The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 23

2.8K 85 7
By lemonellow

Dua hari selepas dia mendapat tahu berita pertunangan Zuhail dengan Mikayla, dia membawa diri ke New Zealand. Sebenarnya trip itu atas urusan kerja. Dia laju sahaja bersetuju apabila babahnya memberitahu tentang delegasi Astana Group ke Wellington. 

Esok dia bakal pulang semula ke Malaysia. Delegasi daripada Astana Group hanya 3 hari tapi dia memanjangkan tripnya. Sudah seminggu dia di situ berseorangan. Ingin sahaja dia berlama lama di situ biar tak payah balik pun tak apa tetapi kerana tanggungjawab kerjanya dia terpaksa juga pulang menghadap realiti pahit hidupnya.

Dia lihat status whatsapp Zulfa. Sepanjang dia di New Zealand, adiknya itu selalu sahaja keluar bersama Mikayla. Bahagia benar Zulfa dapat menjadikan Mikayla sebagai bakal kakak iparnya.

'Ipar'. Pedih rasa di hati dengan perkataan itu. Mikayla bakal menjadi adik iparnya. Mampukah dia menerima kenyataan itu. Mampukah dia melihat kebahagian Zuhail dan Mikayla nanti. Sakit terasa jiwanya apabila membayangkan Mikayla bakal diakad oleh Zuhail nanti. Terbayang bayang Mikayla yang akan mengandungkan zuriat untuk Zuhail. Mampukah dia melihat semua itu. 

..................................

Banglo Dato' Marina

"Bonda, Mika nak minta izin balik ke kondo Mika." ujar Mika sewaktu mereka bersarapan bersama.

"Buat apa? Kamu sorang sorang jer dekat sana. Jual jual jer lah kondo tu, nanti kamu kahwin kamu bukan duduk situ lagi." kata Bonda.

"Hmm... Mika dan biasa dekat kondo. Rasa macam dah lama Mika tak balik sana. Nanti nantilah jual tu. Lagipun lambat lagi majlisnya." rayu Mikayla.

"Kamu boleh balik kondo kamu tu tapi untuk kemas kemas apa yang patut sahaja. Lagi dua bulan majlis nikah kamu jadi bonda nak kamu stay dekat sini sampai hari nikah. Bahaya kalau kamu sorang sorang." 

Mikayla memandang bondanya.

"3 hari jer bonda bagi untuk stay dekat sana. After that balik sini duduk dekat sini sampai hari nikah. Kamu faham tak?" tegas bonda.

"Faham bonda." Nak tak nak dia kena juga ikut arahan bondanya. Bonda lebih tahu apa yang terbaik untuk dia. 

"Ingat pesan bonda, kalau pihak polis panggil lagi kamu ke balai, terus call Darren untuk temankan. Apa apa sahaja kenyataan yang kamu keluarkan, Darren perlu ada sekali."

Mikayla mengangguk faham.

"Situasi sekarang still belum okay lagi. Walaupun kamu dibebaskan dengan ikat jamin serta kekurangan bukti tapi pihak polis masih boleh cari kamu lagi Kayla. Jadi, behave dan jangan buat perkara pelik pelik yang boleh libatkan kamu dengan kes tu lagi."

Mikayla hanya diam mendengar arahan bonda. Dia ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan bonda jadi dia tidak boleh membuatkan bonda curiga dengan dia.

......................................

Rumah Agam Tengku Zaid

Zarif turun bersarapan setelah bibiknya datang memberitahu bahawa mamanya sedang menunggu di bawah. Kalau ikutkan hatinya dia taknak turun. 

"Good morning mama, babah." sapa Zarif sambil menarik kerusi di sebelah Zulfa. Semua yang berada di meja itu mengangkat kepala memandangnya.

"Kamu sampai pukul berapa semalam Zarif?" tanya Tengku Zaid.

"Zaf sampai pukul 2 lebih semalam." jawabnya sambil mengambil pinggan berisi bihun goreng yang disuakan oleh mamanya.

