The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 24

2.9K 95 2
By lemonellow

Harini seharian Zarif agak sibuk di pejabat. Dia sibuk dengan meeting bersama para pekerja untuk memantau progress porposal sambutan 30 tahun Astana Group yang akan berlangsung 2 bulan dari sekarang. Zuhail tidak dapat datang hari itu ke pejabat kerana dia ada perbentangan di universiti. 

Adiknya itu menyerahkan kepadanya untuk memantau buat masa sekarang. Dia pun memahami jadual kesibukan Zuhail. Zuhail sudah di semester akhir untuk fast-track PhD. Memang sibuk sungguh adiknya itu sejak akhir akhir ini. 

Dia memandang sekilas telefon di meja. Dia juga belum sempat menghubungi Mika lagi. Dia rasa dia mahu menyinggah ke rumah Mika sebelum pulang ke rumah nanti. Mungkin senang berbual secara face to face dengan tunangnya itu.

Ah tunang! Dia tersenyum bahagia teringatkan status yang dipegang. Dia sudah bertunang dengan Mikayla, gadis kesayangannya dari zaman sekolah. 2 bulan lagi mereka bakal melangsungkan pernikahan seperti yang dibincangkan mamanya dan bonda Mikayla. 

Selepas dia tahu tentang cerita sebenar barulah dia terhegeh hegeh menarik mamanya untuk bertanya tentang keputusan Mikayla. Berkali kali dia bertanya meminta kepastian dari mamanya.

"Betul ke ma Mika sudi terima Zaf?"

"Ya Allah budak bertuah ni. Iyelah!" Puan Sri Sharifah sudah mula pening kepala dengan perangai anak sulungnya itu.

"Serious ni ma? Mika cakap apa? Dia cakap macam mana waktu dia setuju tu?" tanya Zarif sambil menggoyangkan tangan mamanya kalah kanak kanak yang inginkan sesuatu.

"Eh Zaf ni eee peninglah mama macam ni." keluh Puan Sri Sharifah.

"Mama sebenarnya dah tanya Mika pasal ni masa dia duduk rumah lagi." Puan Sri Sharifah mula bercerita. 

Zarif sudah melopong. Tidak sangka pantas sungguh mamanya bertindak.

"Maksudnya yang mama cakap mama nak tolong Zaf haritu tu ke?" tanya dia.

"Iyelah kan mama cakap mama nak tolong Zaf. So, lepas mama cakap dengan Zaf haritu mama terus cakap dengan Mika. Masa itulah Mika minta masa dengan mama untuk fikir dulu. Tapi mama dah pujuk siap siaplah untuk Zaf"

Zarif sudah bertepuk tangan. Ditepuk tepuk tangan mamanya.

"Ish!" Puan Sri Sharifah sudah melarikan tangannya.

"Mantaplah mama! So lepastu bila yang Mika cakap dia setuju? Waktu family kita pergi rumah dia tu ke? Macam mana boleh tunang pulak?" bertubi tubi soalan dari Zarif.

"Tak, Mika dah setuju awal awal sebelum family kita pergi rumah dia lagi. Sebabtu mama plan nak pergi merisik tu. Sengaja mama nak ikut adat walaupun sebenarnya Mika dah call mama cakap yang dia setuju. Mika taknak mama bagitahu kamu lagi. Itu yang mama ajak kamu pergi sekali. Mungkin Mika nak cakap sendiri. Lepastu tiba tiba Kak Mar bagitahu tak payah buat merisik. Terus tunang. 2 hari jer settle persiapan tunang tu." panjang lebar Puan Sri Sharifah bercerita.

"Maaaa. Kalau Zaf tahu Zaf pergi sekali! Manalah Zaf tahu Mika dah setuju. Zaf ingatkan baru nak tanya. Punyalah Zaf takut Mika tak terima." keluh Zarif.

"Haa, itulah, ego. Mana nak nampak dah apa yang Mika rasa. Main agak jer. Suka nak judge Mika macam macam. Lepastu berlagak taknak pergi. Kemain cakap akan terima jer segala keputusan lepastu tahu pulak nak merajuk sampai seminggu." Puan Sri Sharifah sudah menyindir anaknya itu.

