The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

196K 6K 284

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 31

3.4K 91 1
By lemonellow

Burning Days Night Club

"Hey babe! Lama you tak datang sini!" ujar si jejaka. Minuman di gelas mewah ditarik lalu dilabuhkan duduh di sebelah gadis kaya itu.

Liyana yang mendengar hanya mencebir bibir. Dia sudah bosan dengan lelaki lelaki murah begini. Petik jari sahaja ramai lagi yang bersusun datang. Memang dia dah lama tak datang ke situ gara gara kantoi dengan tok neneknya dulu. 

"Yana! I thought you dah stop datang" sapa Harisa yang sudah nampak sedikit mabuk. Dia duduk sambil berpelukan dengan seorang lelaki.

"I tengah mogok dengan my grandma." ujarnya sambil mendengus sebal.

"Why?" tanya Harisa.

Telefon mewah Liyana berbunyi saat itu. Liyana memberi isyarat 'wait' kepada Harisa.

"Hmm I dah dekat atas. Emerald Room." ujar Liyana kepada pemanggil lalu panggilan ditamatkan. Memang dia yang mengajak rakannya itu ke situ malam itu. Harisa pula memang tidak perlu diajak pun, kalau tiada jadual penerbangan memang kawan gediknya itu akan melepak di situ mencari lelaki. 

"Siapa?" tanya Harisa.

"Inara. I ajak dia jugak." ujar Liyana.

"Whattt, reunion ke ni babe. Awww I like!" ceria nada Harisa.

Pintu terbuka luas tiba-tiba.

"Hello ladies!" jerit Inara di pintu. Teruja melihat rakan rakannya ada disitu.

"Nara cepat masuk, I takde mood ni." ujar Liyana dengan wajah sebal. Dia tiada mood untuk have fun. Dia cuma mahu rakan rakannya mendengar ceritanya malam itu.

"Eee tak fun lah you ni Yana!" bebel Inara sambil melangkah masuk.

"Hi, you!" sapa Inara pada lelaki yang duduk di sebelah Liyana.

"I want to have ladies time tonight so can you both please get out?" arah Liyana kepada lelaki disebelahnya dan lelaki yang sedang khuysuk memeluk dan meraba Harisa.

Kedua dua lelaki itu mendengus sebal sambil bangun dan keluar dari bilik. Mereka nak buat apa lagi. Ketiga tiga perempuan di bilik itu memang banyak duit dan mereka hanya boleh mendengar arahan.

"Yana... you ni tak fun lah!" bentak Harisa.

"You kalau nak menyundal pun boleh tak nanti nanti. I nak cerita ni!" selar Liyana pula.

"Eleh you menyundal tak apa pulak. I tak boleh." bebel Harisa.

"Babe you ni kenapa, period?" tanya Inara.

"You guys tahu tak Zarif dah kahwin?" kata Liyana.

"WHAT?" kedua dua gadis itu menganga. 

"Bila? Abang Zarif kahwin dengan siapa?" tanya Harisa yang sudah terkejut. Tahu sangat kawannya itu sangat sukakan lelaki itu.

"Last saturday and he married someone I don't know!" bentak Liyana geram.

"What? How come you don't know? You tak pergi wedding dia ke?" tanya Inara.

"I wasnt even invited in the first place!" 

"Seriously? You guys can cousin? Macam mana boleh tak dijemput. Tapi I takde dengar pun berita apa apa pasal wedding keluarga Astana. Bukan biasanya akan viral ke?" tanya Inara pelik.

"Wedding tu my paklong buat senyap senyap. No one boleh hebohkan pasal wedding tu kalau tak paklong nak saman!" 

"Wow this is weird!" ujar Inara.

"Abang Zarif kahwin dengan siapa? Nak cakap si pelakon Ailin tu nonsense lah perempuan tu dah mati." kata Harisa.

