening. Dia sensitif dengan nama Daus.

Mikayla yang melihat reaksi Zarif hanya tersenyum.

"Awal awal tu Mika dengan Daus bergaduh bertekak mulut dulu. Daus tu suka Zalika. Jadi dia pergi marah Mika lepas dia dapat tahu yang Mika pukul crush dia. Tapi lepas tu Daus sendiri datang minta maaf dekat Mika. Itupun lepas dia dapat tahu Zalika ikut cakap Liyana and the gang untuk buat cerita dan tuduh Mika macam macam."

Zarif biarkan Mikayla menyambung. Jadi Zalika lah orangnya yang disukai Daus seperti yang diberitahu isterinya sewaktu Mika confess perasaan dekat dia pada malam mereka keluar makan pagi buta itu.

"Jadi sejak tu Mika rapat dengan Daus. Sebab Daus suka cerita dekat Mika pasal Zalika. Dia risaukan Zalika yang bergaul dengan Liyana and the gang tu. Lama-lama Mika pun jadi selesa dengan dia dan Mika pun banyak cerita kisah Mika dekat dia. We became best friend. Zuhail pun suka bebel sebab dengki Mika ada best friend lain selain dia. Adik abang tu pun kuat cemburu macam abang jugak! Dia cakap kalau nak kawan, kawan dengan dia dan abang jer!"

"Masa tu abang kan macam suka marah marah dekat Mika jadi Mika lagi banyak cerita dekat Daus dari lepak dengan Zuhail. Mika taknak Zuhail cerita apa apa dekat abang. Mika dengan Daus banyak cerita pasal kisah hidup masing masing, pasal crush masing masing."

Zarif tersenyum. Ya dulu dia ingat Mika dah berubah sombong. Dah tak datang rumah dia dan mula rapat dengan Daus. Dia cemburu jadi itu yang dia jadi pemarah. Dia terjebak dengan cerita Liyana.

"Jadi Mika selalu cerita pasal abang dekat Daus tu lah?" tebak Zarif.

"Bingo! Mika mengadu dekat Daus pasal abang. Mika mengadu yang abang suka sakitkan hati Mika, abang tak percayakan Mika, abang suka marah Mika. Masa tu Daus pun cerita pasal Zalika. Daus cakap Zalika makin pelik lepas kawan dengan Liyana. Zalika makin jarang datang sekolah. Zalika selalu balik lambat. Oh, lupa nak bagitahu, Zalika dengan Daus tu rumah dekat dekat."

"Then satu malam tu, masa Mika ada shooting tak ingatlah drama apa, watak pembantu jer sebab sekolah lagi kan. So, masa tu Daus call Mika. Dia cakap dia ikut Zalika dan sekarang dia dekat depan hotel bajet. Dia minta tolong Mika untuk datang sebab takut lah dia berduaan dengan Zalika nanti jadi apa apa."

"What the hell sayang?! Jadi Daus call Mika mintak temankan dia pergi hotel bajet? Are you insane sayang?! Kenapa sayang pergi? Bahaya betul tindakan sayang tu! Si Daus tu pun Ya Allah tahulah risau dengan crush sendiri tapi ada ke patut dia ajak perempuan temankan?!" naik seoktaf nada suara Zarif.

"Ish abang ni! Sabarlah, dengarlah Mika nak cerita dulu!" bentak Mikayla geram.

Zarif cuba untuk bertenang.

"Ni macam aib arwah sebenarnya, itu yang Mika taknak cerita tapi ni Mika cerita sekadar untuk abang tahu yer. Abang jangan cerita dekat siapa siapa tau!" ugut Mikayla.

"Iye abang janji sayang."

"Okay, so sebenarnya Zalika macam nak try jadi sugar baby. Zalika nak duit. Malam yang Daus call Mika tu Zalika actually tengah hook up dengan seorang lelaki tua. Masa tu Daus dengan Mika tak tahu pasal aktiviti Zalika tu. Daus cuma ingatkan ada lelaki miang nak perangkap Zalika. Sebab masa tu kan Zalika sekolah lagi. Baru form 4. Jadi Mika pun mati mati ingat Zalika ditipu ke apa. Mika pun risau lah. Sesama perempuan kan. So, Mika pergi lah dekat hotel yang Daus bagitahu tu. Daus tunggu Mika dekat situ untuk nak ketuk bilik yang lelaki tu book. Muka Daus memang risau gila masa tu."

Zarif sudah mengetap gigi. Geram dengan tindakan Daus yang melibatkan Mikayla dalam hal begitu.

"Actually, abang pernah nampak Mika pergi ke hotel bajet dengan Daus." luah Zarif.

"Mika ingat tak yang abang ada cakap, waktu malam kita gaduh dekat event Melora tu?" tanya Zarif.

