The Forced Fame [COMPLETE]

lemonellow tarafından

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... Daha Fazla

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 33

3.1K 96 8
lemonellow tarafından

Rumah Agam Tengku Zaid

"Abang, malam ni kita keluar beli barang nak tak?" ujar Mikayla sambil tangannya lincah memakaikan tie untuk suaminya. 

Semalam setelah dia naik membersihkan badan selepas berkebun, dia ke bilik mama mertuanya itu untuk belajar dengan Puan Sri Sharifah cara untuk mengikat tali leher. Nasib baik mama mertuanya itu bukan kaki membahan macam anak anak dia. Jadi tenang sahaja wanita itu mengajarkan dia cara memakai tali leher. Tapi sempat juga Puan Sri Sharifah mengutuk anak sulungnya itu yang mengada ngada sejak kahwin. Siap pesan pada Mikayla supaya bertabahlah dengan perangai Zarif.

Jadi semalam apabila Zarif balik rumah, dia laju laju mendekati Zarif untuk mencuba memakaikan tali leher itu. Apabila sudah rasa perfect barulah dia benarkan Zarif mandi. Dia dah tak nak lagi dibahan dan diperli Zarif. 

Zarif yang membongkokkan badan sambil mengusap alis kening Mikayla memandang.

"Beli barang apa?" tanya Zarif.

"Beli barang nak buat spaghetti dengan pizza." ujar Mikayla.

"Hmm? Kenapa? Mika nak buat ke?" soal Zarif.

"Iyelah. Nak buat lah." Dia sudah plan nak makan malam malam buta dengan Zulfa hujung minggu nanti. Zulfa asyik study lewat malam sekarang jadi dia ingin membuat snack untuk dimakan bersama Zulfa.

"Buat apa nak buat sendiri. Beli jer lah spaghetti dgn pizza tu dekat pizza hut." Zarif tidak mahu Mika menyusahkan diri. Dia ada duit boleh belikan berkotak kotak pizza.

"Ish, biarlah Mika nak buat. Lagipun sejak kita kahwin Mika belum keluar jalan jalan lagi dengan abang." ujar Mika sambil mencebik. Haritu pun mereka pergi ke rumah kondonya sahaja untuk mengambil barang barang sebelum terus pulang.

Zarif yang sudah melihat cebikan Mikayla itu cepat cepat memeluk isterinya.

"Okay okay. Malam ni kita keluar. Sayang nak keluar pukul berapa?" 

Mikayla sudah tersengih gembira.

"Lepas maghrib lah abang. Nanti supermarket tutup."

"Okay sayang. Nanti abang balik awal sikit. Kiss abang dulu." Pipinya disuakan kepada Mikayla. Dia kena ambil kesempatan dengan mood baik Mikayla.

Mikayla menjeling tapi dia tetap mencium jua pipi suaminya itu.

Zarif menekup pipinya dengan muka bahagia.

"Bekal abang bawak pergi office ni." ujarnya.

Mikayla hanya tergelak dengan kemanjaan Zarif.

.............................................

Bangunan Astana Group

"Ish, I nak jumpa my cousin lah!" bentak Liyana apabila Lilian menghalang langkahnya. Dari awal tadi tiada sesiapa berani menyekat dia kerana semua tahu dia adalah cucu Tunku Zawiyah. 

"Maaf cik Tengku tapi saya memang tak boleh benarkan cik masuk sekarang. Tengku Zarif tengah banyak kerja cik." ujar Lilian tegas. Dia memang tak risau untuk bertegas dengan Liyana kerana Tengku Zarif sudah memberi arahan kepadanya. Bos dia adalah Tengku Zarif jadi dia tidak takut pada sepupu bosnya itu.

"Kau ni kan!" dia menepis dan menolak tubuh Lilian ke tepi. Geram sungguh bila setiausaha cabuk sepupunya itu berlagak seperti mem besar di situ.

Zarif yang terdengar kekecohan dari luar biliknya itu sudah berkerut kening. Sakit hati pula bila ada yang mengganggu kerjanya. Dia dah lah tengah sibuk. Dia perlu siapkan kerja dengan cepat supaya dia dapat balik awal hari itu untuk menemani Mikayla keluar.

"Abang Zaf!" jerit Tengku Liyanan dari luar.

Zarif bangun sambil mendengus bengang. Perempuan tu nak apa datang office dia.

Pintu dibuka kuat.

"Yana nak apa ni?!" serius muka Zarif di muka pintu.

