The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 26

3K 89 5
By lemonellow

Hari akad nikah, Sabtu.

Mikayla duduk diam ketika wajahnya disolek oleh mak andam. Zulfa dari tadi mengambil video dan gambar di sebelahnya. Hanya mereka bertiga yang berada di bilik tamu tingkat bawah itu sekarang. 

Dari dalam bilik itu sudah hingar bingar dengan suara orang. Agak sibuk rumah agam itu gara gara majlis nikah Tengku Zarif dan Mikayla yang dipercepatkan. 

Majlis itu dibuat secara kecil kecilan sahaja. Hanya majlis akad nikah. Itupun majlis itu diadakan di rumah agam milik Tengku Zaid. Biasanya akad nikah dibuat di rumah pengantin perempuan tetapi untuk menyembunyikan berita itu dari pengetahuan orang luar, majlis itu diadakan di situ. Ini kerana sistem keselamatan di rumah agam itu lebih ketat dan itu juga atas permintaan Tengku Zaid sendiri yang tidak mahu bakal menantunya dikecam sesiapa.

Selepas reda masalah sekarang barulah majlis perkhahwinan sebenar akan dibuat. Sudah pastilah Dato' Marina dan Puan Sri Sharifah mahu mengadakan majlis perkhahwinan besar besaran buat anak tunggal dan anak sulung mereka. Mereka mengenepikan dulu hasrat di hati demi keselamatan dan keselesaan Mikayla. Tengku Zarif juga beranggapan begitu. 

Memang sudah 3 hari Tengku Zarif tidur di penthouse bujang miliknya sementara persiapan nikah dibuat di rumahnya. Zuhail menemani dia di sana. Mikayla pula tinggal di rumah agam Tengku Zaid.

............................

"Hensem abang aku ni." ujar Zuhail tersengih apabila abangnya sudah duduk memakai stokin. Tengku Zarif sudah siap memakai sepersalinan baju melayu putih siap bersampin songket dan songkok di kepala. 

Dayne dan Isyraf yang ada bersama di penthouse itu turut tersengih memandang. Mereka tidur di situ gara gara ada parti bujang yang berlangsung semalam. Tengku Zuhail yang merancang. Dijemput Syed Adli bersama. Mereka berlima tidur lewat semalam gara gara parti bujang itu. Nasib baiklah Zarif yang tak dapat tidur lena itu membangunkan mereka semua subuh subuh lagi. Bagus juga Zarif begitu kalau tidak memang mereka semua akan terbabas tidur sampai tengahari.

Abangnya itu dari subuh lagi sudah bagai kucing hilang anak gayanya. Berdebar sungguh. Entah tidur atau tidak semalam sebab awal gila lelaki itu bangun subuh tadi. Macam nak bersahur.

"Aku yang pakaikan sampin tu memanglah. Tengok tangan ni" ujar Syed Adli yang baru turun dari tingkat atas. Semalam dia tinggalkan isteri dan anaknya untuk bersama sama dengan sepupunya itu. Nasib baiklah isterinya memahami. 

"Kau nak terus balik rumah ke?" tanya Zarif kepada sepupunya itu.

"Iyelah nak pergi ambik anak bini aku lah. Nanti aku gerak terus pergi rumah kau. Pukul 10 kan?" tanya Syed Adli yang sudah mencapai kunci kereta.

"Ya, jangan lambat." kata Zuhail pula.

"Zuhail, aku lambat tak apa. Itu, yang bakal jadi suami orang tu jangan lambat." seloroh Syed Adli sambil menuding jari ke arah Zarif.

Zarif hanya menjeling.

"Tak apa, dia kalau lambat, memang aku ganti dia jadi pengantin lelaki harini. Baru padan muka dia." seloroh Zuhail.

"Aduh!"

Terbang kasut kulit Zarif ke belakang badan Zuhail.

"Mulut longkang mangkuk hayun ni. Ada hati nak caras bini abang sendiri" ujar Zarif bengang.

Dayne dan Isyraf sudah ketawa.

"Hahaha menarik idea kau tu. Aku nak tengok lagi muka pasrah Zarif macam dekat pejabat haritu." 