"Nope kan I dah cakap, yang Abang Zarif takde apa apa hubungan pun dengan perempuan tu..." kata Liyana.

"Agak agak kan perempuan tu from London. Your abang Zarif kan duduk sana lama haritu." teka Inara.

"ARGHHH whoever it is pun whatever lah yang masalah sekarang ni why dia kahwin dengan orang. I ni sanggup selalu jenguk dia dekat London tau. I dah berapa kali bagitahu dia yang I suka dia!" ujar Liyana sedih.

"And you should siasat. Why in the world Paklong you nak buat wedding senyap senyap when they can buat besar besaran. Tak suit Astana Group langsung. Your grandma boleh setuju pulak?" ujar Inara.

"Yeah that's the problem. I baru gaduh dengan Tok Nenek I tu. Itu yang I datang sini. Dia nak marah pun peduli apa I. I pergi tanya dia kenapa Zarif kahwin and with who Zarif kahwin pun dia buat tak tahu jer dekat I." 

"Tok Nenek you pergi ke wedding tu?" tanya Harisa.

"Yeah, she went. My daddy pun." dengus Liyana.

"Wow so weird. You patut check siapa lawan you tu. Kahwin pun boleh cerai lah babe." pujuk Inara.

"Eee I taknak duda." keluh Liyana.

"Duda hot apa. Berpengalaman. Although I think Zarif tu duda ke bujang ke tetap skillful." ujar Harisa gatal. Dibayangkan tubuk helok milik Tengku Zarif. 

"It's okay babe, you tunggu jer nanti bila dah tersebar siapa wife Zarif tu. Waktu tu lah you curi peluang. I don't think that his wife is that perfect kalau dah sampai kahwin pun kena sorok sorok. Entah entah pregnant before kahwin then kahwin untuk tutup cerita jer." ujar Inara lalu tergelak gelak.

"Kan, siapa jer yang nak sorokkan kahwin kalau suami tu Tengku Zarif. Kalau I, I memang hebohkan sampai satu dunia tahu." ujar Harisa tergedik gedik.

"Yeah, nanti kalau ada event family mesti Zarif akan bawak that bitch. Siaplah memang I akan tunjuk dekat dia the realiti of Astana Group. I akan pastikan dia rasa tersisih. Memang I akan buat dia rasa menyesal berani nak kahwin dengan kepunyaan I" kata Liyana pula. Dia sudah mula rasa seronok. Tak sia sia dia ajak kawan kawannya ini berkumpul.

"Nah, now minum and have fun Yana." kata Inara sambil menghulurkan minuman keras ke arah rakannya.

Liyana tersenyum lalu menyambut huluran minuman tersebut. 

..........................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Mika halau Zuhail tu please..." bebel Zulfa. Abang dia itu dari tadi menyakitkan hatinya.

"Kau Zuhail bukan nak bagi semangat dekat adik kau. Adik kau tu lagi beberapa minggu nak SPM. Bagilah semangat sikit." ujar Mikayla yang duduk menemani Zulfa di library yang menjadi ruang belajar Zulfa. 

"Eee aku dulu tak study dah lagi beberapa minggu nak exam macam ni. Santai aje semua dah ada dalam otak." berlagak sungguh ayat Zuhail.

"Ergh taulah student cemerlang. Tak payah nak angkat bakul dekat sini. Takde siapa nak layan." ejek Mikayla.

"Fafa you tak payah layan Zuhail ni. Nanti Fafa dah habis exam kita pergi vacation. Kita pergi berdua jer tak payah bawak si monyet ni." pujuk Mika.

"Ehhh, sesedap hati nak tinggalkan aku. Kau tu pulak, berangan betul nak pergi berdua. Kau ingat laki beku kau tu boleh lepaskan ke kau pergi sorang sorang. Berangan jer lah kau." ejek Zuhail. Bukan dia tak tahu perangai abangnya itu.