"Abanggggg" panggil Liyana manja.

"Ini perempuan ni tak nak bagi Yana masuk." ujarnya sambil mendekati Zarif.

Lilian sudah menghela nafas lega apabila bosnya itu muncul. Pandai pandailah bos dia settlekan sendiri perempuan kerek itu. Dia banyak lagi benda nak buat.

"She's my secretary Liyana. Mind your manner. Abang yang suruh dia jangan bagi sesiapa kacau abang dekat pejabat. Especially you!" Serius suara Zarif. Jelik dia dengan perangai Liyana.

"Abang...." Liyana sudah mencebik.

Haih dia rasa loya dengan panggilan abang dari Liyana. Kalau Mikayla yang memanggil terus rasa indah. Tak suka lah dia mendengar panggilan abang itu dari perempuan lain selain Zulfa dan Mikayla tapi memang sejak kecil Liyana memanggilnya abang. Hmm nampaknya dia kena minta Mikayla panggil nama lain dekat dia.

Mikayla kena dapat special treatment. Mana boleh panggilan yang dipanggil Mikayla turut digunakan oleh orang lain. Dia baru tersedar perkara itu selepas mendengar Liyana memanggilnya hari itu. Jijik.

"Abang Zaf busy ke? Lama Yana tak nampak abang Zaf." ujar Liyana sambil cuba merangkul lengan Zarif.

Zarif cepat cepat menepis.

'Abang Zaf'. Itu pun nama panggilan yang dipanggil Mika sejak kecil. Zaf adalah nama panggilan dari Mika sebab Mika cakap nama Zarif terlalu panjang untuk dia. Jadi isterinya itu memendekkan panggilan Zaf kepada Zarif walaupun tiada bunyi Zaf dalam namanya. Waktu itu Mikayla baru 6 tahun.

"Mika nak panggil abang Zarif as abang Zaf boleh tak?"

"Kenapa Zaf? Nama aku tak ada Zaf. Nama aku Zarif. Kau suka suka jer nak ubah nama orang"

"Alaaaa, nama panggilan jer pun!" bentak Mikayla yang sedang duduk di atas buaian di taman bongsai di rumah agam Tengku Zaid. 

Mereka berdua sedang duduk berborak di luar kerana bonda Mikayla sedang berbual dengan Puan Sri Sharifah di dalam. Zuhail turut ada di atas buaian kembar itu. Dia hanya melihat sahaja abang dan kawannya bertekak mulut dari tadi.

"Suka hati kaulah!" ujar Zarif mengalah. Mikayla itu budak manja. Nanti budak cengeng itu menangis, penat pula Zarif nak terangkan pada mamanya. Mamanya selalu tuduh dia kacau budak cengeng itu.

Jadi sejak itu melekatlah panggilan Zaf pada dirinya. Dia sendiri pun jadi terbiasa menggunakan nama itu malah turut dipanggil oleh ramai orang lain juga.

"Liyana, abang sibuk ni! Jangan nak buat perangai boleh tak dekat sini. Hormat sikit ni office!" marah Zarif.

"Abang ni kan, sejak akhir akhir ni selalu garang garang dengan Yana. Isteri abang tu ke yang hasut abang?" ujar Liyana tidak puas hati.

"Oh, tau pulak Yana yang abang dah ada isteri. Kalau dah tahu boleh tak jangan duk pegang pegang abang. Jangan kacau abang dah!"

"Abang sampai hati tak ajak pun Yana pergi majlis abang! Abang tahu Yana suka abang tapi abang asyik reject Yana! Lepastu boleh pulak kahwin dengan entah siapa siapa. Siap rahsia lagi! Perempuan tu mengandung lepastu perangkap abang ke?"

"Hey kau! Kau mulut jangan nak celupar sangat!" Zarif sudah berang. Berani sepupunya itu menuduh Mikayla begitu. Kenapalah dulu dia boleh percaya kata kata dari mulut sepupunya itu. Hanya kerana mereka sepupu, dia boleh biarkan Liyana buat cerita bukan bukan tentang Mikayla. 

"Abang!" sakit hati Liyana apabila Zarif bercakap kasar dengan dia.

"Dah kau berambus! Aku taknak tengok muka kau dekat office ni lagi!" tempik Zarif lalu dia masuk ke pejabatnya sambil menghempas kuat pintu pejabat.

Bergegar jantung Lilian melihat amukan bosnya itu. Dikerling Liyana yang sudah mencebik dengan muka gaya seperti mahu menangis.

