Terlanjur Mencintainya (Compl...

Von idkwydlr

136K 4.1K 41

"Umi kena faham along, along cuma tak nak memperjudikan kehidupan along dengan pilihan hati Umi" "Yang akan h... Mehr

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BUKU BARU UNTUK DIBACA

BAB 11

3.2K 112 1
Von idkwydlr

"ISH..Tengku ni, takde apalah" Faiha menarik tangannya kembali tetapi Tengku Aidan menggenggam erat tangan milik Faiha.

"Aku tak habis cakap lagi dengan kau lah"

Faiha mendiamkan diri. Pandangannya dihala ke sejadah yang didudukinya.

"Jadi isteri aku yang solehah, dengar kata, sekarang mana-mana kau pergi, kau bawa nama aku sekali. Faham?" Tengku Aidan bercakap agak tegas suaranya.

"Faham" perlahan sahaja suara Faiha membalasnya.

'Pahal aku rasa macam aku dalam bilik mesyuarat berdua je dengan dia ni. Mama...tolong!' Teriakan itu hanya didengari oleh Faiha seorang.

"You can go now" Tengku Aidan mengangguk. Sejadahnya digantungkan di ampaian kecil berdekatan dinding.

Sempat Tengku Aidan merapikan semula rambutnya di cermin meja solek. Lalu, Tengku Aidan keluar daripada bilik Faiha. Dia faham, Faiha perlukan masa untuk membiasakan diri dengan keadaan mereka sekarang.

"Ni seri air wuduk ke, seri suami isteri?" Tengku Adhwa senyum lebar memandang abangnya.

"Tak penat ke?" Tengku Aidan memandang selamba adiknya.

"Penat apa?"

"Penat jadi single" bahu Tengku Adhwa dilanggar sedikit kasar.

"Kurang asam muka kau, title yang satu tu jangan dibuat main eh!" Tengku Adhwa memanjat belakang badan Tengku Aidan dan merangkul leher abangnya.

"Ya Allah Ya Rabbi!! Along, adik! Tak malu ke buat perangai dekat rumah orang ni" Puan Mazni sudah mengurut pelipis kepalanya. Kemudian, kedua-dua telinga anak lelakinya ditarik.

"Umi...umi sorry...sorry" rayu Tengku Adhwa.

"Sakit Umi...tolong lepaskan, please" rayu Tengku Aidan pula.

"Kalau tak buat hal satu hari tak sah kan?" Puan Mazni mendengus geram dan melepaskan telinga kedua-duanya.

"Along yang attack adik dulu" Tengku Adhwa memuncung dan menggosok telinganya yang sudah memerah.

"Sama je korang berdua tu. Ni dah solat Maghrib ke belum?"

"Dah, bersama makmum along. Dia ni yang belum lagi" Tengku Aidan tersenyum mengejek. Bahunya ditumbuk kasar oleh Tengku Adhwa.

Sensitif.

"Jangan banyak bunyi, pergi naik solat, mandi lepas tu turun bawah balik. Kita nak sambut birthday Deera" Puan Mazni bersilih ganti memandang kedua-dua anak lelakinya. Tengku Aidan sudah pasti akan hal itu kerana ternampak kek di dalam peti sejuk tadi.

Tapi, kenapa seorang pun tidak memberitahu mengenai hari jadi isterinya itu?

Tetamu di perkarangan rumah Encik Abdullah dan Puan Hasnah beransur pulang ke kediaman masing-masing. Memang tengah malam ini dirancang untuk menyambut hari jadi Faiha. Kebetulan, tarikh lahirnya jatuh sehari selepas tarikh nikahnya.

Tengku Aidan perlahan-lahan masuk semula ke dalam bilik Faiha. Kelihatan Faiha sudah selesai mandi dan sedang mengeringkan rambutnya dihadapan meja solek. Mungkin tidak perasan akan kehadiran Tengku Aidan, lalu dia berdehem.

Faiha menoleh ke arah Tengku Aidan dan memandang beg kecil di tangan suaminya. Faham akan itu, segera ditunjukkan bilik air walau hakikatnya, Tengku Aidan sudah mengetahui keberadaan bilik air tersebut.

Tengku Aidan menjungkitkan keningnya.

"Oh.....ini extra towel yang ada. Sorry, berbunga sikit" Faiha tersengih dan menghulurkannya ke tangan Tengku Aidan. Encik Abdullah pun memakai towel berbunga, begitu juga abang iparnya jika bermalam di sini kerana rumah ni didominasi oleh kaum perempuan.

"Function dia sama je, lap badan basah" Tengku Aidan meletakkan beg bajunya di atas katil. Langkah dibawa menuju ke bilik air.

