Peluang Kedua Buatku [𝒸]

By oniriquefairytale

4.9M 239K 43.4K

In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh... More

Part 1 (edited)
Part 2 (edited)
Part 3 (edited)
Part 4 (edited)
Part 5 (edited)
Part 6 (edited)
Part 7 (edited)
Part 8 (edited)
Part 9 (edited)
Part 10 ( edited)
Part 11 (edited)
Part 12 (edited)
Part 13 (edited)
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Part 45
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Special chapter (1)
Special chapter (2)
Special chapter (3)
Special chapter (Eid)

Part 46

83.5K 3.7K 707
By oniriquefairytale

"Kecik je dunia ni rupanya. Aku punya pusing keliling, kunci dia dekat je dengan aku." Puntung rokok di antara jari dibawa dekat ke ulas bibir Daniel.

"Kau borak pasal siapa ni, bro?" Berbulan lepak satu meja, baru kalini Daniel ajak dia berborak. Biasanya diam memanjang, muka berkerut seribu bagai banyak sangat masalah hidup. Kerja tak pun rasanya.

"Amsyar."

"Memang satu je Amsyar dalam Malaysia ni." Perhatian Aniq beralih semula pada telefon bimbit. Balas sepatah sepatah, dia pun malas nak layan.

"Amsyar Dizhwar. Gambar betina yang aku share dekat korang beberapa bulan lepas. Suami dia lah."

Dengar sahaja tentang isteri Amsyar, Aniq terus pekakkan telinga. Baru teringat soal gambar yang jadi isu antara mereka sekumpulan. Dari mana gambar tu datang sebenarnya dia pun tak pernah tahu, mulut ke mulut antara kawan, sampai ke dia. Baru sedar, selama ni gambar tu semua datang daripada jantan depan dia sekarang. Malas hendak borak dengan orang yang tiada rasa hormat pada yang lain, lagi lagi terhadap wanita. Ingat lagi bagaimana Amsyar tegur dia dulu tentang perkara yang sama.

"Kau balik esok, sekali dengan Amsyar ke?" Soal Daniel lagi bila Aniq tidak bersuara dari tadi.

"Tak ada kena mengena dengan kau."

"Chill, bro. Tanya je. Kot lah takde siapa nak jagakan bini dia, aku tengah free ni. Dapat jaga satu malam pun jadilah. Lama aku tak rasa. Mengidam." Air teh panas atas meja ditolak Aniq dalam kemarahan, air panas yang mengalir atas meja jatuh ke peha Daniel. Jatuh puntung rokok dalam pada dia terkejut digertak secara tiba tiba. "Kau ni kenapa, bodoh?"

"Aku bodoh? Eh, sial. Orang macam kau memang layak mampus je lah! Hidup pun tak bawa manfaat apa."

"Niq, mana?" Terkedu yang lain bila nampak Aniq bangun dari tempat duduk.

"Balik. Lain kali kalau nak lepak, ada setan ni, kau jangan ajak aku. Takut satu hari mampus aku kerjakan. Tak pasal pasal selangkah dalam neraka siap siap." Duit RM10 diletak atas meja sebelum dia gerak balik.

Amsyar banyak tolong dia selama ni. Amsyar juga yang banyak hadap perangai dia dari liar hingga jadi tunang orang. Janji dia pada Amsyar untuk tutup aib Haura dia simpan sampai sekarang. Tak ingin berpihak pada yang lain, dia tahu dia perlu beritahu Amsyar tentang ni. Sambil berjalan ke kereta, tangan laju menaip pesanan pada Amsyar.

••

"Haura...nak pegang pinggan mama, boleh?"

Salah satu pinggan kaca pada rak pinggan mangkuk mama diambil Amsyar dan dihulur pada isteri. Biarpun dilarang papa, Amsyar tetap ke dapur juga. Rasa kejam bila meletakkan isteri dalam keadaan terpaksa macam ni sedangkan dia tahu Haura sendiri belum bersedia hendak berdua dengan mama sebenarnya.

"Abang tolong awak lah. Lambat sangat, abah bising dah." Saja Amsyar bergurau sambil tangan sibuk memindahkan kuih pada bekas di tangan Haura ke pinggan kaca.

Haura yang dari tadi getar dan sukar hendak berkata sepatah kata akhirnya mampu tersenyum bila Amsyar turut serta di dapur, sengaja melanggar belakang badan Haura berulang kali sambil menunggu isteri menyambung menyusun kuih pada pinggan. Susahnya buat kerja satu tangan. Terbatas pertolongan Amsyar kali ni.