"HHAHAHAHAHA WEHHH!!!" Zuhail sudah gelak berdekah teringat pranknya haritu.

"Kau patut record Ad! Simpan bagi aku dengan Fafa tengok. Boleh aku tunjuk dekat Mika sekali." gelak Zuhail lagi.

"Rugi kitorang takde masa tu. Kau pun Zuhail prank tak share dekat kitorang." bebel Dayne. Dia baru tahu kisah Zarif kena prank semalam. Itupun diceritakan oleh Syed Adli. Hanya Syed Adli yang nampak live depan mata melihat reaksi pertama Zarif apabila melihat pesanan whatsapp dari group family itu.

"Babi betul badut badut ni." 

Zarif sudah mencapai kasut yang dibalingnya tadi.

Ditepuk kuat belakang kepala Zuhail.

"Cepatlah! Kau drive pak supir!" arah Zarif sambil memakai kasutnya.

Dia dahlah nervous gila pagi ni lepastu kena bahan lagi. Tak cukup cukup lagi 4 badut itu membahannya semalam. Padahal katanya semalam parti itu adalah parti bujang untuk dia tapi dia rasakan parti itu parti untuk 4 badut itu membahannya cukup cukup.

Siot!

Zuhail sudah menggosok gosok belakang kepalanya yang dipukul tadi. Berbisa.

.....................................

Kereta Zarif yang dipandu Zuhail sudah tiba di perkarangan rumah agam itu. Sudah ada beberapa kereta milik keluarga rapat Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah yang sudah tiba.

Beberapa minit kemudian kereta Zuhail yang dipandu Isyaraf yang turut dinaiki bersama Dayne berhenti di sebelah kereta Zarif.

Laju rentak jantung Zarif saat ini. Tidak pernah pernah dia berdebar sebegitu hebat apabila sampai di rumah sendiri. 

Zuhail memandang sekilas ke arah abangnya yang hanya berdiam diri. Tak nak turun kah abangnya itu?

"Kau nervous ke bro?" tanya Zuhail sambil tersengih.

Zarif menjeling adiknya.

"Muka kau nampak pucat bro." kata Zuhail. 

Zarif berpaling ke arah adiknya. "Seriouslah?"

Penghadang cahaya matahari di tarik untuk melihat muka sendiri.

"Shit." Dia nampak bibirnya sedikit kering. Nampak pucat gila.

"Hahahaha I should record this bro. Tapi aku adik yang baik so aku taknaklah kacau kau yang tengah nervous ni."

Tangan membuka pintu kereta.

"Jom lah masuk dalam." ajak Zuhail.

Zuhail yang melihat Zarif hanya diam tak berkutik di kerusi penumpang sudah mula geram.

Diangkat tangan pada wajah Dayne dan Isyraf yang sudah bertanya dengan reaksi wajah masing masing lalu dia bergerak ke sebelah seat Zarif. Pintu dibuka.

"Turunlah abang oi." Dada sebelah kiri Zarif disentuh perlahan.

"Mak ai! Jantung kau tengah buat konsert rock ke apa?" seloroh Zuhail apabila dia merasa sendiri degupan laju jantung abangnya itu.

"Jom jom jom!" dia tarik tangan abangnya.

"Nak kahwin ke tak ni?" tanya Zuhail.

Zarif menjeling sebal.

Mestilah dia nak. Tapi sekarang ni dia rasa ingin pengsan. Gila! Nak bentangkan projek dekat company besar dari luar negara pun dia tak senervous sekarang.

Dia hanya mengikut langkah Zuhail yang sudah menarik lengannya.

"Zuhail abang kau dah macam mayat hidup jer aku tengok." bisik Dayne.

"Kau cari Fafa kejap. Mintak pelembap bibir dia satu. Yang tak ada warna!" arah Zuhail.

Dayne memandang pelik. Wajah diangkat pada muka Zarif.

"Ohh paham paham." ditarik Isyraf yang sedang tersengih untuk masuk ke dalam mencari Zulfa.

Masuk ke dalam mereka terserempak dengan Puan Sri Sharifah yang sedang sibuk mengarah pembantu pembantu rumahnya merapikan ruang tamu yang sudah berhias indah dengan pelamin. 