Keluar sahaja bilik air, tiada kelibat Faiha di dalam bilik. Sudah keluar agaknya. Tengku Aidan segera menyalin pakaiannya dan menuju ke ruang tamu bersama keluarganya dan keluarga Faiha.

Perutnya dipegang, baru terasa lapar selepas majlis selesai. Nasib baiklah ada lagi bihun soto kegemarannya di atas meja. Mangkuk plastik diambil dan memasukkan bihun ke dalamnya.

Kuah sup dicampurkan sehingga separuh mangkuk plastik tersebut. Segala macam diletakkan di dalam mangkuknya, isi ayam, tauge, bawang goreng dan terakhir sekali kicap pedas.

Sudu dan garfu diambil. Langkah berjalan ke sofa yang diduduki ahli keluarga kedua belah pihak. Hanya sebelah kiri Nadra yang kosong. Tengku Aidan melabuhkan punggungnya disitu.

"Eh, asal Tengku tak bagitau nak makan? Saya boleh ambilkan" Faiha terkejut melihat suaminya sudah bersama semangkuk bihun soto ketika duduk disebelah Nadra. Kerana Faiha turut duduk disisi kanan Nadra.

"No need. I can take it myself" Tengku Aidan tidak menunggu lama, laju sahaja mulutnya menyuap bihun soto.

Nikmat dia, Ya Allah.

"Kau tak makan ke?" Tengku Aidan menoleh ke arah Faiha yang turut memandangnya apabila disoal.

Terlihat ahli keluarga mereka sedang rancak berbual.

"Tak lapar lagi, penat kot. Tu yang malas nak makan" Faiha menggaru kepalanya yang disarung tudung shawl instant walaupun tidak gatal.

'Orang macam ni pun wujud eh. Penat pun malas nak makan' getus hati Tengku Aidan.

Faiha kembali menjadi pemerhati ahli keluarganya yang berborak. Seronok rasanya tengok ramai-ramai macam ni.

Segala macam cerita daripada zaman perkenalan Puan Hasnah dan Puan Mazni sampailah perkahwinan diaorang yang hanya berselang satu hari sahaja. Punyalah bersedih kerana kemungkinan tarikh mereka bertindih tapi alhamdulillah tidak.

Hasilnya, kedua-dua dapat menghadiri majlis perkahwinan masing-masing.

Tanpa yang lain perasan, Faiha sudah tersengguk-sengguk menahan kantung matanya. Nak masuk ke bilik tidur, macam tidak sopan pula sebab semua orang masih di ruang tamu.

Nadra pula sudah beralih tempat di pangkuan abahnya.Tengku Aidan perasan akan kelakuan Faiha yang cuba menahan matanya.

"Adik, tolong buangkan" Tengku Aidan menghulurkan mangkuk plastik yang sudah habis dimakan bihun soto ke arah Tengku Adhwa.

"Nak minta tolong dengan aku memang baik je suara kau kan" Tengku Adhwa membebel tetapi tetap tangan dan kakinya berjalan untuk membuang mangkuk plastik ke dalam tong sampah.

Tengku Aidan menarik perlahan Faiha yang sudah tersengguk-sengguk itu ke bahunya. Lena tak berkutik Faiha apabila ada bahu alas untuk disandarkan kepalanya.

"Gembiranya hati kita ya, bila tengok anak-anak kita macam tu" Tegur Puan Mazni. Tersenyum lebar dia melihat Tengku Aidan yang turut sama terlelap menongkatkan pipinya di atas kepala Faiha.

"Boleh jadi bahan ni" Tengku Adhwa segera menangkap gambar pengantin baru yang terlelap itu.

"Bahan apanya? Kamu tu yang kena bahan dengan along nanti, pastu koyak" Tengku Adib menggelengkan kepalanya. Tak habis-habis nak cari hal sesama sendiri.

"Yelah Baba, along ni malu tapi mahu" Tengku Adhwa mengawal tawanya. Risau mengejutkan pengantin baru itu.

Yang lain turut tertawa kecil kerana betul kata Tengku Adhwa, jarang sekali nak melihat mereka berdua bersama. Melayan tetamu pun seorang ke selatan, seorang ke utara.

Tidak pernah melayan tetamu berdua. Tapi didiamkan sahaja karenah mereka berdua tu. Mungkin masih menyesuaikan diri dengan hubungan baru ini.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

81.5K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
30.4K 1.3K 26
"Memang taklah aku nak kahwin dengan kau. Mulut dahlah macam longkang pecah nasib muka je cantik tapi perangai kalah beruk atas pokok"-Tengku Riyaz A...
361K 13.1K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1M 30K 56
" Aku malas nak bantah cakap mama sebab aku sayang. Nak marah pun tak guna. Sebab sayangkan mama aku terpaksa terima budak 17 tahun yang dia jodohkan...