"Apa pandang pandang?!!" bentak Liyana apabila dilihatnya setiausaha Zarif itu mengerling ke arahnya.

Lilian terus mengemam bibirnya. Hampir dia nak tergelak tadi.

......................................

IPD Cheras

"Saya rasa kita kena panggil balik Dian untuk soal siasat. Fahmi juga." ujar Inspektor Haris sambil menilik fail kes.

"Kenapa tuan? Ada yang mencurigakan ke?" tanya Inspektor Nuha.

"Tak ada, bukan sebab mencurigakan. Cuma saya rasa Dian dengan Fahmi ni kerja dengan Dato' Borhan sebenarnya. Sebab Ailin ni tak ada income lain selain daripada income job dia sebagai selebriti, pelakon dan pengacara. Rumah tu milik Dato' Borhan, pejabat syarikat pengurusan tu pun milik Dato' Borhan."

"Mungkin Dian dan Fahmi juga pekerja Dato' Borhan tu. Jadi saya rasa mungkin kita boleh tanya mereka berdua tentang perkaitan di antara Dato' Borhan dengan Ailin. Kalau mereka cuba nak tipu sekali pun kita boleh dapat atleast sedikit klu." terang Inspektor Haris panjang lebar.

Inspektor Nuha yang sedari tadi mendengar turut bersetuju dengan ketuanya.

"Betul juga kata tuan tu. Kita sekarang perlu cari lagi banyak bukti dan perkaitan. Kes ni jadi makin panjang sebab tak ada bukti kukuh lain. Susah nak cari pembunuh sebenar." keluh Inspektor Nuha.

"Bila result DNA tu keluar?" tanya Inspektor Haris.

"Paling awal pun petang esok tuan." 

"Susah betul sebab sekarang ni senjata pembunuhan pun hilang! Memang confirm pembunuh dah buang!" ujarnya geram. Dia baru teliti keputusan senjata pembunuhan yang mungkin digunakan. 

Mengikut laporan forensik, saiz tikaman dan luka di leher itu seakan akan disebabkan oleh pisau bersaiz sedikit kecil dari saiz pisau dapur. Bila diteliti kemungkinan pisau itu adalah pisau utiliti besar yang berukuran 6-7 inci berdasarkan panjang tikaman.

Pisau itu juga kemungkinan dari dapur rumah mangsa sendiri. Melihat kepada kemungkinan itu pihak polis merasakan yang pembunuhan itu adalah pembunuhan yang tidak disengajakan. Bukan pembunuhan terancang!

Apabila mendapat agakan begitu, Mikayla yang merupakan orang terakhir yang berjumpa dengan Ailin sebelum pembunuhan terjadi turut boleh dikatakan sebagai suspek kerana gadis itu turut ada body contact dengan Ailin. Mereka juga punya kisah lama yang belum selesai sebelum kematian Ailin. Cuma, rakaman dari dashboard milik Mikayla itu telah menolak semua kemungkinan Mikayla dari menjadi suspek.

...........................................

Rumah agam Tengku Zaid

"Mika nak pergi mana ni?" tanya Zulfa apabila dia melihat Mikayla yang sudah bersiap siap dengan hoodie dan seluar jeans denim. 

Mika berpusing ke arah Zulfa. Mukanya nampak sedih.

"Mika kenapa?" cepat cepat Zulfa mendekati kakak iparnya itu.

"Abang Zaf Fafa tu cakap nak teman Mika pergi supermarket malam ni, tapi ni dah nak pukul 8 dia belum balik lagi...Dia janji nak balik awal..." adu Mikayla. 

"Oii monyet, kau nak pergi mana?" seru Zuhail pula. Dia turut berjalan keluar dari bilik.

Mikayla hanya menjeling sambil kakinya dibawa melangkah turun ke bawah. Tengah berfikir patutkah dia pergi sendiri sahaja.

"Oiii?" panggil Zuhail yang pelik Mikayla tak melayan dia seperti biasa.

"Abang ni, Mika tengah merajuk tu sebab abang Zarif belum balik. Dorang janji nak keluar sama sama malam ni..." ujar Zulfa sambil memukul bahu Zuhail sebelum turun mengekori langkah Mikayla ke bawah.

"Pulak dah..." Zuhail masuk ke bilik. Telefon dia capai.

Nombor abangnya ditekan. 

Tidak berjawab.

"Haih mampus lah kau Zaf. Ni mesti si Mika call pun kau tak jawab ni..." keluh Zuhail. Dia turut membawa langkah turun ke bawah.

