Eternity Love [C]

By DaisyIntrovert

910K 39.4K 3.1K

WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58 - Akhir
Special Chapter ✨
Special Chapter 2 ✨
Special Chapter 3 ✨- Last 🤍
EL RAMADAN VERSION ✨
EL Raya Version✨

BAB 30

15.9K 695 26
By DaisyIntrovert

Kepala mendongak memandang langit malam yang disinari dengan cahaya bulan. Banyak perkara yang berlegar di mindanya sejak-sejak akhir ini. Teringat kembali pertemuan dengan bapa mentuanya, Dato Ziqry di ofisnya buat kali pertama setelah mereka bernikah.

" Tengku, ada orang nak nak berjumpa dengan Tengku. Boleh ke? "

" Siapa? "

" katanya Dato Ziqry "

Dato Ziqry? Bukan ke itu bapa mentuanya? Ada urusan apa sehingga mencari dia sampai ke TA corporation?

" Minta dia naik ke atas "

" Baik Tengku "

Dia kembali membuat kerja selepas panggilan dimatikan. Pen di tangan di letakkan di atas meja ketika pintu biliknya terbuka.

" Silakan Dato. Tengku, ini tetamu Tengku "

" Terima kasih Alya, tolong buatkan air ya "

Mereka berdua berbalas pandangan sebelum Tengku Arifin menjemput Dato Ziqry untuk duduk di sofa yang ada ofisnya itu. Tangan dihulur untuk bersalaman. Walau macam mana teruk sekalipun, lelaki itu bapa mentuanya sekaligus ayah kepada isterinya.

Sepi.

" Sihat? " tanya Dato Ziqry, kekok.

" Alhamdulillah sihat. Papa pulak sihat? " soalnya kembali.

" Papa macam inilah. Sihat "

" Ada tujuan apa papa datang ke sini? " tanya Tengku Arifin secara direct. Dia yakin kedatangan lelaki itu kesini bukan kosong semata.

Pintu bilik dibuka. Alya membawa dulang yang berisi air dan menghidangkan di atas meja.

" Terima kasih Alya " ucap Tengku Arifin.

Apabila melihat pekerjanya hilang dari balik pintu, dia kembali fokus kepada Dato Ziqry. Kening diangkat, mahu tahu tujuan kedatangan Dato Ziqry.

" Balqis.. dia sihat? " tanya Dato Ziqry dengan suara yang perlahan. Tengku Arifin menyandarkan tubuh pada sofa. Ditenung lama wajah bapa mentuanya. Pelik menerima soalan seperti itu.

" Alhamdulillah. Isteri saya SIHAT saja " balas Tengku Arifin. Ditekan perkataan sihat itu.

Dato Ziqry mengangguk kecil. Nafas lega dilepaskan. Sekurangnya dia tahu Balqis berada di tangan lelaki tepat yang mampu menjaga dirinya.

" Anything else? " tanya Tengku Arifin, cuba mengorek apa yang ingin disampaikan lelaki itu sebenarnya.

" Jaga dia sebaiknya. Jangan pernah abaikan dia. Jangan lakukan kesilapan yang sama seperti papa " katanya. Mata sudah berair, rasa serba salah bertandang dalam hati mengingatkan kembali setiap layanan yang dia berikan kepada Balqis.

" Papa sebagai lelaki, seharusnya melindungi dia yang merupakan satu-satunya anak perempuan papa tapi apa yang papa lakukan? Papa abaikan dia. Tak pernah nak ambil tahu langsung pasal dia. Apa yang dia suka? Apa yang dia tak suka? Semua tu papa tak tahu. Banyak benda yang papa terlepas pasal anak papa sendiri. Yang lebih parah.. " Dato Ziqry terdiam. Air mata yang mengalir diseka perlahan.

" Papa pejamkan mata bila dia menjadi mangsa amukan mama. Papa pekakkan telinga bila dia menangis minta tolong sampai satu tahap dia hanya diam saja ketika dipukul diherdik oleh mama. Tiada lagi tangisan dari dia kedengaran dalam rumah " sambung Dato Ziqry. Tanpa dia sedar luahan hatinya itu membuat hati Tengku Arifin sakit. Tangan mencengkam kuat sofa yang diduduk. Cuba menahan diri agar tidak bertindak di luar kawalan.

