The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 30

3.4K 92 1
By lemonellow

"Sayang subuh..." garau suara Zarif mengejutkan Mikayla.

"Hmmm..." Mikayla masih menutup mata. Baru 3 jam dia tidur. Mengantuknya belum habis.

"Subuh dulu sayang. Kejap lagi sambung lah tidur." kejut Zarif lagi.

"Hmm"

Zarif sudah bercekak pinggang. Haa ini lah padahnya tidur lewat. 

"Baik bangun sebelum abang cium Mika." ugut Zarif.

Mika yang mendengar laju sahaja mencelikkan mata. 

Dahi nya berkerut geram.

"Nak bangunlah ni!" omelnya sambil menggeliat. 

............................................

Zarif yang sudah terbiasa bangun awal memang tidak tidur selepas Subuh. Dibiarkan sahaja Mikayla menyambung tidur. Dia turun ke bawah melihat adiknya yang sedang bersarapan dengan pakaian seragam sekolah.

"Morning abang!" sapa Zulfa.

"Morning Fa." 

"Awal abang bangun, Mika mana?" tanya Zulfa sambil mengunyah roti sandwich yang disediakan bibik.

"Mika sambung tidur balik lepas solat tadi." 

"Hoho Fafa dah agak dah. Mika memang kaki tidur." ujar Zulfa.

"Zaf ada keluar ke semalam?" sapa mama yang baru keluar dari dapur.

"Hah?" terkejut Zarif apabila ditanya begitu.

"Tadi bibik cakap bibik nampak Zaf dengan Mika baru balik rumah pagi pagi buta." ujar Puan Sri Sharifah.

"Oh, hehe bibik nampak rupanya." dia ingatkan tak ada yang tahu.

"Abang keluar pergi mana?" laju Zulfa menyoal.

Puan Sri Sharifah turut memandang anak lelakinya itu.

"Hmm Zaf bawak Mika keluar cari makanan." jawab Zarif sambil tersengih.

"Lahhh... Kenapa? Mika nak makan apa?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Ohhh, Fafa tau tu, Mika craving korean food. Selalu malam malam Mika cerita yang Mika selalu keluar pergi E-Mart dekat dalam area kondo Mika kalau Mika lapar." 

Zarif memandang adiknya. Itu adalah berita baru baginya. Maknanya semalam bukanlah kali pertama Mika keluar pagi pagi buta.

"Mika pergi dengan siapa?" tanya Zarif yang sudah berkerut dahi.

"Mika pergi sorang." 

"Ya Allah! Dia pergi sorang ke selama ni?!" tingga nada suara Zarif.

"Iyelah! Habistu abang nak suruh Mika pergi dengan siapa. Abang pun takde dekat Malaysia masa tu." cemuh Zulfa.

"Haih." keluh Zarif. Bahaya sungguh Mika ni. Dia tu dahlah orang kenal. Boleh pulak keluar malam malam sendirian.

"Zaf kamu tak payahlah nak bebel Mika pasal tu." ujar Puan Sri Sharifah. Bukan boleh kira anaknya itu. 

"Cukup sekarang kamu dah ada dengan dia. Teman lah dia kalau dia ajak pergi mana-mana. Kalau kamu tak suka dia pergi seorang. Teman dia selalu. Dulu dulu tu biarlah. Sekarang kamu dah ada, jangan pernah tinggalkan dia seorang." nasihat Puan Sri Sharifah.

"Haa dengar tu abang." ujar Zulfa sambil bangun untuk bersalam dengan mamanya. Dia sudah mahu ke sekolah. Pak Karim sudah menunggu di luar.

Zarif naik semula ke bilik apabila mamanya turut naik untuk membantu babahnya bersiap. Babah masuk kerja hari itu. Dia sahaja yang dapat cuti sehari. Cuti kahwin. Adiknya Zuhail masih tidur. Dia keluar bermain badminton dengan kawan-kawannya sampai lewat malam semalam. Zuhail tu pukul 10 pagi barulah dia ke fakulti. 

