The Forced Fame [COMPLETE]

Por lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... Mais

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 32

3K 94 7
Por lemonellow

Ruangan Mesyuarat  Astana Group

"Baiklah we proceed to our main agenda untuk meeting kalini. I give the mic for Tengku Zuhail to proceed with perbentangan untuk event planning dan progress untuk setiap event. Saya diberitahu bahawa semua event telah dalam progress dan mempunyai team masing masing?" ujar Tengku Zaid yang mempengerusikan mesyuarat untuk hari itu.

Tengku Zuhail yang sudah bersedia terus bangun untuk mengambil tempat di rostrum di bahagian depan ruang mesyuarat Astana Group yang begitu gah. Mesyuarat hari itu dihadiri oleh ramai pekerja pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan Sambutan 30 Tahun Astana Group.

Lilian, setiausaha Zarif sudah bersedia di depan laptop untuk menayangkan slide perbentangan yang disediakan oleh Tengku Zuhail bersama Tengku Zarif beberapa hari lepas. Sempat juga mereka buat walaupun Zarif sibuk dengan persiapan kahwin.

Tengku Zarif pula sedang berpeluk tubuh di tempat duduk di sebelah setiausahanya. Dia masih dengan necktie sengetnya. Dia tak rasa malu sebaliknya rasa bangga. Ya, Zarif nampaknya sudah gila.

"First of all, kita akan fokus kepada agenda New Product Launching khas untuk Sambutan 30 tahun Astana Group. Well, these products will be limited edition with exclusive packaging and collection. Anak anak syarikat yang terlibat adalah Astana Food and Beverages, Astana Jewels, Astana Electronic, dan Astana Style."

"Our new product launching dah berada di fasa terakhir dan akan diumumkan pada hujung Februari. Limited edition products ini akan mula dijual bermula 1 Mac dan akan kekal di pasaran selama 30 hari. Selepas daripada tarikh itu, product limited edition untuk celebration ini tak akan lagi dijual."

Semua yang berada di dalam mesyuarat khusyuk mendengar perbentangan Tengku Zuhail.

"Moving forward to our next event is Astana 30 Years Exhibition that will be organize by Astana Events. Exhibition ini akan berlangsung selama 2 minggu di mana kita akan buat exhibition showcasing Astana's history, achievements and our milestones."

"Kita akan launch juga Charity Events on the opening day of our events."

Beberapa soalan dikemukakan daripada beberapa staf dan pekerja. Tengku Zaid turut bertanya beberapa soalan mengenai progress exhibition dan charity events.

Sedang Zuhail sibuk menjawab, Zarif pula sedang lincah menaip mesej untuk isterinya yang berada di rumah. Dia yang memang sudah maklum dengan intipati mesyuarat hari itu memang sudah bosan mendengar. Semua dia sudah tahu kerana dia dan Zuhail memang sudah berbincang berdua.

"Hai sayang, buat apa tu? Abang rindu awak lah."

Whatsapp di hantar kepada Mikayla. Sambil kepala pura pura mengangguk acah acah fokus kepada meeting

Di rumah pula Mikayla sedang menemani Puan Sri Sharifah berkebun di greenhouse milik wanita itu. Berkerut dahi melihat mesej dari Zarif. 

Dah kenapa si Zaf ni, fikirnya. Bukan dia tengah meeting ke? 

"Kenapa Mika?" tanya Puan Sri Sharifah yang sedang menggemburkan tanah untuk pokok orkid jenis Dendrobium yang baru dibelinya.

"Oh, tak ni Zaf mesej Mika." ujar Mikayla. 

Puan Sri Sharifah tersenyum sahaja. 

"Dia mesej apa? Penting ke?" tanya Puan Sri Sharifah. Setahunya anaknya itu kalau waktu kerja selalu fokus dan tak suka main main.

"Zaf tanya Mika buat apa." Sarung tangan dicabut untuk membalas mesej Zarif.

Terjongket kening Puan Sharifah. 

"Itu jer Zaf whatsapp?" 

"Tengah berkebun dengan puan permaisuri." Pesanan whatsapp itu dihantar kepada Zarif.

"Haah, dia tengah rehat lah tu kut. Meeting kan biasa ada take 5." ujar Mikayla.

*Ting

"Hantar gambar please." 

Mikayla menggaru garu kepala. Di pandang mama mertuanya yang sedang memandang ke arahnya.

"Ma, posing jap dengan orkid mama tu." ujar Mikayla sambil dihalakan kamera telefon bimbitnya kepada Puan Sri Sharifah.