Sampai di bawah dia nampak Mikayla sudah duduk memeluk lutut di muka pintu. Zulfa disebelah sedang duduk menemani. 

"Mika, Zarif tak angkat call kau ke?" tanya Zuhail.

Mika menggeleng. 

"Zarif busy sebenarnya harini. Aku pun tak pasti sangat sebab aku ke fakulti harini." ujar Zuhail yang turut melabuhkan duduk di tepi Zulfa. 

"Kau jer lah bawak aku pergi." ujar Mikayla.

"Oii mana boleh! Kau janji dengan Zaf kan? Lagipun sekarang ni Zaf tak angkat call. Mana boleh pergi kalau kau tak minta izin dia." bebel Zuhail.

Mikayla melepaskan keluh kasar.

"Tunggulah, nanti dia balik lah tu." pujuk Zuhail.

"Sejak jadi isteri ni memang terus datang sifat merajuk kau eh? Pelik betul perempuan." sindir Zuhail. Sempat lagi dia.

Zuhail kemam bibir apabila dia dijeling tajam oleh Mikayla.

Bunyi telefon Zuhail menyentak kesunyian. 

"Hello?"

"Mika dekat mana, aku call tak dapat?" risau bunyi nada suara itu.

"Ni ada dekat sebelah aku ni dengan Fafa, jap..."

Dipandang Mikayla yang hanya termenung kosong.

"Eh Mika mana phone kau? Zaf cakap dia call kau." kata Zuhail kepada Mikayla.

Mikayla jeling. Dia hanya diam membisu. Geram dengan Zarif. Tadi banyak kali dia call tapi suaminya itu tak jawab langsung call dia. Jadi dia tinggalkan sahaja phone di bilik. 

"Zaf, bini kau dah masuk mood perang dingin. Taknak cakap langsung dengan aku. Kau dekat mana Zaf? Tolong cepat, aku seram ni." ujar Zuhail.

"Aduh aku betul betul lupa yang aku janji balik awal. Aku tiba tiba ada meeting pukul 3 tadi dekat Cyber. Ni aku on the way balik. Tadi battery aku dah merah. Aku cas baru perasan banyak missed call. Aku tengah drive ni. Kau tolong bagitahu Mika aku dah on the way balik. Nak sampai dah. Suruh Mika tunggu aku." Zarif sudah kalut. 

Mikayla memang sudah mendengar kata kata Zarif itu. Zuhail sudah menekan mode loudspeaker. Dia kemam bibir. Risau pulak Zarif bawa kereta dalam keadaan begitu.

Mika merampas telefon dari Zuhail.

"Abang... Abang drive elok elok, jangan laju laju...Mika tunggu abang balik." ujar Mikayla perlahan. Panggilan dia matikan. Mahu Zarif terus fokus memandu. 

Dia bangun. Mahu naik ke bilik. Tak jadilah pergi malam ni. Biarlah, esok lusa dia ajak lah Zarif pergi lagi. Sebak pula bila dengar suara panik Zarif tadi. 

Zuhail dan Zulfa hanya memandang langkah kakak ipar mereka. 

"Fa, abang rasa nak kahwin sekarang..." ujar Zuhail perlahan.

Zulfa tergelak kecil. Dia menumbuk bahu abangnya.

"Abang nak kahwin dengan siapa? Cari calon dulu lah..." ejek Zulfa.

"Abang pun teringin nak orang risaukan abang macam Mika risaukan abang Zarif tadi." ujar Zuhail. Dia nampak tadi terus hilang sinar merajuk dari riak wajah Mikayla. Terus berganti dengan wajah sebak dan risau. Dia juga mahu merasa cinta begitu.

"Carilah perempuan baik baik macam Mika. Fafa harap nanti Fafa dapat kakak ipar kedua yang baik juga dari abang." kata Zulfa sambil tersenyum.

Zuhail termenung mendengar kata-kata Zulfa. 

"Perempuan baik baik..." 

Ada satu wajah yang muncul di kepalanya saat itu. 

.................................................

5 minit kemudiaan Zarif tiba di rumah. Tak menunggu dia terus masuk dan dia nampak Zuhail di ruang tamu sedang duduk termenung. Zuhail yang nampak susuk abangnya masuk ke dalam rumah terus menuding ke atas. Isyarat tangan yang menunjukkan Mika ada di bilik.

Tak berlengah, Zarif berlari lari ke atas. Pintu dibuka kasar. Mikayla sedang berbaring di katil.