"Haura tolong bawa pinggan ni pergi depan, boleh?" Pinta Amsyar. Nampak Haura berpaling pada Puan Khadijah seakan meminta izin.

"Haura kena tolong mama. Abanglah bawa.."

"Bagi abang tolong mama, Haura bawa ni pergi depan. Abah kata dia lapar. Tak sabar nak rasa kuih menantu dia buat." Akur dengan pintaan Amsyar, Haura minta diri sebelum melangkah pergi ke ruang tamu.

"Mama.." Anak mata Amsyar terkunci pada syurga, menunggu Puan Khadijah berpaling menghadap dia namun hampa bila tiada reaksi.

"Orang rindu mama. Mama tak rindu Am ke? Dulu tak jumpa seminggu pun mama dah sedih." Ucap Amsyar sebagai pembuka kata. Dia tahu, Puan Khadijah terasa bila Amsyar menolak percubaan dia untuk berdua dengan Haura. "Mama tak nak usap kepala Am? Orang sakit, ma. Lengan orang kena jahit."

Anak mata Puan Khadijah yang tertumpu pada cawan teh berubah pada anak tunggal. Tipu jika dia kata tak rindu. Setiap hari tak nampak muka Amsyar depan mata dia akan rindu. Rindu serindu rindunya. Hujung mulut Amsyar terus naik mengukir senyuman lebar bila akhirnya dapat bertentang pandangan dengan mama.

"Mama rindu lah anak mama. Hari hari mama rindu." Pipi anak teruna dikucup, diusap bahagian bahu Amsyar berulang kali. Andai dia tak suruh Amsyar kahwin, mungkin setiap minggu akan nampak muka Amsyar di rumah ni tapi dia juga perlu terima, Amsyar lebih gembira sejak bergelar suami orang. Dia redha biarpun berat hati ni. Rindu hendak ada kawan berborak, kawan mengusik sebenarnya.

"Mama bagi Haura masa, boleh, ma? Dia tak bersedia lagi dan orang tak nak paksa. Dia nak jumpa mama, nak datang sini cuma Am rasa lebih rlok Am temankan dia dulu. Bukan bermaksud Am rasa mama jahat. Am tahu, mama cuba nak berbaik dengan Haura. Slow slow eh, mama? Ikut rentak Haura buat masa sekarang. Banyak kita dera emosi dia selama ni. Banyak yang dia tanggung."

Puan Khadijah hanya mengangguk, dia juga faham ini semua kesan daripada kekhilafan dia sendiri. Dia yang hancurkan kepercayaan semua orang.

"Mama nak tengok lengan orang?" Lengan baju tshirt Amsyar bahagian kanan ditarik sedikit, Puan Khadijah terus mengimbas anak mata pada lengan anak tunggal kesayangan.

"Berparut lengan anak mama.."

"Eleh, sikit je, ma. Tak rasa apa. Kadang orang sampai lupa ada luka. Pusing pusing, eh, koyak rupanya—" Sengaja lengan kanan Amsyar ditampar perlahan oleh Puan Khadijah. Menggerimis muka Amsyar, dibongkokkan badan menghadap kabinet dapur. "Aduh, ma..kenapa mama sentuh.."

"Tadi kata tak sakit." Penutup teko teh ditutup Puan Khadijah sebelum diletakkan atas dulang. Dibiarkan Amsyar menahan pedih di sebelah.

"Mama bagi Haura. Haura tolong bawa pergi depan." Ujar Haura yang baru sahaja melangkah ke dapur. "Abang kenapa..?" Nampak dari raut wajah seakan menahan sakit.

"Kena attack dengan mama, sayang."

"Biarkan dia, Haura. Haura tolong mama bawa ni. Mama nak buat lagi satu air untuk Amsyar." Dulang dihulur pada Haura.

"Mama nak buat air apa? Haura tolong buatkan lah, mama duduk depan je."

"Air teh sejuk. Amsyar bukan minum air panas. Tak apa, Haura duduk je depan, teman abah." Biarpun tangan masih menatang dulang, anak mata dibawa pada Amsyar.

"Abang tak minum air panas?" Selama ni dia hidang air panas, Amsyar tak pernah merungut pula.

