The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 14

2.4K 81 0
By lemonellow

Arena Star Hotel (Venue Anugerah Bintang Popular 2023)

Ailin sudah seronok berpusing pusing di depan cermin sambil menggayakan dress yang dipakainya untuk anugerah malam itu. 

Tidak sabar dia untuk berjalan di red carpet. Tinggal lagi beberapa jam sebelum acara karpet merah bermula. Tahun lepas dia hanya tercalon untuk pelakon baharu sahaja. Tahun ini tahun dia. Dia tercalon untuk 3 kategori. Dia yakin dia akan membolot ketiga tiga anugerah. Mukanya tidak pernah berhenti muncul di kaca tv. Dia juga telah mendapat job baharu sebagai pengacara Gempak Star di Astro Ria. 

Dia cuma risau tentang Anugerah Pelakon Wanita Popular kategori Drama. Dia akan bersaing dengan Mikayla yang merupakan pemenang tahun lepas dan tahun tahun sebelum itu. Tapi dia sudah jalankan rancangan untuk itu. Peminat peminat Kayla tak akan dapat kalahkan kabel besarnya. Dia teramat yakin tentang itu.

"Miss, ni saya bungkuskan fruit salad." ujar Dian yang baru masuk ke bilik hotel itu.

"Thanks Dian."

Memang dia rasa lapar sekarang. Sudah beberapa minggu dia jaga makan untuk malam itu. Dia mahu menjadi yang paling cantik di antara semua. Dia mahu merasa berada di atas. 

Di bilik lain Kayla juga sedang bersiap untuk acara karpet merah sebentar lagi. Idham setia menunggu di luar bilik. 

Kayla mahu cepat cepat bertemu Ailin sekarang tapi dia sabarkan hati. Habis acara nanti dia akan pergi bertemu gadis itu. Tanpa Kayla tahu Ailin sedang menyusun rancangannya untuk malam itu. Ailin tak akan membiarkan Mikayla mengganggu usaha kerasa dia selama ini untuk berada paling atas. 

...............................................

Rumah Agam Tengku Zaid

"Mika tercalon dua kategori tahun ni."

"Kategori apa?" tanya Puan Sri Sharifah. Dia duduk menemani Zulfa dan Zuhail yang sedang teruja untuk menonton Anugerah Bintang Popular 2023.

"Pelakon Wanita Popular Kategori Drama dengan Pelakon Wanita Popular Kategori Filem."

"Ohhh." Puan Sri Sharifah angguk. Dia bukan faham sangat pasal anugerah anugerah itu. Dia menonton hanya kerana Mikayla dan anak anaknya.

"Mana abang?" tanya Zulfa.

"Ni" Zuhail tuding jari ke arah wajah sendiri sambil tersengih.

"Bukan you lah. Abang Zarif."

"Entah, dekat bilik dari tadi tak keluar keluar." jawab Zuhail. Mulut dinganga minta mamanya menyuapkan anggur hijau yang dibawa.

Puan Sri Sharifah hanya menggelengkan kepala. Tangan masih bergerak untuk menyuap anggur hijau ke dalam mulut anak keduanya itu.

..........................................................

Kayla menunggu di hadapan tangga. Matanya mencari cari kelibat Ailin. 

Seketika kemudian matanya menangkap kelibat gadis itu yang sedang berjalan untuk menuruni tangga ke dewan. Ailin hanya memandang sekilas ke arahnya sebelum tersenyum mengejek.

Kayla pantas mengikut langkah Ailin. Tangan Ailin dicapai laju.

"WHAT?" tanya Ailin bengang. Matanya meliar untuk memastikan tiada siapa yang berada berdekatan.

"Bila kau nak cerita?" 

"Erghhh, nantilah!" Ailin menjawab sebal.

"Kau dah janji dengan aku Ailin. Kau jangan lupa!" keras suara Kayla memberi amaran.

"Serabutlah kau ni. Orang nak happy happy malam ni. Tepilah" tangan Ailin menepis laju tubuh Kayla yang menghalang jalannya.

Kayla geram lantas dia menarik tangan Ailin sekali lagi, kali ini sedikit keras.

"Sakitlah!" Ailin menjeling tajam.