"Ahh pepandai lah aku nanti. Sebokk jer kau." bentak Mikayla.

"Fafa good job good job. Buat kerja Fafa. Abaikan monyet ni. Terlepas dari Zoo tadi Mika terpaksa bawak balik. Species terancam kan. Kalau jual dapat untung." ujar Mika sambil mengusap usap perlahan kepala Zulfa yang sedang membuat pengiraan di buku latihan.

Zulfa tergelak perlahan.

"Kau!" Zuhail meluru ke arah Mikayla lalu di headlock kepala kakak iparnya itu. 

"Hey monyet lepasss!!!" Kuat nada suara Mika. Zulfa turut cepat cepat memukul badan abangnya. Bergusti mereka bertiga di library tingkat 3 itu.

"Fafa cekik monyet ni cepat" ujar Mikayla yang masih tidak dapat melepaskan diri dari di headlock Zuhail.

Zuhail sudah gelak gelak sambil memperketatkan headlocknya di kepala Mikayla. Tumbukan bertubi tubi dari Zulfa tidak diendahkan.

"Rasakan kauuuu!" ujar Zuhail. Ditolak kepala Mikayla merapati meja. Mikayla cuba menyerang balas dengan mencubit perut Zuhail dengan jari jemarinya.

Zulfa pula cuba melompat untuk mencekik abangnya yang tinggi itu.

Masing masing tidak mahu kalah.

"ZUHAIL! HANDS OFF!!!!!!!!!!!!!" satu suara memetir dari pintu. 

Terkedu mereka bertiga seketika. Serentak masing masing mengangkat kepala. Terbuntang mata masing masing melihat muka bengis Zarif yang sedang elok bercekak pinggang di pintu. 

Zulfa cepat cepat duduk semula di kerusi. Zuhail pula mengangkat tangan gaya ditangkap polis. Mikayla yang tadi menunduk sudah duduk tersengih membuat muka tidak bersalah ke arah Zarif. 

"Mikayla, sleep! Now!" arah Zarif. Dipandangnya muka Mikayla yang sedang tersengih. Geram sungguh dia kerana sekali lagi dia terpaksa berpusing pusing mencari isterinya itu. Tak reti nak duduk bilik diam diam. 

Nasib baiklah dia terdengar bunyi bising lalu kakinya melangkah ke library yang menjadi sumber bunyi bising itu. Selepas itu matanya dihidangkan dengan tiga manusia itu sedang bergusti. Sama naik sahaja isteri dan adik adiknya itu.

"NOW! Nak abang tarik atau Mika jalan sendiri sekarang?!" selarnya apabila Mika masih duduk di situ.

"Pergilah cepat. Tuan kau dah mengamuk tu. Jangan lupa mintak pisang nanti." bisik Zuhail.

"Kau siap kau. Kau still hutang headlock dengan aku." bisiknya juga ke arah Zuhail. 

Mata mereka berdua bertaut keras gayanya seperti mencarut ke arah diri masing masing dalam diam. 

"MIKAYLA!" memetir lagi suara Zarif.

"Iya iya! Kejaplah..." ujar Mikayla sambil sempat menyepak kaki Zuhail. Dicium sekilas kepala Zulfa sebelum dia melangkah ke arah Zarif yang sedang merenung dia dengan tajam.

"Bye baby, goodnight. Belajar rajin rajin tau!" lambai Mikayla ke arah Zulfa apabila dia sudah berada di pintu.

"Kau, moga hantu momok datang dalam mimpi kau malam ni!" jelir Mikayla ke arah Zuhail sebelum berjalan melintasi tubuh Zarif yang berada di muka pintu.

Zarif yang sedang bercekak pinggang menghalang langkahnya.

"Puas gusti?" perli Zarif.

Mikayla memaut lengan Zarif sambil membuat muka comel. 

"Itu gurau adik beradiklah." sengih Mika.

"Banyaklah adik beradik." getus Zarif.

