The Forced Fame [COMPLETE]

By lemonellow

198K 6.1K 285

Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab Terakhir (64)
Epilog
End Notes (?)
Special Chapter

Bab 12

2.5K 96 2
By lemonellow

Banglo Ailin

Dian sudah bersiap siap untuk pulang. Sudah lewat malam dan Putri Ailin juga sudah mahu berehat dibilik.

"Keep track dengan voting system tu Dian. Bagitahu I if ada problem. Make sure nothing yang boleh halang I dari dapat apa yang I nak." pesan Ailin dengan baju tidur dan mask dimukanya.

"Noted, miss. Esok tengahari saya akan datang sini balik."

"Bring me steamed breast chicken and some salad on your way tomorrow." kata Dian sambil menepuk nepuk mask di muka. Cecair lebihan disapu sapu rata di sekeliling leher.

"Datuk bagitahu yang dia akan balik dari vacation 3 hari sebelum award ceremony. Datuk akan terus datang ke rumah miss lepas landing." pesan Dian sambil kepala cuba mengingati jika ada apa apa lagi pesanan takut takut dia lupa.

"Hmm okay."

"Kayla masih senyap kan?" tiba tiba dia bertanya ketika Dian sudah melangkah keluar.

"Ya miss, cik Kayla belum buat any movement. Mungkin latest rumours yang tersebar dekat internet tu terlalu berat untuk dia hadap." ujar Dian perlahan. 

Ailin tersengih lebar. "Baguslah begitu. Berani dia nak ugut aku. Aku akan pastikan kau yang terduduk malam tahun baru nanti Mikayla." desisnya.

..................................................................

Pejabat Tengku Zaid

"Take this." sekeping kad jemputan berwarna merah velvet dihulurkan kepada Tengku Zarif.

"Apa tu babah?" tak sempat Zarif bersuara, Tengku Zuhail yang sedang duduk di sofa sudah menyampuk.

"Invitation untuk Gala Night Fashion Show organized by Melora Holdings." 

"Oh, dorang keluarkan new collection ke?" tanya Zuhail lagi.

"As far as I know, Melora nak umukan collaboration mega dengan designer dari France."

"Kalau Zaf tak nak pergi takpe ke babah? Tak minatlah nak duduk tengok orang peraga baju."

"They invite me but Babah rasa orang muda yang lagi sesuai pergi. Lagipun this is big event. International. One of you should go. Atleast tunjuk muka for support. I thought Zaf nak pergi. But if you don't want to go then do you want to, Zuhail?" mata melirik anak lelaki keduanya.

"Gosh Babah, I second choice ke" ujar Zuhail berseloroh.

"Mengada." Zarif sudah mengetuk kepala adiknya dengan kad jemputan itu.

"12 Disember. Hmmm okaylah Babah, Zuhail pergi." katanya seraya membaca details di kad jemputan.

"Good, then untuk Sambutan 30 tahun Astana Group March next year Babah nak you both brainstorming fews idea for ceremony planning and whole month of celebration. I will give you both two weeks starting today. Present to me the idea before annual end year meeting kita. It's not a competition but a teamwork."

Zuhail menggangguk sahaja. Walaupun dia tidak berminat dengan bisnes keluarga tapi dia sentiasa diarahkan oleh Tengku Zaid untuk bersama sama melibatkan diri dalam hal hal syarikat. Tidaklah juga Zuhail keberatan. Lagipula dia turut mengambil minor Pengurusan Bisnes untuk master dan PhD. 

Dia sedar tanggungjawabnya sebagai antara salah seorang pewaris Astana. Walaupun minatnya pada bidang pendidikan, namun dia tidak pernah lupa untuk ambil tahu hal hal syarikat. Dia bersyukur juga abangnya Tengku Zarif memang berminat dan mengambil penuh tanggungjawab meneraju warisan keluarga mereka. 

........................................................

"Oi Fafa cakap kau dah tenat. Kau kenapa?"

"Bodoo bro aku sakit perut gila ni." Zuhail sedang berguling guling di katilnya. Perut ditekan tekan kuat.

"Dah kenapa kau, semalam elok aje." dahi adiknya disentuh.

"Demam pun tak."

"Perut aku bangang, bukan dahi aku yang sakitttttt." sela Zuhail dengan suara sedikit keras. Berpeluh peluh dahinya menahan sakit.

"Gastrik ke? Pergi hospital lah. Eh tunggu, habistu event malam ni? Kau janji nak pergi." 

"Aku tengah sakit macam ni aku nak pergi macam mana bongok. Kau lah ganti." 

"Ahhh bangang. Takkan aku kena pergi." soal Zarif tidak puas hati. Dia sudah duduk di sisi katil. Adiknya yang sedang mengerang kesakitan di pandang sekilas.