Zarif mahu ke gym. Perlu mengeluarkan kalori dari makanan yang disumbat Mikayla awal pagi tadi. Mika tak apalah, makan banyak mana pun still cekeding begitu. Dia perlulah sentiasa fit untuk nampak serasi dengan Mikayla yang memang cantik menawan.

...........................................................

"Shit! Polis dah cari aku!" getus Dato' Borhan apabila diberitahu oleh anak buahnya yang polis ada singgah ke rumah keduanya. Pasti nanti polis akan ke rumah isterinya untuk mencari dia. 

"Bos, saya rasa bos kena pergi serah diri sebelum berita pasal bos keluar. Nanti kemungkinan polis akan keluarkan risalah pasal bos." ujar Naim, orang kanannya.

"Perempuan tu bawak bala betullah! Dah mati tu mati jer lah ni aku pulak kena tempias!" ujarnya geram. Menyesal dia tidak menukar nama rumah itu awal awal tapi sayang andai rumah itu terlepas kepada Ailin sebab itu dia tak mahu menukar nama. Risau juga isterinya tahu jika rumah yang pernah diduduki Ailin itu telah bertukar nama.

"Aku rasa aku kena senyap senyap pergi balai untuk bagi keterangan aku. Kau pun kena jadi saksi aku!" kata Borhan keras. Dia kena cepat cepat tutup kaitan dia dengan Ailin.

.....................................................

Zarif keluar dari bilik air setelah selesai mandi. Dia baru habis exercise di gym tadi. Dipandang Mikayla yang masih tidur. Matahari dah terpacak pun dia masih tidur. 

Zarif yang hanya bertuala dengan badan dan rambut yang basah masih melangkah ke arah katil. Dia duduk di sisi Mikayla yang masih tidur. 

"Ini kalau aku buat apa apa pun bukan sedar ni." getusnya sambil tersengih nakal. Tangan mengusap perlahan pipi si isteri.

"Mika..." serunya lembut.

Tiada sebarang reaksi dari Mikayla.

Zarif menunduk. Bibirnya jatuh menyentuh dahi si isteri dengan lembut. Mikayla tetap begitu. Masih nyenyak. Bibirnya turun ke hidung mancung itu. Dicium sekilas sebelum dia mengangkat muka seketika untuk melihat reaksi Mikayla. Nampak isterinya itu sudah mula terganggu.

"Hmmm...."

Bibir Mikayla yang tidak dioles dengan apa apa itu ditatap lama. 

Mika pula masih menggeliat. Berkerut kerut dia kerana terasa ada air menitis di atas wajahnya ketika itu. Dia merasa ada nafas panas mendekati wajahnya. Dia dengan malas mencuba membuka matanya. Tidurnya sudah terganggu.

Buka sahaja mata dia tergamam melihat wajah Zarif yang begitu dekat dengan wajahnya. Malah air dari rambut yang basah itu dari tadi menitik ke rambut dan wajahnya yang sedang berbaring. 

"Za-"

Belum sempat dia bersuara bibirnya dipagut lembut oleh Zarif. Matanya membulat apabila terasa bibirnya dicium. 

Baru sahaja dia ingin menepuk tubuh Zarif, tiba tiba ciuman terhenti dan Zarif merenung dia.

"Kenapa awak ni?" bebel Mikayla. Tangan cuba menolak Zarif dari menindih dia.

Zarif masih terus terusan merenung. Tangan suaminya itu mengusap perlahan pipinya dan sekali lagi Zarif mendekatkan wajahnya dengan anak mata lelaki itu masih merenung ke arah matanya. Dia yang segan cepat cepat menutup mata sebelum dirasakan Zarif menemukan kembali bibir mereka berdua. 

Ingatkan cepat sahaja ciuman itu akan berakhir tetapi Zarif sudah memegang kedua dua belah rahangnya dan bergilir gilir mencium bibir atas dan bawahnya. Tersentak dia apabila terasa Zarif menggigit bibir bawahnya dengan lembut. Dia membiarkan sebelum akhirnya Zarif mengangkat muka.