"Iyelah, adik you, adik I jugak!" ujar Mika.

Zarif menyekeh kepala Mikayla kuat.

"Ouch! Kenapa?!" bentak Mika geram.

"Dah berapa kali nak cakap, panggil abang!" bebel Zarif.

"Ish bukan sengaja punnn." Dia memang begitu. Suka guna kata ganti nama ikut mood. Kejap keluar I You, kejap abang, kejap awak saya. Ikut yang mana yang tersebut dimulut.

"Abang ni taknak tidur lagi ke? Esok abang kerja kan?" tanya Mikayla.

"Nak tidur lah tapi isteri pulak pergi melayan adik adik ipar. Bukan nak tunggu suami dekat bilik." tempelak Zarif.

"Eleh macam lah tak boleh tidur sorang sorang. Abang jer kerja so abang tidur jer lah dulu. Mika boleh tidur lewat sebab Mika cuti kerja sekarang~" ujar Mikayla selamba.

"Banyaklah tidur lewat. Abang nak tidur, Mika pun kena tidur sama." arah Zarif sambil diheret Mika untuk bilik mereka.

"Ish apa tarik tarik ni."

Pintu ditutup dan dikunci oleh Zarif.

Mika mencapai telefon dan merebahkan badan di katil. Dia meniarap sambil menatap skrin telefon. Tidak dihiraukan Zarif yang masih berdiri.

"Berus gigi, basuh muka, basuh kaki lah dulu sebelum naik atas katil!" bebel Zarif.

Mikayla buat don't know.

Zarif melangkah mendekati katil lalu tubuh Mikayla diangkat.

"ARGHHHH OIII!!!" jerit Mikayla kuat. Terkejut dia tiba tiba tubuhnya diangkat begitu.

"Apa oii oii dekat suami." Bebel Zarif sambil membawa tubuh Mikayla masuk ke bilik. Diletakkan isterinya di atas sinki lalu dicapai berus gigi Mikayla. Dia letakkan ubat gigi dan menghulurkan berus gigi itu pada isterinya.

"Nah, cepat berus gigi."

Mika memandang Zarif dengan wajah geram. Diambil juga berus gigi yang dihulurkan.

"Abang ingat Mika ni budak budak ke?" ujar Mika geram.

"Adalah gaya sikit." komen Zarif selamba sambil memberus giginya.

Mika menjeling Zarif geram. Dia turut memberus gigi. Kakinya yang terjuntai ditarik Zarif masuk ke dalam mangkuk sinki. Kaki itu dibilas. Muka Mikayla turut disapu dengan air. Mika hanya diam dan memerhatikan sahaja tingkah Zarif.

Setelah selesai dia mencempung tubuh Mika keluar dari bilik air dan diletakkan ke katil. Tubuh isterinya diselimutkan sampai ke bahu.

"Tidur." ujar Zarif. Dia membuka baju dan mencampak baju yang dipakai ke dalam bakul laundry sebelum turut naik ke katil dan berbaring di sebelah Mikayla.

Mikayla diam terkebil kebil. 

Dia sekarang tak mengantuk lagi. Bila muka dibasuh dia rasa segar balik. Macam mana dia nak tidur. 

Perlahan lahan Mikayla bangun dari pembaringan.

"Mikayla..."

"Tidurrrr!" ujar Zarif yang masih memejamkan mata. 

"Abang, Mika tak ngantuk lagi lah." ujar Mika.

Mikayla bangun perlahan lahan untuk turun dari katil namun tangkas sahaja Zarif mencapai lengannya. Tubuh Mika terdorong ke belakang.

"Sleep or I will make you sleep?" garau suara Zarif menyapa gegendang telinga.

"Err kejap lagi lah, Mika nak ambil phone kejap." ujar Mika sambil cuba bangun sekali lagi.