Puan Sri Sharifah membuat gaya peace sambil tangan kirinya mengangkat pasu. 

"Mama rasa Zarif tu nak gambar Mika." ujar Puan Sri Sharifah. 

"Malaslah, Mika belum mandi. Mama lainlah dah wangi." ujarnya. Memang tadi lepas lelaki lelaki di rumah itu ke pejabat dia terus duduk berborak dengan Puan Sri Sharifah. Selepas itu dia diajak pergi berkebun jadi dia langsung tak naik ke tingkat atas.

*Trett

Telefon di tangan bergetar. Dia dah letakkan dalam mode vibrate.

Muncung mulut Zarif apabila hanya ada mamanya dalam gambar yang dihantar Mikayla. 

"Lastly, I on behalf of Astana will announce that there will be Corporate Retreat to Pulau Redang involving all Astana staff and direct Astana's families. It will be 3 days 2 nights trip sponsored by Astana Group on the first week of April. Jadi 3 hari itu Astana Group dan semua anak anak syarikat milik Astana akan bercuti selama 3 hari. Official announcement will be announced later on our announcement board and Astana announcement online platform." ujar Zuhail sambil tersenyum. 

Sudah pastilah ini merupakan event yang paling ditunggu tunggu oleh semua pekerja pekerja Astana. 

Para pekerja yang berada di dalam ruangan mesyuarat itu sudah bertepuk tangan.

Zarif tidak menghiraukan kebisingan ruangan mesyuarat itu. Dia masih fokus kepada skrin telefon.

"Abang nak gambar Mika... Hantar satu please."

Dia menunggu balasan dari Mikayla.

Seminit

3 minit

5 minit

Tetap tiada balasan.

Dia kembali menaip mesej. Isterinya itu tidak seen mesej sebelum ini.

"Haluuu"

"Sayang..."

"Mikayla..."

Di rumah,

*Ting

*Ting

*Ting

Mikayla yang sedang menolong Puan Sri Sharifah memasukkan anak pokok orkid ke dalam pasu itu sudah berkerut kening mendengar bunyi pesanan whatsapp masuk. Dia sudah memakai semula sarung tangan untuk berkebun jadi dia malas mahu membuka telefon.

"Anak mama lagi ke tu?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Entahlah Ma, abaikan jer lah. Mika nak tanam pokok ni." ujar Mika.

Puan Sri Sharifah sudah tergelak kecil. Angau sungguh anak sulungnya itu. Time kerja pun nak berwhatsapp dengan isteri.

Syed Adli yang duduk di sebelah Tengku Zarif dari tadi memerhatikan Zarif nampak seperti tidak focus dalam meeting. Dia menyiku Tengku Zarif.

"Oi, babah kau dari tadi duk jeling jeling kau. Kau boleh tak fokus pulak dekat meeting harini." bisiknya sambil mata tetap fokus memandang Tengku Zuhail yang masih membentang agenda agenda meeting.

Tengku Zarif angkat muka. Dia pandang Tengku Zaid yang berada di hujung meja. Dia lihat babahnya menjongket kening dan kemudiaan memberi isyarat kepadanya untuk fokus.

Zarif tersengih seketika sebelum memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket kemeja kerjanya. Muka kembali serius. Mata dibawa memandang ke arah Zuhail.

........................................

IPD Cheras

Inspektor Haris menilik lelaki yang berusia lingkungan 50 an itu atas bawah. Tidak menyangka lelaki itu akan datang sendiri ke balai. Sudah puas anak buahnya mencari keberadaan lelaki itu tetapi alih alih Dato' Borhan muncul sendiri di balai pagi itu. 

"Borhan bin Bakri?" serius muka Inspektor Haris menyebut nama itu.

"Dato'!"

"Dato' Borhan bin Bakri." sambung lelaki itu. Matanya menjeling sebal ke arah Inspektor Haris.

"Siapa ini?" Inspektor Haris menuding ke arah seorang lelaki yang dalam lingkungan 30-an yang sedari tadi berdiri di belakang lelaki itu.

"My right man." 

"and kenapa dia ada sekali ya?" tanya Inspektor Haris.

"Dia alibi aku. Kau orang nak check alibi aku pada malam kejadian kan? Aku nak senangkan tugas polis jadi aku bawa terus dia datang sekali. Bagus kan?" ujar Dato' Borhan sambil tersenyum sinis.

"Hmmm, saya belum cakap apa apa lagi tapi nampak gayanya Dato' terus lompat ke klimaks." ujar Inspektor Haris juga turut tersenyum sinis.