"Bukan tak minum, tak suka." Balas Amsyar. Tangan cuba mengambil dulang dari tangan Haura namun gagal bila isteri mengalihkan tangan.

"Amsyar ni cerewet, Haura. Air panas pun tak minum. Setiap petang, kalau Amsyar ada dekat rumah, mama buat dua jenis air. Yang panas untuk abah, yang sejuk untuk dia."

"Gediknya abang ni! Minum jelah air panas."  Terlepas juga segala isi hati sambil menjegil pada suami.

"Eh, dia nak cakap orang gedik. Haura tu sayur pun tak makan abang tak cakap apa pun."

"Sayur banyak orang tak makan. Kamu pernah dengar orang tak minum air panas?" Amsyar balas pada Haura, Puan Khadijah pula ambil alih.

"Banyak je, ma. Jarang nak bersuara je sebab takut kena judge dengan orang lain macam orang kena sekarang. Tak pasal pasal Am kena cop gedik." Hidung Haura dicuit geram sebelum ditolak sedikit pinggang isteri untuk gerak ke ruang tamu.

Sepanjang Amsyar dan Haura duduk berborak di rumah, Puan Khadijah perasan dan sedar betapa sayangnya anak dia pada menantu. Dari pandangan mata juga penuh dengan rasa sayang. Terdetik persoalan kenapa selama ni dia buta. Niat dia untuk satukan anak tunggal dengan pilihan yang terbaik sedangkan yang terbaik sebernarnya ada depan mata.

"Haura baru tahu abang Am ni cerewet bab makanan. Tapi sebelum ni apa yang Haura masak, semua abang makan.." Mengadu Haura pada mertua. Kecil besar je Amsyar perhati dari tadi.

"Kalau nak senang, Haura. Haura bagi je dia makan gula gula dia tu pagi petang siang malam. Kenyang lah dia." Terkedu Amsyar dengar ayat dari mama. Mungkin Puan Khadijah terlampau pentingkan adab dan akhlak hingga lupa untuk besarkan anak tunggal tanpa sikap memilih dalam bab makanan.

"Mentos tu tak ada khasiat apa. Tak cukup zat pulak Am kalau pagi petang siang malam makan tu je, mama."

"Makan kuih kaswi ni kalau sibuk sangat pasal zat." Balas Puan Khadijah.

"Sedap kuih kaswi yang Haura buat." Puji Encik Ilham, mulut masih mengunyah kuih air tangan menantu.

"Nanti Haura ajarlah mama buat, mama tak pandai buat kuih ni." Pelawa Puan Khadijah, diambil lagi sepotong kuih kaswi dan dibawa ke mulut.

"Tapi Haura tak pandai buat pun sebenarnya, mama. Nasib je sedap kali ni.."

"Tak apa, kita buat sama sama, sedap ke tak, kita suruh abah yang jadi juri." Terasa lengan Amsyar pada belakang badan Haura sambil sambil dia berborak dengan Puan Khadijah.

"Hm, boleh!" Pelawaan Puan Khadijah diterima Haura juga. Bak kata Amsyar, ikut rentak Haura. Perlahan, perlahan. Banyak silap dia pada Haura. Bukan silap kecil, besar.

••

Malam sebelum dia berangkat ke Penang, sukar untuk Amsyar melelapkan mata. Kepala kusut dengan mesej daripada Aniq yang diterima beberapa jam lepas. Hendak minta cuti, dia tahu tak akan lepas kerana tiada yang dapat ganti. Hendak bawa Haura sekali, tak ada niat dia nak suruh Haura ketepikan kerja semata untuk dia.

Dalam sibuk dia berfikir, telefon berdering. Enggan mengganggu Haura yang sedang lena, Amsyar terus keluar ke balkoni, pintu gelangsar ditutup rapat.

"Assalamualaikum, Mejar. Dengar cerita dah jadi Brijedier General sekarang, betul ke?"

"Waalaikumussalam. Hidup lagi rupanya.." Tergelak kecil Amsyar dengar suara rakan lama dia yang sudah berbulan lama tak bercakap.

"Alhamdulillah, hidup. Aku baru balik Malaysia ni. Dengar orang cakap-cakap, kau dah kahwin. How's life after marriage, bro?"

Baru sahaja hendak memberi jawapan pada soalan, lengan Haura berlingkar pada pinggang Amsyar, kepala direhatkan pada belakang badan. "Bahagia. Hari-hari bahagia. Don't really know what I did to deserve someone like her as my life partner."