"Sayang, abang minta maaf abang lupa." tubuh Mika diterpa.

"No abang, it's okay. Mika faham. Sorry Mika buat abang risau tadi." ujar Mika sambil menepuk nepuk perlahan belakang tubuh Zarif. 

"Mika tunggu abang solat Maghrib kejap. Lepastu kita pergi." kata Zarif seraya bangun untuk ke bilik air.

"Eh takpe, kita pergi hari lain jer. Tak penting pun. Mika nak beli barang barang biasa jer. Bukan penting pun." 

"No, abang dah janji dengan sayang. Penting ke tak penting ke, bila sayang yang ajak, itu akan jadi penting untuk abang. Sorry abang lupa tadi. Abang salah." katanya lalu terus masuk ke bilik air.

Selesai solat Maghrib, Zarif bangun, baru sahaja dia ingin bangun untuk mengambil baju, tiba tiba Mikayla datang menghulurkan hoodie dan seluar jeans hitam untuknya. 

Zarif tersenyum. Diambil pakaian dari tangan isterinya lalu disarung cepat.

Dia bersiap ala kadar sahaja. Mahu cepat cepat bawa Mikayla keluar. 

"Jom sayang..." ujarnya sambil menarik lembut tangan Mikayla.

Dibuka sahaja pintu, muka Zulfa dan Zuhail muncul di ruang mata.

"Kitorang nak ikut." ujar Zulfa riang.

Berkerut dahi Zarif. 

"Apahal nak ikut orang dating ni?" omel Zarif geram.

"Abang, jom lah kita pergi sama sama.  The more the merrier." kata Mikayla yang sudah tersenyum lebar.

"Hmmm iyelah. Jom!" ajak Zarif sambik menarik tangan Mikayla untuk mengikut langkahnya.

Pasrah dia kerana sentiasa diganggu orang ketiga dan keempat. Tapi kalau kehadiran adik-adiknya itu dapat buatkan Mikayla bertambah gembira, dia okay sahaja.

..................................

Jaya Grocer

"Cheese mozarella ambik dua, eh ke nak tiga?" tanya Zulfa.

"Tiga! Kita tambah cheese banyak banyak sikit baru sedap!" kata Mikayla.

"Menyesal aku datang, kalau kerja aku sekadar nak tolak troli untuk korang." bebel Zuhail. 

"Siapa suruh kau ikut sekali?" kutuk Zarif. 

"Fafa ni, malam ni tak study ke? Lagi seminggu SPM kan?" bebel Zarif pula. Nampak seronok betul adik dia keluar malam itu.

"Released tension lah abang!" bentak Zulfa geram.

"Tah abang ni. Dia bukan keluar berhibur pun, keluar beli barang dapur, dengan abang abang dan kakak ipar kesayangan dia jugak. Kan Fafa kan?" bela Mikayla.

"Betul!" ujar Zulfa setuju. 

"Weh Mika aku nak cheddar. Ambik cheddar jugak!" arah Zuhail sambil menunjukkan cheddar cheese yang dimahukan.

"Kau jangan letak nenas ehh, aku baling tin nenas dekat kau nanti." ugut Zuhail awal awal. 

"Ish aku tahulah, Fafa pun tak makan nenas. Semua tak makan nenas so aku tak letaklah" kata Mikayla.

"Sayang, abang makan nenas tau!" omel Zarif.

"Ohhh! Mika lupa lah abang!" Baru teringat Zarif seorang sahaja yang makan. 

"Sampai hati sayang lupa." rajuk Zarif.

"Lupalah sebab last kita makan pizza sama sama pun bila abang sayang oiii? Bertahun tahun yang lepas." bebel Mikayla.

Zarif tersenyum simpul dengan panggilan abang sayang dari Mikayla. Terus tak jadi nak merajuk.

"Mika buat asing yang special untuk abang. Don't worry! Pizza untuk abang tu, abang sorang jer boleh makan. Okay?" tanya Mikayla sambil menyengetkan sedikit kepalanya ke arah Zarif.

Ouch! Boleh cair dia dengan Mikayla.

"Barang barang pizza dengan spaghetti dan cukup semua kan? Fa, jom teman Mika pergi cari pad." ajak Mikayla. Langkah kaki dibawa meninggalkan Zuhail dan Zarif.

"Jom!"

Berkerut dahi Zarif apabila melihat Mikayla meninggalkan dia. Dia melangkah laju untuk mengekori. 