"Tak payah nak sindir aku. Cepatlah mula. Kau nak tahu malam tu aku buat apa kan? Tanyalah!" Bengang wajah Dato' Borhan.

"Baiklah Dato'. Tapi saya sebenarnya nak tahu benda lagi penting dari alibi Dato' pada malam kejadian."

Dato' Borhan kerut kening.

"Apa hubungan Dato' dengan Putri Ailin?" tanya Inspektor Haris. Mukanya berubah serius.

Timbul urat urat di dahi Dato' Borhan. Tidak menyangka terus ditanya soalan begitu. 

Dia cuba mengawal air muka.

"My artist. Dia artis pertama yang aku signed untuk syarikat pengurusan artis aku."

"Hmm, tapi Dato' saya telah periksa dan saya lihat tiada langsung tercatat di mana mana jabatan pendaftaran dekat Malaysia ni mengenai syarikat pengurusan artis milik Dato'. Not in Suruhanjaya Syarikat Malaysia and not also in Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

"Shit!" getus Dato' Borhan di dalam hati. Tidak menyangka pihak polis sudah memeriksa sampai ke situ.

"My management company tu baru nak ditubuhkan. Aku try dulu signed seorang so that aku nak tengok boleh bawa profit ke tak dekat aku. Takkan awal awal nak start terus nak signed ramai orang." 

"You got me wrong there Dato'. Saya tak kisah berapa orang pun Dato' nak signed bawah naungan syarikat Dato' tapi saya mahu tahu kenapa syarikat pengurusan Dato' tak ada dalam mana mana list berdaftar dengan kerajaan Malaysia." serius suara itu.

"Or could I say imagination management company?" sambung Inspektor Haris.

"Kau!" amarah Dato' Borhan sudah memuncak.

Dia melonggarkan necktie di leher. Terasa lemas. 

"Aku tak ada apa apa hubungan dengan Ailin! Kau orang ingat aku bagi rumah aku tu dekat dia sebab aku ada hubungan dengan dia. Tapi kau orang salah. Ailin tu artis yang aku jaga jer. Dia pandai berlakon kan? Takkan aku nak lepaskan profit mudah macam dia!" sudah tiada ketenangan dalam suara Dato' Borhan.

Inspektor Haris yang sedang memandang hanya tersenyum. 

"Jadi maknanya Dato' tahulah kenapa Dato' boleh terkait dengan kes bunuh tu? Yes betul, kami dapat tahu rumah banglo yang diduduki mangsa adalah milik Dato'. Peliknya apabila tiada perkaitan lain antara Dato' dengan mangsa selain dari rumah tu. Dan memang sebab itu anak anak buah saya mencari Dato'."

Dato' Borhan mendengus sebal.

Inspektor Haris memberi isyarat kepada anak buahnya. 

Seorang pegawai polis berpangkat koperal datang menghulur segelas kertas cawan berisi air.

"Minum dulu Dato'. Tenangkan hati. Saya tengok Dato' macam stress."

Dato' Borhan mengangkat muka. Dia memandang ke arah anggota polis yang menyerahkan kertas cawan itu. Dia menarik kertas cawan itu dengan kasar. Diteguk deras air dalam cawan itu.

"Lagi!" bentaknya apabila terasa air tidak mencukupi. Cawan itu dihempas ke meja.

Anggota polis tadi berpusing untuk mengambil botol air mineral. Baru sahaja dia ingin menuang ke dalam kertas cawan tadi, botol mineral itu sudah dirampas oleh Dato' Borhan.

Inspektor Haris hanya diam memerhati.

Selesai minum, Dato' Borhan mengemekkan botol itu lalu dicampak ke lantai.

"Look here inspector. Aku taknak lama lama dekat sini. Kalau kau tak ada bukti kukuh nak tuduh aku ada kaitan dengan Ailin tu, tolong cepatkan sikit interogasi ni. Aku ni busy!" bentak Dato' Borhan.

"Okay, fine. Saya pun taknak ambil masa Dato' lama lama. Jadi pada 1 Januari, dari pukul 12 malam hingga 7 pagi, Dato' berada di mana yer?"

"Aku di rumah persendirian dengan pekerja pekerja aku. Naim boleh tolong sahkan!" katanya lalu menuding jari ke belakang. 

"Rumah persendirian? Rumah di mana isteri Dato' tinggal ke?" tanya Inspektor Haris.

"Aku ni kaya. Banyak rumah. Bukan rumah bini aku. Aku ada rumah lain!" 