Dikerling Zuhail yang sedang rancak makan di sebelah mamanya. 

"Kamu buat apa sampai seminggu dekat sana Zaf?" tanya mamanya.

"Tak ada apa pun ma, saje Zaf nak rehat tenangkan fikiran." ujar Zarif mendatar.

"Pftt" 

Dia jeling Zulfa yang seperti terlepas gelak itu. Dah kenapa adiknya ini.

"Ahad ni jangan lupa kosongkan jadual kamu, kita nak pergi shopping barang barang hantaran dengan Mika." ujar mama tiba tiba.

Zulfa dan Zuhail angkat muka. Sedikit terkejut mendengar kata kata mama mereka.

Zarif hanya diam sambil mengunyah bihun di mulut. Tiba tiba bihun itu terasa tawar.

"Kamu dengar tak Zarif?" tanya Puan Sri Sharifah lagi kalini sedikit meninggi. Geram apabila Zarif tidak mengandahkan kata katanya tadi.

"Hmm..."

"Wait, hah?!" Zari angkat muka terkejut dengan ayat mamanya.

Mama cakap dengan dia kah? Dia sangkakan mama bercakap dengan Zuhail.

"Mama cakap dengan Zaf ke?" tanya Zarif pelik. Dikerling wajah Zuhail yang sudah memandang Puan Sri Sharifah dengan pandangan tidak puas hati.

Apakah?

"Iye kamulah. Zaf yang nak kahwin kan? Zaf lah yang kena ikut mama dengan Mika beli barang hantaran. Takkan nak biar Mika jer yang uruskan. Mama teman sekali nanti. Cincin kahwin pun belum beli lagi!" panjang bebelan Puan Sri Sharifah.

Zarif sudah tercengang.

"Maaaaa!!!" jerit Zuhail dan Zulfa serentak.

Zarif memandang wajah tidak puas hati adik adiknya itu.

"Apa?" Puan Sri Sharifah bertanya.

"Kenapa mama spoilkan prank kitorang!" dengus Zulfa tidak puas hati.

"Prank?" tanya Zarif 

"Lah, tak habis lagi ke prank kamu yang haritu?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Belum lagi ma. Abang mana tahu lagi." ujar Zulfa kegeraman.

Tengku Zaid sudah menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah anak anaknya itu.

"Mana mama tahu belum habis lagi. Dah seminggu lebih dah ni. Persiapan kahwin kena buat awal. Stop stop jer lah prank kamu berdua tu."

Zarif sudah bingung.

"Jap jap apa ni? Prank apa?"

"Zuhail? Fafa?" Zarif menyeru nama adik adiknya.

"Adik adik kamu prank kamu dalam group whatsapp haritu. Babah pun tak faham lah kenapa dorang prank kamu."

"Prank apa bah?" tanya Zarif.

"Prank yang gambar tunang tu lah. Dah kamu tak datang waktu majlis tunang kamu dengan Mika tu jadi si Zuhail tu acah acah nak gantikan kamu waktu nak ambil gambar." terang Tengku Zaid.

"Hah?" Zarif sudah ternganga. Otaknya jammed seketika. 

"Jadi Mika sebenarnya bertunang dengan siapa?" tanya Zarif lagi untuk kepastian.

"Ya Allah anak bertuah. Dah seminggu lebih baru kamu nak tanya ke? Mika bertunang dengan kamu lah. Mama sarungkan cincin dekat jari Mika tu untuk kamu Zaf, bukan untuk Zuhail." ujar Puan Sri Sharifah.

Penat dah Puan Sri Sharifah dan Tengku Zaid mahu melayan anak anak mereka itu. Macam macam ragam.

Zarif tersandar di kerusi setelah mendengar kata kata yang keluar dari mulut mamanya. 

Jadi selama ni dia sebenarnya tunangan orang. Dia dan Mikayla adalah pasangan bertunang.