"Aduh, rugi Zaf tak tengok mama sarung cincin dekat Mika secara live. Zaf dah terlepas moment tu......"

"Padan muka. Actually, bagus jugak Fafa dengan Zuhail prank kamu. Baru kamu tahu. Jangan duk fikir buruk jer yang Mika tu akan tolak. Suka fikir yang negatif. Belum tanya lagi dah pasrah. Tak ada usaha nak faham perasaan Mika." bebel Puan Sri Sharifah.

Haih bila dia teringat balik perbualan dia dengan mamanya dia jadi muhasabah diri. Memang dari dulu lagi perangainya memang begitu. Mudah berfikiran negatif kalau perihal Mikayla. Bukan kerana dia benci tapi kerana dia terlampau sayang. Takut tidak dapat memiliki gadis itu. Takut Mikayla melukakan hatinya. Bodoh betul dia.

Dia berazam sendiri yang dia akan mengubah perangainya itu. Mikayla akan disayangi dan dijaga sepenuh hatinya sehingga akhir hayat dia. Mulai hari itu dia akan letakkan kepercayaan penuh kepada gadis kesayangannya itu. Akan cuba dijatuhkan ego dan hati bekunya demi Mikayla. 

Yang paling penting sekarang dia perlu meminta maaf kepada gadis itu. Bukan hanya kerana hal pertunangan tetapi hal yang dulu dulu. Akan dia tanya segalanya tentang gadis itu tanpa sebarang anggapan buruk dan prejudis. Itu janjinya pada diri sendiri.

.........................................

Kondominium Mikayla

Mikayla duduk di tengah tengah biliknya yang sudah berselerak. Banyak barang yang sudah dimasukkan ke dalam kotak. Sedikit sayu kerana dia bakal meninggalkan rumah itu. Rumah yang dia duduki sejak tamat sekolah dan sejak kejadian lama dulu. Rumah yang menyimpan segala kenangan dia ketika berseorangan. 

Seketika Mikayla mengeluh. Dipandang telefon yang berada di sisi meja katil.

Zarif sejak mereka bertunang langsung tak ada hubungi dia. Sudahlah dia sebenarnya agak kecewa apabila mendapat tahu lelaki itu tidak datang ketika majlis pertunangan mereka. Walaupun adat biasanya waktu bertunang si lelaki tak datang tapi kisah mereka lain berbanding pasangan yang normal. Mereka tak bercinta. Bukan setakat tak bercinta, mereka juga banyak bergaduh sebelum itu. 

Tampar menampar, pukul memukul. Tiada yang romantis dalam hubungan mereka. Mungkin dulu waktu di zaman sekolah dan zaman kanak-kanak cerita mereka ada jugalah yang indah. Tapi waktu itu lebih kepada kenangan abang dengan adik. Selesanya dia bersama Zarif dahulu kerana Zarif membawa figura seorang abang yang menjaga dia dari kecil. 

Entah bila dia jatuh cinta dengan Zarif pun dia tak tahu tapi hatinya sentiasa cuba menjaga tingkah jika di hadapan lelaki itu. Di zaman sekolah menengah saat terlalu banyak masalah yang dia hadap, makin dia cuba menyorokkan segalanya dari Zarif. Mahu Zarif melihat dia sebagai seorang yang normal dan bahagia. Perpisahan mereka membawa rindu kepadanya. Jauhnya Zarif dulu daripadanya membawa hiba. Kemarahan Zarif padanya merobek hati. Dia sedih memikirkan kisah mereka.

Akan bahagiakah dia? Kediaman Zarif saat ini dirasakan perit. Ikhlaskah Zarif menerima dia? Kenapa tiada walau satu pesanan whatsapp pun dari lelaki itu untuknya. Sudah 2 minggu lelaki itu diam tanpa khabar berita. 

