The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 17

2.5K 81 0
By lemonellow

Zarif dan Zuhail menunggu di depan ruangan rawatan. Mikayla masih lagi di dalam prosedur rawatan setelah tiba di ruang kecemasan sebentar tadi. 

"Zarif, Zuhail, Kayla mana?" cemas suara bonda bertanya.

Zarif dan Zuhail kedua duanya mengangkat muka masing masing apabila terdengar suara cemas wanita itu. Di belakang Dato' Marina ada Idham dan peguam, Lee Darren yang turut sahaja tiba di situ setelah diberitahu oleh Tengku Zuhail melalui panggilan telefon.

"Aunty, Mika dekat dalam lagi." kata Zuhail sambil bangun untuk memberikan tempat duduknya kepada Dato' Marina.

"Kayla teruk ke?" tanya Dato' Marina sambil melirik matanya pada Tengku Zarif yang duduk membatu di sebelahnya itu.

"Mika kena sawan sekejap waktu dalam bilik siasatan. Tapi sekejap sahaja." Jawab Zuhail apabila dilihatnya Zarif hanya diam tanpa ada rasa mahu menjawab.

"Kayla betul betul tak ada kaitan dengan kematian pelakon tu kan?" soal Dato' Marina sambil mata memandang tepat ke arah Tengku Zuhail yang sedang berdiri di hadapannya.

Zarif memandang wanita di sebelahnya itu dengan pandangan tidak percaya. Mercerlung matanya memandang Dato' Marina saat itu.

"Belum tahu lagi aunty, semua masih tak tahu kenapa Mika pergi rumah Ailin semalam." perlahan sahaja jawapan Zuhail.

Baru sahaja Zarif ingin bersuara dia lihat pintu ruangan rawatan terbuka. Semua yang ada disitu bergerak mendapatkan doktor yang merawat Mikayla.

"Macam mana doktor?" tanya Zarif.

"Cik Mikayla mengalami minor seizure akibat keadaan terlampau stress. Tekanan dari masa lampau juga turut memberi impak kepada serangan sawan yang dialaminya tadi. Tapi jangan risau, buat masa sekarang keadaan pesakit sudah stabil kerana telah diberi rawatan kecemasan awal tadi. Kami akan hantar pesakit ke wad dan akan dipantau lagi. Kita juga akan melakukan ujian EEG dan imbasan otak untuk memerhatikan keadaan pesakit dengan lebih detail."

Semua yang datang mengangguk faham atas penjelasan doktor tersebut. 

.................................

IPD Cheras

"Tuan, ini laporan penuh hasil bedah siasat mayat mangsa."

Inspektor Haris mengambil fail dari tangan anak buahnya.

"Memang betullkah luka tikaman di leher tu yang menyebabkan kematian."

"Semua tikaman pada mangsa ada 7 tuan. 6 di abdomen mangsa dan satu di leher."

Inspektor mengangguk perlahan sambil mata meniliti gambar gambar yang turut dikepilkan bersama.

"Luka di bahagian leher dan bahu mangsa telah diperiksa dan DNA yang dijumpa pada luka itu sepadan dengan sampel yang kita kutip dari Mikayla." 

"Jadi betullah ada berlaku pergelutan antara mereka malam itu."

"Ya tuan, dan luka itu memang luka yang berlaku ketika mangsa masih hidup."

Mata inspektor Haris tertancap pada muka surat itu.

"Mangsa mengandung 4 minggu?" tanyanya dengan nada terkejut.

"Ya, pihak forensik telah menemui janin itu dan apabila diperiksa janin itu baru 4 minggu." terang anak buahnya.

"Mangsa mengandungkan anak siapa? Mangsa belum berkhahwin kan?" getus Inspektor Haris.

"Berkemungkinan anak kepada tunang mangsa, Tengku Zarif bin Tengku Zaid yang turut merupakan antara suspek kita, tapi dibuang dari senarai suspek selepas pihak kita check alibi keberadaan dia pada malam kejadian."