Otaknya laju memproses fakta yang baru diketahuinya.

Terasa sia sia dia bad mood hampir dua minggu gara gara menyangka Mika bertunang dengan Zuhail. Teringat dia bagai nak rak menangis di tepi tasik di New Zealand beberapa hari lepas kerana terlampau sedih.

Tiba tiba dia teringatkan sesuatu. Dia angkat mukanya mencari wajah adik adiknya.

Zulfa dari awal sudah bangun dari kerusi menjauhi Zarif. Zuhail pula sudah bersedia untuk melarikan diri.

"Kau orang!" Zarif sudah bangun menolak kerusi sambil memandang tajam ke arah kedua dua adiknya.

Zulfa sudah berlari mendapatkan Zuhail.

"Sini korang! Berani korang prank aku?!!!" Kuat suara Zarif melaung sambil kakinya melangkah laju untuk mendekati Zuhail dan Zulfa.

"Aaaa abang sorrylah!" Zulfa merayu sambil cuba mengelakkan diri dari ditangkap Zarif. Berpusing pusing mereka bertiga di sekeliling meja makan itu. 

"Abang jom naik bang. Fina pening tengok budak budak bertuah ni." Puan Sri Sharifah sudah bangun mengajak suaminya naik. Malas mahu melihat drama anak anak muda dekat meja makan itu.

"Sorry? Fafa nak sorry sorry dengan abang sekarang?" dengus Zarif bengang.

"Kau Zuhail? Kau berani dan berdrama dengan aku?" jari dituding ke arah Zuhail yang berada di hujung meja.

"Ooo kemain haritu waktu aku balik kau main wayang dengan aku!" langkah kaki laju cuba merapati kedua dua adiknya itu.

"Bro sorry lah bro. Sekali sekala" sengih Zuhail. Dia dari tadi ke kiri ke kanan cuba untuk melarikan diri dari abangnya yang sedang mengacah untuk mengejar dari hujung meja. Muka Zarif tak payah cakaplah, bengang gila.

"Mangkuk hayun betullah!" jerit Zarif.

"Kau tu lah, ego sangat. Aku duk tanya kau kau bukan nak serius. Nak main tarik tali lagi. Tak anak jantan lah bro kalau tak yakin nak pinang anak dara orang." sempat lagi Zuhail mengutuk Zarif walaupun dirinya sedang cuba melepaskan diri dari kejaran Zarif.

Zarif sudah bengang. Bertambah sakit hati dia mendengar kata kata Zuhail itu.

"Kau! Kau memanglah. Siapa mastermind prank ni hah?" 

"Abang!"

"Fafa!" 

Zulfa dan Zuhail sama sama menuduh antara satu sama lain. Muka masing masing cemberut tidak puas hati.

Zarif yang melihat situasi itu terus membuka langkah seribu mengajar Zuhail dan Zulfa. Mereka berdua yang terlepas pandang terkejut lalu cepat cepat berlari naik ke tangga tapi Zulfa sempat ditangkap Zarif. 

"Aaaaaaaa!' Zulfa sudah menjerit apabila belakang lehernya dipegang Zarif.

"Aaaa abang sakit sakit!" rayu Zulfa apabil tubuhnya ditarik turun ke bawah.

Zuhail pula sudah berjaya menyelamatkan diri ke tingkat dua.

"Zuhail kau tunggu! Kau next aku cari kejap lagi!" laung Zarif dari tingkat bawah. Tubuh Zulfa ditolak ke sofa di ruang tamu.

"Sorry lah abang."

"Abangku yang hensem tak boleh marah lama lama kan, nanti hilang seri bakal pengantin." pujuk Zulfa sambil membuat muka comel.

Zarif memukul perlahan belakang kepala adiknya.

"Banyaklah Fafa seri bakal pengantin. Duduk diam diam sekarang!" arah Zarif.

"Okay okay! Tapi abang janji jangan marah Fafa dah!" rayu Zulfa. Dia sudah berhenti meronta.

