The Forced Fame [COMPLETE]

De lemonellow

199K 6.1K 286

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... Mai multe

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 18

2.6K 85 0
De lemonellow

BAB INI MERUPAKAN ULANGAN PROLOG DAN SAMBUNGAN

"Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Ditemui Mati"

"Tikaman penyebab Pelakon Popular terbunuh"

"Seorang Pelakon Wanita Ditahan Reman Bagi Membantu Siasatan"

Ditahan reman? Dia tidak ditahan, dia sebaliknya datang sendiri tanpa ditahan. Fake news betul.  

Jari jemarinya perlahan lahan menatal skrin telefon bimbit yang memaparkan berita berita dalam talian. Jam menunjukkan pukul 9.46 minit malam bermakna sudah hampir 15 jam dia berada di dalam bilik soal siasat.

Setelah dia disahkan kembali sembuh oleh doktor yang merawat, dia meminta Idhan dan Darren membawanya ke balai polis. Dia tidak mahu dikatakan cuba mengelak dari disoal siasat. Walaupun tindakannya tidak dipersetujui Zarif dan Zuhail tapi baginya lebih baik dia membantu siasatan. Dia rasa dia tiada yang perlu ditakutkan. Dia tidak membunuh Zalika. 

Zarif  dan bondanya sendiri beberapa kali cuba bertanya tentang kes itu kepadanya tapi dia diam membisu. Entahlah, dia tiada rasa untuk bercerita sewaktu berada di hospital.

Dia turut diberitahu oleh Idham yang rumah kondonya telah digeledah sewaktu dia tidak sedarkan diri di hospital. Pakaian terakhirnya pada malam kejadian turut diambil oleh pihak polis sebagai bahan bukti. 

Hari itu merupakan hari ketiga sejak kejadian bunuh tersebut. Pihak media masih lagi berkampung di hadapan balai polis itu. 

Teruk juga dia diasak oleh pihak media tadi sewaktu tiba di perkarangan IPD Cheras. Nasib baiklah anggota anggota polis menghalang media dari menerpa.

Dia berseorangan di bilik soal siasat setelah ditinggalkan seketika oleh peguamnya, Darren. Telefon bimbit yang menjadi telefon kerjanya diserahkan kepadanya kerana telefon bimbit peribadinya telah diambil pihak polis untuk membantu siasatan.

Kelonggaran diberikan kepadanya untuk menggunakan telefon bimbit untuk kerjanya kerana telefon itu sudah diperiksa sebelum diserahkan kepadanya. Peguamnya Darren yang memohon untuk telefon itu diserahkan kepadanya.

Dia mengeluh berat apabila membuka laman media sosial miliknya. Notifikasi yang diterima agak luar biasa berbanding kebiasaannya. Sebagai selebriti Wanita popular di Malaysia menerima notifikasi dalam jumlah yang banyak itu normal baginya tapi kali ini notifikasi yang diterima terlampau banyak.

Dia tidak ingin memeriksa notifikasi yang diterima melalui lawan media sosial intagram dan twitter umumnya sebaliknya dia membuka laman twitter peribadi yang tidak diketahui peminat. Dia lantas memeriksa trending di twitter. Trending yang pertama semestinyalah nama mangsa, Putri Ailin. Trending yang menduduki tangga kedua adalah namanya Mikayla.

Dia kemudiannya menekan satu hashtag #JusticeforAilin.

Hashtag yang kini hampir mencapai 1 juta ciapan dipenuhi dengan kata kata takziah dari semua yang bersimpati tidak kira rakyat biasa, rakan rakan artis serta Menteri Menteri.

Malah ada juga yang menulis tentang kronologi kes serta ada yang memuat naik video dan gambar gambar Ailin sewaktu masih hidup.

Menatal skrin ke bawah, dia ternampak tweet

"Maybe Kayla membunuh kerana cemburukan Ailin."

"Semoga ada keadilan buat Ailin"

"Memang dari awal tak sukakan si Kayla, she looks fake."

"Kalah dengan pelakon baru pun terus busuk hati sampai sanggup menikam, dasar pembunuh!"

"Kau pembunuh!" Kata kata itu tiba tiba terngiang di telinga menyebabkan kepalanya terasa berpusing.

Sesak nafas menyebabkan dia menundukkan kepalanya dalam bilik yang mempunyai cahaya samar samar itu.

Dia menggenggam kuat jari jemari kedua dua belah tangannya. Peristiwa lama sering kali mengganggu kestabilan mentalnya. 