"Kita kena mula teliti dengan setiap bukti bukti yang muncul. Semak secara terperinci perkaitan di antara semua suspek yang ada hubungan dengan mangsa. Jika ada bukti kukuh untuk dilepaskan barulah boleh dibuang dari senarai suspek." 

"Saya nak ke hospital sekarang untuk melihat keadaan suspek utama kita. Kamu cari Tengku Zarif dan minta kerjasama dia untuk beri kita sampel DNA dia. Kita perlu check sama ada DNA Tengku Zarif sepadan atau tidak dengan janin." pesan Inspektor Haris kepada anak buahnya.

"Inspektor Nuha, periksa keberadaan Mikayla pada malam kejadian. Cuba cari mana mana saksi atau apa apa bukti yang menunjukkan sama ada Mikayla betul betul keluar dari rumah mangsa sebelum mangsa dibunuh." 

"Sarjan Ibni, Koperal Siva, sila mohon waran geledah. Kita perlu menggeledah kereta dan rumah suspek utama. Hubungi saya bila dah dapat waran."

Selesai memberikan arahan, Inspektor memberi isyarat kepada seorang lagi anggotanya untuk mengikut dia ke hospital. Dia sudah mendapat maklumat yang Mikayla sudah selesai dirawat dan telah dipindahkan ke wad vip.

.........................................

Hospital

Zarif sedari tadi duduk di sisi Mikayla. Bonda Mikayla sudah pulang berehat di rumah. Darren dan Idham sibuk menguruskan hal hal berkaitan kes dengan pihak polis dan media.

Zuhail pula duduk di sofa. Dia sedang membaca posting dan tweet tweet di twitter mengenai kes itu. Kosentrasinya terganggu apabila dia terdengar Zarif menyebut nama Mika.

"Mika?" panggil Zarif apabila dilihat jari jemari Mikayla bergerak gerak.

Zuhail bangun dari sofa dan melangkah ke arah Mikayla.

Mikayla mencelikkan matanya perlahan lahan. Terasa silau dengan cahaya terang dari ruangan itu.

"Abang Zaf" seru Mikayla dengan suara seraknya.

Zarif memandang wajah pucat Mikayla. Sudah lama dia tidak mendengar Mika memanggilnya dengan panggilan itu.

"Iye ni abang Zaf ada dekat sini. Zuhail pun ada. Tadi bonda Mika ada jugak tapi Zuhail dan suruh bonda Mika balik rehat dekat rumah." kata Zarif.

"Abang Zaf, Mika tak bunuh Zalika. Percayalah abang. Mika tak bunuh dia." rayu Mikayla tiba tiba.

Zarif tersentak.

"Ya abang tau Mika, abang tau. Abang tau Mika tak bunuh dia tapi sejak bila Mika tau Ailin tu Zalika?" tanya Zarif dengan berhati hati. 

Dia sendiri pun tahu mengenai identiti sebenar Ailin daripada pegawai polis yang datang ke pejabatnya pagi tadi. Terkejut dia apabila mengetahui Zalika satu sekolah dengan dia dulu. 

Mika mula menangis.

"Mika tak bunuh Daus dan Mika juga tak bunuh Zalika." 

Zarif memandang tunak mata Mikayal yang digenangi air.

"Mika pergi cari kubur Daus semalam. Family Daus tak benarkan Mika pergi jumpa Daus jadi Mika tak tahu kubur Daus dekat mana sebelum ni." 

Zarif hanya diam mendengar cerita Mikayla. Dia sedikit cemburu mendengar nama Daus disebut sebut Mikayla.

"Jadi semalam Mika pergi ke kubur Daus lepas Mika balik dari rumah Ailin?" tanya Zarif.

"Kenapa Mika pergi rumah Ailin?" tanya dia lagi. Bahunya tiba tiba dipegang Zuhail dari belakang. Zuhail menggeleng gelengkan kepala tanda dia tidak setuju dengan pertanyaan Zarif itu.

"Abang, abang mesti fikir Mika pergi rumah dia sebab Mika nak bunuh dia kan? Tak, Mika tak bunuh dia. Mika tak bunuh dia!" Bentak Mika.