Bagaimana isterinya boleh membesar dalam keadaan seperti itu? Membesar dengan cacian dan herdikan dari ibu kandung sendiri bahkan ayahnya sendiri bertindak untuk membiarkan saja dia dipukul tanpa ada rasa bersalah. Hati Balqis itu diperbuat dari apa sehingga mampu bertahan hidup dengan seperti itu? Adakah sifat gila-gila yang ditunjukkan oleh Balqis selama ini hanya ingin menutup segala kesedihan yang dia alami selama ini?

" Jadi apa tujuan papa sebenarnya ke sini? " tanya Tengku Arifin dengan nada suara yang dikawal. Hatinya sakit. Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan isterinya selama ini.

" Papa datang ni cuma nak minta Arifin untuk sampaikan permintaan maaf dari papa pada dia "

" Kenapa papa tak jumpa dia sendiri? Takut maruah papa jatuh ke kalau minta maaf secara berhadapan dengan dia? " tempelak Tengku Arifin.

Dato Ziqry. Dia tersenyum pahit. Dia tidak kecil hati jika lelaki muda di hadapannya itu ingin memarahinya kerana memang itu salah dia.

" Papa takut dia takkan terima kemaafan dari papa selepas apa yang papa dah buat " balasnya dengan suara yang tersekat-sekat.

Tengku Arifin memandang tajam mata Dato Ziqry.

" Apa yang membuatkan papa berfikiran macam tu? Kata-kata papa itu seolah-olah isteri saya seorang yang teruk dan jahat sangat sampai tak nak menerima kemaafan orang "

Tertunduk Dato Ziqry mendengarkan itu.

" Papa cuba fikir, kenapa dia masih lagi mampu bertahan untuk hidup dengan orang tua yang tidak pernah mengakui kehadirannya di dunia sedangkan dia boleh saja pergi jauh tinggalkan rumah yang tak ubah seperti neraka untuk dia? "

" Duit boleh dicari,ilmu kita boleh gali di mana-mana tetapi peluang untuk mengasihi orang tua takkan terulang kembali, itu yang isteri saya ungkapkan bila saya tanya kenapa dia pilih untuk bertahan di rumah itu " kata Tengku Arifin.

"Seburuk mana pun layanan orang tua dia terhadap dia, perkataan mama papa tetap meniti di bibir dia walau berkali-kali hatinya ditikam dan disakiti. Kalau boleh dilihat dengan mata kasar, hancur dah tak berupa hati isteri saya tu "

Zap! Seperti dihunus pedang hati Dato Ziqry saat itu tetapi mungkin tidak sesakit apa yang dirasakan anak perempuannya, Balqis. Anak yang tidak pernah ditatang dengan kasih sayang sejak kecil.

" Sedikit pun dia tidak pernah salahkan orang tua dia atas apa yang berlaku sedangkan orang tua dia? Semua kesalahan diletakkan pada bahu dia. Betapa kentalnya hati seorang Balqis Surfina, sekalipun dia tidak pernah salahkan takdir. Takdir hidup dia yang pahit ditelan sebulat-bulatnya sebab dia yakin suatu hari nanti pahit yang dia telan sekarang akan bertukar manis pada akhirnya " kata Tengku Arifin.

" Maafkan papa. Papa tahu papa seorang yang tidak berguna untuk Balqis. Papa tidak layak menyandang gelaran seorang ayah " Air mata yang ditahan dari tadi mengalir saat mendengar semua yang diluahkan oleh Tengku Arifin.

Tengku Arifin yang baru saja muncul dalam hidup Balqis sudah mempunyai rasa empati terhadap anaknya, bagaimana dia yang sudah bertahun-tahun hidup bersama itu tergamak melukakan hati anaknya sendiri?

" Ya Allah, sungguh berdosanya hambaMu ini " rintihnya dalam hati.

" Papa tahu papa banyak sangat dosa dengan dia. Papa tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia. Papa gagal menjadi ketua keluarga yang berguna sehinggakan mama minta untuk berpisah " tanpa sedar, dia terlepas cakap mengenai hal rumah tangga dia bersama Datin Adel.

Tengku Arifin terkejut. Berpisah? Bermakna mentuanya akan bercerai?

" Papa dengan mama nak bercerai ke? " tanyanya dengan berhati-hati. Dia takut telinganya silap mendengar.

Alang-alang terlepas cakap, biarlah dia jujur terus. Dato Ziqry menganggukkan kepala,mengiyakan pertanyaan menantunya.