Dia jadi takut andai kesudiaan Zarif itu hanya disebabkan oleh keluarga lelaki itu. Dia sendiri mengaku, selain Zarif, dia memang menerima lelaki itu kerana keluarga Zarif. Dia mahu jadi sebahagian dari keluarga Tengku Zaid dan Puan Sri Sharifah. Bukan kerana harta, pangkat dan keturunan tetapi kerana kesudian keluarga itu menerima dia seadanya. Dia bahagia bersama mereka. Jadi dia takut Zarif hanya menerima bukan kerana cintakan dia. 

Tubuh di baringkan ke karpet lembut. Siling bilik ditenung kosong.

Selepas termenung seketika dia bangun balik.

"No no no" bisiknya sendiri. Dia tak boleh layan perasaan sekarang, dia kena kemas barang, bondanya sudah berikan masa 3 hari sahaja. Bondanya tegas orangnya. Dia tidak boleh mengelat.

Dia bangun menyambung aktiviti mengemas yang tergendala tadi.

...................................

Mikayla berbaring di tilam seketika. Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Dia hampir selesai memasukkan barang barang ke dalam kotak. Ada lagi beberapa yang belum masuk kotak kerana kotak dah habis. Nantilah dia cari kotak. Maybe boleh minta tolong Idham. 

Sampah sarap yang sudah dikumpulkan di dalam 2 plastik sampah ditenung sekejap. Dia kena keluar kejap untuk buang sampah. Nasib baik memang setiap aras kondominium disediakan rumah sampah dan akan dikutip setiap hari oleh pihak pengurusan kondominium itu. 

Mikayla bangun sambil mengheret dua plastik sampah yang sudah berikat. Ketika melalui ruang tamu dia nampak masih ada beberapa lukisan dan barang barang lain di situ. 

"Adoi, lupa pulak barang dekat luar ni." bisiknya. Kejap lagilah.

Dia membuka grill dan pintu rumah. Sempat menggeliat seketika sebelum mengangkut plastik plastik hitam itu keluar dari rumah. Pintu telah disendal tanpa ditutup rapat. 

Dia berjalan sambil bernyanyi kecil ke hujung aras dimana letaknya rumah sampah untuk aras itu. Selesai membuang sampah dia berjalan untuk masuk ke rumah. Baru sahaja dia ingin menarik grill,

Tiba tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. 

Dia terjerit kecil kerana terkejut lalu cepat cepat meronta. Mulutnya laju ditekup dan tubuhnya ditolak untuk masuk ke dalam rumah.

"Mpphhh"

"Mppphhhhhhh"

Mikayla cuba menggigit tangan yang sedang menekup mulutnya. 

"Aduh!" mengaduh lelaki itu setelah tangannya digigit kuat oleh Mikayla. Pintu rumah Mikayla ditutup cepat dengan kaki tanpa melepaskan tubuh Mikayla dari pelukan.

"Tolongggggg!!!!" jeritnya kuat apabila tangan itu terlepas.

Terkejut dengan jeritan itu. Lelaki itu menolak tubuh Mikayla ke sofa.

Laju laju dia menindih tubuh kecil Mikayla apabila dilihatnya Mikayla cuba bangun untuk menyelamatkan diri.

"Tolong tolong!!!!!" Mikayla sudah menjerit jerit. 

"Kau diam betina. Kau diam!!!!" jerkah lelaki itu. Pisau kecil dikeluarkan untuk menakutkan Mikayla.

"Kau nak apa binatang?!!!!" jerit Mikayla sambil tangannya mencakar muka lelaki itu.

"Kau betina jalang!" Carut lelaki bertopeng itu.

"Kau patut mati! Kau yang patut mati!!!!" amuk lelaki itu sambil mengacukan pisau.

"Kenapa kau bunuh Ailin? Ailin kesayangan aku! Kenapa kau bunuh dia?!!" makin mengamuk lelaki itu. Dia melepaskan pisau dan mencekik leher Mikayla.

"A-pa kau- c-cakap ni." tanya Mikayla tercungap cungap. Leher sesak ditekan lelaki itu.

