Cinta Dua Dunia

Per sarahdianamarcella

74.7K 6.3K 684

Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pega... Més

Words
Prolog (Edit)
1
2
3
4
5
7 (Edit)
8 (Edit)
9 ( Edit)
10 (Edit)
11 ( Edit)
12 ( Edit)
13 (Edit)
14 (Edit)
15 ( Edit )
16 ( Edit)
17 (Edit)
18 Edit
19 (Edit)
20 ( Edit)
21 (Edit)
22 (Edit)
23 ( Edit)
24 ( edit)
25 ( edit)
26 ( edit)
27 ( edit)
28 ( edit)
29 edit
30 ( edit)
31 ( edit)
32 ( edit)
33 ( edit)
34 ( edit)
35 ( edit)
36 ( edit)
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51

6 ( Edit)

1.7K 129 10
Per sarahdianamarcella


Hazel dan Melati pulang ke rumah, memasuki rumah dari pintu belakang tatkala Tun Utama memanggil mereka berdua.

"Tolong siapkan air minuman Melati untuk tetamu. Hazel, pergilah berehat dahulu."

Melati mengangguk patuh lantas berlalu pergi. Tun Utama juga berlalu ke hadapan rumah. Rasa seperti segan pula jika dia masuk ke bilik dahulu, lantas Hazel berjalan ke arah dapur. Niat mahu menolong Melati untuk hidangkan air.

Namun Melati dan Mak Kemboja berkeras agar Hazel berehat di dalam bilik menyebabkan Hazel keluar semula ke bilik hadapan, berhampiran ruang tamu. Dia terdengar bunyi bercakap cakap dan suara asing dari hadapan iaitu dari ruang tamu itu sendiri. Terasa seperti tertarik untuk mengetahui siapakah itu, Hazel melangkah perlahan lahan menghampiri ruang tamu itu.

" Bukankah majlis istana itu diadakan untuk Tuanku Putera? Buat susah sahaja Tuanku dan anak muda semua datang ke mari," suara Tun Utama kedengaran dengan nada yang agak perlahan.

" Beta tahu bahawa tuan hamba tidak akan ke istana, kerana itulah beta datang untuk menyantuni tuan hamba disini," satu suara yang Hazel rasa baru sahaja kedengaran di hutan tadi membalas.

Eh..kejap.. suara tu..

Beta? Tuanku?

Jangan jangan si Putera itu datang ke sini? Hmm tapi logik lah ya kerana Tun Utama itu sendiri adalah mantan pembesar negara.

" Bagaimana dengan negara Nagri dan Wangsa, Tuanku? Sudah selesaikah urusan itu?" Soal Tun Utama.

" Sudah, kedua negara itu bersetuju untuk pemberian ufti jajahan. Kita juga akan menghantar wakil ke negara itu bagi tujuan dasar dan undang undang kuatkuasa kita ke atas mereka. Tetapi Tun Utama, bukan itu yang beta mahu beritahu untuk kali ini. Beta..ada sesuatu...yang mahu ditanyakan."

Suasana hening seketika. Hazel juga turut mendiamkan diri disebalik dinding. Memasang telinga.

" Apa dia Tuanku? Silakan." Gumam Tun Utama sopan.

Wah bukan kaleng kaleng ilmu bapak Melati dengan Arjuna ni, sampai Putera Raja sendiri turun minta nasihat. Ilmu dia mesti luas dan mujarab.

" Beta....beta...kerap mimpi tentang satu perkara aneh..dulu, ia tidak selalu terjadi.. tapi kini...mimpi itu makin kerap bertandang.." si Putera itu terhenti kata katanya sambil menghembuskan nafas panjang. Kedengaran sukar untuk dia mengungkap kata kata seterusnya.

" Apa jenis mimpi itu Tuanku Putera?" Soal Tun Utama, sopan, cuba untuk mengalihkan rasa jejaka di hadapannya.

" Beta juga tidak..."

" AARGHHHHHH..kucing!!!"

Terhenti kata kata Putera Andhika tatkala terdengar suara jeritan seorang gadis melompat keluar dari koridor panjang yang menuju ke dapur. Dia dan Tun Utama spontan melihat gadis itu sedang panik berhadapan dengan seekor kucing putih kuning sehingga susuk tubuh gadis itu kelihatan jelas di hadapan matanya.

Siapa itu?

Anak kepada Tun Utama?

" Ehem, Hazel," panggil Tun Utama sambil menggaru kepalanya.