"Tak janji!" keras suara Zarif.

"Hmmm... okay fine, abang nak tanya apa. Fafa janji akan cerita semua dekat abang."

Zarif sudah mula bertenang. Pegangannya pada belakang leher Zulfa dilonggarkan.

"Mika tahu ke pasal prank korang ni?" itu soalan pertama yang terpacul dari mulut Zarif.

"Tak, Mika tak tahu." ujar Zulfa seraya menggigit bibirnya.

Zarif memicit dahinya.

Jadi Mika tidak tahu apa apa tentang prank adik adiknya ini dan dia pula kerana percaya akan prank ni, memang dia langsung tak ada hubungi Mikayla. Terbayang wajah Mikayla yang menunggu dia menghubungi gadis itu. 

"Fafa, abang tak contact Mika langsung lepas hari tunang haritu tau." keluh Zarif.

Zulfa menekup mulut. Dia baru tersedar.

"Abang... alamak!"

"Aduh!" 

"Fafa lupa pasal ni abang!" 

Bayangkan diri di tempat Mikayla. Bertunang tapi tunangan tidak datang pada majlis pertunangan malah tiada langsung mesej atau panggilan dari tunang sendiri untuk mengucapkan terima kasih atau selamat bertunang kepadanya.

Zarif sudah diterpa rasa bersalah. 

Sampai ke New Zealand dia merajuk. Meninggalkan tunangnya tanpa khabar berita. Entah apa yang Mikayla fikirkan tentang dia. Mesti Mikayla fikir dia lelaki beku yang tak ikhlas nak berkhahwin. 

Zulfa sudah gigit jari apabila melihat muka berkerut abangnya. Dia mula rasa menyesal. Terbayang memori di majlis pertunangan tempoh hari.

 "Abang, abang try pergi duduk dekat pelamin sebelah Mika."  kata Zulfa sambil mengangkat telefonnya untuk mengambil gambar.

"Kenapa abang pulak?" tanya Zuhail tidak puas hati.

"Fafa kesian dengan Mika tu duduk sorang sorang atas pelamin. Tunang sendiri bukan nak datang." keluh Zulfa.

"Itulah abang Zarif kita tu. Ego sangat. Mika minta masa tapi dia ingatkan Mika tak suka dekat dia." bebel Zuhail.

Zuhail berjalan ke arah Mika di pelamin sambil diekori Zulfa.

"Hello bakal kakak ipar, jom ambik gambar!" sapa Zuhail.

"Hahaha! Jomlah bergambar bertiga." ajak Mikayla.

"Jap, Mika ambil gambar dengan abang Zuhail dulu. Kesian pelamin nampak kosong tak ada bakal pengantin lelaki." ujar Zulfa.

"Zarif sibuk. Mika faham." ujar Mikayla sambil tersenyum. Terkilan juga tapi tak mengapalah.

"Sibuk pun, patutnya hari ni kena datanglah!" bebel Zulfa.

"Mika acah acahlah macam Zuhail tu abang Zarif. Posing cantik cantik tau nanti Fafa send dekat abang Zarif." kata Zulfa.

Mikayla dan Zuhail berposing di pelamin dengan pelbagai gaya sebelum Zulfa turut menyertai mereka berdua setelah meminta bantuan tetamu lain untuk mengambilkan gambar mereka bertiga di pelamin.

Sewaktu ingin menghantar gambar di group whatsapp barulah Zuhail terfikir idea prank mereka. Itupun gara gara Zulfa menunjukkan gambar gambar Zuhail dan Mikayla yang kelihatan seperti pasangan bertunang di pelamin.

Laju sahaja mereka berdua merancang prank untuk mengenakan Zarif.

.........................................

Zuhail mendekati Zarif yang duduk termenung di hadapan kolam memandang skrin phone dari tadi.

Zarif sebenarnya sedang kalut berfikir mahu menelefon Mikayla atau tidak. Terasa bersalah dengan Mikayla.