"Kau bunuh Ailin lepastu kau boleh bebas hidup macam ni?!" Kuat ditekan leher Mikayla.

"Aku- aku tak BUNUH DIAAAA!!" jerit Mikayla sambil cuba melepaskan diri. Ditekan kuat celah celah ibu jari lelaki itu untuk melonggarkan tekanan yang dia rasakan sekarang.

"BODOH!!!! AKU BUNUH KAU! AKU BUNUH KAUUUU!" Makin kuat tekanan itu.

"AHHHHH TOLONGGGGG!!!!" dia tidak tahu kepada siapa dia ingin meminta pertolongan. Dia berseorangan sekarang. Air mata sudah merembes keluar dengan laju. Dia takut. Dia taknak mati lagi.

*Pang!

Pipinya ditampar kuat.

"KAU DIAM BETINA, SIAPA JER BOLEH TOLONG KAU?!" pekik lelaki itu ke muka Mikayla.

Lelaki itu tiba tiba tersengih.

"Rugi jugak kalau aku bunuh sahaja. Baik aku nikmati tubuh kau dulu. Lepastu baru aku bunuh kau. Lepastu aku akan tinggalkan mayat kau berbogel, biar semua orang tahu kau tu betina jalang!" kata lelaki itu sambil tergelak gelak.

"Zarif... tolong Mika." ujarnya perlahan dalam nada tercungap cungap.

Dalam keadaan sedang bergelut itu tiada siapa perasan bunyi orang menekan-nekan passcode dari luar. 

"Tolonglah. Tolonglah, aku boleh bagi duit dekat kau. Tolong. Aku tak bunuh Ailin. Aku tak bunuh dia!" rayu Kayla apabila tangan kasar lelaki itu cuba menyelak baju tidur yang dipakainya.

Dia meronta ronta kuat cuba melepaskan diri. Tangan lelaki itu ditepis kuat. 

"PENIPU!!! Kau bunuh dia. Kau dengki dengan dia kan? Kau ingat aku tak tengok berita? Kau orang last yang jumpa Ailin aku sebelum dia mati. Dasar pembunuh."

"Betina jalang!" muka Mikayla ditampar berulang kali untuk melemahkan pergelutan gadis itu.

"ANAK HARAMMMM!!!!" serentak itu ada suara kuat menerjah dari belakang.

*Dush. 

Terjatuh lelaki bertopeng itu dari sofa selepas ditendang kuat.

Mika sudah terkejut. Dia bangun dari sofa dan dilihat Zarif sedang menarik lelaki itu menjauh darinya.

"Zarif..." ujar Mika perlahan dalam keadaan terketar ketar.

Dia menjauhkan diri dan merapat pada dinding. Air mata keluar deras dan dipandang sahaja Zarif yang sedang memukul dan menumbuk muka lelaki yang cuba menyerangnya itu. 

Tiba-tiba Mika ternampak lelaki itu cuba mencapai pisau yang berada di atas meja kopi. Laju laju Mika berlari untuk menyambar pisau itu.

"ZARIF!" jerit Mikayla membuatkan Zarif tersedar sebelum Zarif cepat cepat bangun dan menyepak lelaki bertopeng itu di bahagian muka dan kepala.

"Mika call polis!" jerit Zarif sambil menindih lelaki itu dari belakang.

Mikayla berlari laju ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbitnya. Didail 999 dengan laju.

.............................................

Mika duduk diam di sofa sambil ditenangkan seorang anggota polis wanita. Tubuhnya yang hanya memakai baju tidur diselimutkan dengan sehelai selimut tebal. Dia memandang ke arah Zarif yang sedang bercakap dengan anggota polis yang datang setelah dihubungi. 

Dua lagi anggota polis peronda sudah menggari lelaki bertopeng tadi. Topeng lelaki itu sudah dibuka. Dia memang tidak kenal langsung lelaki itu. 

"Saya rasa baiklah kami bawa lelaki itu ke balai dulu. Encik dan tunang encik boleh datang esok untuk bagi keterangan dan membuat laporan. Saya rasa tunang encik pun dalam keadaan belum stabil dari trauma tu." kata anggota polis yang sedang bercakap dengan Zarif itu.