"Haa sampai pun. Mana Zarif dengan Zuhail?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Ada tu dekat belakang. Aunty, Fafa mana?" tanya Dayne.

"Ada dekat bilik tamu tepi tu dengan Mika. Nak apa? Jangan nak kacau. Mika tengah bersiap." kata Puan Sri Sharifah. Tahu sangat kawan anaknya itu jenis suka mengusik. Tak boleh duduk diam.

"Eh tak tak aunty. Zuhail suruh jumpa Fafa ambilkan barang untuk Zarif." laju sahaja Dayne membela diri. Taknak disalah sangka.

"Ohh, haa tu pergila bilik sana tu." kata Puan Sri Sharifah sambil menuding ke arah bilik tamu yang dimaksudkan.

Dayne dan Isyraf mengetuk pintu bilik tersebut.

"Nak apa?" jerit Zulfa dari dalam.

"Fafa, abang Dayne ni. Abang Zuhail minta pelembap bibir satu." jerit Dayne dari luar.

"Kejap!" jerit Zulfa seraya membuka pintu sedikit. Hanya kepala Zulfa yang tersembul di celah pintu yang mereka dapat lihat.

"Nak buat apa pelembap bibir?" tanya Zulfa.

"Abang Fafa nervous dekat luar tu. Bibir pucat gila. Takkan lah nak tunjuk dekat orang muka pengantin pucat kan?" 

"Ohhh laaa." Zulfa angguk faham. Alahai abang Zarif. Ingatkan macho sangat. Nervous jugak rupanya.

"Kejap Fafa ambil." pintu ditutup balik.

Sekejap sahaja dan pintu terbuka balik. Pelembap bibir diserahkan kepada Dayne.

"Aik, cepatnya. Siapa punya ni?" tanya Dayne pelik. Dia ingatkan Zulfa akan naik ke atas.

"Bakal bini abang Zarif yang punya." bisiknya perlahan sambil tersenyum nakal. Tidak mahu perbualan didengari Mika yang sedang bersiap di dalam. Dia pakai capai sahaja pelembap bibir dari beg makeup kecil Mikayla tanpa bakal kakak iparnya tahu. Pelembap bibir berperisa strawberry.

"Ohhhhhh" panjang ohh Dayne hari itu. Bibirnya sudah mengukir senyum lebar. 

Isyraf yang mendengar turut tersengih nakal.

Mereka berjalan sambil tersengih sengih ke luar rumah.

Zuhail dan Zarif masih belum masuk. Mereka duduk di luar rumah. Zarif sedang meneguk air yang diberikan Zuhail.

"Zuhail, nah!" kata Dayne sambil menghulurkan pelembap bibir tadi.

"Bro, meh sini aku pakaikan. Pucat bibir kau tu." kata Zuhail kepada Zarif.

Zarif menarik pelembap bibir dari tangan adiknya.

"Aku boleh pakai sendiri." ujar Zarif sambil membuka penutup pelembap bibir itu.

"Fafa punya ke ni? Merah sangat ni gila!" ujar Zarif apabila dilihat warna pelembap bibir itu.

"Weh, aku cakap nak yang tak ada warna kan?" tanya Zuhail kepada kedua dua kawannya.

"Eh, itu jer yang Fafa bagi dekat aku." balas Dayne.

"Pakai jer lah Zaf. Dari bibir kau tu nampak macam mayat hidup. Tak selera Mika tengok kau nanti." seloroh Zuhail.

Zarif mendengus sebal sebelum pelembap bibir itu dioles ke bibirnya yang kering. Bau strawberry. Wangi juga pelembap bibir adiknya itu, fikirnya.

Dia menghulurkan pelembap bibir itu kembali.

"Nah pergi bagi balik nanti dekat Fafa." kata Zuhail kepada Dayne.

"Eh jap Mika dah siap ke?" tanya Zuhail.

"Tak tahulah tadi Zulfa buka sikit jer pintu. Dia taknak bagi kitorang tengok dalam." kata Isyraf.

"Memanglah, kau nak tengok bakal bini orang buat apa?" tanya Zuhail.

"Ala tengok jer tak luak pun." ujar Isyraf.