Tidak sempat dia berbuat apa apa, badannya sudah ditolak keras ke katil sebelum Zarif naik menindih dia. Sudahlah Zarif sekarang tidak berbaju. Tersembul six pack di abdomennya. Mikayla melarikan pandangan.

"Mika nak ambik phone jer..." ujar Mika perlahan. 

Zarif merenung leher jinjang Mikayla. Dia tunduk menghidu kawasan itu. Bau bunga ros.

"Mika pakai losyen yang bau ros ke?" tanya Zarif dengan suara penuh menggoda.

"Abang janganlah. Gelilahhhhhh" bebel Mika apabila Zarif mula mencium lehernya. 

"Abang..." rengek Mikayla. Dia tidak selesa. 

"Hmmm..." 

"Abang tidurlah. Abang mengantuk kan." ujar Mikayla sambil menolak tubuh Zarif yang masih melekat di tubuhnya.

Zarif mendengus kasar. Dia bangun dari menindih dan berbaring sambil merenung wajah Mikayla.

"Can I hug you sayang. Let me cuddle you to sleep." pinta Zarif. Jari jemarinya bermain main di perut Mikayla yang berlapik t-shirt.

"No taknak." cepat cepat Mika mengelak. Dipusingkan badannya membelakangi Zarif.

Zarif yang geram terus menarik tubuh Mikayla merapat. Tangannya melilit pada pinggang Mikayla.

"Abang, panas lah tak selesa lah Mika nak tidur." Tangannya cuba merungkai pegangan tangan Zarif.

"Sleep sayang or abang boleh buat kita tak tidur langsung malam ni. You choose." bisik Zarif keras. Pelukannya dikemaskan.

Mikayla kaku dalam pelukan. Takut juga andai Zarif betul betul bertindak. Jadi dia terus mendiamkan diri dan cuba memejamkan mata. 

Zarif tersenyum melihat Mikayla yang terus kaku. Dipusingkan tubuh Mikayla untuk menghadapnya.

"Tak baik tidur membelakang suami sayang. Kalau sayang tak boleh tidur, tenung jer muka abang. Boleh kumpul pahala sambil sambil." ujar Zarif sambil mencium dahi Mikayla yang sudah terbuntang matanya. 

Mikayla menyembamkan mukanya ke dada Zarif yang tidak berbaju. Kedudukan mereka yang langsung tiada ruang itu menyebabkan Mikayla dapat mendengar degupan jantung Zarif. Laju bunyi jantung itu berdegup. 

Bauan natural dari sabun yang dipakai Zarif ketika mandi membuatkan Mika rasa tenang. Zarif memang suka mandi dahulu sebelum tidur. Jadi lelaki itu sentiasa berbau segar. Dihidu hidu tubuh Zarif. Dia suka bauan natural begitu. 

Zarif tersenyum apabila dirasakan hidung Mikayla merapat ke dadanya. Dia mencium rambut Mikayla yang berada di bawah dagunya. Matanya sudah semakin layu. Zarif memang jenis tidur awal.

"Good night sayang. I love you." bisik Zarif sebelum melelapkan mata. 

Mikayla hanya diam di dalam pelukan. Matanya dipejam.

Setelah dia rasakan Zarif sudah terlena, dia langsung mengangkat muka. Direnung seketika wajah Zarif yang sudah masuk ke alam mimpi itu. Dia dapat dengar hela nafas lelaki itu. Dia mengusap perlahan dada Zarif.

"I love you too husband. Good night." Ujarnya perlahan apabila yakin Zarif tidak akan mendengar kata-katanya itu. 

............................................................

Zarif keluar dari bilik air dan melihat Mikayla masih sedap berselimut sambil memakai telekung. Tadi dia menyuruh Mikayla untuk solat dahulu kerana dia mahu mandi sebelum solat Subuh. Dia sudah perlu ke pejabat hari itu.

"Mika dah solat ke?" tanya Zarif.

Mikayla yang mendengar suara Zarif terus bangun dari baringannya.