Zarif berpaling untuk melihat Mikayla. Dia mengangguk setuju. Dipandang tajam lelaki yang bergari itu sebelum lelaki itu dibawa keluar dari rumah.

Zarif melangkah ke arah Mikayla yang duduk bersama polis wanita itu.

"Mika okay? Abang rasa Mika kena stay rumah bonda Mika malam ni." ujarnya perlahan ke arah gadis itu.

Mika hanya mengangguk sahaja. Ke mana mana lah asalkan bukan berseorangan di situ malam itu.

"Puan, saya akan bawa tunang saya balik ke rumah mak dia." ujar Zarif ke arah polis perempuan itu.

Polis itu hanya mengangguk bersetuju. Dia bangun melangkah ke arah pasangan kerjanya.

"Terima kasih sebab datang cepat." ujar Zarif lagi kepada kedua dua anggota polis itu.

"Sama-sama, jumpa esok di balai Encik Zarif, Cik Mikayla."

Zarif mengangguk seraya bangun untuk menghantar kedua dua polis itu ke pintu. 

.................................

Zarif melirik ke arah Mikayla yang hanya diam di sebelah. Mereka dalam perjalanan untuk ke rumah bonda. 

"Mika okay? Betul ke tak nak pergi hospital?" tanya dia lagi. Dari tadi Zarif mengajak Mikayla ke hospital tapi Mikayla bertegas tidak mahu. Mikayla hanya mahu balik ke rumah bondanya.

"Mika okay. Mika nak balik cepat cepat." ujar Mika perlahan.

Zarif mengerling Mika. Diperhatikan kesan merah dan biru akibat dicekik dileher Mikayla. Pipinya Mikayla juga lebam ditampar. Rahangnya bergerak gerak. Dia bengang dan sakit hati. Ikutkan hati mahu sahaja dia bunuh lelaki tadi. Nasib baik dia cepat sedar diri yang Mikayla ada di situ. Dia tidak mahu menambah trauma dalam diri gadis kesayangannya itu.

Nasib baiklah Mikayla tidak tercedera teruk.

Nasib baik juga dia memang berniat mahu ke rumah gadis itu selepas habis kerja. Dia cuma sedikit terkilan tak sampai lebih awal. Nasiblah pass card yang Mika berikan kepada Zuhail memang sudah ada ditangannya. Selepas mereka bertunang memang Zuhail terus memberikan pass card untuk kondominium Mikayla kepadanya. 

Dia naik tadi ke aras unit rumah Mikayla tapi dia pelik grill pintu rumah gadis itu terbuka luas. Baru dia ingin mengetuk pintu rumah dia sudah terdengar suara jeritan dari dalam rumah. Cepat cepat dia menekan passcode untuk masuk ke rumah. Memang sudah dihafal passcode rumah gadis itu sejak malam Mika tidur di pintu itu.

Hampir gugur jantungnya melihat ada seorang lelaki bertopeng sedang menindih dan menampar muka Mikayla.

........................................

Zarif meminta diri untuk pulang setelah dia melihat Mikayla telah naik ke atas.

"Zarif balik dulu aunty."

"Hmm, terima kasih selamatkan Kayla."

"Sama-sama aunty. Dah jadi tanggungjawab Zarif. Mika kan tunang Zarif." ujar Zarif perlahan.

Dato' Marina mengangguk setuju. Terkejut sungguh Dato' Marina tadi apabila melihat keadaan Mikayla apabila diberitahu pembantu rumahnya yang Zarif membawa anaknya itu pulang. Bertubi tubi soalan ditanyakan Zarif. Mikayla pula hanya diam tidak berkutik.

.........................................

"Hah? betul ke ni Zaf?" tanya Puan Sri Sharifah kuat. Terkejut dia tadi apabila Zarif menceritakan apa yang terjadi kepada bakal menantunya.

"Ya Allah kesiannya Mika"

"Zaf, risaunya mama. So sekarang ni Mika dekat rumah Kak Mar lah?" 