Mikayla mengangguk. Mestilah dia ingat. Teruk dia nangis malam tu.

"Jadi tu lah yang abang cakap abang pernah nampak Mika dengan Daus tu?" 

"Haah, tapi masa tu abang nampak Mika dengan Daus naik teksi sama sama. Abang ikut Mika dari set. Waktu tu abang tak tahu Daus ada sekali dalam teksi. Bila korang turun dari kereta tu baru abang nampak Daus ada sekali."

Mikayla tergelak.

"Mesti abang fikir bukan bukan pasal Mika kan?" tebak Mika. Dia mencebikkan bibirnya.

"Haih, kalau abang tak ikutkan perasaan cemburu abang malam tu mesti abang akan pergi dekat Mika dan tanya Mika kenapa Mika pergi situ kan? Then mesti Mika akan cerita dekat abang pasal Zalika kan? Then lepastu mesti abang akan temankan Mika dan join sekali 'misi menyelamat' korang tu. Lepastu bolehlah abang sekolahkan Daus tu sebab dah bawa Mika pergi tempat tempat macam tu malam malam. Haih tak adalah kita gaduh teruk dulu. Bodohnya abang. Memang padanlah Zuhail selalu kutuk abang bodoh. Belum apa apa abang buruk sangka dekat Mika, tuduh melulu, belum apa apa lagi abang dah cemburu buta."

"Haa tahupun abang. Abang rugi 10 tahun tau sebab cemburu buta abang tu." ujar Mikayla perlahan. 

Zarif merenung wajah isterinya. Dia jadi sedih dengan nombor itu. Selama itu dia menghukum Mikayla yang tidak bersalah. Ditarik tangan Mikayla lalu dicium lembut. 

"Sayang abang ni terseksa sampai 10 tahun sebab abang kan? Ya Allah...kesian sayang abang ni. Abang minta maaf sangat sangat sayang. Abang janji abang akan ganti 10 tahun yang abang dah buat sayang sedih dan sakit hati sebab abang tu dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Abang janji abang akan ada dengan sayang sampai abang mati. I love you sayang. I love you so so much. Ampunkan salah abang yang dulu dulu tau. Janji Mika jangan tinggalkan abang yer?" 

"Iye Mika takkan tinggalkan abang...Ni nak suruh sambung cerita ke tak ni? Macam dah kelaut dah mood bercerita Mika ni..." 

"Sambunglah, banyak lagi yang Mika tak cerita."

"Haih, okay so yang pasal abang nampak tu, Mika tak pasti tu kali ke berapa dah. Sebab memang dah banyak kali Mika dan Daus pergi menjejak Zalika. Satu malam tu-"

Cerita Mikayla terhenti apabila terdengar orang mengetuk pintu bilik mereka. Zarif mendengus geram. Siapa yang mengganggu keharmonian mereka berdua ni.

Dia bangun melangkah ke pintu dengan muka bengang. Bila pintu terbuka, nampak Zuhail yang baru balik dan masih berpakaian smart kasual menandakan lelaki itu dari fakulti. 

"Kau nak apa?" bentak Zarif geram.

"Mika okay tak?" tanya Zuhail. Dia baru tahu pasal video tu. 

Mikayla tergelak apabila mendengar pertanyaan Zuhail. Orang orang dalam rumah ini memang betul betul risaukan dia. 

Mikayla bangun dari katil dan melangkah ke arah Zuhail dan Zarif.

"Aku okay jer lah!" Video tu bukan apa apa pun. Biarlah orang nak mengata apa pun dekat dia di social media. Tak berbekas pun dekat hati. Asalkan orang orang yang dia sayang percayakan dia, itu sudah cukup untuk buat dia terus kuat.

"Dahlah Mika nak turun jumpa mama dekat bawah." ujar Mikayla. Perut dia pun sudah okay. Dia mahu tolong mama dengan bibik menyediakan makan malam.

"Sayang! Sayang belum habis cerita!" bebel Zarif.

"Cerita apa bro?" ujar Zuhail turut menyibuk.

"Nantilah, dah nak maghrib dah. To be continued ya cerita tu abang." ujar Mikayla seraya melangkah untuk ke dapur. 

"Cerita apa weh?" tanya Zuhail lagi.

"Ish! Kau lah ni! Pengacau!" bentak Zarif. Dia masuk semula ke bilik meninggalkan Zuhail.

Mikayla turun ke dapur melihat Puan Sri Sharifah sedang duduk memerhatikan pembantu rumah menyiapkan makanan. Mika bergerak perlana dari belakang dan memeluk wanita itu.

Puan Sri Sharifah terkejut dan memusingkan kepala.

"Ya Allah Mika ni terperanjat mama. Duduklah sayang." ajak Puan Sri Sharifah sambil menarik kerusi di sebelahnya.

Mikayla memandang wajah Puan Sri Sharifah. 