Zarif sudah mengangkat muka apabila mendengar kata kata Isyraf itu. 

"Eh tak tak. Aku tak tengok pun!" cepat cepat dia mengangkat tangan ke arah Zarif yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"Jom lah Zaf masuk. Duduk dulu dekat dalam. 10 minit lagi tok kadi sampai." ajak Zuhail. Bahu Zarif ditarik sebelum ditolak perlahan.

Zarif hanya melangkah perlahan. Zuhail mengekori dari belakang bersama Dayne dan Isyraf.

"Weh kau nak tau tak, pelembap bibir tadi tu Mika punya." bisik Dayne ke telinga Zuhail.

"Serious ah?" Mata Zuhail sudah membulat. 

"Haah, Fafa ambik yang Mika punya."

"Indirect kiss untuk bakal pengantin." bisik Isyraf pula.

Ketiga tiga mereka memandang langkah Zarif di hadapan. Masing masing tersenyum nakal.

Patutlah terus berseri wajah Zarif selepas mengoles pelembap bibir itu.

............................................

Ketukan di pintu kedengaran.

Wajah Dato' Marina kelihatan di muka pintu,

"Kayla jom, tok kadi dah sampai, akad nikah dah nak mula." ujar Dato' Marina lembut. Tersenyum lebar dia melihat anak gadisnya itu sudah cantik dirias dengan busana putih dan rambut yang didandan rapi dengan bunga bunga lily putih. Mikayla memilih bunga berbanding Mahkota. Dia tak nak memakai Mahkota pada hari akad nikahnya.

Mikayla telan air liur mendengar kata kata bondanya. Debaran makin terasa. Padahal kerjaya dia sebagai pelakon menyebabkan dia selalu sangat melakonkan scene nikah begini. Terlampau banyak. Tapi debaran di hari nikah sendiri memang dia tak dapat elak.

Zulfa dari tadi sudah keluar untuk duduk bersama Puan Sri Sharifah. Bondanya yang akan menemani dia untuk keluar dan duduk di pelamin sewaktu akad nikah sekejap lagi.

Ya Allah. Nervousnya dia rasa! Mahu sahaja dia menjerit sekarang ini.

Dia berjalan perlahan sambil tangannya dipegang bonda. Terasa bondanya sangat menyayangi dia saat itu. Jantung berdebar rancak melihat ramai orang sudah duduk di ruang tamu yang dihias cantik itu. Dia rasa semua mata memandang ke arahnya.

Ya Allah dia rasa segan gila sekarang. Artis pun boleh berdebar okay waktu nak kahwin!

Zarif yang sedang duduk menghadap tok kadi terdengar suara suara di belakang lalu berpaling untuk melihat. Terpaku dia melihat Mikayla yang sedang berjalan menunduk sambil dipegang oleh Dato' Marina.

Indah sungguh wajah bakal isterinya itu. Tak berkelip dia memandang Mikayla yang berpakaian putih sedondon dengannya itu. 

Mata Mikayla bertembung dengan anak mata Zarif yang sedang memandang ke arahnya. Darah merah terasa menyerbu ke muka apabila melihat muka lelaki itu. Terus matanya dilarikan.

Mata Zarif tidak berhenti mengekori langkah Mika dari Mika berjalan sehinggalah gadis itu duduk di pelamin di hadapannya. 

"Tutup mulut kau Zaf." bisik Zuhail yang berada di sebelah. Disiku pinggang Zarif.

Zarif yang tersedar cepat cepat memandang ke arah tok kadi yang sudah tersenyum simpul memandang gelagatnya.

Ah kantoi. 

Syed Adli yang melihat gelagat sepupunya itu turut tersengih. Kelakar melihat wajah Zarif saat itu. 

"Cantik sia kakak ipar kau." bisik Isyraf pada Zuhail.

"Kau nak mampos ke Isy. Dengar dekat Zarif nanti mampos kau." bisik Dayne yang mendengar.

"Aku puji jer pun." getus Isyraf.

Tengku Zaid memandang anak anak muda yang berada di belakangnya itu. Tersenyum bibir tuanya. Dia akui juga, menantu sulungnya itu sangat cantik. Padanlah dengan anak sulungnya itu.