"Belum. Mika tunggu abang." kata Mika sebelum melangkah ke sejadah. Sudah dihampar dua sejadah untuk dia dan Zarif.

Zarif yang melihat terus tersenyum.

Selesai solat Mikayla merebahkan diri di katil tanpa mencabut telekung solat. Dia memerhati gerak geri Zarif yang sedang sibuk bersiap. Baju Zarif untuk ke pejabat memang sentiasa tersedia di wardrobe dan telah di iron kemas setiap kali selepas basuh oleh pembantu rumah.

Zarif selalunya menyarung kemeja di wardrobe tapi hari itu dia sengaja mahu memakai baju di depan katil menghadap ke cermin solek. Mahu tunjuk gaya dia bersiap kepada isterinya itu. Dia perasan yang Mikayla dari tadi tak berhenti dari memandang. Dia ingatkan Mikayla akan terus tidur seperti biasa selepas Subuh tapi pagi itu isterinya tidak tidur.

Zarif menghilang sebentar ke wardrobe sebelum kembali bersama necktie di tangan.

"Sayang..." 

"Hmm?" tanya Mikayla yang masih berbaring. Matanya masih memerhatikan Zarif.

"Sayang pandai pakaikan necktie tak?" tanya Zarif lalu berpusing menghadapa Mikayla.

"Mana Mika pandai..." ujar Mikayla. Dekat lelaki mana dia nak pakaikan necktie. Mana lah dia pernah belajar untuk memakaikan necktie kepada kaum lelaki.

Berkerut dahi Zarif. 

"Abang ada tengok drama Mika dulu dulu. Mika pernah pakaikan necktie dekat pelakon lelaki tu dalam drama." ujar Zarif dengan nada seperti cemburu.

"Hah?" terbangun Mikayla mendengar kata kata Zarif.

"Abang, itu kan berlakon. Orang production dah bagi Mika tie yang dah bersimpul elok. Mika cuma perlu tarik jer lah untuk scene tu." ujar Mikayla sambil tergelak.

Cemberut muka Zarif. 

"So, buatlah dekat abang jugak." ujar Zarif.

"Mika mana pandai..." 

"Okay jap abang ikat dulu. Nanti sayang tarik. Abang nak sama yang macam dalam drama yang Mika berlakon tu." kata Zarif lalu dia berpusing seketika ke cermin untuk mengikat tie itu sendiri.

"Lahhhh...." keluh Mikayla. Kuat cemburu rupanya suaminya itu. 

Mikayla bangun berdiri. Dia melangkah mendekati Zarif.

"Jap, abang ajar Mika cara nak ikat. Nanti Mika boleh tolong pakaikan." ujar Mikayla.

Zarif sudah tersenyum lebar. Dia berpusing menghadap isterinya. Diajar satu persatu cara untuk mengikat necktie.

Mika menarik tie yang sudah terletak di leher Zarif dan diuraikan. Dia mahu mencuba. Rasanya dia sudah dapat memahami cara mengikat necktie.

Zarif hanya membiarkan Mikayla yang terkial kial cuba memakaikan necktie untuknya. Dia diam sahaja sambil mengamati wajah isterinya itu. Sungguh cantik. Badannya yang memang tinggi dari Mikayla itu dibongkokkan sedikit untuk menyamai ketinggian si isteri.

Zarif menarik pinggang Mikayla untuk merapat. Mikayla hanya menjeling sahaja sambil tangan masih sibuk membetulkan tie di leher Zarif. 

"Abang, macam senget jer. Bukak balik lah. Buruk Mika buat. Hmmm tak jadi..." ujar Mika sedikit sedih. Tangannya sudah berura ura mahu membuka kembali necktie di leher suaminya namun tingkahnya terhenti apabila Zarif memegang rahangnya lembut lalu terus mengucup bibirnya. Lembut sahaja bibir lelaki itu menjamah bibirnya. 