Hazel terhenti kaku disitu. Tubuhnya masih membelakangi Tun Utama dan si tetamu istimewa itu. Lagipula bilik rehatnya jauh dari ruang tamu itu jadi kenapa dia boleh berada disitu melainkan untuk menyibuk dengar sahaja. Nampaknya bakal kantoi dia sedang mengendap.

Mak Kemboja terkocoh kocoh keluar dari dapur mengambil kucing itu jauh dari Hazel dan Hazel pula akhirnya berpusing menghadapi Tun Utama. Gadis itu tersengih serba salah.

" Maaf Tun Utama, saya, eh..hamba..err.." terkulat kulat Hazel mahu menutur kata. Dia akhirnya melihat Tun Utama dan si jejaka yang kacak maut saling mendepani, sedang kehairanan melihat dirinya.

Oh itu lah wajah si Putera itu rupanya. Handsome nak mampus weh. Eh bukan tadi dia kata nak kembali ke istana kah?

" Tidak mengapa Hazel, masuklah ke kamar dahulu. Sebelum itu kenalkan, ini Putera Andhika, Putera kedua merangkap Adinda Putera Mahkota Iskandar," ujar Tun Utama, sempat mengerling sedikit ke arah jejaka hadapannya. Dia dapat melihat mata si Putera Andhika tidak berkelip memandang Hazel Elmeera.

Sempat raut wajah jejaka itu berubah sesaat. Kelihatan terkelu dan terkedu.

"Ampun Tuanku, maaf patik menganggu urusan tuanku berdua. Patik mohon izin untuk masuk dahulu." Tergagap gagap Hazel menutur kata, menyesali kebodohan diri. Langsung tidak perasan akan perubahan wajah jejaka itu.

Padan muka hang.

Suasana sunyi seketika. Putera Andhika akhirnya mengalih matanya ke arah Tun Utama. Dia kelihatan tidak beriak semula.

" Takut kucing?" Soal Putera Andhika setelah terdiam lama, dan Hazel akhirnya mengangguk perlahan. Dah terang terang nampak, mengaku je lah.

" Beta sangkakan hanya kuda beta Wali, yang takut dengan kucing. Baru tadi Wali membuat ragam, beta dapa rasa ada kucing betina yang datang mengacaunya tadi."  Tampak tenang Putera Andhika berkata kata, matanya kembali memandang Hazel dan tika itu, Hazel rasa nak tanam diri sendiri.

Maksudnya dia macam dah tahu lah yang aku hendap dia kat hutan tadi.

Warghhh..

—————————————

" Kanda." Seru Mak Kemboja, sambil menutup pintu kamar mereka. Dilihat sang suami Tun Utama sedang memikirkan sesuatu sambil memegang bulu pelepah. Tangannya mengetuk ngetuk perlahan meja kerja yang terletak di sudut sana.

"Masih memikirkan tentang loket itu?" Soal Mak Kemboja sambil berdiri di sebelah Tun Utama. Lelaki separuh usia itu mengeluh perlahan.

"Kanda risau jika benarlah gadis itu orangnya. Masakan tidak, tiba tiba sahaja dia ada di sini bersama loket itu. Tak tahu asal usul, tidak tahu tentang diri sendiri. Jika ketahuan oleh keluarganya, gadis itu boleh mati."

Tangan Mak Kemboja naik mengusap bahu suaminya, cuba menenangkan lelaki itu.

" Kanda tak rasa ke ini satu kebetulan atau mungkin juga satu cara untuk kanda tebus semula kesalahan itu...kerana apa yang kanda lakukan itu sebenarnya cukup besar salahnya walau niat kita baik." Tutur Mak Kemboja, lembut, sambil menggosok bahu suaminya.

Tun Utama mengangguk. Dia tahu, sudah terlalu lama dia simpan beban ini. Berat, cukup terasa lelah di bahunya. Hingga dia ambil keputusan untuk tidak lagi menjadi pembesar negeri. Rasa berdosa mengiringi diri.

Tangannya memegang loket itu dan menggenggamnya. Andai takdir itu meminta untuk diperbetulkan, dia akan cuba. Namun nyawa si gadis itu dalam bahaya jika ada sesiapa yang mengetahuinya.

" Kemboja, identiti Hazel, kanda rasa kita perlu sembunyikan dahulu. Kita kena cari tahu siapa Hazel sebenarnya sebelum kanda buka rahsia ini. Kerana boleh jadi bukan dia."

Kemboja angguk dan menepuk perlahan bahu suaminya.