No. Dia tak boleh jadi lemah begini. Dia kena kuat. 

Pintu dibuka secara tiba tiba mengejutkannya dan cahaya dari luar bilik menyebabkan pandangannya gelap.

Dia pitam.

Inspektor Haris yang sedari tadi sedang memerhati dari cermin di bilik bersebelahan bergegas ke arah gadis itu. 

Inspektor Nuha yang baru sahaja masuk ke bilik soal siasat itu cepat cepat mengangkat tubuh lemah Mikayla.

Inspektor Haris sedikit lega apabila dilihat gadis itu dalam keadaan sedar sedang cuba bangun dalam keadaan terbongkok. Risau juga jika Mikayla mengalami sawan seperti beberapa hari lepas. 

Mikayla pitam beberapa saat tadi sebelum kembali tersedar selepas kepalanya menyentuh lantai simen itu. Terasa benjol di dahi sebelah kiri apabila kepalanya kuat berdentum dengan lantai itu. 

"Awak okay?" tanya Inspektor Nuha.

Mikayla tersenyum nipis. Dia cuba bangun sambil dibantu polis wanita itu.

"Saya okay, kepala jer pening sikit." kata Mikayla perlahan. Dia kembali duduk di kerusi.

Inspektor Haris memberi isyarat supaya Inspektor Nuha mulakan soal siasat sebelum dia keluar dari ruangan itu. Dia kembali ke ruangan pemerhati di sebelah. Kecurigaan Inspektor Haris kepada Mikayla sudah hanpir hilang sebenarnya. Dari tadi dia memerhatikan Mikayla dan instinct nya kuat mengatakan Mikayla bukanlah pembunuh yang mereka cari.

Pihak polis juga sudah menemui jalan buntu untuk terus menjadikan Mikayla sebagai suspek utama. Hasil geledah di rumah kondo milik Mikayla tidak membawa apa apa bahan bukti. Dan mereka juga telah mengesahkan malam itu Mikayla memang memandu sendirian ke kubur seperti yang diberitahu melalui pemeriksaan dashcam gadis itu. Malah turut tertangkap reaksi gadis itu pada dashcam sekitar jam 2.10 pagi menunjukkan dia keluar dari rumah Putri Ailin tanpa sebarang reaksi yang mencurigakan. Kematian Ailin pula adalah pada sekitar jam 3 hingga 4 pagi.

Mikayla dilihat keluar dari rumah itu sambil mengesat air mata di wajahnya sebelum masuk ke dalam kereta. Apabila gadis itu membuka kereta, pihak polis dapat mendengar suara gelak kuat dari dalam rumah yang menunjukkan Ailin masih hidup ketika Mikayla keluar dari rumah. Rakaman dashcam juga menunjukkan Mikayla keluar dari kawasan perumahan elit itu setelah beberapa minit menuju ke lokasi kubur. 

Sampel kotoran di di tayar kereta dan seluar yang Mikayla pakai pada malam kejadian turut sama dengan sampel tanah yang diambil dari kawasan perkuburan tersebut. Malah pihak polis turut mendengar tangisan dan raungan Mikayla sehingga gadis itu tertidur di dalam kereta melalui suara yang terakam dari rakaman dahscam.

Tubuh Mikayla turut diperiksa dan dilihat ada beberapa luka kecil di tubuhnya juga. Sama seperti luka kecil yang ada ditubuh mangsa. Pihak polis syak hanya berlaku pergelutan kecil sahaja di antara keduanya. 

Cumanya, Inspektor Haris merasakan masih ada yang disembunyikan Mikayla. Mikayla hanya diam apabila ditanyakan tentang Daus Hakimi, pelajar lelaki tingkatan 5 yang disahkan membunuh diri 9 tahun lepas. Mikayla turut berdiam diri apabila ditanya tentang perkaitan antara dia, Siti Zalika dan Daus Hakimi.

Mikayla hanya akan membuka mulut jika ditanya soalan berkenaan kes bunuh Putri Ailin. Inspektor Haris yakin, ada sesuatu yang berkait antara kes bunuh ini dengan kes 9 tahun lepas. Dia perlu membuka balik fail siasatan kes 9 tahun lepas. Dia juga sudah mengerahkan anak buahnya untuk memeriksa siapa yang bertanggungjawab menyiasat kes itu dulu.