Zuhail yang memandang sudah geram.

"Oii, tinggal aku sorang sorang macam aku ni kuli!" tempik Zuhail. Disorong juga troli mengikut langkah Zarif yang sudah menghilang.

Di bahagian tuala wanita, Zulfa berhenti di rak tuala wanita berjenama Kotex. Dia tahu memang Mikayla guna brand tu.

Mikayla menggeleng kepala.

"Kenapa?" tanya Fafa apabil dia mahu mengambilkan tuala wanita itu untuk Mika.

"Mika dah boikot Kotex. Mika tengok dorang support Israhell laknat tu."

"Serius lah? Fafa tak tahu pulak." ujar Zulfa sambil meletakkan kembali paket tuala wanita itu. Dia mengikut langkah Mikayla.

"Mika nak guna Libresse macam Fafa lah. Okay tak?" tanya Mika.

"Kalau Libresse ni Mika nak guna macam Kotex ke? Saiz 32cm jugak?" tanya Zulfa sambil meliar mata mencari pad yang sesuai yang biasa digunakan oleh Mikayla.

"Haah, ada yang overnight macam Kotex tak?" tanya Mikayla.

Zarif yang sudah tiba di bahagian tuala wanita itu terjongket kening melihat kedua dua perempuan itu sedang mencangkung di depan rak tuala wanita.

"Kenapa?" tanya Zarif.

Tidak menghiraukan pertanyaan Zarif. Zulfa bangun menarik satu paket dan ditunjukkan kepada kakak iparnya.

"Yang ni Maxi Night Secure. Kalau yang satu lagi macam nipis sikit sebab ultra-thin. Mika selalu heavy kan?" tanya Zulfa.

Mika mengangguk. Dia memang selalu heavy flow. Kadang kadang 3 hari awal tu kalau malam malam memang dia akan pakai yang jenis overnight panties. Risau bocor di tilam. 

"Apa yang heavy?" tanya Zarif lagi. Dia khusyuk mendengar perbualan isteri dan adiknya itu. Sedikit terkejut kerana banyak yang Zulfa tahu mengenai Mikayla. 

"Mika heavy flow. Period keluar banyak." ujar Mikayla perlahan. Malu sedikit bila berbincang soal itu dengan Zarif.

"Teruk ke macam tu?" muka Zarif beriak risau.

"Normal jer tu." ujar Mikayla pendek. Paket tuala wanita yang dihulurkan Zulfa diambil. Dia bergerak mencari yang jenis panties. Dia perlu ada juga yang jenis itu. Buat spare. 

"Meh abang pegang." ujar Zarif lalu ditarik paket tuala wanita yang dipegang dari tangan Mikayla.

"Eh takpelah. Malulah abang nanti." 

"Nak malu buat apa, normal lah ni." ujarnya lalu memegang paket itu. Langkah turut dibawa mengekori Mikayla.

"Sayang tengah period ke?" soal Zarif.

"Belum lagi. Mungkin esok." 

Zarif mengangguk faham. Dia kena prepare diri. Orang cakap perempuan waktu period emosi tak stabil.

"Mika, ni yang panties kalau untuk brand Libresse." ujar Zulfa. 

"Sayang tukar brand ke?" soal Zarif pelik apabila dia nampak seperti isterinya tak tahu menahu mengenai brand Libresse itu.

"Ya, Mika tukar. Nak guna yang sama macam Fafa lah pulak."

"Hey geram aku, merata aku cari! Sini rupanya?" bebel Zuhail sambil menolak troli. Penat dia cari. Tak cakap nak cari barang dekat situ.

"Fa bukan haritu dah shopping pad ke?" tanya Zuhail apabila dilihatnya Zulfa memegang paket tuala wanita. Dia tahu Zulfa guna Libresse. Kekadang dia mangsa yang kena membeli untuk Zulfa jika kecemasan. Haritu dia dah datang beli banyak banyak dengan Zulfa. Dia bebel Zulfa sebab asyik tak simpan stok banyak banyak dekat rumah.

"Ni Mika punyalah!" bentak Zulfa. 

"Ohhh..." ujar Zuhail.

Zarif pula menilik paket tuala wanita di tangan dan mengambil lagi beberapa bungkusan pad yang sama. Paket yang ditunjukkan Zulfa tadi juga turut diambil lebih dari dua. Semua itu dimasukkan ke dalam troli yang sedang ditolak Zuhail. Dia keluarkan telefon. Dia mengambil gambar kedua dua bungkusan tuala wanita itu. Persediaan di masa hadapan kalau dia disuruh membeli.