" Dinda janji kanda. Hazel akan jadi anak kita."

—————————————

4 hari berlalu sejak peristiwa dia berjumpa dengan si Putera itu. Bila difikirkan, geram pula. Tepat betul sindiran dia.

Tetapi kini bukan itu yang diutamakan oleh Hazel. Gadis itu betul betul buntu. Bayangkan satu apa pun petanda untuk dia keluar dari alam ini langsung dia tak jumpa. Malah laluan tempat dia dijumpai tidur oleh Melati, lokasi laluan diraja itu pun dirahsiakan Melati. Entah kenapa yang si Melati tak nak bagitahu tu.

Loket itu pula hilang terus dari lehernya. Mungkin saja terjatuh dimana mana. Sedih. Kerana itu loket pusaka warisan datuknya.

Hazel betul betul tidak dapat membiasakan diri sebenarnya. Bayangkan hari hari dia perlu memakai kain kurung atau batik . Pulak Hazel sejenis jarang memakai kain. Dia lebih selesa berseluar. Malahan pekerjaan dia juga memerlukan dirinya untuk memakai seluar. Senang untuk dia bergerak pantas.

Malahan, dia juga perlu belajar untuk menyulam. Kata Mak Kemboja, semua gadis dalam Langkasuka perlu pandai menyulam. Malahan rupanya mereka ada kelas khas untuk menyulam. Dan siapa yang mahir dalam sulaman, akan dijadikan bonus dalam urusan pemilihan bakal isteri.

Hazel terasa seperti kena sumpahan tangan keras. Dia langsung tak reti menyulam. Jahit orang pandailah. Nak sulam, erk, ya rabbi susah betul dek non. Asyik terkeluar je. Kadang kadang benang tak masuk. Kadang kadang benang tersangkut. Hazel betul betul hilang sabar tatkala dalam urusan pembelajaran menyulam ni.

Geramnya.

Melati pula memang handal sungguh. Boleh dia menyulam gambar bunga dalam masa sekejap sahaja. Sampai Hazel ternganga melihat lincahnya tangan Melati menari nari diatas kain sulaman itu.

Kadang kadang Tun Utama akan membawa pulang hasil tanaman di kebun mereka. Oh lupa, Tun Utama ni walau dia status sebagai mantan pembesar negara, tapi dia ni sejenis yang cukup merendah diri. Kaya wey orang tua tu. Tanaman sayur yang ditanam di kebun mereka itu, akan dibawa ke pasar. Bukan untuk dijual, sebaliknya untuk diberikan pada yang kurang senang.

Hari ini dia mengikuti Melati menuju ke pasar, membawa tanaman sayur sawi untuk disedekahkan. Rupanya keluarga Tun Utama ini mempunyai kuda untuk mengangkut barangan mereka. Teringat pada malam dia hampir tertangkap kerana mahu menyentuh kuda diraja. Takkan aku pergi dekat kuda diraja tu kalau aku tahu uncle Tun Utama ni ada bela sekor.

Sampai sahaja di pasar, aktiviti jual beli seperti biasa berlaku. Melati menuju ke satu tempat kosong dan seakan tahu, para penduduk menyerbu terus untuk mengambil sayur sawi ini. Semua itu menjadi satu kejutan buat Hazel. Melati pula tidak menang tangan memberi satu satu sayur pada mereka. Ada yang mengambil dua sekali gus.

Hmm..memang mereka ini patut diajar soal peraturan dan disiplin. Patutlah Awana tu penuh dengan manusia tidak berdisiplin langsung. Rupanya 1000 tahun sebelum ni dah ada jenis perangai kaki penyamun gini.

Sesaat kemudian, licin. Habis semua tanaman sawi diambil.

"Jom Hazel, kita pulang," sopan Melati bertutur sambil mengemas ngemas tikar tempat tanaman sawi itu diletakkan.

" Melati, memang begini kah akan jadi setiap kali Melati datang ke sini?" Soal Hazel.

Melati tersenyum, angguk. " Benar Hazel. Beginilah yang akan jadi bila Melati letakkan tanaman disini."

Hazel geleng.

" Tak boleh jadi ni, benda boleh kongsi kan, ini sampai dua , tiga diambilnya."

" Nak.." satu suara menyapa cuping telinga. Hazel berpaling, melihat satu orang tua perempuan compang camping menghulurkan tangan.

"Sayur ada lagi ka nak? Makcik nak buat gulai tengah hari ni. Pak Cik kamu sakit."