"Do you like it sayang?" ujarnya sambil tersenyum manis. Direnung bibir kering isterinya yang kini sudah basah kerananya. 

Mikayla yang terasa segan cepat cepat menolak tubuh Zarif sebelum dia bangun berlari ke wardrobe. Pintu wardrobe ditutup dan dia memegang dada sendiri. Kencang degupan di jantungnya. 

Ketukan di pintu wardrobe kedengaran.

"Sayang, abang nak ambil baju." ujar Zarif dari luar.

Mikayla buat tidak endah lalu ke rak yang menempatkan pakaiannya. Dah tak banyak baju yang ada. Dia perlu mengambil baju bajunya dari rumah kondo dia. 

Zarif melangkah ke ruang wardrobe apabila dia tidak mendengar sebarang jawapan dari Mikayla. Dipandang Mikayla yang sedang berdiri memandang rak baju itu.

"Sayang kenapa?" tanya dia.

"Awak, jom pergi kondo nanti. Saya nak ambik baju baju dekat sana. Baju saya dah nak habis dah pakai." ujar Mikayla yang masih belum berpaling. 

"Kenapa Mika guna awak saya pulak ni?" tanya dia sambil merangkul pinggang Mikayla dari belakang. 

"Eh lepaslah!" ujar Mikayla geram. Dia cuba melepaskan tangan Zarif yang sedang memeluk.

Rontaan itu berjaya dan dia cepat cepat menolak Zarif menjauh. Apabila dia berpaling ingin membebel kepada Zarif dia tergamam apabila dilihatnya tuala Zarif hampir terlondeh. Mikayla cepat cepat pusing ke belakang. 

"Pergi pakai bajulah!" bentak Mikayla geram. Mata dipejam.

Zarif tergelak perlahan.

"Ambilkan abang boxer sayang." pinta Zarif.

Berkerut dahi Mikayla mendengar.

"Ambiklah sendiri! Tak ada tangan ke?" 

"Kalau Mika taknak tolong ambik, memang abang akan bertuala jer harini dekar bilik." ugutnya.

"Okay okay! Mika ambik!" bentak Mikayla kasar sebelum berpusing sambil menutup mata ke arah Zarif.

"Dekat rak mana?" tanya dia sambil tangan masih menutup mata sendiri.

"Tuu" Zarif memuncungkan mulutnya dengan gelak yang masih tersisa.

"Tu apa tu. Bagitaulah kiri ke kanan ke!" selar Mikayla yang masih menutup mata.

"Kalau tutup mata macam tu mana nak nampak sayang. Dekat kiri sayang tu. Rak nombor 2." 

Mikayla cepat cepat berpusing dan membuka laci seperti yang diberitahu. 

"Yang mana satu?" tanya Mikayla.

"Ambil jer mana mana yang Mika suka." usik Zarif.

Mika mengambil sahaja mana mana dan terus mencampak ke arah Zarif dengan geram lalu dia berlari keluar dari wardrobe.

Penat dia melayan perangai miang Zarif. Pagi pagi dan buat jantung dia tak aman. Boleh sakit jiwa kalau begini hari hari. Tidak menyangka sama sekali perangai Zarif akan berubah 100% selepas kahwin. 

"Aku ni kahwin dengan lelaki pervert ke?" getus Mikayla geram. 

"Sayang, sayang cakap nak pergi mana tadi?" tanya Zarif sambil melangkah keluar dari ruangan wardrobe. Dia masih bertuala.

"Zarif! Pakailah baju dulu!" bentak Mikayla apabila dia berpaling.

"Dah pakai boxer so kalau londeh pun sayang takkan nampak apa apa. Tak, sekarang ni abang tanya, Mika nak pergi mana tadi Mika cakap?" tanya Zarif serius.

Mikayla mengeluh.

"Nak pergi kondo Mika kejap. Nak ambil barang barang. Baju Mika dah nak habis pakai. Mika bawak sikit jer haritu." Memang dia ada niat untuk kembali ke kondo beberapa hari lepas kahwin.