Sekejap sahaja ciuman ringkas itu sebelum Zarif berpusing menghadap cermin untuk melihat necktie yang telah dipakaikan oleh Mikayla. Dia tersenyum melihat necktie yang sedikit senget itu.

"Cantiklah ni. Dah okay dah. Tak perlu pakaikan balik." ujar Zarif.

"Ish, cantik apanya. Buruk naw tu Mika tengok. Takkanlah abang nak pakai macamtu pergi kerja. Meh cepat Mika betulkan balik." ujar Mika kalut. Jatuhlah air muka suaminya yang kacak dan kemas itu kalau pakai begitu ke pejabat.

Zarif tergelak. Dia mengelak dari Mikayla.

"No dah cantik dah ni. Abang nak pakai macam ni jer. Buat kenangan isteri abang first time belajar dan first time pakaikan abang necktie. Tak ada mana mana lelaki pun boleh dapat macam abang. Pelakon dulu tu pun Mika tolong tarikkan aje." ujar Zarif sambil tersengih.

"Ish!" Mika menepuk bahu Zarif kegeraman.

"Jap abang nak pergi ambik stokin dengan jam." ujar Zarif sebelum menghilang ke wardrobe.

Mikayla memusing melihat wajah sendiri di cermin. Pucat sungguh wajahnya tanpa sebarang rias. Dia menarik beg makeup yang berada di atas meja solek lalu dicari pelembap bibir. Pagi pagi ni dia nak pakai pelembap bibir sahaja untuk tak nampak terlalu pucat. 

Sedang Mikayla mengoles pelembap bibir ke bibirnya Zarif datang mendekati. 

Zarif memerhati pelembap bibir di tangan Mikayla. Dia berkerut kening. Dia macam pernah nampak pelembap bibir itu. Bukan Zulfa punya kah?

Dia merapati Mikayla. Ditarik pelembap bibir di tangan Mikayla lalu ditilik. Mikayla memandang Zarif pelik. 

"Nak pakai ke?" tanya Mikayla. Nampak berminat betul Zarif dengan pelembap bibirnya itu.

Zarif berpusing memandang ke arah wajah isterinya. Bibir isterinya yang sudah nampak segar dioles pelembap bibir itu diperhatikan penuh minat. 

Mikayla jongket kening apabila Zarif mula datang memegang dagunya.

Zarif menundukkan wajahnya mendekati bibir Mikayla. Mikayla mengemam bibir apabila dia sudah menyedari apa yang ingin dilakukan Zarif. Tapi kalini dia tidak mengelak sebaliknya dia hanya menutup mata membiarkan Zarif yang sudah merapat.

Bibirnya dikucup tapi kalini sedikit ganas. Bibirnya seperti dijilat. Berkerut Mikayla apabila Zarif seperti sedang merasa kedua dua ulas bibirnya. 

Zarif memberhentikan ciuman lalu tersenyum nakal.

Makin berkerut dahi Mikayla.

"Kenapa?"

"Strawberry..." seksi suara Zarif kedengaran ketika itu. Dia melihat pelembap bibir yang berada di tangannya. Betullah memang pelembap bibir yang sama. Tiub yang sama, rasa yang sama, bau juga bau yang sama. Maknanya pelembap bibir itu bukan milik adiknya. 

Zarif tersenyum nakal melihat wajah pelik Mikayla.

"Takde apa sayang. Nanti kita beli banyak banyak lagi pelembap bibir tu yer." ujar Zarif sambil mengelap bibir isterinya yang nampak comot setelah dicium dia tadi dengan ibu jarinya.

"Dah jom, teman abang breakfast." Tangan Mikayla yang masih terpinga pinga itu ditarik lembut supaya mengikut langkahnya.

..............................................

"Morning Mika, morning abang!" ujar Zulfa yang sedang memakai kasut. Puan Sri Sharifah yang sedang berdiri di muka pintu turut berpaling.