"Kau jangan nak buat hal yer Zalika. Kau dah janji dengan aku. Sepanjang perjanjian tu aku tak ada sebar apa apa cerita pun pasal kau. Aku diam jer and now aku nak tuntut janji kau." 

"Okay fine! Bising betul kau ni! Lepas event ni habis kau datang jumpa aku dekat bilik persalinan aku." Ailin sudah menjeling sebal. Dia serabut.

"Kau jangan nak tipu aku." Kayla sudah menuding jari ke muka Ailin. Selepas memberi amaran dia melangkah ke tangga meninggalkan Ailin.

...............................................................

Kayla sudah kembali ke kerusi di dewan setelah dia diumukan sebagai pemilik Anugerah Outfit Popular. Anugerah itu merupakan anugerah spontan yang diadili dengan jumlah vote oleh peminat yang menghadiri event red carpet sebentar tadi. Undian hanya dibuka selama 15 minit sahaja selepas acara karpet merah tamat. Terkejut juga kerana namanya hanya tercalon dalam 2 kategori sahaja, jadi dia tidak menyangka ada anugerah spontan sebegitu. Maknanya ramai juga fans yang datang mengundi dia malam itu.

Ailin pula tidak menyangka Kayla akan menerima anugerah spontan itu. Dia mahu Kayla pulang dengan tangan kosong malam ini tapi sebaliknya dia tidak dapat memanipulasi undian yang di buat secara spontan dalam masa yang singkat begitu.

...................................................................

Acara malam itu penuh meriah dengan banyak persembahan penyanyi terkenal dengan lagu lagu popular. 

Ailin melambai lambai kepada kamera apabila dia kembali ke tempat duduknya. Wajahnya yang terpapar di layar besar di dalam dewan besar itu menyebabkan para peminat menjerit memberi sorakan yang gemuruh.

"Ailin! Ailin! Ailin!"

Dia sudah bejaya mendapat satu anugerah. Anugerah Pengacara Baru Popular.

"WOW! Hangat yer malam ini." Seloroh pengacara wanita itu.

"Iye betul tu Sefora. Dengan saya sekali rasa berdebar ni." sambung Ejaz yang juga merupakan pengacara pada malam itu bersama Sefora.

"Okay okay jangan pengsan dulu sebab kita masih ada banyak lagi anugerah untuk disampaikan" 

Setelah itu ada beberapa persembahan dan beberapa anugerah telah disampaikan kepada para pemenang.

"Kita ke anugerah seterusnya iaitu anugerah Pelakon Wanita Popular Kategori Drama. Dijemput Ikmal Amru dan Anis Sofea untuk memperkenalkan calon calon bagi anugerah ini."

Layar besar menunjukkan selebriti yang disebutkan berjalan ke arah tengah pentas utama.

Ailin sudah tersenyum. Dilirik matanya di bahagian kiri melihat Kayla yang duduk tidak jauh darinya. 

"I will take that from you." sengihnya sinis.

"Baiklah saya sudah baca nama di atas kertas ini." 

"Wow, saya pun teruja nak sebut ni, jom kita sebut sama sama Anis!" 

"Pelakon Wanita Popular Kategori Drama jatuh kepada...... dun dun dun" mereka sama sama buat bunyi drum.

"PUTRI AILIN!" jerit Ikmal Amru dan Anis Sofea.

Tepukan gemuruh, sorakan serta siulan kedengaran mengikuti langkah Ailin.

Kayla di tempat duduk hanya tersenyum nipis. Tangan tetap menepuk sambil melihat Ailin berjalan dengan penuh lemah gemalai ke stage. Terkilan juga tidak dapat mempertahankan trofi yang selama ini menjadi miliknya.

Tak apelah, fikirnya. Mungkin rezeki di lain hari. Dia juga tidak terlalu yakin akan memenangis anugerah bagi kategori filem kerana ramai lagi calon veteran yang lebi hebat darinya. 

"Kita berada di acara kemuncak. Siapa yang bakal menyandang Anugerah Bintang Paling Popular 2023. Pasti ramai tertanya tanya kan." 