"Kau pergi kau cuma perlu duduk jer bro. Aduhhhhh...."

"Ish, aku mana ada ready baju apa apa nak pergi."

"Sesia jer kau beli suit dengan tuxedo banyak banyak simpan buat khazanah dalam almari bro." Punggung Zarif ditendang.

"Keluarlah. Tengok muka kau lagi sakit perut aku."

Zuhail tekup mulut. Dia ingin muntah. Laju dia berlari ke toilet.

Seketika bunyi 'Uwekkkk' terhasil dari situ.

Zarif menggeleng perlahan. Dia melangkah keluar dari ruangan itu.

................................................

Acara Malam Gala Melora berlangsung lancar. Zarif sudah berapa kali menguap di kerusi. Dia kebosanan. Tiada mood juga mahu berbual dengan sesiapa. Sudah beberapa kali peraga peraga fashion bercatwalk di stage di hadapannya. Dia sudah tidak sabar mahu balik tapi mereka sekarang baru ingin memulakan highlight event untuk Malam Gala itu.

Lampu di ruangan audience di padam hanya tinggal cahaya terang di stage. Zarif dapat agak model utama akan keluar dari situ nanti untuk memperagakan yang akan baju terakhir dan juga merupakan koleksi limited edition yang akan dikeluarkan secara rasmi bermula malam itu. 

"Upcoming next is our honorable invited guest that will walk through the highlight collection for new year 2024. This attire is the collaboration between Melora and La Veneme and mark the first ever collaboration between Melora and the international brand." 

Bunyi muzik dengan rentak sedikit laju mula kedengaran. Lampu spotlight sudah mula bergerak ke arah pentas utama. Zarif angkat muka untuk melihat baju yang diperagakan. Dari hujung pentas dia nampak seorang gadis sedang berjalan dengan penuh gaya dengan gaun yang digayakan ke tengah stage. 

Zarif terpaku. 

Dia akui gaun rekaan antarabangsa itu sememangnya memukau. Tepukan juga kedengaran menandakan ramai yang teruja melihat. Tapi bukan kerana pakaian itu yang membuat matanya tidak berkelip. Sebaliknya, model yang memperagakan baju itu yang ditenung dalam.

Mikayla.

Sejak gadis itu pulang ke rumah setelah 3 hari bermalam di rumahnya, dia sudah tak mendengar khabar Mikayla. Mungkin sudah cukup sebulan tanpa khabar berita. Keluarganya tidak menyebut apa apa tentang Mikayla. Dia juga tidak bertanya.

Tiada berita tentang projek baru, tiada juga update di social media. Dia ingatkan gadis itu akan menghilang seperti dulu. 

Tidak semena mata mereka berdua bertembung. 

Satu saat.

Dua.

Tiga saat.

Dia nampak Mikayla melarikan matanya ke arah tetamu lain. Senyum diukir diwajah.

Bagaimanakah caranya untuk dia melupakan gadis itu. Bertembung mata begini pun dia sudah terpana. Ketika gadis itu di rumah tempoh hari pun dia rasa ingin cepat cepat pulang. Tidak bercakap pun tidak mengapa asalkan dia tahu gadis itu berada di rumah.

Kadang kala bisikan jahat di kepala menghasut diri untuk membenci Mikayla. Ada rasa dijiwa yang kuat berbisik mahu menghukum gadis itu dengan kejam kerana telah mematahkan hatinya. 

Sampai ke saat ini dia tidak dapat melupakan kisah lama. Masih teringat tajamnya anak mata gadis itu malam keramat putusnya hubungan mereka sebagai teman rapat. 

"Sampainya hati kau Mikayla." 

"Racun apa yang telah kau hadiahkan pada aku sampai begini sekali hancurnya jiwaku."

Matanya memandang lemah tubuh gadis itu yang sudah mula berjalan masuk ke backstage. Tepukan gemuruh kedengaran disekelilingnya. Hanya dia yang berada di dalam dunianya sendiri. 

5 minit dia duduk termangu sendirian di kerusi. Suara master of ceremony yang berceloteh dari tadi sudah samar samar di pendengaran. Dia bangun perlahan dari kerusi.

Langkah menuju ke pintu masuk ke backstage yang dijaga pengawal. Langkahnya dihalang.

Tanpa kata dia tunjukkan kad jemputan vip yang dibawa bersama. Terus sahaja pintu itu dibuka oleh pengawal berbadan tegap itu.

Langkahnya tanpa arah. Dia hanya tahu kepada siapa insan yang ingin dituju tanpa tahu dimana insan itu berada. Matanya meliar mencari. Setiap pintu di ruangan backstage itu diperhatikan. Mencari nama seseorang. 

Matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang menunggu di luar pintu. Langkah kaki dihala kesitu.

Idham yang sedang kusyuk dengan telefonnya mengangkat kepala apabila terdengar bunyi derap kasut mendekat. Terkejut melihat wajah Tengku Zarif yang beku. Dia menghalang langkah Tengku Zarif.

"Get lost!" ujarnya dingin. Badan Idham ditolak. Baru berura untuk memusingkan tombol pintu tubuhnya ditolak kasar. Tunak mata Idham berubah garang.

"Tengku buat dekat sini?" tanyanya keras. Badan dihadang di depan pintu.

"Mikayla. I want to see her. I don't need to ask for your permission."

"Tengku tak ada hak untuk jumpa dia. Kayla tengah berehat." 

"Kau siapa nak halang halang aku?!" Bahu Idham dicengkam kasar. Dihiraukan pandangan crew crew yang berada berdekatan.

"Saya pengurus peribadi Kayla. Tengku pula siapa nak ceroboh masuk ke bilik Main Act untuk event ni?" 

Zarif naik berang. Tubuh Idham ditarik kasar hingga jatuh ke lantai. 

Crew crew yang ada di situ sudah mula mendekat. Berjaga jaga untuk menghalang jika sudah melampaui batas.

"Aku dah lama perhatikan kau ni. Kau tu hanya pekerja. Jangan berlagak macam Mikayla tu hak milik kau." 

"Kayla pun bukannya hak milik Tengku." ujar Idham sinis.

*Dush

Kuat muka Idham ditumbuknya.

"Zarif!!!" urat urat timbul di dahi apabila terasa badannya ditolak kuat oleh satu tangan.

"Id, kau okay?" Mikayla sudah laju meluru ke arah Idham yang sudah terbaring. Sisi bibir kanan Idham telah luka ditumbuk tadi. 

Zarif panas hati apabila Mikayla langsung tidak memandang ke arahnya. Gadis itu sibuk memeriksa wajah Idham.

"You ni kenapa Tengku Zarif?" tanya Mikayla garang apabila dia pastikan Idham tiada kecederaan lain.

Zarif berjalan ke arah Mikayla. Lengan gadis itu ditarik kasar menjauhi Idham. Mikayla cuba merentap untuk melepaskan diri tapi lengannya terlalu sakit jadi dia berhenti meronta Pintu bilik ditolak kasar oleh Zarif.

"Kayla!" Idham menjerit apabila dilihat Zarif cuba menolak Kayla masuk ke bilik.

"It's okay, Id. Aku selesaikan dengan dia kejap. Kau tunggu dekat luar." ujar Mikayla cemas apabila dilihat Idham cuba bangun menerpa ke arah Zarif.

"Apa apa kau jerit. Aku dekat luar." Idham pasrah memerhati apabila dia melihat riak muka beku Mikayla.

Pintu ditutup kasar dari dalam.

Tubuh Mikayla ditolak kasar ke sofa.

Mikayla mengaduh perlahan. Matanya menjeling tajam ke arah Zarif.

"You ni kenapa nak buat kecoh dekat sini?!" 

"Apa hubungan kau dengan Idham tu sampai macam tu sekali kau risaukan dia?" tempelak Zarif kasar.

"Kau tidur dengan dia ke?" 

Mencerlung mata Mikayla mendengar tuduhan itu.

Mikayla bangun.

Tamparan kuat dihadiahkan buat lelaki di hadapannya.

Nafas Mikayla turun naik. Laju.

Terkedu Zarif seketika. Pijar pipinya ditampar tangan kecil itu.

Matanya menjeling tajam.

Tubuh Mikayla ditolak ke dinding. 

"Apa ni?!" Mikayla cuba tolak tubuh tegap itu tapi tangan Zarif sudah diangkat menolak keras dinding mengepung kiri dan kanan Mikayla.

"Kau tampar aku sebab Idham?!" memetir suara Zarif.

"Aku tampar kau sebab mulut celupar kau Zarif." 

"Salah ke apa aku cakap. Kau memang perempuan murah yang tidur dengan ramai orang kan?"

"Kau---" terhenti ayat Zarif apabila dia lihat mata Kayla mula berair. Mikayla ukir senyum sinis.

"Dari dulu memang itu yang kau fikir pasal aku kan?" 

"Tuduh lah aku dengan apa apa sahaja, memang aku ni bagai kain buruk pun di mata kau." 

"AKU PERNAH NAMPAK!" jeritnya di muka Mikayla.

"Aku pernah nampak kau dengan Daus!" Zarif tumbuk dinding dengan buku limanya.

"Malam tu aku pergi rumah kau. Kau tahu tak aku kemalangan malam tu?!"