"Baguslah, Am. Kau dah lepas. Eh, sorry do call kau lewat macam ni. Aku baru touchdown, first thing dalam kepala otak aku terus nak call kau. Marah pula bini kau aku curi masa dia dengan kau malam malam ni."

"Tak ada apalah, Rash." Badan dipaling sedikit, bahu isteri didakap erat. Haura yang tadinya hanya memeluk Amsyar dari belakang badan kini bertukar tempat menghadap badan Amsyar dari depan. "Aku rasa macam tak kena timing nak minta tolong tapi dah alang alang kau pun dah balik sini, aku ada benda sikit nak discuss."

"Eh, tak ada hal lah, Amsyar. Member kot. Hal apa?"

Tak ingin buat Haura tertunggu, rasanya lebih elok dia sambung perbualan ni lain kali. "Nanti aku text kau. Nak borak lama, ma'am besar dah panggil."

"Faham. Faham sangat. Okay lah, Am. Sambung lah beradu dengan bini tersayang. Gerak dulu."

Tamat sahaja panggilan telefon, ubun-ubun Haura dikucup Amsyar. Telapak tangan merangkul erat bahagian pinggang, hendak usap belakang badan, lengan masih berdenyut. "Kenapa sayang keluar. Sejuk luar ni."

"Rindu abang...siapa call?"

"Arash Zayden, kawan abang. Jom, masuk tidur." Pintu gelangsar ditolak semua, dikunci rapat sebaik sahaja mereka berdua masuk ke bilik.

"Abang nak minta tolong apa dekat dia?" Hilang sikit mengantuk. Apa yang ada dalam kepala Haura terus tersisip keluar dari ulas bibir.

"Minta tolong pasal Daniel, sayang." Seperti biasa, setiap soalan dari Haura sentiasa dijawab jujur, tidak ada yang perlu disorok.

"Haura tak pernah dengar abang sebut nama dia pun?" Badan Haura direbahkan semula dalam dakapan Amsyar.

"Dia kerja. Abang pun dah lama tak contact dia."

"Kerja apa?" Soal Haura lagi. Mulut masih terkumat kamit biarpun kelopak mata berat semula.

"Tidurlah, sayang. Sibuk interview orang malam malam ni." Terlepas tawa bila perut dia dipukul Haura. Mengantuk macam mana pun tangan kecil tu laju je menampar sana sini.

••

"Jaga diri, Am." Pesan Hawwas. Belum puas lagi sebenarnya dia nak lepak dengan Amsyar. Setiap kali nak lepak, ada je yang nak ikut sekali. Dijegilkan mata pada Haura dalam diam.

"Tengok tengokkan Haura untuk aku."

"Easy lah." Bahu Amsyar ditekan sedikit. Bukan tak pernah dia pikul tanggungjawab sebagai abang pada Haura biarpun kadang rasa seakan terpaksa.

Baru sahaja hendak melangkah ke pagar, Haura turut ikut sama. "Eh, sayang tak payah ikut sampai pagar lah."

"Biarlah!" Baru sahaja Hawwas hendak mengusik, mulut dia ditutup Datin Suhaila terlebih dahulu.

"Nanti abang dah sampai, abang call awak. Abang balik nanti, kita adopt kucing, okay?" Beg dimasukkan dalam bonet kereta Aniq sebelum dicuit pipi Haura.

"Hi, Haura." Tegur Aniq. Rasanya jarang sekali  nak bersua muka lepas kahwin. Tak berkesempatan hendak datang majlis haritu.

"Hi!" Balas Haura. Biarpun Amsyar sudah hendak melangkah masuk ke perut kereta, lengan suami masih dipaut Haura.

"No worries, l jaga Amsyar. Kalau dia gatal nanti I report."

Tersenyum Haura pafa Aniq. "Bye, abang!" Ikutkan hati hendak sahaja dia menangis sekarang. Susah betul bila perlu tahan air mata.

"Jangan nangis. Malam nanti awak call abang, baru boleh nangis puas puas. Nangis sekarang nanti kena usik dengan Hawwas." Kenal sangat dengan isteri, biarpun tak berkata apa, dia arif sangat tentang si cengeng ni.

"Malam nanti abang teman Haura nangis." Belakang tapak tangan Amsyar dikucup, dibalas balik dengan ciuman pada kening sebelum Amsyar masuk ke perut kereta.