"Awak ada nampak apa apa yang mencurigakan di rumah Ailin pada malam kejadiaan?" tanya Inspektor Nuha dari bilik soal siasat.

Mikayla hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak pasti sangat. Malam itu fikirannya dikuasai emosi. Dia tidak sempat untuk meneliti keadaan sekeliling kerana dia pada malam itu terburu buru ke rumah Ailin memang hanya kerana dia ingin memaksa Zalika membuka mulut tentang kisah 9 tahun dulu. 

"Awak berdua berbual tentang kes 9 tahun lepas malam itu? Tentang Daus Hakimi? Betul ke?"

Mikayla mengangguk.

"Ya saya dan Zalika ada perjanjian. Sepatutnya kami bertemu di bilik hotel yang jadi bilik persalinan Ailin hari itu tapi Ailin menipu saya dan terus balik ke rumah tanpa jumpa saya." 

"Saya memang tak akan bunuh dia sebab saya sendiri pun mahu dia hidup lebih lama untuk dia ceritakan apa yang jadi 9 tahun lepas!" ujar Mikayla

"Jadi awak dah tahu ke tentang semua cerita 9 tahun lepas tu?" tanya Inspektor Nuha lagi.

"Tak, dia still nak tipu saya dan diri sendiri. Tapi dia bagitahu saya lokasi kubur Daus. Saya tak pernah tau di mana tempat Daus ditanam sebab mak ayah Daus tak benarkan saya jumpa Daus. Mak ayah Daus bencikan saya." sebak suaranya teringatkan kata kata kasar dari mulut kedua dua orang tua Daus dulu.

Matanya berkaca kaca lagi. Tangan Inspektor Nuha diraih pantas.

"Please jangan bagitahu media tentang isu 9 tahun lepas. Kesian mak ayah Daus kalau kisah lama diungkit balik." terketar ketar suara Mikayla menuturkan ayat itu. 

Ibu bapa Daus adalah penyebab besar kenapa dia tidak mahu bercerita kepada pihak polis tentang kes 9 tahun lepas. Cukuplah dia menyiasat sendiri tentang kes itu. Dia tidak mahu ada perkaitan antara kes sekarang dengan kes dulu. Ibubapa Daus sudah cukup terseksa menerima berita kematian menyedihkan anak lelaki tunggal mereka dulu. Dia tidak mahu membangkitkan isu menyayat hati itu. Biarlah dia seorang sahaja yang menanggung luka dan trauma di jiwa.

Inspektor Nuha mengeluh perlahan. Pandangan diberikan ke arah cermin gelap yang bersambung dengan bilik pemerhati di sebelah.

Inspektor Haris yang mendengar dan melihat keadaan itu turut mengeluh. Mikayla perlu dilepaskan. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan gadis itu terlibat dalam kes pembunuhan tersebut. Mereka perlu menyiasat lagi perkaitan lain. Suspek lain juga perlu dicari. 

Inspektor Haris berjalan keluar menuju ke bilik siasatan.

"Cik Mikayla, awak dilepaskan pada malam ini kerana tiada bukti yang kukuh menyabitkan awak sebagai suspek. Nama awak juga turut digugurkan daripada senarai suspek utama. Terima kasih kerana kesudiaan awak memberi kerjasama kepada pihak polis." tenang suara Inspektor Haris menyapa Mikayla.

Mikayla tersenyum tipis. Akhirnya dia dapat balik ke rumah.

Mikayla bangun dari kerusi lalu memandang kedua dua anggota polis di hadapannya.

"Saya harap pihak polis dapat cepat cepat tangkah siapa pembunuh yang sebenar." ujar Mikayla lembut.

"Saya harap jika ada apa apa yang Cik Mikayla mahu kongsikan kepada pihak polis tentang kes sekarang atau kes 9 tahun lepas, Cik Mikayla boleh hubungi saya." kad namanya ditarik lalu dihulurkan kepada Mikayla.

Mikayla menyambut huluran kad itu. Dia membaca sekilas sebelum disimpan di dalam poket seluarnya.

"Baik terima kasih."

Inspektor Nuha membukakan pintu bilik siasatan dan membawa Mikayla keluar dari situ.

Inspektor Haris mengekori dari belakang. Diperhatikan susuk tubuh Mikayla dari belakang. Gadis itu nampak lemah. Sepanjang dalam bilik siasatan Mikayla menolak untuk diberikan makanan. Gadis itu hanya minum air mineral sahaja.