Tengku Zaid mengusap perlahan belakang tubuh Zarif. Dia tahu anaknya itu sedang gugup.

Beberapa dokumen yang perlu ditanda tangan oleh para pengantin disediakan. Zuhail bangun untuk membawa borang borang yang sudah ditanda tangan oleh Zarif kepada Mikayla. Zarif hanya memerhati.

Sambil sambil menunggu, tok kadi bertanyakan beberapa soalan kepada Zarif. Sekadar ingin menguji. Tok kadi hanya tersenyum apabila semua soalannya berjaya dijawab Zarif walaupun dalam keadaan berdebar. Tengku Zaid menepuk bahu anaknya bangga. Zuhail kembali ke sisi Zarif lalu menghulurkan dokumen tadi kepada tok kadi dan beberapa saksi.

Selesai itu, tok kadi mula memberi sedikit ucapan kepada Zarif. Banyak nasihat yang dikeluarkan untuk bakal ketua keluarga itu. Turut disebut semua tanggungjawab yang bakal dipikul oleh seorang suami. Zarif hanya diam mendengar.

Setelah itu tok kadi itu memandang Zarif dan kemudian memandang ke arah Mikayla. Selepas berpuas hati dia bersuara.

"Boleh kita mulakan sekarang?" tanya lelaki tua itu.

*Dup dap dup dap

Terus laju kembali rentak jantung Zarif.

Dia mengangguk.

"Boleh tuan."

"Baiklah."

Tangan itu dihulur ke arah Zarif yang berada di hadapan.

Zarif menyambut huluran tangan itu. Kemas dia berjabat tangan dengan tok kadi itu. Mata memandang ke arah lelaki itu.

"Bismillahirrahmannirrahim. Tengku Zarif bin Tengku Zaid" seru tok kadi itu.

"Saya" balas Zarif.

"Aku nikahkan dikau dengan Mikayla binti Abdul Rahim yang berwakil walikan aku, dengan mas kahwinnya RM5000 ringgit tunai." 

Zarif menarik nafas seketika, dikerling Mikayla di pelamin sebelum dia memandang kembali ke arah tok kadi di hadapan. Bibirnya diukir senyuman segaris.

"Aku terima nikahnya Mikayla binti Abdul Rahim dengan mas kahwinnya RM5000 ringgit tunai." Sekali lafaz sahaja lancar Zarif menuturkan akad.

Dia menunggu suara dari Tok kadi.

"Sah!"

"Sah! Sah!" sambung saksi saksi yang ada.

"Alhamdulillah" tutur tok kadi itu lalu pegangan tangan dilonggarkan.

Zarif sudah meraup mukanya perlahan. Lega yang teramat. Entah kenapa, debaran tadi semuanya hilang beterbangan tidak bersisa. Lapang hatinya dirasakan saat itu. 

"Alhamdulillah" diucapnya perlahan sambil mata menatap susuk tubuh Mikayla yang dipeluk bondanya di pelamin.

Mikayla di pelamin sudah berair matanya. Laju sahaja bonda mengelap air matanya dari tumpah membasahi wajah.

"Tahniah anak bonda. Kayla akhirnya dah jadi seorang isteri." ucap bonda lembut.

"Bonda doakan anak bonda ini akan bahagia di dunia dan akhirat. Semoga perkahwinan Kayla dengan Zarif kekal hingga akhir hayat, sayang." Dahi anaknya dicium lembut.

Sebak Kayla mendengar kata kata bonda itu. Dipandang wajah tenang Zarif yang sedang melafaz lafaz taklik di hadapan tok kadi dan saksi itu. Beberapa minit kemudian Zarif bangun diikuti Zuhail ke ruangan di sebelah ruang tamu itu untuk menunaikan solat sunat nikah. Zuhail menemani Zarif di situ.

Kayla hanya duduk di pelamin menunggu. Zulfa dan mama sudah datang mendekat. 

"Mika, ready untuk acara pembatalan air sembahyang pulak." bisik Zulfa. Adiknya itu duduk di bawah birai pelamin sambil memegang par cincin. Bonda juga sudah bangun dan duduk di sisi Puan Sri Sharifah meninggalkan dia seorang diri di kerusi pelamin. Jurugambar yang diupah yang tadi pergi mengambil gambar Zarif yang sedang menunaikan solat sunat nikah sudah kembali muncul di hadapan pelamin.