" Papa dan mama dalam proses penceraian. Papa ada cuba untuk berusaha menyelamatkan bahtera kami. Bila hubungan kami di tahap yang kritikal, baru papa ada kesedaran untuk betulkan semuanya tetapi dah terlambat. Mama memang nekad untuk berpisah. Papa dah menjadi seorang lelaki ,suami dan ayah yang gagal " luah Dato Ziqry.

" Papa mungkin dah terlambat untuk menjadi seorang suami yang baik, tapi tidak terlambat untuk menjadi seorang ayah yang baik " kata Tengku Arifin

Dahi Dato Ziqry berkerut, tidak faham dengan maksud Tengku Arifin.

" Papa masih ada kesempatan untuk tebus balik semua kesilapan papa sebagai seorang ayah. Balqis, she always wait for that moment. Grab that chance sebelum papa memang betul -betul terlambat nanti "

" Tapi mcam mana? Macam mana kalau dia tak terima? Macam mana kalau dia menolak kehadiran papa semula? " adu Dato Ziqry.

Ada benar juga kata menantunya itu. Dia mungkin sudah gagal menjadi suami, tapi peluang untuk menjadi seorang ayah itu pasti terbuka cuma dia risau jika peluang itu tidak diberikan kepadanya.

" Saya kenal isteri saya. Dia akan jadi orang yang paling bahagia sekiranya papa datang kepada dia. Trust me "

" Boleh ke papa jumpa dia nanti? Arifin izinkan ke? " Dato Ziqry bertanya bimbang jika suami anaknya itu tidak mengizinkan mereka untuk bertemu.

" Berdosa lah saya sebagai seorang suami jika saya menghalang dia untuk bertemu dengan ayah kandung isteri saya sendiri. Saya tak sekejam itu. Pergilah jumpa dan minta maaf dengan dia secara berdepan " nasihat Tengku Arifin.

" In sha Allah papa akan cuba cari masa untuk berjumpa dengan dia. Terima kasih sangat-sangat " Dato Ziqry bangun dari duduknya mahu beredar. Lega hatinya.

Apabila Dato Ziqry ingin beredar keluar, Tengku Arifin memanggilnya.

" Tolong berikan sedikit kebahagiaan kepada isteri saya dengan menebus semua balik apa yang papa dah abaikan untuk dia. Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan saya " beritahu Tengku Arifin dengan nada yang tegas tetapi lembut.

" Papa akan cuba. Papa nak minta tolong juga, tolong rahsiakan dulu apa yang berlaku antara mama dengan papa dari Balqis " pinta Dato Ziqry.

Mereka berbalas pandangan. Tengku Arifin jatuhkan kepala.

" In sha Allah "


" Hello boyfriend, pewit oh pewit.. "

Terhenti lamunan Tengku Arifin. Terbang semua ingatannya tentang pertemuan dengan Dato Ziqry.

" Boyfriend handsome oh boyfriend handsome "

Kepala menoleh ke arah suara itu. Dilihat tembok dinding rumah mereka, tetapi tiada sesiapa. Mereka berdua sekarang sudah menginap di rumah sendiri. Rumah yang Tengku Arifin beli selepas saja dia membuat keputusan untuk bernikah dengan Balqis. Dia kembali menghadap depan.

" Sprrrtttttt "

Tengku Arifin menadah tangan ke atas. Rasanya cuaca malam ini elok saja tidak hujan. Kenapa ada air? Dia mengelap belakang lehernya. Basah. Kepala ditoleh ke belakang.

Matanya memincing memandang tembok dinding mereka sekali lagi. Senyuman nakal terukir di bibirnya ketika melihat ada bayang yang kelihatan di bawah sinaran lampu depan rumah mereka.

Balqis yang menyorok dibelakang tembok itu sudah tersengih-sengih. Syok pula kacau orang malam-malam ini. Pistol air ditangan dilihat. Tengku Ayra memberikan padanya sehari sebelum mereka berpindah ke rumah sendiri.

" Abang phew phew phew " Tengku Ayra membuat gaya tembak-tembak. Balqis ketawa kecil meneima pemberian barang dari adik iparnya itu.

" Thank you lah dik, memang function untuk akak malam ni " bisiknya. Niatnya hendak memberi minuman panas kepada Tengku Arifin tetapi melihatkan suaminya itu duduk santai sangat, timbul idea hendak menganggu lelaki itu dengan pistol air.