"Buat apa apa beli banyak banyak sangat?" tanya Mikayla.

"Buat stok lah sayang."

"Itulah kan, aku pun selalu bebel dekat si Fafa ni. Tak reti nak simpan stok banyak banyak. Perempuan perempuan ni semua kenapalah tak reti nak simpan stok dekat rumah. Lain lah kalau bulan seterusnya terus menopause barulah tak payah beli stok lebih." bebel Zuhail pulak. 

"Dah ke? Jomlah bayar. Aku nak beli cornetto." ajak Zuhail. 

"Sayang, tak apa ke kalau tiba tiba tukar brand? Sayang guna brand apa sebelum ni?" bisik Zarif. 

Mikayla mengerling ke arah wajah Zarif di sisinya. Curious betul lelaki itu. 

"Okay jer kalau review untuk brand tu elok. Sebab Fafa cakap okay so Mika rasa okay lah kut." Dia pernah guna pad Fafa waktu emergency sebelum ni. Dia tak rasa melecet atau naik alergi apa apa jadi sebabtu dia buat keputusan untuk guna Libresse selepas mengetahui tentang Kotex jenama favouritenya itu support Zionis.

Bukan nak acah baik. Benda boleh boikot dia boikot jer lah. 

"Dah tak ada apa apa nak beli ke sayang?" tanya Zarif.

Mikayla menggeleng. Rasanya macam dah tak ada apa apa.

Sampai di kaunter, Zuhail sudah memanggil.

"Kad bro kad!" tangan dilambai pada Zarif. Memang taklah dia nak guna duit dia. Buat apa ada abang kalau tak paw abang. Dia bergerak ke peti aiskrim. Diambil 3 kon ais krim Cornetto Classico untuk dia, Zulfa dan Mikayla.

"Bro kau nak tak?" tanya Zuhail ke arah Zarif yang sedang memasukkan barang barang yang sudah di scan ke dalam troli. 

Zarif hanya menggeleng. Dia tak minat sangat ais krim atau benda benda manis. Jaga badan lah katakan.

"Itu sekali." ujar Zarif kepada jurujual di kaunter sambil menunjukkan ais krim yang berada di tangan Zuhail.

Dikerling Mikayla yang sedang menilik coklat cadbury di rak tepi kaunter. Tak cakap banyak dia terus mencapai beberapa bar Cadburry.

Mika yang terkejut cepat cepat menahan.

"Eh jap jap, taknak. Taknak yang tu, nak Kinder Bueno" ujar Mikayla.

"Sayang ambiklah. Coklat yang lain taknak ke?" tanya Zarif.

Mikayla menggeleng. Kinder Bueno ditarik. 2 paket.

Zarif bergerak ke tepi. Dia capai lagi 4 paket Kinder Bueno. Perempuan waktu period suka makan benda manis. Jadi dia kena sediakan awal awal. 

Mikayla sudah melopong. 

Jurujual di kaunter sudah tersengih. Comel melihat pasangan itu. Dia tak cam Mikayla kerana mask dan hoodie yang dipakai oleh Mika.

Ais krim Cornetto yang sudah di scan di tarik dan diberikan kepada isterinya. Zuhail dan Zulfa sudah laju mengambil ais krim masing masing dari awal dan sedang duduk di kerusi hadapan Jaya Grocer. Entah apa dua beradik tu berborak di depan itu.

................................................

Zarif mengeluh kuat. Dia memicit hidungnya melihatkan situasi di depan matanya sekarang. Isterinya yang tadi elok behave di sebelahnya kini sudah tergelak gelak kuat di depan matanya. 

"Pening aku bongok. Tolak slow slow lah!" jerit Zuhail kepada Mikayla yang sedang gigih menolak Zuhail yang berada di dalam troli. Troli yang mereka jumpa apabila keluar ke tempat parking mall itu. 

Jam sudah agak lewat dan tak ada orang di aras car park itu. Riuh rendah mereka bertiga menjerit sambil bergelak ketawa. Zulfa pula sibuk merecord abang dan kakak iparnya. 

Zarif yang memerhati sudah rasa ingin mengamuk sekarang. Dahlah dia tengah menjinjit beg plastik dari Jaya Grocer tadi. Patutnya troli itu untuk letak barang barang. Zarif bergerak perlahan ke arah Range Rover Sport putih miliknya. Kereta yang sentiasa digunakan kalau kena angkut adik adiknya bersama, tak muat nak sumbat masuk dalam Audi R8 dia.