"Morning ma, Morning Fafa." sapa Mikayla pula.

"Aik tak pergi sekolah lagi ke?" tanya Zarif.

"Nak pergilah ni." kata Zulfa.

"Jap, Fafa pakai pelembap bibir tak?" tanya Zarif tiba-tiba. Zulfa dan Puan Sri Sharifah memandang Zarif pelik. Mikayla turut berkerut dahi. Tak habis habis lagi kah isu pelembap bibir ni?

"Pakailah. Mama belikan. Nivea original." ujar Zulfa. Dia sekolah lagi jadi mama tak bagi beli yang berwarna untuk ke sekolah. Tapi kalau ada acara apa apa atau keluar jalan jalan dia suka pakai liptint.

"Kenapa Zarif?" tanya Puan Sri Sharifah.

Zarif sudah tersengih. 

"Oh, tak ada apa apalah ma. Saje tanya." ujar Zarif sambil duduk di kerusi. Ditariknya Mika untuk turut duduk di sebelahnya.

"Bye, Fafa pergi dulu." ujar Zulfa sambil berlari lari ke kereta.

Mika turut melambai dari meja makan.

"Babah." sapa Zarif apabila melihat babah baru turun. Babah juga sudah bersiap. 

"Zuhail mana Zuhail. Tak turun turun lagi ni. Harini ada meeting." bebel Tengku Zaid apabila dilihatnya muka anak keduanya belum muncul di meja makan.

"Itulah tadi saya dah kejut dia." kata Puan Sri Sharifah yang turut melangkah mendekati meja makan. 

"Holaa selamat pagi everybody!" sapa Zuhail.

"Haa tu panjang umur dia." kata Puan Sri Sharifah apabila mendengar suara anaknya itu.

"Bro, aku tumpang kau tau, aku tak pergi fakulti. Aku stay jer dekat Astana harini." ujar Zuhail sambil menarik kerusi untuk duduk di sebelah mamanya.

Zarif hanya mengangguk.

Zuhail memandang Mikayla yang sedang menjeling dia. Dia sempat menjelirkan lidah kepada kakak iparnya itu.

Mikayla yang melihat terus mencarut secara halus dengan mulut yang terkumat kamit sambil menjengilkan matanya ke arah Zuhail. 

Zuhail mencebirkan bibinya tanda mengejek. Dikerling ke arah Zarif yang sudah mengangkat muka.

Mikayla turut memandang ke arah Zarif yang sedang berkerut memandangnya. Dia tersengih kepada Zarif sebelum kembali tunduk makan.

"Eh Zaf, ko kenapa pakai necktie senget." tanya Zuhail. Baru dia perasan apa yang pelik pada Zarif pagi itu.

Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah turut memandang ke arah Zarif.

Mikayla sudah mengemam bibir menahan malu.

Zarif memandang sekilas ke arah necktie di badannya lalu mengangkat muka.

"Sengajalah, fashion hari ini." ujar Zarif selamba. Mata dikerling ke arah Mikayla.

"Zaf pakai senget senget pun tetap hensem so you guys tak payah risau." sambung Zarif lagi.

Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah sudah menggelengkan kepala.

Zuhail pula mencebir. Loya tengok abangnya itu angkat bakul. Dikerling Mikayla yang seperti sedang menahan malu. 

Ohoo, ini mesti si Mika yang pakaikan ni. Abangnya si Zarif tu mana suka pakaiannya tidak kemas. Jadi kalau dia boleh terima ketidakkemasan itu dengan senang hati maknanya, Mika ada berkait rapat dengan ketidakkemasan itu. 

Zarif sudah tersengih. Laju otaknya membuat kesimpulan.

................................

TBC





Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 478 76
○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...
856K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
7.6K 424 40
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Hidup ini bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. Hidup ni kan sebuah pertaruhan. Sama ada kau...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...