Hazel telan air liur, mengerling Melati yang kelihatan serba salah.

Kau punya pasal la Melati.

" Tak ada Mak Cik, minta maaf sayur dah habis," balas Hazel, dia juga dirundung rasa serba salah. Lihat, yang benar benar susah, tidak dapat haknya.

Wajah perempuan tua itu berubah, tampak sedih.

" Hmm..tidak apa lah, bukan rezeki Mak Cik pada hari ni." Ujar orang tua itu, menambahkan rasa sebal dalam hati Hazel.

" Melati, kau ada duit?" Kali ini Hazel sudah malas mahu berkata kata formal, main belasah je keluar dari mulutnya. Melati bingung, tetapi dia mengangguk sambil mengeluarkan 2 keping duit tembaga bersaiz sederhana.

" Berapa ni? Cukup ke nak beli sayur?"

Melati angguk. " Dapat 2 ekor ayam juga bersama."

Hmm banyak juga tu.

Hazel mengajak perempuan tua itu menuju ke gerai hujung sekali. Dibelinya sayur sayuran yang cukup dan juga ayam seekor yang masih hidup. Ayam itu diikat kakinya. Lantas barang barang itu diberikan kepada perempuan tua itu.

"Ambil lah makcik, saya belanja. Its my treat." Ujar Hazel sambil tersengih.

Wajah wanita tua itu tampak berseri seri. Mungkin sahaja dia gembira akan hasil stok makanannya yang sudah ada selama beberapa hari ini. Matanya bergenang.

" Terima kasih anak muda. Kamu sungguh baik."

" Alah tak de apa la makcik." Lagi sekali dia memang malas nak berbicara bahasa kuno tu dah. Belasah je lah. Wanita tua itu mengangguk dan menunduk hormat.

Mata Hazel menghantar pemergian wanita itu, puas juga hatinya kerana sudah menolong seorang manusia dari kelaparan. Lantas dipusingkan tubuh menghadap Melati.

" Come Melati, aku nak ajar kau cara nak distribute barang barang biar semua orang dapat."

Melati hanya terkebil kebil. Distribute? Apa itu?

————————————-

Sup sawi diletakkan di hadapan isteri Putera Mahkota, Cik Puan Seri Puteri Nisa. Merupakan kegemaran yang cukup membangkitkan seleranya, dia memanggil anaknya Puteri Nila, yang berusia 5 tahun untuk bersantap bersama sama.

" Sedapnya sup ini. Cukup rasa." Puteri Nisa menyedut bau yang menusuk hidungnya. Puteri Nila pula sudah memulakan suapannya. Sup itu dihirup penuh nikmat.

" Bonda, mana ayahanda?" Soal Puteri Nila, petah. Cucu sulung Raja Ibrahim Alam Shah ini mempunyai paras rupa yang cantik walau baru berusia 5 tahun.

" Ayahanda sedang dalam perbincangan Nila. Nanti sahaja ayahanda datang pada kita," balas Puteri Nisa sambil menyuap nasi. Ikan talapia bakar diratah hingga tinggal tulang.

Sudah menjadi sifatnya, tidak suka meninggalkan makanan bersisa. Itu pesan bondanya.

Nila sudah menghabiskan makanannya. Lantas gadis kecil itu bangun dan menuju ke arah bondanya. Riba Puteri Nisa menjadi sasaran Nila.

"Hey anak kecilku, usai makan, tidak elok kamu berbaring sayang," sempat dicuit hidung si puteri itu. Puteri Nila hanya tersengih, tapi tidak juga dia bangkit semula.

" Bonda, Nila sayang bonda. Nila sayang ayahanda."

Puteri Nisa tersenyum sambil mengusap rambut halus hitam milik Puteri Nila.

" Bonda juga sayangkan Nila. Puteri bonda. Puteri kebanggaan bonda dan ayahanda."

Nila hanya diam setelah itu. Hanya keheningan yang menghiasi suasana.

—————————————-
12/12/2023
Edit sepenuhnya..
Amaran 🚫
Penambahan dan penukaran scene..
Disarankan baca dari prolog semula.

Continua llegint

You'll Also Like

169K 12.5K 86
Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk j...
2.6K 100 5
A short story from Ayin Bryan Genre : Romance
34.3K 2.9K 41
SINOPSIS Selalu kita dengar wanita bersaiz besar dan tidak punya paras rupa yang menarik akan selalu menjadi bahan usikan dan ejekan.Tapi t...
42.6K 3.3K 29
1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak s...