"Beli jer lah baru. Buat apa nak balik kondo lagi." ujar Zarif.

Mika berkerut dahi. Sesuka hati nak suruh orang beli baru.

"Mika nak ambik barang barang Mika jugak! Boleh lah!" rayu Mikayla.

"No abang tak benarkan Mika pergi sana sorang sorang." ujar Zarif keras. Mika lupakah insiden yang baru terjadi sebelum mereka kahwin. Memang tidaklah dia mahu membenarkan gadis itu pergi seorang.

"Ish Mika nak ajak abang pergi sekalilah ni! Abangkan cuti harini." bentak Mikayla geram. Bila masa pulak dia nak pergi sorang sorang. Tadi pun dia memang ajak Zarif.

"Ohh, kalau pergi dengan abang boleh." ujar Zarif lalu tersengih. Dia ingatkan Mika nak pergi sorang sorang.

"Kalau macamtu Mika pergilah mandi dulu then kita terus pergi kondo Mika lepas breakfast." ujar Zarif.

............................................

Mikayla terus melangkah ke biliknya apabil mereka sampai ke kondo miliknya. Zarif turut mengekori dari belakang. Dia belum pernah masuk lagi ke bilik bujang Mikayla. 

Mikayla menarik baju baju dari almari dan disumbat ke dalam bagasi yang sudah sedia terbuka. Malam sebelum kejadian dia diserang memang dia mahu mengemas bajunya tapi tidak berkesempatan. 

Zarif pula melabuhkan duduk di katil Mikayla. Matanya meliar memerhatikan keadaan bilik itu.

"Lipat elok eloklah sayang." ujarnya apabila dilihatnya Mikayla hanya menyumbat baju yang ada tanpa membuang hanger.

"Malas, lambat. Awak duduk jer diam diam jangan kacau saya!" arah Mikayla. Dia tahu Zarif seorang yang pengemas dan pembersih tapi sifat itu tidak diperlukannya sekarang. Makin lambat nanti urusan dia nak ambil baju dan barang barang dia.

Zarif hanya menggeleng gelengkan kepala. Matanya tertancap pada satu kotak yang terisi berus lukisan dan beberapa blok lukisan yang berada berdekatan pintu. Dia melangkah ke arah kotak itu dan menarik satu pad lukisan. Turut ada dalam kotak itu adalah peralatan mewarna dan melukis serta beberapa sketchbook bersaiz A4. 

Dia membelek pad lukisan itu. Di selak halaman yang penuh dengan gambar pelbagai warna. Ada lukisan air terjun, lukisan KLCC serta beberapa lukisan di taman bunga. Dia tergamam. Diletakkan pad lukisan itu dan dia mengambil pula sketchbook. 

Dibelek halaman sketchbook itu dan dia dapat lihat lukisan yang dilukis dengan pensel. Ada lukisan kucing dan ada juga lukisan burung burung. Diselak lagi halaman yang ada dan kalini dia terpaku.

Ada lukisan wajahnya di situ. Lukisan dia yang sedang memakai pakaian seragam sekolah. Dibelek lagi dan kelihatan lukisan dia bersama dengan motorbike yang dia selalu guna ketika di sekolah menengah. Turut ada lukisan dia bersama Zuhail yang sedang berjalan sambil tersenyum. Ada lukisan dia sedang tidur di kelas. Dia berpusing mencari Mikayla. 

Mikayla yang masih khusyuk mengemas baju baju itu langsung tidak mengendahkannya.

Isterinyakah yang melukis semua itu? Kenapa dia tidak tahu selama ini yang Mikayla pandai melukis.

"Mika..." panggilnya perlahan. Matanya sudah mula berkaca.

Mika yang terlalu khusyuk mengemas langsung tidak mendengar panggilannya.

"Mikayla..." panggil Zarif lagi.

"Iye abang... kejaplah." ujar Mika tanpa berpaling.

"Is this yours sayang?" ujar Zarif yang masih kaku. 