"Jadi untuk tidak membuang masa, kita jemput Aznal Haji Nawami untuk menyampaikan anugerah sekaligus penutup tirai Anugerah Bintang Paling Popular untuk tahun 2023.

"Saya berasa sangat bertuah yer dijemput untuk menjadi penyampai bagi anugerah utama pada malam ini. Bangga saya melihat adik adik junior saya memenangi pelbagai trofi pada malam ini. Tidak lupa juga kepada rakan rakan seperjuangan yang masih lagi dalam dunia seni, seronok melihat muka-muka......."

Ailin sudah merengus sebal. Bosan mendengar ucapan pengacara tv yang sudah bersara itu.

"Maaf panjang lebar. Biasalah bila si tua memegang mikrofon, boleh lupa pada acara sebenar."

Aznal Haji Nawami menarik nafas panjang sebelum kembali bersuara.

"Baiklah tanpa melengahkan masa mari saya sampaikan anugerah ini. ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2023, JATUH KEPADAAAAAAAAAA"

Tangannya membukan envelop di tangan untuk membacakan nama pemenang. Dia tersenyum lalu menyambung,

"PUTRI AILIN!" Jerit Aznal Haji Nawami.

Ailin bangun sambil menekup mulut. Kamera dan lampu sudah menyuluh ke arahnya. Muka bahagianya turut terpapar di skrin besar. Tepukan dari para tetamu serta sorakan dari peminat menggamatkan lagi suasana.

"Oh shitttttttt!!!" jerit Zuhail dan Zulfa yang sedang menonton di rumah serentak.

"Haih ramai betul minat dia yer?" tanya Puan Sri Sharifah.

"Alaaaa Mika dapat satu jer tu pun anugerah pakaian jer!" kata Zulfa tidak puas hati.

"Mika lagi best berlakon dari perempuan tu."

Zuhail sudah mengangguk.

"Tengok apa?" Zarif tiba tiba muncul di ruang keluarga itu.

"Sukalah abang kan, your 'fiance' menang besar malam ni." sindir Zulfa. Perkataan fiance disebut dengan penuh sinis.

Zarif jongket kening, pelik. Mata dilarikan untuk memandang skrin. Nampak wajah Ailin sedang memberikan ucapan kemenangan. Fahamlah dia kini apa anugerah yang disebut sebut Ailin di dulu. 

Baguslah, fikirnya. Bagus perempuan itu menang supaya Ailin tak lagi mengganggunya.

"Zaf dah putus dengan perempuan tu."

Ketiga tiga manusia memandang ke arahnya.

"I will announce it maybe next week that the rumors are fake." 

Zulfa memandang ke arah Zuhail untuk meminta penjelasan.

Zuhail jongket bahu. Kepala ditelengkan sedikit. Malas nak ambil tahu.

Mata semua kembali ke skrin apabila pengacara pada malam itu sudah ketengah stage.

"Tahniah buat semua para pemenang. Baiklah jam sudah menunjukkan pukul 11.58 malam 31 Disember 2023. Saya minta untuk semua para hadirin serta semua peminat peminat yang datang untuk memyokong artis artis kegemaran masing masing supaya bangun dan sama sama membuat countdown.

"Sepuluh!"

"Sembilan"

"Lapan"

"Tujuh" 

"Enam"

"Lima"

"Empat"

"Tiga"

"Dua"

"Satu !"

"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024 UNTUK SEMUA !" Jerit kedua dua pengacara tersebut. 

Bunyi bunga api berdentam dentum dari luar venue Arena Star Hotel. 

Mata Mika dari tadi tidak berhenti dari memerhatikan Ailin yang sudah dikerumuni wartawan serta jurugambar.

Dia tidak mahu Ailin lari dari pandangan.

Kayla bergerak ke bilik hotel. Idham yang berdiri di belakang pintu masuk ke backstage menyerahkan sebotol air mineral kepadanya.

Kayla berjalan ke bilik persalinan. Dia mahu cepat cepat menukar pakaian dan bergerak menunggu Ailin di ruang persalinan gadis itu.

.....................................................

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Idham sudah disuruh pulang lebih awal. Dia memang tadi sudah meminta pemandu bondanya menghantarkan kereta Honda Civic Hatchback miliknya ke hotel itu. Dia sudah berfikir dia akan pulang lewat malam itu untuk bertemu Ailin. 