"Maksudnya rumah yang tak berdaftar atas nama Dato'?" sinis soalan Inspektor Haris. Dia dan anak anak buahnya dah periksa semua aset berdaftar bawah nama Dato' Borhan. Semua rumah sudah dilawat anak buahnya tapi Dato' Borhan tidak diketemui. Isteri lelaki itu pula berada di Singapura sekarang.

"Eh kau ni nak tanya aku pasal kes bunuh atau nak tau pasal aset aku?!" bengang sungguh Dato' Borhan.

"No, it's okaylah Dato'. So hanya Naim sahaja ke yang boleh jadi alibi Dato'? Ada saksi lain yang nampak Dato' di rumah persendirian Dato' malam tu?" 

"Pekerja pekerja aku ada sekali. Kau nak suruh aku bawak semua ke? Aku boleh jer suruh dorang datang sekarang." ujar Dato' Borhan.

"Oh takpe. Cukuplah kami ambil keterangan Naim dulu." senyum sahaja muka Inspektor Haris. Nak ambil keterangan anak anak buah Dato' Borhan memang akan buang masa. Sudah pastilah mereka akan menyorokkan segala yang mereka tahu kerana Dato' Borhan adalah majikan mereka. 

Dato' Borhan di depannya itu fikir dia bodoh ke?

Silap orang.

Selesai memberi keterangan, Dato' Borhan dan dan Naim terus cepat cepat keluar dari situ. Sibuk benar gaya mereka.

Keluar sahaja mereka dari pintu, cepat cepat datang seorang anggota polis yang sudah siap sedia memakai surgical glove putih. Kertas cawan di meja dan botol minuman yang dicampak tadi dikutip dan dimasukkan ke dalam plastik sample bukti.

Inspektor Haris sudah tersenyum. Dia sudah terbiasa dengan orang orang seperti Dato' Borhan. Jadi untuk berhadapan dengan manusia begitu, dia perlukan trik. 

"Hantar ke forensik. Check sama ada DNA tu sepadan atau tak dengan janin."

........................................

Bangunan Astana Group

"Zuhail, Zaf jom lunch sekali kejap lagi." ujar Syed Adli yang melangkah mengekori kedua dua adik beradik itu. 

Mereka baru selesai meeting dan ingin kembali ke pejabat masing masing.

"Aku on. Kau pilih tempat." kata Zuhail pula.

"Kau Zaf?" tanya Syed Adli ke arah Zarif yang masih khusyuk dengan telefonnya. 

Zarif baru sahaja menghantar beberapa keping gambar selfie untuk isterinya. Siap tunjuk pada necktie yang senget itu. Memang dia akan abadikan gambar tu untuk tontonan anak cucu di masa hadapan. Hari itu dalam sejarah pertama kali isterinya memakaikan dia necktie. Over sungguh Zarif.

"Oiii!" tangannya dibawa mengetuk kepala Zarif. 

*Ting *Ting *Ting

"Nope, Mika nak lunch dengan mama."

"Abang ni kan, tak betulkan lagi necktie tu. Tu nak perli Mikalah tu!"

"Taknak kawan dengan abang!"

Zarif mengeluh melihat pesanan whatsapp dari Mikayla. Dia mahu mengajak Mikayla keluar lunch bersama tapi ditolak isterinya itu.

Zuhail menarik telefon abangnya dan tergelak apabila membaca conversation abangnya dan Mikayla. Kepala digeleng.

"Bak sini balik!" bentak Zarif sebelum merampas kembali telefonnya dari tangan Zuhail.

"Eh Ad pejabat kau dekat bawah, berambus sekarang!" ujar Zarif apabila Syed Adli dan Zuhail kedua-duanya masih mengekori langkah dia untuk ke pejabatnya. Masih berbaki 30 minit lagi sebelum lunch hour.

"30 minit jer lagi wei. Aku nak tanya something dengan kau kejap." jawab Ad. Tangannya berkerut memandang ke arah sepupunya itu.

"Kau pehal senget pakai tie ni?" ujar Syed Adli sambil tangannya menyentuh tie di badan Tengku Zarif. Dia mahu membetulkan tie itu.

Zarif yang melihat cepat cepat menepis tangan Syed Adli.

"Oi!" tinggi nada suara Syed Adli apabila Zarif menepis tangannya.

Zuhail di sisi sudah tergelak.

"Aku nak buat baik tolong betulkan aje pun." bebel Syed Adli sambil kakinya melangkah masuk ke ruangan pejabat Tengku Zarif. 

Tengku Zarif pula melangkah ke meja kerjanya. Dia duduk bersandar di kerusi korporat. Matanya memandang sepupu dan adiknya yang sedang menarik kerusi di hadapan meja kerjanya.