Dalam kesibukan Haura melambai pada kereta Aniq yang kian menjauh setiap kali mata dikerlip, ada yang memerhati.

"Comel nya kau, Haura. Geram aku." Bisik Daniel dalam hati. Lama tak nampak Haura senyum. Setiap kali dia datang jumpa Haura, muka ketat.

••

"Abang!" Badan dilemparkan pada katil. Bertahun lama dia tidur katil ni seorang, sejak kahwin kalau tiada Amsyar, rasa terlebih luas pula.

"Hi, baby. Cantiknya bidadari Amsyar ni."

Terus Haura mencebek. Dah tahu jauh, masih nak bagi ayat manis. Baru sehari dia dah rasa serba kosong. "Haura rindu abang!"

"I miss you more, sweetheart. Kenapa awak bertudung ni, sayang?" Entah kenapa si isteri masih dengan tudung sarung.

"Haura ada pesan makanan! Tengah tunggu makanan sampai. Haura order burger tepi jalan tu je. Abang tak ada, Haura malas nak keluar tapi lapar, terpaksa pesan makanan guna kad abang." Sempat diperiksa notification pada telefon, anggaran masih 10 ke 15 minit. "Abang teman Haura makan, boleh? Ke abang nak tidur dah?"

"Boleh, sayang. Abang belum lagi nak tidur. Rindu dekat Haura. Esok awak pergi kerja sendiri ke?" Rasanya tak perlu dia beritahu Haura tentang permintaan Arash untuk ikut Haura ke tempat kerja dari jauh supaya dapat jejak Daniel andai kata Daniel berniat apa apakan Haura.

"Haura pergi dengan abang Hawwas!"

"Esok Haura sampai ofis, bagitahu abang, sayang. Kalau abang tak angkat, leave a text." Selimut Haura ditarik sedikit sambil mendengar pesanan dari Amsyar.

"Okay! Esok kan, Haura nak pakai baju ni!" Kamera telefon bimbit dibawa pada baju yang sudah digosok tadi. "Tapi Haura tak tahu nak pakai dengan tudung yang mana. Kejap Haura tunjuk!"

Tekun sahaja Amsyar mendengar Haura bercerita dari baju ke tudung hingga ke alat solek biarpun sepatah apa dia tak faham. Dalam ketekunan menatap Haura pada skrin telefon, dia terima pula mesej daripada Arash.

"Am, aku still depan rumah bini kau. Mamat ni still ada depan rumah dari pagi tadi. Tak gerak gerak."

Baca sahaja mesej yang diterima, mulut laju menyeru Haura. "Sayang,"

"Haura rasa kan, Haura kena beli lipstick baru sebab—"

"Precious, abang minta maaf kena potong awak bercakap sekejap. Dengar abang nak cakap apa dulu, boleh?" Pinta Amsyar dalam nada serius.

"Boleh!"

"Haura jangan buka pagar, minta orang yang hantar makanan tu letak makanan somewhere dalam pagar, boleh, sayang?"

"Kenapa?" Terus telefon bimbit dibawa dekat pada badan. "Tak apalah, Haura pun dah pakai tudung. Boleh je keluar sekejap!"

"Abang tak suka Haura keluar rumah lewat malam macam ni walaupun sekejap. Dengar cakap abang, boleh?"

Rasa tak sedap hati pula bila dengar pesanan dari Amsyar, Haura patuh juga. Dihantar mesej pada penghantar makanan supaya gantung sahaja makanan pada pagar.

Kereta Daniel yang dari tadi di parkir berdekatan rumah Haura akhirnya bergerak pergi bila hampir seharian menunggu.

"Kau tunggu, Haura. Aku ada banyak masa. Terlebih dari cukup. Aku dapat kau, aku ratah habis tak pulang balik dah." Puntung rokok dibuang ke luar melalu tingkap kereta sebelum Daniel berlalu pergi.

Continue Reading

You'll Also Like

224K 11.8K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
31.2K 2.9K 38
[PEMENANG WATTYS 2020] ✔️ [TERBIT VERSI BUKU - MAWADDAH ILMI INGIN PULANG - IMAN PUBLICATION] ✔️ "Your childhood could have been affecting you so dee...
3.1M 279K 91
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
9.2K 250 8
4TH ROMANCE BY _AISYWA Malam itu, malam yang bermakna buat ALFHIA NAILUFAR. Siapa sangka, ada hikmah dia sakit perut dan harus balik ke rumah lebih a...