Alamak. Sekarang dia pula yang akan diperhatikan.

Dia mengangkat muka dan melihat Zarif sudah berjalan ke arahnya di pelamin. Zuhail mengekori dari belakang lalu duduk di sisi Tengku Zaid. Hanya Zarif yang datang mendekati.

Zarif mendekati Kayla lalu melabuhkan duduk disebelah isteri yang baru dinikahinya itu.

Dia tersenyum lalu menyapa lembut. "Assalamualaikum isteri abang." kata kata itu hanya dapat didengari oleh Mikayla seorang. 

Mika menunduk malu.

"Waalaikumussalam." perlahan sahaja Mika menjawab salam.

Zarif memandang Zulfa sekilas. Zulfa yang melihat terus bangun mendekati dan menyerahkan bekas cincin kepada abangnya.

Zarif menyambut huluran adiknya itu. Kotak cincin dibuka dan sebentuk cincin ditarik keluar.

"Nak tangan" ujar Zarif perlahan.

Mikayla hulurkan tangannya perlahan. Terasa hangat genggaman tangan Zarif padanya saat itu. 

Zarif menyarungkan cincin itu ke jari manis Mikayla yang merah berinai itu. Cantik cincin itu terletak di situ.

Mikayla terpukau melihat cincin di jari. Dia belum dapat melihat cincin itu sebelum ini. Kata mama, Zarif yang menyediakan cincin itu sendiri.

"Mika, salam Zarif tu." suara bonda kedengaran dari bawah.

Oh dia lupa! Ralit sangat memerhatikan cincin di jari.

Tangan kanan Zarif diraih sebelum dia tunduk mencium tangan itu. Tidak kasar fikirnya. Zarif mengusap perlahan kepala Mikayla.

"Lama sikit yer." ujar jurugambar.

Selepas itu Zulfa menghulurkan cincin kepada Mikayla untuk disarungkan kepada Zarif.

Zarif menghulurkan tangannya lalu Mikayla menyorongkan cincin platinum bercampur perak itu ke jari manis Zarif.

Zarif memegang kedua dua belah sisi kepala Mikayla. Dikucup lembut dahi itu sebelum dia membacakan beberapa potong ayat yang sudah dihafal sejak sminggu lalu sambil mengusap lembut ubun ubun isterinya.

اَللّٰهُمَّ بَارٍكْ لِي فِيَّ أَهْلِي وَبَارِكْ لِأَهْلِي فِيَّ وَارْزُقْهُمْ مِنِّي وَارْزُقْنِي مِنْهُمْ ، وَاجْمَعْ بَيْنَنا مَا جَمَعْتَ فِي خَيْرٍ ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا مَا فَرَّقْتَ فِي خَيْرٍ ،بَارَكَ اللهُ لِكُلٍ مِنَّا فِي صَاحِبِهِ

"Ya Allah, berkahilah aku dalam permasalahan keluargaku. Berkahilah keluargaku dalam permasalahanku. Berilah mereka rezeki dariku, dan berilah aku rezeki dari mereka. Satukan kami selama dalam kebaikan, dan pisahkan kami selama dalam kebaikan. Berilah masing-masing dari kami kebaikan dalam permasalahan pasangan."

اَللّٰهُمَّ إِنِّى أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

"Ya Allah, aku meminta perlindungan pada-Mu yang terkait dengan isteriku dan bakal keturunan kami dari syaitan yang dilaknat."

Terjongket kening Mikayla mendengar mulut Zarif terkumat kamit membaca sesuatu. Baca apa? Fikirnya.

"Selamat menjadi isteri abang Mikayla. Moga perkhahwinan kita kekal hingga akhir hayat." ucapnya lembut.

......................................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 150 6
Kerana pengkhianatan lampau, Engku Marissa hidup dalam bayangan. Berdamai dengan takdir? Tipu kalau dia tak pernah cuba. Tapi setiap kali saja dia li...
34.2K 1.4K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
859K 113K 61
Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry da...
36K 3.2K 64
𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama i...