"Kenapa pandang mama macamtu?" 

"Mama tak pernah fikir buruk ke pasal Mika? Kenapa mama macam relaks jer walaupun patutnya mama persoalkan macam macam dekat Mika." ujar Mikayla sedikit sebak. 

Puan Sri Sharifah tersenyum mendengar kata kata menantunya.

"Anak mama ni kenapa cakap macam tu. Kenapa pulak mama nak fikir buruk tentang Mika." diusap lembut wajah Mikayla.

Berkelip kelip mata Mikayla menahan rasa. Dia rapuh kalau berhadapan dengan mama mertuanya itu. 

"Macam mama selalu cakap, mama akan sentiasa percayakan Mika. Kenapa? Sebab mama yang tengok Mika membesar dari Mika kecil sampailah Mika sekarang dah jadi menantu mama. Kenapa mama nak dengar kata kata orang? Mama lagi tahu siapa Mika. Walaupun mama tak lahirkan Mika, tapi Mika dengan mama dah dari kecil kan. I know my lovely Mikayla would never do bad thing."

Berkaca mata Mikayla mendengar suara lembut itu.

"Tengok ni haa, belum apa apa dah cengeng. Macam mana mama nak percaya cakap orang kalau Mika macam ni, mudah menangis."

"Mika, mama ni tengok dari cara Mika layan dan jaga Fafa dari kecil pun mama tahu betapa banyaknya kasih sayang yang ada dalam diri Mika. Orang macam Mika tak akan buat jahat dekat orang dulu. Mungkin kalau Mika ada buat orang pun mesti sebab orang tu kacau Mika dulu. Tak salah untuk fight demi diri sendiri sayang."

"Mama..." air mata sudah bertakung. Sikit lagi bakal tumpah. 

"Sampai bila bila pun mama akan percayakan Mika tau. Mika dah sebahagian dari keluarga ni. You are my daughter now. Mama kalau boleh nak pergi pukul siapa siapa yang buat jahat dekat anak mama ni."

"Ingat sayang, Mika tak keseorangan. Mika ada Zarif, Mika ada keluarga kita, Mika ada bonda Mika. Bonda Mika tu risau betul dengan Mika. Bonda Mika tu nampak sahaja tegas dan tak nampak penyayang, tapi ibu mana nak tengok anak dia dalam kesusahan. Mika telefon lah bonda Mika nanti. Bagitahu dia yang Mika okay. Boleh sayang?"

Mika mengangguk. Air ditubir mata dikesat laju. Taknak menangis!

"Mika bahagia sangat ma, sebab Mika dihadirkan dengan keluarga mama dalam hidup Mika. Terima kasih sudi terima Mika yang banyak kekurangan ni." 

"Kita fight sama sama yer sayang. Apa apa yang Mika buat, jangan lupa ada kami di belakang Mika yang akan sentiasa sokong Mika. Sabarlah, tak lama lagi perkara yang benar akan muncul."

Zarif yang berdiri di ruang masuk dapur sedari tadi hanya diam memerhati. Tadi dia ingat nak datang kacau mama dan isterinya. Tak tahu pula mereka sedang berbicara hati ke hati begini. Dia pun rasa ingin menangis sekarang. Dia menukar langkah mahu naik ke atas semula. Taknak mengganggu kesayangan kesayangannya itu.

.................................................

IPD Cheras

Dato' Borhan mendengus geram di dalam bilik siasatan. Dia ingatkan dia sudah terlepas tapi tiba tiba sahaja dia ditahan malah namanya telah masuk senarai suspek pembunuhan.

Inspektor Haris mencampak keputusan ujian DNA di depan Dato' Borhan. Dato' Borhan mengambil kertas itu sambil menjeling sebal. Tak tunggu lama, matanya terus membulat. Dia tergamam.

"DNA awak sepadan dengan DNA janin yang pihak forensik jumpa dalam kandungan Ailin. Janin tu baru 4 minggu. Jadi ada apa apa alasan lagi untuk awak nafikan tentang hubungan sulit awak dengan mangsa?" tanya Inspektor Haris dengan suara yang dingin.

"Mana kau dapat DNA aku? Kau fake kan keputusan ke?" soal Dato' Borhan berang.

Inspektor Haris tersenyum sinis.

"Lupakah Dato' dengan kejadian tempoh hari waktu Dato' datang bagi keterangan di balai? Dato' ada minum air dari cawan kertas dan botol dan air liur itu cukup untuk kami jadikan sample untuk ujian DNA."

Dato' Borhan sudah menekur ke meja. Rambutnya diramas ramas. 

"Saya memang tak cakap langsung tentang janin yang dijumpai supaya Dato' tak akan cuba nak lari. Kami tunggu bukti dulu baru kami bertindak."