"Mika, MIka. Please inhale... exhale... Mika, aku percayakan kau so kau tak payah fikir apa apa. Sekarang ni kau kena rest Mika. Jangan fikirkan apa apa dah. Yang pasal Ailin tu kau lupakan dulu kejap." kata Zuhail sambil menolak bahu Mikayla untuk direbahka  ke katil hospital itu. 

................................

Selepas berjaya menenangkan Mikayla, gadis itu kembali tidur nyenyak di katil.

Suasana di wad itu sunyi sepi. Zarif duduk di sebelah Zuhail di sofa.

Bunyi nada dering telefon menghalau sunyi di ruangan itu. Zuhail cepat cepat mengangkat panggilam itu setelah melihat nama adiknya tertera di skrin.

"Hello abang! Abang, abang dekat mana? Betul ke apa yang Fafa baca dekat internet sekarang ni?" tanpa salam Zulfa terus bertanya. 

Zuhail mengerling jam di tangan yang menjukkan pukul 2.30 petang. Memang sudah waktunya adiknya itu pulang dari sekolah. Mesti Zulfa terkejut membaca berita berita yang ada di internet itu.

"Fafa, fafa balik dulu ke rumah. Nanti abang balik abang cerita dekat Fafa. Abang dengan abang Zaf ada dekat hospital sekarang dengan Mika. Tapi jangan risau Mika dah okay. Bagitahu mama juga yer pasal apa yang abang cakap tadi. Nanti mama risau." ujar Zuhail.

"Okay abang, abang please jaga Mika elok elok tau. Fafa tunggu dekat rumah ni." ujar Zulfa dalam kerisauan. 

"Okay dik. Jangn risau sangat, we will handle this." 

.....................................

"Saya Inspektor Haris dan ini anak buah saya. Kami ada team yang ditugaskan untuk kes ini." ujar Inspektor Haris memperkenalkan diri. 

Dia cam lelaki ini. Ini adalah lelaki yang menaiki ambulans menemani Mikayla ke hospital sebentar tadi.

"Tengku Zarif." pendek sahaja perkenalan Zarif. Tangan menyambut huluran salam Inspektor Haris.

Inspektor Haris berkerut kening.

"Tengku Zarif?" dia bertanya untuk meminta kepastian. Dikerling anak buahnya yang berada di sebelah.

Zarif hanya mengangguk mengiyakan.

"Jadi awak adalah tunang mangsa?" tanya Inspektor Haris dengan pandangan yang pelik.

Kenapa pula tunang mangsa boleh berada di wad ini untuk menemani suspek utama kes. Apakah hubungan mereka. Dilihat seorang lagi jejaka tinggi lampai menghampiri mereka.

"Tengku Zuhail, adik Tengku Zarif. Kami berdua kawan rapat Mikayla dari kecil." sapa Zuhail lalu berjabat tangan dengan kedua dua anggota polis itu.

Inspektor Haris mengangguk faham.

"Mikayla tiada ahli keluarga lain?" tanya dia lagi. Setahunya dari maklumat yang dia dapat, Mikayla mempunyai seorang ibu. 

"Ada, bonda Mikayla balik dulu untuk berehat. Kami yang diamanahkan untuk jaga Mikayla dekat sini untuk waktu sekarang." terang Zuhail.

Inspektor Haris memerhatikan kedua beradik itu silih berganti. Seorang dingin manakala seorang lagi agak ramah dan lebih mesra. 

"Macam mana keadaan Mikayla sekarang? Tadi dia kena serangan sawan di bilik siasatan. Mikayla ada sejarah sawan ke?" tanyanya kepada Tengku Zuhail. Tengku Zarif sudah kembali duduk di sofa tanpa menghiraukan dia.

"Tak ada. Mika first time kena serangan sawan tadi. Sebelum ni belum pernah. Cuma Mika memang ada depression." jawab Zuhail.

"Boleh saya tanya kenapa pihak polis datang ke sini?" tanya Zuhail pula.

"Kami masih perlu menahan Mikayla untuk siasatan. Laporan bedah siasat telah keluar dan ada DNA Mikayla pada tubuh mangsa jadi kami tak boleh keluarkan Mikayla dari list suspek. Malah Mikayla sekarang diletakkan sebagai suspek utama kes." ujar Inspektor Haris sebelum dia bergerak ke arah sofa di mana Tengku Zarif sedang duduk.

"Tengku Zarif, saya ingin minta kerjasama Tengku untuk memberikan sampel untuk ujian DNA. Kami dapat tahu mangsa mengandung 4 minggu dan kami syak Tengku sebagai ayah kepada janin itu memandangkan Tengku adalah tunang kepada mangsa.

Tengku Zarif jongket kening. Tengku Zuhail pula sudah ternganga. Laju dia melangkah ke arah abangnya.

"Bro?" dia bertanya.

Tengku Zarif bangun dari duduknya.

"Ailin mengandung?" tanya Zarif untuk meminta kepastian.

"Ya, laporan dari forensik mereka jumpa janin pada rahim mangsa."

Zarif mengeluh.

"Saya bukan bapa janin tu." keras suara Zarif.

"Tengku yakin? Tengku memang tidak pernah melakukan hubungan seks dengan mangsa sebelum ini?" tanya Inspektor Haris.

"Yes, I'm 100% sure. Lagipun biarlah saya bagitahu dekat sini, berita yang mengatakan Ailin itu tunang saya sebenarnya berita palsu. Saya memang nak membetulkan berita itu tapi tidak berkesempatan kerana tiba tiba kejadian ni jadi." ujar Zarif.

"Okay saya faham tapi still, kami minta kerjasama Tengku untuk ujian DNA nanti. Kita perlu bukti untuk keyakinan Tengku tadi."

"Okay sure." 

"Tapi you guys memang nak tunggu dekat sini ke? You guys still tak boleh tangkap Mikayla sesuka hati tanpa bukti kukuh kan? Walaupun Mikayla suspek utama tapi Mikayla hanya boleh ditahan di bilik siasatan untuk 48 jam sahaja. Kalau tiada bukti, Mikayla perlu dibebaskan. Lagipun pihak polis masih belum jumpa senjata pembunuhan." sinis suara Tengku Zarif. Dia memang mahu menghalau kedua dua anggota polis ini keluar dari wad Mikayla.

Inspektor Haris hanya tersenyum nipis mendengar kata kata sinis dari Tengku Zarif.

"Kami dah dapat waran geledah dan sekarang ini team saya sedang ke kondominium Mikayla untuk meggeledah rumah dan kereta milik suspek utama kes. Tentang bukti yang diminta Tengku, kita boleh bercakap setelah team saya selesai menggeledah." ujar Inspektor Haris.

"Kalau keberadaan kami di sini menggangu ketenangan tengku kami boleh beransur pergi dahulu. Tapi setelah Mikayla sedar dan doktor yang merawat mengesahkan yang dia sudah pulih kami akan datang lagi untuk membawa Mikayla ke balai untuk disoal siasat. Itu adalah prosedur biasa. Lebih baik memberi kerjasama kepada pihak polis daripada kami terpaksa mengeluarkan waran tangkap." sambungnya.

"Tuan, team kita dah tiba di kondo. Saya cadangkan kita ke sana dulu sementara menunggu suspek sedarkan diri." ujar anak buahnya itu.

Inspektor Haris berpusing sebelum berkata kepada Tengku Zarif.

"Jumpa lagi nanti. Tentang pengambilan sampel DNA, anak buah saya akan datang melawat Tengku nanti." lalu dia tersenyum dan terus melangkah keluar dari wad.

Zarif hanya memandang kosong langkah pegawai tersebut. Dia langsung tidak takut.

...............................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

172K 9K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
2.2K 150 21
Hidup Aisyah hanya ada Iskandar. Dan hidup Iskandar hanya ada Aisyah. Perkahwinan mereka yang pada awalnya atas dasar paksaan akhirnya menerima denga...
6.8K 392 24
๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘œ๐‘›๐‘’ ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘’๐‘  Elena Zahra - gadis kacukan italian-malaysia yang bekerja sebagai seorang doktor Aariz Louis Kim - lelaki penuh d...
86.1K 2.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...