Zarif mengangkat muka apabil terdengar tapak kaki mendekati dia.

Zarif menjeling Zuhail geram.

Zuhail tersengih lalu dia duduk bersebelahan dengan Zarif. Serah diri.

"Aku minta maaf bro. Idea tu datang spontan haritu." ujar Zuhail mengakui kesilapannya.

Zarif mendengus perlahan apabila mendengar kata kata adiknya itu. 

"Haritu kau cakap kau sayangkan Mika? Kau okay ke lepaskan Mika pada aku." tanya Zarif sambil mengungkit kata kata Zuhail awal pagi dulu.

Zuhail terlepas gelak.

Zarif mencerlung memandangnya. Orang tengah serius, budak ni boleh nak bergurau pulak.

"Mestilah aku sayang Mika! Tu aku tak tipu! Aku memang betul betul sayangkan Mika." kata Zuhail jujur.

Zarif terpempam. Kecewakah adiknya itu?

"Tapi aku sayangkan Mika macam aku sayangkan Fafa. Mika tu aku anggap macam kembar tak seibu sebapa dengan aku. Jadi memang betullah bila aku cakap aku sayang gila dekat Mika. Mika tu aku dah anggap keluarga aku. Kau pun tahu kan betapa aku sayangkan Mika." terang Zuhail.

Zarif mengangguk. Memang dia tahu sangat betapa Zuhail sayangkan Mikayla. Oleh sebab itu dia terpercaya dengan prank adik adiknya.

"Kau yakin ke kau tak sayangkan Mika sebagai seorang perempuan yang kau cinta?" tanya Zarif seraya menatap wajah adiknya itu.

Cinta? Zuhail memang pernah tersukakan Mikayla sewaktu mereka kecil dulu. Tapi selepas melihat hubungan Mikayla dengan abangnya, dia terus menarik diri awal awal. Dikuburkan rasa suka yang ada menjadi rasa sayang sebagai satu keluarga buat Mikayla.

"Ya, aku yakin. Aku yakin sangat sangat yang aku memang sayangkan Mika sebagai satu keluarga." dia tidak berbohong. Memang itu yang dirasakan sekarang. Kasih sayangnya pada Mika sudah bertukar genre kepada family friendly. Tentang rasa sukanya pada Mika dulu biarlah menjadi rahsia hatinya sahaja. Tidak perlu dia ceritakan kepada sesiapa.

Zarif sudah menghela nafas lega. Dia menarik bahu Zuhail lantas dipeluk tubuh adiknya itu.

"Terima kasih Zuhail." bisiknya perlahan.

Zuhail tersenyum lega di dalam pelukan abangnya. 

"Kau dari tadi duk tenung aje telefon tu apa kata kau call jer Mika. Jangan nak ego lagi dah. Rendah-rendahkanlah ego kau tu untuk Mika. Untuk orang yang kau sayang jugak kan." bebel Zuhail sambil menepuk nepuk belakang badan abangnya.

*Gedebush!

Zuhail sudah melopong terkejut. Tubuhnya sudah basah kuyup. Terkejut dia tadi apabila terasa tubuhnya ditolak kasar ke dalam kolam.

"Hambek kau! Sempat lagi nak bebel aku!" Zarif sudah gelak gelak di tepi kolam. Puas hati dapat menolak Zuhail ke situ. 

Adiknya itu fikir dia akan melupakan sahaja kejadian prank itu. Dia tak kenal agaknya Zarif ni kuat berdendam orangnya.

"Zaf!" jerit Zuhail tidak berpuas hati. Sangkanya Zarif sudah hilang marah.

Zarif melangkah masuk ke rumah tanpa mengendahkan laungan Zuhail. 

Dia ada masalah lain sekarang ni yang dia perlu fikirkan. Masalah dia sekarang adalah dia tidak berani untuk menghubungi Mikayla.

............................................

TBC


Continue Reading

You'll Also Like

92.5K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
7.2K 478 76
○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

718K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...