Zarif mengangguk.

"Hmm, Zarif hantar Mika tadi balik. Risau kalau dia stay sorang sorang."

Zarif mengangkat muka memandang mamanya seketika.

"Ma, tak boleh ke kita percepatkan majlis kahwin Zaf dengan Mika?" 

"Hah?" terkejut Puan Sri Sharifah mendengar usul daripada mulut anak lelakinya itu.

"Kamu serius ke Zaf?" tanya dia lagi. Wajah anaknya dipandang lama.

"Ya Zaf serius ma. Zaf rasa tak tenang ni kalau Mika jauh dari Zaf. Dengan jadi benda macam tadi Ya Allah Zaf risau. Alang alang memang kami dah bertunang ni Zaf rasa eloklah kalau Zaf percepatkan." ujar Zaf yakin.

"Hmm mama pun rasa macam tu tapi Mika setuju ke? Zaf dah tanya dia?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Tak sempat lagi ma nak tanya. Mika tadi pun macam trauma sangat. Diam jer dia tadi. Dengan bonda dia pun dia tak cakap." keluh Zarif.

"Tapi esok Zaf tak masuk office. Zaf nak pergi ambil Mika bawa pergi balai. Kena buat report dan bagi keterangan." ujar Zaf.

"Hmm baguslah. Zaf temanlah Mika. Tak perlu cakap lagi pasal nikah tu dulu. Nanti mama try bincang dengan Kak Mar dulu." 

"Okay ma."

.................................................

Mereka berdua senyap di dalam kereta. Tadi pukul 9 pagi lagi Zarif sudah tercongok di ruang tamu rumah bonda. Sekarang mereka sudah sampai di IPD Cheras tapi dilihatnya Mika hanya termenung. Sudah 5 minit mereka diam begitu.

"Mika okay ke?" tanya Zarif perlahan.

"Kalau Mika tak ready lagi kita boleh datang hari lain." sambung Zarif lagi.

Mikayla mengangkat muka apabil mendengar kata-kata Zarif.

"Okay, Mika okay. Sorry." ujar Mikayla perlahan.

"Kenapa nak minta maaf. Mika tak buat salah apa pun kan?" 

"Sorry susahkan Zarif." perlahan sahaja suara itu.

"Sayang, abang tak rasa susah langsung tau. Mika tanggungjawab abang sekarang. Mika tunang abang. Kita dah nak kahwin kan?" ujar Zarif lembut.

"Jom, kita keluar. Cepat kita siap, cepat abang hantar Mika balik rumah." ajak Zarif.

.....................................

Inspektor Haris yang baru keluar dari toilet ternampak dua wajah yang dikenalinya sedang bercakap dengan seorang anggota polis di meja. Nampak serius dua wajah itu.

Inspektor Haris memanggil anak buahnya sambil membuat isyarat untuk bertanya.

"Oh, itu mangsa lelaki yang team patrol bawa ke lokap semalam. Cik Kayla kena serang dengan stalker fanatik Putri Ailin semalam di rumah dia." terang anak buahnya itu.

"Hah?" terkejut Inspektor Haris mendengarnya.

Diperhatikan Mikayla dari belakang. Hampir 3 minggu dia tak jumpa gadis itu sejak malam Mikayla dilepaskan. Tidak sangka akan berjumpa balik dalam keadaan begitu.

"Ada cedera mana mana ke?' tanya lelaki itu lagi.

"Nasib baik tak ada, kena cekik dan tampar sahaja. Nampak lah lebam sikit muka Cik Kayla tuan. Dengar cerita tunang cik Kayla sampai awal. Tunang cik Kayla yang tangkap lelaki tu. Nasib baiklah kan?"

Tunang? Sejak bila Tengku Zarif bertunang dengan Mikayla. Bukankah dulu mereka belum ada apa apa hubungan? Fikirnya pelik.

Dia melangkah ke arah pasangan itu.

"Semua okay ke?" dia menyapa anggota polis yang sedang menaip sesuatu di pc.