"Aku nak minta penjelasan dari kau. Tapi apa kau buat. Kau halau aku malam tu Mika."

"Malam tu memang salah aku. Aku tak berdaya nak jumpa sesiapa. Aku tak berdaya nak hadap tuduhan kau. Daripada aku sakit hati baik aku halau kau dulu." tempelak Mikayla pula.

"Aku boleh agak apa yang kau nak tanya Zarif. Aku tau apa yang kau fikir pasal aku. Aku ni perempuan kotor di mata kau. Jadi buat apa lagi aku hadap kau." 

"Kau boleh terangkan pada aku. Kau boleh nafikan apa yang fikir terhadap kau. Kau bo-"

"Kau akan percaya aku ke Tengku Zarif?" perlahan suara Mikayla memotong amarah Zarif.

Zarif tenung anak mata yang sudah berkaca itu.

"Kalau aku explain kau akan percaya ke? Padahal kau dari awal cerita pasal aku tersebar pun kau dah tuduh aku macam macam. Belum apa apa kau dah tuduh aku. Kau dengar pun belum cerita dari side aku. Padahal aku ni kawan kau. Kau patutnya kenal aku lebih dari orang lain. Kau patut tanya aku dulu sebelum kau marah marah. Hanya kerana kau rasa kau dah betul. Hanya kerana kau cakap kau pernah nampak aku dengan Daus padahal, aku nak tanya kau, apa yang kau nampak?"

"Huh? Aku tanya ni, apa yang kau nampak?"

"Kau nampak ke aku tidur dengan Daus?" 

Dada Zarif dipukul keras.

"Kau nampak ke aku terlanjur dengan Daus!"

Satu lagi pukulan dihadiahkan ke dada lelaki itu.

"Kau nampak ke aku peluk cium Daus?!"

Dada itu dipukul lagi.

"Kau nampak ke aku buat benda tak senonoh dengan Daus?"

"Aku tanya kau ni, kau nampak ke?!!!" 

Benci dia melihat wajah kosong Zarif ketika itu.

Air mata sudah merembes keluar.

Tangan Zarif yang mengepung Mikayla sudah melorot jatuh.

Mikayla lap air matanya kasar.

"That's you, Tengku Zarif. Kau sentiasa rasa kau kenal aku."

"Padahal, kau tak kenal pun aku. Kau tak tau pun cerita sebenar." 

Jari dituding ke bahu lelaki itu. Matanya ditenung.

"You don't know me Zarif." 

"Kau orang luar Zarif."

Zarif diam.

"You are just outsiders, watching through a glass window."

"Kau tak cuba masuk dalam pun. Kau sekadar membuat kesimpulan sendiri melalui apa yang lihat dari sebalik tingkap kecil tu."

"Kau ingat kau kenal aku dari kecil dah mencukupi ke untuk kau rasa kau boleh judge aku macam macam." 

"You create your own heartbreaks Tengku Zarif, then you blame me for it."

Tangan Zarif  yang cuba memegang bahunya ditepis kasar.

"Cukup cukuplah kau hukum aku Tengku Zarif."

"Aku dah penat salahkan diri sendiri dan biarkan kau hukum aku dengan kesalahan yang aku tak buat."

"Explanation? Hah! Boleh pergi mampos dengan kau punya permintaan tu. Bukan ini caranya nak minta penjelasan dari seseorang. Mulai harini aku dah tak nak ambil kisah dah pasal tuduhan kau. Tuduhlah aku sebagai pelacur sekalipun. Asal itu yang boleh buat kau tenang dan bahagia."

Mikayla capai beg tangan di meja hias. Dia melangkah ke pintu. 

"Id, jom." 

Mikayla keluar tanpa melihat langsung ke arah Zarif.

Idham hanya menjeling tajam lelaki itu.

Zarif tersandar ke dinding. Mukanya diraup kasar. 

Matanya memandang kosong ke arah pintu yang sudah terbuka luas.

.....................................................

TBC



Continue Reading

You'll Also Like

93.1K 3.9K 26
đ“Ŗ𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔đ“ĩđ“ļđ“Ē𝓷 𝓕đ“Ēđ“ģ𝓲đ“ŧđ“ąÃ—đ“ĸ𝓱đ“Ēđ“ģđ“˛đ“¯đ“Ē𝓱 𝓐𝓲đ“ģ𝓲đ“ŧ𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱đ“Ē𝔂đ“ĩđ“Ē Tengku Elman Farish merupakan jejaka yang Hot tetapi sengal. Dia...
Destiny's will By wana

Science Fiction

1.2K 116 19
Seperti anjing dan kucing bila bertemu tetapi bila salah seorang tiada hati pasti merindu . Sudah bersama selama 17 tahun , apa nasib Nawal Jelita...
92.5K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
172K 9K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...