Tangan naik hendak menyembur suaminya lagi tetapi eh? Kepalanya menjengah dari tembok. Kosong. Dari posisi mencangkung, dia berdiri. Rasanya tadi suaminya sedang duduk santai di kerusi putih yang disediakan di halaman rumah. Mana pula dia pergi?

Dia mencari-cari kot kot lah Tengku Arifin berjalan-jalan di sekitar situ.

" Dah berapa mangsa dapat? "

" Argh!!!! " Terduduk dia apabila disergah dari belakang. Kepala diangkat. Lah dekat sini rupanya.

" Hish awak ni. Terkejut saya " marahnya.

Tengku Arifin mencebir. Sergah macam itu pun terkejut.

" Tolong. Saya jatuh sebab awak ni " selamba Balqis menghulurkan tangan minta bantuan untuk berdiri.

Tengku Arifin menarik tangan Balqis ke atas untuk bantu dia berdiri.

" Eh eh eh sorry. Terpeluk " Balqis berpura-pura hendak terjatuh sehingga terpeluk lelaki itu. Muka Balqis sudah tersengih-sengih. Sekali sekala ambil kesempatan apa salahnya. 

Tengku Arifin menolak perlahan pipi Balqis yang memandangnya tu. 

" Kau ni memang tak bagi aku duduk tenang eh? " 

" Tak boleh. Saya memang ditakdirkan untuk menganggu kehidupan awak sampai akhir hayat " Balqis menarik tangan Tengku Arifin membawa lelaki itu kembali duduk di halaman rumah mereka. 

" Kau nak bawa aku pergi mana pulak ni? " soal Tengku Arifin.

" Sambung balik healing awak tadi. Tengok macam best je tadi. Tapi kali ini extra dengan bidadari cantik " pujinya diri sendiri. 

Tengku Arifin membuat muka. 

Usai duduk, mereka berdua diam menikmati angin malam yang agak tenang. Tengku Arifin menoleh ke arah Balqis yang khusyuk memandang langit. 

Dia berdehem kecil. 

" Lusa aku outstation " beritahu Tengku Arifin. 

Perhatian Balqis beralih dari langit ke Tengku Arifin. 

" Okay " jawabnya sepatah kemudian kembali memandang langit. Tenangnya lain macam. Adakah disebabkan ada kekasih hati disebelah?

Okay je? 

Lama Tengku Arifin berfikir sebelum dia bertanyakan soalan

" Kau nak ikut? " 

Laju kepala Balqis menoleh ke arah Tengku Arifin. Ini kali pertama lelaki itu menawarkan dia untuk mengikut lelaki itu bekerja di luar.

" Nak! tapi...saya ada event nak kena attend this week " baru teringat dia ada event kolaberasi bersama pihak universiti. 

" Oh tak apa lah kalau macam tu. Kau jaga diri elok-elok dekat sini. Make sure semua pintu kunci bila nak keluar and nak tidur " pesan Tengku Arifin siap-siap. 

Ini bukan kali pertama dia meninggalkan Balqis atas urusan kerja tetapi disebabkan kali ini mereka sudah duduk di rumah sendiri, dia agak khuatir juga hendak meninggalkan Balqis sendirian di rumah. 

" Jangan risau. Nanti setiap 1 jam saya akan update dekat awak aktiviti saya sepanjang ketiadaan awak " balas Balqis. 

Mereka kembali sepi. Diam. Balqis diam kerana menikmati ketenangan malam itu manakala Tengku Arifin diam kerana otaknya sedang memikirkan sesuatu. 

" Aku nak tanya soalan sedikit boleh? " 

" Boleh tapi satu soalan satu kiss " Balqis menunjukkan pipinya pada Tengku Arifin. Niat hendak mengusik saja tetapi dia pula yang terkedu apabila Tengku Arifin menarik kepala Balqis lalu dikucup perlahan pipi isterinya itu.

Nasib baiklah malam. Wajahnya yang memerah akibat perbuatan lelaki itu tidak akan dinampak. Balqis tersipu malu apabila lelaki itu benar-benar mencium pipinya. 

" So aku dah boleh tanya soalan ke?" tenang tengku Arifin meminta izin. 

Balqis mengangguk perlahan. Blushing dicium tadi masih tidak hilang.