"Jadi sejak bila sebenarnya Dato' berhubungan sulit dengan mangsa?"

"Aku nak call lawyer. Aku nak lawyer aku!" bentak Dato' Borhan.

Tersenyum sahaja Inspektor Haris. Dia mengeluarkan telefon kerjanya sebelum menyerahkan kepada Dato' Borhan.

"Silakan, Dato' boleh call lawyer Dato'. Saya tunggu. Kita ada banyak masa lagi dan Dato' tak boleh lari sebab Dato' ada perkaitan jelas dengan mangsa." 

Di luar bilik siasatan pula, Dian sedang bercakap dengan Inspektor Nuha di meja kerja wanita itu.

"Jadi memang awak berkerja dengan Dato' Borhan?" tanya Inspektor Nuha.

"Ya puan, saya memang diambil bekerja dengan Dato'. Sebelum tu saya tak kenal lagi arwah cik Ailin. Saya ni tak berpelajaran sangat. Harap dapat kerja untuk nak sara hidup sendiri sahaja. Sebelum itu saya kerja di syarikat Dato'. Lepastu Dato' suruh saya start kerja jadi pembantu arwah cik Ailin." ujar Dian. Dia datang ke balai polis pagi itu apabila dihubungi oleh anak buah Inspektor Haris.

"Jadi awak ada syak apa apa tentang hubungan Ailin dengan Dato' Borhan?"

Dian gigit bibir. Dia jadi takut dengan soalan begitu. Dia tersepit dengan kebenaran serta arahan majikan. 

"Puan, saya ni belum berhenti kerja lagi, jadi saya tak boleh nak ulas apa apa tentang majikan saya. Saya betul betul minta maaf dengan Puan tapi saya ni tersepit." 

"Macam ni lah cik Dian, saya memang tak dapat nak paksa cik Dian untuk bagi keterangan tapi saya nak cik Dian tahu yang kami jumpa janin berusia 4 minggu pada tubub Ailin dan DNA janin itu sepadan dengan Dato' Borhan. Kami perlu cari pembunuh mangsa. Takkan kita nak biarkan pembunuh terlepas. Awak sendiri nampak bagaimana teruknya keadaan mangsa haritu kan?"

Dian memejamkan matanya. Mestilah dia ingat keadaan ngeri dan menyayat hati itu. Berhari hari dia tidak dapat tidur lena gara gara imej yang pasti tak hilang dari mindanya.

Dian mengeluh. 

"Puan, Dato' akan bebas ke?" tanya Dian risau.

"Kami belum pasti lagi cik Dian. Bukti yang ada sekarang hanyalah hubungan sulit Dato' Borhan dengan mangsa. Tapi seperti awak juga tahu alibi Dato' Borhan agak kukuh sebab awak sendiri tak nampak Dato' Borhan pada malam kejadian kan?"

Dian mengangguk. Dato' Borhan memang tidak datang kerana lelaki itu berada di rumah.

"Sebenarnya sehari sebelum tu, Dato' ada jumpa cik Ailin puan. Tapi dorang tak ada gaduh gaduh pun. Saya disuruh balik sahaja bila Dato' datang jumpa cik Ailin dekat rumah. Saya pun memang tak nak masuk campur." ujar Dian.

"Tak apalah, saya cuma harap kalau awak ada teringatkan apa apa maklumat, awak boleh contact saya secepat mungkin. Apa apa sahaja klu ringkas boleh membawa kepada penemuan pembunuh sebenar."

Pihak polis sebenarnya sedang cuba mencari lebih ramai suspek untuk mencari sesuatu iaitu telefon bimbit milik Ailin tidak dijumpai di rumah pelakon itu. Informasi ini tidak diuar-uarkan kepada sesiapa. Hanya pihak polis sahaja yang tahu. Pihak polis terpaksa berhati hati untuk mengeluarkan maklumat kerana risau wartawan wartawan menghidu kelemahan kes. Senjata pembunuhan dan telefon bimbit milik mangsa tiada!

Mereke tak dapat mengeledah sesuka hati setelah proses geledah rumah Ailin dan Mikayla juga telah menemui jalan buntu. 

Dian mengeluh lagi. Dia berjalan keluar dari balai polis setelah selesai memberi keterangan dengan hati yang berat. Perlukah dia cerita pasal dendam Ailin kepada Mikayla kepada semua? Dia belum beritahu pihak polis lagi tentang tu. 

.........................................

TBC


Continue Reading

You'll Also Like

16.3K 664 18
Pernceritaan di sebuah filim pasti akan ada permulaan dan pengakhiran di setiap detik ceritanya. Sama seperti reality kehidupan manusia. "Aunty nak...
21.2K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...
7.8K 426 41
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Hidup ini bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. Hidup ni kan sebuah pertaruhan. Sama ada kau...
1.8K 150 6
Kerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia li...