"Korang nak apa?" Rimas sungguh dia dengan dua manusia di depannya itu. Dia nak whatsapp Mika pun tak senang.

"Zuhail cerita pasal kau pergi balai haritu bagi sample DNA kau? Pehal kau tak cerita kat aku?!" bebel Syed Adli. Berita sepenting itu pun dia tak tahu. Geram sungguh bila dia baru dapat tahu gara gara Zuhail yang terlepas kata.

"Kau Zuhail memang mulut tempayan!" marah Zarif.

"Aku terlepas cakap bila si Ad ni ajak aku sembang pasal kes bunuh Ailin tu." ujar Zuhail membela diri.

"So, apa result dia?" tanya Syed Adli.

Zuhail juga turut memandang Tengku Zarif. Dia juga belum tahu keputusan ujian DNA tu. Sibuk sangat dengan wedding abangnya tempoh hari. Sibuk prank abang sendiri juga. Banyak bendalah untuk disibukkan.

Mahu sahaja Zarif mengamuk dekat situ. Dua mangku hayun ini ingat dia jahil sangat ke sampai boleh percaya dia buat dosa berzina.

"Perlu ke nak tanya result apa. Obviously lah negatif bangang!" amuk Zarif. Kuat nadanya. Dia bengang apabila kesuciannya diragui.

"Kau orang ingat aku hamak sangat ke nak sentuh Ailin? Aku sayang Mika lah!" bebelnya.

Tergelak sudah Zuhail dan Syed Adli.

"Tahulah kau sayang tapi kau tu bukan boleh. Mana tahu sebab nak balas dendam dekat Kayla dulu kau pergi buat perangai ikut emosi. Siapa suruh kau layankan si Ailin tu. Aku hampir terpercaya kau jatuh cinta dekat dia tahu tak!" bebel Syed Adli pula.

"Tah, haritu kemain berlagak cakap nak jadikan Ailin kakak ipar aku dengan Fafa. Fafa punyalah risau. Tapi aku tak risau manalah. Sebab kalau kau taknak, aku ada chance." seloroh Zuhail.

"Huh, over my dead body!" dengus Zarif. Zuhail ni tak habis habis nak rampas Mika dia.

"Hahahaaha move on bangang! Yusra ada lagi tu sedang menunggu." usik Syed Adli pada Zuhail.

"Oh, haa sebut pasal Yusra. Lama tak nampak dia." kata Zuhail.

"Aku dengar Tan Sri Aziz cakap dia tengah nak habiskan PhD. Sama macam kau jugak. Tapi nanti maybe dia join corporate retreat dekat Redang tu sebab Tan Sri Aziz cakap nak bawa family dia join sekali." ujar Zarif pula. Tan Sri Aziz merupakan antara Board of Director BOD Astana Group. 

"Hoho menarik ni, dua dua bakal Doctor of Philosophy. Kau tak nak ke Zuhail? Kau kena cepat tau! Jangan slow macam abang kau ni" sindir Syed Adli.

"Ahh slow slow aku pun dah kahwin okay! Kau jangan nak kutuk kutuk aku." bentak Zarif.

"Hahaha, haa kau Zuhail, Yusra tu still tunggu kau. Cepat grab sebelum terlepas." usik Syed Adli.

"Ish taknaklah aku." kenapa dia pula yang jadi bahan usikan Syed Adli sekarang. Mentang mentanglah hanya dia yang single di antara mereka bertiga.

"Berlagak jugak kau ni. Orang dah nak tu kau taknak pulak. Nak kebas jugak bini aku. Kau pergi cari bini kau sendiri! Jangan nak bergusti dengan bini aku lagi dah!" bebel Zarif.

"Hahahaha siot Zuhail, kau ajak bini abang kau bergusti? Rare, rare!" berdekah Syed Adli gelak.

"Eh tapi kan, si Ailin tu mengandungkan anak siapa?" ujar Zuhail cuba menukar topik. Bukan dia sengaja. Dia memang dari tadi berfikir tapi terbantut fikirannya gara gara Syed Adli.

"Entah, tak payah lah kau fikir, buat jatuh dosa fitnah jer dekat orang yang dah tak ada." ujar Zarif perlahan.

Terbuntang mata Zuhail memandang abangnya. Reti pula tahu dosa fitnah. Dulu kuat judge dan fitnah Mika. 

Zuhail mencebir bibir.

...............................................

TBC


Continuar a ler

Também vai Gostar

6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...
92.5K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
21.2K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...