Idham dan Darren yang sedang menunggu di ruangan menunggu menerpa ke arah Mikayla apabila mereka lihat Mikayla berjalan ke arah mereka.

"You are free now?" tanya Darren.

"Yes, for now." balas Mikayla perlahan.

"Id, jom balik. Hantar I ke rumah bonda." pinta Mikayla. Rumahnya masih dibersihkan oleh pihak polis jadi dia tidak dapat pulang ke rumah itu.

"Darren, you baliklah dulu, nanti apa apa you datang rumah bonda I." katanya juga kepada peguam itu.

Darren mengangguk sebelum masing masing melangkah keluar ke pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan suasana di luar balai polis itu sangat hening. 

Baru sahaja Mikayla melangkah keluar, dia melihat susuk tubuh yang dikenalinya sedang bercangkung di sebelah kereta.

Tengku Zarif bangun berlari mendapatkan Mikayla apabila dilihatnya gadis itu sudah keluar.

Dia dari tadi menunggu di situ setelah dia datang ke balai untuk diambil sampel DNA miliknya seperti yang diarah pihak polis.

"Mika, you okay?" tanya Zarif sambil tangannya membelek belek tubuh Mikayla risau dia tercedera.

"No, i'm okay. You buat apa dekat sini?" tanya Mikayla pelik. Hari sudah lewat.

"Abang tunggu Mika lah. Jom abang hantarkan Mika balik." ujar Zarif lembut.

Idham datang menghalang sentuhan Zarif. 

"Aku yang akan hantar MIka balik." katanya sedikit keras.

Mikayla sudah mengeluh perlahan.

"Zarif, you baliklah. I balik dengan Idham." ujar Mikayla pendek.

"No, Mika, abang yang akan hantar Mika balik. Zuhail dan Fafa minta abang bawa balik Mika dengan selamat." sengaja Zarif memancing nama adik adiknya itu dengan harapan Mikayla akan lembut hati.

Inspektor Haris memerhatikan drama tarik menarik itu dari belakang. Dia menjongket kening.

Mikayla mengeluh lagi. 

"Fafa okay ke? I tak sempat nak contact dia lagi." tanyanya.

"Fafa risaukan Mika. Mama dan babah pun. So please, let me take you home." pinta Zarif lembut.

Idham yang mendengar sudah mula mengetap gigi. 

Mikayla mengangguk lalu memandang Idham.

"Id, kau balik lah dulu. Aku balik dengan Zarif. Sorry buat kau tertunggu lama Id, nanti aku call kau." kata Mikayla sebelum dia berpaling ke arah anggota polis di belakangnya.

Dia tersenyum hormat kepada kedua dua polis itu sebelum mengikut langkah Zarif ke kereta.

Inspektor Haris hanya memandang langkah Mikayla dengan pandangan kosong. Dia kekal berdiri di pintu sehingga kereta Audi R8 itu meluncur keluar dari pagar.

..........................................

"Mika nak balik rumah bonda?" tanya Zarif memecah kesunyian dalam kereta itu. 

Sedari tadi Mikayla hanya berdiam diri. Langsung tidak bercakap. Mikayla ralit termenung sambil melihat ke tingkap.

"Hmm..." hanya itu balasan yang keluar dari mulut Mikayla.

"Mika kalau nak datang rumah mama pun boleh. Mama ada pesan dekat abang tadi." 

"Tak apalah, Mika balik rumah bonda."

"Okay, tapi kalau nanti Mika nak jumpa dan nak berbual dengan Fafa, Mika bagitahu abang. Abang akan datang pick up Mika dekat rumah bonda." kata Zarif sambil mata melirik ke arah Mikayla yang hanya diam.

Sampai sahaja di perkarangan banglo milik Dato' Marina, Mikayla terus keluar dari pintu kereta. Ucapan terima kasih ringkas dia tuturkan sebelum menutup perlahan pintu kereta Zarif.

Zarif hanya memandang sepi tubuh Mikayla yang melangkah perlahan untuk masuk ke rumah. Mereka dekat tapi jauh.

...................................................

TBC


Continuă lectura

O să-ți placă și

8.2K 616 61
𝐌𝐫.𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 1 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬: Raf's sweetheart Colour personality:🟡 𝑨𝒎𝒓𝒊𝒍 𝑹𝒂𝒇𝒒𝒊 𝑯𝒂𝒓𝒊𝒔 | 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒊𝒏𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒊𝒂�...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
21.4K 1.2K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...
87.5K 3K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...