Mikayla yang geram kerana Zarif asyik memanggilnya terus berpaling.

"Apa dia ab-" Terhenti ayat Mikayla apabila dilihatnya suaminya itu seperti mahu menangis.

Mikayla cepat cepat meluru ke arah Zarif.

"Abang kenapa?" tanya Mikayla risau. Diperhatikan sketchbook di tangan Zarif.

Alamak, Zarif dah nampak ke lukisan lukisan yang dilukisnya dalam sketchbook tu, fikirnya sebelum menarik sketchbook itu dari tangan Zarif.

"Sorry abang, Mika lukis abang senyap senyap." ujarnya lembut meminta maaf. Dia tak faham sebenarnya kenapa Zarif begitu.

Zarif yang mendengar kata kata isterinya itu terus memeluk tubuh isterinya erat. Air mata lelakinya laju turun ke wajah.

"Abang?" ujar Mikayla pelik. Digosok gosok perlahan belakang tubuh Zarif.

"Abang minta maaf." ujar Zarif perlahan.

"Hah?"

Mika menolak tubuh Zarif dari terus memeluk. Dia masih belum faham kenapa Zarif meminta maaf. 

"I should trust you. I'm so stupid Mikayla..."

"I'm so so stupid!" 

"Abanggg, kenapa ni?"

"Lukisan ni semua Mika yang lukis kan?" soal Zarif

"Haah ni sketchbook zaman sekolah lah. Dah lama." ujar Mikayla.

"Jadi lukisan yang Mika hantar untuk pertandingan tu pun Mika lukis sendiri kan?" tanya Zarif perlahan.

Mikayla berkerut dahi. Pertandingan mana ni? Dia mana pernah masuk pertanding--

"Oh! Ohhh!!! Pertandingan melukis yang lukisan Mika kena reject tu ke?" tanya Mikayla. Dia baru teringat peristiwa itu. 

"Mika ingat dah. Abang marah Mika masa tu." ujar Mikayla sambil tergelak. Tidak perasan air muka Zarif yang berubah mendung.

Dia ingat lagi waktu itu dia geram sangat dengan pelajar perempuan yang menuduh dia mencuri lukisan orang lain. Siap menghina arwah ayah dia yang sudah tiada. Terus dia lempang muka pelajar perempuan itu. Lepastu Zarif datang marah marah dan tuduh dia buli pelajar tersebut.

"Kenapa Mika tak pernah bagitahu abang yang Mika suka melukis? Abang tak pernah nampak Mika melukis jadi abang mati mati ingatkan Mika tak pandai melukis." ujar Zarif lirih. 

"Ohh, itu sebab bonda yang tak bagi Mika melukis. Mika rasa arwah ayah dulu pandai melukis jadi bila bonda nampak jer Mika melukis, bonda akan koyak dan bakar. Maybe bonda taknak ada ingatan apa apa tentang arwah ayah." terang Mikayla.

"Sebabtu lah Mika melukis senyap senyap. Lukisan yang Mika lukis dulu pun Mika lukis senyap senyap dalam bilik tanpa Bonda tahu. Mika beli barang barang melukis ni semua tanpa bonda tahu tau." ujar Mikayla.

"Tapi haritu Mika lukis gambar kampung, Mika mana ada kampung. Itu yang abang ingatkan Mika betul betul curi lukisan orang." ujar Zarif lirih. 

Mika memukul bahu Zarif geram.

"Itu lukisan kampung abanglah! Abang kan pernah cerita dulu waktu abang kecil kecil abang ikut tok nenek abang balik kampung. Abang cerita pasal kampung abang so Mika sengajalah lukis tempat yang abang cerita tu ikut imaginasi Mika. Ingatkan nak hadiahkan lukisan tu dekat abang kalau Mika menang tapi orang tu pulak siap tuduh Mika curi lukisan orang. Hmmph!" ujar Mikayla pura pura merajuk. Teringat dulu gigih dia melukis dalam diam. Dia nampak Zarif rindukan kampung yang lelaki itu pernah pergi dulu jadi sengajalah dia lukis untuk Zarif.