"Okay tuan. Kita dah boleh hantar lelaki tu kepada pendakwa raya. Soal siasat pun dah selesai dan lelaki tu dah mengaku bersalah. Bukti dari rakaman CCTV pun ada." kata polis itu. 

Inspektor Haris mengangguk perlahan sambil matanya memandang ke arah Mikayla.

Mikayla dan Zarif mengangkat muka serentak. Mikayla senyum segaris apabila melihat wajah Inspektor Haris. Malu pula datang balik ke sini sebagai mangsa.

Zarif hanya memandang kosong muka Inspektor Haris yang sedang memandang ke arah Mikayla. Dia tak suka betul pandangan lelaki itu terhadap tunangnya. 

...........................................

Zarif memberhentikan kereta di perkarangan banglo Dato' Marina. Mereka sudah pulang dari balai polis dan Mika meminta dia menghantar gadis itu untuk pulang ke rumah tanpa menyinggah ke mana mana.

"Mika, abang nak cakap sikit boleh?"

Mika memandang wajah Zarif.

"Cakaplah."

"Boleh tak kalau abang percepatkan nikah kita?" tanya Zarif.

"Hah? kenapa?" tanya Mika laju.

"Abang risau dengan Mika." ujar Zarif perlahan.

"Tak faham..."

"Abang risau Mika sorang sorang. Abang nak cepat cepat halalkan Mika. So abang boleh jaga Mika setiap masa tanpa ada batasan." muka Mikayla direnung penuh kasih.

Mika gigit bibir. Malu mendengar ayat manis begitu. Jarang Zarif bermulut manis.

"Abang memang ikhlas terima Mika sebagai isteri ke?" tanya Mika.

"Sayang, demi Allah. Demi Allah abang ikhlas nak jadikan Mika isteri abang. Abang minta maaf atas segala kesilapan dan segala kekasaran yang abang pernah buat dekat Mika." 

"Abang akui salah abang. Abang bodoh. Abang patut percayakan Mika dulu sebelum orang lain. Padahal abang lagi kenal Mika berbanding orang lain tapi abang bodoh. Abang memang sangat sangat bodoh. Abang minta maaf sayang." rayu Zarif.

Mata Mikayla mula berkaca.

"Abang akan percayakan Mika ke?" tanya Mika lagi.

"Ya sayang. Abang janji I will trust you more. Kalau abang rasa sangsi sikit abang akan terus tanya Mika. I will ask you first before I trust anyone other than you sayang. I promise you!" janji Zarif.

"Walau apa pun yang akan jadi di masa depan nanti?" tanya Mikayla.

"Yes, walau apapun yang jadi! Abang akan percayakan Mika. I know i am too late to ask for forgiveness but abang janji abang takkan biarkan Mika sorang sorang lagi. Abang akan sentiasa ada dengan Mika. I love you, sayang. Abang sayang sangat dengan Mika. Dari dulu sampai sekarang hanya Mika seorang sahaja dalam hati abang." luah Zarif.

Air mata Mikayla sudah deras mengalir di pipi. Terasa terharu dengan luahan Zarif.

Zarif yang memandang rasa serba salah melihat wajah basah Mikayla di seat sebelah pemandu. Ingin sahaja dia memeluk tubuh itu.

.........................................

TBC



Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 478 76
โ—‹BLURBโ—‹ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...
6.9K 284 41
"Kita tengok mereka buat apa. Kalau boleh biar sampai Adrean perasan kita dekat sini!" Ujar Alex. Aku hanya mengangguk. Lelah bila tengok suami curan...
34K 1.4K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI โ€ข short love story โ€ข WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
95.9K 4.2K 43
๐‡๐š๐ซ๐ซ๐š๐ณ ๐Œ๐ข๐ค๐š๐ž๐ฅ ๐Ÿ๐ญ ๐™๐š๐ก๐ซ๐š ๐„๐ฅ๐ฏ๐ข๐ฒ๐ซ๐š Known as Anugerah Terindah Mereka berkahwin kerana keluarga. Selama satu tahun mereka berkah...