Bonet ditekan dan dia memunggah barangan yang dibeli tadi ke dalam kereta. Barang barang lain selain makanan masih ada bersama Zuhail di dalam troli. Tadi keluar dari Jaya Grocer mereka berdua berbagi barangan untuk dijinjit ke kereta. Dia separuh Zuhail separuh. 

Tapi tadi, jumpa sahaja troli mall terbiar di tempat letak kereta itu, Zuhail terus meletakkan sahaja barangan itu ke dalam troli. Sekarang alih alih dia pulak masuk dalam tu. 

Zarif menutup kembali bonet dan bersandar pada belakang kereta. Dia berpeluk tubuh memerhatikan manusia manusia bertiga itu. Nak marah tapi isterinya sendiri turut bersuka ria bersama dua adik-adiknya itu. 

Riuh rendah parking space di aras itu dengan suara mereka bertiga. Mereka sedang bermain game ala ala game winter olimpik di mana mereka ingin menguji antara Zulfa dengan Mikayla, mana lagi jauh menolak troli yang diduduki Zuhail. Menjerit jerit mereka. Kemudian siap berganti pemain dengan Zulfa pula duduk di dalam manakala Mikayla dan Zuhail berentap. 

Zarif kerling jam. Dah pukul 10 lebih. Mall dari tadi lagi sudah tutup. Dia kerja esok. Kalau nak melayan budak budak separuh matang ni memang lewat lah dia tidur. Tak menunggu lama, dia masuk ke kereta dan menghidupkan enjin. Kereta diundur untuk keluar dari petak parking. Hon ditekan.

"Weh!!! Zaf dah nak gerak!" jerit Zuhail seraya berlari ke kereta meninggalkan Zulfa dan Mikayla.

"Weh monyet, ko tinggal adik kau ni?!" tempik Mikayla. 

Mika cepat cepat membantu Zulfa bangun dari troli. Berbakul dia membebel kepada Zuhail. Padahal Zuhail lah mastermind tadi. 

Zuhail pula cuba membuka pintu kereta tapi berkunci. Zarif merenung tajam ke arah dia dari dalam kereta.

Zuhail mengetuk-ngetuk cermin kereta. "Oii Zaf!" 

Zarif mengerling ke cermin pandang belakang. Dilihatnya Mikayla dan Zulfa sedang menjinjit plastik barangan yang ditinggalkan Zuhail tadi sambil berlari lari ke kereta.

"Oii Zaf! Bukalah!" jerit Zuhail dari luar.

Mikayla menepuk kepala Zuhail kuat dari belakang. Termengah-mengah dia dengan Zulfa.

"Dasar monyet!" carutnya kuat.

Zuhail menyeringai kesakitan. Belakang kepala digosok kuat.

"Abang..." panggil Mikayla sambil menekapkan muka ke cermin kereta di seat penumpang sebelah pemandu. Muka dimaniskan semanis yang mungkin.

Zarif menekan button unlock pintu kereta. 

Mikayla tersengih. Dia buka pintu.

"Abang buka bonet." ujar Mikayla lalu memberikan barangan kepada Zuhail. Zuhail menjeling dia seketika sebelum melangkah ke belakang untuk menyimpan barangan ke dalam bonet kereta Zarif.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, bingit di dalam kereta dengan bunyi mereka bertiga menyanyi bersama sama.

"Ya tuhan..." keluh Zarif. Zarif ingatkan mereka bertiga akan tertidur kerana kepenatan. Tapi lain yang jadi. Serupa macam pusat karaoke dah.

................................

TBC

Authors's note:

Yang tentang timeline SPM utk Zulfa tu saya buat awal tahun sebab setahu saya sekarang SPM macam lewat sikit lepas covid/pasca PKP. Sorry kalau timeline tu mengelirukan. Harap tak mencacatkan cerita. Tak pasti bila tarikh sebenar SPM sebab saya ni dah tua lama dah tinggal sekolah, hehe.

Sorry kalau chapter ni bosan sikit. Sebab next next chapter akan ada info penting tentang plot cerita ni. Bagi relaks relaks dulu malam ni haha!

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

8.1K 616 61
𝐌𝐫.𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 1 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: Raf's sweetheart Colour personality:🟡 𝑨𝒎𝒓𝒊𝒍 𝑹𝒂𝒇𝒒𝒊 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒔 | 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂�...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
35.8K 3.2K 64
𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama i...
859K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...