Zarif meraup mukanya. Muka penuh rasa bersalah dan menyesal.

"Ya Allah sayang. Abang minta maaf sangat sangat! Bodohkan abang dulu!" makinya kepada diri sendiri.

"Sayang dah buang ke lukisan tu?" tanya Zarif.

"Mestilah. Dah orang tuduh Mika curi so Mika koyakkan terus." dia memang sakit hati betul ketika kejadian itu berlaku. Selepas dia bergaduh dengan Zarif dia terus koyakkan lukisannya itu dan buang dalam tong sampah.

"Eh tapi Mika ada banyak lagi lukisan macam tu. Mika practice dulu sebelum melukis yang betul betul untuk hantar." ujar Mikayla sambil mencari cari pad lukisannya. 

"Haa this one!" ujar Mika ceria lalu membuka halaman pad lukisan tersebut.

Zarif mengambil pad lukisan di tangan Mikayla. Dibeleknya lukisan lukisan tersebut. Banyak kali Mika berlatih di situ. Dia dapat lihat semakin hari lukisan kampung yang Mikayla lukis itu semakin menarik dan cantik. Malah banyak details yang ditambah di setiap halaman. Dia tersenyum. Dipandang wajah Mikayla penuh kasih.

"Cantik tak Mika lukis?" tanya Mikayla sambil tersengih.

"I love you sayang!" ujar Zarif.

Mikayla jongket kening.

"Mika tak suruh confess. Mika tanya cantik ke tak." ujar Mikayla yang sudah mula memerah muka saat itu. Tiba tiba sahaja dapat confession dari suami sendiri.

"Hmm cantik. Cantik sangat. Cantik sangat sampai abang rasa abang jatuh cinta kali ke seribu dekat sayang." kata Zarif yang masih terus terusan memandang wajah Mika yang sedang duduk bersila di lantai.

"Ceh." cebik Mikayla. 

"Sayang kenapa tak tunjuk semua ni dekat cikgu dulu? Kalau sayang tunjuk ni abang rasa mesti cikgu tak percaya yang Mika curi lukisan orang lain." ujar Zarif.

"Malaslah. Mika dah tak ada mood nak explain dekat orang masa tu. Pergi mampus dengan semua." ujar Mikayla. Dia memang begitu. Dia malas nak ambil kisah orang nak buruk sangka dengan dia. Sebab itulah sampai Zarif sendiri pun jadi tersalah sangka padanya. 

"Adoi sayang ni. Haih."

.....................................

TBC

Author's note:

Kisah pergaduhan tentang lukisan tu ada di POV Zarif Bab 4. Boleh baca balik kalau lupa. Macam yang saya dah disclaimerkan dekat prolog, cerita ini akan banyak flashback. Maaf yer kalau mengelirukan.

p/s: Thank you sudi membaca dan vote. Terharu saya hehe.

Continue Reading

You'll Also Like

34.1K 1.4K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI â€ĸ short love story â€ĸ WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
6.8K 392 24
𝑠𝑡𝑎𝑛𝑑 𝑎𝑙𝑜𝑛𝑒 𝑠𝑒𝑟𝑖𝑒𝑠 Elena Zahra - gadis kacukan italian-malaysia yang bekerja sebagai seorang doktor Aariz Louis Kim - lelaki penuh d...
93.2K 3.9K 26
đ“Ŗ𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔đ“ĩđ“ļđ“Ē𝓷 𝓕đ“Ēđ“ģ𝓲đ“ŧđ“ąÃ—đ“ĸ𝓱đ“Ēđ“ģđ“˛đ“¯đ“Ē𝓱 𝓐𝓲đ“ģ𝓲đ“ŧ𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱đ“Ē𝔂đ“ĩđ“Ē Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
35.8K 3.2K 64
𝐍𝐚đĸđĢ𝐚 𝐄đĨđĸ𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨đĢ/𝐀đĢđĸđŗ 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨đĢ- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama i...