" Apa hajat yang kau nak buat jika diberi peluang terakhir dalam hidup? " 

Balqis memandang ke arah Tengku Arifin yang turut memandangnya. Hm kenapa soalan itu macam payah nak dijawab? Kbat sungguh. 

" Satu hajat je ke? " soal Balqis kembali. 

" Kau ada berapa hajat nak buat? " soalan berbalas soalan. 

Balqis mengangkat tiga jarinya, ditunjukkan pada Tengku Arifin. 

" Apa dia? " 

" First thing yang saya nak buat jika ada peluang terakhir untuk hidup adalah saya nak keluarga saya bersatu macam keluarga lain. Maksud saya, kehadiran saya ini boleh diterima sepenuhnya oleh mama dan papa " Balqis melemparkan senyuman manis saat menyampaikan hajat pertamanya. Tangan naik mengelus rambut Balqis yang diikat satu itu. 

" Second, saya nak rasa pelukan seorang ibu dan ayah. Dari kecil saya tak pernah rasa semua tu " suara yang ceria tadi perlahan-lahan mengendur. Senyuman pahit terlakar di bibirnya. Itu hajat yang dia teringin lakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 

Tengku Arifin merangkul bahu Balqis. Diusap perlahan bahu isterinya itu. Dia agak terkesan mendengar hajat isterinya yang kedua itu. Ada sebab kenapa dia bertanyakan soalan itu. 

" Soon in sha Allah semua hajat kau tu Allah akan perkenankan. Kau hanya kena sabar sedikit " pujuk Tengku Arifin, tidak mahu isterinya terus bersedih.

" Aku akan pastikan hajat kau tu tertunai " sambungnya di dalam hati. 

" Okay so next, last one? " Tengku Arifin teringin hendak tahu hajat Balqis yang ketiga. Balqis menyapu air mata yang bertakung di tubir mata. 

" Betul awak nak tahu? " tanya Balqis. Tengku Arifin mengangguk perlahan apabila disoal begitu.

Balqis melihat sekeliling. Tengku Arifin turut melihat sekeliling apabila melihat isterinya berbuat demikian. 

" Kau tengok apa? "

" Saya tengok sekeliling, kot kot lah ada orang. Hajat ketiga saya ni bahaya sikit.  Orang lain tak boleh dengar. Awak je yang boleh " bisik Balqis perlahan membuatkan Tengku Arifin tertanya-tanya. 

Balqis menggerakkan jari telunjuknya meminta Tengku Arifin mendekatinya. Tengku Arifin hanya menurut saja. Balqis mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Tengku Arifin.

Tengku Arifin mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Balqis sehingga terasa panas cuping telinganya ketika itu.

Selesai membisikkan hajatnya pada Tengku Arifin, Balqis menjauhkan jarak mereka lalu mengenyitkan matanya pada lelaki itu yang jelas terkaku. Dia menyimpan senyum. 

Perlahan-lahan Balqis bangun meninggalkan Tengku Arifin duduk sendirian di halaman rumah itu. Jujur dia juga malu tetapi mengenangkan itu suaminya, kepada siapa lagi dia mahu menyatakan hajatnya itu. Dia terus berlari masuk ke dalam bilik. Balkoni biliknya dituju. Dia melihat suaminya itu masih lagi duduk tegak seperti tadi. 

" Encik suami, jangan duduk lama sangat dekat luar. Meh sini teman saya duduk dekat bilik. Kot kotlah dapat tolong lunaskan hajat saya tu " laung Balqis kuat lalu ketawa kuat. Suka benar dia mengusik lelaki itu. 

Tengku Arifin yang mendengar jeritan Balqis itu semakin panas mukanya. Telinganya diraba sekejap. Masih terngiang-ngiang apa yang dibisikkan oleh Balqis tadi. 

" Hajat saya yang ketiga, saya nak ada anak ramai-ramai yang handsome macam awak dan cantik macam saya dengan awak " 


Continue Reading

You'll Also Like

284K 10.7K 54
[𝓤𝓷𝓭𝓮𝓻 𝓽𝓱𝓮 𝓶𝓻𝓼. 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] ᴀᴀʏᴀɴ ᴅᴀɴɪꜱʜ || ᴢᴀʀᴀ ʏᴀꜱᴍɪɴ Known as the soft spoken husband AAYAN DANISH - Jejaka berdarah cam...
1M 54K 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak du...
797K 41.5K 67
Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. ...
90.3K 3K 47
[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenaliny...