RUMAHKU SYURGAKU : SIRI 1

Von TICERSHAM

153K 968 10

SIRI 1, rasanya tak payah sinopsis, semua dah tau kan. Cerita ini aku start tulis tahun 2005, dan 1st publish... Mehr

BAB 1 : KENANGAN MENGUSIK JIWA
BAB 2 : KANTOI
BAB 3 : KANTOI DIKANTOIKAN
BAB 4 : REZEKI PERTAMA
BAB 5 : PENGAKUAN
BAB 6 : MODUS OPERANDI
BAB 7 : MISI BERJAYA
BAB 8 : KEINGINAN
BAB 9 : NAFSU MEMBUAK
BAB 10 : MERELAKAN
BAB 11 : PENYEWA BAHARU
BAB 12 : CHATTING
BAB 13 : BIKIN WAYANG
BAB 14 : GURU PELATIH
BAB 15 : SANGAP
BAB 16 : CADANGAN DITERIMA
BAB 17 : PERKONGSIAN NIKMAT
BAB 18 : RINDU BELAIAN
BAB : 19 PONTENG KELAS
BAB 20 : KURSUS
BAB 21 : HARI KELUARGA
BAB 22 : HARI KELUARGA HARI KEDUA
BAB 24 : BUDI TERBALAS BODY
BAB 25 : STRESS
BAB 26 : PERPISAHAN
BAB 27 : PASRAH
BAB 28 : KEMBALI BERSUA
BAB 29 : PERKAHWINAN
BAB 30 : TITISAN TERAKHIR
BAB 31 : SUNYI

BAB 23 : PROJEK MULTIMEDIA

3.5K 23 0
Von TICERSHAM



Guru Besarku memberikan satu tugasan kepadaku sempena Majlis Anugerah Cemerlang yang akan diadakan bulan depan, aku dihendaki membina satu persembahan multimedia tentang profil sekolah. Aku bersama Zura, bertanggungjawab dalam jawatankuasa multimedia, yang mana kami dikehendaki membina persembahan multimedia untuk ditayangkan sempena majlis itu nanti. Apa yang menjadi masalah ialah, aku dan Zura tidak mempunyai kemahiran yang tinggi untuk membinanya, setakat menggunakan perisian powerpoint untuk membina bahan pengajaran tu boleh la, bukan membina persembahan multimedia.


"Zura, ko pandai tak buat mender ni?" soalku pada Zura setelah masing-masing buntu.


"Aku mana reti sangat, ko dengar le tadi, macam-macam nak kena masuk dalam powerpoint tu" jelas Zura yang turut bingung. "Setakat gambar dengan tulisan tu boleh le kita buat, ni nak dengan muzik, video, ada gerak-gerak pulak, mati le aku"


"Aku pun tak tau nak buat, ada ke patut kita yang kena buat" kesalku dengan tugasan itu.


"Entahlah Wani, tapi kita kena buat juga ni" lemah je Zura membalas.


Aku dengan Zura terpaksa menerima tugasan ini kerana kami berdua rajin menggunakan laptop masa mengajar. Jadi, Guru Besar pun ingat kami ni terer komputer. Zura guru Sains, jadi dia selalu menggunakan CD yang dibekalkan itu semasa mengajar.


"Ko kenal ke sapa-sapa leh buat, kita leh upah dia?" soalku kepada Zura setelah masing-masing membisu.


"Mana le aku tau sapa-sapa" jawab Zura.


"Ex husband ko boleh tolong tak?" soalku memberikan cadangan.


"Minta maaf !" tinggi suara Zura. "Kalau pun dia reti, aku tak nak tengok muka dia dah" marah benar Zura bila aku sebut nama bekas suaminya itu.


Zura seorang janda, dia ditinggalkan suaminya setelah hampir dua tahun berkahwin. Zura memberitahu yang perkahwinannya tidak pernah bahagia kerana perangai suaminya yang suka berjudi dan kerap bertukar kerja. Sebelum berkahwin, Zura mengenali bekas suaminya itu seorang yang baik, tetapi semuanya berpura-pura dan tembelang itu pecah setelah mereka berkahwin. Dah le malas kerja, suka pulak mengarah dan panas baran, Zura selalu dipukul dan dimarahi. Nasib baiklah mereka tidak dikurniakan anak, kalau tak, hidup Zura makin dihimpit tekanan. Akibat tidak tahan dengan perangai suaminya, Zura mengambil keputusan untuk minta fasakh. Mengikut cerita Zura, dia minta cerai berkali-kali namun suaminya tidak mahu melepaskannya. Suatu hati, sewaktu Zura pulang sekolah, Zura dapati suaminya ada di rumah, dah apa yang membuatkan Zura terkejut, suaminya sedang berasmara dengan seorang wanita yang agak berumur. Zura melenting dan rupanya suaminya melayani wanita tersebut sebagai membayar hutang. Maka, selepas report polis, dan mahkamah syariah, Zura diceraikan dengan talak satu. Kini Zura hidup selesa bersama ibu bapanya tanpa gangguan.


"Aku aman skang ni Wani" akuinya selepas diceraikan. "Aku tak lagi tensyen"


"Baguslah Wani, aku harap ko dapat bertenang dan melupakan semua yang pahit tu" balasku.


"Dah nasib aku, jadi janda masa usia macam ni" keluhnya. "Aku tak tau le nasib aku macam mana nanti"


"Ko muda lagi Zura, baru 25" kataku memberikan dia semangat. "Nanti ko akan jumpa lelaki lain yang lebih baik untuk ko" sambungku lagi.


"Kadang-kadang aku jeles dengan orang lain, hepi jer hidup suami isteri" keluhnya lagi. "Macam ko, mesti seronok kan?"


"Seronok apanya, aku kat sini, dia kat sana, jumpa pun sebulan sekali" aku pula yang mengeluh.


"Sekurang-kurangnya ko ada gak suami, ada tempat bermanja, tempat melepaskan mender tu" kata Zura lagi.


"Memang le ada tempat, tapi hidup berjauhan ni lagi tersiksa" balasku. Aku tak kisah sebenarnya berjauhan kerana aku ada Abang Sham.


"Skang dan hampir 4 bulan aku berpisah, kadang-kadang aku rindukan saat-saat tu. Ko paham maksud aku kan?"


"Aku paham Zura, sabarlah yer"


*******


Selepas menerima tugasan itu, aku dengan Zura sibuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan, data-data dan fakta-fakta, gambar dan juga pencapaian. Semuanya kami kumpulkan di dalam laptop Zura. Hampir dua minggu juga kami bergelut untuk mendapatkan maklumat dan cuba membina persembahan multimedia itu. Setiap kali kami buat, kami akan tunjukkan dahulu pada Guru Besar, tetapi ditolak sebab kurang kreatif, kurang menarik. Beliau meminta kami buat semula.


"Macam mana ni Wani, masa ada lagi seminggu" gusar Zura apabila kali keempat hasil yang kami buat ditolak.


"Aku pun pening ni, dah le tetamu yang datang tu pun orang besar" kesalku.


"Nak minta tolong sapa ni?"


Kami terdiam, termenung. Semua bahan dah ada, Cuma nak membina menjadi satu persembahan yang menarik je yang kami tak tau. Kalau lah dulu aku belajar betul-betul bab-bab komputer ni, tentu masalah ini tak timbul. Nak harapkan cikgu-cikgu lain kat sini, semuanya dua kali lima dengan aku juga. Pihak sekolah pun satu, keluarkan la belanja upah orang buat cantik-cantik, ni tak, disuruhnya kami yang tak berapa reti ni. Pastu tolak pulak bila dah penat-penat buat. Kadang-kadang nak marah gak kat pentadbir ni, tapi apakan daya, siapalah aku.


"Ahaaa...aku tau" aku melonjak kegirangan.


"Tau apa Wani?" tanya Zura terkejut.


"Tuan rumah aku pandai bab-bab komputer ni, mungkin dia leh tolong" baru aku teringatkan Abang Sham. Dia memang pernah buat untuk sekolahnya dahulu.


"OK la, tu, nak ke dia tolong?" tanya Zura ragu-ragu.


"Nanti aku try slow talk dengan dia, mesti boleh punya, ko jangan susah hati" aku meyakinkan Zura. Barulah wajah Zura berseri sikit, dah lama berkerut jer dengan masalah ni.


Zura memang tau aku sewa bilik di rumah Abang Sham, dia tak pernah datang ke bilik aku, tapi dia tahu rumah itu di mana. Zura tinggal bersama ibu bapanya di taman perumahan yang agak jauh dari tempatku. Setelah bercerai, dia kembali kepada ibu bapanya. Mereka bertiga sahaja di rumah kerana abang dan kakak Zura telah berhijrah ke tempat lain. Zura anak bongsu, jadi perwatakannya agak manja sedikit.


*********


"Abang, boleh le bang, Wani terdesak sangat ni" pujukku semasa kami berehat setelah penat beradu.


"Hmm...ok sayang, untuk sayang, abang tolong. Jangan susah hati yer" jawapan Abang Sham betul-betul melegakan aku.


Sebagai tanda terima kasih, aku terus melayaninya.


**********


"Petang ni Abang Sham datang sini" kataku pada Zura yang sedang asyik menandakan buku muridnya.


"OK, bahan-bahan pun ada dah" jawabnya.


Pada mulanya aku mengajak Zura ke rumah Abang Sham untuk berbincang berkenaan penghasilan multimedia ini, tetapi Zura segan kerana dia belum mengenali Abang Sham lagi. Jadi, setelah berbincang dengan Zura dan Abang Sham, maka Abang Sham setuju untuk ke sekolah aku selepas pukul 4 nanti. Jarak sekolah Abang Sham dengan sekolahku tidak le jauh sangat, tapi Abang Sham terpaksa datang agak lewat kerana dia ada miting pada hari tu.


"Abang Sham, kenalkan ni Zuraiha" aku perkenalkan Zura kepadanya.


"Hai, saya Sham" tegur Abang Sham menghulurkan tangan.


"Panggil Zura jer" jawab Zura menyambut salam Abang Sham.


"OK Abang Sham, jom kita ke bilik guru" ajakku sambil berjalan dahulu bersama Zura.


"OK jom" jawab Abang Sham mengekori kami.


Di bilik guru terdapat meja di hujung sana untuk tetamu datang berbincang ataupun perjumpaan ringkas oleh panitia. Kami duduk di situ sambil Abang Sham mengeluarkan buku catatannya. Aku pun menerangkan apa yang perlu dilakukan, kehendak Guru Besar dan objektif multimedia ini. Abang Sham mendengar dan sesekali bertanya untuk mendapatkan kepastian. Zura turut memberikan pandangan dalam perbincangan itu, dan dia menyatakan segala keperluan bahan dan maklumat telah disediakan dalam laptopnya. Bila disebut yang Guru Besar menolak hasil yang kami bina, Abang Sham minta untuk melihatnya. Zura membuka laptop dan menunjukkan kepada Abang Sham setiap projek yang kami bina itu. Ternyata tidak cukup rencah, kata Abang Sham .


Kemudian Abang Sham membuat satu draf storyboard tentang apa yang hendak dibina berdasarkan bahan-bahan yang ada. Abang Sham membelek dan melihat bahan dan maklumat yang ada dalam laptop Zura itu. Sementara Abang Sham sibuk, aku ke meja membuatkan minuman meninggalkan Zura dan Abang Sham yang rancak berbincang. Sebentar kemudian aku datang dengan membawa satu mug kopi.


"Amacam bang, boleh ke tolong kitorang ni?" tanyaku


"Boleh, mudah je ni, bahan dan ada" jawab Abang Sham. Zura gembira. Aku turut gembira.


"Tapi makan masa sikit la, kena buat betul-betul, kena tolong saya juga le" pinta Abang Sham.


"OK, tak jadi masalah" balas Zura.


Dalam masa sejam lebih perbincangan ini, Abang Sham telah menghasilkan satu draf yang agak menarik, dan cantik. Mengikut perancangannya, hasil ini akan menjadi sesuatu yang menarik. Abang Sham minta untuk pulang dahulu bagi memperkemaskan draf itu, dan dia meminta no telefon Zura jika memerlukan maklumat lain yang dirasakan perlu. Abang Sham juga mengharapkan agar kami berdua tolong jika dia memerlukan bantuan. Kami setuju. Kami menghantar Abang Sham ke keretanya dan kembali semula ke bilik guru.


"Ramah juga Cikgu Sham tu yer" kata Zura semasa kami mengemas beg untuk pulang.


"Kan aku dah kata, ko tak caya" sindirku.


"Yer la, mana aku tau dia cepat friendly macam tu"


"Dia friendly tapi tegas gak. Kalau betul caranya, dia leh jadi baik, kalau tak betul, pengetua dia pun takut kat dia kalau dia ngamuk" jelasku lagi. "Pandai-pandai le amik hati dia" saranku pada Zura.


"Hmmm..." Zura mengangguk. Kami berjalan pulang. Zura ke keretanya.


*******


Walaupun aku serumah dengan Abang Sham, aku tak menanyakan tentang tugasan itu kepadanya. Bagiku, di rumah masa untuk dia berehat, dan aku berehat. Aku hanya minta Zura rajin bertanyakan pada Abang Sham kerana Zuralah ketua bagi tugasan ini. Abang Sham ada memberitahuku yang Zura ada menelefon dan mengSMS bertanyakan tentang apa yang perlu dibantu, Abang Sham berkata yang tiada apa-apa setakat ini.


Dua hari selepas itu, aku diminta oleh Abang Sham supaya membawa Zura ke rumah bersama laptopnya kerana ingin mula membina projek itu. Pagi sabtu itu, Zura datang bersama kereta Kancilnya ke rumah Abang Sham. Dia mengenakan seluar jeans dan baju T berlengan panjang yang agak ketat menampakkan bentuk tubuhnya. Sewaktu Zura masuk, aku lihat Abang Sham tekun memerhatikan tubuh Zura. Aku tau Abang Sham terliur melihat bentuk badan janda berusia 25 tahun itu. Abang Sham telah mengetahui yang Zura ni janda setelah aku menceritakan latar belakang Zura kepadanya tempoh hari.


Dengan menggunakan laptop Zura, Abang Sham mula mereka bentuk projek multimedia kami. Kami melihat je dia buat kerja, pantas dan kemas. Dalam masa yang singkat Abang Sham berjaya membina satu slide utama yang begitu kreatif, namun katanya ia tidak siap lagi kerana belum masukkan muzik. Muzik akan dimasukkan last sekali apabila semua maklumat dah ada.


"Kak Nor mana bang" tanyaku setelah memerhatikan suasana sunyi.


"Ada tidur dalam bilik tu, dia keje malam, pagi tadi baru sampai" jelas Abang Sham tanpa menoleh.


"Siti dengan Asmah?"


"Diorang gi kampus"


"Ramai ke dok sini Cikgu?" soal Zura pula.


"Ramai gak, satu bilik saya sewakan kat budak kolej sana tu, satu lagi Wani duduk" jawab Abang Sham membetulkan pinggangnya setelah sekian lama tunduk mengadap laptop.


Hampir dua jam kami duduk di situ menolong tengok Abang Sham buat kerja. Aku membuat tiga mug air untuk kami. Setelah 4 slide siap, Abang Sham berhenti dan minta disambung lain kali pulak. Dah penat katanya. Selepas itu, aku keluar bersama Zura.


"Ko tak segan ke sewa situ" soal Zura sewaktu dalam kereta.


"Nak segan apa pulak?" tanyaku


"Ye la, kan ke dia tu ada anak isteri"


"Alar, tak kisah, lagi pun wife dia sporting"


"Ko memang tak pakai tudung masa kat rumah?" tanya Zura lagi.


"Tak" jawabku pendek. Zura hairan kerana bila sampai tadi dia tengok aku tak pakai tudung, hanya berseluar dan T shirt jer.


*******


"Bang, Zura tak leh datang le petang ni" aku memberitahu Abang Sham apabila Abang Sham meminta Zura datang untuk menyiapkan projek itu. "Kereta dia tak leh start"


"Kalau gitu, kita gi umah dia" jawab Abang Sham.


Aku setuju jer kerana hari ni hari Ahad, lagi pun suamiku tak datang minggu ni. Semalam kami dah siapkan 12 slide, mungkin hari ni boleh habiskan. Masa semakin suntuk sebelum Hari Anugerah diadakan. Setelah minta izin dari isterinya, kami pun pergi ke rumah Zura dengan kereta Abang Sham. Semasa dalam perjalanan, tangan gatalku mengusap-usap batang Abang Sham. Abang Sham juga nakal apabila meraba celahan kangkangku yang dibaluti seluar jeans itu.


"Assalamualaikum" aku memberikan salam.


"Waalaikumussalam" suara lelaki menjawab soalan. Keluar seorang lelaki tua, ayah Zura barangkali.


"Zura ada pakcik?" tanyaku. "Kami cikgu sekolah dia, kawan dia" jelasku.


"Oooo....ada, masuk la" pelawa ayah Zura. Abang Sham bersalaman dengannya.


Kami masuk dan duduk di sofa. Sebentar kemudian Zura keluar, bertudung dan memakai kain batik bersama baju kurung.


"Ni ayah saya" kenalkannya pada kami.


Kami mengangguk. Ayah Zura meninggalkan kami. Kami berbual kosong sebelum memulakan kerja. Abang Sham memuji hiasan rumah Zura dan memuji Zura pandai menghias. Sebentar kemudian, ibu Zura datang dengan membawa hidangan air dan biskut.


Abang Sham mula menjalankan kerjanya sementara kami tengok je la, nak tolong apa pun tak tau. Setelah beberapa lama, siaplah projek multimedia itu tanpa muzik dan video. Abang Sham tersandar. Penat menunduk. Kami menonton dan Zura akui yang projek ini memang menarik. Esok dia akan tunjukkan pada Guru Besar kerana Majlis Anugerah akan berlangsung Sabtu ini, 6 hari je lagi. Sebelum pulang, Abang Sham memesan kepada Zura agar mendapatkan muzik-muzik yang bersesuaian untuk dijadikan latar dan efek persembahan. Sebelum pulang, Abang Sham sempat berbual dengan ayah Zura sementara aku dan Zura ke dapur membasuh cawan. Aku nak balik, tapi memandangkan Abang Sham rancak berbual pasal badminton dengan ayah Zura, aku batalkan niatku. Zura mengajakku ke biliknya.


Aku diperlihatkan gambar-gambar lama Zura, gambar bekas suaminya, gambar masa zaman di maktab dan sebagainya. Bilik Zura agak besar, sebesar saiz bilik utama, dengan katil king size di tengah, dua buah almari di sudut sisi, meja solek dan meja komputer yang bersebelah dengan meja tulisnya. Semuanya kemas dan rapi. Zura memasang air-cond dalam biliknya kerana cuaca panas tak menentu. Kalau sejuk, dia tak guna air-cond tu.


...... sambung

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

506K 11.1K 51
Two girls are exchanged at birth and are given to the wrong mothers and after 13 years the truth comes out Rosabella Rossi is different from her sist...
402K 13.5K 53
Anhay Sharma:- Cold business tycoon who is only sweet for his family. He is handsome as hell but loves to stay away from love life. His female employ...
187K 8.8K 31
Hooked onto drugs, no family, no guidance or sanity until she met HIM. Cover Creds: @Triceynexttdoor ❤️ -BLICKY.
279K 17.8K 48
The feeling of being abandoned by one's own family was not unknown to Aadhira. She hates her family for abandoning her when she was only a newborn, l...