Sudah lama dia menunggu tapi kelibat Ailin tidak kelihatan. Kelibat Dian, pembantu Ailin juga tiada. Dia mendengus marah. Dia berjalan ke lobi hotel dan melihat ramai orang sudah beransur pulang. Tiada susuk tubuh Ailin mahupun Dian di mana mana. 

"Perempuan ni tipu aku ke?" dia sudah berdesis di dalam hati.

Dia nampak team makeup artis sedang berjalan sambil membawa barang barang masuk ke lif. Dia mengejar mereka ke arah lif dan turut masuk.

"Awak ada nampak Ailin?" Dia bertanya kepada salah seorang make up artis yang berada di situ.

"Eh Ailin dah balik tadi, saya nampak driver dia datang ambil dekat depan tu." kata perempuan itu sambil menunjukkan arah yang dilihatnya tadi.

Kayla mendengus marah. 

"Kau tipu aku Ailin!" 

Turun sahaja di basement parking dia laju mencari keretanya. Tanpa menunggu lama di masuk ke kereta dan membuka ipad miliknya. Membuka maklumat yang dia dapat tentang Ailin. Alamat rumah gadis itu dibaca laju. 

Selepas memasukkan alamat ke dalam waze. Keretanya meluncur laju keluar dari parking hotel mewah itu.

Dia mahu ke rumah Ailin!

.................................................................................

Pagi itu Dian menyanyi nyanyi kecil sambil kakinya melangkah ringan untuk masuk ke rumah Ailin. Jadual Ailin padat hari itu mungkin gara gara menang besar semalam. Dian berdoa semoga mood Ailin baik sahaja harini. Senang sedikit kerjanya untuk menguruskan gadis itu.

Pintu diketuk kuat. Dia pasti Ailin sudah bangun. Ailin pasti teruja untuk menghadiri jadual jadual interview dari pihak station tv pada hari itu. 

"Miss!" dia memanggil kuat. Pelik kerana gadis itu belum menyahut.

Panggilan yang dibuat sedari tadi jugak tidak berjawab. Dian sudah mula pelik.

Tombol pintu sengaja dipulas tapi dia pelik kerana pintu tidak berkunci. Setahunya semalam sebelum dia pulang ke rumah selepas meninggalkan Ailin, dia sudah mendengar pintu dikunci dari dalam.

Pintu ditolak perlahan. "Miss?" 

Dia takut juga untuk masuk tanpa kebenaran Ailin. Selalunya Ailin akan membukakan pintu apabila dia menelefon gadis itu tapi kali ini telefon jugak tidak dijawab.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah dan sangat terkejut melihat keadaan rumah yang bersepah dengan kerusi terbalik, serta kaca kaca dari pasu yang pecah berselerakan di lantai.

"Miss?" Dia sudah mula cuak apabila melihat tompokan darah dari dapur menuju ke tingkat atas banglo itu. Berdebar rasa di hati untuk naik.

"Miss? Miss okay tak?" Suara dikuatkan sedikit.

Takut takut dia melangkah naik ke atas. 

Darah di tangga turut kelihatan.

Sampai di tingkat dua banglo itu dia terkejut dan terpempan. Lututnya bergetar hebat melihat apa yang ada dihadapannya.

"Miss...." panggilnya sayu.

Ailin yang masih dengan gaun yang dipakai semalam sudah berlumuran darah tidak sedarkan diri. Gaun putih ala princess itu sudah tercemar dengan noda merah. Mata Ailin terbeliak ke atas menunjukkan betapa seksa ajalnya sampai.

Dian menekup mulut. Matanya sudah berair. Dia ketakutan.

...............................................................

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

7.7K 424 40
SEQUEL FROM PERFECT TWO: NIRMALA KASIH HANAN Hidup ini bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat. Hidup ni kan sebuah pertaruhan. Sama ada kau...
85.3K 2.9K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
7.2K 478 76
○BLURB○ Takdir yang tertulis tidak seharusnya dipersalahkan... Di usianya yang begitu muda, Jane meninggalkan keluarga jauh di kampung dan menjanjika...
34K 1.4K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...